Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO. KES: KA-62JSK-19-06/2023 DAN KA-62JSK-20-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MOHD RASSYIDI BIN HAMID (NO. K/P: 870617-02-5603)
KA-62JSK-20-06/2023
Sessions Court of Malaysia19 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“14. Di dalam kes Md Jahangir lwn PP [2020] CLJU 115, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali J telah menyatakan seperti berikut: “[26] In Gek Sing a/l Kaliappan v. PP [1999] 4 CLJ 292; [1999] 6 MLJ 641, Vincent Ng J held, in respect of the principles governing”
“the originality of this document via eFILING portal oleh HMS dan telah mengekalkan keseluruhan keputusan HMS tersebut.” Mahkamah juga merujuk kepada kes Ibrahim Mahd Nazri lwn. PP, [2024] 7 CLJ 709 [2024] CLJU 1243, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah memutuskan seperti berikut: “(4) The charges in cases AA-62JSK-47-06/20”
“an cara perbuatan yang berbeza. Oleh yang demikian, Mahkamah telah mengenakan hukuman berasingan terhadap OKT bagi kedua-dua kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes Osman Kamis lwn. PP & satu lagi kes [2025] CLJU 229, dimana Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[15] Berdasarkan alasan-alasan di atas, M”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH NO. KES: KA-62JSK-19-06/2023 DAN KA-62JSK-20-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MOHD RASSYIDI BIN HAMID (NO. K/P: 870617-02-5603)
1
Di dalam kes ini, pertuduhan terhadap Orang Kena Tuduh (selepas ini disebut sebagai OKT) adalah seperti berikut: Kes KA-62JSK-19-06/2023 Pertuduhan Pindaan: “Bahawa kamu pada bulan Jun 2022, jam lebih kurang pukul 8.00 pagi di alamat Kampung Tebing Mukim Hosba, Jitra di dalam Daerah Kubang Pasu, dalam Negeri Kedah sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa tiri, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak bernama XXX1, N.o KP: xxxxxxxxxx dengan cara menyuruh kanak-kanak tersebut meletakkan tangannya pada kemaluan kamu dengan maksud seksual. Dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.” Kes KA-62JSK-20-06/2023: Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 25 Februari 2022, jam lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, di rumah alamat Kampung Tebing Mukim Hosba, Jitra, di dalam negeri Kedah sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa tiri, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak bernama XXX2 No. KP: xxxxxxxxxx dengan cara menggoyangkan badan kamu ketika kanak-kanak tersebut duduk di atas belakang kamu dengan maksud seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama seksyen 16 Akta yang sama.”
2
Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (selepas ini dirujuk sebagai AKKSTKK 2017 memperuntukkan seperti berikut: 14 Amang seksual fizikal atas kanak-kanak Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual-
a
menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
b
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
c
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
d
melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Dibawah seksyen 16 AKSTKK 2017, jika seseorang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual terhadap seseorang kanak-kanak, mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan.
3
Kes KA-62JSK-19-06/2023 dan kes KA-62JSK-20-06/2023 telah dibicarakan bersama. Mangsa di dalam kedua-dua kes adalah berlainan. Mangsa pertama di dalam kes KA-62JSK-19- 06/2023 adalah seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 15 tahun ketika kejadian dan mangsa kedua di dalam kes KA- 62JSK-20-06/2023 adalah seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 13 tahun ketika kejadian. OKT merupakan bapa tiri kepada kedua-dua mangsa ini.
4
OKT telah minta dibicarakan dan beliau diwakili oleh seorang peguam lantikan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai tujuh (7) orang saksi. Pada akhir kes Pendakwaan, OKT telah dipanggil untuk membela diri. OKT dan tiga (3) orang saksi pembelaan telah memberi keterangan dan pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah telah mendapati pihak Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan Pihak Pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan kes melampui keraguan munasabah terhadap OKT.
5
OKT didapati bersalah dan disabit dengan kesalahan dan dihukum seperti berikut: Kes KA-62JSK-19-06/2023: Dibawah seksyen 14(b) AKKSTKK 2017, OKT dipenjara empat (4) tahun dari tarikh hukuman dan dikenakan dua (2) sebatan rotan. Tambahan kepada hukuman dibawah seksyen 16(1) AKKSTKK 2017, OKT dipenjara dua (2) tahun dan dikenakan dua (2) sebatan rotan. Kes KA-62JSK-20-06/2023: Dibawah seksyen 14(d) AKKSTKK 2017, OKT dipenjara empat (4) tahun dan dikenakan dua (2) sebatan rotan. Tambahan kepada hukuman dibawah seksyen 16(1) AKKSTKK 2017, OKT dipenjara dua (2) tahun dan dikenakan dua (2) sebatan rotan. Hukuman bagi kes KA-62JSK-19-06/2023 dan kes KA-62JSK- 20- 06/2023 berjalan secara berasingan. Bagi pertuduhan dibawah seksyen 14(b) dan 14(d) AKKSTKK 2017, OKT juga diperintahkan untuk menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanannya berdasarkan seksyen 26 AKKSTKK 2017 dan Pengawasan polis selama 2 tahun bermula sebaik selepas habis tempoh hukuman yang dijatuhkan berdasarkan seksyen 27 AKKSTKK 2017.
6
OKT tidak berpuashati dengan perintah tersebut dan telah memfailkan notis rayuan bagi kes No. KA-62JSK- 20-06/2023 dan memohon agar hukuman bagi kes No. KA-62JSK-19-06/2023 berjalan serentak dengan hukuman bagi kes No. KA-62JSK- 20- 06/2023. Pihak Pendakwaan juga tidak berpuashati dengan perintah Mahkamah dan merayu terhadap hukuman yang dikenakan terhadap OKT.
7
Atas permohonan pihak pembelaan, Mahkamah telah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dibicarakan. Jaminan ditetapkan sebanyak RM12,000/- dengan seorang penjamin bagi setiap kes dan syarat tambahan OKT perlu melapur diri di Balai Polis berdekatan pada setiap awal bulan.
8
Seterusnya untuk menentukan hukuman, prinsip-prinsip berkaitan dengan menjatuhkan hukuman harus dilihat. Mahkamah Agung dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang v Pendakwa Raya [1987] 2 CLJ 405 di mukasurat 410 ke arah maksud ini telah menetapkan prinsip-prinsip berikut :- a) Graviti kesalahan tersebut. Sekiranya tiada hukuman setimpal dijatuhkan ianya akan berulang b) Cara kesalahan dilakukan c) Kehadiran faktor-faktor mitigasi d) Bandingan hukuman dalam kes-kes yang telah diputuskan untuk kesalahan yang sama
9
Secara ringkas, fakta kes bagi kes No. KA-62JSK-19-06/2023 adalah, OKT telah memanggil mangsa pertama ke dalam bilik untuk mengurut. OKT ketika itu baring terlentang hanya memakai ‘boxer’ dengan tuala kecil di atas ‘boxer’. Beliau menyuruh mangsa pertama mengurut kakinya, kemudian mengarahkan mangsa pertama mengurut ke bahagian celah peha sehingga menghampiri kemaluannya. Semasa mengurut, OKT memegang dan menarik tangan mangsa pertama dan menyuruh mangsa pertama meletakkan tangannya di atas kemaluan OKT di bahagian dalam ‘boxer’ yang dipakai oleh OKT. Walaupun kemaluan OKT tertutup dengan kain tuala kecil, mangsa pertama dapat merasakan kemaluan OKT dalam keadaan keras. OKT juga menyuruh mangsa pertama mengurut kemaluannya lebih kurang 5 minit dan kemudian mangsa pertama dapat merasakan lendir di tangannya.
10
Bagi kes No. KA-62JSK-20-06/2023, mangsa kedua telah memberi keterangan bahawa OKT telah memanggilnya ke ruang tamu dan menyuruhnya duduk di atas belakangnya dalam keadaan mengangkang dan mengarahkan mangsa kedua untuk mengurut badan OKT. Setelah itu, OKT mengepit kaki mangsa kedua menggunakan tangannya dan bertindak menggoyangkan badannya. Perbuatan ini berlangsung kira-kira 10 minit dan mangsa kedua menyatakan beliau berasa tidak selesa dan cuba untuk bangun, namun tidak dibenarkan.
11
Peguambela telah mengemukakan rayuan seperti berikut: “OKT berumur 39 tahun dan bekerja dengan pihak Kerajaan dan gaji RM1,700/- sebulan dan bekerja sebagai Pembantu Am. Saya percaya ini adalah kali pertama OKT didapati bersalah. OKT pohon hukuman yang paling ringan dapat diberikan kepada beliau. Beliau pohon hukuman dijalankan serentak sebab ada dua kes dan ada dua mangsa terlibat dan hukuman dijalankan dari tarikh tangkap.” Mahkamah berpendapat, walaupun OKT tidak mempunyai rekod kesalahan lalu, OKT telah melakukan suatu kesalahan yang serius terhadap kedua-dua anak tirinya. Di dalam kes Public Prosecutor v. Mohd. Azmi bin Ja’afar
2003
2 MLJ 189, Hakim Jeffrey Tan telah berkata (dengan izin):- “It is definitely not in the public interest to be lenient and merciful in the present case. The accused may be a first offender. The accused may have saved much judicial time. Yet due weight must be given to the fact that the accused had committed a most serious offence. And in the opinion of the court, the right and proper sentence was imprisonment for a term of eight years with effect from the date of arrest and ten strokes of the rotan.” Di dalam kes Public Prosecutor v. Amir Hamzah bin Amir Mydin (2003) 3 AMR 626 di muka surat 635, Hakim Augustine Paul (as he then was) berkata (dengan izin):- “Dalam memilih hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan perkara yang utama yang saya perlu pertimbangkan adalah soal kepentingan awam dan penekanan utama adalah melunaskan kepentingan awam (lihat R v Ball Cr App R 164). Sebarang hukuman yang dijatuhkan mestilah dineracai dengan membuat imbangan antara keperluan kepentingan awam dan kehendak seseorang pesalah. Undang-undang jenayah ditegakkan bertujuan bukan sahaja untuk menghukum pesalah yang melanggar ketetapan undang-undang tetapi juga berhasrat untuk menghalang pelanggaran undang-undang dari terus berlaku. Mudah-mudahan masyarakat secara amnya tidak tergerak hati melakukan kesalahan yang sama atau apa jua kesalahan lain setelah memikirkan natijah yang bakal diterima akibat pelanggaran sedemikian.” Oleh yang demikian, hukuman berbentuk pencegahan atau ‘deterence’ merupakan salah satu asas utama yang digunakan dalam menjatuhkan hukuman bagi kes ini.
12
Di dalam kes ini, OKT adalah bapa tiri kepada kedua-dua mangsa yang berumur 15 tahun dan 13 tahun semasa kejadian. Mahkamah memandang serius mengenai perkara ini dimana pertamanya, OKT selaku seorang bapa tiri, telah mengambil kesempatan keatas kedua-dua anak kecil ini yang berada dibawah tanggungjawap beliau apabila isterinya tidak ada di rumah. Beliau telah menggunakan kedudukan dan akses istimewa di dalam rumah untuk memuaskan nafsu seksualnya. Mangsa-mangsa yang berumur 15 dan 13 tahun tidak mempunyai keupayaan fizikal atau mental untuk melawan seorang lelaki dewasa yang juga merupakan bapa tiri mereka. Kesalahan yang dilakukan adalah terhadap dua individu berbeza, tarikh, masa dan tempat yang berlainan dan cara perbuatan yang berbeza. Oleh yang demikian, Mahkamah telah mengenakan hukuman berasingan terhadap OKT bagi kedua-dua kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes Osman Kamis lwn. PP & satu lagi kes [2025] CLJU 229, dimana Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[15] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa apabila kesalahan-kesalahan ke atas mangsa dilakukan pada tarikh, masa, tempat dan cara perbuatan yang berbeza, maka hukuman ke atas pelaku tersebut hendaklah dijalankan secara berasingan. [16] Selanjutnya, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah menolak rayuan OKT dan Pendakwa Raya berhubung dengan hukuman yang telah dikenakan oleh HMS dan telah mengekalkan keseluruhan keputusan HMS tersebut.” Mahkamah juga merujuk kepada kes Ibrahim Mahd Nazri lwn. PP, [2024] 7 CLJ 709 [2024] CLJU 1243, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah memutuskan seperti berikut: “(4) The charges in cases AA-62JSK-47-06/2022, AA- 62JSK-48-06/2022 and AA-62JSK-49-06/2022 were distinct from the charges in AA-62JSK-50-06/2022. The time, place of incidents and victims were different. Clearly, there was no proximity of time nor proximity of place. There was obviously no continuity of action nor purpose or design. Hence, the one transaction rule would not apply. As the offences committed were separate and distinct, the sentences should be made to run consecutively. (para 35)”
13
Selain daripada itu, Mahkamah juga mengambil kira kesan trauma, emosi dan psikologi terhadap kedua-dua mangsa. Kejadian telah berlaku di dalam rumah mereka sendiri. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan yang paling selamat telah bertukar menjadi tempat bermulanya trauma bagi mangsa-mangsa. Kesan trauma ini adalah mendalam sehinggakan mangsa-mangsa tidak tahan lagi dan meminta untuk berpindah keluar dari rumah tersebut. Tindakan mangsa untuk membuat laporan Polis sebaik selepas keluar dari rumah tersebut membuktikan wujudnya persekitaran yang tidak selamat dan penuh trauma.
14
Di dalam kes Md Jahangir lwn PP [2020] CLJU 115, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali J telah menyatakan seperti berikut: “[26] In Gek Sing a/l Kaliappan v. PP [1999] 4 CLJ 292; [1999] 6 MLJ 641, Vincent Ng J held, in respect of the principles governing appellate intervention against sentences, as follows:- "(13) In an appeal on sentence from the subordinate courts, the High Court will not interfere with the sentence imposed, even should it be felt that a higher or lower sentence would be more appropriate, unless it can be shown to its satisfaction that in the circumstances of the particular case, the sentence was manifestly excessive or inadequate or that in fixing the sentence, the subordinate court had failed to adequately consider all relevant factors, either for or against the offender. See Joginder Singh v. PP [1984] 2 MLJ 133; Leong Ka Kong v. PP [1976] 2 MLJ 21 and PP v. Ng Chong Wan". Berdasarkan alasan-alasan seperti yang dikemukakan di atas, Mahkamah berpendapat hukuman yang dikenakan adalah wajar serta bersesuaian dengan fakta kes ini apabila dipertimbangkan secara keseluruhan. Bertarikh pada 20 Mei, 2026 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN ) HAKIM MAHKAMAH SESYEN 2 ALOR SETAR KEDAH Timbalan Pendakwa Raya : Pn Nurfatin Mastura bt Asri Peguam bagi pihak OKT : En T.H. Wong (lantikan Yayasan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.