pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan pertama: Bahawa kamu pada 10 April 2022, jam lebih kurang 5.00 petang, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Gaung Lemal, di dalam Daerah Pasir Mas, dalam Negeri Kelantan telah merogol anak tiri kamu bernama Farah Aleesya Binti Abdullah (No. K/P: 091026-06-0498) tanpa kerelaannya, yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan dibawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan [Akta 574]. Pertuduhan kedua: Bahawa kamu pada 27 Disember 2022, jam lebih kurang 11.00 pagi, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Gaung Lemal, di dalam Daerah Pasir Mas, dalam Negeri Kelantan telah merogol anak tiri kamu bernama Farah Aleesya Binti Abdullah (No. K/P: 091026-06-0498) tanpa kerelaannya, yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan dibawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan [Akta 574]. S/N 22hyOodOekKk//5u7i5qEA Pertuduhan ketiga: Bahawa kamu pada 28 Disember 2022, jam lebih kurang 7.00 pagi, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Gaung Lemal, di dalam Daerah Pasir Mas, dalam Negeri Kelantan, dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan bernama Farah Aleesya Binti Abdullah (No. K/P: 091026-06-0498) yang berumur 13 tahun 2 bulan, dengan melondehkan seluar mangsa, yang mana kamu mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu, oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama dibaca bersama seksyen 16 Akta yang sama.