Content
1
AC-83D-319-03/2024
Magistrates Court of Malaysia8 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“idak dijawab atau diterangkan akan mewajarkan satu sabitan”. [13] Di dalam kes LOOI KOW CHAI &. ANOR v. PP [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “… Under s. 180 of the Criminal Procedure Code (Revised 1999), the duty of a judge, sitting alone, at the close of the case for the prosecution,”
“be something in the accused's behaviour that shows knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known 11 what it was", or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills in the gap in the evidence." [30] Elemen pen”
“nowledge), Mahkamah mendapati di dalam perbicaran ini pihak pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan sebarang bukti yang boleh membuktikan elemen pengetahuan. [29] Di dalam kes CHAN PEAN LEON v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 MLJ 237 di mana elemen milikan dadah telah dijelaskan seperti berikut: "...there is a physical e”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Tertuduh di dalam kes ini iaitu Mohd Sahrul Nizam Bin Selamat telah dituduh bagi satu (1) pertuduhan di bawah skeyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama bagi pemilikan 11.39 gram Methamphetamine dan dua (2) pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta yang sama dan dihukum dibawah sekyen 12(3) Akta yang sama bagi pemilkan 1.50 gram Heroin dan 0.44 gram Monoacetylemorphines. Ketiga-tiga kesalahan telah didakwa dilakukan pada 18.08.2021 jam lebih kurang 6.35 petang di sebuah rumah No.320, Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak.
2
Seramai 5 orang saksi telah memberi keterangan iaitu: i. SP1 - Insp Azrul Hisham bin Peai iaitu penerima barang kes daripada JKM; ii. SP2 - Sjn Zamri bin Ahmad iaitu penghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia (selepas ini disebut sebagai “JKM”); iii. SP3 - Puan Sumathy a/p Velayutham iaitu ahli kimia; iv. SP4 - Insp. Tie Ngie Sieng iaitu pegawai tangkapan; dan v. SP5 - Insp. Norhazwani binti Che Deraman iatu pegawai penyiasat.
3
Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan hujahan-hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas tertuduh. Oleh yang demikian, Mahkamah telah melepas dan membebaskan tertuduh daripada ketiga-tiga pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.
4
Pihak pendakwaan yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Majistret telah memfailkan Notis Rayuan bagi keputusan Mahkamah yang melepas dan membebaskan tertuduh daripada kesemua pertuduhan.
5
SP4 iaitu pegawai tangkapan bagi kes ini menyatakan bahawa pada 18.08.2021 jam lebih kurang 6.35 petang, SP4 dan sepasukan anggota BSJND IPD Hilir Perak telah membuat serbuan di bilik tidur di tingkat atas rumah No.320, Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak dan mendapati tertuduh sedang duduk dalam keadaan mencurigakan sedang menghisap dadah. Pemeriksaan terhadap tertuduh mendapati terdapat (1) beg silang jenama Jeep di bahu kanan tertuduh yang mengandungi (5) paket plastic lutsinar disyaki mengandungi dadah heroin, (1) paket plastic lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine, (1) alat penimbang elektronik tiada jenama, (1) pemetik api api berwarna biru jenama Cignal, (1) botol yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menghisap dadah dan (1) kad pengenalan di atas nama tertuduh.
6
Setelah rampasan dibuat, SP4 telah membuat tandaan ke atas kesemua barang rampasan kecuali kad pengenalan tertuduh. Seterusnya, SP4 telah menyediakan borang bongkar dan menerangkannya kepada tertuduh dan tertuduh telah menandatangani borang bongkar tersebut. Selepas itu, SP4 telah membawa tertuduh dan barang rampasan ke IPD Hilir Perak.
7
Di IPD Hilir Perak, SP4 telah membuat timbangan ke atas (5) paket plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah heroin dan mendapati beratnya adalah 46.60 gram dan (1) paket plastic lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dan mendapati beratnya adalah 16.78 gram. Satu (1) laporan polis telah dibuat oleh SP4 sepertimana Teluk Intan 7588/21.
8
Tertuduh dan barang rampasan seterusnya telah diserahkan kepada pegawai penyiasat kes iaitu Insp Norhazwani Binti Che Deraman yang merupakan SP5 di dalam kes ini pada 8.00 malam hari yang sama.
9
Pada 20.08.2021, SP5 telah menyerahkan barang rampasan kepada SP2 untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis. Pada 10.11.2021, SP1 telah menyerahkan kembali barang rampasan serta hasil analisis kepada SP5.
10
Hasil analisis oleh SP3 mendapati (5) paket plastik lutsinar tersebut mengandungi 1.50 gram heroin dan 0.44 gram monoacetylmorphines manakala (1) paket plastik lutsinar tersebut mengandungi 11.39 gram methamphetamine. BEBAN PEMBUKTIAN UNDANG-UNDANG [11]
Preamble
Menurut seksyen 180(i) dan (iii) Kanun Tatacara Jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan suatu kes “prima facie” di akhir kes pendakwaan. [12] Tafsiran suatu kes ‘prima facie’ dinyatakan di bawah seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah yang mana “suatu kes prima facie adalah dibuat terhadap tertuduh di mana pendakwa telah mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap factor kesalahan yang jika tidak dijawab atau diterangkan akan mewajarkan satu sabitan”. [13] Di dalam kes LOOI KOW CHAI &. ANOR v. PP [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “… Under s. 180 of the Criminal Procedure Code (Revised 1999), the duty of a judge, sitting alone, at the close of the case for the prosecution, is to determine, as a trier of fact, whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. The judge has only one exercise to undertake; he must subject the evidence of the prosecution to a maximum evaluation and then ask himself this question: If I decide to call upon the accused to enter on his defence, and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution's case? If the answer is in the negative, then no prima facie case has been made out, and the accused is entitled to an acquittal. (Subjecting the prosecution's evidence to a maximum evaluation to determine if the defence is to be called does not mean that the prosecution has to prove its case beyond a reasonable doubt at that intermediate stage.) …”. [14] Dalam kes BALACHANDRAN v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di muka surat 99 seperti berikut: “… Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase"prima facie case"in s. 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out while s. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out the accused shall be called upon to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal.“ [15] Secara ringkasnya, bagi membolehkan mahkamah memanggil tertuduh untuk membela diri di atas kesemua pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya mahkamah perlu mendapati intipati-intipati berikut telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, iaitu: i. tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan terhadap dadah berbahaya tersebut (custody or control); ii. tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah berbahaya yang berada dalam jagaan atau kawalan untuk menjadikannya sebagai pemilikan (knowledge); iii. Identiti dadah berbahaya adalah 1.50 gram heroin, 0.44 gram monoacetylmorphines dan 11.39 gram methamphetamine. JAGAAN DAN / ATAU KAWALAN (CUSTODY OR CONTROL) [16] Di dalam kes ini, pihak pembelaan telah memfailkan Notis Alibi kepada pihak pendakwaan dan notis tersebut telah diterima oleh mahkamah sebagai eksibit pembelaan D27. Alibi tersebut telah disiasat oleh SP5 sebagai sebahagian daripada siasatan beliau. Memandangkan alibi ini telah disiasat oleh SP5, Mahkamah hanya meneneliti kandungan Notis Alibi berserta keterangan SP5. Tiada sebarang keterangan daripada saksi alibi telah dikemukakan di dalam Mahkamah. [17] Alibi tersebut menyatakan pada masa kejadian di antara jam 6.00 petang hingga 6.40 petang, tertuduh berada di ruang tamu rumah bersama anaknya, Muhammad Aiman Hakimi Bin Mohd Sahrul Nizam semasa pasukan serbuan tiba. Pada masa yang sama, isteri tertuduh Farazalila Binti Ahmad yang berada di bilik tingkat 1 rumah tersebut, [18] Apabila disoal oleh peguambela, SP5 mengiyakan bahawa kedua-dua saksi alibi mengesahkan kandungan notis alibi dan pada masa kejadian isteri tertuduh sedang mandi di bilik air. Perkara ini juga disahkan oleh SP5 di dalam pemeriksaan semulanya manakala mengikut keterangan pengadu isterinya berada di dapur. Pemeriksaan Balas Adakah ada rakam percakapan saksi yang dinyataakan di dalam alibi? Ya. Adakah kedua-dua saksi ini mengesahkan kandungan notis alibi ini? Saya nak baca notis alibi Saksi dirujuk dengan D26 Adakah kedua-dua saksi ini mengesahkan kandungan notis alibi ini? Ya Arahan saya seperti notis alibi, semasa polis datang isteri berada dalam bilik sedang mandi. Kalau dalam keterangan alibi, betul Pemeriksaan Semula Ikut notis alibi, isteri okt sedang mandi. ada keterangan lain ke? Keterangan pengadu tidak. Apa yang dimaklumkan? Isteri berada di dapur dan bukannya di bilik seperti yang dinyatakan oleh notis alibi. [19] Berdasarkan Notis Alibi dan siasatan SP5 adalah jelas pada masa ini terdapat dua (2) keterangan berbeza mengenai di manakah tertuduh telah ditangkap iaitu: i. keterangan SP4 yang menyatakan bahawa tertuduh telah ditangkap di bilik tidur di tingkat atas rumah; dan ii. siasatan SP5 yang menyatakan hasil siasatan berkenaan Notis Alibi mendapati keterangan kedua-dua saksi alibi mengesahkan kandungan notis alibi bahawa pada masa serbuan tertuduh berada di ruang tamu dan bukannya di bilik tidur di tingkat atas rumah. [20] Adalah menjadi undang-undang yang mantap, apabila terdapat dua (2) keterangan berbeza, Mahkamah hendaklah mengambil keterangan yang memihak kepada pihak pembelaan sepertimana yang dinyatakan dalam kes pp v MOHD RADZI [2006] 1 CLJ 457 ynag menyatakan seperti berikut: After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a subordinate court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution’s evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused’s favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused. [21] Di dalam kes GOH MING HAN v PP [2015] 3 CLJ 17. Abdul Rahman Sebli JCA menyatakan seperti berikut: “Held: …
2
The contradiction was serious and cuts deep into the prosecution’s case as it involved the crucial question of whether the drugs were in the appellant’s custody or control at the time of the raid. Where there was a doubt on any essential element of the charge, the doubt must be resolved in favour of the accused especially where the doubt arose from the prosecution’s own evidence. The rule that the prosecution’s evidence must be subjected to a maximum evaluation at the close of its case required the trial court to direct its mind properly and adequately to every material aspect of the evidence, both for and against the prosecution in order to determine whether the strict requirement of proof had been met by the prosecution. (paras 14 & 16) …
6
There were two conflicting sets of facts before the court over the issue of custody or control, one favourable to the appellant and the other unfavourable to him. The evidence that was favourable to the appellant must be taken to be the truth unless for good reasons, the JC had accepted the other contradictory evidence to be the truth. It is trite jurisprudence that in a doubtful situation, the law leaned in favour of the accused person. The benefit of the doubt must be given to the appellant. The prosecution’s failure to explain the conflict in evidence meant that custody or control had not been proved in order to activate the presumption of knowledge under s. 37(d) of the DDA. The defence should not have been called even for the lesser offence under s. 12(2) of the DDA as no prima facie case had been established against the appellant. (paras 27, 28 & 30)” [22] Pihak pendakwaan di dalam kes ini hanya memanggii SP4 sebagai saksi yang terlibat di dalam serbuan tersebut dan menyebabkan ketiadaan sebarang keterangan yang menyokong keterangan SP4. Mahkamah akur dengan undang-undang yang menyatakan tiada bilangan saksi yang tertentu diperlukan untuk membuktikan sesuatu kes sepertimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 134 Akta Keterangan. Walaubagaimanapun, apabila terdapat keterangan yang bercanggah, pihak pendakwaan seharusnya memanggil saksi lain yang dapat menyokong versi pendakwaan. [23] Dalam kes AZROL NIZAM MOHD ZAID v. PP [2022] 6 CLJ 346, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[42] Dari segi pembuktian pula, tidak dipertikaikan bahawa pihak pendakwaan berhak untuk memilih saksi mana yang hendak dipanggil bagi mengemukakan keterangan dan menurut s. Akta Keterangan 1950, tiada bilangan tertentu saksi diperlukan untuk membuktikan sesuatu fakta. Walaupun begitu, pihak pendakwaan perlulah membuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa perayu memiliki dadah tersebut untuk tujuan pengedaran semasa ditahan. [43] Berkait dengan pendakwaan terhadap perayu, pihak pendakwaan memilih untuk hanya memanggil SP3 walaupun pasukan serbuan turut dianggotai oleh sembilan anggota polis yang lain. Selain itu, keterangan SP3 sendiri menyatakan bahawa semasa serbuan dibuat, Azwan, adik perayu yang membuka pintu setelah diketuk. Azwan sepatutnya tahu apa yang berlaku pada masa serbuan. Oleh itu, mana-mana anggota yang turut sama semasa memasuki tempat kejadian ataupun Azwan yang juga ada ditempat kejadian boleh dipanggil pihak pendakwaan bagi menafikan versi pembelaan yang menyatakan perayu sedang berbaring di ruang tamu dan bukannya di dalam bilik tersebut pada ketika itu. [44] Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan telah memilih untuk tidak memanggil mana-mana saksi yang dapat merungkai kebenaran versi pembelaan. Dengan itu, wujud situasi keterangan satu lawan satu iaitu keterangan SP3 lawan keterangan perayu. Dalam situasi tersebut, hakim bicara tidak boleh mengabaikan keterangan perayu begitu sahaja dengan alasan bahawa beliau menerima keterangan SP3 yang dianggap betul dan tepat hanya kerana dia adalah seorang pegawai polis. Lebih-lebih lagi, perayu telah pun meletakkan asas pembelaan yang menyatakan dia tidak berada dalam bilik tersebut sejak SP3 memberikan keterangan lagi. Pihak pendakwaan sepatutnya lebih peka terhadap versi yang dibangkitkan pihak pembelaan dan bertanggungan mematahkan versi tersebut. [45] Dengan itu, sudah tentulah akan timbul keraguan atau kemungkinan lain dalam situasi keterangan satu lawan satu. Faedah daripada keraguan atau kemungkinan tersebut sudah tentulah akan memihak kepada perayu. Berasaskan keterangan yang ada, kami dapati bahawa tidak wujud keterangan yang melimpah ruah untuk mahkamah ini mengekalkan sabitan terhadap perayu.”. [24] Memandangkan wujudnya dua keterangan berbeza mengenai di manakah tertuduh berada sewaktu serbuan di buat, telah timbul keraguan munasabah sama ada tertuduh ditangkap bersama barang kes ataupun tidak kerana SP4 menyatakan tertuduh ditangkap di dalam bilik di tingkat atas rumah dengan barang kes berada di dalam beg silang di bahu kanannya sedangkan hasil siasatan SP5 mendapati keterangan saksi alibi menyatakan tertduduh ditangkap di ruang tamu rumah. [25] Kegagalan pihak pendakwaan memanggil mana-mana ahli serbuan yang lain juga menyebabkan inferens yang bertentangan menurut s 114 Misalan (g) Akta Keterangan 1950 (AK 1950) dibangkitkan oleh Mahkamah. [26] Mahkamah juga terikat dengan nas undang-undang yang dinyatakan di dalam kes-kes yang dirujuk di atas untuk menerima keterangan yang memihak kepada pihak pembelaan iaitu pada masa serbuan tertuduh berada di ruang tamu rumah dan bukannya di bilik di tingkat atas rumah. Dan sekiranya tertuduh ditangkap di ruang tamu rumah keterangan SP4 bahawa pada masa tangkapan tertuduh sedang menghisap dadah di bilik di tingkat atas rumah tidak diterima oleh Mahkamah. [27] Oleh yang demikian, keraguan munasabah yang timbul adalah memihak kepada tertuduh dan Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa pada masa kejadian tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah yang dirampas. PENGETAHUAN (KNOWLEDGE) [28] Berkenaan dengan pengetahuan tertuduh terhadap dadah berbahaya yang berada dalam jagaan atau kawalan untuk menjadikannya sebagai pemilikan (knowledge), Mahkamah mendapati di dalam perbicaran ini pihak pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan sebarang bukti yang boleh membuktikan elemen pengetahuan. [29] Di dalam kes CHAN PEAN LEON v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 MLJ 237 di mana elemen milikan dadah telah dijelaskan seperti berikut: "...there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. ...There may be something in the accused's behaviour that shows knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known 11 what it was", or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills in the gap in the evidence." [30] Elemen pengetahuan kebiasaanya dibuktikan melalui keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence), akan tetapi tiada sebarang bukti tersebut dikemukan. Malahan, kegagalan pihak pendakwaan membuktikan elemen jagaan dan kawalan juga menyebabkan sebarang anggapan seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya juga tidak dapat di guna pakai bagi mewujudkan elemen pengetahuan. IDENTITI DADAH BERBAHAYA [31] SP4 menyatakan bahawa rampasan barang kes telah dibuat pada jam 6.40 petang dan timbangan berat dadah telah dibuat pada jam 7.15 malam. Laporan polis Teluk Intan 7588/21 pula telah dibuat pada jam 7.28 malam dan barang kes diserahkan kepada SP5 pada jam 8.00 malam. [32] SP5 di dalam pemeriksaan balasnya bersetuju beliau tidak mempunyai pengetahuan ke atas apa yang berlaku pada barang kes sebelum ianya diserahkan kepada beliau. Pihak pembelaan telah berhujah bahawa terdapat perantaraan masa 1 ½ jam di antara masa rampasan dibuat dengan masa barang kes diserahkan kepada SP5 dan tiada keterangan terperinci dimanakah barang kes tersebut disimpan pada masa itu. [33] Berdasarkan penyata saksi SP4 iaitu PSP 4, dapat dilihat bahawa barang kes sentiasa bersama SP4 dari mula rampasan dibuat sehinggalah diserahkan kepada SP5. [34] Mahkamah juga mendapati tiada timbul sebarang jurang masa di antara masa rampasan dan serahan barang kes memandangkan SP4 telah menjelaskan secara terperinci tindakan yang dilakukan olehnya mengikut kronologi, iaitu: i. tangkapan dan rampasan; ii. tandaan barang kes; iii. penyediaan borang bongkar dan tertuduh menandatangani borang bongkar; iv. tertuduh dan barang kes dibawa pulang ke IPD Hilir Perak; v. timbangan berat barang kes; vi. penyediaan laporan polis; dan viii. penyerahan tertuduh dan bang kes kepada SP5. [35] Seterusnya Mahkamah mendapati rantaian keterangan barang kes di dalam kes ini adalah utuh dan tidak terputus sama sekali pada bila-bila masa dan oleh itu identiti dadah berbahaya tersebut yang telah dirampas daripada tertuduh dan dianalisis oleh SP3 adalah 1.50 gram heroin,
0
0.44 gram monoacetylmorphines dan 11.39 gram methamphetamine yang mana kesemuanya telah disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya [36] Berdasarkan berat bersih dadah yang dianalisis oleh SP3, Mahkamah mendapati bahawa Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya adalah terpakai bagi 11.39 methamphetamine di mana bagi berat tersebut mana-mana orang yang melakukan kesalahan pemilikan dadah methamphetamine melebihi 5 gram adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
i
Analisis oleh SP3 [37] SP3 di dalam pemeriksaan balas menyatakan bahawa mesin timbang, mesin GCMS dan mesin GCFID yang digunakan dalam menjalankan analisis terhadap dadah tidak dibawa ke Mahkamah oleh SP3. Namun begitu, peguam tidak mencabar berkenaan ketepatan timbangan yang dibuat oleh SP3. SP3 kemudiannya di dalam pemeriksaan semula menyatakan bahawa alat penimbang telah dikaliberasi dan sijilnya disimpan di Makmal Narkotik. [38] Mahkamah merujuk kepada kes PP v. MAHATHIR USMAN & ANOR [2022] 1 CLJU 194 yang telah menyatakan seperti yang berikut: "I did not find the findings of PW1 and or her evidence to be inherently incredible so that it was further necessary to pin point with precision the calibration date of the weighing scale used - see Munusamy v. PP; PP v. Lam San [1991] 1 CLJ Rep 391; [1991] 3 CLJ 2410; [1991] 3 MLJ 426. In addition, the total weight of the drugs was 368.75 grams of Methamphetamine which could not be said to be borderline of the statutory threshold under s. 37(da)(xvi) of the DDA so that the calibration date of the weighing scale was crucial to the veracity of PW1's evidence". [39] SP3 juga menyatakan bahawa beliau telah mengambil 2 sampel perwakilan bagi dadah yang heroin dan monoaetylmorphines dan 7 sampel perwakilan bagi dadah methamphetine di dalam ujian GCFID dimana sampel perwakilan ini merupakan sampel yang diambil secara rawak bagi mewakili keseluruhan sampel di mana keputusan analisis sampel perwakilan ini adalah juga merupakan keputusan analisis bagi keseluruhan sampel yang homogen tersebut. [40] Berkenaan isu SP3 tidak menggunakan anggapan berkenaan analisis terhadap 10% bahan yang dianalisis dan sama ada sampel perwakilan yang dilakukan oleh SP3 adalah mengikut Akta Dadah Berbahaya, Mahkamah merujuk kepada kes PP v. CHIA LEONG FOO [2000] 4 CLJ 649 yang mana telah dinyatakan dalam kes ini seperti yang berikut: "As the evidence of a chemist on the analysis of drugs by him is not evidence of opinion but evidence of fact, he need not give particulars of the tests carried out by him in his evidence. It follows that his report, tendered in evidence under s. 399(1), also need not contain such particulars. In any event it has been held by the trilogy of the (then) Supreme Court cases of Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250; [1987] 1 MLJ 492, PP v. Lam San [1991] 1 CLJ Rep 391; [1991] 3 CLJ 2410; [1991] 3 MLJ 426 and Khoo Hi Ciang's case that the court is entitled to accept the evidence of the chemist on its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory step by step unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert. Thus, if the accused is dissatisfied with the conclusion reached by the chemist it is for him to summon the chemist as a witness for that purpose or adduce evidence in rebuttal. This has not been done by the accused in this case. The chemist report tendered in evidence in this case is therefore not defective". [41] Di dalam kes ini, peguam tidak pernah pada bila-bila masa mencabar kebolehpercayaan SP3 dan ketepatan alat penimbang yang digunakan. Tambahan lagi berat-berat dadah yang dianlisa adalah tidak berada di paras ‘borderline of the statutory threshold’ yang dinyatakan di dalam Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berhaya. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati tiada keraguan yang timbul berkenaan analisis yang dilakukan oleh SP3.
II
(ii) Pengemukaan Notis Alibi [42] Pihak pendakwaan telah membantah pengemukakaan Notis Alibi melalui SP5 atas alasan Notis Alibi hanya diserahkan kepada pihak pendakwaan pada 10.07.2024 walaupun tertuduh pada asalnya telah dituduh pada 24.08.2021 di dalam no kes AC-83D-1367-12/2021 dan kes telah DNAA pada 09.05.2022. Tertuduh kemudiannya telah dituduh semula di dalam kes ini pada 08.03.2024 dan saksi pertama telah memberi keterangan pada 06.08.2024. [43] Seksyen 402A telah dipinda pada 01.06.2012 bagi membolehkan tertuduh memasukkan Notis Alibi pada bila-bila masa sepanjang perbicaraan dan pihak pendakwaan hendaklah diberi peluang untuk menyiasat mengenai alibi tersebut. [44] Di dalam kes ini, pihak pendakwaan mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiasat alibi yang dikemukakan memandangkan Notis tersebut diterima oleh pihak pendakwaan pada 10.07.2024 dan perbicaraan hanya bermula pada 06.08.2024. Oleh yang demikian, Mahkamah menerima pengemukaan Notis Alibi tersebut sebagai eksibit pembelaan KESIMPULAN [45] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan hujahan-hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas tertuduh. Oleh yang demikian, Mahkamah telah melepas dan membebaskan tertuduh daripada ketiga-tiga pertuduhan tanpa dipanggil membela diri. Bertarikh 30 Jun 2025 Disediakan oleh, T.T ………………………………………….. (NAIDATUL ATHIRAH BINTI AZMAN) Majistret Mahkamah Majistret Teluk Intan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.