Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO: AB-44-28-12/2025 MOHAMAD ROSSYID BIN IBRAHIM [NO, KP: 700904-08-6693] … PEMOHON DAN NARKOTIK PERLOP (PUSPEN PERLOP), PERAK … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN Perlop (PUSPEN PERLOP) Sungai Siput (Utara), Kuala Kangsar, Perak dan ini adalah permohonan oleh Pemohon untuk satu Perintah bahawa Writ of Habeas Corpus As Subjiciendum dikeluarkan kepada Pengarah Pusat Pemulihan berkenaan supaya dibebaskan dengan seberapa segera selepas penerimaan Writ tersebut. AB-44-28-12/2025 Kand. 30 ketidakpatuhan prosedur yang mewajarkan writ habeas corpus dikeluarkan. LATAR BELAKANG KES lain telah ditahan di tepi jalan Taman Puncak, Gerik, Perak dalam suatu operasi Cegah Khas yang diketuai oleh Azlina binti Zamin yang merupakan Ketua Unit Penguatkuasa AADK Hulu Perak. Jabatan Patalogi Hospital Taiping untuk dianalisa dan pada 22.8.2025, Laporan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing bertarikh 15.8.2025 telah diterima dan mengesahkan sampel air kencing Pemohon mengandungi “Morphine”. Rusli di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Gerik, Perak untuk tujuan ujian-ujian di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283]. Setelah menjalani pemeriksaan dan ujian, Pemohon telah disahkan sebagai seorang penagih dadah jenis morphine mengikut pengertian Akta 283 tersebut. Mahkamah Majistret Gerik, Perak bagi tujuan mendapatkan Perintah Rawatan dan Pemulihan di bawah Seksyen 6 Akta 283. Majistret telah memberikan perintah kepada Pemohon untuk menjalani rawatan dan pemulihan selama 2 tahun di Puspen Perlop dan selepas itu menjalani pengawasan selama dua tahun di AADK Hulu Perak. ISU-ISU i. Tiada tarikh mula dan tamat menjalani tempoh di dalam Perintah tersebut yang prejudis kepada Pemohon. ii. Pemohon tidak diberikan peluang untuk mengemukakan representasi dan hanya diberi peluang mengemukakan mitigasi sahaja semasa prosiding di hadapan Responden Pertama. iii. Terdapat konflik kepentingan apabila pegawai AADK bernama Azlina binti Zamin yang merupakan Pegawai Pemulihan juga telah bertindak sebagai Pegawai Tangkapan, Pegawai Pemungut dan juga sebagai Pegawai Penyiasat di dalam pengendalian kes Pemohon. Konflik kepentingan ini menimbulkan persoalan berkaitan ketelusan pengendalian kes Pemohon dan menjurus kepada satu keadaan berat sebelah (bias) yang prejudis kepada Pemohon. iv. Laporan Perakuan Tentang Penagihan Dadah (Borang 2) yang disediakan oleh Pegawai Perubatan yang memperakui Pemohon adalah seorang penagih dadah telah disediakan pada tarikh 22.9.2025. Laporan ini telah disediakan berdasarkan kepada Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) yang mana pada tarikh 22.09.2025 peruntukan yang berkuatkuasa adalah Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 [Akta A 1726] iaitu suatu pindaan kepada Akta 283. Oleh yang demikian timbul persoalan peruntukan yang mana satukah yang terpakai kepada pengurusan kes Pemohon. v. Pada masa Perintah tersebut dikeluarkan oleh Responden Pertama, secara jelas sepertimana yang tercatat bahawa ianya dikeluarkan berdasarkan kepada Akta 283. Perintah ini bertarikh 23.9.2025 iaitu selepas berkuatkuasanya Akta A1726. Oleh yang demikian Perintah ini telah dibuat berdasarkan kepada peruntukan yang tidak lagi berkuatkuasa. DAPATAN MAHKAMAH TINGGI Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914 pada muka surat 930 menyatakan: “So, in a habeas corpus application where the detention order of the Minister made under s. 4(1) of the Ordinance or, for that matter, the equivalent ss. in ISA 1960 and DD(SPM) Act 1985, the first thing that the courts should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedural non-compliance or not. To determine the question, the courts should look at the provisions of the law or the rules that lay down the procedural requirements. It is not for the courts to create procedural requirements because it is not the function of the courts to make law or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that there can be non compliance thereof and only then that the courts should consider whether, on the facts, there has been non-compliance.” Oleh yang demikian, apakah terdapat ketidakpatuhan di dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh Pemohon di dalam kes ini. Isu 1: Tiada tarikh mula dan tamat menjalani tempoh di dalam Perintah tersebut yang prejudis kepada Pemohon. Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Yang Lain [2004] 8 CLJ 207 di Yang Arif Hakim VT Singham telah memutuskan bahawa ketiadaan bilakah tarikh pemohon akan menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Sg. Petani dan bilakah tarikh rawatan pemulihan diakhiri dan bilakah tarikh pengawasan oleh pegawai polis dimulakan adalah satu kesilapan yang serius dan parah. Ini kerana perintah tersebut telah menimbulkan sekatan ke atas Pemohon dan ia menyentuh sehingga ke akar umbi perintah tersebut. Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) (Forms) Rules 1983. Borang 3 ini menyatakan: “FORM 3 DRUGS DEPENDANTS (TREATMENT AND REHABILITATION) ACT 1983 [Section 6(1)(a)]