The Plaintiff has charged the Lands to D1. The Charge was registered on 6-4-2011. [46] Penjelasan oleh Defendan Pertama ini membantu Mahkamah ini mengenai fakta sebenar mengenai kedudukan kedua-dua hartanah tersebut yang “dipegang” oleh Defendan Pertama melalui Gadaian. [47] Keberhutangan Plaintif (Pemohon) kepada Defendan Pertama melalui BBA itu “diikat” melalui terma dan syarat yang dipersetujui berkenaan dengan kedua-dua hartanah. S/N 8iwnNt/cSk6Sq/IZtjwKhg [48] Tindakan undang-undang yang diambil oleh Defendan Pertama untuk menyelesaikan keberhutangan Plaintif (Pemohon) dengan Defendan Pertama membawa kepada isu penjualan kedua-dua hartanah tersebut. [49] Ketiadaan pembida yang membeli kedua-dua hartanah itu melalui pejabat tanah maka tindakan dan urusan jualan kedua-dua hartanah dirujuk kepada MTSA. Keberhutangan Plaintif (Pemohon) kepada Defendan Pertama hanya dapat dilunaskan/dibayar melalui jualan kedua-dua hartanah tersebut. [50] Setakat ini, adalah jelas di mata Mahkamah ini bahawa tindakan Defendan Pertama untuk menjual kedua-dua hartanah tersebut bukanlah bertujuan untuk membuli, memperjudiskan dan mala fide serta membankrapkan Plaintif (Pemohon). [51] Sebagai peminjam bagi kemudahan BBA dengan Defendan Pertama, Plaintif (Pemohon) yang memperoleh manfaat daripada kemudahan pinjaman kewangan sewajarnya dan semunasabahnya mengetahui bahawa apa-apa kemungkiran pembayaran dengan Defendan Pertama maka Defendan Pertama berhak untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya ke atas kedua-dua hartanah tersebut iaitu untuk menjual kedua-dua hartanah tersebut. Jualan melalui lelongan awam: [52] Defendan Pertama telah memberikan kronologi peristiwa yang disokong dengan dokumen yang berkaitan dalam afidavit-afidavit untuk meyakinkan Mahkamah ini bahawa urusan dan proses jualan S/N 8iwnNt/cSk6Sq/IZtjwKhg sebagaimana Perintah Mahkamah terdahulu adalah sah, teratur dan berkuatkuasa. [53] Bantahan awal oleh Plaintif (Pemohon): Perkara yang dibantah awal oleh Plaintif (Pemohon) ialah mengenai afidavit kedua Defendan Pertama yang diikrarkan pada 9-6-2023 iaitu dari segi penyerahan kepada peguam cara Plaintif (Pemohon); kandungan afidavit kedua Defendan Pertama; tidak mematuhi arahan Mahkamah yang diberikan dalam sidang video pada 9-5-2023; Defendan Pertama tidak memohon kebenaran Mahkamah untuk memfailkan afidavit kedua; pemfailan afidavit kedua Defendan Pertama ini memprejudiskan dan tidak adil kepada pihak-pihak lain dalam OS ini kerana tiada peluang untuk membalas kandungan afidavit kedua Defendan Pertama itu. [54] Mahkamah ini telah meneliti afidavit kedua Defendan Pertama yang diikrarkan pada 9-6-2023 yang mana kandungannya tidak jauh berbeza dengan apa-apa pernyataan yang diikrarkan oleh Defendan Pertama dalam afidavitnya sebelum itu. [55] Plaintif (Pemohon) menyatakan bahawa Plaintif (Pemohon) dan/atau pihak-pihak lain dalam OS ini tidak berpeluang untuk menjawab/membalas kepada pernyataan Defendan Pertama dalam afidavit kedua Defendan Pertama yang diikrarkan pada 9-6-2023, Mahkamah ini mendapati Plaintif (Pemohon) tidak menyatakan perenggan mana yang tidak ingin dijawab oleh Plaintif (Pemohon). Pengulangan fakta oleh Plaintif (Pemohon) tanpa melampirkan bukti melalui dokumen melalui pemfailan afidavit demi afidavit adalah melengahkan masa Mahkamah ini. S/N 8iwnNt/cSk6Sq/IZtjwKhg [56] Isu mengenai penyampaian dan serahan notis jualan: Peribahasa Melayu “sudah terhantuk baru tengadah” sesuai dipakai kepada Plaintif (Pemohon). Hal perkara mengenai Plaintif mencabar dan mempertikaikan penyampaian dan serahan notis jualan oleh Defendan Pertama atas alasan alamat Plaintif (Pemohon); JIM Cawangan Ipoh atau JIM Cawangan Selangor dan alamat kedua-dua hartanah adalah dalihan yang tidak berasas oleh Plaintif (Pemohon). [57] Alamat Plaintif (Pemohon) sebagaimana dalam rekod Gadaian ialah No. 118, Pekan Baru, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Alamat ini kekal kerana pada awalnya Pejabat Tanah Sabak Bernam berurusan dengan Plaintif (Pemohon) berkenaan dengan prosiding halang tebus (foreclosure) menggunakan alamat yang sama dan tiada sekelumit pun keterangan Plaintif (Pemohon) bahawa alamat tersebut silap. Pernyataan Plaintif (Pemohon) bahawa alamat tersebut silap hanya disebut apabila prosiding dipindahkan ke MTSA. [58] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara Defendan Pertama terpelajar bahawa alamat penyampaian Plaintif (Pemohon) tidak dipertikaikan. [59] Afidavit penyampaian yang difailkan dalam kes MTSA terdahulu membawa kepada tindakan MTSA meneruskan dengan ketidakhadiran Plaintif (Pemohon). Berdasarkan kronologi peristiwa adalah jelas bahawa JIM Cawangan Ipoh yang menjadi pentadbir Plaintif (Pemohon) hadir dan/atau meminta bantuan peguam cara Defendan Pertama bagi urusan di Mahkamah. Apakah perenggan dalam mana-mana afidavit Plaintif (Pemohon) menyatakan mengenai kehadiran Plaintif (Pemohon) atau peguam cara Plaintif (Pemohon)? Jawapannya: Tiada. S/N 8iwnNt/cSk6Sq/IZtjwKhg Prosiding halang tebus (foreclosure) di MTSA [60] Prosiding halang tebus (foreclosure) bagi kedua-dua hartanah tersebut bermula sejak tahun 2015 dan apabila “mendarat” di MTSA melalui Perintah Jualan yang telah terdahulu diberikan oleh Pentadbir Tanah Sabak Bernam, kedua-dua hartanah tersebut yang digadaikan kepada Defendan Pertama oleh Plaintif digantikan dengan suatu Perintah Jualan di bawah seksyen 256 Kanun Tanah Negara. [61] Isu mengenai harga rizab jualan kedua-dua hartanah: Harga rizab jualan kedua-dua hartanah bukanlah dibuat sewenang-wenangnya oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua mahupun MTSA. [62] Harga rizab bagi lelongan pada 3-9-2015 di Pejabat Tanah Sabak Bernam ialah RM890,000.00. Ini berdasarkan kepada Laporan Penilaian JPPH Klang. [63] Tiga kali proses lelongan berlaku dan harga rizab ini berkurangan sebanyak 10% lelongan pertama ke lelongan kedua dan lelongan ketiga. [64] Mahkamah ini mendapati pernyataan Plaintif (Pemohon) bahawa ada syarikat dan/atau pembeli yang bersetuju dan/atau berhasrat dan/atau menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga RM890,000.00 hanyalah suatu pernyataan kosong oleh Plaintif (Pemohon). Plaintif (Pemohon) berupaya untuk menyarankan kepada Defendan Pertama bahawa ada tawaran yang lebih tinggi berbanding dengan harga RM890,000.00. S/N 8iwnNt/cSk6Sq/IZtjwKhg [65] Pada tahun 2015 lagi Plaintif (Pemohon) wajar menghubungi Defendan Pertama berkenaan dengan urusan penjualan kedua-dua hartanah yang dipegang oleh Defendan di bawah suatu Gadaian dijual pada harga yang lebih tinggi. Mahkamah memutuskan bukan sahaja suatu pihak yang akan mendapat maanfaat tetapi kedua-dua pihak iaitu Plaintif (Pemohon) dan Defendan Pertama akan mendapat keuntungan. Namun begitu, tiada apa-apa tindakan berkesan diambil oleh Plaintif (Pemohon). [66] Perintah Jualan yang diberikan oleh MTSA bukanlah diberikan dalam keadaan yang gelojoh dan dalam masa yang singkat. Penangguhan dan penundaan tarikh pendengaran yang berlaku lebih daripada 2 kali menunjukkan bahawa MTSA dan peguam cara Defendan Pertama berusaha untuk memberi peluang kepada pentadbir Plaintif (Pemohon) iaitu JIM Cawangan Ipoh mengemukakan Laporan Penilaian JPPH. Hanya ada suatu tujuan iaitu untuk memastikan bahawa harga penilaian yang sebenar dan munasabah dapat diberikan ke atas kedua-dua hartanah tersebut. [67] Komunikasi berkesan di antara Plaintif (Pemohon) dan/atau peguam cara Plaintif (Pemohon) dengan pentadbir Plaintif (Pemohon) iaitu JIM Cawangan Ipoh dapat menjadi platform untuk Plaintif (Pemohon) membantah kepada harga rizab bagi kedua-dua hartanah yang ditetapkan di MTSA itu. S/N 8iwnNt/cSk6Sq/IZtjwKhg [68] Perintah MTSA bertarikh 5-1-2023 adalah kekal berkuatkuasa. Tiada apa-apa permohonan untuk membantah Perintah Jualan tersebut. Pembeli yang membeli kedua-dua hartanah tersebut ialah pembida yang berjaya dalam lelongan awam bagi kedua-dua hartanah iaitu Defendan Kedua. [69] Tiga bulan selepas Perintah MTSA bertarikh 5-1-2023 itu, Plaintif (Pemohon) memfailkan OS di hadapan Mahkamah ini bertujuan untuk memohon perintah agar Perintah MTSA bertarikh 5-1-2023 itu diketepikan. Guaman ini difailkan untuk mengenepikan Guaman Pelaksanaan yang dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi lain. [70] Peguam cara Defendan Pertama terpelajar memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Badiaddin Mohd Mahidin & Anor v. Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 2 CLJ 75 iaitu – “It is settled law that one High Court cannot set aside a final order regularly obtained from another High Court of concurrent jurisdiction.”. There was one exception to this rule, namely “where the final judgment of the High Court could be proved to be null and void on ground of illegality or lack of jurisdiction.”. Selanjutnya, Peguam cara Defendan Pertama terpelajar menghujahkan bahawa kecualian dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam kes Badiaddin Mohd Mahidin tidak berlaku di hadapan Mahkamah ini. Maka, permohonan Plaintif (Pemohon) ini tidak boleh dibenarkan. S/N 8iwnNt/cSk6Sq/IZtjwKhg [71] Peguam cara Plaintif (Pemohon) terpelajar menghujahkan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Defendan Pertama mengenai bidang kuasa Mahkamah di mana Plaintif (Pemohon) sepatutnya memfailkan permohonan mengenepikan Perintah Mahkamah bertarikh 23-11-2022 dan bukan memfailkan OS di hadapan Mahkamah ini, peguam cara Plaintif (Pemohon) terpelajar merujuk kepada perenggan 4 hingga 7 afidavit balasannya kepada afidavit jawapan Defendan Pertama iaitu − “4. Merujuk kepada Perenggan 5 dan 6 Afidavit Jawapan Defendan Pertama tersebut, saya menyatakan bahawa sebelum memfailkan tindakan ini di Mahkamah ini, saya telah pun melalui Peguam cara saya terlebih dahulu memfailkan tindakan untuk permohonan injunksi dan akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan Perintah bertarikh 23/11/2022 sejurus selepas itu di bawah guaman perlaksanaan BA-38-23-01/2022 dengan perakuan segera yang mana permohonan tersebut telah ditetapkan untuk pendengaran pada 10/4/2023 di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Timbalan Pendaftar Puan Norsyakirah Che Hashim.