Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BC-B53KJ-9-08/2024 ANTARA MOHD SHATAR BIN MOHD NOR (NO. K/P: 660331-08-6050) …PLAINTIF DAN YANG XIUHAI (No. Pasport: EJ4139913) …DEFENDAN
BC-B53KJ-9-08/2024
Sessions Court of Malaysia22 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“eterangan yang telah difailkan di Mahkamah, Mahkamah mendapati plaintif telah berjaya membuktikan kes atas dasar imbangan kebarangkalian (rujuk kes Big Man Management Sdn Bhd v Tenaga Nasional Berhad [2025] CLJU 1568). Berdasarkan segala keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa award bagi ganti rugi khas”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BC-B53KJ-9-08/2024 ANTARA MOHD SHATAR BIN MOHD NOR (NO. K/P: 660331-08-6050) …PLAINTIF DAN YANG XIUHAI (No. Pasport: EJ4139913) …DEFENDAN
1
Tuntutan ini melibatkan suatu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 3 Mei 2023 di Jalan Pandan Indah Utama, Pandan Indah. Plaintif merupakan seorang individu yang berumur 66 tahun dan penunggang motosikal No. NAR 6356 manakala defendan merupakan pemandu dan pemilik kenderaan motokar WC 2015 G.
2
Plaintif telah mengalami kecederaan tubuh badan yang parah akibat kemalangan dan telah menuntut ganti rugi terhadap defendan. S/N kjUJE1fN3k6zfnd82caVWA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 LIABILITI [3] Pihak-pihak telah bersetuju berkenaan isu liabiliti bahawa defendan adalah bertanggungan 90% dan plaintif bertanggungan 10% terhadap kecuaian.
4
Segala laporan-laporan perubatan, laporan pakar perubatan dan sebut harga yang disediakan ke atas plaintif adalah dipersetujui pihak defendan, tertakluk kepada hujahan. GANTI RUGI AM [5] Plaintif telah dimasukkan ke hospital akibat kemalangan pada 3 Mei 2023 dan telah dibawa ke Hospital Ampang dan menerima rawatan di Jabatan Kecemasan, Jabatan Pembedahan Am dan Jabatan Ortopedik. Berdasarkan laporan perubatan dari Jabatan Kecemasan Hospital Ampang, plaintif berada dalam keadaan koma, iaitu Glasgow Coma Scale (GCS) 14/15 yang mana plaintif telah tidak sedarkan diri dan berada di dalam keadaan retrograde amnesia selama beberapa hari selepas kemalangan. Selain itu, laporan menyatakan bahawa plaintif turut mengalami central cord syndrome with spinal cord injury with ossification of posterior longitudinal ligament (OPLL). Plaintif telah berada di wad di Hospital Ampang pada 3 Mei 2023 dan kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. Plaintif telah menerima rawatan di Hospital Gleneagles selama 12 hari sehingga 16 Mei 2023 yang mana kos rawatan pembedahan adalah sebanyak RM 88, 238.70. Oleh kerana kos S/N kjUJE1fN3k6zfnd82caVWA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 rawatan yang tinggi, plaintif kemudiannya telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur sementara menunggu katil di Hospital Rehabilitasi Cheras disediakan. Plaintif seterusnya menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras sehingga 15 September 2023, selama lebih kurang empat bulan.
6
Berdasarkan laporan perubatan, plaintif telah mengalami kecederaan berikut:
a
Cerebral concussion;
b
Central cord syndrome with spinal cord injury with ossification of posterior longitudinal ligament and cord oedema C4, C5 and C6;
c
Mild traumatic brain injury with acute subarachnoid haemorrhage;
d
Fracture of parietal bones;
e
Haematoma in both eyes;
f
Right nasal bone fracture;
g
Multiple laceration wounds over left upper eyelid, right nasolabial & right glabella;
h
Multiple abrasion wound over right cheek and lower eyelid;
i
Multiple scars. [7] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa plaintif berhak untuk pampasan yang terbaik kerana pampasan tersebut bertujuan untuk meletakkan plaintif dalam keadaan yang paling hamper keadaannya sebelum kemalangan, sepertimana yang telah diputuskan oleh Abdul Malik Ishak J dalam kes Ramachandran S/N kjUJE1fN3k6zfnd82caVWA a/l Mayandy v Abdul Rahman bin Ambok Laongan & Anor [1996] 1 LNS 109; [1997] 4 MLJ 1996 seperti berikut: “The plaintiff is entitled to the best as the purpose of compensation is to put the plaintiff as the victim, so far as money can do the trick, in as near a position as he was before the tort was committed…” [8] Di dalam menilai kuantum ganti rugi ini juga, Mahkamah telah mengambilkira faktor umur, jantina, kesakitan dan kesengsaraan yang dialami plaintif dan juga membuat rujukan kepada Revised Compedium of Personal Injury Award. Selari dengan prinsip tersebut juga, award ganti rugi dibuat berdasarkan trend semasa dengan mengambil kira faktor inflasi dan nilai mata wang semasa. [9] Bagi tujuan kemudahan pihak-pihak, senarai kecederaan, kuantum yang dihujahkan oleh plaintif dan defendan serta award yang diberikan Mahkamah adalah diringkaskan seperti berikut:
1
Mahkamah Cerebral concussion and retrograde amnesia RM 8000.00
2
Central cord syndrome with spinal cord injury with ossification of posterior longitudinal ligament and cord oedema C4, C5 and C6
3
RM 100,000 RM 250,000.00 Mild traumatic brain injury with acute subarachnoid haemorrhage RM80,000
4
RM20,000.00 Fracture of parietal bones RM 15,000 RM12,000.00 S/N kjUJE1fN3k6zfnd82caVWA
5
Haematoma in both eyes
6
RM4,000.00 Right nasal bone fracture RM10,000
7
Multiple laceration wounds over upper eyelid, right nasolabial & right glabella
8
RM4,000.00 Multiple abrasion wound over right cheek and lower eyelid
9
RM3,000.00 Multiple scars RM15000 RM2000 RM10,000.00 [10] Berkenaan isu potongan untuk tuntutan ‘overlapping’, Mahkamah memutuskan bahawa pampasan wajar diberikan secara berasingan bagi setiap kecederaan dan prosedur rawatan. Ini kerana setiap kecederaan memberi kesan yang berbeza dari segi fizikal dan psikologi kepada plaintif. Sepertimana yang telah diputuskan dalam kes Tan Teck Hing & Anor v Lee Yong Kong & Anor [2003] 5 CLJ 400 yang mana Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya memutuskan: “It is to be observed that there are merits in the submission for the second plaintiff and the award of the learned trial judge for the aforesaid injuries by way of itemisation is not strictly prohibited as has been so clearly enunciated by the Privy Council in Jamil bin Harun v Yang Kamsiah [1984] 1 MLJ 217… Nor does the written law forbid the courts to adopt the itemisation process in assessing damages. The courts in Malaysia are free to take their own course…” S/N kjUJE1fN3k6zfnd82caVWA [11] Berdasarkan alasan tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa tiada sebarang potongan dibuat dan tuntutan ganti rugi ini dibenarkan secara penuh. GANTI RUGI KHAS [12] Gantirugi Khas diawardkan berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan di Mahkamah yang mana perlu dibuktikan dengan ketat (rujuk kes Sam Wun Hoong v. Kader Ibramshah [1980] 1 MLRA 712). Berdasarkan keterangan yang telah difailkan di Mahkamah, Mahkamah mendapati plaintif telah berjaya membuktikan kes atas dasar imbangan kebarangkalian (rujuk kes Big Man Management Sdn Bhd v Tenaga Nasional Berhad [2025] CLJU 1568). Berdasarkan segala keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa award bagi ganti rugi khas adalah seperti berikut: i. Kos dokumen: kos dalam kausa ii. Item (c), (d), (e), (f) dan (g) kos pengangkutan RM2500.00 iii. Item (i) kos rawatan di hospital swasta RM44, 203.90 iv. Item (n) kos kerusi roda RM 10,000.00 v. Item (p) Kos membeli tongkat RM600.00 vi. Item (t) Kos membeli commode chair RM 2750.00 vii. Item (cc) kos akupuntur RM850.00 viii. Item (dd) kos perkhidmatan ambulan RM427.50. ix. Item (tt) kos mengupah pembantu rumah RM 210,000.00 S/N kjUJE1fN3k6zfnd82caVWA (RM15, x 2000 = RM30,000) kos agensi pembantu rumah + Gaji RM 1500 x 12 bulan x 10 tahun = RM180,000) [13] Mahkamah memutuskan bahawa tiada potongan dibuat memandangkan jangka hayat dipersetujui untuk 10 tahun, tanpa syarat. [14] Faedah dibenarkan dan kos mengikut skala: i) pada kadar 5% setahun untuk Ganti Rugi Am dari tarikh pemfailan saman sehingga tarikh penghakiman; ii) pada kadar 2.5% setahun untuk Ganti Rugi Khas dari tarikh kemalangan hingga penghakiman; iii) pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Bertarikh: 23 Disember 2025. (Fadzlin Suraya binti Mohd Suah) Hakim Mahkamah Sesyen Ampang Selangor Darul Ehsan. S/N kjUJE1fN3k6zfnd82caVWA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.