Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-83D-789-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD RABUZALIL BIN HAMZAH (NO. KP: 620619035125) ALASAN PENGHAKIMAN
DI-83D-789-10/2022
Magistrates Court of Malaysia16 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES JENAYAH NO: DI-83D-789-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD RABUZALIL BIN HAMZAH (NO. KP: 620619035125) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT merupakan seorang penjawat awam telah dituduh menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine,di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB 1952) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama sebagaimana berikut:- “Bahawa kamu pada 28/3/2022 jam lebih kurang 6.00 pagi, bertempat di tandas Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di dalam daerah Gua Musang, di dalam negeri Kelantan, telah menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine, oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama.”
2
4 orang saksi pendakwaan telah dipanggil dan mahkamah diakhir kes pendakwaan telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT dan dengan itu OKT telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu membela diri.
3
Bertindak atas maklumat, satu serbuan telah dilakukan di sebuah rumah No 6, Rumah Guru Felda Chiku 3, 18300 Gua Musang melibatkan 3 tangkapan lelaki melayu temasuklah OKT yang kemudiannya telah dibawa ke IPD Gua Musang. Laporan polis sebagaimana P2 telah dibuat.
4
Pada 28/3/2022 jam lebih kurang 6.00 pagi, ujian saringan urin telah dijalankan terhadap OKT di Tandas Pejabat Narkotik IPD Gua Musang di mana OKT memilih satu paket plastik botol urin tertera no siri B193779 yang belum dibuka yang berada di dalam kotak.
5
OKT telah ke tandas diawasi SP1 dan telah kencing di dalam botol lutsinar tersebut dan menutup botol lutsinar tersebut seterusnya meletakkan botol urin tersebut di atas meja yang berada di hadapan tandas.
6
SP1 telah menjalankan ujian saringan urin dengan mencelup 6 test strip ke dalam botol lutsinar yang mengandungi air kencing OKT dan hasil ujian saringan menunjukkan air kencing OKT positif dadah jenis Methamphetamine. Laporan polis sebagaimana P3 telah dibuat.
7
Pada 29/03/2022, sampel air kencing telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Hasil analisa oleh SP3 telah mengesahkan sampel urin OKT positif Amphetamine dan Methamphetamine. Laporan Patologi sebagaimana P11. S/N AoBH/8Jfykm3a3pEyisb4w
8
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah mengemukakan dua keterangan bercanggah antara satu sama lain. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan rantaian keterangan barang kes di dalam kes ini tidak terputus (no break in chain of evidence) sebagaimana di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 CLJ 551 jika tidak “benefit of the doubt” hendaklah diberikan kepada OKT.
9
Dalam kes ini terdapat 2 repot polis yang terlibat berkait tangkapan OKT iaitu P2 (repot tangkapan) dan P3 (repot saringan awal urin). Repot tangkapan P2 telah dibuat pada jam 6.16 pagi iaitu Repot Paloh2 584/22 manakala repot saringan awal P3 telah dibuat pada jam 6.31 pagi iaitu Repot GM 1926/22. Kedua dua repot dibuat oleh SP1.
10
Merujuk kepada P2 iaitu setakat jam itu, 6:16 pagi, OKT masih belum diserahkan sebarang botol saringan urin dan belum menjalani ujian saringan air kencing. Semasa disoalbalas SP1 bersetuju bahawa repot eksibit P2 tersebut mengandungi butir-butir yang tepat.
11
Walaubagaimanapun merujuk P3 iaitu repot saringan awal yang telah dilakukakan oleh SP1 sendiri menyatakan perkara sebaliknya iaitu satu saringan awal telah dijalankan pada jam 6.00 sebagaimana yang dinyatakan di dalam P3.
12
Berdasarkan keterangan ini, timbul kelompangan dan keraguan berkenaan pemilik sebenar specimen urin di dalam eksibit P9 kerana berdasarkan P2 yang diakui sah oleh SP1, Tertuduh masih belum menjalani ujian saringan setakat jam 6:16 pagi masa repot tangkapan tersebut dibuat.
13
Percanggahan di dalam repot eksibit P2 dan dalam repot eksibit P3, merupakan satu percanggahan yang material kerana ianya melibatkan perkara asas dalam pertuduhan ini terhadap OKT kerana kedua dua repot ini dilakukan S/N AoBH/8Jfykm3a3pEyisb4w oleh SP1 (orang yang sama) yang membuat tangkapa dan yang menjalankan ujian saringan terhadap OKT. Oleh yang demikian pihak pendakwaan telah gagal untuk memastikan rantaian keterangan barang kes di dalam kes ini tidak terputus.
14
Merujuk kes Teoh Hoe Chye v PP & Anor (1987) CLJ (Rep) 386 Mahkamah telah membuat dapatan bahawa; “In so far as the trial Court is concerned, its duty is essentially to decide whether on the evidence before it, the prosecution has proved its case. Whether a doubt as to the identity of an exhibit arises, a failure to adduce evidence to provide the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution case. In the instant case, there was such a failure.”
15
Mahkamah setelah meneliti keseluruhan kes dan berdasarkan alasan dan prinsip undang undang serta kes-kes yang dikemukakan di atas di samping hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan berserta keterangan keterangan yang telah diberikan dalam mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Oleh yang demikian OKT dengan ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu membela diri
16
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini. S/N AoBH/8Jfykm3a3pEyisb4w Bertarikh: 13 Ogos 2025 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang Pihak-pihak Pendakwaan : Muhammad Shahril bin Ramli Timbalan Pendakwa Raya Pembelaan : Muhammad Izzat Hasizan ;
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.