27.12.2022 melalui emel. Akibatnya, Pemohon telah gagal mematuhi keperluan 14 hari memfailkan Petisyen Rayuan sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 307(4) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). Latar Belakang Kes [3] Notis Rayuan bagi kes rayuan oleh Pemohon telah difailkan pada 25.10.2022 dan kes rayuan telah didaftarkan sebagai KA-42JSKS- 2-10/2022. Seterusnya, Mahkamah telah menetapkan satu tarikh sebutan pertama pada 7.12.2022 yang telah turut dihadiri oleh Peguambela Pemohon yang sama. [4] Selanjutnya pada 17.1.2023, semasa Pengurusan Kes di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Peguambela Pemohon telah memaklumkan Mahkamah bahawa Petisyen Rayuan belum difailkan dan terdapat kelewatan memfailkan Petisyen Rayuan dan mereka akan memfailkan permohonan bagi pelanjutan masa memfailkan Petisyen Rayuan. [5] Berdasarkan Afidavit Sokongan Pemohon (kandungan 2), setelah menerima emel daripada pihak Mahkamah mengenai tarikh Pengurusan Kes pada 17.1.2023, Peguambela Pemohon telah membuat pertanyaan di kaunter Pendaftaran Mahkamah Rendah mengenai Alasan Penghakiman dan dimaklumkan bahawa Alasan Penghakiman telah diemel pada 27.12.2022. Setelah semakan dibuat, pihak Peguambela Pemohon masih mendapati tiada emel Alasan Penghakiman yang telah dihantar. Semakan lanjut dengan Kaunter Pendaftaran Mahkamah Rendah, Peguambela Pemohon telah dinasihatkan untuk melihat kepada ‘spam’ emel mereka. Hasilnya didapati terdapat emel penghantaran Alasan Penghakiman di dalam ‘spam’ emel tersebut dan tarikh penghantaran adalah pada 27.12.2022. [6] Akibat daripada masalah kemasukan emel ke dalam ‘spam’ emel Peguambela Pemohon ini, tarikh pemfailan petisyen rayuan sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 307(4) KTJ telahpun luput pada 10.1.2023. Justeru Pemohon telah memfailkan Notis Usul ini bagi tujuan memohon pelanjutan masa bagi memfailkan Petisyen Rayuan. Analisis dan Dapatan Mahkamah [7] Permohonan yang difailkan oleh Pemohon ini menyentuh bidangkuasa Mahkamah ini di bawah seksyen 310 KTJ yang memperuntukkan seperti berikut: “310. A Judge may, on the application of any person desirous of appealing who may be debarred from so doing upon the ground of his not having observed some formality or some requirement of this Code, permit an appeal upon such terms and with such directions to the Magistrate and to the parties as the Judge shall consider desirable, in order that substantial justice may be done in the matter.”. [8] Di dalam kes Masnelan Pakpahan v. Public Prosecutor [1989] 2 CLJ (Rep) 112, Hakim Mohamed Dzaiddin HMT (pada ketika itu) telah memutuskan bahawa prinsip di bawah seksyen 310 KTJ adalah seperti berikut: “In my opinion, the underlying principle of s. 310 of the Criminal Procedure Code is to allow a Judge to exercise his unfettered discretion to see that substantial justice may be done in the matter. In the final analysis, the exercise of the discretion depends on the facts and circumstances of each case…”. [penekanan ditambah] [9] Selanjutnya di dalam kes Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1977] 2 MLJ 194 pula, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “The view which we took was that for the application to succeed there had to be strong grounds or substantial reasons.”. [penekanan ditambah] [10] Berdasarkan keputusan kedua-dua kes Wong Swee Chin (supra) dan Masnelan Pakpahan (supra) jelas bahawa budibicara yang diberikan di bawah seksyen 310 KTJ hendaklah disertakan dengan alasan yang kukuh dan berasas. Alasan-alasan bagi menyokong permohonan pula adalah bergantung kepada fakta dan keadaan sesuatu kes itu. [11] Berpandukan kepada prinsip-prinsip yang telah diputuskan dalam kedua-dua kes tersebut, Mahkamah ini perlu menilai dan meneliti sama ada alasan permohonan ini adalah suatu alasan yang kukuh dan berasas. [12] Di dalam Afidavit Sokongan Pemohon (kandungan 2), Peguambela Pemohon menyatakan bahawa Notis Rayuan telah difailkan pada 25.10.2022. Selepas itu, pihak Peguambela Pemohon tidak menerima apa-apa maklumat untuk sebarang sebutan dan pengurusan kes sehingga akhir bulan 17.1.2023 di mana mereka menerima emel daripada Mahkamah untuk tarikh Pengurusan Kes di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar. [13] Mahkamah ini mendapati bahawa pernyataan di dalam Afidavit Sokongan Pemohon (kandungan 2) tersebut terutamanya di perenggan 5 adalah tidak tepat. Semakan Mahkamah ini mendapati bahawa setelah Notis Rayuan difailkan pada 25.10.2022, terdapat sebutan kali pertama ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 7.12.2022 dan telah dihadiri sendiri oleh Peguambela Pemohon. Berdasarkan fakta ini, Peguambela Pemohon seharusnya sedar dan sentiasa memastikan status kes mereka dikemaskini dan disemak. Sehubungan itu, alasan bahawa berlaku kekeliruan akibat daripada jarak masa yang terlalu lama untuk sebutan kes pertama dari tarikh Notis Rayuan difailkan tidak boleh diterima oleh Mahkamah ini kerana tempoh masa antara pemfailan Notis Rayuan pada 25.10.2022 dan tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Alor Setar (iaitu pada 7.12.2022) tidak sampai pun 2 bulan. [14] Seterusnya berkenaan isu pertukaran Peguambela, Mahkamah mendapati bahawa pada tarikh makluman pertukaran Peguambela oleh keluarga Pemohon iaitu 17.1.2023, tarikh pemfailan petisyen rayuan telahpun luput. Sehubungan itu, alasan pertukaran Peguambela juga tidak boleh dijadikan alasan kepada Permohonan ini memandangkan tarikh pemfailan Petisyen Rayuan telahpun luput pada ketika itu dan telahpun disedari oleh Pemohon. [15] Berkenaan isu emel makluman penyerahan Alasan Penghakiman telah masuk ke dalam ‘spam’ emel Peguambela Pemohon, Mahkamah mendapati bahawa adalah menjadi tanggungjawab Peguambela Pemohon untuk memastikan semua emel yang diterima oleh firma mereka diteliti dan disemak dengan teliti, ini termasuklah emel-emel yang diterima di dalam ‘spam’ emel. Analogi yang sama boleh dibuat bagi keadaan kes hari ini dengan fakta kes di dalam kes Masnelan Pakpahan v. PP (supra) yang dinyatakan sebentar tadi. Dalam kes tersebut, walaupun bukan melibatkan teknologi terkini seperti emel tetapi melibatkan kesilapan memasukkan Alasan Penghakiman dan Nota Keterangan ke dalam fail yang lain dan apabila disedari, tarikh bagi memfailkan Petisyen Rayuan telahpun luput. [16] Selain itu juga, dalam menjalankan budibicara di bawah sek. KTJ ini juga, Mahkamah ini berpandukan kepada prinsip yang diputuskan di dalam kes Veerasingam v. PP [1958] MLJ 76, yang telah memutuskan seperti berikut: “The only fetter which section 310 places upon the exercise of the discretion which it gives to the Judge is that it shall be exercised "in order that substantial justice may be done." Clearly, to exercise his discretion properly the Judge must apply his mind to all the relevant material. He must consider the circumstances of the original trial. He must consider the original Petition of Appeal. And he must consider the circumstances which are now urged upon him to induce him to allow any departure from or addition to that original Petition of Appeal. He must consider his own powers as to such matters as the granting of adjournment and the requiring of Notice to be given. And then he must exercise his discretion as he sees fit in order that substantial justice may be done in the matter. It may be that he may find it helpful to look at what has been done in some other case by some other Judge but if he does he must be careful to look at what that other Judge has done merely as an illustration and not as laying down any judicial precedent [see the observations of Bowen L.J., in Jones v Curling 13 QBD 262 supra.”. [penekanan ditambah] [17] Bersandarkan kepada keputusan di dalam kes Veerasingam v. PP (supra) di atas, Mahkamah tidak mendapati apa-apa alasan yang dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan Pemohon (Kandungan 2) yang menjelaskan tentang apakah alasan-alasan di dalam Petisyen Rayuan yang bakal dikemukakan. Hanya satu perenggan sahaja dinyatakan di dalam Hujahan Bertulis Pemohon (kandungan 7) yang menyatakan bahawa asas rayuan adalah persoalan undang-undang tentang pertuduhan dan alamat di dalam pertuduhan. Tiada fakta mahupun ulasan lanjut diberikan bagi membantu Mahkamah ini untuk menilai sama ada isu rayuan yang akan ditimbulkan mungkin memberikan keputusan yang berbeza dengan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen. Malahan tiada draf Petisyen Rayuan disertakan bagi tujuan menyokong tuntutan Pemohon yang beliau mempunyai prospek untuk berjaya dalam rayuannya. [18] Sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Johnny Lim Chin Teik v. Public Prosecutor [1998] 7 MLJ 616, Hakim KC Vohrah telah merujuk kepada kes Masnelan Pakpahan dan memutuskan seperti berikut: “Turning to another matter notwithstanding that the applicant was given the opportunity to file a supplementary affidavit, the affidavit while disclosing the 3 charges under which the applicant has been convicted, does not show anywhere why the convictions were wrongly made and that there are merits in the appeal, that there is an arguable appeal. As was pointed out succinctly by Mohd. Dzaiddin J (as he then was) in Masnelan Pakpahan v PP [1989] 2 CLJ when his Lordship commented on the exercise of discretion under s 310, "In the final analysis, the exercise of the discretion depends on the facts and circumstances of the case. In the present application, it is deposed that there are strong grounds of appeal on the merits and in law and that the failure of the solicitors to file the Petition of Appeal was due to inadvertence. In any judgment, it is insufficient for the deponent to state that he believes there are strong grounds in the appeal on the merits and in law without at least mentioning what the grounds are and the law involved. He ought to have exhibited to his affidavit a proposed Petition of Appeal..." [penekanan ditambah] [19] Mahkamah Tinggi di dalam kes Johnny Lim Chin Teik v. Public Prosecutor (supra) juga telah memutuskan seperti berikut: “In order that substantial justice may be done in this case all relevant material should have been disclosed to the court but unfortunately the court was not appraised of them and the application for the extension of time was dismissed.”. [penekanan ditambah] [20] Dalam permohonan Pemohon pada hari ini, tiada pernyataan tentang fakta kes yang telah diputuskan terhadap Pemohon semasa di Mahkamah Sesyen. Malahan tiada sebarang maklumat berkenaan kedudukan kes di Mahkamah Sesyen disertakan di dalam Afidavit Sokongan Pemohon (Kandungan 2). Afidavit Sokongan Pemohon (Kandungan 2) hanya menjelaskan sebab-sebab kelewatan pemfailan Petisyen Rayuan sahaja. Namun begitu, memandangkan kes rayuan yang melibatkan Pemohon ini adalah juga didengar di Mahkamah ini, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kes rayuan yang berkaitan Pemohon adalah terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bermula dari tarikh tangkap bagi kesalahan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. [21] Namun begitu, dalam hal keadaan permohonan Pemohon ini, Mahkamah tidak mempunyai maklumat-maklumat lain berkaitan kes terhadap Pemohon yang dapat membantu Mahkamah ini untuk menilai sama ada alasan yang dikemukakan bagi menyokong permohonan ini adalah kukuh dan berasas. Kesimpulan [22] Berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pemohon telah gagal memberikan suatu alasan yang kukuh dan berasas bagi membolehkan mahkamah ini menggunakan budibicaranya di bawah Seksyen 310 KTJ untuk membenarkan lanjutan masa bagi memfailkan Petisyen Rayuan. Oleh yang demikian Notis Usul Pemohon ini ditolak. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 2 Mei 2023.