Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM NO. KES: JH-62ES-2-02/202 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD SHAHRIEL NIZAM BIN HUSSIN (NO. K/P: 881215-01-5967) PENGHAKIMAN A.
JH-62ES-2-02/2025
Sessions Court of Malaysia18 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM NO. KES: JH-62ES-2-02/202 PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD SHAHRIEL NIZAM BIN HUSSIN (NO. K/P: 881215-01-5967) PENGHAKIMAN A.
1
Di dalam kes ini, Tertuduh telah dituduh di hadapan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi dengan 1 pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan Bahawa kamu pada 20.03.2024 jam lebih kurang 09.00 pagi di kedudukan Latitud 02 darjah 37.350 minit Utara dan Longitud 103 darjah 48.903 minit Timur pada jarak lebih kurang 2.1 batu nautika dari Pantai Tanjung Resang,Mersing Johor di dalam perairan perikanan Malaysia telah didapati memiliki peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda (bukan S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg peralatan menangkap ikan tradisional) tanpa lesen di atas vesel penangkapan ikan tempatan bernombor pendaftaran TF 9787 milik kamu bagi maksud menangkap ikan. Maka dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 [Akta 317] dan boleh dihukum di bawah perenggan 25(b) Akta yang sama. HUKUMAN Kesalahan di bawah subseksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985; • Hukuman di bawah perenggan 25(b) Akta Perikanan 1985 iaitu dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. PENALTI TAMBAHAN KEPADA HUKUMAN • Di bawah subseksyen 33 (1) Akta Perikanan 1985, kuasa Mahkamah untuk mengarahkan pembatalan lesen atau permit. Jika mana-mana orang dipertuduhkan dan didapati bersalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang mungkin dikenakan, memerintahkan supaya dibatalkan mana-mana lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah akta ini yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan. • Di bawah subseksyen 52 (1) Akta Perikanan 1985, S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg
52
Rampasan dan pelupusan vesel, dsb. (1) Jika mana-mana orang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan (a) di bawah perenggan 8(a), subseksyen 11(3), 11(3A), 15(1) atau seksyen 26; dan (b) kerana melanggar apa-apa syarat lesen yang berhubungan dengan kawasan penangkapan ikan yang dibenarkan di bawah lesen itu, Mahkamah hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan – i) memerintahkan supaya vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan), kenderaan, benda atau barang yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu atau yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dilucuthakkan; dan ii) memerintahkan supaya apa-apa ikan yang ditangkap dalam melakukan kesalahan itu atau hasil jualan apa-apa ikan atau benda lain daripada jenis yang mudah rosak yang disebutkan dalam seksyen 48, dan apa-apa bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang digunakan atau yang dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dilucuthakkan.
2
Pada peringkat awal dipertuduhkan iaitu pada 21 Februari 2025, Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. Pihak Pendakwaan telah meneruskan dengan pengemukaan eksibit-eksibit dan telah diakui oleh Tertuduh. S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg
3
Mahkamah seterusnya mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan. Setelah mendengar hujahan peringanan hukuman oleh Tertuduh dan pemberatan hukuman oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2000 gagal bayar penjara selama 3 bulan. Sebagai tambahan kepada hukuman tersebut, Mahkamah juga memerintahkan lesen atau permit Tertuduh dibatalkan, vessel tersebut (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan) dan wang jualan lelong rampasan ikan dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia 4. Tertuduh, selaku Perayu, tidak berpuas hati di atas keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman.
5
Pada 18 Mac 2025, Tertuduh telah memohon penangguhan pelaksanaan hukuman (stay of execution) atas alasan Tertuduh telah memfailkan rayuan bagi kes ini terhadap sabitan dan hukuman. Tertuduh bersetuju dengan syarat-syarat tambahan oleh Mahkamah jika penangguhan pelaksanaan hukuman (stay of execution) dibenarkan. Tertuduh juga tiada bantahan sekiranya vesel tersebut berada di bawah Jagaan Jabatan Perikanan. Namun Tertuduh memohon agar Tertuduh dibenarkan, secara berkala, untuk menghidupkan enjin vesel.
6
Pihak Pendakwaan pula, secara asasnya, tidak membantah permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman (stay of execution) selagi vesel tersebut berada di bawah Jagaan Jabatan Perikanan. S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg
7
Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman (stay of execution) dengan syarat tambahan vesel tersebut berada di bawah Jagaan Jabatan Perikanan dan Tertuduh dibenarkan, secara berkala, untuk menghidupkan enjin vessel dengan kehadiran pegawai Jabatan Perikanan. B.
8
Pada 21 Februari 2025, sebelum Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut pada peringkat awal dipertuduhkan. Mahkamah ini telah mengikuti prosedur yang digariskan di bawah Seksyen 173 Kanun Tatcara Jenayah seperti berikut: “Procedure in summary trials 173. The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:
a
When the accused appears or is brought before the Court a charge containing the particulars of the offence of which he is accused shall be framed and read and explained to him, and he shall be asked whether he is guilty of the offence charged or claims to be tried.
b
If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law: S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him. …”
9
Pertuduhan tersebut telah dibaca dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh mengakui faham akan pertuduhan tersebut dan mengaku salah. Tertuduh juga faham sifat dan akibat pertuduhan. Pihak Pendakwaan seterusnya telah meneruskan dengan pengemukaan eksibit-eksibit dan telah diakui oleh Tertuduh 10. Mahkamah ini, dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian, telah mengambil kira faktor-faktor berikut: a) Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 11 (3)
a
Akta Perikanan 1985 [Akta 317] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (b) Akta yang sama; b) Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 33 (1) Akta 317; c) Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 52 (1) Akta 317; d) Pengakuan bersalah dan rayuan mitigasi Tertuduh e) Kepentingan awam; f) Pengajaran kepada Tertuduh; S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg g) Keseriusan kesalahan; h) Setimpal.
11
Seksyen 25 (b) Akta Perikanan 1985 [Akta 317] memperuntukkan hukuman seperti berikut: “25. Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti khas diperuntukkan berhubungan dengannya, orang itu boleh-
a
…
b
dalam segala hal lain, dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.” 12
1
Akta Perikanan 1985 [Akta 317] pula memperuntukkan hukuman: “33. Kuasa mahkamah untuk mengarahkan pembatalan lesen atau permit.
1
Jika mana-mana orang dipertuduh dan didapati bersalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang mungkin dikenakan, memerintahkan supaya dibatalkan mana-mana lesen atau permit yang S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg dikeluarkan di bawah Akta ini yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan.
2
…”
13
Selanjutnya Seksyen 52 (1) Akta 317 memperuntukkan hukuman seperti berikut: “52. Rampasan dan pelupusan vesel, dsb.
1
Jika mana-mana orang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan-
a
di bawah seksyen 8 (a), 15(1) atau 26; dan
b
kerana melanggar apa-apa syarat lesen yang berhubungan dengan kawasan penangkapan ikan yang dibenarkan di bawah lesen itu, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan-
i
memerintahkan supaya vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan), kenderaan, benda atau barang yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu atau yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dilucuthakkan; dan
II
(ii) memerintahkan supaya apa-apa ikan yang ditangkap dalam melakukan kesalahan itu atau hasil jualan apa-apa ikan atau benda lain daripada jenis yang mudah rosak yang disebutkan dalam seksyen 48, dan apa-apa bahan S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang digunakan atau yang dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dilucuthakkan.
2
…”
14
Berdasarkan peruntukan undang-undang yang dirujuk di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh adalah di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang dan mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 11 (3) (a) Akta 317 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25
b
(b), Seksyen 33 (1) Akta 317 dan Seksyen 52 (1) Akta yang sama.
15
Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes PUBLIC PROSECUTOR V JAFA BIN DAUD [1981] 1 MLJ 315 yang membincangkan berkaitan “sentence according to law”, di mana Mohamed Azmi J telah menyatakan seperti berikut: “…sentence according to law, means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it also be assessed and passed accordance with established judicial principles…”
16
Di dalam menentukan hukuman yang wajar, munasabah dan bersesuaian dengan kesalahan di bawah Seksyen 11 (3) (a) Akta 317 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (b), Seksyen 33 (1) Akta 317 dan Seksyen 52 (1) Akta yang sama terhadap Tertuduh, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes PP V. LING LEH HOE [2015] 4 CLJ 869, di S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg mana Mahkamah Rayuan telah membincangkan berkaitan pendekatan Mahkamah dalam kes-kes rayuan dan telah memutuskan: "[14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out:
a
The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence;
b
There had been an error on the part of the trial judge in appreciating the material facts placed before him;
c
The sentence was wrong in principle; or
d
The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. (See R v. Ball [1951] 35 Cr App. R 164; Loo Weng Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500)."
17
Tertuduh dalam kes ini telah mengaku salah pada peringkat awal dipertuduhkan. Pengakuan bersalah Tertuduh tersebut masih perlu diambil kira oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg
18
Mahkamah ini merujuk kepada kes SAU SOO KIM V PP [1975] 1 LNS 158 yang mana Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannnya telah menyatakan seperti berikut: “That whether a person is a hardened criminal or not, plea of guilty should be treated as mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthty trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
19
Memandangkan tiada saksi dipanggil memberikan keterangan sebelum Tertuduh mengaku salah, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman denda RM2000 gagal bayar penjara selama 3 bulan dan hukuman tambahan iaitu memerintahkan lesen atau permit Tertuduh dibatalkan, vessel tersebut (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan) dan wang jualan lelong rampasan ikan dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia adalah wajar.
20
Sebagai tambahan, Mahkamah ini turut merujuk kepada kes R V. BALL (1951) 35 CR APP R 164, yang menyatakan seperti berikut: “…our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe…” S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg
21
Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman denda RM2000 gagal bayar penjara selama 3 bulan dan hukuman-hukuman tambahan kepada Tertuduh adalah satu bentuk “leniency” terhadap Tertuduh dengan mengambil kira kes belum dijalankan dengan mana-mana saksi. Ia juga adalah hukuman yang dianggap wajar, munasabah dan bersesuaian oleh Mahkamah ini. Malahan hukuman tersebut juga bukanlah bersifat “manifestly excessive”.
22
Mahkamah ini juga berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap Tertuduh adalah munasabah dan berpadanan dengan fakta dan keadaan kes ini, di mana, di dalam kes ini Tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang dipandang serius oleh Jabatan Perikanan serius iaitu memiliki peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda ( bukan peralatan menangkap ikan tradisional) tanpa lesen di atas vesel penangkapan ikan tempatan bernombor pendaftaran TF 9787 milik Tertuduh bagi maksud menangkap ikan di dalam perairan perikanan Malaysia.
23
Berdasarkan hujahan pemberatan oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan tersebut dipandang serius oleh Jabatan Perikanan di mana vesel Tertuduh dilesenkan untuk peralatan tradisional namun didapati memiliki pukat tunda di mana ia adalah “destructive” pada kawasan perikanan tersebut. S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg
24
Kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh merupakan satu kesalahan yang serius dan hukuman deteren perlu diberikan kepada Tertuduh. Tujuan hukuman tersebut bukan sahaja sebagai pengajaran kepada Tertuduh tetapi juga untuk mendidik Tertuduh, secara khususnya, dan masyarakat awam, secara amnya, supaya tidak melakukan atau mengulangi kesalahan yang sama di masa akan datang.
25
Di dalam mempertimbangkan kepentingan awam, Mahkamah ini turut, sekali lagi, merujuk kepada kes R V BALL [1951] 35 CR APP R. 164, di mana Hilbery J menyatakan seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our laws does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.”
26
Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan kepada Tertuduh iaitu hukuman denda RM2000 gagal bayar penjara selama 3 bulan dan hukuman tambahan, di mana, Mahkamah juga memerintahkan lesen atau permit Tertuduh dibatalkan, vessel Tertuduh (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan) dan wang jualan lelong rampasan ikan dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak bertentangan dengan prinsip undang-undang bahkan hukuman tersebut juga berperanan sebagai satu pengajaran, pencegahan serta pemulihan kepada Tertuduh.
27
Mahkamah ini juga telah membuat pilihan hukuman yang bersesuaian dan sewajarnya dijatuhkan ke atas Tertuduh berdasarkan pertimbangan kepada faktor-faktor mitigasi dan pemberatan yang telah dikemukakan oleh Tertuduh dan pihak Pendakwaan.
28
Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan ke atas Tertuduh dalam kes ini adalah satu hukuman yang tidak bertentangan dengan undang-undang, wajar, munasabah dan bersesuaian dengan S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg kesalahan di bawah Seksyen 11 (3) (a) Akta 317 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (b), Seksyen 33 (1) Akta 317 dan Seksyen 52 (1) Akta yang sama terhadap Tertuduh. Sekian, terima kasih. Hayda Faridzal Bin Abu Hasan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Bertarikh: 25/9/2025 S/N jIEqA79zG0yxX3qg4yOg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.