1
Ini merupakan rayuan Perayu terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadapnya bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952").
T-05(M)-341-08/2022
Court of Appeal of Malaysia7 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“was not together with both the accused when they were arrested. We also noted even Zainuddin's statement that was taken from him was not adduced and tendered as evidence pursuant to s 32(1)(i) of the Evidence Act 1950 if at all for some valid reasons Zainuddin could not be called to give evidence. (penekanan ditambah)”
“tidak mempercayai keterangan SP3 dan SP7 berbanding dengan keterangan OKT. Dapatan Mahkamah ini bersandarkan kepada panduan melalui kata-kata Thomson CJ dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257 yang irujuk oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 1 LNS 1455 seperti berikut: "Her”
“ed showed that the appellants' claimed ignorance of the impugned drugs in P17 and P30 could not hold waters and not credible. (penekanan ditambah) [59] Dalam kes Mohd Fauzi bin Omar v Pendakwa Raya [2009] MLJU 718 (MR) yang juga telah dirujuk oleh hakim bicara, Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud HMR (ketika itu) sewak”
“ilik kedua berada di bawah kawalan Perayu. Itulah tempat kerjanya dan tiada orang lain di rumah ketika serbuan. (penekanan ditambah) [60] Hakim bicara turut merujuk kepada kes Chong Joon Hong v. PP [2018] MLJU 202; [2018] 1 LNS 144 (MR) di mana mahkamah ini melalui Zawawi Salleh HMR (ketika itu) telah menyatakan sepert”
“ic Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; [2006] 1 CLJ 457 (MP), Low Kian Boon & Anor v Public Prosecutor [2010] 4 MLJ 425; [2010] 5 CLJ 489 (MP), dan Lim San Muk v Public Prosecutor [2019] MLJU 1164; [2019] 1 LNS 1762 (MR). [38] Akhir sekali, mahkamah yang mendengar rayuan mempunyai kuasa menyemak dan”
“yewa dan tinggal di rumah tersebut. [58] Berkenaan perkara ini, Kamardin Hashim HMR (ketika itu) sewaktu menyampaikan penghakiman mahkamah ini dalam kes Okonkwo Ugochukwu Stephen v Public Prosecutor [2019] MLJU 175 (MR), yang telah dirujuk oleh hakim bicara, telah memutuskan seperti berikut: [30] Coming back to the ins”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini merupakan rayuan Perayu terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadapnya bagi kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952").
2
Pertuduhan yang dihadapi oleh Perayu adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 19 April 2019 jam lebih kurang 1.25 pagi, di sebuah rumah beralamat di PT 3042, Jalan Kuantan, Taman Geliga Intan, 24000 Chukai di dalam daerah Kemaman di dalam Negeri Terengganu telah didapati mengedar Cannabis sejumlah berat 1269.05 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.
3
Seramai tujuh orang saksi telah dipanggil sewaktu kes di peringkat pendakwaan. Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu dan telah mengarahkan Perayu untuk membela diri.
4
Sewaktu kes di peringkat pembelaan, Perayu telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Perayu juga telah memanggil dua orang lagi saksi bagi menyokong pembelaannya. Di akhir kes pembelaan, hakim bicara mendapati bahawa Perayu telah gagal untuk membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka terhadap Perayu melampaui keraguan yang munasabah.
5
Selanjutnya, hakim bicara telah mendapati Perayu bersalah dan mensabitkannya dengan pertuduhan. Setelah mendengar hujahan mitigasi daripada Perayu dan hujahan faktor pemberat daripada pihak pendakwaan, Perayu telah dijatuhkan dengan hukuman gantung di leher sehingga mati.
6
Perayu yang terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim bicara tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut telah didengar di hadapan kami.
7
Secara ringkasnya, keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah seperti berikut.
8
Pada 19.4.2019 jam lebih kurang 1.25 pagi, Insp. Nawawi bin Muhamad ("SP3") bersama sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah ("BSJND") Ibu Pejabat Polis Daerah ("IPD") Kemaman, Terengganu yang terdiri daripada Kpl. Mohamed Nirazul Azian Shah ("SP7"), Sjn. Mohd Izzham, Konst. Mohd Nasoha, dan Kpl. Mohd Haikal telah melakukan serbuan di sebuah rumah beralamat Pt 3043, Jalan Kuantan, Taman Geliga Intan, Kemaman, Terengganu.
9
Ketika serbuan, pemerhatian awal dibuat oleh SP3 dan semua anggota polis mendapati pintu utama rumah tersebut adalah dalam keadaan tertutup dan berkunci. SP3 telah mengetuk pintu rumah beberapa kali dan kemudiannya telah dibuka oleh abang Perayu iaitu Shahmir Rizal bin Rosli ("SD3").
10
SP3 kemudian memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan bertanya kepada SD3 sama ada Perayu tinggal di rumah tersebut. SD3 menyatakan bahawa Perayu berada di dalam bilik kedua.
11
Kemudian, SP3 terus menuju ke bilik kedua di dalam rumah tersebut. SP3 mendapati pintu bilik tersebut berada dalam keadaan bertutup rapat dan berkunci. Kemudian, SP3 telah mengetuk pintu bilik dan pintu tersebut dibuka oleh Perayu. SP3 melihat wajah Perayu dalam keadaan pucat lesi apabila menyedari kehadiran polis.
12
SP3 bersama SP7 dan Sjn Mohd Izzham telah membuat pemeriksaan ke atas Perayu dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang. Kemudian, SP3 telah bertanya kepada Perayu "Adakah kamu ada menyimpan barang salah?". Perayu telah menunjukkan dengan tangan kanannya ke arah lantai di tepi dinding berhampiran dengan bucu tilam di dalam bilik.
13
SP3 telah memandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Perayu tersebut dan mendapati terdapatnya satu beg kain berwarna hitam. SP3 telah mengarahkan Perayu untuk mengambil beg kain berwarna hitam tersebut dan menyerahkannya kepada SP3.
14
SP3 kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam beg kain tersebut di hadapan Perayu sambil disaksikan oleh SP7 dan mendapati di dalamnya mengandungi - a. dua ketulan mampat berlainan saiz yang dibalut dengan plastik lutsinar yang mengandungi daun kering disyaki dadah; b. satu ketulan mampat yang dibalut dengan kertas berwarna kuning dan plastik lutsinar yang mengandungi daun kering disyaki dadah; dan c. satu kotak berwarna merah/perak bertulis "diamond aluminium foil" yang mengandungi satu gulung aluminium foil yang disyaki digunakan untuk membungkus dadah.
15
Kemudian, SP3 telah membuat pemeriksaan lanjut di dalam bilik kedua tersebut dan telah menjumpai satu pas kerja Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. dan satu geran motorsikal yang bernombor pendaftaran CBH 7870 atas nama Perayu.
16
Perayu dan SD3 telah ditahan dan dibawa ke IPD Kemaman untuk siasatan lanjut. Siasatan telah dijalankan oleh Insp. Nor Hafizah binti Hashim ("SP6").
17
Pada 24.4.2019, SP6 telah pergi ke rumah tempat kejadian bersama SP3. SP6 telah merampas beberapa barang yang ditemui di dalam bilik kedua rumah tersebut seperti berikut: a. satu helai surat rujukan rawatan atas nama Perayu; b. satu helai surat "application for the post of fitter" atas nama Perayu; c. satu helai baju kurta warna biru gelap/ hijau jenama "Al-Hafiz" bersaiz L-54; d. satu keping gambar Perayu berukuran pasport; e. satu kunci mangga berwarna perak bertulis "assure top security"; f. satu anak kunci bertulis "assure"; g. satu anak kunci bertulis "stelar"; h. satu anak kunci bertulis "made in china"; dan i. satu anak kunci tiada catatan.
18
SP6 kemudiannya telah menghantar kesemua barang kes dadah ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Hasil analisa oleh Ahli Kimia iaitu Wan Ahmad Ashadi bin Wan Mohd Kamil ("SP2") mendapati bahawa barang kes dadah mengandungi dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 1269.05 gram.
19
Secara ringkasnya, di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah membuat dapatan bahawa - a. barang kes dadah yang dirampas sewaktu kejadian adalah dadah berbahaya jenis Cannabis seberat 1269.05 gram dan tidak terputusnya rantaian keterangan barang kes tersebut; b. Perayu mempunyai pemilikan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya yang dirampas sewaktu kejadian tersebut; dan c. Perayu telah mengedar dadah berbahaya tersebut berdasarkan anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB 1952.
20
Maka, hakim bicara mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu dan mengarahkannya untuk membela diri.
21
Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Perayu juga telah memanggil dua orang saksi iaitu Norafiza binti Dolah ("SD2") dan SD3 untuk memberikan keterangan. Secara ringkasnya, versi kes pembelaan adalah seperti berikut.
22
Menurut Perayu, semasa kejadian, Perayu berada di bahagian ruang tamu rumah dalam keadaan sedang berbaring di atas sofa dan SD3 berada berdekatan dengannya di ruang tamu tersebut. Ketika itu, mereka telah mendengar pintu rumah diketuk dan SD3 bangun membuka pintu rumah tersebut. Setelah itu, SD3 telah ditahan dan digari oleh pihak polis.
23
Perayu menyatakan bahawa dia turut ditahan dan digari ketika dia sedang berada di ruang tamu rumah dan bukannya ketika dia sedang berada di dalam bilik kedua rumah seperti versi pihak pendakwaan.
24
Menurut Perayu lagi, pihak polis telah membuat penggeledahan di ruang tamu rumah tersebut terlebih dahulu. Kemudian, salah seorang polis dilihat telah masuk ke dalam bilik kedua yang pintunya hampir separuh terbuka.
25
Perayu menyatakan bahawa pada ketika itu, dia yang berada berdekatan dengan pintu bilik kedua itu telah ditolak untuk masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja Perayu melangkah masuk ke dalam bilik kedua itu, dia telah ternampak seorang anggota polis telah mengambil sebuah beg yang dikatakan berisi dadah itu dan berkata "Dah jumpa".
26
Perayu menafikan bahawa barang kes dadah telah ditemui hasil maklumat atau ditunjukkan oleh Perayu. Perayu menyatakan bahawa dia tidak tahu siapa yang meletakkan beg kain berwarna hitam yang mengandungi dadah di dalam bilik kedua tersebut. Perayu percaya ada orang lain yang telah meletakkan beg kain berwarna hitam tersebut di situ.
27
Menurut Perayu lagi, rumah tersebut turut didiami dan disewa oleh Faliq, Dinesh, Chapang, selain Perayu dan SD3. Perayu menyatakan bahawa bilik kedua rumah tersebut dikongsi penggunaannya oleh SD3, Faliq, Dinesh dan Chapang. Perayu menyatakan bahawa pada waktu pagi sebelum Perayu bertolak ke tempat kerja, Perayu telah melihat Faliq, Dinesh dan Chapang berada di rumah tersebut dan sedang tidur.
28
Perayu juga menyatakan bahawa selain daripada barangan Perayu, barangan milik SD3, barangan Faliq dan Chapang juga dikatakan turut berada di dalam bilik kedua tersebut. SD2 iaitu isteri kepada SD3 turut dipanggil untuk memberikan keterangan bagi mengesahkan bahawa terdapat pakaian orang lain di dalam rumah tersebut semasa SD2 pergi untuk mengambil pakaian dan barangan peribadi SD3 selepas Perayu dan SD3 ditangkap pada hari kejadian.
29
Di akhir kes pembelaan, hakim bicara mendapati bahawa-a. pembelaan Perayu mengenai pemilikan dadah berbahaya tersebut adalah penafian semata-mata; b. pembelaan Perayu tidak berjaya menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan; c. Perayu telah gagal untuk mematahkan anggapan statutori berkaitan pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da) ADB 1952 atas imbangan kebarangkalian; dan d. prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi SD3 adalah dibenarkan dan SD3 adalah saksi yang tidak boleh dipercayai terutama sekali mengenai empat keterangan yang telah bercanggah secara material.
30
Maka, hakim bicara mendapati bahawa Perayu telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, dan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap Perayu. Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan serta dijatuhkan hukuman gantung di leher sampai mati.
31
Sebelum kami meneruskan dengan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Perayu dalam rayuan ini, kami merasakan perlu untuk menggariskan prinsip undang-undang yang berkaitan dengan rayuan jenayah seperti berikut.
32
Pertama, prinsip undang-undang adalah jelas bahawa dalam manamana rayuan jenayah terhadap sabitan, tugas dan tanggungjawab mahkamah yang mendengar rayuan tersebut adalah untuk mempertimbangkan sama ada sabitan terhadap tertuduh tersebut adalah selamat.
33
Mahkamah ini melalui Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Mohd Johi bin Said & Anor v Public Prosecutor [2005] 5 MLJ 409; [2005] 1 CLJ 389 telah memutuskan seperti berikut:
12
Unlike civil appeals, where the appellant carries the burden of showing that the judge at first instance went wrong, in a criminal case the duty of the court is to consider whether the conviction is right. The correct approach is therefore not whether the decision is wrong but whether the conviction is safe. See Mohammad Husain v Emperor AIR 1945 Nag 441; Zahari bin Yeop Baai v Public Prosecutor [1980] 1 MLJ 160. That question, on the present facts, must receive a negative response. (penekanan ditambah) [34] Lihat juga kes Mohamad bin Deraman v Public Prosecutor [2011] 3 MLJ 289; [2011] 3 CLJ 601 (MR). [35] Kedua, mahkamah yang mendengar rayuan seharusnya keberatan untuk mengganggu dapatan fakta hakim bicara melainkan hakim bicara telah terkhilaf dengan nyata dalam penilaian fakta-fakta yang dikemukakan di hadapannya. [36] Kami berpandu kepada penghakiman Zaki Tun Azmi KHN (ketika itu) dalam kes Mahkamah Persekutuan, Tan Kim Ho & Anor v Public Prosecutor [2009] 3 MLJ 151; [2009] 3 CLJ 236 di mana telah diputuskan seperti berikut: It is an established principle of law that when dealing with finding of facts, the trial judge is more often than not, in a better position to decide. The appellate court must be reluctant to interfere with such findings, unless the facts obviously disclose the courts below had clearly and wrongly evaluated the facts. (penekanan ditambah) [37] Lihat juga Kenneth Fook Mun Lee v Public Prosecutor [2007] 2 MLJ 130; [2006] 4 CLJ 359 (MP), Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; [2006] 1 CLJ 457 (MP), Low Kian Boon & Anor v Public Prosecutor [2010] 4 MLJ 425; [2010] 5 CLJ 489 (MP), dan Lim San Muk v Public Prosecutor [2019] MLJU 1164; [2019] 1 LNS 1762 (MR). [38] Akhir sekali, mahkamah yang mendengar rayuan mempunyai kuasa menyemak dan menilai semula kesemua keterangan yang telah dikemukakan walaupun terdapat kekurangan atau kegagalan di pihak hakim bicara untuk membuat sesuatu dapatan di dalam alasan penghakimannya. [39] Kami merujuk kepada prinsip yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ahmad Najib bin Aris v Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 613; [2009] 2 CLJ 800 seperti mana berikut: Power of appellate court to review or to re-evaluate all available evidence [20] As regards the first main ground of appeal raised by the appellant, I am of the view that the Court of Appeal has the power to review or to re-evaluate all the evidence available as adduced by the prosecution. The Court of Appeal is in a position to do so in the present case even though the grounds of decision of the trial judge as appearing in the appeal records is found lacking in specific findings and with no reasons for the findings. In a case involving purely a question of fact, the Court of Appeal is free to determine whether or not the various findings of the trial court are correct (see Mohamed Mokhtar v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 122). In the present case even though the Court of Appeal took the view that the High Court judgment was of no assistance, it nevertheless had considered and subjected all the evidence adduced by the prosecution to a critical re-examination. The Court of Appeal had given sound reasons as to why the evidence was admitted and how it had implicated the appellant. There was no miscarriage of justice against the appellant as the Court of Appeal's decision was based on evidence adduced from the witnesses called by the prosecution as appearing in the appeal records. I am therefore of the view that the Court of Appeal did not err on this issue. (penekanan ditambah) [40] Lihat juga kes Public Prosecutor v Azilah bin Hadri & Anor [2015] 1 MLJ 617; [2015] 1 CLJ 579 (MP) and Rasoul Bagherbejandi Ahmad v Public Prosecutor and another appeal [2016] 1 MLJ 272; [2015] 1 LNS 772 (MR). [41] Berpandu kepada prinsip undang-undang yang tersebut di atas, kami kini beralih untuk menentukan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam rayuan ini. Isu-Isu [42] Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim bicara telah membangkitkan beberapa isu di dalam petisyen rayuannya. Di hadapan kami, isu-isu tersebut adalah dirumuskan seperti berikut. [43] Pertama sekali, Perayu berhujah bahawa hakim bicara telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan sedangkan hakim bicara telah gagal untuk mempertimbangkan bahawa serbuan yang dijalankan oleh pihak polis adalah hasil daripada maklumat awam ("tip-off") mengenai aktiviti pengedaran dadah di rumah tersebut dan terdapatnya kemungkinan akses orang lain terhadap bilik kedua dan dadah berbahaya tersebut. [44] Kedua, Perayu berhujah bahawa hakim bicara telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan sedangkan hakim bicara telah terkhilaf sewaktu membenarkan prosiding mencabar kebolehpercayaan SD3 sedangkan syarat-syarat di bawah seksyen 37B(1)(a) ADB 1952 tidak dipatuhi. Dapatan Kami [45] Berikut merupakan dapatan kami terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Perayu dalam rayuan ini. Isu Pertama: Tangkapan Berasaskan Maklumat Awam [46] Menurut Perayu, tangkapan pihak polis terhadap Perayu adalah berasaskan kepada maklumat awam. Fakta ini diakui oleh SP7 sendiri sewaktu pemeriksaan balas. [47] Perayu berhujah bahawa dalam kes-kes seperti ini, pihak pendakwaan memikul beban untuk menyingkirkan kemungkinan (exclude the possibilities) dadah berbahaya tersebut telah ditanam (planted) atau diletakkan di tempat kejadian bagi mengaitkan (implicate) Perayu. Bagi tujuan tersebut, pihak pendakwaan perlu menyingkirkan kemungkinan akses orang lain terhadap dadah berbahaya tersebut. [48] Perayu telah merujuk kepada kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v PP [1993] 3 MLJ 1; [1993] 4 CLJ 1, di mana Mahkamah Agung telah memutuskan seperti berikut: Another distinct possibility - not considered by the judge - was that the informer, upon whose tip-off the raid on the appellant's house had been conducted, might have planted the drugs in the box. This does not seem to us a fanciful possibility, bearing in mind that the house was still under construction and unfenced at the material time, and both the appellant and his wife were engaged in trade which took them out of doors; he as a carpenter engaged in building a house at Kampong Lembaga for one To' Haji Omar and she as a coffee stall holder at Gua Musang from 6 in the morning until 12 noon and again from 2.30 in the afternoon until 10 at night. (penekanan ditambah) [49] Perayu turut merujuk kepada kes Ibrahim Mohamad & Anor v Public Prosecutor and another appeal [2018] Supp MLJ 280; [2011] 4 CLJ 113, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: [11] It is also pertinent to take note in the present case that the police raiding party were acting on a tip-off which led to the arrest and detention of both the accused. The relevance of this established fact can be seen in the decision of the then Supreme Court in Abdullah Zawawi bin Yusoff v Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 1 where it was, inter alia, held as follows: Given the fact that this was a case where the police were acting on a tip-off, the onus was not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility. [12] The Supreme Court in Abdullah Zawawi had therefore highlighted the danger of relying on a tip-off's case as there is a possibility that in such a situation the drugs may have been planted in order to implicate the accused. Hence the need for the prosecution to exclude the possibilities that other individuals may have access to the drugs in question. We find on a proper perusal of the evidence it would show that the prosecution had failed to exclude the possibility of others having access to the said vehicle. No evidence whatsoever was adduced by the prosecution to exclude the possibility that Zainuddin and/or other individuals had access to the vehicle prior to the date of arrest. This is further compounded when the courts below erroneously took the position that the failure to call Zainuddin is not fatal as he was not together with both the accused when they were arrested. We also noted even Zainuddin's statement that was taken from him was not adduced and tendered as evidence pursuant to s 32(1)(i) of the Evidence Act 1950 if at all for some valid reasons Zainuddin could not be called to give evidence. (penekanan ditambah) [50] Di hadapan kami, Perayu berhujah bahawa hakim bicara telah gagal untuk mempertimbangkan bahawa tangkapan terhadap Perayu dalam kes ini adalah berdasarkan maklumat awam serta terdapatnya kemungkinan dadah berbahaya tersebut telah diletakkan di bilik tersebut bagi membabitkan Perayu. [51] Menurut Perayu-a. maklumat awam yang telah diterima oleh SP7 adalah pada jam 11.20 malam sedangkan pada waktu tersebut Perayu berada bersama dengan SP5 dari jam 6.00 petang sehingga jam 11.45 malam; b. SP5 telah memberikan keterangan bahawa terdapat lebih kurang empat ke lima orang lagi yang tinggal di rumah tersebut termasuk SD3, maka Perayu menyatakan bahawa terdapat orang lain yang mempunyai akses ke atas bilik kedua dan dadah berbahaya tersebut; c. SP3 telah memberikan keterangan pintu bilik kedua rumah tersebut hanya boleh dikunci dari dalam, maka Perayu menyatakan bahawa sepanjang tempoh Perayu keluar bekerja sehingga balik bekerja pada malam tersebut, pintu bilik kedua tersebut adalah terbuka kepada sesiapa sahaja; d. terdapat lubang di sebalik plastik hitam pada tingkap nako di bilik kedua tersebut yang membolehkan sesiapa sahaja memasukkan dadah berbahaya tersebut melalui lubang tersebut dari kawasan luar rumah; e. SP4 yang menyatakan bahawa dua set kunci telah diserahkan kepada Perayu, Dinesh dan seorang lagi lelaki Melayu sewaktu awal rumah tersebut disewakan; dan f. keterangan SP3 yang menyatakan bahawa sewaktu serbuan di dalam bilik belakang rumah tersebut terdapat sebuah motosikal jenis RXZ tetapi motosikal tersebut telah tiada sewaktu SP6 membuat lawatan ke rumah tersebut untuk mengambil gambar. [52] Setelah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan kes ini, kami mendapati bahawa isu-isu yang dihujahkan oleh Perayu seperti di atas adalah tidak bermerit sama sekali. [53] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pihak pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan pemilikan Perayu terhadap dadah berbahaya tersebut pada tarikh dan waktu kejadian seperti mana dalam pertuduhan. [54] Dalam hal ini, kami bersetuju dengan hakim bicara yang telah merujuk kepada kes Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ 231; [2018] 6 CLJ 133 mengenai prinsip undang-undang mengenai isu pemilikan eksklusif di mana Raus Sharif KHN (ketika itu) sewaktu menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan dengan merujuk, antara lainnya, kepada kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 (MP) dan Siew Yoke Keong v PP [2013] 3 MLJ 630 (MP) seperti berikut: [27] Based on the pronouncement of this court in Denish a/l Madhavan as reproduced above, possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. (Emphasis added.) [28] Similarly, in the case of Siew Yoke Keong v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 630; [2013] 4 MLRA 99 the issue pertaining to the failure by the prosecution to prove exclusive possession of the proscribed drugs was again an issue. In that case learned counsel for the accused capitalised on the fact that some ladies' clothing were found in the first house where part of the drugs were found. He therefore contended that others like the accused's wife had access to the first house in which the proscribed drugs were found. Learned counsel contended that the prosecution should have called her to exclude her as having access to the house and that the failure by the prosecution to do so resulted in its failure to prove exclusive possession or occupation of the first house by the accused resulting in the failure to prove exclusive possession of the proscribed drugs by the accused. [29] Ahmad Maarop FCJ (as he then was) in analysing the issue of exclusive possession echoed the following sentiments: [34] In explaining the meaning of possession, in the off-cited case of Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237 (cited with approval by this court in Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 and in Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan) Thomson J said: 'Possession' itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Ed, p 304): A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. (Emphasis added.) [30] In Siew Yoke Keong this court held that the presence of the ladies clothing (two female upper garments and two pairs of female jeans) along with male clothing in the third room of the first house did not mean that no possession was established against the accused. The crucial question was whether accused was so situated with respect to the prescribed drugs found in the second and third rooms of the first house that he had the power to deal with the drugs as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances were such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [31] Thus, from the above, when we talk about the issue of custody and control what is crucial is that the accused must be so situated that he can deal with the proscribed drugs as if it belonged to him, and it must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so (he had animus possidendi). The intention to deal with the drugs here refer to the element of knowledge. (penekanan ditambah) [55] Pada pendapat kami, pihak pendakwaan telah mengemukakan banyak keterangan yang kukuh dan meyakinkan (overwhelming evidence) bagi membuktikan fakta bahawa Perayu mempunyai pemilikan terhadap dadah berbahaya tersebut. Keterangan-keterangan ini juga telah dipertimbangkan oleh hakim bicara seperti berikut. [56] Pertama sekali, keterangan menunjukkan bahawa sewaktu serbuan, pintu bilik kedua rumah tersebut adalah berkunci dari dalam dan Perayu sendiri telah membuka kunci dan pintu bilik tersebut dari dalam sewaktu serbuan oleh pihak polis. Setelah pintu bilik tersebut dibuka oleh Perayu, hanya Perayu seorang sahaja yang dilihat berada di dalam bilik kedua rumah tersebut. Beg kain berwarna hitam yang mengandungi dadah berbahaya tersebut dijumpai di atas lantai di tepi dinding bilik tersebut dalam keadaan mudah dilihat dan hampir dengan Perayu, iaitu di dalam keadaan yang membolehkan Perayu berurusan dengan dadah berbahaya tersebut. [57] Keterangan turut menunjukkan bahawa terdapat barang peribadi Perayu yang telah dirampas oleh SP3 di dalam bilik tersebut sewaktu serbuan dan oleh SP6 sewaktu lawatan kedua selang beberapa hari selepas kejadian. Pakaian yang dirampas oleh SP6 sewaktu lawatan ke rumah tersebut adalah berpadanan dengan susuk badan Perayu setelah proses acu pakai dibuat. Tambahan pula, pemilik rumah iaitu Rozalina binti Abdul Wahab ("SP4") dan tunang Perayu iaitu Nur Fara Amyra binti Mohamad ("SP5") menyatakan bahawa Perayu sememangnya menyewa dan tinggal di rumah tersebut. [58] Berkenaan perkara ini, Kamardin Hashim HMR (ketika itu) sewaktu menyampaikan penghakiman mahkamah ini dalam kes Okonkwo Ugochukwu Stephen v Public Prosecutor [2019] MLJU 175 (MR), yang telah dirujuk oleh hakim bicara, telah memutuskan seperti berikut: [30] Coming back to the instant appeal before us, the facts that the appellant was present alone in the said house, his close proximity with the impugned drugs, his state of fear and agitated when the police found him in the room and his personal passport pictures found in the same room coupled with incriminating evidence from the landlord, Tay Kim Seng (PW4) which amounted to the irresistible conclusion that the appellant was the de facto tenant of the said house which justified the learned trial judge's decision in holding that a prima facie case had been proven against the appellant. The circumstances we just mentioned showed that the appellants' claimed ignorance of the impugned drugs in P17 and P30 could not hold waters and not credible. (penekanan ditambah) [59] Dalam kes Mohd Fauzi bin Omar v Pendakwa Raya [2009] MLJU 718 (MR) yang juga telah dirujuk oleh hakim bicara, Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud HMR (ketika itu) sewaktu menyampaikan penghakiman mahkamah ini telah menyatakan seperti berikut: Kesimpulan fakta yang dibuat itu ternyata bukan sahaja berdasarkan kehadiran Perayu di rumah semasa diserbu. Bilik kedua ialah bilik tempat kerja Perayu membuat sangkar burung dan P5a (cannabis dalam plastik lutsinar) terletak dalam bekas terbuka di atas lantai berhampiran sangkar separuh siap dalam bilik itu. SP10 tiada di rumah semasa serbuan kerana telah bertolak ke Kuala Lumpur beberapa jam sebelum itu. Perayu hanya bersendirian di rumah sedangkan P7c dalam beg plastik hijau terletak di bawah meja makan di dapur dan sesiapa yang berada di rumah boleh nampak kerana ia terdedah (lihat meja di dalam gambar-gambar P4C dan P4D dalam RR muka surat 208 – 209). SP10 tidak pernah melihat P5a atau P7c di rumahnya sebelum dia pergi dan tiada orang lain tinggal di rumah itu selain mereka berdua (anak masih kecil). Dalam keadaan sedemikian tidak silap bagi Hakim bicara mendapati Perayu “mempunyai kawalan dan jagaan atas barang-barang dalam rumah tersebut termasuk P5a dan P7c.” Sama ada SP10 juga menggunakan dapur tidak menafikan hakikat bahawa barang-barang di dalam rumah itu berada dalam jagaan dan kawalan eksklusif Perayu pada malam itu. Di tahap kes pendakwaan tiada keterangan yang orang lain mempunyai akses ke rumah tersebut selepas pemergian SP10. Ketiadaan dokumen peribadi Perayu dibilik kedua tidak melemahkan kes yang ada – iaitu bilik kedua berada di bawah kawalan Perayu. Itulah tempat kerjanya dan tiada orang lain di rumah ketika serbuan. (penekanan ditambah) [60] Hakim bicara turut merujuk kepada kes Chong Joon Hong v. PP [2018] MLJU 202; [2018] 1 LNS 144 (MR) di mana mahkamah ini melalui Zawawi Salleh HMR (ketika itu) telah menyatakan seperti berikut: [35] In our view, based on the above evidence, it was clear that there was "affirmative link" between both appellants and the impugned drugs. The simple most important link or connection between both appellants and the impugned drugs was the simple fact that the packages and boxes that contained the impugned drugs were in their plain view. This evidence constituted strong "presence" and "proximity". They were not merely present inside the bedroom with the impugned drugs cached away somewhere but the impugned drugs were right under their noses. They were the only persons present in the house and the bedroom when the raid was conducted. This was the second link. Only the appellants had access to the bedroom as the key were with them. This was the third link. (penekanan ditambah) [61] Selanjutnya, keterangan menunjukkan bahawa sewaktu SP3 memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis, Perayu dilihat dalam keadaan terkejut, muka pucat dan berpeluh ketakutan. Keterangan tindak-tanduk Perayu sewaktu pihak polis memperkenalkan diri mereka adalah relevan dan boleh diterima masuk di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 untuk menunjukkan pengetahuan Perayu mengenai dadah berbahaya tersebut. Tambahan pula, fakta ini tidak dicabar dan tidak dijelaskan oleh pihak pembelaan. Kami bersetuju dengan hakim bicara yang telah merujuk kepada kes Parlan Bin Dadeh v. Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717 (MP) berkenaan isu ini. [62] Seterusnya, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan dadah berbahaya tersebut telah diberitahu, ditunjuk, diambil dan diserahkan sendiri oleh Perayu kepada SP3 apabila disoal oleh SP3. [63] Dalam kes Ariff Arhanan Che Udin Iwn. PP [2022] 3 MLJ 157 (MP) yang juga telah dirujuk oleh hakim bicara, Mahkamah Persekutuan melalui Abdul Rahman Sebli HMP (ketika itu) telah memutuskan seperti berikut: [59] The fact in issue before the High Court was whether the appellant had knowledge of the drug inside the black bag. His conduct of picking up the black bag and handing it to SP6 was clearly relevant to the issue. We are therefore unable to accept learned counsel's argument that the prosecution cannot rely on s 8(2) of the Evidence Act 1950 on the ground that there is a special Act to deal with admissibility of statements, including conduct, given by an accused person charged with an offence under the DDA, applying the maxim generalia specialibus non derogant (the provisions of a general statute must yield to the provisions of a special one). The argument must fall once it is determined that conduct does not amount to statement. (penekanan ditambah) [64] Berdasarkan kepada kesemua di atas, kami mendapati bahawa tiada sebarang salah arah telah dilakukan oleh hakim bicara dalam mencapai dapatan-dapatan tersebut. Kesemua dapatan tersebut adalah berdasarkan kepada keterangan yang telah dikemukakan dan prinsip undang-undang yang berkaitan. [65] Pada hemat kami, pihak pendakwaan telah berjaya melunaskan beban mereka untuk menidakkan akses terhadap dadah berbahaya tersebut oleh mana-mana orang lain. [66] Selain daripada itu juga, kami mendapati bahawa hakim bicara telah pun mempertimbangkan mengenai isu akses kepada dadah berbahaya tersebut dengan teliti dan berhati-hati walaupun hakim bicara tidak menyatakan secara khusus mengenai tangkapan Perayu yang berdasarkan maklumat awam. Dapatan hakim bicara adalah seperti berikut: [50] Sebelum saya memberi pertimbangan ke atas elemen pengedaran, saya berpendapat adalah wajar untuk saya memberi pertimbangan ke atas pembelaan yang dibangkitkan oleh OKT semasa kes pendakwaan (penilaian maksima) sebagaimana yang dituntut dalam kes PP v Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 FC. [51] Pembelaan OKT yang diketengahkan di peringkat pendakwaan antara lainnya adalah bilik itu boleh diakses oleh orang lain termasuk abangnya dan kemungkinan beg mengandungi dadah itu diletakkan oleh orang lain ke dalam bilik itu. Mengambil pedoman daripada keputusan kes PP v. Denish A/L Madhavan [2009] 1 CLJ 601 yang dirujuk oleh kes Ariff Arhanan Che Udin lwn. PP [supra] di atas, saya berpendapat kedudukan OKT adalah sama dengan kedudukan responden dalam kes tersebut. [52] Beliau tidak boleh berselindung atas landasan bahawa rumah tersebut boleh di akses oleh orang lain untuk menidakkan pemilikannya ke atas barang kes berupa dadah tersebut memandangkan beliau mempunyai segala kawalan, pengetahuan dan milikan ke atas barang-barang kes tersebut secara eksklusif berpaksikan kepada bukan sahaja maklumat yang telah beliau berikan kepada SP3 berkenaan kewujudan dadah itu, malah juga perbuatannya yang menunjukkan dan mengambil beg berisi dadah itu untuk diserahkan kepada SP3 yang diterima masuk sebagai keterangan oleh mahkamah ini. [53] Justeru itu, pembelaan yang diketengahkan oleh OKT di peringkat kes pendakwaan ini tidak berjaya menggugat atau mencabar kebolehpercayaan saya terhadap keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. (penekanan ditambah) [67] Maka, hujahan Perayu bahawa hakim bicara telah gagal untuk mempertimbangkan isu akses orang lain terhadap dadah berbahaya tersebut adalah tidak bermerit sama sekali dan seharusnya ditolak. [68] Kesimpulannya, kami berpandangan bahawa tiada salah arah telah dilakukan oleh hakim bicara yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan berkenaan isu ini. [69] Malah, pendekatan hakim bicara adalah sebenarnya selari dengan prinsip yang digariskan oleh kes Abdullah Zawawi (supra) dan Ibrahim Mohamad (supra). Isu Kedua: Prosiding Mencabar Kebolehpercayaan SD3 [70] Berkenaan isu ini, Perayu berhujah bahawa hakim bicara telah terkhilaf apabila membenarkan prosiding mencabar kebolehpercayaan SD3 sedangkan ia tidak memenuhi syarat-syarat di bawah seksyen 37B(1)(a) ADB 1952 bila mana pegawai perakam kenyataan tersebut tidak dipanggil untuk membuktikan bahawa amaran-amaran yang berkaitan telah dibacakan kepada SD3 dan SD3 memahami proses dan akibat rakaman percakapan tersebut diambil. [71] Dalam kes ini, kami mendapati bahawa SD3, sewaktu prosiding mencabar kebolehpercayaannya-a. telah mengakui bahawa rakaman percakapannya telah dirakam sebanyak dua kali (iaitu di bawah seksyen 37B(1)(a) ADB 1952 dan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah); b. telah mengakui bahawa dia telah menurunkan tandatangannya ke atas dokumen rakaman-rakaman percakapan tersebut; dan c. telah mengakui bahawa keterangannya dalam rakaman percakapan adalah berubah dengan keterangannya di mahkamah. [72] Dalam keadaan seperti ini, kami mendapati tiada keperluan untuk hakim bicara mengadakan suatu perbicaraan dalam perbicaraan (trial within trial) bagi membuktikan pembuatan rakaman percakapan SD3 dan seterusnya menerima masuk rakaman percakapan tersebut terlebih dahulu. [73] Kami berpandu kepada prosedur yang telah digariskan dalam kes Muthusamy v Public Prosecutor [1948] 1 MLJ 57 berkenaan isu ini, di mana telah dinyatakan seperti berikut: If, however, the difference is so material as probably to amount to a discrepancy affecting the credit of the witness, the Court may permit the witness to be asked whether he made the alleged statement. If he denies having made it, then either the matter must be dropped or the document must be formally proved, by calling the writer or, if he is not available, by proving in some other way that the witness did make the statement. If the witness admits making the former statement, or is proved to have made it, then the two conflicting versions must be carefully explained to him, preferably by the Court, and he must have a fair and full opportunity to explain the difference. If he can, then his credit is saved, though there may still be doubt as to the accuracy of his memory. This procedure is cumbersome and slow and therefore should not be used unless the apparent discrepancy is material to the issue. (penekanan ditambah) [74] Selanjutnya, kami juga telah meneliti keseluruhan Rekod Rayuan serta alasan hakim bicara di sebalik penolakan keterangan SD3 akibat daripada empat percanggahan material di dalam keterangan SD3 di mahkamah dan di dalam rakaman percakapannya, seperti mana berikut: [74] Percanggahan pertama adalah SD3 mengatakan secara lisan kepada mahkamah ini bahawa OKT ditahan dan digari ketika OKT berada di ruang tamu bersamanya, walhal sekiranya dilihat rakaman percakapannya yang ditunjukan kepada Mahkamah ini, SD3 menyatakan bahawa ketika kejadian itu, OKT berada di dalam bilik kedua dan polis telah menahan OKT ketika beliau berada di dalam bilik kedua tersebut. [75] Percanggahan kedua pula, SD3 dalam keterangannya di Mahkamah menyatakan rumah itu turut disewa oleh kawankawannya bernama Faliq, Dinesh dan Chapang. Namun dalam rakaman percakapannya, SD3 menyatakan bahawa rumah itu disewa oleh OKT dan SD3. OKT yang uruskan penyewaan dan OKT pegang satu set anak kunci rumah manakala SD3 juga ada memegang satu set kunci. SD3 dan OKT tidak pernah pinjamkan kunci rumah itu pada orang lain. SD3 juga tidak pernah membawa masuk kawankawannya ke dalam rumah itu dan tidak tahu sama ada OKT ada membawa kawan-kawannya masuk. [76] Seterusnya bagi percanggahan ketiga, SD3 dalam keterangan lisannya di Mahkamah mengatakan bahawa bilik kedua itu turut digunakan oleh Faliq, Dinesh dan Chapang kerana hanya tandas dalam bilik kedua itu yang berfungsi dengan baik. Namun, SD3 dalam rakaman percakapannya menyatakan bahawa hanya OKT seorang menggunakan dan tinggal di dalam bilik kedua tersebut. [77] Percanggahan keempat adalah berkaitan tentang bilakah kali terakhir SD3 bertemu dengan OKT sebelum OKT ditahan dan ditangkap oleh pihak polis. Dalam keterangan lisannya di Mahkamah, SD3 menegaskan bahawa OKT dilihat ada bersamanya di ruang tamu rumah sebelum OKT ditangkap oleh pihak polis. Namun begitu, SD3 dalam rakaman percakapannya menyatakan pula bahawa kali terakhir beliau melihat OKT adalah pada sebelah pagi hari kejadian sebelum beliau pergi bekerja... ... [80] Semasa prosiding mencabar kebolehpercayaan dijalankan, SD3 mengaku ada memberikan pernyataan kepada dua pegawai polis semasa proses siasatan dijalankan iaitu P39 dan P40 serta mengesahkan tandatangan yang terdapat pada kedua-dua dokumen tersebut. Dalam memberikan penjelasan mengenai isu percanggahan, SD3 menjelaskan bahawa keterangannya di Mahkamah adalah yang betul. SD3 seterusnya menjelaskan pernyataannya di dalam P39 dan P40 adalah yang tidak benar dan dibuat-buat (direka-reka) kerana beliau telah disuruh untuk bercakap demikian bagi mengelakkan dia dituduh di Mahkamah. Namun, akhirnya beliau tetap dituduh di Mahkamah kemudiannya. [81] Setelah saya meneliti percanggahan di antara keterangan SD3 dengan pernyataannya dalam rakaman percakapan di eksibit P39 dan P40, serta dengan mengambil kira penjelasan yang dibuat oleh SD3 terhadap percanggahan-percanggahan tersebut, saya memutuskan keempat-empat percanggahan itu adalah material dan gagal dijelaskan dengan baik oleh SD3. Sehubungan itu, Mahkamah ini tidak dapat menerima penjelasan yang diberikan oleh SD3 mengenai percanggahan-percanggahan tersebut... [82] ... Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa keterangan SD3 mengenai 4 isu yang bercanggah tersebut telah berjaya dicabar kebolehpercayaannya oleh Pihak Pendakwaan dan memutuskan untuk menolak dan tidak menerima pakai keterangan SD3 terutamanya bagi 4 isu yang bercanggah tersebut dalam membuat keputusan berkaitan pertuduhan terhadap OKT. (penekanan ditambah) [75] Berdasarkan kepada faktor-faktor yang telah dinyatakan, kami berpendapat bahawa hakim bicara tidak tersalah arah mahupun terkhilaf dalam dapatannya bahawa SD3 adalah saksi yang tidak boleh dipercayai berdasarkan kepada hasil prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi SD3 yang telah dijalankan. [76] Oleh itu, kami berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan oleh Perayu ini juga adalah tidak berasas sama sekali. Isu Ketiga: Pertimbangan Versi Pembelaan Perayu [77] Berkenaan isu ini, Perayu berhujah bahawa hakim bicara telah gagal untuk mempertimbangkan versi pembelaan Perayu yang konsisten sejak kes pendakwaan serta disokong oleh keterangan SD2 dan SD3 sewaktu peringkat kes pembelaan. [78] Kami tidak dapat bersetuju dengan hujahan Perayu ini. Hal ini kerana, kami mendapati hakim bicara telah mempertimbangkan versi pembelaan Perayu dengan panjang lebar dan penuh teliti seperti mana dapat dilihat dalam alasan penghakimannya seperti berikut: [88] Kembali kepada kes pembelaan, Mahkamah ini mendapati teras utama pembelaan OKT adalah bahawa OKT tidak mengaku beg kain berwarna hitam berisi dadah berbahaya yang dirampas oleh SP3 telah ditunjukkan, diambil dan diserahkan sendiri olehnya kepada SP3 semasa beliau berada di dalam bilik kedua dan ketika beliau berada berdekatan dengan beg kain hitam berisi dadah tersebut. Sebaliknya, OKT menyatakan bahawa ketika kejadian, beliau berada di ruang tamu rumah bersama SD3 dan hanya masuk ke dalam bilik kedua sewaktu beg berisi dadah itu dijumpai oleh pihak polis. Selain itu, OKT menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai kewujudan dadah berbahaya yang dijumpai di dalam beg kain berwarna hitam tersebut. OKT turut mengaitkan beberapa nama (Faliq, Dinesh dan Chapang) yang dikatakan mempunyai akses terhadap bilik kedua tersebut. [89] Secara khususnya, keterangan kes pendakwaan pula menjurus kepada penemuan dan rampasan beg kain hitam yang mengandungi dadah dari dalam bilik kedua selepas ditunjuk, diambil dan diserahkan oleh OKT sendiri semasa beliau ditahan ketika berada di dalam bilik kedua tersebut dalam keadaan pintu bilik berkunci dari dalam. Dadah yang ditemui dan dirampas itu pula disahkan seberat 1269.05 gram jenis Cannabis. Turut dirampas dari dalam bilik kedua itu dokumen peribadi milik OKT iaitu pas kerja dan geran motosikal atas nama OKT. Pakaian turut dirampas dari dalam bilik kedua itu yang mana ujian acupakai didapati berpadanan dengan tubuh badan OKT. [90] Keterangan pembelaan OKT adalah sama sekali berbeza dengan keterangan SP3 dan SP7 di Mahkamah yang mewujudkan dua versi yang berbeza. Apabila pembelaan cuba mengetengahkan naratif yang bertentangan dan berlawanan dengan versi kes pendakwaan, pada hakikatnya pembelaan cuba membawa andaian yang menunjukkan bahawa saksi-saksi pendakwaan tidak berkata benar dan telah menganiaya OKT berasaskan kepada keterangan mereka. Walaupun begitu, Mahkamah ini berpandangan tiada sebab untuk SP3 dan SP7 mereka-reka cerita bagaimana dadah di dalam beg kain hitam itu dirampas daripada OKT. [91] Sebagai pegawai polis, SP3 dan SP7 tidak mempunyai kepentingan dalam penangkapan ke atas OKT dan juga tidak mempunyai apa-apa motif untuk memberi keterangan palsu bagi memperoleh sabitan ke atas OKT. Apatah lagi, OKT sendiri dalam keterangannya mengakui bahawa beliau dan SP3 serta SP7 saling tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum kejadian tangkapan ke atas OKT. Oleh itu, Mahkamah berpuashati bahawa tiada alasan bagi Mahkamah untuk tidak mempercayai keterangan SP3 dan SP7 berbanding dengan keterangan OKT. Dapatan Mahkamah ini bersandarkan kepada panduan melalui kata-kata Thomson CJ dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257 yang irujuk oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 1 LNS 1455 seperti berikut: "Here was a case where the learned High Court Judge was confronted with two versions. One version from the prosecution and the other version was from the appellant. His Lordship preferred the prosecution's version and he made a finding that the appellant's version was not probable having viewed the Yamaha motorcycle himself and after considering the demonstration by the appellant of placing those exhibits in the compartment of the Yamaha motorcycle. Confronted with two divergent versions as to the recovery of the offending drugs, we recalled to mind the sage words of Thomson CJ in PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257: When a police witness says something that is not inherently improbable his evidence must be in the first instance be accepted. If his evidence is contradicted by other evidence or it shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted." [92] Dalam hal ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Pihak Pendakwaan bahawa pembelaan OKT adalah merupakan satu penafian kosong semata-mata, khususnya mengenai cara bagaimana dadah itu ditemui dalam milikan OKT (merangkumi aspek kawalan, jagaan dan juga pengetahuan) di tempat kejadian. Prinsip undang undang seperti diputuskan dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 adalah jelas bahawa walaupun bukan tugas OKT untuk membuktikan pertuduhan terhadapnya adalah tidak benar kerana beban membuktikan pertuduhan adalah senantiasa di bahu Pihak Pendakwaan, namun OKT masih perlu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. [93] Mahkamah ini mendapati nilai keberatan keterangan Pihak Pembelaan yang bercanggah dengan versi pendakwaan itu amat minimum dan tidak sama sekali menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pihak Pendakwaan, malah keterangan Pihak Pembelaan tidak lebih dari penafian semata-mata, yang tidak boleh diterima oleh Mahkamah ini sebagai keraguan munasabah. Inilah prinsip yang diputuskan dalam kes PP v. NurHassan bin Salip Hashim & Anor [1993] 2 CLJ 551 iaitu: "... The evidence of the second accused was only one of denial; denial of having ever seen the orange plastic bag containing the cannabis, denial of having been together with the first accused, denial of sitting on the same chair together with the first accused and the denial of being found immediately next to the orange plastic bag containing the cannabis. All these evidence of the second accused was offered in contradiction of the evidence of the prosecution. The denial has not in any way created a doubt, on a balance of probabilities, in the prosecution. Neither were the presumptions of possession or knowledge rebutted. Nothing was offered by the evidence of the second accused by way of rebutting the presumption of trafficking arising from the fact that the cannabis weighed." [94] Seterusnya saya juga berpandukan kepada prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan daiam kes D.A. Duncan v, PP [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195 seperti berikut: "The defence was, in effect a simple denial of evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In this circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." [95] Maka, Mahkamah ini memutuskan bahawa pembelaan oleh OKT merupakan suatu penafian semata-mata dan hendaklah ditolak dan tidak mencukupi untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes Pihak Pendakwaan. Saya sedia maklum dengan prinsip yang terpakai seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Megat Halim Megat Omar [2009] 1 CLJ 154 bahawa walaupun kes pihak pembelaan adalah "suspicious or inherently improbable..." namun "the trial court is still bound to consider that defence and that the obligation is upon the prosecution to prove its case beyond a reasonable doubt." [96] Untuk itu, Mahkamah ini juga telah meneliti dan menilai semula keterangan saksi-saksi Pihak Pembelaan terutamanya SD2 dan SD3 mengenai beberapa isu lain yang dibangkitkan, termasuklah isu mengenai tingkap rumah tempat kejadian yang dikatakan plastik hitam yang menutupinya ada kesan terbuka dan kemungkinan rumah itu boleh diakses oleh orang lain yang di antaranya namanama yang ditimbulkan iaitu Faliq, Chapang dan Denish. [97] Namun, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini sebelum ini dan dapatan ini kekal pada peringkat kes Pihak Pembelaan, isu-isu ini tidak membawa kepada kecacatan kepada kes Pihak Pendakwaan dan tidak juga menimbulkan sebarang keraguan terhadap kes Pihak Pendakwaan. Fakta bahawa dadah tersebut dijumpai semasa OKT berada di dalam bilik kedua dan OKT sendiri yang memberitahu maklumat, menunjukkan, mengambil serta menyerahkan beg kain hitam berisi dadah itu kepada SP3 kekal diterima oleh Mahkamah ini. (penekanan ditambah) [79] Kami berpendapat tidak wujudnya sebarang kekhilafan di pihak hakim bicara dalam dapatannya berkenaan pembelaan Perayu. Kami mendapati dapatan hakim bicara di atas adalah berlandaskan sepenuhnya kepada keterangan yang dikemukakan di hadapannya serta disokong oleh prinsip undang-undang yang berkaitan. Oleh itu, tidak ada sebarang sebab untuk kami mengganggu dapatan hakim bicara tersebut. [80] Maka, kami mendapati tiada sebarang merit di dalam isu yang dibangkitkan oleh Perayu ini dan isu ini hendaklah ditolak. Isu Keempat: Hukuman [81] Berkenaan isu hukuman yang dijatuhkan ke atas Perayu oleh hakim bicara iaitu hukuman gantung di leher sehingga mati, hakim bicara telah merujuk kepada peruntukan seksyen 39B(2A)(d) ADB 1952 dan memutuskan bahawa tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan bahawa Perayu telah membantu pihak polis dalam membanteras pengedaran dadah di dalam atau luar negara. [82] Keputusan kes ini telah diberikan pada 14.9.2022, iaitu sebelum peruntukan tersebut dimansuhkan melalui seksyen 54 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023. [83] Seksyen 55 Akta 846 pula secara khusus memperuntukkan bahawa: Seksyen 55. Peralihan Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, jika seseorang disabitkan oleh mana-mana mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta ibu, orang itu, sama ada dalam suatu perbicaraan atau rayuan, hendaklah dihukum mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini walaupun kesalahan itu dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (penekanan ditambah) [84] Di hadapan kami, Perayu telah memohon agar hukuman gantung di leher sehingga mati yang dijatuhkan oleh hakim bicara dapat dikurangkan kepada hukuman pemenjaraan seumur hidup dan sebatan rotan minima sebanyak 12 sebatan. Pihak pendakwaan pula telah memohon agar hukuman hakim bicara dapat dikekalkan. [85] Setelah kami mengambil kira faktor kepentingan awam secara menyeluruh, meneliti keseluruhan fakta kes ini, mempertimbangkan berat dan jenis dadah yang terlibat, serta tiadanya sebarang keterangan untuk menunjukkan bahawa Perayu mempunyai sebarang rekod sabitan lampau yang berkaitan dengan kes seperti ini, kami berpendapat bahawa hukuman pemenjaraan seumur hidup dan 12 sebatan rotan adalah munasabah dan berpatutan. [86] Atas alasan tersebut, kami telah membenarkan rayuan Perayu terhadap hukuman. Maka, kami telah menggantikan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara iaitu hukuman gantung di leher sehingga mati kepada hukuman pemenjaraan seumur hidup dan 12 sebatan rotan. Kesimpulan [87] Kesimpulannya, berdasarkan kepada kesemua yang telah dinyatakan sebelum ini, kami telah mencapai keputusan sebulat suara bahawa rayuan Perayu berkenaan sabitan adalah tidak bermerit sama sekali. Kami dapati tiada kekhilafan dari segi undang-undang dan fakta oleh hakim bicara dan sabitan terhadap Perayu adalah selamat. Oleh itu, rayuan Perayu terhadap sabitan adalah ditolak. [88] Berkaitan rayuan Perayu terhadap hukuman, setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, kami membuat keputusan untuk menggantikan hukuman gantung di leher sehingga mati yang dijatuhkan oleh hakim bicara kepada hukuman penjara seumur hidup serta 12 sebatan rotan. Oleh itu, rayuan Perayu adalah dibenarkan sebahagian. Tarikh: 6 Oktober 2025 Peguamcara Perayu: Ghazali bin Ismail Tetuan Ghazali Ismail & Co. Pt 14194 A, Tingkat 1 Jalan Balai Besar Kg Alor Tempoyak 23000 Dungun Terengganu Peguamcara Responden: TPR Nik Mohd Fadli bin Nik Azlan 45, Persiaran Perdana Presint 4 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.