Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAPAN NO. TB-83D-195-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD RODI BIN JUSOH [No. Kad Pengenalan: 800222-11-5301] ALASAN PENGHAKIMAN
TB-83D-195-02/2022
Magistrates Court of Malaysia20 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ider that the prosecution had failed to exclude the possibility that other individuals could not have had access to the drawer. (para 16) 17. Mahkamah merujuk pada kes Mohd Helmi Akmal Mohd Ali v PP [2017] MLRAU 153 di halaman 13 menyatakan: “…Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan keterangan yang boleh menu”
“pada dasarnya keterangan saksi polis boleh dipercayai namun keterangan saksi polis hendaklah dinilai sebagaimana saksi lain bagi ujian kredibiliti sebagaimana rujukan kes PP v Mohamad Faez bin Moktar [2024] MLJU 980. 9. Seterusnya, mahkamah mendapati SP3 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa Tertuduh telah mel”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES TANGKAPAN NO. TB-83D-195-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD RODI BIN JUSOH [No. Kad Pengenalan: 800222-11-5301] ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. Pertuduhan ke atas Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 10 November 2021 jam lebih kurang 3.30 petang bertempat di rumah beralamat PT 2108, Jalan Sri Perasing 1/5 Taman Perasing Jaya Mukim Hulu Jabor, 24000 dalam daerah Kemaman, dalam Negeri Terengganu Darul Iman telah ada dalam kawalan kamu dadah berbahaya dengan berat bersih yang mengandungi 21.68 gram Methamphetamine. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya 1952 dan dihukum dibawah seksyen 39A(1) Akta yang sama”. Hukuman: Jika disabitkan, hendaklah dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih lima tahun dan ia juga akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.
2
Pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan dalam Bahasa Malaysia kepada Tertuduh dan diakui faham. Tertuduh tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Pihak pendakwaan telah memanggil enam (6) orang saksi pendakwaan.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh. Pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes ini.
4
Oleh itu, Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Keputusan ini telah dibaca dan diterangkan di dalam Mahkamah Terbuka kepada pihak-pihak.
5
Pihak pendakwaan telah merayu untuk keputusan Mahkamah tersebut.
1
Pada 10 November 2021 jam lebih kurang 3.30 petang, pengadu [SP3] telah mengetuai sepasukan polis membuat serbuan di sebuah rumah yang beralamat PT 2108, Jalan Sri Perasing 1/5 Taman Perasing Jaya Mukim Hulu Jabor, 24000 dalam daerah Kemaman, dalam Negeri Terengganu Darul Iman.
2
SP3 bersama-sama anggotanya telah nampak Tertuduh sedang membaiki kenderaan di hadapan rumah tersebut. Tertuduh cuba untuk melarikan diri apabila dihampiri SP3 dan anggotanya tetapi berjaya ditahan oleh SP4. SP3 kemudiannya telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dan membuat pemeriksaan fizikal terhadap Tertuduh di mana hasil pemeriksaan tidak menjumpai apa-apa barang salah.
3
SP3 dan SP4 seterusnya telah membawa Tertuduh masuk ke dalam rumahnya dan dengan disaksikan Tertuduh, SP3 menjalankan pemeriksaan di dalam bilik pertama, keseluruhan bahagian rumah serta bilik belakang di dalam rumah tersebut.
4
Hasil daripada pemeriksaan di bilik belakang tersebut, SP3 telah menjumpai satu (1) kotak CPU berwarna silver [Eksibit P1] di dalamnya terdapat satu (1) kotak cermin mata berwarna hitam tidak berjenama [Eksibit P3] yang mengandungi satu (1) peket plastik cerah [Eksibit P8] didalamnya berisi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah [Eksibit P10] (dirujuk sebagai “barang kes tersebut”).
5
SP3 kemudiannya telah menangkap Tertuduh dan merampas kesemua barang kes tersebut dan membawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman. Tertuduh dan barang kes berada di dalam kawalan dan jagaan SP3 sepenuhnya.
6
Setelah sampai di IPD Kemaman, SP3 telah menyediakan satu borang senarai geledah [Eksibit P13] dan telah membuat penandaan ke atas barang kes yang dirampas. SP3 juga membuat laporan polis Chukai/008627/21 [Eksibit P12].
7
Tertuduh dan kesemua barang kes yang dirampas kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat [SP6]. Borang serah terima barang kes [Eksibit P14] dibuat.
8
Barang kes telah dihantar oleh SP6 ke Jabatan Kimia Malaysia. Hasil analisa yang telah dijalankan oleh ahli kimia [SP2] telah mendapati bahawa berat bersih bahan serbuk/ketulan kristal yang terdapat di dalam peket plastik cerah yang dirampas di dalam kes ini adalah 31.57 gram yang mengandungi 21.68 gram Methamphetamine. Methamphetamine adalah merupakan dadah yang tersenarai di dalam
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. UNDANG-UNDANG BERKAITAN: 1. Mahkamah merujuk pada seksyen 173(f) dan seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan secara jelas tugas utama Mahkamah di akhir kes pendakwaan iaitu mempertimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh. Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah: (f)(i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. (ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. Seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah: (h) (i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence. (ii) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on an offence other than the offence charged which the Court is competent to try and which in the opinion of the Court it ought to try, the Court shall amend the charge. (iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. 2. Rujukan juga dibuat terhadap kes Mahkamah Rayuan LOOI KOW CHOI V PP [2003] 2 MLJ 65 seperti berikut: In our respectful view, the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s 180 of the CPC this would apply to a trial under s 173 of the CPC) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232 at p 270: … It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal. 3. Kesalahan memiliki dadah jenis methamphetamine dinyatakan secara jelas dalam seksyen 12(2) ADB 1952 seperti berikut: 12. Restriction on import and export of certain dangerous drugs 12. (2) No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder. 4. Mahkamah juga membuat rujukan undang-undang peruntukan di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama iaitu: 39A. Increased penalty where the subject matter is the prescribed amount of certain dangerous drugs (1) Every person found guilty of an offence against this Act where the matter of the offence is – (r) 5 grammes or more but less than 30 grams in weight of Methamphetamine shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than two years but shall not exceed five years, and he shall also be punished with whipping of not less than three strokes but not more than nine strokes. 5. Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah seperti berikut: Section 37. Presumptions. In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder— … (d) any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug;… 6. Oleh itu, elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di dalam kes ini adalah: I. Barang kes yang dirampas oleh SP3 adalah 21.68 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine sebagaimana dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; II. Barang kes dalam kawalan dan pengetahuan Tertuduh; dan III. Tertuduh tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memiliki barang kes pada masa kejadian. ANALISA/DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN: 1. Mahkamah telah menganalisa semua keterangan saksi-saksi yang dikemukakan, eksibit-eksibit yang telah ditandakan, hujahan-hujahan daripada pihak pendakwaan dan pihak pembelaan. Hasil analisa mahkamah akan terbahagi kepada tiga isu utama seperti berikut: ISU 1: SAMA ADA BARANG KES YANG DIRAMPAS ADALAH 21.68 GRAM DADAH BERBAHAYA JENIS METHAMPHETAMINE SEBAGAIMANA DALAM BAHAGIAN III JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952. 2. Mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama iaitu barang kes yang dirampas dan dikemukakan di mahkamah adalah 21.68 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine yang mana merupakan dadah yang tersenarai dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. 3. Hal ini demikian kerana berdasarkan keterangan dan hasil analisa ahli kimia [SP2] serta laporan kimia nombor makmal 21-FR-T-01736 [Eksibit P11] yang disediakan oleh SP2, mahkamah mendapati SP2 telah menerangkan dan mengecam dengan baik barang kes yang dianalisanya iaitu satu peket plastik lutsinar bertanda “A1” [Eksibit P8] yang mengandungi bahan kristal jernih [Eksibit P10] di mahkamah terbuka ketika perbicaraan. Mahkamah juga mendapati SP2 telah menerangkan berat bersih bahan kristal jernih tersebut ialah 31.57 gram yang mengandungi 21.68 gram methamphetamine. SP2 juga telah menerangkan bahawa methamphetamine adalah disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. 4. Mahkamah juga mendapati bersandarkan pada latar belakang pendidikan, pengalaman dan kepakaran SP2, tiada sebab munasabah untuk Mahkamah ini tidak mempercayai keterangannya sebagai saksi pakar. Rujukan kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987]1 CLJ 250. ISU 2: SAMA ADA BARANG KES DALAM KAWALAN DAN PENGETAHUAN TERTUDUH. 5. Mahkamah di dalam kes ini telah membuat dapatan bagi isu ini dan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes yang dirampas tersebut. Mahkamah akan menjelaskan analisa mahkamah. 6. Sebagai permulaan, di dalam kes ini berdasarkan keterangan pengadu [SP3] dan keterangan anggota serbuan [SP4], barang kes dijumpai oleh SP3 di dalam satu (1) kotak CPU berwarna silver [Eksibit P1] di dalamnya terdapat satu (1) kotak cermin mata berwarna hitam tidak berjenama [Eksibit P3] yang mengandungi satu (1) peket plastik cerah [Eksibit P8] didalamnya berisi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah [Eksibit P10] (selepas ini dirujuk barang kes tersebut) di atas lantai dalam bilik belakang di dalam rumah beralamat PT 2108, Jalan Sri Perasing 1/5 Taman Perasing Jaya Mukim Hulu Jabor, 24000 dalam daerah Kemaman, dalam Negeri Terengganu Darul Iman. 7. Mahkamah pada peringkat ini mendapati keterangan SP3 dan SP4 menyatakan SP3 adalah individu yang menjumpai barang kes tersebut. Namun begitu, di dalam hasil siasatan dan keterangan Pegawai Penyiasat [SP6] menyatakan barang kes dijumpai oleh A2, iaitu SP4 sebagaimana berikut: “TPR: PERENGGAN 17 INSP. INSP KATA TELAH RAKAM PERCAKAPAN KONSTABEL RUSYUDDIN WAFIY. SP6: SEPERTI MANA HASIL SIASATAN TERHADAP PENGADU. CUMA BAGI A2, DALAM KES INI A2 YANG MENJUMPAI BARANG KES TERSEBUT DI DALAM CPU WARNA SILVER PADA HARI KEJADIAN. TPR: APA HASIL SIASATAN TERHADAP PENAMA TERSEBUT? SP6: SEPERTI MANA SAYA MAKLUM A2, ADALAH ORANG YANG MENJUMPAI BARANG KES SEMASA PEMERIKSAAN LANJUT DIJALANKAN DI BILIK BELAKANG PADA HARI KEJADIAN.” 8. Oleh itu, wujud percanggahan keterangan antara saksi-saksi pendakwaan. Persoalannya, siapakah yang sebenarnya menjumpai barang kes tersebut? SP3 atau SP4? Bagaimanakah boleh wujud dua keterangan berbeza di dalam kes pendakwaan sendiri berkenaan penemuan barang kes? Oleh itu, ia merupakan percanggahan material yang menuntut penjelasan lantaran mahkamah juga tidak boleh membuat andaian sendiri. Malangnya, pihak pendakwaan gagal memberi sebarang penjelasan kepada Mahkamah berkenaan percanggahan ini. Justeru, meskipun pada dasarnya keterangan saksi polis boleh dipercayai namun keterangan saksi polis hendaklah dinilai sebagaimana saksi lain bagi ujian kredibiliti sebagaimana rujukan kes PP v Mohamad Faez bin Moktar [2024] MLJU 980. 9. Seterusnya, mahkamah mendapati SP3 di dalam keterangannya telah menyatakan bahawa Tertuduh telah melutut dan merayu kepadanya untuk dilepaskan sebagaimana berikut: “TPR: KETIKA INSP BUAT PEMERIKSAAN DI BILIK BELAKANG TERSEBUT, BAGAIMANA REAKSI DIA? SP3: APABILA SAYA MENUJU PERGI KE KOTAK CPU ITU, DAN APABILA SAYA BUKA DAN MENJUMPAI PEKET PLASTIK CERAH BERISI SERBUK KETULAN KRISTAL DISYAKI DADAH, SAYA MASIH INGAT DENGAN JELAS REAKSI OKT DIA MELUTUT DAN MERAYU PADA PIHAK KAMI UNTUK BAGI PELUANG PADA DIA KERANA DIA ADA ISTERI DAN ANAK.” 10. Mahkamah juga mendapati SP3 bersetuju bahawa reaksi Tertuduh tersebut tidak dimasukkan di dalam laporan polis yang disediakannya [Eksibit P12] kerana pada hemat beliau, ia tidak perlu dan memadai untuk dimaklumkan kepada SP6 ketika rakaman percakapannya diambil. 11. Mahkamah dalam menganalisa hal ini mendapati bukan sahaja reaksi Tertuduh tersebut tiada di dalam Eksibit P12 bahkan keterangan SP3 tersebut tidak disokong oleh mana-mana saksi pendakwaan terutamanya SP4 dan SP5 yang berada di tempat kejadian. Malah, SP5 menyatakan kejadian melutut tersebut tidak berlaku. SP4 juga menyatakan reaksi Tertuduh hanya terkejut. Oleh itu, wujud sekali lagi percanggahan antara keterangan saksi-saksi pendakwaan dan percanggahan ini gagal dijelaskan oleh pihak pendakwaan. 12. Pada hemat mahkamah, adalah tidak adil bagi Tertuduh sekiranya mahkamah berpandukan pada keterangan saksi-saksi pendakwaan yang jelas tidak konsisten dan bercanggah antara satu sama lain tersebut. Mahkamah juga berpandangan reaksi terkejut sahaja juga tidak mencukupi untuk menunjukkan Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes tersebut. Hal ini demikian kerana mahkamah juga mendapati tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang menunjukkan tindakan Tertuduh memandu arah polis sehingga barang kes ditemui atau cuba melarikan diri selepas barang kes ditemui dari tempat kejadian. Oleh itu, pada peringkat ini tiada keterangan menunjukkan Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan barang kes. Rujukan kes Mahkamah Rayuan Sahrul Mazlee Bin Mohd Khalid v PP [2022] 3 MLJ 919. 13. Mahkamah seterusnya menganalisa berkenaan kawalan dan akses di tempat kejadian dan terhadap barang kes. Berkenaan perkara ini, mahkamah mendapati berdasarkan keterangan SP5, bilik belakang dalam rumah tersebut juga bukan sahaja boleh diakses oleh beliau, Tertuduh dan anak-anak mereka bahkan bilik belaakng tersebut boleh diakses oleh pekerja-pekerja Indonesia yang menjadikan bilik tersebut sebagai tempat berehat ketika membuat kerja-kerja pengubahsuaian dapur di rumah tersebut. Keterangan SP5 juga menyatakan kotak CPU tersebut berada di dalam bilik belakang tersebut. 14. Mahkamah juga dalam meneliti perkara ini mendapati terdapat dokumen pihak pendakwaan yang digunakan oleh pihak pembelaan untuk menunjukkan wujudnya kerja pengubahsuaian di dalam rumah tersebut jika dirujuk pada gambar tempat kejadian iaitu pasir dan keadaan dinding dapur yang disimen [Eksibit P15A dan P15G]. 15. Mahkamah dalam hal ini mendapati meskipun terdapat permohonan daripada pihak pendakwaan untuk membuat prosiding mencabar kebolehpercayaan SP5, namun permohonan ini ditarikbalik oleh pihak pendakwaan. Oleh itu, keterangan SP5 akan diambilkira sebagai keterangan bagi saksi kes pihak pendakwaan. Mahkamah juga mendapati tiada siasatan dibuat oleh SP6 berkenaan akses terhadap rumah dan bilik belakang ini kerana SP6 tidak bertanyakan soalan-soalan akses terhadap bilik tersebut sebelum kejadian kepada SP5. Persoalannya penting atau tidak siasatan tersebut? 16. Mahkamah berpandangan bagi kes ini terdapat keperluan untuk SP6 menyiasat berkenaan akses terhadap kotak CPU dan bilik belakang tersebut bukan sahaja pada hari kejadian malah sebelum hari kejadian serbuan berlaku. Hal ini demikian kerana barang kes tidak dijumpai dalam keadaan terbuka yang boleh dilihat dengan mata kasar. Bahkan, tiada saksi yang melihat Tertuduh memegang atau mempunyai milikan fizikal terhadap barang kes dadah tersebut. Selain itu, tiada pandu arah oleh Tertuduh kepada barang kes. Tambahan pula, keterangan saksi pendakwaan iaitu SP5 sendiri menyatakan terdapat akses orang lain selain Tertuduh di bilik belakang tersebut. Maka, perlu diketahui bahawa adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan tiada akses orang selain Tertuduh sahaja terhadap tempat kejadian dan barang kes. Rujukan kes Azizan bin Yahaya v PP [2012] 8 CLJ 405: (4) The onus was on the prosecution to exclude, at the very least, the possibility of access by other persons to the drawer, if not the room, and that only the appellant and no other person had exclusive access and use of the drawer. The onus was not on the defence to prove possibility of access to the drawer by others. The learned judge had failed to consider that the prosecution had failed to exclude the possibility that other individuals could not have had access to the drawer. (para 16) 17. Mahkamah merujuk pada kes Mohd Helmi Akmal Mohd Ali v PP [2017] MLRAU 153 di halaman 13 menyatakan: “…Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan keterangan yang boleh menunjukkan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan tetapi meliputi juga pengumpulan keterangan yang boleh menentukan Tertuduh tidak melakukan kesalahan yang menjadi hal perkara yang disiasat”. 18. Oleh itu, mahkamah mendapati pada peringkat ini pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes tersebut. Mahkamah juga bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa ketiadaan ujian DNA dan cap jari pada barang kes menyebabkan tiada keterangan yang boleh mengaitkan Tertuduh dengan barang kes tersebut. Rentetan itu, mahkamah mendapati anggapan seksyen 37d Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak boleh digunapakai di dalam kes ini. 19. Justeru, elemen ini gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. ISU 3: SAMA ADA TERTUDUH MEMPUNYAI SEBARANG KUASA UNTUK MEMILIKI BARANG KES PADA MASA KEJADIAN? 20. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah, Mahkamah mendapati tiada keperluan untuk melihat pada elemen ini memandangkan elemen kawalan dan pengetahuan Tertuduh terhadap barang kes yang dirampas tidak berjaya dipenuhi oleh pihak pendakwaan. KEPUTUSAN/DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN: Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit, hujahan-hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan serta berpandukan pada nas undang-undang dan penilaian maksima di atas prinsip "totality of evidence", mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes ini. Oleh itu, Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bertarikh pada 26 Mac 2025 SHARIFAH AMIRDA SHASHA BINTI AMIR SHARIFFUDDIN MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KEMAMAN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.