any act done at any time by the donee of the power, in pursuance of the power, shall be as valid as if anything done by the donor of the power without the concurrence of the donee of the power, or the death, marriage, mental disorder, unsoundness of mind, or bankruptcy of the donor of the power, had not been done or happened; and...” (Penekanan ditambah) [29] Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa bukti pembayaran yang diekshibitkan oleh Defendan untuk membuktikan terdapat pembayaran balasan wang RM100.00 yang dibuat oleh pemberi kuasa atau diterima oleh Defendan. Maka, Defendan tidak boleh menyatakan Kaveat Persendirian yang dimasukkan olehnya boleh dikekalkan semata-mata berdasarkan Surat Wakil Kuasa tersebut yang sah dan berkuatkuasa. [30] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan gagal mengemukakan Borang 19B KTN kepada Mahkamah ini untuk membantu Mahkamah ini meneliti alasan-alasan permohonan oleh Defendan untuk memasukkan Kaveat Persendirian tersebut. Mahkamah ini juga berpandangan tiada apa-apa usaha atau tindakan lain yang dibuat oleh Defendan untuk menunjukkan haknya sebagai pihak yang mempunyai kepentingan atas Hartanah tersebut. [31] Alasan Defendan berkenaan kewujudan kepentingan antara beliau dengan pemilik berdaftar Hartanah tersebut adalah tidak bersandarkan kepada apa-apa hak yang sah di sisi undang undang sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Mahkamah ini di atas. Prinsip undang-undang adalah jelas iaitu hak pembeli mempunyai keutamaan undang-undang berbanding apa-apa kepentingan yang hanya dilindungi oleh kaveat persendirian. [32] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, See Hoon Cheen v Konsortium Pantaimas Sdn Bhd [2012] 10 CLJ 151 yang menyatakan seperti berikut – “[20] Indeed there are serious questions to be tried. And the balance of convenience, the final question to answer, clearly lies with the respondent to have the private caveat to remain on the register. It is always important to consider whether the balance of justice or convenience lies in favour of the private caveat remaining on the register or whether it favours its removal (Paya Terubong Estates Sdn Bhd v. Pusaka Warisan Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 909, CA). And it is prudent, on the facts of the present appeal, to allow the private caveat to remain on the register. The respondent as the caveator has satisfied the court that it is just for the private caveat to remain on the register (Nanyang Development (1966) Sdn Bhd v. How Swee Poh [1969] CLJU 116; [1969] 1 LNS 116, FC).” (Penekanan ditambah) [33] Mahkamah ini mendapati bahawa tiada keterangan atau bukti kukuh dikemukakan oleh Defendan untuk menyangkal hak Plaintif bagi menunjukkan Defendan mempunyai kepentingan (caveatable interest) untuk terus mengekalkan Kaveat Persendirian atas Hartanah tersebut. Isu 2: Sama ada Plaintif adalah aggrieved person [34] Plaintif di dalam hujahannya menghujahkan bahawa Plaintif sebagai pemilik sah yang berdaftar kepada Hartanah tersebut adalah aggrieved person kerana Kaveat Persendirian yang dimasukkan oleh Defendan telah menghalang hak dan kepentingan Plaintif sebagai pemilik yang berdaftar daripada melakukan sebarang transaksi. [35] Mahkamah ini turut merujuk kepada kes yang dirujuk oleh pihak Plaintif iaitu kes Wu Shu Chen & Anor v. Raja Zainal Abidin bin Raja Hussin [1997] 3 CLJ 854: "The Code contains no definition on who is an aggrieved person. To my mind, the word 'aggrieved' must be given its ordinary meaning. To be aggrieved means one is dissatisfied with or adversely affected by a wrongful act of someone. An aggrieved person is therefore a person whose legal right or interest is adversely affected by the wrongful conduct of another person or body. The category of aggrieved person is never closed." (Penekanan ditambah) [36] Daripada fakta kes dan bukti dokumen yang dikemukakan oleh Plaintif dalam Afidavit Sokongannya, Mahkamah ini berpandangan bahawa Plaintif merupakan pihak yang terkilan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 327(1) KTN 1965. Ini selaras dengan prinsip dalam kes Netsafe (M) Sdn Bhd v. Loi Teak Kuong [2005] 2 CLJ 285: "Under s. 327(1) of the NLC, a private caveat may be removed by the court on the application of any person or body aggrieved by its existence. That sub-section reads as follows... "Under s. 327(1) of the NLC, a private caveat may be removed by the court on the application of any person or body aggrieved by its existence. That sub-section reads as follows... It is rather obvious from the provision of s. 327(1) of the NLC that it is not necessary for an applicant to show that he has a registered title or Interest affected by the existence of a private caveat. Lord Diplock in Ens, Mee Yong (supra)pointed out that the procedure in s. 327(1) of the NLC is available to any person aggrieved by the existence of a private caveat and this is irrespective of whether or not that person has a registered title or interest in the land. Where the applicant aggrieved by the existence of a private caveat is the caveatee.. the onus lies on the caveator to satisfy this court that on the evidence presented to it the private caveat ought to remain pending the trial of the action (Nanyang Development (1966) Sdn Bhd v. How Swee Poh [1967] CLJU 109; [1967] 1 LNS 109 [1970] 1 MLJ 145 at p. 146 to p. 147). There is no necessity for the caveatee (like the present plaintiff here) to show that it is aggrieved by the existence of the private caveat.." (Penekanan ditambah) [37] Berdasarkan kes di atas, Mahkamah ini menegaskan bahawa kaveat hendaklah dikeluarkan atas permohonan orang yang terkilan dengan kaveat tersebut dan seterusnya dinyatakan juga bahawa "it is not necessary for an applicant to show that he has a registered title or interest affected by the existence of a private caveat". Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, bukan sahaja Plaintif ialah seorang yang terkilan, malah Plaintif telahpun menunjukkan bahawa dia mempunyai hakmilik berdaftar dan kepentingannya terjejas dengan kewujudan kaveat persendirian oleh Defendan tersebut. [38] Plaintif di dalam kes ini adalah pembida yang berjaya dalam satu lelongan awam kerana pemilik asal gagal membayar balik pinjaman pembiayaan yang dijamin dengan gadaian berdaftar. Seksyen 323(1) KTN dengan jelas memperuntukkan bahawa hanya seseorang atau badan yang mendakwa mempunyai hak milik atau apa-apa kepentingan yang boleh didaftarkan ke atas mana-mana tanah hak milik, atau apa-apa hak terhadap hak milik atau kepentingan tersebut, boleh memasukkan kaveat. [39] Oleh itu, beban adalah ke atas Defendan selaku pengkaveat untuk menyakinkan Mahkamah ini bahawa dia ada kepentingan yang boleh dikaveat pada Hartanah tersebut. Namun, di dalam kes ini, Defendan melalui afidavit jawapannya menyatakan pemilik berdaftar iaitu adik Defendan, Roshazuwan bin Halim telah memberikan kuasa wakilnya kepadanya melalui Surat Wakil Kuasa sebagai wakilnya yang sah untuk melakukan apa-apa urusan melibatkan Hartanah tersebut dan Surat Wakil Kuasa tersebut masih sah serta berkuatkuasa. Maka, beliau adalah berhak dan mempunyai kepentingan ke atas Hartanah tersebut. [40] Pada pandangan Mahkamah ini, Defendan belum pun lagi menjadi pemilik berdaftar yang sah kepada Hartanah tersebut kerana Hartanah tersebut tidak pernah didaftarkan atas nama beliau. Apabila proses jualan lelongan selesai, Plaintif memperoleh hak milik baharu yang bebas daripada bebanan kemudian termasuk kaveat persendirian sebagaimana yang diperuntukan di bawah undang-undang. [41] Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian (balance of convenience) kaveat Defendan tidak boleh menjejaskan atau menghalang hak Plaintif sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut. Mahkamah ini mendapati tindakan Defendan memasukkan kaveat adalah tidak berasas dan bercanggah dengan peruntukan undang-undang. Ia merupakan suatu halangan yang tidak sah kepada hak sah Plaintif di bawah undang-undang. [42] Pada dapatan Mahkamah ini, berdasarkan fakta dan peruntukan undang-undang, atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa kaveat tersebut wajar dibatalkan. Dengan itu, Mahkamah ini membenarkan permohonan Plaintif untuk membatalkan Kaveat Persendirian yang dimasukkan oleh Defendan.