Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN JENAYAH NO: BA-44-236-10/2024 ANTARA MOHD SUKRI BIN ABDUL RAHMAN [NO. K/P: 831007-03-5829] ...PEMOHON
BA-44-236-10/2024
High Court of Malaysia25 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ter of Home Affairs & Ors and Other Appeals [1988] 1 LNS In Mohinuddin v. District Magistrate, Beed AIR [1987] SC 1977, the Supreme Court of India observed as follows in the context of art. 22 of the Indian Constitution from which is draw our art. 151: It is enough for the detenu to say that he is under wrongful detent”
“162. Minister of Home Affairs & Ors and Other Appeals [1988] 1 LNS In Mohinuddin v. District Magistrate, Beed AIR [1987] SC 1977, the Supreme Court of India observed as follows in the context of art. 22 of the Indian Constitution from which is draw our art. 151: It is enough for the detenu to say that he is under wrong”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN JENAYAH NO: BA-44-236-10/2024 ANTARA MOHD SUKRI BIN ABDUL RAHMAN [NO. K/P: 831007-03-5829] ...PEMOHON
1
1.
2
2.
3
PENGARAH, PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, BATU GAJAH, PERAK ...RESPONDEN-RESPONDEN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Pemohon, Mohd Sukri Bin Abdul Rahman telah memfailkan writ Habeas Corpus untuk membantah Perintah Tahanan bertarikh 17- 10-2023 (“Perintah Tahanan tersebut”) yang dibuat di bawah Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah 06/05/2025 13:27:45 Kand. 53 Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] (selepas ini dirujuk sebagai “Akta tersebut”). [2] Perintah Tahanan tersebut telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri (“TMDN”) bertarikh 17.10.2023. Berdasarkan kepada Perintah Tahanan tersebut, Pemohon adalah ditahan bagi tempoh dua (2) tahun mulai dari 17.10.2023 di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Batu Gajah, Perak. [3] Pada 05.11.2024, suatu Perintah Pemindahan di bawah Seksyen 15(1) Akta telah dikeluarkan oleh TMDN untuk Pemohon dipindahkan dari PPA Batu Gajah, Perak ke PPA Simpang Rengam, Johor untuk menjalani baki tahanan yang mana tempoh tahanan adalah berdasarkan kepada Perintah Tahanan terhadap Pemohon bertarikh 17.10.2023 tersebut. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN [4] Pada awalnya, Pemohon telah membangkitkan lapan (8) isu pokok untuk membantah ke atas Perintah Tahanan tersebut. Walau bagaimanapun, isu ketujuh (7) telah digugurkan oleh peguam Pemohon susulan Mahkamah ini telah memberikan kebenaran lanjutan masa untuk Responden memfailkan Afidavit pembetulan pada 21.3.2025 kerana terdapatnya kesilapan perkeranian dibuat oleh deponen Afidavit berkenaan. [5] Isu-isu awal yang dibangkitkan adalah seperti yang berikut: a. Isu Pertama: Gagal Membuktikan Pematuhan Kepada Seksyen 3(3) Akta. Kelewatan 25 hari (18.8.2023 – 11.9.2023) oleh Pegawai Penyiasat Kes Fail dalam mengemukakan laporan lengkap menurut Seksyen 3(3) Akta kepada Pegawai Siasatan dan TMDN telah memprejudiskan Pemohon akibat daripada kelewatan TMDN dalam mengeluarkan Perintah Tahanan bertarikh 17.10.2023 terhadap Pemohon; b. Isu Kedua: Seksyen 5(2) Akta. Fail diterima pada 11.9.2023 siasatan hanya dijalankan selepas 5 hari pada 15.9.2023 dan laporan di hantar hanya selepas 25 hari pada 10.10.2023; c. Isu Ketiga: Wujudnya ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah seksyen 6(1) akta tersebut dibaca bersama peruntukan seksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 & 1967 akibat kelewatan selama 16 hari TMDN dalam mengeluarkan perintah tahanan terhadap Pemohon; d. Isu Keempat: gagal membuktikan pematuhan peruntukan-peruntukan mandatori seksyen 3(2)(a), (b) dan (c) akta 316 terhadap kebenaran yang diberikan untuk perlanjutan tahanan Pemohon; e. Isu Kelima: keterangan pegawai penyiasat dan pegawai siasatan adalah laporan pegawai penyiasat dan pegawai siasatan telah dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri dan bukannya kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri; f. Isu Keenam: Borang 1 tidak bertarikh – ketidakpatuhan dengan keperluan berkanun – seksyen 9(1) Akta dan kaedah 3(1) Kaedah 1987; g. Isu Ketujuh: percanggahan di dalam Afidavit Jawapan Senior Asisten Komisioner Polis Mazleen binti Mohd Nasir berkaitan dengan laporan siapakah yang telah dihantar kepada MDN pada 1.9.2023 laporan subjek lain yang berada di lokap Balai Polis Nilai Negeri Sembilan. Perenggan 11 ataupun laporan Pemohon yang berada di lokap Tumpat Kelantan perenggan 7 Afidavit Jawapan pegawai penyiasat (IO) – telah digugurkan oleh peguam Pemohon; dan h. Isu Kelapan: kesahihan tahanan Pemohon [selama 61 hari] dan keesahan perintah tahanan yang dikeluarkan terhadap Pemohon tarikh tangkap pada 18.8.2023 perintah tahanan dikeluarkan pada 17.10.2023. PRINSIP UNDANG-UNDANG [6] Prinsip undang-undang adalah mantap mengenai tafsiran Akta. Mahkamah ini juga mengambil perhatian bahawa Pemohon boleh membantah Perintah Tahanan yang dikeluarkan bersandarkan kepada ketidak patuhan prosedur menurut Akta. (Rujuk Rovin Joty Kodeeswaran v. Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors and Other Appeals [2021] 4 CLJ 1 dan seksyen 11C Akta). [7] Selanjutnya, Mahkamah Persekutuan di dalam Zaidi bin Kanapiah v ASP Khairul bin Rozduan and other cases [2021] 3 MLJ 759, YAA Tengku Maimun memutuskan seperti berikut: "[194] It is a trite principle of law that if the detaining authority fails to justify the lawfulness of a detention, habeas corpus must issue as of right unlike other prerogative writs such as certiorari which the court otherwise has discretion to refuse even if the breach is proved (see the judgment of this court in Mohammad Azanul Haqimi Tuan Ahmad Azahari v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2019] 8 CLJ 465 affirming the dictum of Abdoolcader J in Yeap Hock Seng @ Ah Seng v. Minister of Home Affairs, Malaysia & Ors [1975] 2 MLJ 279, at p. 281)." [8] Beban terletak di bahu Responden untuk menunjukkan pematuhan kepada undang-undang dan prosedur Akta sepertimana diputuskan di dalam SK Tangakaliswaran Krishnan v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia [2010] 1 MLJ 149 yang mana Gopal Sri Ram FCJ memutuskan: “[5]...It is settled law that on an application of "habeas corpus" the burden of satisfying the Court that the detention is lawful lies through the detaining authority. See, Chng Suan Tze v. The
162
Minister of Home Affairs & Ors and Other Appeals [1988] 1 LNS In Mohinuddin v. District Magistrate, Beed AIR [1987] SC 1977, the Supreme Court of India observed as follows in the context of art. 22 of the Indian Constitution from which is draw our art. 151: It is enough for the detenu to say that he is under wrongful detention, and the burden lies on the [2023] 1 LNS 2587 Legal Network Series 4 detaining authority to satisfy the Court that the detention is not illegal or wrongful and that the petitioner is not entitled to the relief claimed. This Court on more occasions that one has dealt with the question and it is now well settled that it is incumbent on the state to satisfy the Court that the detention of the petitioner / detenu was legal and in conformity not only the mandatory provisions of Act 316 but also strictly in accord with the constitutional safeguards embodies in Ar. 22(5)”. [9] Bersandarkan kepada prinsip undang-undang mantap yang relevan kepada fakta kes ini, Mahkamah ini haruslah memutuskan sama ada terdapat ketidakpatuhan kepada undang-undang dan prosedur di bawah Akta sepertimana isu dibangkitkan Pemohon. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH a. Isu Pertama: Gagal Membuktikan Pematuhan Kepada Seksyen 3(3) Akta. Kelewatan 25 hari (18.8.2023 – 11.9.2023) oleh Pegawai Penyiasat Kes Fail dalam mengemukakan laporan lengkap menurut Seksyen 3(3) Akta kepada Pegawai Siasatan dan TMDN telah memprejudiskan Pemohon akibat daripada kelewatan TMDN dalam mengeluarkan Perintah Tahanan bertarikh 17.10.2023 terhadap Pemohon; b. Isu Kedua: Seksyen 5(2) Akta. Fail diterima pada 11.9.2023 siasatan hanya dijalankan selepas 5 hari pada 15.9.2023 dan laporan di hantar hanya selepas 25 hari pada 10.10.2023; c. Isu Ketiga: Wujudnya ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah seksyen 6(1) Akta dibaca bersama peruntukan seksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 & 1967 akibat kelewatan selama 16 hari TMDN dalam mengeluarkan perintah tahanan terhadap Pemohon; d. Isu Kelapan: kesahihan tahanan Pemohon [selama 61 hari] dan keesahan perintah tahanan yang dikeluarkan terhadap Pemohon tarikh tangkap pada 18.8.2023 perintah tahanan dikeluarkan pada 17.10.2023. [10] Sebelum Mahkamah meneruskan dengan analisa mengenai isu pertama, kedua dan ketiga yang dianalisa bersekali, berkaitan perkara pokok mengenai tarikh Pemohon ditahan, Mahkamah mendapati bahawa Pemohon telah menafikan perkara asas dalam kes ini, iaitu tarikh tahanan Pemohon. Pemohon mendakwa telah ditahan pada 18.8.2023 dan beliau telah diarahkan oleh anggota polis untuk menulis 20.8.2023 sebagai tarikh tangkapan di Borang 1. [11] Mahkamah ini memandang serius mengenai dakwaan yang dibuat oleh Pemohon dan meminta peguam untuk memberikan apa-apa bukti untuk menyokong hujahannya. Namun, peguam Pemohon mengakui tidak ada bukti diberikan Pemohon selain daripada beliau menurut arahan anakguamnya (Pemohon). Dalam hal ini, Mahkamah menolak hujahan peguam Pemohon mengenai tarikh tahanan Pemohon yang didakwa pada 18.8.2023. Apa yang jelas, Pemohon telah ditahan pada 20.8.2023 sepertimana di perenggan 8 Affidavit Inspektor Polis Mohamad Nazmi bin Mat Noh, pegawai tangkapan di kandungan 10. [12] Sehubungan itu, Mahkamah membuat dapatan bahawa isu kelapan yang dibangkitkan adalah tidak bermerit dan ditolak. [13] Berbalik kepada isu pertama dan kedua, peguam bagi pihak Pemohon berhujah bahawa terdapat kelewatan selama 25 hari oleh pegawai penyiasat polis membuat laporan siasatan mengambil kira bahawa peguam telah membuat pengiraan dari tarikh 18.8.2023. Manakala pegawai penyiasat KDN selama 30 hari bermula dari tarikh 11.9.2023 sehingga laporan disediakan pada 10.10.2023. Oleh itu, peguam menghujahkan bahawa tempoh masa yang diambil oleh pegawai penyiasat polis dan pegawai penyiasat KDN tidak berasas untuk menunjukkan bahawa pegawai-pegawai tersebut gagal mengambil tindakan dalam tempoh kesegeraan yang praktik “convenient speed” [14] Manakala peguam Persekutuan dalam hujahannya menghujahkan bahawa pegawai penyiasat polis mengambil masa 22 hari menyediakan laporannya dan pegawai penyiasat KDN pula mengambil masa 29 hari. Pengiraan tersebut bermula pada 20.8.2023. [15] Terdapat perbezaan pengiraan antara peguam pihak Pemohon dan Peguam Persekutuan bagi pihak Responden-reponden. Peguam Pemohon mengambilkira tarikh tahanan seperti didakwa Pemohon pada 18.8.2023. Peguam Persekutuan bagi pihak Responden mengira tempoh masa termasuk tarikh Pemohon ditahan pada 20.8.2023 yang mana tidak selari dengan seksyen 54(1)(a) Akta Tafsiran 1948 & 1967 yang memperuntukkan seperti berikut: “Computation of time
54
(1) In computing time for the purposes of any written law— (a) a period of days from the happening of an event or the doing of any act or thing shall be deemed to be exclusive of the day on which the event happens or the act or thing is done;” (penekanan diberikan) [16] Sama ada terdapat kelewatan ataupun tidak yang dilakukan oleh pegawai penyiasat polis dan pegawai penyiasat KDN dalam penyediaan laporan adalah untuk Mahkamah ini putuskan sama ada penjelasan yang diberikan akan masa yang diambil untuk menyediakan laporan adalah credible atau boleh dipercayai dan berasas. Rujuk Chua Kian Hoon v Menteri Dalam Negeri & Ors [2020] 1 CLJ 747. [17] Mahkamah ini telah meneliti Afidavit Inspektor Polis Mohamad Nazmi bin Mat Noh (kandungan 10) yang telah memberikan butiran lengkap mengenai siasatan beliau mengenai kes melibatkan Pemohon bermula dari tarikh Pemohon ditangkap dan report lengkap yang disediakan dengan mengambilkira maklumat-maklumat tambahan yang diperoleh sebelum melengkapkan laporan siasatannya sepertimana diperincikan di perenggan 15(i) sehingga (xix) Afidavit tersebut. [18] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa terdapat justifikasi kukuh mengenai tempoh masa diambil pegawai penyiasat polis untuk menyediakan laporan siasatan lengkap kepada TMKDN. [19] Manakala pegawai penyiasat KDN Mas Izzaty binti Lokman telah mengikrarkan Afidavit Jawapan (kandungan 11) dan perenggan 10 dan 11 Afidavit tersebut yang telah diteliti oleh Mahkamah yang mana jelas terdapat justifikasi kukuh tempoh masa diambil pegawai untuk menyediakan laporannya. Pegawai telah mendeposkan Afidavit bahawa beliau telah ditugaskan untuk mengendalikan fail kes Pemohon dan beliau telah ke bertolak ke Kelantan untuk menjalankan siasatan ke atas dua orang saksi yang berkaitan dengan kes Pemohon dan selanjutnya membuat siasatan fizikal dengan Pemohon bermula pada 15.9.2023. Beberapa aktiviti siasatan dilakukan pegawai bukan sahaja melibatkan Pemohon. Siasatan melibatkan kes-kes lain yang di bawah pengendalian pegawai. Pegawai penyiasat juga telah menyediakan laporan sebaik sahaja siasatan lengkap dibuat. Oleh itu, fakta kritikal ini membezakan kes ini dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam TMDN, Malaysia & Ors v Awang Sari bin Lasikan [05(HC)-69- 04/2021(B)] bertarikh 7.12.2021 yang mana menurut Brief Grounds of Judgment, terdapat fakta kritikal di dalam kes tersebut yang menunjukkan tidak ada penjelasan pegawai penyiasat akan kelewatan menyediakan laporan selepas tempoh 4 hari pemohon ditahan dan tiada siasatan dijalankan. Fakta kritikal tersebut adalah berbeza dengan fakta kes di Mahkamah ini. [20] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa kedua-dua pegawai tidak culas dalam menjalankan tugas rasmi dan hakiki mereka serta telah menjalankan siasatan bagi menyediakan laporan-laporan tersebut dalam tempoh kesegeraan yang praktik (convenient speed). Apa yang paling kritikal adalah laporan-laporan tersebut disediakan dengan kesegeraan praktik bagi memastikan Pemohon tidak ditahan melebihi 60 hari dari tarikh tahanan menurut peruntukan mandatori seksyen 6(1) Akta. Rujuk Muhammad Redzuan Omar v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor [2023] 2 CLJ 859. Untuk isu ketiga, peguam Pemohon menghujahkan terdapat kelewatan TMDN mengeluarkan Perintah Tahanan menurut seksyen 6(1) Akta. [21] Mahkamah ini berpandangan tidak ada merit ke atas hujahan peguam Pemohon kerana tidak asas yang menyokong isu dibangkitkan peguam Pemohon kerana peruntukan Akta tidak mewajibkan suatu tempoh untuk MDN mengeluarkan Perintah Tahanan. Sekali lagi, Mahkamah ini mengulangi prinsip mantap di dalam keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengikat Mahkamah ini bahawa Mahkamah tidak boleh menetapkan suatu prosedur sekiranya undang-undang itu sendiri tidak digubalkan sedemikian. Tambahan pula, sekiranya MDN perlu membuat perintah tahanan dengan segera, ia boleh menjejaskan keputusan MKD yang tidak meneliti dengan berhati-hati akan laporan-laporan siasatan yang disediakan pegawai penyiasat polis dan pegawai penyiasat KDN. Rujuk Lee Kew Sang v TMDN, Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914 dan N Ramakrishnan P Nagasamy v TMKDN, Malaysia & Ors [2008] 7 CLJ 480. [22] Berdasarkan kepada di atas, Mahkamah mendapati bahawa isu pertama, kedua dan ketiga dibangkitkan oleh Pemohon adalah tidak bermerit. Isu Keempat: gagal membuktikan pematuhan peruntukan-peruntukan mandatori seksyen 3(2)(a), (b) dan (c) Akta terhadap kebenaran yang diberikan untuk perlanjutan tahanan Pemohon; [23] Untuk isu keempat, isu ini berbangkit kerana dakwaan Pemohon bahawa beliau telah ditangkap pada 18.8.2023. Susulan dapatan Mahkamah yang menolak dakwaan tersebut kerana tidak berasas, tahanan Pemohon adalah pada tarikh 20.8.2023. [24] Dalam hal ini, tidak berlaku ketidakpatuhan peruntukan seksyen 3(2)(a),(b) dan (c) Akta sepertimana dihujahkan peguam Pemohon berdasarkan kepada kronologi kes sepertimana dinyatakan oleh deponen-deponen Afidavit-afidavit bagi pihak Responden-reponden seperti berikut: a) Seksyen 3(1) Akta. Pemohon ditangkap pada 20-08-2023, jam lebih kurang 11.30 pagi (rujukan dibuat terhadap perenggan 5, muka surat 3 dalam kandungan 10 dan perenggan 4, muka surat 2 dalam kandungan 23 ); b) Seksyen 3(2)(a) Akta. Penahanan lanjut Pemohon telah dibuat pada 21-08-2023, jam 10.00 pagi (rujukan dibuat terhadap perenggan 6, muka surat 6 dalam kandungan 10); c) Seksyen 3(2)(b) Akta. Penahanan lanjut Pemohon telah dibuat pada 22-08-2023, jam 10.30 pagi (rujukan dibuat terhadap perenggan 6, muka surat 3 dalam kandungan 18); dan d) Seksyen 3(2)(c) Akta. Hal keadaan penangkapan dan penahanan Pemohon telah dilaporkan pada 29-08-2023 (rujukan dibuat terhadap perenggan 6, muka surat 3 dalam kandungan 17) dan dikemukakan kepada TMDN pada 01-09- 2023 (rujukan dibuat terhadap perenggan 7, muka surat 3 dalam Kandungan. 9 dan perenggan 6, muka surat 3 dalam kandungan 8). [25] Oleh yang demikian, Mahkamah menolak isu keempat dibangkitkan Pemohon. Isu kelima: keterangan pegawai penyiasat dan pegawai siasatan bahawa laporan pegawai penyiasat dan pegawai siasatan telah dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri dan bukannya kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri; [26] Peguam Pemohon menghujahkan bahawa laporan siasatan oleh pegawai penyiasat polis dan KDN telah dikemukakan kepada MKDN. Akan tetapi, TMKDN yang mengeluarkan Perintah Tahanan tersebut. Peguam Pemohon tidak memberikan sebarang justifikasi akan isu yang dibangkitkan. [27] Mahkamah membuat dapatan bahawa isu yang dibangkitkan adalah tidak bermerit tanpa disokong oleh peruntukan undang-undang atau nas undang-undang yang terpakai kepada kes ini. [28] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Persekutuan bahawa bersandarkan kepada seksyen 6(1) Akta dengan jelas memperuntukkan bahawa laporan di bawah Seksyen 3(3) dan Seksyen 5(4) Akta hendaklah dikemukakan kepada Menter. [29] Manakala Perkara 43A Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan telah secara explicit memperuntukkan bahawa Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi Menteri dan bagi maksud sedemikian, Dalam erti kata lain, Timbalan Menteri mempunyai segala kuasa Menteri. [30] Menurut Ministers of the Federal Government (No. 3) (Amendment) (No. 3) Order 2021, TMDN dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai Akta tersebut dan ini dapat dilihat berdasarkan Afidavit TMDN bahawa beliau diperlukan untuk membantu Menteri Dalam Negeri dan bagi maksud sedemikian, beliau mempunyai kuasa untuk menjalankan kuasa-kuasa Menteri Dalam Negeri di bawah Akta tersebut dan beliau telah menerima kedua-dua laporan di bawah Seksyen 3(3) dan Seksyen 5(4) masing-masing, dan telah meneliti kedua-dua laporan dan selanjutnya berpuas hati untuk mengeluarkan Perintah Tahanan terhadap Pemohon. [31] Berdasarkan kepada di atas, isu kelima dibangkitkan peguam Pemohon ditolak kerana tidak ada meritnya. Isu Keenam: Borang 1 tidak bertarikh – ketidakpatuhan dengan keperluan berkanun – seksyen 9(1) Akta dan kaedah 3(1) Kaedah 1987; [32] Peguam Pemohon menghujahkan bahawa Borang 1 yang tidak bertarikh memprejudiskan Pemohon. [33] Namun, Mahkamah ini mendapati bahawa Pemohon tidak menyatakan apakah bentuk prejudis yang dialami oleh Pemohon kerana apa yang jelas ialah Pemohon telah diberikan hak representasi kepada Lembaga Penasihat dan Pemohon juga telah melaksanakan hak tersebut dengan membuat representasi kepada Lembaga Penasihat. [34] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Peguam Persekutuan bahawa kesemua kehendak prosedur di bawah Seksyen 9 Akta dan Kaedah 3 Kaedah telah pun dipatuhi dengan ketat oleh pihak Responden berdasarkan kronologi berikut: a) Inspektor Polis Mohamad Nazmi bin Mat Noh telah mendeposkan keterangan bahawa beliau telah menyerahkan dan menerangkan isi kandungan
para
Tahanan, Pengataan Fakta serta Borang 1 kepada Pemohon pada 17- 10-2023 pada jam 11.45 malam (rujukan dibuat terhadap perenggan 17 hingga 28, muka surat 14 hingga 19 dalam kandungan 10); b) Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin telah mendeposkan keterangan bahawa Pemohon hadir bersama-sama Borang 1 dan beliau juga telah menerangkan semula segala isi kandungan Perintah Tahanan, Pengataan Fakta serta Borang I kepada Pemohon pada 18 10-2023 (rujukan dibuat terhadap perenggan 6 hingga 12, muka surat 3 hingga 4 dalam kandungan 12); c) Wan Hasnoul Zairie Bin Wan Husin telah mendeposkan keterangan bahawa beliau juga telah menyerahkan dua (2) salinan Borang I kepada Setiausaha Lembaga Penasihat pada 18-10-2023 sekitar jam 5.13 petang melalui e-mel (rujukan dibuat terhadap perenggan 13, muka surat 5 hingga 6 dalam kandungan 12); d) Azri Bin Mansor telah mendeposkan keterangan bahawa beliau telah menerima dua (2) salinan Borang 1 Pemohon melalui e-mel pada 18-10-2023, jam 5.13 petang melalui e-mel (rujukan dibuat terhadap perenggan 4, muka surat 3 dalam kandungan 14); e) Azri Bin Mansor telah mendeposkan keterangan bahawa representasi Pemohon telah dijalankan pada 23-11-2023 secara efektif di mana Pemohon telah mengaku salah dan memohon dikenakan sekatan atas alasan perlu menjaga ibu Pemohon yang uzur (rujukan dibuat terhadap perenggan 9, muka surat 4 dan 5 dalam kandungan 14). [35] Berdasarkan kepada keterangan melalui Afidavit-afidavit yang diikrarkan oleh deponen-deponen bagi pihak Responden-responden, adalah dapatan Mahkamah bahawa kehendak prosedur di bawah Seksyen 9 Akta dan Kaedah 3 Kaedah telah dipatuhi dan tidak ada isu yang bermerit ditimbulkan peguam pemohon. Walaupun Borang 1 tidak bertarikh, ia bukanlah satu kecacatan prosedur mandatori di bawah seksyen 9 Akta. Rujuk Lew Kew Sang v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914 mengenai parameter untuk membantah Perintah Tahanan susulan pindaan kepada Akta melalui Akta A738 dalam tahun 1989. [36] Mahkamah juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Malaysia & Ors v Ong Beng Chuan [2006] 4 CLJ 703. Walaupun ia tidak melibatkan isu yang sama, akan tetapi Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa sekiranya Akta tidak memperuntukkan sesuatu prosedur tertentu, ia tidak memberikan kesan kepada pendengaran di hadapan Lembaga Penasihat dan bukanlah suatu ketidakpatuhan yang terjatuh di bawah seksyen 11C Akta. KESIMPULAN [37] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas yang mana Mahkamah telah menolak isu pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan kelapan dibangkitkan oleh Pemohon, permohonan Writ Habeas Corpus oleh Pemohon adalah ditolak.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.