Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JELEBU DI DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA KES PERMOHONAN JENAYAH NH-89-51-10/2024 (NH-82D-14-12/2022 ) ANTARA MOHD SABRI BIN MOHD RAZALI …. PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN
NH-89-51-10/2024
Magistrates Court of Malaysia9 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lis Balai Simpang Pertang. Oleh yang demikian hak tertuduh adalah tidak dinafikan bila mana beliau bebas untuk menemubual saksinya pada bila-bila masa. [6] Mahkamah merujuk kes Siti Bainun Abd Razali [2024] CLJU 1933 dan kes Dato’ Seri Mohd Najib Hj Abd Razak v PP [2020] 7 CLJ 785 yang mana kedua-dua kes ini permohonan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JELEBU DI DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA KES PERMOHONAN JENAYAH NH-89-51-10/2024 (NH-82D-14-12/2022 ) ANTARA MOHD SABRI BIN MOHD RAZALI …. PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN
1
Ini adalah rayuan terhadap keputusan Mahkamah menolak permohonan perayu untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi dibawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi saksi-saksi yang telah ditawarkan oleh pihak pendakwaan untuk kes pembelaan.
2
Perayu telah dituduh di Mahkamah Majistret Jelebu untuk kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 menerusi kes NH-82D-14-12/2022. Perayu telah dipanggil untuk membela diri dan peguam perayu telah menfailkan notis permohonan dan disokong dengan affidavit bertarikh 22.10.2024 bagi mendapatkan rakaman percakapan saksi-saksi yang ditawarkan oleh pihak Responden dibawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. [3] Mahkamah setelah menerima affidavit, affidavit balasan dan juga hujahan dari kedua-dua pihak telah memutuskan menolak permohonan pihak Perayu pada 9 Januari 2025. [4] Justeru itu, Peguamcara Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah menolak permohonan ini dan telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.
5
Mahkamah menolak permohonan pihak Perayu kerana mahkamah mendapati ianya tidak memenuhi kehendak dibawah Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah kerana saksi-saksi tersebut masih lagi boleh dipanggil ke mahkamah untuk ditemubual/interview sebelum memberi keterangan di mahkamah. Saksi yang ditawarkan adalah isteri Perayu dan Ketua Polis Balai Simpang Pertang. Oleh yang demikian hak tertuduh adalah tidak dinafikan bila mana beliau bebas untuk menemubual saksinya pada bila-bila masa. [6] Mahkamah merujuk kes Siti Bainun Abd Razali [2024] CLJU 1933 dan kes Dato’ Seri Mohd Najib Hj Abd Razak v PP [2020] 7 CLJ 785 yang mana kedua-dua kes ini permohonan mendapatkan rakaman percakapan 112 saksi adalah ditolak oleh mahkamah kerana saksi-saksi yang ditawarkan bukanlah saksi yang tidak dapat dikesan, oleh itu saksi tersebut masih bebas untuk ditemu bual dan boleh hadir ke mahkamah pada bila-bila masa yang diperlukan yang mana sama seperti kes kita pada hari ini iaitu saksi yang ditawarkan adalah saksi yang dikenali oleh Perayu lebih-lebih lagi adalah isteri Perayu sendiri yang boleh ditemu bual pada bila-bila masa sahaja berbeza dengan fakta kes Siti Aisyah V PP. Rakaman Percakapan 112 Kanun Tatacara Jenayah adalah dokumen “privillaged” [7] Mahkamah juga berpendapat bahawa dokumen rakaman percakapan saksi dibawah Seksyen 112 KTJ adalah dokumen yang bersifat “privillaged” dan tidak seharusnya di edarkan sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak lain tanpa keperluan yang mendesak. [8] Mahkamah merujuk kepada kes Husdi v PP [1979] 2 MLJ 304 dan Martin Rhineus v Sher Singh (1949) MLJ 201 yang mana di dalam kedua-dua kes ini telah diputuskan bahawa dokumen rakaman pernyataan saksi adalah dokumen “privillaged” justeru itu adalah tidak wajar ianya diserahkan kepada pihak lain tanpa keperluan. “.. the statement made to police in the course of a police investigation is a “privillaged document and there can therefor be no right to inspect such a document”. [9] Malah kes Dato Sri Najib Hj Abd Razak v PP [2020] 7 CLJ 785 juga memutuskan prinsip yang sama: .. it is also in any event established principle of law that once a document is privillaged, it remain privillaged and the privillage can only be waived by the prosecution.” C. KESIMPULAN [10] Oleh yang demikian dengan menggunapakai Doktrin stare decisis melalui kes-kes yang telah dinyatakan di atas yang diputuskan di Mahkamah Pesekutuan, mahkamah dengan ini menolak permohonan pihak Perayu untuk mendapatkan rakaman percakapan 112 Kanun Tatacara Jenayah terhadap dua orang saksi pendakwaan yang ditawarkan iaitu Noor Afsurizan Binti Mohd Afandi (isteri Perayu) dan Mohd Yunos bin Bidin (Ketua Polis Balai Simpang Pertang). Bertarikh 9 Januari 2025 (Norshazwani Binti Ishak) Majistret Mahkamah Majistret Jelebu Negeri Sembilan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.