Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO.: PA-45A-50-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
PA-45A-50-12/2023
High Court of Malaysia3 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ion is soley responsible for deciding how to present its case and choosing which witness to call. The dictum of Lord Thankerton in the case of Adel Muhammed El Dabbah v Attorney General for Palestine [1944] AC 156 at pp 168-9 [1944] 2 ALL ER 139 that "the court will not interfere with the exercise of that discretion, u”
“said that, it is in our view clear law, that while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial (see eg Adel Muhammed el Dabbah v. A-G (Palestine) [1994] AC 156 at 167-9) the most basic limitation upon prosecutorial discretion in the presentation of a case, is that i”
“"material" has a wide meaning and evidence which is admissible and capable of influencing the court's assessment of guilt or otherwise is capable of being material (see Dyers v R [2002] 210 CLR 285, [2002] HCA 45 at [11]; R v Manning [2017] QCA 23 at [19]. Unless there is a good reason for not calling the witness, pros”
“evidence which is admissible and capable of influencing the court's assessment of guilt or otherwise is capable of being material (see Dyers v R [2002] 210 CLR 285, [2002] HCA 45 at [11]; R v Manning [2017] QCA 23 at [19]. Unless there is a good reason for not calling the witness, prosecution should call all eye witnes”
“(Rujuk juga kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1996] 2 MLRA 35; [1996] 3 MLJ 560; [1997] 1 CLJ 233; Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2018] 4 MLRA 169; [2019] 6 MLJ 231; [2018] CLJ 133; [2018] 4 AMR 857). [37] Selanjutnya, Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosli b Yusof (supra) turut memutuska”
“encuci Bot tersebut. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 [21] Pihak Pembelaan telah merujuk kes Pendakwa Raya v. Inthiran Rajendran [2021] MLRHU 1297; [2021] 1 LNS 1388, di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa OKT tidak mempunyai milikan, kawalan atau pe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO.: PA-45A-50-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Mohd Shah Rezza bin Che Omar (OKT) telah dituduh mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 11,693.4 gram iaitu satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan (pindaan) terhadap OKT adalah- “Bahawa kamu pada 28 Mac 2022 jam lebih kurang 11.00 malam bertempat di tepi Pantai Tanjung Asam Teluk Kumbar, dalam Daerah Barat Daya, dalam Negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 11,693.4 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama.”
3
OKT tidak mengaku salah atas pertuduhan dan minta dibicarakan. C. KES PENDAKWAAN
4
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai lapan (8) orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Mereka adalah-
i
SP1 – Siti Farahiyah Binti Mohd Rosli (Ahli Kimia)
II
(ii) SP2 – Kpl Osman Bin Saad (Jurufoto)
III
(iii) SP3 – Kpl Ahmad Faizal Bin Sungit (Jurustor)
IV
(iv) SP4 – L/Kpl Muniandy A/L Jeyaraman (Jurustor)
v
SP5 – Insp Mohd Ridzuan Bin Shapie (Pegawai Serbuan
VI
(vi) SP6 – Insp Amir Firdaus Bin Ismail (Pegawai Serbuan)
VII
(vii) SP7 – SM Shahrul Azwan Bin Abdul Halim (Anggota Serbuan Sokongan)
VIII
(viii) SP8 - Insp Nur Hazirah Limau Binti Ujang (Pegawai Penyiasat) D. FAKTA KES Naratif Kes Pendakwaan [5] Berikut adalah naratif kes pendakwaan-
a
Pada 28/6/2022 jam 2245 hrs, SP6 dan pasukan telah pergi ke Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Sampai di sana, SP6 dan pasukan telah membuat pemerhatian di tepi pantai tersebut. Semasa pemerhatian, SP6 telah nampak satu
1
bot yang mempunyai enjin warna biru/merah (Bot) yang telah dicamkan sebagai P49. Bot tersebut berlabuh di tepi pantai. Di atas Bot tersebut, SP6 telah melihat seorang lelaki yang dicamkan sebagai OKT sedang membuat sesuatu di atas Bot di bawah sinaran sebuah lampu. Pemerhatian dibuat selama lebih kurang 15 minit.
b
Pada masa yang sama, SP5 yang merupakan Insp Operasi Risik (2) di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang bersama tiga (3) anggota Polis Marin telah menjalankan kawalan dan pemerhatian dari arah laut dengan menaiki sebuah bot samaran. Semasa pemerhatian, SP5 telah nampak 1 bot warna biru/merah yang berlabuh di tepi pantai. Di atas bot tersebut, SP5 telah melihat seorang lelaki yang dicamkan sebagai OKT sedang membuat sesuatu seperti mencuci di atas bot di bawah sebuah lampu. Pemerhatian dibuat selama lebih kurang 10 minit.
c
SP6 kemudian telah menyerbu Bot tersebut sambil memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dengan jeritan “Polis, polis, polis!”. Tiba-tiba OKT telah memegang sebilah sabit (dicamkan sebagai P46) dan melibas kepada SP6. Seterusnya, SP6 mengarahkan SP7 dan KPL 166724 Muhammad Adli untuk naik ke atas Bot untuk membuat tangkapan, dan telah berjaya menangkap OKT setelah berlaku pergelutan.
d
Dari arah laut, SP5 nampak SP6 menghampiri OKT dan perbuatan OKT melibas senjata ke arah pasukan polis darat. SP5 nampak dua (2) anggota naik ke atas Bot dan memberkas OKT.
e
Setelah lelaki tersebut ditangkap, SP6 membuat pemeriksaan badan dan menjumpai dan merampas sebilah parang (dicamkan sebagai P47) diselit di belakang pinggang.
f
Seterusnya, dengan disaksikan OKT, SP6 membuat pemeriksaan dalam Bot. Hasil pemeriksaan di atas lantai bahagian hadapan motobot tersebut telah menjumpai (1) Guni Warna Hijau (dicamkan sebagai P45). SP6 membuka guni tersebut di hadapan OKT yang di dalamnya terdapat-Bil Barang Kes Dadah 1
1
Beg Berzip Warna Biru/Putih Bertulis The Just Around Corner Dalamnya Terdapat:- (10) Bungkusan Plastik Warna Hijau Bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea Dibaluti Plastik Lutsinar Dan Loytape Warna Hitam/Kuning (10.476 Kilogram) 2
1
Beg Berzip Warna Merah Bertulis Haechan Songhak Laver (10) Bungkusan Plastik Warna Hijau Bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea Dibaluti Plastik Lutsinar Dan Loytape Warna Hitam/Kuning (10.544 Kilogram)
g
SP6 telah merampas barang kes dan beritahu kesalahan dan OKT mengakui faham. SP6 menangkap OKT kerana memiliki dadah dan senjata. Seterusnya, membawa balik tangkapan dan rampasan ke Balai Polis Teluk Kumbar untuk tindakan selanjutnya, manakala SP5 dan anggota membawa bot tersebut ke Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.
h
SP6 serahkan OKT dan barang kes kepada Pegawai Penyiasat Kes iaitu SP8 pada 29/03/2022 jam lebih kurang 7.20 pagi. Barang kes yang SP6 serah ialah seperti berikut-Bil. Barang Kes
1
Laporan Polis TELOK KUMBAR RPT 566-567/22 (Tangkapan dan Rampasan Dadah) -
2
Borang Sek 28A KPJ OKT (OKT 1) -
3
Borang Test strip -
4
Borang Bongkar -
5
Borang Serah Menyerah -
6
6.
1
Guni warna hijau E
7
7.
1
Beg Berzip Warna Biru/Putih Bertulis The Just Around Corner Dalamnya Terdapat:-
10
Bungkusan Plastik Warna Hijau Bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea Dibaluti Plastik Lutsinar Dan Loytape Warna Hitam/Kuning G G1-G10 (10.476 Kilogram)
8
8.
1
Beg Berzip Warna Merah Bertulis Haechan Songhak Laver (10) Bungkusan Plastik Warna Hijau Bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea Dibaluti Plastik Lutsinar Dan Loytape Warna Hitam/Kuning (10.544 Kilogram) F F1-F10 9.
1
Bilah Sabit
10
(1) Bilah parang
11
(1) Kunci motobot
1
Telefon bimbit jenama Nokia
i
Kemudian setelah selesai barang kes diterima, ditimbang semula dan ditanda, barang-barang kes tersebut telah disimpan di dalam almari besi yang berkunci di dalam bilik SP8 di Pejabat Narkotik yang mana kunci bilik dan almari besi tersebut berada dalam kawalan SP8 sepanjang masa. Manakala bagi barang kes satu (1) bot warna merah/biru, SP6 memaklumkan telah meletakkan Bot tersebut di Pengkalan Marin Batu Uban.
j
Pada 30/03/2022 jam lebih kurang 6.15 petang, SP8 telah mengeluarkan barang kes daripada almari besi yang berkunci di dalam biliknya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Barat Daya Pulau Pinang menggunakan kunci yang ada dalam kawalan SP8. SP8 telah mengarahkan SP2 iaitu jurufoto dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Barat Daya, Pulau Pinang untuk merakam gambar barang kes. SP8 telah mengarahkan SP2 untuk merakamkan sebanyak 18 keping gambar barang kes (dicamkan sebagai P31(1-18). Sepanjang proses merakamkan gambar, SP8 sentiasa berada di situ menyusun barang kes dan mengawal selia semua barang kes tersebut.
k
Selesai rakaman gambar barang kes, SP8 telah masukan barang kes dadah ke dalam kotak dengan tandaan seperti berikut-Bil
1
1.
1
Bekas Plastik bertanda “LIM” mengandungi • (1) Beg Berzip Warna Biru/Putih Bertulis The Just Around Corner tandaan “HH” Dalamnya Terdapat (10) Bungkusan Plastik Warna Hijau Bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea Dibaluti Plastik Lutsinar Dan Loytape Warna Hitam/Kuning (tandaan “HH1” hingga “HH10”) • (1) Beg Berzip Warna Merah Bertulis Haechan Songhak Laver tandaan “HS” mengandungi (10) Bungkusan Plastik Warna Hijau Bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea Dibaluti Plastik Lutsinar Dan Loytape Warna Hitam/Kuning (tandaan “HS1” hingga “HS10”)
2
2.
1
Kotak kadbod bertanda LIM berisi • (1) Bilah Sabit • (1) Bilah parang • (1) Guni warna hijau
l
SP8 telah memasukkan semula kesemua barang kes ke dalam almari besi yang berkunci di dalam biliknya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Barat Daya Pulau Pinang menggunakan kunci yang ada dalam kawalan SP8.
m
Pada 31/03/2022 jam lebih kurang 10.00 pagi, SP8 telah mendaftar barang kes dalam keadaan baik di Stor Barang Kes IPD Barat Daya, Pulau Pinang. Barang kes diterima oleh SP3 adalah seperti berikut-Bil Jenis Exhibit No. Exhibit 1.
1
Bekas Plastik bertanda “LIM” mengandungi (1) Beg Berzip Warna Biru/Putih Bertulis The Just Around Corner tandaan “HH” Dalamnya Terdapat (10) Bungkusan Plastik Warna Hijau Bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea Dibaluti Plastik Lutsinar Dan Loytape Warna Hitam/Kuning (tandaan “HH1” hingga “HH10”) dan (1) Beg Berzip Warna Merah Bertulis Haechan Songhak Laver tandaan “HS” mengandungi (10) Bungkusan Plastik Warna Hijau Ex: 338/2022 Bertulis Guanyinwang Refined Chinese Tea Dibaluti Plastik Lutsinar Dan Loytape Warna Hitam/Kuning (tandaan “HS1” hingga “HS10”)
2
2.
1
Kotak kadbod bertanda LIM berisi (1) Bilah Sabit, (1) Bilah parang dan (1) Guni warna hijau Ex: 337/2022
n
Setelah Barang Kes Tersebut Didaftarkan Dalam Buku Pendaftaran Barang Kes (Pol 261) Di Bawah Nombor Pendaftaran Ex: 337/2022 dan 338/2022, SP8 kemudiannya menandatangani Ruangan 15 Buku Tersebut Sebagai Bukti Serahan Barang Kes Untuk Disimpan.
o
Pada 31/03/2022 jam lebih kurang 3.30 petang, SP8 bersama-sama dan SP8 iaitu jurufoto telah pergi ke tempat kejadian iaitu di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan SP8 telah mengarahkan SP2 untuk merakam 17 keping gambar tempat kejadian.
p
Setelah selesai mengambil gambar tempat kejadian di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, SP8 bersama SP2 ke Pengkalan Marin Batu Uban menaiki kenderaan jenis Proton Persona untuk mengambil gambar bot barang kes bersangkut Telok Kumbar Rpt: 566-567/2022.
q
SP8 telah mengarahkan SP2 merakamkan sebanyak tujuh (7) keping gambar barang kes bot (dicamkan sebagai P33(1-7) yang dirampas dalam kes ini. Sepanjang proses merakamkan gambar, SP8 sentiasa berada di situ.
r
Pada 31/03/2022 lebih kurang jam 9.00 malam, semasa berada di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Barat Daya Pulau Pinang, SP2 telah menyerahkan kesemua 42 keping gambar barang kes dan gambar tempat kejadian yang dirakam sebelum ini. Bagi gambar tempat kejadian, SP8 telah memilih hanya 11 keping gambar (dicamkan sebagai P32(1-11). Semasa perbicaraan satu lagi gambar ditambah menjadikan keseluruhan gambar yang dikemukakan adalah 12 keping daripada 17 keping gambar tempat kejadian untuk dimasukkan ke dalam fail kertas siasatan kerana terdapat gambar-gambar yang berulang dan kabur.
s
Pada 01/04/2022 jam lebih kurang 12.30 tengah hari, SP8 mengeluarkan barang kes Nombor Exhibit: 337/2022 dan 338/2022 dari Stor Barang Kes IPD Barat Daya, Pulau Pinang untuk dibawa ke Bilik Media IPK Pulau Pinang untuk persidangan media. Selesai sesi persidangan media, pada 01/04/2022 jam lebih kurang 5.00 petang, saya masukkan semula barang kes Nombor Exhibit: 337/2022 dan 338/2022 ke dalam Stor Barang Kes IPD Barat Daya, Pulau Pinang.
t
Pada 04/04/2022 jam lebih kurang 2.30 petang, SP8 mengeluarkan barang kes Nombor Exhibit: 338/2022 untuk dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang. SP8 telah membuat seal “POLIS DI-RAJA MALAYSIA 47” ke atas barang kes Nombor Exhibit: 338/2022 tersebut.
u
Pada 04/04/2022 jam lebih kurang 3.20 petang, SP8 telah serahkan satu kotak (tandaan ‘‘LIM“) barang kes dalam keadaan baik bersama-sama borang Pol.31 kepada Ahli Kimia: Siti Farahiyah Binti Mohd Rosli iaitu SP1, Jabatan Kimia Malaysia, Jalan Tull, Pulau Pinang. Kemudian setelah didaftarkan, SP1 telah berikan sesalinan resit rasmi kepada SP8 sebagai bukti penerimaan barang kes untuk dianalisa No Makmal: 22-FR-P- 02558 bersabit Repot Polis: Telok Kumbar 566-567/2022.
v
Pada 10/10/2023 Jam Lebih Kurang 2.30 Petang, SP8 telah terima tiga (3) salinan Laporan Kimia dadah dan satu (1) Kotak berseal Jabatan Kimia, No.Makmal: 22-FR-P-02558, bersabit Repot Polis: Telok Kumbar 566-567/2022 yang telah dianalisis SP1, Jabatan Kimia Malaysia, Jalan Tull, Pulau Pinang. Kemudian SP8 bawa balik (1) kotak berseal Jabatan Kimia, No.Makmal: 22-FR-P-02558 tersebut dan simpan di dalam almari besi yang berkunci dalam bilik SP8 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Barat Daya Pulau Pinang yang mana milik tersebut dalam kawalan SP8 sepenuhnya. Manakala tiga (3) salinan Laporan Kimia dadah SP8 disimpan di dalam kertas siasatan.
w
Pada 14/08/2023 jam lebih kurang 5.10 petang, bertempat di Stor Barang Kes IPD Barat Daya, SP8 telah menyerahkan satu
1
Salinan Borang Penyerahan Exhibit dan satu (1) kotak plastik berseal Jabatan Kimia Malaysia, No. Makmal: 22-FR-P-02558 bersabit Repot Polis: Telok Kumbar 566-567/2022 kepada SP4 untuk didaftarkan. Setelah barang kes tersebut didaftarkan dalam Buku Pendaftaran Barang Kes (Pol 261) di bawah nombor pendaftaran, Ex: 1018/2023, SP8 kemudiannya menandatangani Ruangan 15 Buku tersebut sebagai bukti serahan barang kes untuk disimpan.
x
Hasil Analisa kesemua bahan disyaki dadah tersebut yang dirampas oleh SP6 telah disahkan oleh SP1 bahawa ianya mengandungi Methamphetamine seberat 11,693.4 gram.
y
Kesemua barang kes yang dirampas telah ditanda dan dicamkan oleh saksi-saksi semasa perbicaraan. E. BEBAN PEMBUKTIAN [6] Undang-undang berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah jelas, iaitu pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT di akhir kes pendakwaan menurut Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah, di mana satu penilaian maksimum perlu dibuat atas keterangan saksi-saksi pendakwaan oleh Mahkamah sebelum membuat keputusan sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT dan sekiranya ada kes prima facie, OKT sewajarnya diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang dihadapi. [7] Dalam hal ini, Hakim Augustine Paul HMR dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 telah memutuskan- "[21] Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make out a prima facie case whilst Section 182(A) (1) enunciates that at the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof of the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms. The submission made must therefore be ratiocinated against the background of the meaning of the phrase 'prima facie' in section 180. Section 180(2) provides that the court shall record an order of acquittal if a prima facie case has not been made out whiles. 180(3) provides that if a prima facie case has been made out, the accused shall be called to enter his defence. A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turns means that the evidence must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. .." (penekanan ditambah) F. ELEMEN-ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN [8] Untuk kes Pendakwaan, perlu dibuktikan elemen-elemen berikut-
i
Dadah tersebut adalah dadah berbahaya yang termasuk di dalam takrifan dadah di bawah Jadual Pertama ADB 1952;
II
(ii) Dadah itu di dalam milikan dan kawalan OKT dan OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut; dan
III
(iii) OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah. G. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [9] Mahkamah di dalam membuat analisis dan dapatan di akhir kes pendakwaan akan meneliti kesemua keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan. Mahkamah juga akan meneliti hujahan dan autoriti yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan akan membuat dapatan berdasarkan elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
i
Dadah tersebut adalah dadah berbahaya yang termasuk di dalam takrifan dadah di bawah Jadual Pertama ADB 1952. [10] Pendakwaan perlu membuktikan dadah dijumpai bagi pertuduhan terhadap OKT merupakan dadah berbahaya. Keterangan SP1 jelas menunjukkan bahawa dadah yang dianalisa olehnya adalah dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 ADB 1952 yang disenaraikan dalam Jadual Pertama. SP1 telah mengesahkan analisanya atas barang kes yang diserahkan oleh SP8 kepadanya melalui laporan kimia yang disediakan olehnya. [11] Hasil Analisa SP1, kesemua bahan disyaki dadah tersebut yang dirampas oleh SP6 telah disahkan oleh SP1 bahawa ianya mengandungi Methamphetamine seberat 11,693.4 gram. [12] SP1 adalah seorang ahli kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisa atas dadah tersebut berdasarkan kelulusan, pengalaman dan kepakarannya. Mahkamah ini menerima keputusan analisa yang dibuat oleh SP1 berkaitan dengan identiti dan kuantiti dadah yang dinyatakan. Adalah menjadi keputusan Mahkamah ini dan hasil penelitian, dadah yang dirampas adalah dadah sepertimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB. Mahkamah juga mendapati tidak ada putusnya rantaian keterangan dari waktu barang kes dirampas oleh SP6 sehingga diserahkan kepada SP8 dan seterusnya SP8 menghantar kepada SP1 untuk dianalisa di Jabatan Kimia Malaysia. [13] Mahkamah ini menerima keterangan SP1 secara prima facie seperti yang diputuskan di dalam kes Mahkamah Rayuan Tarmizi bin Yacoob & 1 lagi v PP [2006] 6 MLJ 197; [2006] 2 MLRA 185 iaitu “Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya mahkamah perbicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya”. [14] Mahkamah ini mendapati tiada keraguan mengenai identiti dadah tersebut yang telah dianalisa oleh SP1 seorang ahli kimia yang berpengalaman.
II
(ii) Dadah itu dalam milikan dan kawalan OKT dan OKT mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut [15] Undang-undang adalah mantap bahawa beban pembuktian kes pada sepanjang masa berada di atas bahu pihak pendakwaan bagi membuktikan kesnya tanpa apa-apa keraguan yang munasabah. Kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1; [2007] 4 CLJ 337 telah membincangkan dengan panjang lebar tentang intipati milikan (possession) dan pengetahuan tertuduh terhadap dadah yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Rujuk juga kes-kes Choo Yoke Choy v PP [1992] 4 CLJ 1791; [1992] 1 CLJ (Rep) 43, PP v Hong Ho Aik [2008] 10 CLJ 393 dan PP v Kung Yang Song [2010] 9 CLJ 483. [16] Pemilikan hendaklah mempunyai ciri-ciri kawalan atau jagaan dan pengetahuan akan barang yang dimilikinya. Kawalan atau jagaan membawa maksud mempunyai penjagaan dan pengawalan atas barang tersebut. Seterusnya, pengetahuannya tentang sifat barang yang berada dalam pengawalan dan penjagaan itu menunjukkan pemilikan ke atas barang tersebut. Dengan itu, pemilikan adalah apabila seseorang dalam keadaan mempunyai kuasa untuk menguruskan barang itu sebagai pemunya dengan mengecualikan orang lain. [17] Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan, ianya jelas bahawa OKT tidak mempunyai milikan, kawalan atau pengetahuan ke atas semua dadah yang dirampas pada hari kejadian. [18] Ini kerana tiada keterangan bahawa Bot tersebut dimiliki oleh OKT. Selain itu, tiada keterangan juga bahawa terdapat apa-apa barang peribadi OKT dijumpai di atas Bot tersebut di mana barang-barang kes dadah yang berada dalam guni dirampas (P45) oleh pasukan serbuan pada hari kejadian. [19] Adalah fakta yang jelas bahawa kandungan bungkusan tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia dibungkus sedemikian. Barang-barang kes dadah yang berada dalam bungkusan telah dibungkus dengan label Guanyinwang minuman teh dan berada dalam guni di atas Bot semasa rampasan dibuat. Kandungan dadah sebenar jelas sekali tidak kelihatan kepada sesiapa yang berada di atas Bot tersebut, termasuk OKT. [20] Selain itu, OKT tidak dilihat memegang, menyentuh, ataupun mendekati guni yang mengandungi semua dadah yang dirampas pada bila-bila masa ketika OKT berada di atas Bot tersebut. Sepanjang pemerhatian oleh saksi-saksi pendakwaan, tertuduh hanya dilihat menceduk air laut untuk mencuci Bot tersebut. [21] Pihak Pembelaan telah merujuk kes Pendakwa Raya v. Inthiran Rajendran [2021] MLRHU 1297; [2021] 1 LNS 1388, di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa OKT tidak mempunyai milikan, kawalan atau pengetahuan ke atas semua dadah yang dirampas yang ditemui di dalam bot pada hari kejadian dan dalam kes Inthiran Rajendran (supra), pemilik bot telah tidak dipanggil sebagai saksi. [22] Oleh itu, Mahkamah ini mengambilkira kes Inthiran Rajendran (supra), di mana telah diputuskan- ”[31] Dalam konteks ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh dan simati mempunyai milikan atas dadah didalam tong oren/jingga (P8) yang ditemui diatas bot biru tersebut (P13). Pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa Tertuduh dan simati mempunyai kawalan, jagaan serta pengetahuan terhadap dadah tersebut. Untuk ini, pihak pembelaan merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan didalam Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 1 MLRA 181; [SUPP] 2018 MLJ 280; [2011] 4 CLJ 113. "[15] The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish "possession". The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusively of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 MLRH 44; [1956] 1 MLJ 237. [32] Berdasarkan otoriti diatas, pihak pendakwaan bukan sahaja perlu membuktikan Tertuduh dan simati mempunyai milikan atas dadah-dadah didalam tong oren/jingga (P8) tetapi mempunyai pengetahuan bahawa barang-barang yang dijumpai didalam tong oren/jingga itu dadah.” [23] Seterusnya, di dalam kes PP V. Tan Tatt Eek [2005] 4 CLJ 460, Mahkamah memutuskan bahawa inferens pengetahuan, bukti dan keterangan berkaitan tindakan OKT hendaklah dibuktikan “against the possibility that the evidences adduced must not be capable of inferences consistent with innocence”. Mahkamah memutuskan: "The main issue in this case is whether on the facts the respondent had knowledge of the drugs in the plastic bag. In our view, the Court of Appeal was right in holding that there was no factual matrix adduced by the prosecution to infer that the respondent had knowledge of the nature of the drugs in the bag. On the evidence, the learned trial judge erred in finding that the respondent had knowledge of the drugs by way of inferences and from the circumstances of the case. In this case, the respondent was seen and found to be carrying the orange plastic bag in his right hand and having dropped the bag he reacted with shock when he was arrested by the police. The learned trial judge held that the respondent had physical custody and control of the bag, and we see that he was right in coming to that conclusion. However, he went further to find by inference from the respondent's conduct and appearance that the respondent had knowledge of the drugs in the bag. To our minds, such a finding was not justified on the evidence before him.” [24] Oleh itu, timbul persoalan dan keraguan mengenai siapa pemilik sebenar bungkusan yang mengandungi dadah berbahaya tersebut di lokasinya semasa dijumpai di tempat kejadian. Ini menimbulkan keraguan dan/atau kelompongan dalam naratif pendakwaan tentang keberadaan bungkusan dan pemiliknya. [25] Keterangan saksi-saksi pendakwaan iaitu SP5, SP6, SP7 dan SP8 adalah amat jelas bahawa OKT hanya kelihatan mencuci Bot. OKT juga didapati tidak menyentuh atau memegang ataupun mendekati guni yang mengandungi barang-barang kes yang diletakkan di atas bot pada bila-bila masa. [26] Semata-mata berpandukan dengan hanya terjumpanya dadah di atas Bot, tidak bermakna OKT memilikinya, mempunyai kawalan dan jagaan, dan pengetahuan tentang dadah yang berada di atas Bot. Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa barang kes yang dirampas adalah kepunyaan OKT tetapi ini tidak berjaya dibuktikan. Malahan, tiada barangan peribadi OKT dijumpai. Tiada kesan cap jari ataupun bukti DNA dikemukakan. Isu berkaitan seorang bernama Tarmizi Mohd Yaakob [27] Terdapat satu isu yang ditimbulkan oleh pembelaan yang bukan sahaja menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan tetapi telah meruntuhkan segala elemen yang ditimbulkan oleh pihak pendakwaan untuk menunjukkan bahawa OKT adalah terlibat di dalam pengedaran dadah yang dijumpai bersamanya. lsu yang dimaksudkan adalah pegawai penyiasat gagal menyiasat sejauh mana penglibatan seorang bernama Tarmizi Mohd Yaakob dalam kes ini. [28] Pihak pendakwaan didapati telah gagal menjelaskan mengapa seorang bernama Tarmizi Mohd Yaakob ini tidak dipanggil. Oleh itu tidak diketahui apakah alasannya. Memandangkan beliau turut ditangkap berhampiran dan Pegawai Penyiasat dalam kes ini juga merupakan pegawai penyiasat yang sama. [29] Selain itu, saksi Pendakwaan khususnya SP6, SP7 dan SP8 semasa pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula semasa perbicaraan di Mahkamah mengesahkan kewujudan seorang bernama Tarmizi Mohd Yaakob tetapi tidak dipanggil untuk memberi keterangan dan Mahkamah ini berpandangan bahawa Seksyen 114(g) Akta Keterangan terpakai. Keterangannya seperti berikut- PB: Untuk makluman YA, bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah bersangkut Teluk Kumbar Report 568/22, 566-567/22 pada 29 Mac, jam lebih kurang 1 hours saya bersama pasukan anggota telah tahan satu lagi warga negara Indonesia di tepi pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah berbahaya. Semasa menjalankan tangkapan telah berlaku pergelutan kerana suspek enggan bekerjasama. Saya beritahu kesalahan dan tangkap warga negara Indonesia tersebut untuk tindakan selanjutnya, betul? SP6: Betul. PB: Jadi, dalam kes ini selain daripada tertuduh yang ada di mahkamah ada seorang lagi suspek yang juga ditangkap direman dan disiasat bagi tujuan kes, iaitu Tarmizi Mohd Yaakob, tuan sahkan? SP6: Setuju. [30] Dalam hal ini, kes Mahkamah Persekutuan Ti Chuee Hiang V Public Prosecutor [1995] 3 CLJ 1; [1995] 1 MLRA 354 adalah dirujuk yang memutuskan- “[25] In Apostilides, the High Court of Australia (at p 575) said, inter alia, that a decision of the prosecutor not to call a particular person as a witness will only constitute a ground for setting aside a conviction if, when viewed against the conduct of the trial taken as a whole, it is seen to give rise to a miscarriage of justice. [26] Having said that, it is in our view clear law, that while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial (see eg Adel Muhammed el Dabbah v. A-G (Palestine) [1994] AC 156 at 167-9) the most basic limitation upon prosecutorial discretion in the presentation of a case, is that it also has a duty to call all of the necessary witnesses to establish proof against the accused beyond all reasonable doubt, and if, in the exercise of its discretion, it fails to fulfil this obligation which is nothing less that a statutory duty - the accused must be acquitted.” (Penekanan Ditambah) [31] Akhirnya Mahkamah Persekutuan dalam kes Ti Chuee Hiang (supra) memutuskan- “[34] We were thus driven to the inevitable conclusion that the maintenance of the principle involved in this case was more important than the case itself. This is the principle enunciated in Maxwell v. Director of Public Prosecutions 24 Cr App R 152, 176: It is often better that one guilty man should escape than the general rules evolved by the dictates of justice, for the conduct of criminal prosecutions should be disregarded or discredited.” [32] Oleh itu adalah memudaratkan kes pendakwaan dan kelompongan serius di dalam kes pendakwaan apabila seorang saksi penting tidak dikemukakan ataupun ditawarkan kepada pembelaan. [33] Adalah diakui bahawa atas budi bicara pihak pendakwaan untuk mengemukakan saksi-saksi material dan penting bagi membuktikan intipati pertuduhan terhadap OKT. Tugas dan obligasi ini di tangan mereka sebelum berakhirnya kes pendakwaan dan tugas serta obligasi ini tidak pernah berpindah ke pihak pembelaan pada peringkat ini. [34] Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan Rosli bin Yusof v. Public Prosecutor [2021] 5 MLRA 150; [2021] 4 MLJ 479; [2021] 7 CLJ 681 yang telah memutuskan- "[34] We accept the submission advanced by learned deputy that the prosecution is soley responsible for deciding how to present its case and choosing which witness to call. The dictum of Lord Thankerton in the case of Adel Muhammed El Dabbah v Attorney General for Palestine [1944] AC 156 at pp 168-9 [1944] 2 ALL ER 139 that "the court will not interfere with the exercise of that discretion, unless, perhaps it can be shown that the prosecutor has been influenced by some oblique motives has been followed and accepted by our courts. Having said that, we hasten to add that the discretion is not unfettered. The prosecution must exercise his or her power to choose which witness to call consistent with the requirement of fairness. He or she is under a duty to call all credible witness whoise evidence is essential to fully presenting the narrative of the case. (penekanan oleh Mahkamah} The obligation to call witness is sometimes expressed in terms of prosecution's duty to call 'material witness'. In this context, "material" has a wide meaning and evidence which is admissible and capable of influencing the court's assessment of guilt or otherwise is capable of being material (see Dyers v R [2002] 210 CLR 285, [2002] HCA 45 at [11]; R v Manning [2017] QCA 23 at [19]. Unless there is a good reason for not calling the witness, prosecution should call all eye witness to the events constituting the alleged offence". (Penekanan Ditambah) [35] Berkenaan isu panggilan saksi-saksi dalam membuktikan kes secara adil; Mahkamah Persekutuan melalui kes Rosli b Yusof (supra) yang dinyatakan di atas seterusnya memutuskan- "[30] We would like to emphasise, that at all times, prosecutors are expected to present their case fairly, impartially and professionally and assist the court in arriving at the truth by producing all the relevant facts to the court as "Officer of the Court (See R v Guerin (1931) 23Cr App R 39) [36] Samada saksi yang dipanggil akan memberi versi keterangan yang mengukuhkan kes pendakwaan atau sebaliknya itu isu kedua. lsu utama ialah seorang bernama Tarmizi Mohd Yaakob semestinya dipanggil atau cubaan dibuat untuk membawa beliau sebagai saksi bagi mengelakkan pihak pembelaan menggunakan anggapan ini iaitu pihak pendakwaan sengaja untuk tidak memanggil saksi ini kerana saksi ini akan memberi keterangan yang tidak memihak kepada mereka (Rujuk juga kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1996] 2 MLRA 35; [1996] 3 MLJ 560; [1997] 1 CLJ 233; Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2018] 4 MLRA 169; [2019] 6 MLJ 231; [2018] CLJ 133; [2018] 4 AMR 857). [37] Selanjutnya, Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosli b Yusof (supra) turut memutuskan- "(43) The investigating officer had investigated all these witnesses and submitted the single set of investigation papers to the Deputy Public Prosecutor who then decided not to charge them. In the circumstances, the prosecution cannot be heard to say that it did not know what evidence these witnesses would give because statements had been recorded from them. Necessary arrangements should have been made by the prosecution to make them available to defence during the proceedings in the High Court". (Penekanan ditambah) [38] Tugas berat yang dipikul oleh pihak pendakwaan dalam membuktikan semua elemen untuk mencapai kepada satu keputusan bahawa OKT sepatutnya dipanggil membela diri telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan didalam Mahkamah Persekutuan di dalam keputusan Rosli b Yusof (supra) memutuskan seperti berikut: "[45] It is trite law that it is not the duty of the appellant to prove his innocence or to call a particular witness to support his defence (see Tan Foo Su v PP [1967] 2MLJ 19: Sandra Margaret Birch v PP [1978] 1 MLJ 72. The law places upon the prosecution the burden to prove guilt of the appellant beyond reasonable doubt and not on the appellant to prove his innocence. Well entrenched in jurisprudence is the rule that the conviction of the appellant must rest not on the weakness of the defence but on the.strength of the prosecution. This principle is the corner stone of our criminal law" (Penekanan Ditambah) [39] Oleh itu, hujahan peguam pembelaan bahawa peruntukan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dan prinsip yang dinyatakan dalam nas kes Ti Chuee Hiang (supra) adalah diterima pakai oleh Mahkamah ini. (Rujuk juga kes Akliansyah v. Public Prosecutor [2014] 3 MLJ 392 dan Public Prosecutor v Rishyaaj Santharsegaran [2022] 1 LNS 1968). [40] Dalam keadaan ini, terlampau banyak inferens yang menjadikan kelompongan dalam elemen kawalan dan jagaan juga pengetahuan terhadap dadah dalam kes ini. Tindakan OKT [41] Mahkamah ini melihat tindakan melibas sabit oleh OKT sebagai satu tindakan refleks yang akan terjadi bila diserbu secara mendadak dengan berpakaian preman dan bersenjata, apatah lagi pada waktu malam. [42] Adalah diperhatikan bahawa OKT hanya bertindak mengeluarkan sabit apabila pasukan serbuan yang berpakaian preman meluru terhadap Bot dalam keadaan memegang senjata api. Saksi-saksi Pendakwaan juga telah mengesahkan apabila OKT yakin bahawa beliau dihampiri oleh anggota-anggota polis maka OKT akhirnya menyerah diri dan memberi kerjasama kepada SP7 dan anggota-anggotanya. SP5 turut mengakui bahawa tindakan OKT mengeluarkan sabit adalah munasabah.
III
(iii) OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah [43] Persoalan seterusnya adalah sama ada wujudnya keterangan mengedar dadah tersebut dibuktikan atas OKT. [44] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan dan kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai, maka anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 adalah tidak terpakai ke atas OKT. Secara alternatifnya, sekalipun pihak pendakwaan menggunakan keterangan langsung tanpa bergantung kepada anggapan bawah seksyen 37(d) ADB 1952, OKT telah berjaya mewujudkan keraguan munasabah atas kes pihak pendakwaan. [45] Berdasarkan alasan-alasan dan fakta kes pihak pendakwaan tidak terdapat sebarang keterangan yang menunjukkan OKT mengedar dadah berkenaan. H. KESIMPULAN [46] Di peringkat akhir kes pendakwaan, Mahkamah setelah membuat penilaian maksima ke atas segala keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan berserta eksibit-eksibit yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini dan setelah mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak di peringkat ini, maka Mahkamah dengan ini berpuas hati dan mendapati bahawa pihak pendakwaan, di akhir kes pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie ke atas OKT sebagaimana yang dipertuduhkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) KTJ. Mahkamah dengan ini memerintahkan OKT untuk dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini. [47] Semua ekshibit melainkan dokumen dipulangkan kepada pihak polis untuk simpan selamat sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan dilupuskan. BERTARIKH: 18 MEI 2026 -SGD- (SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI 3 GEORGETOWN PULAU PINANG Pihak-Pihak: Timbalan Pendakwa Raya: Puteri Nor Nadia Binti Mohamed Iqbal (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang) Peguambela: Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaram @ Rajaji bersama Thandayuthabany Pillay A/L Ramachandran Pillay (Tetuan R. Nethaji Rayer & Co.)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.