Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NO: WA-62-89-07/2025] PENDAKWA RAYA
WA-62-89-07/2025
Sessions Court of Malaysia4 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mpunyai kesan buruk domino kepada masyarakat secara umumnya. Perkara keburukan ini harus dibendung dengan memendekkan hukuman pemenjaraan ke atas OKT. Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Mohd Hashim [1961] MLJ 11 yang mengambil kira kesusahan keluarga sebagai faktor mitigasi. [32] Di dalam kes ini Mahkamah telah menga”
“n Mahkamah berpendapat OKT tidak harus dihantar ke penjara bagi tempoh yang panjang untuk mengelak dia daripada dipengaruhi oleh penjenayah sedemikian. Mahkamah merujuk kepada kes Chan Sit Hoong v PP [1974] CLJU 19 dan PP v Wan Hasrunizam [2017] 4 CLJ 389. Pengakuan Salah. [26] Secara amnya pengakuan salah oleh OKT sem”
“n ketika dilakukan, kekerapan kesalahan jenayah dan sebagainya. Prinsip ini adalah di dalam keputusan kes Naaresh Thirunukarasoo lwn. PP [2024] CLJU 125 yang memetik kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; 1 LNS 864 - "Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of f”
“an dengan hukuman seperti keberatan kesalahan, keadaan kesalahan ketika dilakukan, kekerapan kesalahan jenayah dan sebagainya. Prinsip ini adalah di dalam keputusan kes Naaresh Thirunukarasoo lwn. PP [2024] CLJU 125 yang memetik kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; 1 LNS 864 - "Jurisprudence relating to s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NO: WA-62-89-07/2025] PENDAKWA RAYA
1
Rayuan ini telah difailkan oleh Pendakwa Raya (PP) melalui Notis Rayuan yang bertarikh 11/7/2025 kerana tidak berpuas hati dengan hukuman yang Mahkamah ini telah jatuhkan terhadap OKT pada 4/7/2025 di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu penjara (1) satu tahun dari tarikh tangkap (1/7/2025) dan satu (1) sebatan. Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti yang berikut: PERTUDUHAN :- Bahawa kamu pada 26/06/2025 jam lebih kurang 5.00 petang, bertempat di Pos Pengawal, Pintu 1, PPAM Saderi, Presint 16, dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya, dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas B Ramakrishnan A/L M Batumalai, No. KP : 761130105203 dengan menggunakan suatu alat, yang sekiranya digunakan sebagai senjata untuk melakukan kesalahan mungkin menyebabkan kematian iaitu topi keledar. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. HUKUMAN :- Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.
2
OKT telah di bawa ke hadapan Mahkamah ini untuk dihadapkan dengan pertuduhan di atas pada 4/7/2025. Apabila pertuduhan dikemukakan dibacakan, diterangkan dan difahami oleh OKT, OKT telah mengaku salah dan faham sifat serta akibat pengakuannya. Natijahnya, OKT telah dihukum dengan 1 tahun penjara dari tarikh tangkap dan satu (1) sebatan.
3
Pengadu dalam kes ini B Ramakrishnan a/l Batumalai
761130105203
bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan di PPAM Saderi, Presint 16, Putrajaya, Orang Kena Tuduh (OKT) adalah Mohd Safwan bin Abdul Rahim (860225265473) yang bekerja part time di Warehouse Shopee, Bukit Raja, Shah Alam. [4] Pada 26/6/2025 jam 1600 hrs bersabit laporan Polis Presint 7/006158/25, semasa pengadu sedang bertugas di Pos Pengawal Pintu 1, PPAM Saderi, Presint 16, Putrajaya telah didatangi seorang perempuan penghuni apartment membuat aduan bahawa sebuah motosikal telah menghalang kotak parkir beliau yang menyebabkan beliau tidak boleh meletakkan keretanya. Pengadu terus meletakkan notis dan clamp motosikal tersebut. [5] Pada 26/6/2025 jam 1700 hrs pengadu telah didatangi (2) lelaki melayu bersama motosikal yang diclamping ke pondok pengawal di mana salah seorangnya adalah OKT dan bertanya kenapa pengadu clamping motosikalnya. Pengadu memaklumkan motosikalnya telah menghalang parker penghuni lain dan menerangkan prosedur membuka clamping iaitu perlu membuat bayaran sebanyak RM30.00. Beliau tidak berpuashati dan mula memarahi pengadu, serta menghubungi abangnya iaitu salah seorang penghuni PPAM Saderi. Berlaku pergaduhan mulut antara pengadu dan lelaki tersebut. [6] Ketika itu, OKT telah memukul pengadu dengan menggunakan topi keledar di mana pengadu mengalami kesakitan dan bengkak di tangan bahagian tangan kanan. [7] Hasil pemerikasaan oleh Doktor mendapati ibu jari di tangan kanan pengadu patah akibat dipukul dengan topi keledar oleh OKT. [8] Pada 1/7/2025 jam 1700 hrs sepasukan Polis telah membuat tangkapan ke atas OKT dan siasatan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat Insp Mohd Rizal bin Iswandi. Hasil siasatan didapati OKT telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah terhadap pengadu. SENARAI EKSIBIT 1) Fakta kes eksibit P1 2) Laporan polis PRESINT 7/006158/25 eksibit P2 3) Laporan tangkapan 7/006215/25 eksibit P3 4) Gambar tempat kejadian (6 keping) eksibit P4 (1-6) 5) Gambar pengadu dan mangsa eksibit P5 (1-5) 6) Gambar barang kes eksibit P6 (1-3) 7) Gambar tangkap layar CCTV eksibit P7 8) laporan pemeriksaan awal eksibit P8 Kesemua eksibit kes telah dicamkan dan diakui oleh OKT. [9] Mahkamah ini berpuas hati pengakuan salah oleh OKT terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua eksibit adalah “unreserved, unequivocal and unqualified” dan telah merekodkan bahawa OKT bersalah terhadap pertuduhan setelah mengambil kira pengakuan OKT terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua ekshibit di dalam kes ini. [10] Tindakan mahkamah ini berpandukan prinsip perundangan yang memperincikan “unreserved, unequivocal and unqualified” di dalam kes PP v. Nor Zuliana Tahir & Anor [2017] CLJU; [2017] 1 LNS 1137 –
15
“The judge said, "It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a Court can accept a plea of guilty as valid and unequivocal. First, the Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty and the accused must plead guilty by his own mouth, and not through his Counsel. Secondly, the Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. Thirdly, the Court must ensure that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. This is done by the prosecution tendering a statement of facts disclosing all the necessary elements of the offence." RAYUAN PERINGANAN HUKUMAN [11] OKT secara sendiri membuat rayuan peringanan bagi dirinya yang dinyatakan secara ringkas di sini iaitu – • OKT berumur 39 tahun • OKT telah berkahwin dan mempunyai seorang anak; • OKT mohon hukuman diringankan; • OKT telah bertaubat; RAYUAN PEMBERATAN HUKUMAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA [12] Hukuman berat perlu dikenakan dengan mengambilkira cedera parah seperti dinyatakan dalam seksyen 320 Kanun Keseksaan. Semasa kejadian perselisihan, mangsa hanya menjalankan tugas, OKT telah memukul mangsa hingga kepatahan “fracture” terjadi. [13] Kepentingan awam adalah melebihi kepentingan OKT. Hukuman berat adalah sebagai pengajaran kepada OKT dan juga sebagai mesej kepada pihak awam. Puan Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana dalam hujah pemberatannya telah mengemukakan satu duluan kes yang sama diputuskan iaitu di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur (melalui perbicaraan penuh) dengan hukuman yang dijatuhkan iaitu 5 tahun penjara dengan nombor kes (2021) SMCU 163. [14] Setelah mendengar rayuan peringanan hukuman OKT dan rayuan pemberatan hukuman dari Puan Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana, Mahkamah ini telah mensabitkan OKT dengan pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman 1 tahun penjara dari tarikh tangkap dan (1) satu sebat. ALASAN MAHKAMAH [15] Sebelum Mahkamah ini menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini sentiasa mengingatkan diri bahawa perlunya melihat akan “jurisprudence “ berkaitan dengan hukuman seperti keberatan kesalahan, keadaan kesalahan ketika dilakukan, kekerapan kesalahan jenayah dan sebagainya. Prinsip ini adalah di dalam keputusan kes Naaresh Thirunukarasoo lwn. PP [2024] CLJU 125 yang memetik kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; 1 LNS 864 - "Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” Hukuman menurut undang-undang. [16] Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) seperti yang berikut:
173
Prosedur dalam perbicaraan terus. Prosedur berikut hendaklah diikuti oleh majistret-majistret dalam perbicaraan terus:
a
(a)...;
b
Jikalau tertuduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada pertuduhan yang asal ataupun yang dipinda itu maka pengakuannya itu hendaklah direkodkan dan dengan itu ia bolehlah disabitkan dan Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang;
c
(c)... [17] Prinsip hukuman menurut undang-undang telah dijelaskan di dalam kes Public Prosecutor v. Jafa bin Daud [ 1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 di mana Mahkamah telah memutuskan, "a sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles". [18] Hukuman menurut undang-undang seperti termaktub dalam seksyen 326 Kanun Keseksaan ialah – Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat. Kesalahan serius dan kepentingan awam. [19] Mahkamah mendapati kesalahan OKT lakukan satu kesalahan yang serius kerana OKT didapati menggunakan topi keledar bagi mendatangkan cedera parah ke atas pengadu iaitu ke atas ibu jari pengadu yang patah. [20] Walaupun demikian, Mahkamah dalam membuat keputusan penjara 1 tahun dari tarikh tangkap dengan 1 sebat ke atas OKT telah mempersoalkan adakah kesalahan memukul pengadu tersebut mendatangkan ketakutan di kalangan penduduk awam di tempat kejadian. Adakah tindakan OKT itu telah mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat? Jika jawapannya “Ya”, Mahkamah ini tidak akan teragak-agak menjatuhkan hukuman penjara yang lebih lama serta sebatan yang lebih dari satu sebatan. Hukuman tersebut semestinya mencerminkan faktor pencegahan dan menghantar suatu mesej yang berkesan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah sedemikian. [21] Walau bagaimanapun, di dalam kes ini tiada keterangan perbuatan OKT tersebut mendatangkan ketakutan di kalangan penduduk awam di tempat kejadian. Fakta adalah jelas pergaduhan mulut dan akhirnya penggunaan topi keledar bagi mencederakan pengadu adalah hanya antara OKT dengan pengadu. Kejadian tidak disaksikan oleh penduduk di sana. Mahkamah ini pasti, jika ada penduduk lain yang menyaksikan kejadian sedemikian pasti akan tidak teragak-agak membuat laporan Polis bagi melaporkan kejadian berkenaan, namun pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang laporan polis lain berkaitan dengan kejadian berkenaan selain daripada laporan pengadu dan laporan tangkapan. [22] Justeru, Mahkamah ini berpendapat adalah tidak wajar untuk menjatuhkan satu hukuman pemenjaraan yang panjang terhadap OKT di dalam kes ini. Sebaliknya Mahkamah lebih cenderung untuk menggunapakai prinsip pemulihan secara undang-undang “restorative justice” agar OKT ini dipulihkan dan dikembalikan ke pangkuan masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna. Dengan hukuman tersebut adalah wajar untuk memberi peluang dan pengajaran kepada OKT untuk berubah dan mengamalkan kehidupan yang lebih teratur dan menurut undang-undang. Hukuman tersebut seharusnya mendorong OKT untuk memastikan tidak terlibat dengan jenayah di masa hadapan. Pesalah Kali Pertama [23] Di dalam kes ini, OKT merupakan pesalah kali pertama dan tiada rekod kesalahan lampau dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mahkamah mengambil maklum bahawa OKT sebelum ini tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah. Ini merupakan satu faktor mitigasi yang Mahkamah telah memberi pertimbangan yang sewajarnya sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kes PP v Karthiselvam a/l Vengatan [2009] 4 CLJ 632; [2008] 3 MLJ 368, bahawa, '...Adalah tidak syak lagi bahawa undang-undang menghendaki pesalah pertama dikendalikan secara berlainan dengan pesalah-pesalah yang mempunyai rekod sabitan kesalahan yang lalu. Sekiranya tidak, proses penghukuman akan bersifat mekanikal'. [24] Mahkamah ini juga sedar bahawa wujud kes yang memutuskan bahawa pesalah pertama tidak harus dihantar ke penjara tetapi diberi hukuman ringan contohnya seperti perintah di bawah seksyen 294 Akta 593 sebagaimana yang diputuskan dalam kes PP v Winston Raja [1999] 1 CLJ 315. [25] OKT sebagai pesalah pertama harus dijauhkan dari hukuman penjara yang panjang, jika tidak, peluangnya bergaul dengan penjenayah lain yang telah dijatuhkan untuk pelbagai kesalahan berat boleh mempengaruhi OKT. Oleh yang demikian Mahkamah berpendapat OKT tidak harus dihantar ke penjara bagi tempoh yang panjang untuk mengelak dia daripada dipengaruhi oleh penjenayah sedemikian. Mahkamah merujuk kepada kes Chan Sit Hoong v PP [1974] CLJU 19 dan PP v Wan Hasrunizam [2017] 4 CLJ 389. Pengakuan Salah. [26] Secara amnya pengakuan salah oleh OKT sememangnya menjimatkan masa mahkamah dan kos. Di sini Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v. Wan Hasrunizam [2017] 4 CLJ 389, Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: "[16] In the criminal justice system, the court should give the appropriate discount to the sentence supposed to be imposed at the end of a full trial after having heard the mitigation. In the present case, this court takes into account the plea of guilty and the respondent being a first offender as relevant mitigating factors, and acknowledged that the learned trial judge had correctly considered these factors in her grounds of judgment." [27] Oleh yang demikian, mengambil kira pengakuan salah OKT pada awal perbicaraaan harus diberi satu diskaun kerana ini membuktikan OKT telah merasa insaf dan pengakuan tersebut juga telah menjimatkan masa serta kos. Hukuman pemenjaraan selama 1 tahun yang bermula dari tarikh tangkap adalah sesuai dalam kes ini. Selain itu, 1 sebatan juga dikenakan bagi meninggalkan kesan mendalam kepada OKT untuk berubah kepada warganegara yang lebih mulia. [28] Di dalam kes ini, di mana mengambil kira faktor pengakuan salah bersama faktor-faktor yang lain, Mahkamah telah memberikan hukuman tersebut kerana selain daripada membantu Mahkamah untuk melupuskan kes tersebut dengan secepat mungkin, menjimatkan masa serta kos. Mahkamah ini juga percaya mesej telah disampaikan bahawa keseriusan kesalahan serupa kepada bakal pesalah atau yang akan melakukan kesalahan serupa untuk berhenti melakukan kesalahan sama dan bertaubat. Latarbelakang OKT [29] Mahkamah ini juga mengambil pengetahuan tentang latarbelakang OKT bagi menyeimbangkan kepentingan OKT dengan kepentingan awam. Semestinya Mahkamah ini mesti mengimbangkan faktor untuk keringanan dengan faktor pemberatan. Rayuan OKT mengenai latarbelakangnya di dalam kes ini adalah satu faktor untuk keringanan. [30] Pandangan Mahkamah mengenai isu OKT yang berumur 39 tahun, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan telah bertaubat adalah alasan wajar yang bukan melebihkan hak OKT namun terbit dari kesedaran dan tindakan taubat yang OKT tunjukkan. Mahkamah dapat lihat elemen-elemen rayuan tersebut ketika OKT membuat rayuan sendiri. [31] Pastinya tempoh pemenjaraan panjang akan mendatangkan kesusahan kepada keluarga. Mahkamah ini mengambil “judicial notice” bahawa sistem sosial dalam negara kita masih gagal membantu secara meluas dan teratur akan keluarga yang terpaksa banduan penjara tinggalkan. Kecelaruan dan ketidaktentuan hidup bagi keluarga yang ditinggalkan adalah realiti sosial yang mempunyai kesan buruk domino kepada masyarakat secara umumnya. Perkara keburukan ini harus dibendung dengan memendekkan hukuman pemenjaraan ke atas OKT. Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Mohd Hashim [1961] MLJ 11 yang mengambil kira kesusahan keluarga sebagai faktor mitigasi. [32] Di dalam kes ini Mahkamah telah mengambil kira faktor hukuman mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, keseriusan kesalahan, imbangan kepentingan awam dan kepentingan OKT, pengakuan salah OKT, latarbelakang OKT, rayuan peringanan hukuman oleh OKT dan rayuan pemberatan hukuman pihak Timbalan Pendakwa Raya serta tempoh penahanan reman OKT sebelum menjatuhkan hukuman tersebut. KESIMPULAN [33] Setelah mengambil kira faktor prinsip hukuman di atas, Mahkamah mendapati hukuman tersebut adalah berkadaran dengan jenayah yang telah dilakukan oleh OKT. Mahkamah juga berpendapat hukuman tersebut adalah suatu hukuman yang sesuai dan wajar sepertimana alasan-alasan di atas. Bertarikh 12hb September 2025 Mohd Zaki bin Mohd Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah No 12 Kuala Lumpur Nama Peguam dan Firma Guaman- 1) TPR Ravindejit Kaur Jabatan Peguam Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; 2) OKT (Tidak diwakili)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.