For the purpose of this section, a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. [21] Maksud Prima Facie didalam Seksyen 180 (4) KTJ telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes PP v. Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah menjelaskan maksud Prima Facie seperti berikut: [12] After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused's favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused. … If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond a reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that casts a reasonable doubt on the prosecution's case renders the prima facie case one that is established beyond a reasonable doubt. Put shortly, what the trial court is obliged to do under ss. 173(f) and 180 of the CPC is to ask itself the question: If the accused elects to remain silent, as he is perfectly entitled to do, am I prepared to convict him on the evidence now before me? ... If the answer to that question is in the affirmative, then the defence must be called. And if the accused remains silent, he must be convicted. If the answer is in the negative, then the accused must be acquitted. [22] Berdasarkan otoriti-otoriti diatas, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab mahkamah untuk membuat analisa dan memberi pertimbangan semula ke atas semua keterangan saksi-saksi, soal balas yang dikemukakan oleh peguam Tertuduh dan juga ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap Tertuduh dengan menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas semua keterangan saksi pendakwaan. [23] Bagi membolehkan mahkamah menentukan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap Tertuduh, mahkamah perlulah antara lain melihat sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan setiap elemen-elemen pertuduhan sebagaimana termaktub didalam Seksyen 180(4) KPJ. [24] Didalam kes ini, Tertuduh menghadapi satu Pertuduhan. Tertuduh dituduh dibawah Seksyen 12(2) ADB dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A (1) ADB. Oleh itu, terdapat tiga elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan bagi membuktikan sama ada suatu kes Prima Facie telah dibuktikan. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut: i. Bahan yang dirampas tersebut adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai dibawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; ii. Berat dadah berbahaya tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 39A (1) ADB; dan iii. dadah yang dirampas ada didalam milikan Tertuduh, iaitu Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. [25] Berbalik semula kepada kes ini, setelah mahkamah meneliti Nota Keterangan dan exhibit yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kesemua elemen pertuduhan bagi Pertuduhan. [26] Bagi elemen pertama dan kedua, mahkamah mendapati bahawa elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan bahawa bahan yang dirampas merupakan dadah berbahaya jenis Methampethamine seberat 10.32 gram. [27] Laporan Kimia merupakan asas bagi menyokong atau membuktikan elemen pertama dan kedua pertuduhan iaitu bahan yang dirampas tersebut adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai dibawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama dan kedua Pertuduhan. [28] Bagi elemen Pertuduhan ketiga, Pihak Pendakwaan perlu membuktikan dadah yang dirampas ada didalam milikan Tertuduh, iaitu Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. TERDAPAT PUTUSNYA RANTAIAN KETERANGAN BERHUBUNG BARANG KES [29] Mahkamah juga memutuskan bahawa didalam kes ini terdapat putusnya rantaian keterangan berhubung barang kes berkenaan. [30] Setelah mahkamah meneliti keterangan pihak Pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa terdapat beberapa isu yang tidak boleh dijelaskan pendakwaan. Pertama sekali berhubung ekshibit P8 iaitu gelang getah tidak ditanda oleh mana-mana saksi pendakwaan dan tiada catitan berkenaan warna gelang getah tersebut pada mana-mana dokumen yang dikemukakan pendakwaan. Justeru menimbulkan anggapan adakah ia gelang getah yang sama yang dirampas semasa kejadian dan dikemukakan dalam mahkamah semasa bicara. [31] Mahkamah merujuk keterangan Ahli Kimia (SP2) berkenaan barang kes gelang getah ini sepertimana berikut;- Keterangan Ahli Kimia (SP2) Peguambela: Setuju Puan saya katakan Puan tidak nyatakan dalam perenggan 5, gelang getah warna apa? SP2: Setuju Peguambela: Dalam Laporan Kimia P14 juga tidak dinyatakan warna gelang getah? SP2: Setuju Peguambela: Setuju gelang getah ada bermacam-macam warna? SP2: Setuju Peguambela: Adakah Puan bersetuju bahawa diskripsi yang jelas berkenaan dengan setiap ciri-ciri barang kes harus dinyatakan untuk memastikan barang kes yang diterima adalah betul dalam mana-mana kes? SP2: Setuju Peguambela: Setuju bahawa pada gelang getah itu tiada tandaan apa-apa melainkan dia adalah gelang getah semata-mata? SP2: Setuju [32] Selain itu borang bongkar (P15) juga tidak ditandatangani OKT, tiada keterangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan sebab kenapa borang bongkar tidak ditandatangani OKT justeru perkara ini telah menimbulkan keraguan bahawa barang kes bukan milik OKT atau barang kes tidak dirampas dari OKT. [33] Tambahan lagi, kandungan dalam borang bongkar (P15) serta borang serah terima barang kes (P17) terdapat perbezaan item seluar trek puma walaupun dijelaskan dalam mahkamah namun kewujudan kedua-dua borang tersebut telah menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan berkenaan tempat barang kes dijumpai adakah betul di dalam poket seluar yang dipakai OKT atau di tempat lain memandangkan barang kes adalah besar dan tebal iaitu 4 peket plastik bersil berisi pil-pil yang dibalut tisu dan berikat gelang getah. [34] Mahkamah merujuk keterangan Pegawai Penyiasat(SP6) semasa pemeriksaan balas sepertimana berikut:- Peguambela: Rujuk Borang Bongkar (P15) di dalam P15, Puan setuju ada lima(5) item rampasan? SP6: Ya, benar Peguambela: Dan Puan ada nyatakan rampasan ini tak sama, ada satu seluar track Puma? SP6: Ya, benar Peguambela: Setuju dengan saya, borang senarai geledah ni adalah borang yang sepatutnya menyatakan segala barang rampaan yang dirampas daripada OKT, setuju? SP6: Setuju Peguambela: Setuju dengan saya borang senarai geledah (P15) mestilah sama barang dirampas dengan apa yang terdapat dalam borang serah menyerah(P17)? SP6: Setuju Peguambela: Setuju dengan saya ia penting untuk memastikan berkenaan dengan rantaian barang kes itu sendiri? SP6: Setuju [35] Keadaan 4 peket plastik biru berseal yang dibalut tisu berisi pil-pil dan berikat gelang getah adalah satu barang kes yang besar dan tebal untuk dimasukkan ke dalam sebelah poket seluar trek puma yang dipakai OKT sahaja. Tambahan pula OKT ditahan semasa berada atas motorsikal sepertimana versi pendakwaan. [36] Oleh itu, isu yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah sama ada barang kes yang dirampas adakah sepertimana versi pendakwaan. [37] Bagi memutuskan isu ini, mahkamah merujuk kepada kes Lee Chee Meng v PP [1992] 1 CLJ 345 di mana Mahkamah menyatakan:- "Where there is a serious doubt as to the identity of the exhibit as clearly is the case here it cannot be said that the prosecution has established a prima facie case under the charge" ISU BERBANGKIT Percanggahan keterangan Pegawai Serbuan (SP3) dengan Anggota Serbuan (SP5) [38] Pihak Pembelaan telah berhujah bahawa terdapat beberapa percanggahan antara keterangan Pegawai Serbuan (SP3) dan Anggota Serbuan (SP5) terutama berkenaan jarak dan masa pemerhatian OKT di mana keterangan kedua-dua saksi ini adalah berbeza walhal kedua-dua saksi berada dalam satu kenderaan yang sama semasa serbuan dibuat terhadap OKT. [39] SP3 menyatakan bahawa pemerhatian dibuat selama 2 hingga 5 minit sahaja manakala SP5 menyatakan bahawa tempoh pemerhatian adalah 5 hingga 10 minit. Percanggahan masa yang tidak selari dan terlalu berbeza antara kedua-dua saksi ini menimbulkan keraguan berkenaan tempoh masa sebenar pemerhatian dibuat sebelum tangkapan ataupun pemerhatian tidak dibuat langsung oleh SP3 dan SP5 sebelum OKT ditangkap. [40] Selain itu, keterangan berkenaan jarak pemerhatian dibuat juga berbeza antara kedua-dua saksi ini di mana SP3 menyatakan pemerhatian dilakukan di tandaan “Y” pada gambar Ekshibit P18(B) namun SP5 menyatakan bahawa pemerhatian dibuat di tepi jalan besar sebelum pagar sekolah. Jarak kedua-dua tempat pemerhatian oleh kedua-dua saksi adalah jauh antara satu sama lain, justeru Mahkamah ini merujuk kes Nordin Atan & Anor v. PP [2000] 5 CLJ 334 yang menyatakan: - "After all the true test of whether to accept or reject the evidence of a witness is to consider consistency of the story itself, how it stands whilst under cross-examination and how far it fits in with the rest of the evidence and the circumstances of the case. (see: Bhojraj v. Sitaram [1936] AIR 60 PC cited in PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215; [1999] 2 MLJ 1). In short it is the probability or improbability of the story viewed in the light of the evidence of the case as a whole." Siasatan Pegawai Penyiasat (SP6) adalah tidak menyeluruh [41] Pihak Pembelaan berhujah bahawa siasatan Pegawai Penyiasat (SP6) adalah tidak telus dan tidak menyeluruh. Pembelaan merujuk kes kes Mahkamah Agung India, Jamuna Chaudhary & Ors V State Of Bihar [1974] 3 SCC 774, dan Gollapa Avana Naik & Ors V The State [1968] Criminal Law Journal 929. [42] Dalam kes Jamuna Chaudhary tersebut Mahkamah Agung India telah berpegang seperti berikut: “The duty of the Investigating Officers is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth.” [43] Dalam kes Gollapa Avana Naik tersebut, telah dinyatakan bahawa: “The police officers, like other State functionaries, are expected to exhibit impartiality in the discharge of their functions take and take a detached view in the situations they are called upon to tackle day in and day out, and to be fair both to the prosecution and the accused.” [44] Dalam kes di Mahkamah ini, Pegawai Penyiasat gagal menyiasat secara menyeluruh terutama berkenaan tempat tangkapan serta ujipakai seluar bersama barang kes dadah terhadap OKT. [45] Mahkamah menggunapakai anggapan bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 di mana keterangan berkenaan ketiadaan gambar OKT mengujipakai seluar trek Puma dengan empat paket plastik biru bersil mengandungi dadah jenis Methamphetamine berat bersih 10.32 gram di dalam poket seluar telah mencacatkan pertuduhan ke atas OKT. Section 114. Court may presume existence of certain fact. The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. The court may presume: ... (g) that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it.” [46] Selain itu, keterangan Pegawai Penyiasat (SP6) berkenaan jarak pemerhatian serta tempat tangkapan adalah seperti berikut:- Peguambela: Menurut hasil rakaman percakapan Insp Amirul Fahmi (SP3), ada dia beritahu pemerhatian dibuat macam mana? SP6: Pemerhatian dibuat sekitar Kawasan tu Peguambela: Ada dia nyatakan jarak berapa? SP6: Jarak saya tak ingat Peguambela: Ada catatan dalam ID siasatan? SP6: Dalam ID tiada … Peguambela: Puan tak ingat pemerhatian dibuat di mana dan jarak berapa? SP6: Saya tak pasti berapa meter Peguambela: Siapa naik kereta pun tak ingat? SP6: Tak ingat, tiada ditulis dalam ID KESIMPULAN [47] Setelah mahkamah menganalisa dan memberi pertimbangan semula ke atas semua keterangan saksi-saksi, soal balas yang dikemukakan oleh peguam Tertuduh dan juga ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap Tertuduh dengan menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas semua keterangan saksi pendakwaan, mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk mahkamah memanggil Tertuduh untuk membela diri ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Tertuduh. Oleh itu, pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap Tertuduh. Tertuduh dengan ini dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan. Bertarikh pada 28 November 2024 ………………………T.T..…..………………… ZUR AZUREEN BINTI ZAINALKEFLI MAJISTRET Mahkamah Majistret Marang Terengganu Darul Iman Bagi Pihak Pendakwaan-Tuan Muhammad Akmal bin Mohd Jazlee, Timbalan Pendakwaraya Bagi Pihak Pembelaan-Encik Abdul Hayyi bin Salim, Tetuan Abdul Hayyi & Shukri