Sekarang, kami lihat pula kepada keterangan yang diberikan oleh SP5 iaitu Pegawai Penyiasat:- Saya akan tanya beberapa soalan untuk dapatkan penjelasan lanjut berdasarkan keterangan-keterangan inspektor yang diberikan kepada soalan-soalan peguam. Pertama sekaliannya, peguam ada bertanya berkenaan dengan kawasan tempat letak kereta lah, di mana, kawasan kejadian lah yang kita panggil. Peguam kata, setuju hasil siasatan tuan, sewaktu tangkapan tertuduh, sewaktu tangkapan tertuduh ni, ada beberapa lagi kereta di parking di situ. Inspektor kata tak setuju lah, boleh jelaskan ni. Mohon izin Puan Berkaitan hasil sasatan saya Berkaitan kes ini, Saya ke tempat kejadian bersama pengadu pada jam 8 malam pada 6.10.2022. Pemerhatian saya, saya lihat tiada kendaan di kawasan tempat kejadian. Tapi sewaktu tangkapan. Kita tahu tak ada kereta ke tak ada kereta? Sewaktu tangkapan. RAZ sewaktu tangkapan saya tak pasti AIS kenapa tak pasti RAZ sebab saya siasat, tidak dimaklumkan oleh pengadu Puan.