Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA KES NO : TA-61R-6-06/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
TA-61R-6-06/2021
Sessions Court of Malaysia15 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA KES NO : TA-61R-6-06/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh Mohd Saiful Nizam bin Hussin (OKT) telah dibicarakan di Mahkamah ini dengan Pertuduhan Pindaan sebagaimana berikut: “Bahawa kamu, pada bulan Mac 2015, di Pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Besut, di dalam Daerah Besut, di dalam Negeri Terengganu, sebagai pegawai badan awam iaitu Pengurus Inkubator MARDI Besut, telah menggunakan jawatan kamu untuk mendapatkan suapan bagi diri kamu apabila mencadangkan sebutharga syarikat High Rich Venture untuk melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan sistem pemotongan atau “slicer” untuk tujuan mempelbagaikan produk hasilan jejari berjumlah RM17,000.00, yang berhubungan dengan perkara yang kamu mempunyai kepentingan di mana kamu mempunyai kepentingan ke atas syarikat High Rich Venture dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 23(1) ASPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama.”
2
Di akhir kes pendakwaan saya telah memutuskan setelah membuat penilaian maksima bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan selanjutnya memutuskan anggapan di bawah Seksyen 23(2) adalah terpakai dan diaktifkan. Manakala di akhir kes pembelaan, saya memutuskan pihak pembelaan telah gagal mematahkan anggapan tersebut di atas tahap imbangan kebarangkalian. Saya memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, OKT telah disabitkan dan dihukum sewajarnya.
3
Secara ringkasnya, pendakwaan ingin membuktikan OKT selaku pegawai badan awam telah menggunakan jawatan atau 3 kedudukannya untuk mendapatkan satu suapan dengan mengambil tindakan atau membuat keputusan yang mana dia mempunyai kepentingan.
4
Di dalam membuktikan kesnya, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 19 orang saksi pendakwaan.
5
Secara ringkasnya OKT adalah seorang Penolong Pegawai Penyelidik Kanan di MARDI Besut dengan jawatan sebagai Pengurus Inkubator Stesen MARDI Besut mulai 1.1.2005. Pada 22.3.2015, satu mesyuarat diadakan di MARDI Besut yang mana turut dihadiri oleh OKT. Semasa mesyuarat tersebut, OKT membangkitkan cadangan untuk penambahan produk pengeluaran potato wedges. Lanjutan dari itu satu kertas kerja dibuat dan akhirnya diluluskan untuk dilaksanakan. Untuk melaksanakan projek tersebut, syarikat High Rich Venture (“HRV”) telah dilantik melalui satu proses perolehan secara sebut harga dengan harga tawaran RM 17,000.00. Bayaran RM 17,000.00 telah dibayar kepada HRV setelah kerja projek selesai dilaksanakan. Ringkasan kes pendakwaan dan kronologi kes dari mula projek ini dicadangkan, diputus untuk dilaksanakan, perolehan dan pemilihan syarikat yang akan melaksanaan projek, sehinggalah kerja siap dilaksanakan dan bayaran dibuat, dapat juga dirujuk sebagaimana hujahan bertulis pihak pendakwaan pada Para 3 (a – v) Hujahan Bertulis Pihak Pendakwaan Di Akhir Kes Pendakwaan.
6
Ekoran dari itu, OKT telah dituduh sebagaimana pertuduhan.
7
Sekarang saya akan menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan atas dasar penilaian maksima berdasarkan intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan.
8
Intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 ialah: a. Tertuduh adalah seorang pegawai badan awam; b. Tertuduh menggunakan jawatannya untuk mendapat suatu suapan
9
Penjelasan berkenaan pembuktian intipati ini dapat dilihat dalam kes Abdul Hadi Bin Bokhari v PP (2009) 1 LNS 1678. Kes Abdul Hadi (supra) telah merujuk kepada Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (APR 1997), yang mana seksyen tersebut pada asasnya adalah in pari materia dengan kesalahan di bawah Seksyen 23 ASPRM 2009. Di dalam kes tersebut telah dinyatakan bahawa untuk membuktikan intipati di bawah Seksyen 15(1) APR 1997, pihak pendakwaan perlulah membuktikan perkara sebagaimana berikut:- “The ingredients of the offence under section 15(1) read together with subsection (2) are that:
1
The appellant was an officer of a public body.
2
That he used his office or position for gratification in that he made a decision or took action on a matter in which his relative is interested in.” If the prosecution successfully proves the above elements, the presumption that the appellant used his office for gratification would apply until the contrary is proven. [10] Oleh itu berdasarkan prinsip di atas saya akan menilai intipati pertuduhan bagi kes kita sekarang. Intipati 1 – Bahawa Tertuduh seorang pegawai badan awam [11] Pihak TPR berhujah bahawa intipati ini telah dibuktikan melalui keterangan lisan SP 3 dan juga ekhsibit P 14, P 15, P 15A dan P16 yang telah dikemukakan oleh SP 3. Perakuan P 14 ini merupakan bukti prima facie sebagaimana peruntukan Seksyen 55(1) ASPRM
2019
Peguam juga tidak mencabar intipati ini. [12] Sehubungan dengan itu adalah menjadi dapatan fakta oleh saya bahawa OKT adalah seorang pegawai awam dan OKT adalah Pengurus Inkubator MARDI Besut pada masa material. Oleh itu intipati pertama telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Intipati 2 – Bahawa Tertuduh menggunakan jawatannya untuk mendapat suatu suapan [13] Di dalam membuktikan intipati ini, pihak pendakwaan ingin membuktikan bahawa OKT selaku Pengurus Inkubator Stesen MARDI Besut telah mengambil tindakan mencadangkan HRV bagi melaksanakan kerja-kerja penambahan sistem pemotongan atau slicer bagi mempelbagaikan produk hasilan jejari yang berjumlah RM 17,000.00, yang berhubung dengan perkara yang OKT mempunyai kepentingan iaitu ke atas syarikat High Rich Venture (“HRV”). [14] Di dalam menilai pembuktian intipati kedua pertuduhan kedua ini, saya mendapati OKT telah mengambil peranan aktif bermula dari peringkat projek ini dicadangkan, peringkat perolehan yang dibuat secara sebut harga sehinggalah bayaran dibuat kepada syarikat [15] Sebagaimana keterangan dan ekhsibit, peranan aktif OKT termasuklah mencadangkan projek ini dengan menyediakan kertas kerja sebagaimana P 23, dan apabila diluluskan, SP 7 telah membuat kertas kerja untuk mendapat peruntukan kewangan. Selanjutnya selepas mendapat kelulusan kewangan bagi menjalankan kerja sepertimana cadangan kertas kerja pada P 23, maka proses selanjutnya ialah membuat perolehan atau dengan bahasa mudah melantik syarikat yang akan melaksanakan kerja tersebut. [16] Pada peringkat ini peranan OKT lebih jelas apabila beliau telah mengemukakan Borang Tempahan Perkhidmatan, iaitu P 24. Pada peringkat ini peguam berhujah bahawa OKT menjalankan peranannya selaku Pengurus Inkubator Stesen MARDI Besut. [17] Namun begitu perkara yang menjadi pertimbangan penting dan lanjut saya, ialah bahawa P 24 ini perlu disertakan bersama 3 sebut harga syarikat yang dicadangkan memandangkan proses ini adalah pembelian terus sebagaimana keterangan SP 8. Adalah menjadi dasar dan amalan tatacara perolehan kerajaan, syarikat yang menawarkan harga terendah akan dipilih melaksanakan kerja atas dasar penjimatan. [18] Selanjutnya keterangan SP 8 ialah dia menerima 3 sebut harga, iaitu dari syarikat RJ Bersatu (P 20), syarikat Iktikad Jaya (P 19) dan syarikat High Rich Venture (HRV) (P 27) daripada OKT. Kesemua dokumen ini mempunyai tandatangan pengesahan oleh OKT. Berkenaan ketiga-tiga sebut harga P 19, P 20 dan P 27, saksi-saksi yang merupakan pemilik berdaftar sebagaimana rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuk SP 10, SP 11, SP 12 dan SP 14 telah memberikan keterangan bahawa mereka tidak menandatangani sebut harga tersebut. SP 8 menyatakan beliau tidak tahu dari mana OKT mendapat dokumen ini. Pada peringkat ini juga peguam berhujah peranan OKT hanyalah dia menjalankan tugas sebagai Pengurus Pusat Inkubator MARDI Besut dengan menghantar dokumen-dokumen tersebut sahaja. [19] Namun begitu pada hemah saya, tindakan-tindakan OKT sebelum cadangan projek diputuskan untuk dilaksanakan, OKT telah membuat tindakan yang pada hemah saya menunjukkan OKT ada kepentingan dalam mencadangkan syarikat HRV sebagai pelaksana projek tersebut. [20] Ini dapat dilihat sebagaimana keterangan saksi Muhammad Khairuddin bin Ngah (SP 14), yang merupakan pemilik asal syarikat SP 14 memberi keterangan bahawa OKT ada menghubunginya untuk menggunakan syaraikat HRV tanpa menyatakan untuk tujuan apa. Lanjutan dari itu SP 14 telah memberi kebenaran termasuk memberi juga dokumen SSM, buku cek dan kad ATM. Adalah menjadi keterangan SP 14 juga bahawa selepas penyerahan itu, SP 14 tidak mengambil tahu hal syarikat HRV termasuk tidak pernah menandatangani P 27, iaitu dokumen sebut harga HRV yang menjadi asas kepada pemilihan dan perlantikan HRV sebagai pelaksana kerja tersebut. [21] Selanjutnya keterangan isteri OKT (SP 15) bahawa syarikat HRV telah berpindah milik kepadanya pada 15.6.2015 juga merupakan fakta yang menunjukkan peranan dan tindakan OKT yang menjuruskan kepada kesimpulan bahawa OKT ada kepentingan dalam syarikat HRV apabila mencadangkan syarikat itu. [22] Pada hemah saya, tarikh Delivery Order dan Invois yang menunjukkan kerja telah siap dijalankan dan kemasukan tuntutan pembayaran yang dibuat MARDI pada 10.7.2015 dan juga pemgeluaran wang melalui mesin ATM dari akaun HRV pada 12 – 15 Julai 2015 adalah rentetan tindakan OKT yang menunjukkan OKT ada kepentingan dalam HRV. Apatah lagi pada masa tersebut HRV sudah bertukar milik kepada isterinya sejak 15.6.2015 dan OKT mempunyai kawalan. [23] Cadangan yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan berkenaan seorang yang bernama Zulkifli Mat Aris (sudah meninggal dunia) yang antara lain turut terlibat di dalam pengendalian projek ini termasuk mencadangkan pemilihan HRV, pada hemah saya telah dijawab oleh saksi pendakwaan termasuk SP 4 bahawa tiada penglibatan Zulkifli mengemukakan sebut harga atau borang permohonan bekalan. Apatah lagi yang keterangan SP 14 bahawa OKT yang meminta kebenaran beliau untuk menggunakan syarikat HRV tetapi tidak dinyatakan untuk tujuan apa. [24] Gabung jalin dari semua keterangan saksi dan eksibit yang merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas projek kerja selesai dilaksanakan, jelas menunjukkan niat jenayah OKT bermula sejak mencadangkan projek ini dan diterjemah kepada menyediakan sebut harga dengan harga yang ditawarkan oleh HRV adalah yang terendah, menukar pemilik syarikat HRV kepada nama isterinya dan akhirnya mendapat hasil bayaran hasil dari tindakan tersebut. Pada hemah saya ini jelas menunjukkan bahawa OKT mempunyai kepentingan di dalam syarikat HRV. [25] Oleh itu adalah menjadi dapatan saya bahawa OKT yang mencadangkan HRV dengan menggunakan kedudukan dan jawatan untuk mendapat suapan. [26] Di sini saya merujuk kepada kes Norliza Binti Mat Radzi v PP [2019] 1 LNS 936 yang diputuskan sebagaimana berikut:- Dari itu pembayaran wang kepada Orean Collection dibuat adalah hasil dari penggunaan kuasa Perayu sebagai Pengetua Sekolah yang merupakan seorang penjawat awam adalah merupakan satu suapan. Walaupun begitu suapan sahaja tidak cukup untuk membentuk kesalahan di bawah seksyen 23(1) ASPRM 2009. Bagi suapan itu lengkap menjadi satu kesalahan, suapan itu mesti mempunyai kaitan sama ada untuk diri Perayu sendiri atau saudaranya atau sekutunya. Di dalam kes ini pembayaran “wang” itu mempunyai kaitan dengan syarikat yang Perayu mempunyai kepentingan. Oleh itu pembayaran wang kepada syarikat Orean Collection itu merupakan pembayaran kepada diri Perayu sendiri. Dari aspek ini tentunya satu kesalahan di bawah seksyen 23(1) ASPRM 2009 telah berlaku. Persoalan sama ada Perayu mendapat faedah daripada suapan itu bukan intipati kesalahan ini. Dari segi ini Puan HMS dengan betul apabila memutuskan bahawa keterangan pembelaan Perayu itu bukan satu pembelaan yang wajar dipertimbangkan. [27] Lanjutan dari itu, di dalam menilai semua keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekhsibit yang dikemukakan, saya mendapati keterangan saksi-saksi saling menyokong antara satu sama lain, credible dan kekal utuh setelah pemeriksaan balas. Kronologi tindakan OKT sejak projek dicadangkan sehingga kerja selesai dilaksanakan, khususnya semasa perolehan secara terus dibuat, pembayaran dibuat serta pengeluaran wang hasil dari kerja tersebut jelas menunjukkan bahawa OKT ada kepentingan di dalam syarikat [28] Oleh itu setelah membuat penilaian maksima, saya mendapati dan memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atas OKT dengan merujuk kepada kes Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 100 sebagai panduan dan selanjutnya anggapan di bawah Seksyen 23(3) ASPRM terpakai dan diaktifkan. [29] Dengan timbulnya anggapan statutori tersebut, OKT hendaklah memberi penjelasan yang jujur semasa kes Pembelaan untuk menyangkal anggapan tersebut sepertimana diputuskan di dalam nas PP v. Ku Yahya Ku Bahari & Anor [2002] 1 CLJ 113 : “When the prosecution is minded in invoking the presumption then the particular burden of proof, as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumption on a balance of probabilities. This from a defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt.” Kes Pembelaan [30] Di peringkat pembelaan, 2 orang saksi di panggil, iaitu OKT (SD 1) sendiri dan juga Kamaruzaman bin Ahmad (SD 1). Kedua-dua saksi pembelaan memberi keterangan secara bersumpah. [31] Secara ringkasnya, keterangan OKT ialah bahawa dia tidak terlibat dalam mencadang, pemilihan atau menyediakan laporan dalam pemilihan HRV. OKT juga menegaskan bahawa tindakan dia di dalam menguruskan perolehan hanyalah menjalankan tugas sebagai Pengurus Inkubator Besut. OKT juga menyatakan pegawai pelaksana bagi projek ini ialah seorang kakitangan yang bernama Zulkifli Aris yang telah meninggal dunia. [32] Selanjutnya SD 2 pula menyatakan dia adalah Ketua Teras 2, Unit Pembangunan Perniagaan MARDI, Ibu Pejabat MARDI, Serdang. Keterangan SD 2 ialah bahawa antara lain arwah Zulkfli Aris yang menguruskan projek ini dengan mengatakan dia menerima 3 sebut harga tersebut dari Zulkifli dan Zulkifli telah mencadangkan syarikat HRV. SD 2 juga menyatakan Zulkifli yang membawa cop syarikat HRV tidak lengkap dan telah dicop di dalam bilik beliau oleh Zulkifli (rujuk Para 13, Penyata Saksi SD 2). [33] Di dalam menilai keterangan kes pembelaan, saya mendapati keterangan lisan OKT dan SD 1 amat bertentangan dengan dengan keterangan keterangan saksi semasa kes pembelaan. Saya boleh ringkaskan dengan menyatakan bahawa mereka berdua menyatakan arwah Zulkifli Aris yang menguruskan perkara ini. [34] Adalah menjadi dapatan dan keputusan saya bahawa OKT telah gagal mematahkan anggapan dibawah Seksyen 23(2) ASPRM di atas imbangan kebarangkaliaan. Oleh itu saya memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Alasan-alasan saya adalah sebagaimana berikut. [35] Saya mendapati keterangan OKT semasa memberi keterangan membela diri banyak keterangannya tidak dicadangkan semasa kes pendakwaan dan tidak sebagaimana corak pembelaan yang dicadangkan semasa kes pendakwaan (line of defence) serta bercanggah sesama saksi pembelaan sendiri. Oleh itu keterangan pembelaan OKT adalah terjumlah kepada penafian semata-mata, fikir semula dan tidak terjumlah kepada penjelasan jujur (innocent explaination). [36] Oleh itu keterangan OKT bahawa dia tidak pernah mencadangkan projek ini, tidak mencadangkan input bagi pemilihan sebut harga serta mendakwa Zulkifli Aris menyerahkan sebutharga terus kepada SD 2, tidak menerima wang bayaran dari pembekalan oleh HRV adalah ditolak. Ini kerana keterangan OKT ini amat bertentangan dengan keterangan lisan saksi-saksi pendakwaan dan ekhsibit dokumen yang telah dikemukakan. [37] Berkenaan keterangan SD 2 pula, saya mendapati keterangannya bukanlah keterangan yang credible. Ini kerana penglibatan beliau dalam projek ini dari mula hingga projek ini selesai tidak pernah dicadangkan semasa kes pendakwaan. Oleh itu saya memutuskan keterangan SD 2 juga adalah fikir semula dan rekaan semata-mata. SD 2 tidak pernah dirakam percakapan oleh SPRM kerana tidak terlibat dalam pengurusan projek ini. Saya juga mendapati bahawa SD 2 juga tidak terlibat dalam projek ini sebagaimana minit mesyuarat kelulusan, tiada pengetahuan peribadi, sebaliknya keterangan SD 2 hanya berdasarkan cerita yang dimaklumkan oleh orang lain. [38] Saya amat bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa adalah mudah untuk meletakkan tanggungjawab kepada arwah Zulkifli Aris yang telah meninggal dunia dan tidak dapat menjawab tuduhan yang ditujukan kepadanya. Oleh itu saya berpendapat ianya bukan satu penjelasan yang jujur oleh OKT. [39] Secara keseluruhan juga, keterangan OKT semasa kes pembelaan adalah tidak selari dengan cadangan-cadangan semasa pemeriksaan balas saksi peringkat kes pendakwaan. Ianya merupakan perkara-perkara baru yang dibangkitkan oleh saksi pembelaan yang mana tidak dapat dijelaskan oleh saksi pendakwaan, yang mana saksi pendakwaan boleh mejelaskannya jika ditanya seawal kes pendakwaan. [40] Di dalam kes D.A. Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195, Raja Azlan Shah (pada ketika itu) telah menyatakan bahawa: The defence was, in effect a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the high Court came in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a reasonable doubt on the prosecution case against the appellant.” [41] Manakala di dalam kes PP v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324, di mukasurat 326: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient.” [42] Di dalam kes THAVANATHAN BALASUBRAMANIAM v PP [1997] 3 CLJ 150 Mahkamah Persekutuan menyatakan: “…and it was for the accused to give an innocent explanation which the Court considered more likely than not that it was true, i.e. on a balance of probabilities, the test applied in civil proceedings. PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC.” [43] Manakala di dalam kes ATTAN BIN ABDUL GANI v. PP [1970] 2 MLJ 143 telah dinyatakan bahawa; “The presumption cannot be said to have been rebutted without sufficient evidence, i.e. such evidence as is reasonably sufficient to invite belief in its probable truthfulness.” Kesimpulan [44] Oleh itu berdasarkan alasan-alasan yang saya nyatakan di atas, saya memutuskan pembelaan OKT telah gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 23(2) ASPRM di atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu saya memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas pertuduhan pindaan dan mensabit salah Tertuduh. Hukuman [45] Hukuman yang saya jatuhkan ke atas OKT ialah denda RM 85,000.00 id 6 bulan penjara dan penjara 2 tahun mulai tarikh hukuman. [46] Saya telah menimbangkan rayuan peringanan hukuman oleh peguam dan juga hujahan pemberatan hukuman oleh TPR. [47] Setelah menimbangkan kedua-duanya, saya berpendapat hukuman yang dikenakan adalah wajar dan sesuai mengambil kita trend penghukuman bagi kes rasuah, keseriusan kesalahan, OKT adalah penjawat awam serta OKT telah menikmati keuntungan dari perbuatan rasuahnya.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.