Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM NO. KES: JH-62JSK-54-12/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD SALLEH BIN AHMAD (NO. K/P: 580516-01-6489) PENGHAKIMAN A.
JH-62JSK-54-12/2024
Sessions Court of Malaysia31 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM NO. KES: JH-62JSK-54-12/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD SALLEH BIN AHMAD (NO. K/P: 580516-01-6489) PENGHAKIMAN A.
1
Di dalam kes ini, Tertuduh telah dituduh di hadapan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi dengan 1 pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Bahawa kamu pada 24/12/2024 jam lebih kurang 1500 hrs, di rumah beralamat No. 45 Kampung Tengah Sedili Besar, 81910 Kota Tinggi, Johor didapati telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii dengan cara memasukkan kemaluan kamu ke dalam dubur ke atas seorang kanak-kanak Muhammad Izz Harith Naufal Bin Muhammad Firdaus, No. KPT: 170813-06- 0257 tanpa kerelaannya. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan. Hukuman - Sek 377C Kanun Keseksaan Penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan lebih dari dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.
2
Pada peringkat awal dipertuduhkan iaitu pada 31 Disember 2024, Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Pihak Pendakwaan telah meneruskan dengan pengemukaan eksibit-eksibit dan telah diakui oleh Tertuduh.
3
Mahkamah seterusnya mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan. Setelah mendengar hujahan peringanan hukuman oleh Tertuduh dan pemberatan hukuman oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dari tarikh tangkap dan 1 sebatan.
4
Tertuduh, selaku Perayu, tidak berpuas hati di atas keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. B.
5
Pada 31 Disember 2024, sebelum Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut pada peringkat awal dipertuduhkan. Mahkamah ini telah mengikuti prosedur yang digariskan di bawah Seksyen 173 Kanun Tatcara Jenayah seperti berikut:
173
“Procedure in summary trials The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:
a
When the accused appears or is brought before the Court a charge containing the particulars of the offence of which he is accused shall be framed and read and explained to him, and he shall be asked whether he is guilty of the offence charged or claims to be tried.
b
If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him. …”
6
Pertuduhan tersebut telah dibaca dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh mengakui faham akan pertuduhan tersebut dan mengaku salah. Tertuduh juga faham sifat dan akibat pertuduhan. Pihak Pendakwaan seterusnya telah meneruskan dengan pengemukaan eksibit-eksibit dan telah diakui oleh Tertuduh
7
Mahkamah ini, dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian, telah mengambil kira faktor-faktor berikut: a) Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan; b) Pengakuan bersalah dan rayuan mitigasi Tertuduh c) Kepentingan awam; c) Pengajaran kepada Tertuduh; d) Keseriusan kesalahan; e) Setimpal.
8
Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman: “… shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping...”
9
Berdasarkan peruntukan undang-undang yang dirujuk di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh adalah di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang dan mematuhi peruntukan undang-undang di bawah 377C Kanun Keseksaan.
10
Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR V JAFA BIN DAUD [1981] 1 MLJ 315 yang membincangkan berkaitan “sentence according to law”, di mana Mohamed Azmi J telah menyatakan seperti berikut: “…sentence according to law, means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it also be assessed and passed accordance with established judicial principles…”
11
Di dalam menentukan hukuman yang wajar, munasabah dan bersesuaian dengan kesalahan di bawah 377C Kanun Keseksaan terhadap Tertuduh, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes PP V. LING LEH HOE [2015] 4 CLJ 869, di mana Mahkamah Rayuan telah membincangkan berkaitan pendekatan Mahkamah dalam kes-kes rayuan dan telah memutuskan: "[14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out:
a
The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence;
b
There had been an error on the part of the trial judge in appreciating the material facts placed before him;
c
The sentence was wrong in principle; or
d
The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. (See R v. Ball [1951] 35 Cr App. R 164; Loo Weng Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500)."
12
Tertuduh dalam kes ini telah mengaku salah pada peringkat awal dipertuduhkan. Pengakuan bersalah Tertuduh tersebut masih perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh.
13
Mahkamah ini merujuk kepada kes SAU SOO KIM V PP [1975] 1 LNS 158 yang mana Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannnya telah menyatakan seperti berikut: “That whether a person is a hardened criminal or not, plea of guilty should be treated as mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthty trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
14
Memandangkan tiada saksi dipanggil memberikan keterangan sebelum Tertuduh mengaku salah, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman penjara minimum selama 5 tahun yang dikira dari tarikh tangkap adalah wajar. Bahkan hukuman penjara tersebut adalah hukuman minimum di bawah undang-undang.
15
Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes R V. BALL (1951) 35 CR APP R 164, yang menyatakan seperti berikut: “…our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe…”
16
Mahkamah ini berpandangan bahawa pengiraan hukuman penjara tersebut dari tarikh tangkap adalah satu bentuk “leniency” terhadap Tertuduh dengan mengambil kira kes belum dijalankan dengan mana-mana saksi. Bagi hukuman 1 sebatan, ia juga adalah hukuman minimum di bawah undang-undang yang dianggap wajar, munasabah dan bersesuaian oleh Mahkamah ini. Malahan hukuman tersebut juga bukanlah bersifat “manifestly excessive”.
17
Mahkamah ini juga berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh adalah munasabah dan berpadanan dengan fakta dan keadaan kes ini, di mana, di dalam kes ini Tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang serius iaitu memasukkan kemaluan ke dalam dubur ke atas seorang kanak-kanak Muhammad Izz Harith Naufal Bin Muhammad Firdaus, No. KPT: 170813-06-0257 tanpa kerelaannya.
18
Kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh merupakan satu kesalahan yang serius dan hukuman deteren perlu diberikan kepada Tertuduh. Tujuan hukuman tersebut bukan sahaja sebagai pengajaran kepada Tertuduh tetapi juga untuk mendidik Tertuduh, secara khususnya, dan masyarakat awam, secara amnya, supaya tidak melakukan atau mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang.
19
Di dalam mempertimbangkan kepentingan awam, Mahkamah ini turut, sekali lagi, merujuk kepada kes R V BALL [1951] 35 CR APP R. 164, di mana Hilbery J menyatakan seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our laws does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.”
20
Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada Tertuduh iaitu hukuman penjara 5 tahun dari tarikh tangkap dan 1 sebatan yang diberikan kepada Tertuduh bukan sahaja tidak bertentangan dengan prinsip undang-undang bahkan hukuman tersebut juga berperanan sebagai satu pengajaran, pencegahan serta pemulihan kepada Tertuduh.
21
Mahkamah ini juga telah membuat pilihan tempoh hukuman yang bersesuaian dan sewajarnya dijatuhkan ke atas Tertuduh berdasarkan pertimbangan kepada faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang telah dikemukakan oleh Tertuduh dan pihak Pendakwaan.
22
Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Tertuduh dalam kes ini adalah satu hukuman yang tidak bertentangan dengan undang-undang, wajar, munasabah dan bersesuaian dengan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan terhadap Tertuduh. Sekian, terima kasih. Hayda Faridzal Bin Abu Hasan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Bertarikh: 23 September 2025.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.