Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) KOTA BHARU, KELANTAN DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DA-82D-6-03/2021 ANTARA
DA-82D-6-03/2021
Magistrates Court of Malaysia4 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rt is made at about the time when his examination took place, the report could be put in, not as primary evidence of its contents but to corroborate the oral evidence already given under s 157 of the Evidence Ordinance.” [14] Dengan menggunapakai prinsip kes atas, oleh sebab SP1 telah dipanggil untuk memberi keterangan”
“Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [70] Mahkamah ini memetik penghakiman Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon v Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 di mana dinyatakan seperti berikut:- “Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence a”
“N MITIGASI [53] Rayuan mitigasi Tertuduh melalui peguambela nya telah memohon supaya Mahkamah mengenakan denda ke atas Tertuduh, bagi memberi peluang kepadanya dengan merujuk kepada Azhar Bin Rahim [2022] MLRHU 294 apabila YA Tn Roslan Md Noor telah menggariskan bentuk hukuman selepas perbicaraan iaitu hukuman denda te”
“by the powers that-be to stem the scourge but nevertheless, there is no sign of its abatement. The position is best stated by His Lordship, Mohd Zawawi Salleh JCA, in Public Prosecutor v Ling Leh Hoe [2015] MLJU 1006; [2015] 4 CLJ 869, in the following terms: **Note : Serial number will be used to verify the originalit”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) KOTA BHARU, KELANTAN DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DA-82D-6-03/2021 ANTARA
1
Ini merupakan alasan penghakiman berikutan rayuan yang difailkan oleh Tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas Tertuduh bagi satu pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama serta dibaca bersama seksyen 38B Akta yang sama.
2
Tertuduh yang merupakan seorang penjawat awam telah dituduh di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952. Seusai perbicaraan penuh dijalankan, Mahkamah dapati Tertuduh bersalah atas pertuduhan dan mensabitkan Tertuduh atas kesalahan yang dipertuduhkan. Setelah memperimbang keseluruhan fakta kes, keterangan yang dikemukakan pihak-pihak sepanjang perbicaraan, hujahan pemberatan dan mitigasi hukuman, Mahkamah ini telah mendapati Tertuduh salah dan disabitkan atas pertuduhan, seterusnya telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 12 bulan dari tarikh sabitan dan dikenakan perintah pengawasan selama 2 tahun di Balai Polis Pengkalan Chepa.
3
Terkilan dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi, justeru telah memfailkan rayuan.
4
Perlulah ditegaskan bahawa kes ini telah terlebih dahulu diperingkat awal kes Pendakwaan didengar oleh Majistret terdahulu dengan 4 orang saksi pendakwaan dan disambung pendengaran oleh Mahkamah ini. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan rakaman perbicaraan, minit-minit terdahulu dan ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan dan Mahkamah ini menyambung pendengaran kes ini sebagaimana ianya didengar dari awal oleh Mahkamah ini.
5
Berikut diperturunkan pertuduhan sebagaimana yang dikenakan ke atas Tertuduh: PERTUDUHAN DAN HUKUMAN PERTUDUHAN Bahawa kamu pada 02/04/2020, jam lebih kurang 0240 petang bertempat di Pejabat Narkotik IPD Kota Bharu, di dalam daerah Kota Bharu di dalam negeri Kelantan, telah memberikan kepada diri kamu sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama serta dibaca bersama seksyen 38 ADB
1952
HUKUMAN SEKSYEN 15(1) ADB 1952 Barang siapa jika disabitkan kesalahan hendaklah didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun. SEKSYEN 38B ADB 1952 Barang siapa yang didapati bersalah di bawah seksyen 15, hendaklah menjalani pengawasan oleh pegawai tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih daripada 3 tahun sebagaimana perintah. FAKTA DAN KETERANGAN KES PENDAKWAAN [6] Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah sepertimana berikut:
6
6.1 Bertindak di atas maklumat dadah dalam penugasan Ops Tapis Narkotik, pada 2.4.2020 jam lebih kurang 1:20 tengahari, SP5 bersama-sama anggotanya termasuk SP4 telah membuat serbuan di sebuah rumah beralamat PT 1721, Desa Kemumin Panchor, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan dan menangkap Tertuduh bersama abangnya.
6
6.2 Kemudian, pada jam lebih kurang 2:40 petang, bertempat di Pejabat BSJND IPD Kota Bharu, SP5 telah membekalkan 5 pilihan plastik yang mengandungi botol urin untuk dipilih oleh Tertuduh sendiri. Setelah dipilih oleh Tertuduh, SP5 telah memeriksa keadaan plastik tersebut yang dalam berkeadaan baik dan dapati plastik botol yang dipilih adalah bernombor siri A0059965 yang mempunyai botol urin dengan nombor siri yang sama di dalamnya. Kemudian, SP5 bersama sama anggotanya termasuk SP4 telah iringi Tertuduh ke tandas untuk diambil spesimen air kencing. Di tandas IPD Kota Bharu, SP5 telah mengarahkan Tertuduh memberikan spesimen air kencing miliknya. Dengan disaksikan oleh SP5, Tertuduh telah memberikan sampel air kencingnya ke dalam botol yang dipilih tersebut. Tertuduh kemudiannya menutup botol sampel urin tersebut. Setelah ditutup, SP5 mengiringi semula Tertuduh ke Pejabat Narkotik IPD Kota Bharu dan mengarahkan Tertuduh meletakkan botol yang mengandungi urinnya tersebut di atas meja Pejabat Narkotik IPD Kota Bharu.
6
6.3 Dengan disaksikan Tertuduh dan SP4, SP5 telah mengambil lima
5
test trip iaitu “Amphetamine”, “Methamphetamine”, “THC”, “Benzo” dan “Kethamine” dan mencelup test trip tersebut ke dalam air kencing Tertuduh. Hasil ujian saringan air kencing tersebut mendapati air kencing Tertuduh mengandungi dadah berbahaya disyaki jenis Methamphetamine.
6
6.4 Seterusnya, SP5 telah mengarahkan Tertuduh untuk menutup botol spesimen air kencing tersebut dan SP5 telah memeterai botol spesimen air kencing tersebut serta melabelkannya dengan disaksikan oleh Tertuduh sendiri. Tertuduh telah menurunkan tandatangan pada botol yang mengandungi spesimen air kencing tersebut di ruangan orang yang diperiksa. SP5 juga telah menurunkan tandatangan di ruangan pemeriksa.
6
6.5 SP5 kemudiannya telah membuat satu laporan polis Pengkalan Chepa/002446-2447/20 (P7). SP5 telah menyediakan Borang Akuan Serah dan Terima Barang Kes (P8) dan menyerahkan barang kes iaitu 1 botol sampel air kencing bernombor siri A0059965 milik Tertuduh kepada Pegawai Penyiasat, SP6.
6
6.6 Botol yang mengandungi spesimen air kencing Tertuduh telah diserahkan oleh SP6 kepada SP3 bersama-sama satu Borang Permintaan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing (P3). Sampel air kencing Tertuduh telah dihantar ke Makmal Dadah Jabatan Patologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan oleh SP3 dan telah diterima oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu SP2 pada 6.4.2020 dan SP2 mengesahkan bahawa beliau telah menerima botol spesimen air kencing yang berlabel nama Mohd Sabri bin Md Suhaimi (NO. K/P: 830927-03-5413) bersama-sama ekshibit P3 daripada SP3.
6
6.7 Selepas membuat pemeriksaan, dan dapati kesemua maklumat adalah betul termasuklah nombor siri yang tertera pada bahagian bawah botol sama dengan nombor siri di stiker dan stiker biru, SP2 telah menyerahkan botol yang mengandungi spesimen air kencing Tertuduh dan P3 kepada Pegawai Sains (Forensik) di Makmal Dadah Jabatan Patologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II iaitu SP1. SP1 kemudiannya melakukan semakan ke atas nama OKT, nombor siri botol dan mengesahkan bahawa kesemua maklumat yang diberikan adalah sama pada borang permohonan dan pada label yang terdapat pada botol spesimen air kencing.
6
6.8 SP1 mengesahkan bahawa botol yang diterima dalam keadaan baik di mana seal yang terdapat pada botol air kencing yang beliau terima belum pecah atau koyak, label yang mengandungi maklumat seperti nama Tertuduh dan no. siri botol iaitu A0059965 adalah jelas dibaca manakala isipadu air kencing mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 30ml. Sebelum ujian dilakukan, demografi telah dilakukan oleh SP1 bagi tujuan merekod maklumat yang diperlukan ke dalam sistem maklumat makmal. Satu nombor rujukan makmal (barkod) D0277778 telah diberikan kepada permintaan ujian tersebut. Nombor rujukan makmal (barkod) tersebut telah ditampal pada borang dan botol spesimen air kencing tersebut.
6
6.9 SP1 mengesahkan bahawa hasil daripada ujian pengesahan yang dilakukan oleh SP1 mendapati bahawa spesimen air kencing Tertuduh mengandungi Amphetamine dan Methamphetamine iaitu spesifik metabolit di bawah dadah dalam kumpulan Amphetamine Type Stimulants (ATS) dan turut mengesahkan bahawa Amphetamine dan Methamphetamine adalah dadah berbahaya seperti yang tersenarai di Jadual Pertama di Bahagian 3 Akta Dadah Berbahaya 1952. SP1 kemudian telah sediakan dan keluarkan satu Laporan Ujian Pengesanan Dadah bertarikh 24.06.2020 sebagaimana P4. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN [7] Untuk mewujudkan kes prima facie sebagaimana pertuduhan di mana OKT telah memasukkan ke dalam tubuh badannya dadah berbahaya, elemen-elemen yang perlu diperhalusi oleh Mahkamah adalah seperti berikut : i. Air kencing yang diuji adalah milik Tertuduh; ii. Air kencing Tertuduh adalah positif mengandungi dadah berbahaya jenis Ampethamine dan Methamphetamine; iii. Tertuduh memberikan dadah berbahaya kepada diri sendiri.
i
Elemen pertama iaitu air kencing yang diuji adalah milik Tertuduh [8] Menyelusuri keterangan saksi-saksi pendakwaan, elemen ini telah dibuktikan melalui rantaian keterangan yang terjaga dan tidak putus mengenai pengendalian barang kes sewaktu prosedur pengambilan sampel air kencing Tertuduh dijalankan. Dapatan Mahkamah adalah sepertimana keterangan berikut: i. Tertuduh sendiri telah memilih botol urin nombor siri A0059965 daripada 5 pilihan botol sebagaimana keterangan SP5. ii. SP5 dibantu SP4 mengesahkan mereka yang mengiringi atau mengeskot Tertuduh ke tandas dan Tertuduh sendiri yang memberikan air kencingnya ke dalam botol urin yang sama. iii. SP5 melihat sendiri Tertuduh memberikan air kencingnya. iv. SP5 dibantu SP4 mengiringi atau mengeskot semula Tertuduh ke meja tempat botol urin tersebut akan diletakkan untuk ujian saringan awal air kencing. v. Proses ujian saringan awal air kencing diperhatikan sendiri oleh Tertuduh dan disahkan oleh SP5. vi. Setelah mendapat keputusan ujian saringan awal melalui celupan test strip, Tertuduh sendiri menutup botol urin yang sama. vii. SP5 buat repot polis P7 dan disaksikan SP4 telah melengkapkan butiran Tertuduh pada borang UPD (P3) dan pelekat botol yang kemudian ditandangani oleh Tertuduh, SP5 telah memeterai botol dengan seal PDRM berwarna biru. Kesemua proses ini dilakukan dengan kehadiran Tertuduh sambil disaksikan SP4. viii. SP5 telah menyerahkan botol urin yang sama kepada SP6, serah-menyerah direkodkan dalam P8. P6 menunjukkan botol urin yang sama No. Siri A0059965 diterima oleh SP6. SP6 juga mengesahkan menerima botol yang sama. ix. Selepas menerima botol urin Tertuduh, SP6 mengambil gambar botol urin, memindahkannya ke dalam komputer milik kerajaan yang berfungsi dengan baik dalam perjalanan biasanya tanpa sebarang masalah dan pindahkan ke dalam CD serta mencetaknya sebagaimana P2 (A-D). Gambar tersebut menunjukkan botol urin yang sama berdasarkan nombor siri dan butiran Tertuduh yang terdapat pada botol. x. SP6 telah serahkan botol urin kepada SP3 pada hari sama. xi. SP3 terima botol urin dalam keadaan baik, bermeterai dengan seal biru PDRM. SP3 telah simpan botol urin dalam peti sejuk di dalam bilik berkunci di mana dia mempunyai akses terhadap bilik tersebut sebagai pembawa spesimen. xii. 4 hari selepas itu, SP3 telah mengeluarkan botol urin yang sama dari simpanan selamat untuk dihantar ke Jabatan Patologi, HSNZ. xiii. SP3 telah menyerahkan botol urin yang sama serta dalam keadaan baik kepada SP2 di Jabatan Patologi, HSNZ. xiv. SP2 telah mengesahkan menerima botol dalam keadaan baik di mana seal yang terdapat pada botol urin tersebut belum pecah atau koyak dan butiran-butiran pada botol padan serta sama dengan borang UPD. SP2 juga semak nombor botol urin tertera pada bahagian bawah botol, stiker dan stiker biru adalah nombor siri yang sama. Sukatan air kecing pada botol urin tersebut juga disahkan mencukupi untuk tujuan analisa. xv. SP2 kemudian telah serahkan terus botol urin dan borang UPD kepada SP1. SP1 juga setelah melakukan semakan dan dapati betul. xvi. SP1 telah menganalisa botol urin yang sama di mana hasilnya ialah positif Amphetamine dan Methamphetamine. Keputusan analisa tersebut telah direkodkan dalam P4 yang mempunyai nombor makmal serta nombor siri botol yang sama. xvii. Gambar botol urin yang sama telah dikemukakan di Mahkamah pada hari perbicaraan dan saksi-saksi pendakwaan telah dapat mengecamnya dengan baik. [9] Berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi yang terlibat secara langsung dengan pengendalian proses saringan air kencing Tertuduh ini, Mahkamah berpuas hati bahawa elemen ini berjaya dibuktikan apabila SP1-SP6 kesemuanya telah mengendalikan dan menerima botol urin yang sama berdasarkan pengetahuan peribadi mereka, pengecaman nombor siri dan butiran peribadi yang terdapat pada botol urin tersebut dan juga pada borang UPD. Botol urin tersebut pula pada setiap masa adalah dalam keadaan baik dan bermeterai dengan seal PDRM berwarna biru dan tiada keterangan menunjukkan ianya telah diganggu. Perkara ini yang telah menjadi rujukan Mahkamah sebagaimana di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “But, if for example, during that “gap” the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact.” [10] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, rantaian keterangan mengenai pengendalian sampel air kencing tersebut adalah terjaga dan tidak putus yang membolehkan wujudnya kelompangan yang material. Dapatan Mahkamah adalah rantaian keterangan mengenai pengendalian barang kes di dalam kes ini adalah utuh. Oleh kerana rantaian keterangan mengenai pengendalian botol urin yang mengandungi air kencing Tertuduh adalah terjaga dan tidak putus, maka air kecing yang dihantar untuk dianalisa dan air kencing yang telahpun dianalisa adalah jelas milik Tertuduh sendiri.
II
(ii) Elemen kedua iaitu air kencing Tertuduh adalah positif mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine [11] Berdasarkan keterangan SP5, SP4 serta laporan polis P7, semasa ujian saringan awal air kencing dilakukan, telah didapati air kencing Tertuduh disyaki positif Methamphetamine. Seterusnya, sampel air kencing Tertuduh telah dihantar ke Jabatan Patologi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dianalisa bagi mengesahkan keputusan ujian saringan awal. SP1 telah menganalisa sampel air kencing Tertuduh dan mengesahkan melalui keterangan bersumpahnya di dalam PSP1 dan juga laporan patologi yang disediakannya (P4) bahawa ianya mengandungi Amphetamine dan Methamphetamine. [12] Walaupun SP2 tidak menyatakan di dalam P4 bahawa Amphetamine dan Methamphetamine adalah dadah berbahaya, di dalam PSP1 yang digunapakai sebagai pemeriksaan utama telah dinyatakan pada perenggan ke-lima belas bahawa Amphetamine dan Methamphetamine adalah tersenarai di dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [13] Adalah menjadi prinsip undang-undang jenayah yang mantap bahawa apabila seseorang saksi hadir memberi keterangan di Mahkamah, keterangan dokumentari/laporan yang disediakan menjadi keterangan sokongan sahaja. Mahkamah merujuk kepada kes Muhammed Bin Hassan v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 273 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan yang berikut mengenai rukun keterangan terbaik (“best evidence rule”): “In this case presently under appeal, an important point to note is that the prosecution decided to call PW3 rather than relying on his report exh P11… by so doing, the prosecution not only had complied with the best evidence rule —“ “… in point of law, where a maker of a report is called as a witness, there is nothing to prevent him from tendering his report for the purpose of corroborating his own evidence though…” “When a Medical Offcer is giving oral evidence then, of course, any notes which he may have made at the time of his examination, he can refer to refresh his memory. Moreover, if his report is made at about the time when his examination took place, the report could be put in, not as primary evidence of its contents but to corroborate the oral evidence already given under s 157 of the Evidence Ordinance.” [14] Dengan menggunapakai prinsip kes atas, oleh sebab SP1 telah dipanggil untuk memberi keterangan lisan di Mahkamah, maka laporan patologi yang disediakannya adalah bersifat menyokong keterangan lisannya. Rukun keterangan terbaik (“best evidence rule”) adalah keterangan lisan SP1 sendiri. PSP1 telahpun diterimapakai sebagai pemeriksaan utama sekaligus keterangan bersumpah SP1. Dengan itu tinggalan untuk menyatakan Amphetamine dan Methamphetamine sebagai dadah berbahaya telahpun dinyatakan dan dijelaskan SP1. Berdasarkan P4 dan keterangan SP1, jelaslah bahawa air kencing Tertuduh mengandungi dadah berbahaya iaitu Amphetamine dan Methamphetamine.
III
(iii) Elemen ketiga iaitu Tertuduh memberi dadah kepada diri sendiri [15] Bagi pembuktian elemen ini, dalam ketiadaan fakta secara terus bahawa Tertuduh dilihat memasukkan atau menggunakan atau memberi kepada dirinya sendiri dadah berbahaya, suatu anggapan boleh diguna pakai sebagaimana hujahan pihak pendakwaan di bawah Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan seperti berikut: Seksyen 37. Anggapan. “Dalam semua prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya-
k
jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan mengguna dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dituduh sebagai keputusan ujian air kencing yang dijalankan di bawah Seksyen 31A, orang tersebut hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada mengguna dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya.” [16] Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, apabila satu dadah berbahaya telah dikesan dalam air kencing Tertuduh, dia boleh dianggap telah memberi dadah kepada dirinya sendiri. Namun begitu, pengesanan dadah berbahaya dalam air kencing Tertuduh hendaklah dilakukan melalui ujian air kencing yang dijalankan di bawah Seksyen 31A ADB. [17] Seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan: “Seksyen 31A. Pemeriksaan oleh seorang pegawai perubatan ke atas orang yang ditangkap.
1
Apabila seseorang itu ditangkap di atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini-
a
yang mempunyai sesuatu sifat; atau
b
yang dikatakan telah dilakukan di bawah sesuatu hal keadaan, yang boleh memberi alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu pemeriksaan ke atas orang tersebut akan dapat memberikan bukti tentang berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini, adalah menjadi sah di sisi udang-undang bagi seorang pegawai perubatan bertindak dengan permintaan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, atau mana-mana pegawai lain yang menjadi ketua di suatu balai polis, atau mana-mana pegawai kastam, dan untuk mana-mana orang yang bertindak dalam membantu pegawai perubatan dan di bawah arahannya, untuk membuat suatu pemeriksaan atau pemeriksaan-pemeriksaan terhadap orang yang ditangkap yang dengan munasabahnya perlu bagi memutuskan kenyataan-kenyataan yang dapat memberikan bukti itu, dan untuk menggunakan atau menyebabkan untuk digunakan peraturan tersebut seperti yang dengan munasabahnya perlu untuk tujuan itu.
1A
Bagi maksud pemeliharaan keterangan, adalah menjadi sah di sisi undang-undang bagi seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau seorang pegawai kastam untuk menghendaki orang yang ditangkap untuk memberi contoh air kencingnya untuk tujuan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) jika pegawai perubatan atau manamana orang yang membantu dalam perubatan atau yang di atas arahan pegawai perubatan tidak dapat melaksanakan tugas untuk memperoleh contoh air kencing itu pada masa yang munasabah. (1AA) Apa-apa sampel biologi yang diambil bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah Seksyen ini boleh dianalisa oleh seorang Pegawai Sains yang diambil kerja oleh Kerajaan.
1B
…
2
Bagi maksud seksyen ini “pegawai perubatan” termasuklah setiap orang yang diambil bekerja oleh Kerajaan atau suatu badan berkuasa yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai seorang pegawai perubatan atau sebagai ahli kimia. [18] Bagi membolehkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) digunapakai, Mahkamah haruslah berpuas hati bahawa ujian yang dijalankan terhadap air kencing Tertuduh mematuhi peruntukan Seksyen 31A. Dapatan Mahkamah bahawa Seksyen 31A ADB ini telahpun dipatuhi di dalam kes ini berdasarkan keterangan berikut: a. Tertuduh semasa menjalani ujian air kencing merupakan “orang yang ditangkap” sepertimana keterangan SP5, SP4 dan laporan polis P7; b. Permintaan pemeriksaan telah dibuat oleh SP5 iaitu seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspketor yang melebihi keperluan minima seorang pegawai polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan; c. Kutipan sampel juga telah dibuat oleh SP5 dengan bantuan SP4; d. Sampel telah dianalisa oleh SP1 yang merupakan Pegawai Sains Kimia Hayat yang bertugas di Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selaras dengan peruntukan subseksyen (1AA). [19] Berdasarkan kepada dapatan dan analisa di atas, Mahkamah berpandangan elemen-elemen pembuktian sebagaimana pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Oleh kerana Mahkamah berpuas hati bahawa proses pengambilan air kencing adalah selaras dengan Seksyen 31A, maka mahkamah menggunapakai anggapan di bawah Subseksyen 37(k) ADB dan memutuskan bahawa Tertuduh dianggap telah memasukkan dadah berbahaya ke dalam dirinya sehinggalah dibuktikan sebaliknya. ISU-ISU BERBANGKIT KETIKA KES PENDAKWAAN
i
Botol urin fizikal yang dikatakan mempunyai urin Tertuduh tidak dikemukakan kepada Mahkamah [20] Mahkamah sedia maklum bahawa botol urin sendirinya secara fizikal adalah penting untuk membantu Mahkamah membuat dapatan dalam kes-kes urin di bawah seksyen 15(1)(a) ADB
1952
Walaubagaimanapun, dalam keadaan ianya tidak dapat dikemukakan dan penjelasan telah diberikan, Mahkamah bolehlah pula melihat secara keseluruhan keterangan, kepada fakta-fakta dan keadaan-keadaan lain yang boleh menjadikan keterangan terhadap rantaian keterangan barang kes boleh dinilai. Rujukan dibuat kepada kes Muhammad Hafeez Zainudin v. PP [2022] 1 LNS 2226, apabila YA Mohd Radzi Abdul Hamid H ada menyatakan pandangannya seperti yang berikut: “[23] I would venture to say that failure to produce the said specimen bottle after the accused’s urine had been tested and analysed by the IMR, may or may not be fatal to the prosecution’s case depend on the facts and circumstances of each individual case. The prosecution should not adopt an attitude that Gunalan Ramachandran & Ors, supra may provide an antidote to cure all cases of missing or non-production of exhibits after they have been examined or analysed by the expert”. [21] Menggunapakai prinsip kes di atas, rantaian keterangan barang kes boleh diperhalusi oleh Mahkamah juga melalui fakta dan keadaan lain seperti gambar botol urin. Hal ini adalah kerana sebagaimana dijelaskan oleh SP1, bahawa botol urin nombor siri A0059965 telah dilupuskan selepas 2 bulan setelah digunakan untuk analisa memandangkan tiada permintaan. Keputusan pelupusan tersebut juga dibuat berlandaskan Garis Panduan KKM dan juga prosedur biasa dalam mana-mana kes urin. Maka, dalam ketiadaan botol urin secara fizikal, apakah keterangan terbaik untuk Mahkamah menilai dan membuat dapatan terhadap rantaian keterangan barang kes. Sudah tentu adalah gambar botol urin jika ianya dikemukakan dan dicamkan. Perkara ini akan berbeza seandainya botol urin fizikal dan gambar juga tidak dikemukakan kepada Mahkamah dan dicamkan oleh mana-mana saksi. Rujukan kes dibuat kepada kes Yusri Pialmi v. PP [201016 CLJ 878 yang menyatakan seperti berikut: “Their existence could be seen from the photographs. In this case, the urine in the said bottle which contained Amphetamine was the subject matter of the charge. No photograph was produced showing the said bottle with the accused’s particulars on it. The prosecution was taken to task by the learned counsel regarding the non-production of the said bottle. On the facts and circumstances of this case, the failure to produce the said bottle is fatal to the prosecution case. On this ground too, the accused was rightly acquitted and discharged by the learned magistrate at the close of the prosecution case. The prosecution appeal is hereby dismissed”. [22] Rujukan juga dibuat kepada kes Mohamad Azuandi Mat v. PP [2022] 1 LNS 2683 yang telah memutuskan seperti yang berikut: “[32] Selain botol urin tidak dikemukakan secara fizikal di Mahkamah bagi membolehkan kelemahan tersebut diatasi, saya mendapati gambar botol urin di ekshibit P2 juga tidak pernah dirujuk kepada SP4 untuk dicamkan dan disahkan olehnya bahawa itu adalah gambar botol urin yang mengandungi sampel air kencing Perayu yang dianalisis olehnya. Berkenaan ini, saya dapati Majistret terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa kesemua saksi-saksi pendakwaan telah berjaya mengecam botol urin sedangkan SP4 tidak pernah dirujuk pada gambar botol urin tersebut. …………………….. [33] Dalam keadaan ini dan dengan adanya perbezaan seal sebagaimana dibangkitkan oleh pembelaan itu, maka saya mendapati bahawa terdapat keraguan berkenaan dengan identiti botol urin yang dihantar kepada SP4 untuk dianalisis dan botol urin dalam gambar ekshibit P2 yang dikatakan oleh SP6 mengandungi sampel air kencing Perayu itu”. [23] Prinsip kedua-dua kes di atas menitikberatkan sekurang-kurangnya perlulah dikemukakan dan dicamkan gambar botol urin kepada saksi-saksi pendakwaan andai botol urin secara fizikal tidak dapat dikemukakan. Hal yang sedemikianlah yang berlaku dalam kes semasa, apabila jelas berdasarkan keterangan SP1, SP5, SP4 dan SP7, kesemuanya dirujuk dengan gambar botol urin (P2 A-D) dan mereka dapat mengecam dengan baik botol urin tersebut terutamanya melalui nombor siri yang terdapat pada botol urin dalam gambar. [24] Selain daripada tiadanya cacat cela identifikasi seperti kesilapan warna seal atau perbezaan jenis seal pada gambar yang dikemuka dan dicamkan oleh saksi-saksi, Mahkamah dapati keterangan mengenai rantaian keterangan barang kes juga tidak terganggu. Hal ini dapat disahkan melalui keterangan SP2 yang telah mengecam gambar P4 adalah gambar botol yang beliau terima dari SP3 pada hari penerimaan. Bahkan, SP2 sewaktu hari penerimaan botol itu juga telah membuat semakan dengan tuntas apabila telah mendapati nombor botol urin adalah sama sahaja pada bahagian bawah botol, stiker dan stiker label biru, justeru membolehkan dirinya untuk menerima botol dan sampel tersebut untuk diserahkan kepada SP1 bagi tujuan analisa. Maka, tidak wujud kelompangan pada identifikasi barang kes sebagaimana yang boleh dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan terhadap gambar botol urin. [25] Mahkamah percaya ketiadaan botol urin secara fizikal dalam Mahkamah tidaklah menjejaskan kes pendakwaan secara material kerana telah ada gambar botol urin ditunjuk serta dicamkan bagi membantu Mahkamah membuat dapatan terhadap rantaian keterangan barang kes dan proses pengendalian sampel urin Tertuduh. Mahkamah merujuk kepada kes Mohd Zulazri bin Minhat lwn Pendakwa Raya [2022] 8 MLJ 1: “[16] Mahkamah ini mendapati sama ada botol urin sampel perayu dikemukakan atau tidak dibicara penuh di mahkamah sesyen, tidak ada impak material ke atas isu-isu yang penting iaitu proses pengambila sampel urin perayu, ujian ke atas urin sampel perayu dan keputusan analisis ke atas urin sampel perayu”.
II
(ii) Test strip yang digunakan oleh SP5 ketika ujian saringan awal tidak dikemukakan kepada Mahkamah [26] Bagi isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa kesemua test strip yang digunakan sewaktu ujian saringan awal air kencing Tertuduh oleh SP5 tidak menjejaskan kes pendakwaan sekiranya ia tidak dikemukakan kepada Mahkamah kerana test strip tersebut bukanlah suatu fakta yang boleh menjadi keterangan yang material terhadap elemen atau intipati pertuduhan ke atas Tertuduh bagi kes ini. [27] Adalah perlu ditegaskan bahawa pertuduhan atau pendakwaan ke atas seseorang yang mentadbirkan atau memasukkan dadah ke dalam tubuh badan seseorang sama sekali tidak dilakukan berdasarkan hasil ujian awal atau saringan yang hanya merupakan satu proses indikatif. Pertuduhan sekiranya dibuat akan diasaskan kepada hasil ujian analisis oleh ahli sains atau ahli kimia kerajaan yang menggunakan kaedah analisis yang diiktiraf oleh undang-undang dan Mahkamah juga harus membuat dapatan berdasarkan kaedah dan cara serta nas yang dibenarkan oleh undang-undang dan bukannya berdasarkan andaian semata. Berdasarkan laporan patologi SP1, telah mengesahkan berdasarkan analisis yang dilakukan, terdapat kehadiran dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine di dalam air kencing Tertuduh yang kemudian menjadi sebahagian daripada teras dan asas pertuduhan Tertuduh di hadapan Mahkamah ini.
III
(iii) Isu keperluan penggunaan 2 botol urin untuk pengambilan air kencing Tertuduh [28] Pihak pembelaan ada membangkitkan isu mengenai keperluan penggunaan 2 botol urin untuk pengambilan air kencing Tertuduh sebagaimana yang digariskan oleh Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memandangkan hanya 1 botol urin sahaja yang telah digunakan oleh SP5 sewaktu pengambilan air kencing Tertuduh dan kemudian telah diterima oleh SP1 untuk untuk tujuan analisis bagi kes ini. Pihak pembelaan juga mengenengahkan isu, akibat menggunakan 1 botol urin sahaja dan dicelup test strip pada sampel urin di dalamnya, telah menjadikan sampel urin tersebut tercemar sebelum dianalisa oleh SP1, justeru menuntut keperluan 2 botol urin untuk digunakan. [29] Walaubagaimanapun, sebagaimana sedia maklum, bahkan turut dipersetujui di dalam hujahan pihak-pihak masing-masing, bahawa PTKPN dan Garis Panduan KKM tersebut bukan dokumen yang mempunyai kuat kuasa undang-undang yang memerlukan pematuhan mandatori oleh pihak polis atau pegawai perubatan dan tidak menjejaskan jika tidak dipatuhi sebagaimana rujukan kes Pendakwa Raya lwn Rosman bin Saprey dan satu lagi rayuan [2018] 4 MLJ 139 yang telah memutuskan bahawa: “(1)PTKPN dan GP bukan dokumen yang mempunyai kuat kuasa undang-undang yang memerlukan pematuhan mandatori oleh pihak polis atau pegawai perubatan dan tidak menjejaskan jika tidak dipatuhi. PTKPN dibuat di bawah kuasa yang diberi oleh s 97 Akta Polis 1967. Ia bersifat ‘administrative’ sahaja dan tidak dihasratkan mempunyai kuat kuasa undang-undang berbanding dengan peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah bawah ADB. PTKPN dikeluarkan hanya untuk kegunaan polis sahaja dan diklasifikasikan sebagai dokumen sulit atau rahsia (perenggan 58 & 61).
2
PTPKN adalah bagi kegunaan pegawai polis manakala GP adalah untuk kegunaan pegawai kesihatan dan perubatan. Kedua-dua instrumen tidak boleh membentuk dan mempunyai kuat kuasa undang-undang kerana hanya Menteri diberi kuasa oleh ADB untuk membuat peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah berkaitan penguatkuasaan dan perjalanan peruntukan yang terdapat dalam kedua-dua Akta serta keperluan warta yang perlu dipatuhi. Kuasa Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Kesihatan Malausia tidak boleh mengatasi dan melampaui kuasa-kuasa Menteri (lihat perenggan 73-74).” [30] Justeru, pengambilan air kencing Tertuduh dengan menggunakan satu botol urin di dalam kes ini adalah memadai dan mengikut undang-undang untuk diterima oleh mahkamah. Apatah lagi, pada saat alasan penghakiman ini ditulis, Garis Panduan KKM dan PTKPN telah pun dipinda untuk diselaraskan dengan mensyaratkan hanya 1 botol urin sahaja perlu digunakan dalam pengambilan sampel air kencing dalam kes urin. [31] Walaupun menggunakan 1 botol urin yang sama, Mahkamah berpandangan, telahan pihak pembelaan bahawa sampel urin milik Tertuduh di dalamnya telah tercemar kerana telah dicelup test strip oleh SP5 sebelum dianalisa oleh SP1 adalah tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi telahan semata. [32] Hal ini adalah kerana SP1 sebagai seorang saksi pakar telah menjelaskan di dalam keterangannya bahawa sekiranya air kencing yang dianalisis didapati tercemar, sudah pasti akan ada reaksi metabolisme yang dapat dikesan dan menghasilkan terus keputusan analisa yang negatif. Namun, berbeza dengan air kencing yang dianalisa oleh SP1 di dalam kes ini, memang telah dibuktikan melalui ujian analisa yang dilakukan, didapati air kencing Tertuduh boleh menghasilkan keputusan positif, justeru menunjukkan tiada pencemaran yang wujud dalam air kencing yang dianalisa oleh SP1 tersebut. [33] Dapatan Mahkamah melalui keterangan yang dikemukakan jelas memperlihatkan analisa yang dilakukan oleh SP1 adalah mengikut prosedur, dalam keadaan teratur dan mengikut kepakaran pengetahuannya sebagai pembuat dapatan hasil analisa yang telah mengesahkan bahawa air kencing Tertuduh di dalam botol urin No. Siri A0059965 mengandungi dadah berbahaya jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS)-Amphetamine & Methamphetamine. [34] Dalam ketiadaan keterangan saksi pakar lain yang boleh mempertikaikan atau mencabar cara analisa dan dapatan SP1, Mahkamah berwenang untuk menerima keterangan dan pendapat saksi pakar secara terus apabila keterangannya disokong dengan keterangan yang boleh dipercayai sebagaimana diputuskan di dalam kes Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492, apabila Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: "We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into the details of what he did in the laboratory, step by step." [35] Apatah lagi, peguambela juga tidak mencabar kepakaran SP1 sebagai saksi pakar, justeru SP1 adalah dibuktikan sebagai seorang pegawai sains yang berkelayakan diterima keterangannya sebagai keterangan saksi pakar sebagaimana seksyen 45 Akta Keterangan 1950. [36] Justeru, Mahkamah melihat isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai pencemaran/kacau ganggu sampel urin akibat penggunaan 1 botol sahaja adalah tidak relevan & hanya bersifat andaian semata. Keraguan ini sudah pasti tidak mampu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan & bertentangan dengan beban keraguan munasabah yang harus ditimbulkan sebagaimana di dalam kes Public Prosecutor v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16: “… A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence. [37] Secara keseluruhannya, setelah membuat penilaian yang maksimum terhadap keterangan-keterangan yang diberikan sepertimana yang ditetapkan oleh prinsip undang-undang yang mantap sebagaimana di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734, Balachandran V PP [2005] 1 CLJ 85 Dan PP v Mohd Radzi B Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah percaya pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen-elemen pertuduhan dan kes prima facie terhadap OKT yang menatijahkan OKT untuk kemudiannya dipanggil membela diri. VERSI DAN KETERANGAN PEMBELAAN [38] Pihak pembelaan telah memanggil seorang saksi iaitu Tertuduh sendiri selaku SD1 untuk memberikan keterangan secara bersumpah sebagaimana keterangan yang diringkaskan seperti berikut:
38
38.1 SD1(Tertuduh) menyatakan dirinya telah dibuat saringan awal air kencing secara bersama dengan abangnya yang digari bersama di tandas Bahagian Narkotik, IPD Kota Bharu. SD1(Tertuduh) juga nyatakan bahawa dia tidak pernah menyerahkan sampel urin miliknya ke dalam botol yang dibekalkan kepadanya kerana pada ketika itu SD1(Tertuduh) tidak boleh kencing dan kemudiannya telah serahkan semula botol kosong kepada anggota polis yang bertugas. SD1 juga tidak pasti nombor siri botol urin yang dibekalkan kepadanya serta menafikan penglibatan SP5 selaku pegawai yang menjalankan ujian saringan awal terhadapnya pada hari kejadian.
38
38.2 Sebaliknya, SD1(Tertuduh) menyatakan hanya abangnya yang ditangkap bersama sahaja telah memberikan sampel air kencing ke dalam botol urin kepada polis.
38
38.3 SD1(Tertuduh) juga menafikan keterlibatannya dengan proses saringan yang dijalankan termasuklah proses celupan test strip dan penurunan tandatangan pada botol urin dan borang UPD yang dikemukakan. SD1(Tertuduh) telah menafikan kewujudan sampel miliknya dalam perbicaraan ini kerana permohonan serta prosedur saringan awal atau ujian pengesanan dadah dalam air kecing tidak langsung pernah dibuat oleh pihak polis terhadap dirinya. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PEMBELAAN [39] Mahkamah setelah meneliti keterangan yang diberikan oleh Tertuduh berpandangan bahawa keterangan pembelaan adalah suatu penafian kosong dan pernyataan kosong semata-mata, suatu rekaan yang berbentuk pemikiran semula (afterthought) dan tidak munasabah.
i
Pembelaan yang berbentuk penafian kosong semata (bare denial) dan pernyataan kosong semata (bare assertion) [40] Tertuduh telah menimbulkan keterangan bahawa dirinya telah dibuat saringan awal air kencing secara bersama dengan abangnya yang digari bersama di tandas Bahagian Narkotik, IPD Kota Bharu. Tertuduh juga nyatakan bahawa dia tidak pernah menyerahkan sampel urin miliknya ke dalam botol yang dibekalkan kepadanya kerana pada ketika itu Tertuduh tidak boleh kencing dan kemudiannya telah serahkan semula botol kosong kepada anggota polis yang bertugas. Sebaliknya, Tertuduh menyatakan hanya abangnya yang ditangkap bersama sahaja telah memberikan sampel air kencing ke dalam botol urin kepada polis. [41] Walaubagaimanapun, abang Tertuduh tersebut tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan di Mahkamah. Walaupun pihak pembelaan cuba untuk mengemukakan alasan dan sebab atas ketidakbolehadiran abang Tertuduh yang terlantar sakit kerana mengalami strok melalui keterangan Tertuduh (SD1) dan cuba disokong melalui IDD13 & IDD14, untuk hadir ke Mahkamah bagi memberikan keterangan, Mahkamah berpandangan ketiadaan keterangan konkrit yang lain menjadikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan gagal ditimbulkan dan keterangan pembelaan Tertuduh adalah kekal bersifat penafian kosong dan pernyataan kosong semata. Hal ini adalah kerana pada sepanjang masa perbicaraan: a. IDD13 dan IDD14 tidak dibuktikan sebaiknya oleh pihak pembelaan bagi Mahkamah menerima masuk sebagai sebuah keterangan, antara lain mengenai pemakaian seksyen 90A Akta Keterangan 1950 dan juga Seksyen 399 Kanun Prosedur Jenayah; b. Pihak pembelaan tidak juga cuba untuk mengenengahkan prosedur di bawah seksyen 395 atau 396 Kanun Prosedur Jenayah; c. Tiada saksi lain yang dipanggil bagi menyokong cerita Tertuduh walaupun beberapa watak ada ditimbulkan ketika kes pendakwaan seperti penama Zamzuri, Jamilah, Muhammad Hafiz dan Abdul Udzaier sebagai individu yang dikatakan ditahan dan berada bersama sewaktu saringan dibuat di IPD Kota Bharu sebagaimana repot D10(A-C); d. Tiada keterangan dikemukakan mengenai keadaan Tertuduh yang dikatakan tidak boleh kencing yang tidak membolehkan dirinya memberi sampel urin pada waktu kejadian; e. Tiada keterangan dikemukakan bagi menyokong telahan pembelaan mengenai ketidakwujudan sampel urin Tertuduh di dalam kes ini, walhal telah terbukti wujud bahawa memang terdapat air kencing Tertuduh di dalam botol urin No. Siri A0059965 memandangkan botol urin tersebut adalah botol yang dipilih sendiri oleh Tertuduh. [42] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan sebagaimana berikut: “103 Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.” [43] Memandangkan Tertuduh yang menimbulkan fakta kewujudan abangnya yang berada bersama-samanya ketika saringan urin dibuat dan hanya urin abangnya sahaja yang serahkan sampel urin kepada polis, maka adalah menjadi tanggungjawab Tertuduh untuk membuktikannya bagi mengabsahkan suatu keraguan munasabah dalam kes pihak pendakwaan. [44] Ketiadaan penjelasan dikemukakan terhadap pertuduhan dan keterangan pendakwaan, serta sekadar membuat penafian sahaja menjadikan pembelaan Tertuduh bersifat penafian kosong semata. Penafian kosong semata bukanlah dengan sendirinya boleh dianggap suatu bentuk pembelaan yang harus diambil kira oleh Mahkamah. Ini berdasarkan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Mr Losali v. Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 694: “[54] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake.” [45] Mahkamah juga merujuk kepada kes Vijaykumar Munusamy v PP [2015] 1 LNS 242 apabila Mahkamah Rayuan telah memutuskan suatu prinsip apabila pihak pembelaan gagal memanggil watak yang ditimbulkan, maka pembelaanya kekal sebagai suatu pernyataan kosong dan tidak dapat dipercayai: “[21] Perayu dalam keterangannya mengatakan beliau di maklumkan oleh Khairul bahawa kereta tersebut telah rosak dan mahukan perayu mengambil balik kereta tersebut. Bagaimanapun perayu tidak memanggil Khairul sebagai saksi. Kami sedia maklumkan kegagalan perayu memanggil Khairul sebagai saksi tidak boleh mengundang pemakaian s. 114(g) Akta Keterangan terhadapnya. Walau bagaimanapun, tanpa kehadiran Khairul sebagai saksi, perayu telah gagal membuktikan dakwaan atau fakta penting pembelaannya bahawa kereta itu telah rosak pada hari kejadian. Dengan itu, pembelaannya mengenai Khairul adalah bersifat bare oral assertion: PP v. Badrulsham b. Baharem [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585.” [46] Tertuduh gagal menjelaskan dan memperlihatkan apa jua keterangan kepada Mahkamah bagaimana saringan awal urin terhadapnya dikatakan dibuat bersama abangnya sedangkan SP5 telah menjelaskan walaupun Tertuduh dan abangnya dibawa ke tandas secara bersama-sama kerana digari bersama pada hari kejadian, namun proses pengambilan air kencing dan saringan awal dilakukan secara berasingan. Tertuduh juga gagal menjelaskan bagaimana dikatakan hanya abangnya sahaja yang memberi sampel urin dan dirinya tidak walhal telah wujud suatu sampel urin di dalam botol urin nombor siri A0059965 yang dipilih sendiri oleh Tertuduh, sekaligus memuktamadkan dapatan Mahkamah bahawa penafian dan keterangan OKT hanyalah penafian kosong (bare denial) dan (bare assertion) semata.
II
(ii) Pembelaan yang berbentuk rekaan dan pemikiran semula (afterthought) [47] Mahkamah juga memperhalusi penafian Tertuduh terhadap tandatangan milik beliau pada botol urin dan borang UPD yang ditanda sebagai IDD6. Walaupun Tertuduh cuba untuk menafikan tandatangan tersebut dengan menunjukkan tandatangan beliau melalui ekshibit D16, Mahkamah berpandangan ianya adalah bersifat penafian semata-mata tanpa ada bukti sokongan yang lain seperti tandatangan OKT pada mana-mana dokumen rasmi lain atau sebagainya. Mahkamah berpandangan bahawa tanpa bukti sokongan yang lain, D16 adalah keterangan yang tidak memuaskan, bersifat ‘afterthought’ serta tidak dapat dibuktikan, memandangkan ianya boleh direka secara terus atau ‘on the spot’, justeru tidak dapat membantu Mahkamah membuat perbandingan yang tuntas dalam menilai keraguan munasabah yang ingin ditimbulkan. Sekali lagi rujukan Mahkamah dibuat kepada pemakaian seksyen 103 Akta Keterangan 1950.
III
(iii) Versi atau jalan cerita pihak pembelaan adalah tidak logik dan munasabah [48] Berdasarkan cerita atau versi pembelaan, SD1(Tertuduh) menafikan telah memberikan sampel urin miliknya kepada pihak polis, justeru air kencing di dalam botol urin nombor adalah bukan miliknya dan air kencingnya tidak pernah pada bila-bila masa wujud di dalam kes ini. [49] Sekiranya benar jalan cerita tersebut, adalah pelik bagaimanakah boleh wujud air kencing dalam botol urin No. Siri A0059965 yang dipilih sendiri oleh Tertuduh. Adalah pelik juga kenapa tertuduh tidak membuat aduan kepada mana-mana pihak berwajib berkenaan perkara tersebut. Penganiyaan dan rekaan cerita adalah suatu perkara yang serius terutamanya apabila melibatkan penglibatan sesorang dalam sesuatu kes jenayah. Aduan dan laporan rasmi harus dibuat sekiranya benar wujud penganiayaan oleh pihak polis. Walaubagaimanapun, hal ini tidak berlaku di dalam kes ini, justeru menunjukkan cerita atau versi pembelaan adalah tidak logik dan tidak boleh dipercayai. [50] Penilaian Mahkamah bahawa jika SD1(Tertuduh) menafikan keterangan saksi-saksi pendakwaan sebagai benar, soalnya apakah motif saksi-saksi pendakwaan terutamanya SD5, SD4 dan SD6 untuk sengaja mengadakan cerita terhadap Tertuduh. Tidak pernah ditunjukkan sekali pun, wujudnya keterangan mengenai perbuatan khianat yang ingin dibuat terhadap Tertuduh, maka tiada sebab untuk pihak polis ingin mereka-reka cerita bagi menganiayai Tertuduh. Di dalam aspek ini keputusan yang dicapai di dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 wajar dijadikan panduan: “When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of things we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” [51] Di dalam kes tersebut, dinyatakan Mahkamah perlu menerima keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi polis melainkan keterangan yang diberikan itu adalah terlalu tidak masuk akal dan adanya percanggahan ketara yang Mahkamah dapati tiada di dalam kes ini. KESIMPULAN [52] Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang ada di Mahkamah, Mahkamah telah memutuskan, Tertuduh telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Tertuduh juga gagal untuk mengakas anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB di atas imbangan kebarangkalian, seterusnya menjadikan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Tertuduh. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB dan disabitkan dengan kesalahan. HUJAHAN PEMBERATAN DAN MITIGASI [53] Rayuan mitigasi Tertuduh melalui peguambela nya telah memohon supaya Mahkamah mengenakan denda ke atas Tertuduh, bagi memberi peluang kepadanya dengan merujuk kepada Azhar Bin Rahim [2022] MLRHU 294 apabila YA Tn Roslan Md Noor telah menggariskan bentuk hukuman selepas perbicaraan iaitu hukuman denda telah dan boleh diberikan walaupun selepas perbicaraan penuh. Tertuduh juga masih bekerja dan mempunyai cahaya mata yang masih kecil. Peguam juga menghujahkan hukuman penjara akan memberikan impak yang besar kepada keluarga dan diri Tertuduh. Ini juga merupakan kesalahan kali pertama Tertuduh apabila Tertuduh tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan sebelum ini. [54] Pihak pendakwaan pula di dalam kes ini menghujahkan bahawa Tertuduh dipohon untuk dikenakan hukuman yang setimpal supaya dapat dijadikan pengajaran kepada Tertuduh. Selanjutnya, pihak pendakwaan hujahkan agar Mahkamah mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan diri Tertuduh. [55] Mahkamah setelah hujahan pihak-pihak telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 12 bulan dari tarikh sabitan dan dikenakan perintah pengawasan selama 2 tahun di Balai Polis Pengkalan Chepa. ALASAN DAN JUSTIFIKASI HUKUMAN [56] Sekalipun wujud faktor-faktor mitigasi sepertimana yang dihujahkan oleh peguambela yang bertindak mewakili Tertuduh, namun menjadi tanggungjawab Mahkamah ini juga memperhalusi faktor-faktor pemberatan serta fakta kes yang berkaitan dalam mempertimbangkan bentuk dan kuantum hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan Tertuduh sepertimana yang dipertuduhkan. Berikut adalah sebab dan alasan Mahkamah: 1) Kepentingan Awam Melebihi Kepentingan Seseorang Tertuduh [57] Mahkamah sedia maklum mengenai prinsip kepentingan awam sebagai suatu faktor pemberatan yang sering kali ditekankan oleh pihak pendakwaan supaya hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh ("deterrent") dan orang awam supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. [58] Justeru, Mahkamah bersetuju bahawa dalam apa jua pertimbangan faktor yang harus diambil kira, prinsip pertama dan utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman dalam kes jenayah ialah faktor kepentingan awam. [59] Di dalam kes ini, kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah melibatkan penyalahgunaan najis dadah yang menjadi suatu barah kepada masyarakat. Apatah lagi, pengambilan dadah berbahaya oleh Tertuduh melibatkan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang merupakan suatu dadah jenis sintetik yang boleh menyebabkan ketagihan melampau dan merosakkan akal fikiran. Fakta inilah yang membawa kepada pengamatan penting Mahkamah bahawa kepentingan awam harus menjadi tunjang utama dalam Mahkamah menjatuhkan hukuman sedemikian kepada Tertuduh. Justeru, hukuman pemenjaraan adalah wajar dan munasabah bagi memberi cerminan kepada Tertuduh dan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sedemikian rupa dan berjinak dengan najis dadah. [60] Selain itu, sungguhpun hujahan mitigasi Tertuduh telah dibuat dan diambil kira oleh Mahkamah, Mahkamah juga berpandu kepada prinsip keseimbangan antara kepentingan awam dan kepentingan seseorang tertuduh. Dalam melakukan proses perimbangan tersebut, Mahkamah juga tidak boleh terlalu bersimpati dengan mitigasi seperti kesusahan keluarga dan kesusahan hidup Tertuduh. Ini adalah sepertimana yang dijelaskan dalam kes PP v Loo Choon Fatt (Supra) oleh Hashim Yeop Sani J: “Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard L.C.J. in Rex v Grondkowski [1946] 1 All ER 560 561 offered some good advice when he said:– "The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners." [61] Mahkamah berpendapat bahawa hukuman berbentuk penjara selama 12 bulan adalah wajar dan munasabah bagi memberi pencegahan kepada Tertuduh dan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sedemikian rupa, sekaligus dilihat mampu menjaga kepentingan awam. [62] Tempoh pemenjaraan 12 bulan yang dikenakan keatas Tertuduh juga dinilai oleh Mahkamah sebagai suatu tempoh yang terbaik bagi memberikan Tertuduh ruang dan peluang yang mencukupi untuk melakukan muhasabah diri agar Tertuduh sedar bahawa setiap tindakan yang dilakukannya mempunyai sebab dan akibat yang perlu ditanggung. Ini dilihat mampu untuk memberikan pengajaran yang berguna keatas Tertuduh secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya agar berfikir panjang sebelum terdetik dalam fikiran untuk melakukan apa jua perbuatan jenayah. 2) Jenis dan graviti kesalahan [63] Mahkamah mengambil kira trend kes-kes melibatkan penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat serta berleluasa di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan dan di daerah Kota Bharu. Setiap hari masyarakat dihidangkan dengan berita-berita tentang penyalahgunaan dadah yang berlaku di negara kita. Saban hari, puluhan kes melibatkan pertuduhan kes penyalahgunaan dadah akan dihadapkan ke Mahkamah. Tiada sebarang tanda trend ini bakal menurun. [64] Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak bagi membanteras kes penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat Malaysia supaya ianya tidak menjadi barah yang memudaratkan negara. Justeru, Mahkamah amat memandang berat kes-kes sebegini memandangkan dadah adalah barah masyarakat yang boleh membawa kepada punca permasalahan dan berlakunya jenayah-jenayah lain. [65] Dalam kes Public Prosecutor v Yap Kim Wang [2016] 2 MLJ 402, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “We were in full agreement with the learned DPP. We were all on common ground that the offences committed by the respondent were indeed serious and prevalent. Much has been done by the powers that-be to stem the scourge but nevertheless, there is no sign of its abatement. The position is best stated by His Lordship, Mohd Zawawi Salleh JCA, in Public Prosecutor v Ling Leh Hoe [2015] MLJU 1006; [2015] 4 CLJ 869, in the following terms: “. abuse of dangerous drugs is a scourge to our society leading to many spinoff incidences of criminal behaviour. It is a purveyor of death. Therefore, one could hardly deny that drug offenders are a threat to our society from which we must be protected, sometimes by means of lengthy custodial sentence.” [66] Justeru, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan ke atas Tertuduh dalam kes ini adalah wajar bagi melindungi kepentingan awam dan juga diri Tertuduh. Walaupun hukuman denda turut diperuntukkan oleh undang-undang bagi kesalahan ini, Mahkamah berpendapat hukuman berbentuk keinsafan dan kesedaran harus diberikan kepada Tertuduh yang melibatkan diri dengan najis dadah. Justeru, Mahkamah percaya tauladan melalui jeriji besi mampu membentuk keinsafan yang mendalam terhadap diri OKT agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan. Bahkan, perintah 2 tahun pengawasan sejurus selepas Tertuduh dibebaskan dari penjara kelak diharap dapat mengawal dan mengikat Tertuduh daripada berterusan terjebak dengan penyalahgunaan dadah. 3) Latar belakang OKT dan kes [67] Tertuduh merupakan seorang penjawat awam yang menjadi sebahagian daripada denyut nadi kumpulan perkhidmatan awam bagi membantu dan membangunkan masyarakat. Oleh sebab itu, saringan yang dibuat untuk menjadi seorang penjawat awam amat teliti termasuklah harus bersih dari apa jua perbuatan jenayah dan perkara yang melanggar undang-undang negara. Atas dasar tersebut, Tertuduh seharusnya lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin diri yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat umum yang lain. [68] Ironinya, Tertuduh telah didapati terlibat dengan kes jenayah sebegini dan didapati salah oleh Mahkamah. Justeru, mengambil kira juga perjalanan kes yang memakan masa dan kos, hukuman berbentuk pemenjaraan adalah wajar dan sesuai demi memberi pengajaran kepada Tertuduh dan juga masyarakat di luar, termasuklah kepada penjawat awam lain yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana menjadi kelompok barisan hadapan yang berkhidmat untuk negara. Kes sebegini juga merupakan satu kesalahan yang acap kali berulang dan kini mula menular di kalangan penjawat awam. Tertuduh sebagai penjawat awam seharusnya menghormati dan menjunjung tinggi undang-undang. [69] Mahkamah dapati tiada hal keadaan yang boleh meringankan (extenuating circumstances) sewaktu Tertuduh melakukan kesalahan ini. Oleh itu, hukuman pemenjaraan selama 12 bulan oleh Mahkamah adalah tidak melampau kerana masih dalam ruang lingkup peruntukan undang-undang yang dibenarkan (within ambit of the law), malah tempoh tersebut adalah separuh daripada hukuman pemenjaraan maksimum yang dibolehkan undang-undang. Apatah lagi, Mahkamah juga telah mengenakan tempoh pengawasan yang paling minimum di bawah sesyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu tempoh 2 tahun sahaja yang Mahkamah yakin dan percaya, tempoh tersebut mampu menginsafkan Tertuduh dan individu lain. [70] Mahkamah ini memetik penghakiman Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon v Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 di mana dinyatakan seperti berikut:- “Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving “discounts” for less than the most serious manner of commission.” [71] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan Mahkamah ini adalah adil, wajar dan munasabah bagi sabitan dan hukuman sepertimana yang telah diberikan kepada Tertuduh. Disediakan oleh AHMAD SYAFIQ AIZAT BIN NAZRI Majistret Mahkamah Majistret (2) Kota Bharu Kelantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.