Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KEMAMAN DI DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES JENAYAH NO: TB-83RS-115-12/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA
TB-83RS-115-12/2025
Magistrates Court of Malaysia18 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KEMAMAN DI DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN KES JENAYAH NO: TB-83RS-115-12/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Mohd Shan Ril bin Lim (selepas ini dirujuk sebagai ‘OKT’) telah dituduh dengan satu 1 pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama kerana kerana telah menyimpan harta curi iaitu seutas gelang tangan berbentuk hati berwarna kekuningan dan seutas gelang tangan jenama Cartier. OKT mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut.
2
Pada 18/12/2025, OKT telah mengaku salah atas pertuduhan tersebut dan Mahkamah telah mensabitkan OKT atas kesalahan dan dihukum 3 tahun pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap.
3
OKT yang terkilan atas hukuman tersebut telah memfailkan Notis Rayuan bagi merayu ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah ini. B. PERTUDUHAN [4] Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: PERTUDUHAN Bahawa kamu pada 21/11/2025 jam lebih kurang 11.00 malam,semasa berada di rumah tidak bernombor Kampung Teladas Air Puteh 24050, di dalam daerah Kemaman, di dalam negeri Terengganu didapati kamu telah menyimpan harta curi iaitu seutas gelang tangan berbentuk hati berwarna kekuningan dan seutas gelang tangan jenama Cartier milik Nur Fatin Izzati binti Zulhainan bernombor kad pengenalan 971213-46-5250 dengan mempunyai sebab untuk mempercayainya adalah harta curi. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 411 Kanun Kesiksaan dan dihukum dibawah seksyen yang sama. Hukuman Seksyen 411 Kanun Kesiksaan. Barang siapa secara tidak jujur menerima atau menyimpan apa-apa harta curi, dengan mengetahui atau dengan sebab untuk mempercayainya sebagai harta curi, hendaklah dikukum dengan 3 pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. C. PENGAKUAN SALAH [5] Pada 18/12/2025, OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dan diterangkan dalam bahasa Melayu. Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut juga telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT dan OKT masih mengekalkan pengakuan salahnya. OKT memahami sifat dan akibat pengakuannya dan telah mengaku salah tanpa syarat.
6
Mahkamah berpuas hati bahawa OKT telah dengan jelas memahami pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya dan juga hukuman yang boleh dikenakan kepadanya atas pengakuan salah tersebut. Mahkamah juga telah memastikan yang OKT faham tentang sifat dan akibat dari pengakuan bersalah tersebut.
7
Pihak pendakwaan seterusnya telah mengemukakan eksibit seperti berikut: -Fakta kes dibacakan dan dan diakui benar oleh OKT: P1 -Chukai report 9099/2025: P2 -Ayer Puteh report 515/2025: P3 -13 keping gambar tempat kejadian: P4A-M -8 keping gambar kereta: P5A-H -17 keping gambar brg kes P6A-Q -1 utas gelang tangan bentuk hati warna kekuningan: P7 -1 utas gelang tangan cartier: P8 [Kesemua ekshibit diakui benar oleh OKT tanpa syarat]
8
Fakta Kes (Eksibit P1) menyatakan:
8
8.1 Pada 21/11/2025 jam lebih kurang 04:00 hrs, semasa pengadu bernama Nur Fatin Izzati binti Zulhainan berada di rumah alamat 1399-6 Kampung Geliga Besar 24000 Terengganu semasa hendak pergi ke tandas, pengadu dapati beg-beg pengadu telah berselerak di hadapan tandas. Pengadu telah buat semakan dapati pintu hadapan dan tingkap bilik telah terbuka serta almari baju berselerak. Antara barang yang hilang adalah gelang emas, duit sebanyak RM50.00 bersama kad pengenalan dan kad bank. Seterusnya pengadu datang ke balai polis buat laporan untuk tindakan pihak polis.
8
8.2 Pada 21/11/2025 jam lebih kurang 11.00 malam, pegawai tangkapan iaitu Insp Arizal Fiveroses bin Ghazali telah mengetuai sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah, telah buat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Teladas Ayer Puteh 34050, Kemaman, Terengganu.
8
8.3 Sampai di perkarangan rumah tersebut, pegawai tangkapan bersama anggota telah 1 buah kereta jenis Proton Satria warna biru no pendaftaran CAQ1252 dalam keadaan enjin dihidupkan. Pegawai tangkapan bersama anggota bertindak menghampiri kenderaan tersebut dan pegawai tangkapan perkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan menunjukkan kad kuasa kepada 1 lelaki (bahagian pemandu) dan 1 perempuan dibahagian penumpang. Pegawai tangkapan mengarahkan kedua-dua subjek turun dari kenderaan bagi tujuan pemeriksaan tiba-tiba lelaki dibahagian pemandu bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan oleh anggota serbuan.
8
8.4 Setelah keadaan terkawal pegawai tangkapan membuat pemeriksaan dan mendapati butir-butir diri lelaki berikut nama: Mohd Shan Ril bin Lim (pemandu), nombor kad pengenalan: 940429-12-5229 dan perempuan bernama: Norhayati binti Masnon (penumpang), nombor kad pengenalan: 911112-11-5548. Pegawai tangkapan arahkan anggota serbuan buat pemeriksaan fizikal terhadap kedua-dua penama dapati tiada menjumpai barang salah.
8
8.5 Seterusnya dengan disaksikan kedua-dua penama, pegawai tangkapan buat pemeriksaan terhadap kenderaan dapati butiran seperti berikut iaitu sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru dengan nombor pendaftaran CAQ1252. Hasil temubual awal terhadap penama Mohd Shan Ril bin Lim telah menunjukkan kepada pegawai tangkapan di dalam kereta bahagian glove box terdapat barang seperti 1 utas jam tangan warna silver jenama Casio, I utas jam tangan warna hijau jenama Sanda, I utas gelang tangan berbentuk hati warna kekuningan, 2 utas gelang tangan warna kekuningan, 1 helai resit jualan barang kemas kedai emas New Heng Yip serta 1 buah telefon bimbit jenama Vivo V40 Lite warna silver. Selesai pemeriksaan, pegawai tangkapan tangkap kedua-dua penama dan rampas kesemua barang kes untuk siasatan lanjut berkait Chukai 9099/2025. Tangkapan juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga kedua-dua penama.
8
8.6 Siasatan telah disiasat oleh Inspektor Afiq Nashriq bin Mohamed Yusof. Tempat Kejadian telah dilawati dan rajah kasar telah dilakar oleh pegawai penyiasat. Hasil siasatan mendapati bahawa Mohd Shan Ril bin Lim pada 21/11/2025 jam lebih kurang 11:00 malam semasa berada di rumah tidak bernombor Kampung Teladas Ayer Puteh 24050, di dalam Daerah Kemaman, di dalam Negeri Terengganu Darul Iman, didapati Mohd Shan Ril bin Lim telah menyimpan harta curi iaitu seutas gelang tangan berbentuk hati berwarna kekuningan kepunyaan Nur Fatin Izzati binti Zulhainan bernombor kad pengenalan 971213-46-5250 dengan mempunyai sebab untuk mempercayainya adalah harta curi. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 411 Kanun Keseksaan. [9] OKT telah mengakui benar Fakta Kes (Eksibit P1) yang dibacakan kepadanya. [10] Kesemua ekshibit di atas telah ditunjukkan kepada OKT dan OKT telah mengakui benar kesemua ekshibit tersebut. [11] Mahkamah seterusnya telah menerima pengakuan salah OKT dan mendapati OKT bersalah atas pertuduhan tersebut. [12] OKT yang tidak diwakili peguambela telah membuat rayuannya sendiri dengan menyatakan bahawa OKT mohon kurangkan hukuman kerana OKT mempunyai tanggungan 6 orang anak dan seorang isteri. OKT berumur 31 tahun bekerja di kilang papan dengan RM350 seminggu dan merayu hukuman diringankan dan dengan alasan OKT percaya barang kes akan dikembalikan semula kepada pengadu dan dalam kes ini OKT memilih hukuman penjara berbanding denda. [13] Puan Timbalan Pendakwa Raya (selepas ini dirujuk sebagai ‘TPR’) yang bijaksana telah memohon agar OKT dikenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran terhadap OKT dan agar OKT tidak mengulangi kesalahan yang sama dimasa hadapan dan puan TPR turut mengemukakan rekod lampau [P9]. [14] Mahkamah setelah mendengar rayuan OKT dan hujahan puan TPR telah mensabitkan OKT atas kesalahan dan menjatuhkan hukuman bagi pertuduhan iaitu pemenjaraan selama 3 tahun dari tarikh tangkap. D.FAKTOR-FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN OLEH MAHKAMAH [15] Seksyen 411 Kanun Keseksaan Menerima harta curi dengan dengan curang “Barang siapa secara tidak jujur menerima atau menyimpan apa-apa harta curi, dengan mengetahui atau dengan sebab untuk mempercayainya sebagai harta curi, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya; dan jika harta curi itu sebuah kenderaan motor atau mana bahagian komponen sebuah kenderaan motor sebagaimana ditarkrifkan dalam Seksyen 379A, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari 5 tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda” [16] Hukuman yang dijatuhkan kepada OKT adalah menurut undang-undang sepertimana yang disyaratkan di dalam Seksyen 173(b) KTJ. Merujuk kepada kes Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 yang membincangkan berkaitan “sentence according to law” telah menyatakan “that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles”. [17] Manakala di dalam kes New Tuck Shen v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 27, Mahkamah memutuskan ‘The right to impose punishment on a guilty party is absolutely the discretion of the court’. [18] Bagi kesalahan dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. [19] Mahkamah telah mengambil kira fakta dan keadaan kes serta rayuan OKT dalam menggunakan budi bicara Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang bersesuaian dengan jenis dan graviti kesalahan yang dilakukan oleh OKT. Hukuman yang diberikan hendaklah berpadanan dengan kesalahan tersebut. [20] Peruntukan Seksyen 172G KTJ menyatakan: Where an accused pleads guilty at any time before the commencement of his trial, the Court shall sentence the accused in accordance with subparagraph 172D(1)(c)(ii).
Preamble
Menurut Seksyen 172D(1)(c)(ii) KTJ:
1
Where a satisfactory disposition of the case has been agreed upon by the accused and the Public Prosecutor under section 172C, the Court shall, in accordance with law, dispose of the case in the following manner:
a
make any order under section 426; and
b
where the satisfactory disposition is in relation to a plea bargaining of the charge, find the accused guilty on the charge agreed upon in the satisfactory disposition and sentence the accused accordingly; or
c
where the satisfactory disposition is in relation to a plea bargaining of the sentence, find the accused guilty on the charge and-
i
deal with the accused under section 293 or 294; or
II
(ii) subject to subsections (2) and (3), sentence the accused to not more than half of the maximum punishment of imprisonment provided under the law for the offence for which the accused has been convicted. [21] Mengguna pakai peruntukan Seksyen 172G dan 172D(1)(c)(ii) KTJ, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman bagi 3 tahun penjara dari tarikh tangkap. [22] Notis Rayuan yang difailkan oleh OKT adalah bagi merayu terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya. Oleh yang demikian, Seksyen 305 KTJ adalah terpakai dimana Seksyen tersebut memperuntukkan: When an accused person has pleaded guilty and been convicted by a Magistrate on that plea, there shall be no appeal except as to the extent or legality of the sentence. [23] Rayuan bagi hukuman atas pengakuan salah adalah terbatas kepada berat dan sahnya hukuman itu sahaja. [24] Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah adalah sah dan mematuhi peruntukan Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Merujuk kepada kes Deputy Public Prosecutor v Isaac Elion (1949) 15 MLJ 160, yang menyatakan ‘that before an Appellate Court interfered with the sentence of the Court below, the Appellate Court had to be satisfied that the sentence was wrong either in law or that it was manifestly excessive or inadequate on the facts and circumstances. [25] Di dalam kes PP v. Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 869, Mahkamah telah memutuskan: "[14] The appellate court can and will interfere in the sentence imposed by the lower court if it is satisfied that any of the following four grounds are made out:
a
The sentencing judge had made a wrong decision as to the proper factual basis for the sentence;
b
There had been an error on the part of the trial judge in appreciating the material facts placed before him;
c
The sentence was wrong in principle; or
d
The sentence imposed was manifestly excessive or inadequate. (See R v. Ball [1951] 35 Cr App. R 164; Loo Weng Fatt v. Public Prosecutor [2001] 3 SLR 313 at para [65]; Public Prosecutor v. UI [2008] 4 SLR (R) 500)." [26] Mahkamah juga dalam melaksanakan budi bicara untuk menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada tertuduh, perlu mengambil kira pelbagai faktor sebagaimana yang dinyatakan di dalam kes PP v Morah Chekwube Chukwudi [ 2017] MLJU 958 yang mana telah diputuskan: - “Jurisprudence relating to sentence [5] It well established that there are numbers of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows : (a) gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record;(e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; I1) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty;
l
status of the accused;(m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. [27] Mahkamah telah menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukan seksyen 411 Kanun Keseksaan, dan mengikut prinsip undang-undang yang ditetapkan dimana hukuman tersebut tidaklah terlampau berat atau berlebihan. Hukuman tersebut masih berada di dalam had lingkungan yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 5 tahun penjara. E. KEPENTINGAN AWAM [28] Kepentingan awam atau kepentingan umum merupakan pertimbangan utama kepada Mahkamah dalam menentukan hukuman yang munasabah dan wajar dikenakan ke atas OKT. [29] Bagi memastikan kepentingan awam terjaga, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat maka menjadi tugas Mahkamah untuk memastikan pesalah dihukum setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Di dalam kes Hasanuddin Abd Hamid v PP [2002] 3 CLJ 495, Mahkamah di muka surat 518 telah memetik penghakiman Raja Azlan Shah Ag LP di dalam kes Bhandulananda v PP: Raja Azlan Shah Ag LP (as his majesty then was) made the following observations in the Federal Court decision of Bhandulananda v. PP, on an appeal against sentence for the offence of giving false testimony in court: He (the trial judge) took the course he did, in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law as administered in this country. We agree. That must receive the greatest weight. It is a serious offence to give false testimony, for it is in the public interest that the search for truth should, in general and always, be unfettered. The courts are the guardians of the public interest. [30] Manakala dalam kes Zulkifli Hashim lwn Pendakwa Raya [2017] 1 LNS 1768, Mahkamah telah merujuk kes PP v. Leonard Glenn Francis [1989] 1 CLJ 972 yang menyatakan: "Now, the principles which an appellate Court must observe in an appeal against sentence are these:
1
the Court does not alter a sentence which is the subject of an appeal merely because the members of the Court might have passed a different sentence. The trial Judge had seen the prisoner and heard his history and any witnesses to character he may have chosen to call. It is only when a sentence appears to err in principle that the Court will alter it;
2
the first and foremost consideration of punishment is the public interest. The object of punishing crime is not only to punish the offender but also to deter others. Public interest is best served if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. The law does not therefore, fix the sentence for a particular crime but fixes a maximum sentence and leaves it to the Court to decide what is the appropriate sentence in the particular circumstances of each case. It is for these reasons that evidence of antecedents and character should be taken before sentence in respect of each convicted person." [31] Prinsip di dalam kes-kes tersebut menunjukkan kepentingan awam adalah mengatasi kepentingan OKT. Bagi kes ini, rayuan yang dikemukakan oleh OKT hanyalah bersifat peribadi dan tiada alasan atau keadaan khas yang ditunjukkan bagi membolehkan Mahkamah membuat penilaian sebaliknya. F. FAKTOR MITIGASI DAN RAYUAN OKT [32] Mahkamah turut mengimbangi faktor-faktor peringanan dan pemberatan dalam menentukan hukuman yang bersesuaian dan wajar. Pertimbangan telah diberikan oleh Mahkamah kepada faktor-faktor mitigasi seperti berikut: [33] OKT telah mengaku salah di peringkat awal kes dan secara tidak langsung telah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak. Mahkamah telah mengambil kira pengakuan salah OKT tersebut namun kepentingan awam menjadi keutamaan dan mengatasi kepentingan OKT. [34] Dalam kes Hasanuddin Abd Hamid v PP [2002] 3 CLJ 495, Mahkamah di muka surat 518 telah memetik penghakiman Raja Azlan Shah Ag LP di dalam kes Bhandulananda v PP: Raja Azlan Shah Ag LP (as his majesty then was) made the following observations in the Federal Court decision of Bhandulananda v. PP, on an appeal against sentence for the offence of giving false testimony in court: He (the trial judge) took the course he did, in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law as administered in this country. We agree. That must receive the greatest weight. It is a serious offence to give false testimony, for it is in the public interest that the search for truth should, in general and always, be unfettered. The courts are the guardians of the public interest. It should be emphasised that whilst public interest plays an important role in sentencing practice, there are other important factors which a court needs to consider in imposing a particular sentence. Whilst it is recognised that no two cases may be the same, the exercise of the court's discretion should be in accordance with certain accepted principles or guidelines so as not to have too great a disparity in sentences for the same offence. Of particular importance to the case at hand are the consideration of the following guidelines or principles involved in sentencing:
i
(i)discount or credit for the plea of guilty;
II
(ii)comparison of sentences in other cases for a similar offence;
III
(iii)disparity of sentence amongst the accused persons; and
IV
(iv)mitigating factors relevant to the present case. ... Discount or credit for the plea of guilty It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The rationale for this rule is that much public time and money will be spared if an accused admits his guilt, thus avoiding a prolonged and unnecessary trial. This rule however, is not a strict rule as the courts may, in exercise of their discretion, in exceptional cases, refuse to grant any discount. The credit or discount to be given in favour of the accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and had been found guilty. Cumming-Bruce LJ in R v. Boyd10 above said: 'So one asked oneself, if there had been a plea of not guilty, and he had been convicted, what would have been the appropriate sentence?' ... If two or more persons had either pleaded guilty or had been found guilty for the same offence committed jointly, the general rule is that any unjust disparity should be avoided. However, there is nothing to prevent the court from imposing a range of sentences on the accused persons if there are important considerations for so doing. The ages of the accused, the degrees of culpability and the differences in mitigation are amongst some of the important factors which warrant a disparity in sentences. [35] Manakala dalam kes Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572 di muka surat 573, Mahkamah Rayuan menyatakan: [2) “One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount…..” [36] Dalam kes Yosini bin Mohamed [2018] 1 LNS 2018, Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “Selain itu harus diingatkan juga bahawa tiada peraturan bahawa pengakuan salah secara otomatik seseorang tertuduh itu berhak kepada hukuman yang ringan atau diskaun, (rujuk PP v Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614). Akan tetapi hakim bicara hendaklah memberi alasan kenapa beliau enggan menuruti amalan pengakuan salah sebagai faktor peringanan hukuman. (lihat juga Tan Lay Chen v PP [2000] 4 CLJ 492). Didalam kes dihadapan kita sekarang ini, Puan HMS telah mempertimbangkan semua perkara sebelum memutuskan bahawa pengakuan bersalah tertuduh tidak boleh menjadi satu faktor keringanan. Mahkamah bersetuju dengan pendirian ini dan, dengan demikian, Mahkamah ini tidak akan mengganggu dan mengurangkan hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh puan HMS yang bijaksana. [37] Mahkamah turut berpandangan bahawa Mahkamah ini perlu menyampaikan mesej yang jelas dan tepat kepada masyarakat diluar sana bahawa Mahkamah memandang serius perbuatan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh OKT dan Mahkamah ini turut menyampaikan mesej kepada masyarakat ini bahawa Mahkamah mementingkan kesejahteraan dan keamanan dalam masyarkat. [38] Sewaktu membuat rayuan OKT memohon untuk hukuman diringankan dengan alasan mengambil kira umur OKT iaitu 31 tahun, mempunyai 7 orang tanggungan secara keseluruhan, masih muda maka Mahkamah berpandangan adalah perlu untuk OKT menjalani pemulihan secara formal di institusi penjara bagi menghindar dan mencegah OKT daripada melakukan perbuatan yang sama dan agar OKT dapat memperbaiki diri dan seterusnya kembali kepangkuan keluarga serta masyarakat dengan penuh keinsafan. [39] Mahkamah juga mengambil kira rekod lampau OKT [P9] yang berdasarkan rekod lampau tersebut Ini bukanlah kesalahan pertama OKT dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang mana OKT mempunyai 3 rekod lampau bg kesalahan dibawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan serta 1 dibawah seksyen 414 Kanun Keseksaan dan ini menunjukkan OKT tidak pernah insaf dan kembalikan melakukan perbuatan yang sama dan merupakan pesalah berulang, justeru Mahkamah bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada OKT dengan menjatuhkan hukuman lebih berat agar menginsafkan OKT maka dengan yang demikian maka hukuman 3 tahun penjara adalah wajar dan munasabah. G. KESIMPULAN [40] Mahkamah telah mengambil kira fakta dan keadaan kes serta ekshibit yang dikemukakan dalam menentukan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT. Faktor-faktor pemberatan dan peringanan telah diimbangi dan Mahkamah berpandangan hukuman 3 tahun penjara daripada tarikh tangkap adalah suatu hukuman yang munasabah dan berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKT. Hukuman tersebut juga adalah sah, teratur dan mematuhi prinsip-prinsip hukuman serta peruntukan undang-undang sedia ada dan bukanlah hukuman yang keterlaluan (manifestly excessive). Bertarikh 09 haribulan Mac 2026 Wan Suhaila binti Mohd Hakim Mahkamah Sesyen Kemaman Kepada: Timbalan Pendakwa Raya (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu) Mohd Shan Ril bin Lim d/a Pengarah Jabatan Penjara Marang Penjara Marang Marang, Terengganu.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.