Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: Bagi kes KA-45A-6-03/2021: “Bahawa kamu pada 7 Mei 2020, jam lebih kurang 12.30 malam, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Budi, Mukim Lesong, Pokok Sena, dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah berbahaya jenis Heroin seberat 78.10 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”. Bagi kes KA-45-7-11/2021: “Bahawa kamu pada 7 Mei 2020, jam lebih kurang 12.30 malam, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Budi, Mukim Lesong, Pokok Sena, dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah memiliki dadah S/N vpBJntfVIUSaSi0lkmLvRg berbahaya jenis Monoacetylmorphines seberat 8.5 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”. Bagi kes KA-45-31-11/2022: “Bahawa kamu pada 7 Mei 2020, jam lebih kurang 12.30 malam, di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Budi, Mukim Lesong, Pokok Sena, dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 21.85 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”.