Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83-200-03/2024 PENDAKWA RAYA LWN MOHD SUKRI BIN MOHD TAHIR
KA-83-200-03/2024
Magistrates Court of Malaysia24 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(iv) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v PP [1963] MLJ 263””
“to what could be regarded as “reckless” can be distilled from the various cases, one of which is the case of R v. Lawrence [1981] 73 Cr App R 1; [1982] AC 510; [1981] 1 All ER 974; [1981] 2 WLR 524; [1981] RTR 217; [1981] Crim LR 409] wherein Lord Diplock, with whom Lords Fraser, Roskill & Bridge concurred, held at pp.”
“ecessary of the offence. [19] Further clarification as to what could be regarded as “reckless” can be distilled from the various cases, one of which is the case of R v. Lawrence [1981] 73 Cr App R 1; [1982] AC 510; [1981] 1 All ER 974; [1981] 2 WLR 524; [1981] RTR 217; [1981] Crim LR 409] wherein Lord Diplock, with who”
“erring to the abovementioned statement, Lord Lane CJ in delivering the judgment of the court in R v. Boswell, Elliott, Daley & Rafferty [1984] 79 Cr App R 277; [1984] 3 All ER 353; [1984] 1 WLR 1047; [1984] RTR 315; [1984] Crim LR 502 stated at p. 281: To be guilty the defendant must have created an obvious and serious”
“32. Mahkamah ini, dalam menjatuhkan hukuman, merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-83-200-03/2024 PENDAKWA RAYA LWN MOHD SUKRI BIN MOHD TAHIR
1
PENDAHULUAN OKT di dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.
2
Pertuduhan pindaan yang dikenakan ke atas OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 3 Disember 2023 jam lebih kurang 9.55 pagi di jalan Pokok Sena berdekatan Lapang Sasar Pokok Sena di dalam daerah Kota Setar di dalam Negeri Kedah sebagai pemandu motolori nombor pendaftaran WDG9081 telah memandu kenderaan motor tersebut dengan melulu di atas jalan raya sehingga menyebabkan kematian kepada Nadzifah binti Abu Seman dan Romadiah binti Ismail. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 13 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan ke atas OKT dan di akhir kes pendakwaan Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri. OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan tidak mempunyai saksi lain. Di akhir kes peringkat pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. OKT telah dihukum penjara 8 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM30,000 gagal bayar 12 bulan penjara. Mahkamah juga memerintahkan butir-butir kesalahan ini dicatatkan pada lesen memandu OKT dan OKT hilang kelayakan untuk memegang lesen memandu untuk tempoh 5 tahun dari tarikh sabitan.
4
Terkilan dengan keputusan tersebut OKT telah tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah dan telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman.
5
Autoriti bagi beban pembuktian di akhir kes pendakwaan dapat dirujuk pada seksyen 173(f)(i) dan seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah dan juga prinsip yang telah diputuskan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11 Ed as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.
6
[10] Selanjutnya, kes Balachandran memutuskan bahawa: The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the creadibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.
7
Peringkat Pembelaan Mahkamah ini dalam membuat keputusan juga telah merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan sebelum ini dan antaranya adalah kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang menyatakan: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of prosecution’s case:-
III
(iii) after the defence called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v PP [1963] MLJ 263”
8
Manakala di dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263 (HC), YA Suffian telah membincangkan dengan analogi mengenai prosedur di dalam menilai sesuatu keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dan seterusnya membuat keputusan di akhir kes pembelaan iaitu: “The position may be conveniently stated as follows: -
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt.
b
(b)If you accept or believe the accused’s explaination
c
If you do not accept or believe the accused explaination. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused explaination and that explaination does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt.
e
If you do not accept or believe the accused explaination but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.
9
Keraguan munasabah ditakrifkan Mahkamah seperti di dalam kes PP v Saimin [1971] 2 MLJ 16 memutuskan seperti berikut: - “It is not possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. “It has again been said that “reasonable doubt” is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.”
10
INTIPATI PERTUDUHAN Intipati yang perlu dibuktikan pihak pendakwaan adalah: - a. OKT adalah pemandu motolori nombor pendaftaran WDG9081 yang terlibat dalam kemalangan pada tarikh masa dan tempat sebagaimana pertuduhan; b. Pada masa kejadian OKT telah memandu kenderaan motorlori WDG 9081 dengan melulu; dan c. cara pemanduan melulu OKT tersebut telah menyebabkan kematian Nadzifah binti Abu Seman dan Romadiah binti Ismail.
11
FAKTA PIHAK PENDAKWAAN Pada 3 Disember 2023 jam lebih kurang 9.55 pagi, telah berlaku kemalangan di jalan Pokok Sena berdekatan Lapang Sasar Pokok Sena dalam daerah Kota Setar, Kedah melibatkan 4 buah kenderaan iaitu motolori nombor pendaftaran WDG9081 yang dipandu oleh OKT dengan 3 buah kenderaan lain iaitu motokar Perodua Bezza nombor pendaftaran KFQ 6625 yang dinaiki kedua-dua si mati iaitu Nadzifah binti Abu Seman dan Romadiah binti Ismail, motokar Perdua Axia nombor pendaftaran CEK 3235 yang dipandu SP9 dan motokar Toyota Hilux nombor pendaftaran KDM 2277 yang dipandu SP11 dan dinaiki bersama rakannya.
12
Semasa kejadian OKT yang memandu motolori tersebut dalam perjalanan dari arah Alor Setar ke Pokok Sena manakala 3 lagi buah kenderaan terlibat iaitu motokar Bezza, motokar Axia dan motokar Hilux dari arah bertentangan iaitu dari arah Pokok Sena ke Alor Setar. Kedua-dua arah perjalanan mempunyai dua lorong sehala yang dipisahkan dengan pembahagi jalan. Kejadian berlaku apabila OKT yang pada awalnya memandu motolori di lorong kiri laluannya kemudian telah memotong sebuah kereta yang berada di hadapannya dengan memasuki lorong kanan. Setelah memasuki lorong kanan, OKT telah membrek secara mengejut kerana terdapat sebuah motosikal di hadapan lorong sebelah kanan tersebut. Akibat daripada OKT membrek motorlorinya, OKT telah hilang kawalan terbabas, naik atas pembahagi jalan dan melanggar kereta Perodua Bezza yang dipandu dan dinaiki oleh kedua-dua si mati dan motorlori OKT terbalik serta menghempap kenderaan motokar Axia dan Hilux yang dipandu SP9 dan SP11 di arah laluan yang bertentangan
13
Dalam membuktikan kes pendakwaan, pihak pendakwaan juga telah mengemukakan rakaman CCTV dari lapang sasar yang memperlihatkan kejadian kemalangan tersebut. Rakaman CCTV ini telah dikemukakan melalui saksi pendakwaan SP10 iaitu Penolong Jurutera Perbadanan Stadium Negeri Kedah yang menguruskan CCTV di kawasan tersebut. Selain itu, pihak pendakwaan juga telah bergantung kepada saksi awam iaitu SP2 dan SP6 yang melihat kejadian di tempat kemalangan tersebut.
14
Akibat daripada kemalangan ini, SP9 dan SP11 serta seorang lagi individu telah mengalami kecederaan manakala Nadzifah binti Abu Seman dan Romadiah binti Ismail telah meninggal dunia.
15
FAKTA PIHAK PEMBELAAN Pihak pembelaan tidak menafikan bahawa pada masa, tarikh dan tempat tersebut telah terjadinya kemalangan melibatkan 4 buah kenderaan tersebut serta tiada juga pertikaian identiti individu-individu yang terlibat dalam kemalangan.
16
Pihak pembelaan menyatakan bahawa semasa kejadian, setelah OKT memotong kereta di hadapannya dan memasuki lorong kanan, secara tiba-tiba terdapat sebuah motosikal telah masuk ke laluannya menyebabkan OKT membrek secara mengejut hingga hilang kawalan dan terjadinya kemalangan. OKT menafikan kemalangan tersebut berlaku kerana pemanduannya yang melulu dan kejadian berpunca daripada motosikal tersebut yang telah masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH ELEMEN PERTAMA – Sama ada OKT adalah pemandu motolori nombor pendaftaran WDG9081 yang terlibat dalam kemalangan pada tarikh masa dan tempat sebagaimana pertuduhan.
17
Dalam memenuhi intipati pertama pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini, mahkamah mendapati adalah tidak dipertikai oleh pihak-pihak berkenaan fakta bahawa pada tarikh, masa dan tempat kejadian telah terjadinya kemalangan antara 4 buah kenderaan iaitu motolori nombor pendaftaran WDG9081 yang dipandu oleh OKT dengan 3 buah kenderaan lain iaitu motokar Perodua Bezza nombor pendaftaran KFQ 6625, motokar Axia nombor pendaftaran CEK 3235 dan motokar Hilux KDM 2277. Juga tidak dipertikaikan bahawa pada masa kejadian OKT merupakan pemandu bagi kenderaan motolori tersebut.
18
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui keterangan pegawai penyiasat SP13, keterangan SP8 yang merupakan pemilik lori dan majikan OKT yang mengesahkan semasa kejadian OKT yang memandu motolori tersebut. Oleh itu, bagi intipati pertama ini tidak menjadi pertikaian pihak-pihak dan telah dibuktikan. ELEMEN KEDUA – Sama ada pada tarikh, masa dan di tempat kejadian OKT telah memandu kenderaan motorlori WDG 9081 dengan melulu.
19
Pemanduan secara melulu tidak didefinisikan dalam peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Mahkamah ini membuat rujukan kepada kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah sebelum ini. Mahkamah ini merujuk kepada kes yang diputuskan di Mahkamah Rayuan Ng Beng Kok v PP [2017] 7 CLJ 157 yang jelas menyatakan: Driving Recklessly [18] Black’s Law Dictionary, Deluxe 9th edn defined “reckless” in the adjectival sense as: characterised by the creation of a substantial and unjustifiable risk of harm to others and by a conscious (and sometimes deliberate) disregard for or indifference to that risk; “Reckless driving” is defined as: The criminal offence of operating a motor vehicle in a manner that shows conscious indifference to the safety of others. From the abovementioned, the word “reckless” connotes the deliberate taking of an unjustified risk. It implies an element of foresight. Thus, on a charge of reckless driving, proof of some actual foresight by the accused of the likelihood of certain consequences is necessary. The test is, therefore, subjective and consequently mens rea is necessary of the offence. [19] Further clarification as to what could be regarded as “reckless” can be distilled from the various cases, one of which is the case of R v. Lawrence [1981] 73 Cr App R 1; [1982] AC 510; [1981] 1 All ER 974; [1981] 2 WLR 524; [1981] RTR 217; [1981] Crim LR 409] wherein Lord Diplock, with whom Lords Fraser, Roskill & Bridge concurred, held at pp. 11 & 526 respectively: In my view, an appropriate instruction to the jury on what is meant by driving recklessly would be that they must be satisfied of two things: First, that the defendant was in fact driving the vehicle in such a manner as to create an obvious and serious risk of causing physical injury to some other person who might happen to be using the road or of doing substantial damage to property; and secondly, that in driving in that manner the defendant did so without having given any thought to the possibility of there being any such risk or, having recognized that there was some risk involved had nonetheless gone on to take it. It is for the jury to decide whether the risk created by the manner in which the vehicle was being driven was both obvious and serious and, in deciding this, they may apply the standard of the ordinary prudent motorist as represented by themselves. [‘Objective Test’] If satisfied that an obvious and serious risk was created by the manner of the defendant’s driving, the jury are entitled to infer that he was in one or other of the states of mind required to constitute the offence and will probably do so; but regard must be given to any explanation he gives as to his state of mind which may displace the inference. (emphasis added) [words in brackets added]. [20] After referring to the abovementioned statement, Lord Lane CJ in delivering the judgment of the court in R v. Boswell, Elliott, Daley & Rafferty [1984] 79 Cr App R 277; [1984] 3 All ER 353; [1984] 1 WLR 1047; [1984] RTR 315; [1984] Crim LR 502 stated at p. 281: To be guilty the defendant must have created an obvious and serious risk of injury to person or damage to property and must either have given no thought to the possibility of that obvious risk, or have seen the risk and nevertheless decided to run it, although he had seen it.
20
Manakala di dalam kes Mahkamah Tinggi Poleon Ajan v. PP [2010] 10 CLJ 423, adalah dinyatakan: I am in agreement with Mr. Bernard Philip for the appellant that indeed s. 41(1) provides for two separate offences but which attract the same punishment - one is dangerous driving and the other is reckless driving. I also agree with him that case law has decided that the ingredients of each differ from the other, though the distinction maybe fine but they are still obviously different as reckless driving is a more serious offence than dangerous driving. In this regard, I would adopt the definitions from case law which he has highlighted to me to show the distinction as aforesaid. Reckless driving to be guilty of the more serious category of the offence of reckless driving the driver (defendant) must have created an obvious and serious risk of injury to the person or damage to property and must either have given no thought to the possibility of that obvious risk, or have seen the risk and nevertheless decided to run it. (per Vincent Ng J, in Public Prosecutor v. Zulkifli bin Omar [1998] 6 MLJ 65).
21
Mahkamah ini mendapati bahawa fakta mengenai OKT semasa kejadian sedang memandu lori di lorong kiri kemudian memotong kereta di hadapannya dengan memasuki lorong kanan dan telah membrek lori kerana terdapat sebuah motosikal di lorong kanan juga tidak dipertikaikan. Akibat daripada OKT membrek motorlorinya, OKT telah hilang kawalan terbabas, naik atas pembahagi jalan dan melanggar kereta Perodua Bezza yang dipandu dan dinaiki oleh kedua-dua si mati. Motorlori OKT kemudiannya terbalik menghempap kenderaan motokar Axia dan Hilux yang dipandu SP9 dan SP11 di arah laluan yang bertentangan juga adalah tidak dipertikaikan pihak-pihak.
22
Pertikaian dan isu yang perlu diperhalusi oleh mahkamah ini adalah sama ada motosikal yang berada di lorong kanan tersebut sememangnya sudah berada di lorong kanan atau secara tiba-tiba telah memasuki lorong kanan secara mengejut untuk Mahkamah ini menafsirkan sama ada pemanduan OKT secara keseluruhannya membawa maksud pemanduan yang melulu.
23
Pihak pendakwaan berhujah bahawa motosikal tersebut sememangnya sudah berada di lorong kanan dan OKT yang memandu lori dalam keadaan laju tidak sedar akan keberadaan motosikal telah membrek secara mengejut lalu menyebabkan motorlori hilang kawalan dan terjadinya kemalangan.
24
Manakala pihak pembelaan, berhujah bahawa motosikal tersebut secara tiba-tiba telah memasuki lorong kanan secara mengejut menyebabkan OKT telah membrek secara mengejut dan telah hilang kawalan. Pihak pembelaan berhujah bahawa perbuatan membrek secara mengejut bukanlah pemanduan yang melulu dan situasi tersebut motosikal yang harus dipersalahkan.
25
Mahkamah ini setelah meneliti keterangan saksi-saksi, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan berpuas hati dan menerima versi kemalangan pendakwaan iaitu motosikal yang berada di lorong kanan tersebut sememangnya telah berada di lorong kanan sebelum motorlori yang dipandu OKT memasuki lorong kanan bagi memotong kereta yang berada di hadapannya. Dapatan ini adalah berdasarkan:- a. Mahkamah ini telah menerima masuk keterangan rakaman CCTV yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan melalui saksi SP10. Berdasarkan amatan mahkamah pada rakaman CCTV ini, adalah kelihatan bahawa motosikal tersebut telah pun berada di lorong kanan dan bukannya masuk secara mengejut dan tiba-tiba. b. Berdasarkan siasatan pegawai penyiasat SP13, SP13 turut menyatakan bahawa semasa siasatan beliau, OKT tidak memaklumkan bahawa motosikal tersebut telah memasuki secara tiba-tiba, OKT hanya memaklumkan bahawa terdapat motosikal di lorong kanan tersebut yang menyebabkan OKT telah membrek secara mengejut dan hilang kawalan. c. Perkara ini juga disahkan OKT sendiri semasa memberi keterangan bersumpah bahawa fakta motosikal tersebut telah memasuki lorong kanan secara tiba-tiba tidak dimaklumkan kepada pegawai penyiasat dan juga tidak dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat OKT sendiri. d. Pihak pembelaan telah membantah penerimaan dokumen laporan polis yang dibuat OKT sendiri sebagai keterangan atas alasan dokumen tersebut bukannya ‘First Information Report’, bersifat statement dan di bawah seksyen 113 Kanun Tatacara Jenayah percakapan OKT secara amnya tidak boleh digunapakai. Namun mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan tersebut. Di dalam kes kemalangan jalanraya, pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan hendaklah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam sebagaimana peruntukan seksyen 52(2) Akta Pengangkutan jalan 1987. Seksyen 52 Kewajipan berhenti jika berlaku kemalangan
2
Dalam hal sesuatu kemalangan seperti yang tersebut dahulu pemandu kenderaan motor itu dan, jika terdapat lebih daripada satu kenderaan motor, pemandu tiap-tiap kenderaan motor itu, hendaklah melaporkan kemalangan itu di balai polis yang berhampiran sekali dengan seberapa segera yang semunasabahnya praktik dan dalam mana-mana hal dalam tempoh dua puluh empat jam selepas berlakunya kejadian itu, dan hendaklah mengemukakan kepada pegawai yang menjaga balai polis itu lesen memandunya dan, jika dikehendaki sedemikian, perakuan insurans yang dikeluarkan di bawah seksyen 90 Akta ini. OKT yang membuat laporan polis ini juga telah memberi keterangan bersumpah bahawa beliau sendiri yang membuat laporan polis itu sejurus kemalangan tanpa ditolong sesiapa. Mahkamah ini berpendapat laporan polis yang dibuat OKT ini adalah selaras seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan keterangan awal versi kemalangan menurut OKT bagi siasatan lanjut pihak polis sebelum pihak polis mengambil apa-apa tindakan lanjut. Sikap pihak pembelaan yang telah sedaya upaya membantah laporan polis yang dibuat OKT sendiri tanpa sebarang paksaan dan pertolongan sesiapa mengenai bagaimana kemalangan sejurus kejadian telah menimbulkan tanda tanya pada mahkamah ini. Malah tiada sebarang penjelasan diberikan mengapa dan kenapa laporan polis yang dibuat OKT ini tidak dapat diterima. Adakah terdapat kesalahan, paksaan kepada OKT atau bagaimana. Keadaan ini telah menimbulkan tanda tanya dan keraguan pada Mahkamah ini. e. Selain itu, mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT sendiri semasa OKT memberikan keterangannya. Credibity OKT sendiri diragui oleh mahkamah ini. Hal ini adalah kerana semasa keterangan, apabila disoal balas oleh pihak pendakwaan OKT telah mengambil masa yang lama untuk menjawab dan juga apabila dirujuk dengan rakaman CCTV, OKT bersetuju telah melihat rakaman tersebut sebelum perbicaraan dan berulang kali menafikan melihat kewujudan motosikal di lorong kanan tersebut. Keterangan OKT yang menyatakan bahawa tidak melihat motosikal dalam rakaman CCTV tanpa sebarang penjelasan lanjut meragukan mahkamah atas credibility OKT. OKT bersetuju bahawa rakaman CCTV tersebut adalah rakaman kemalangan yang terjadi melibatkannya dan keterangan OKT sendiri menyatakan bahawa terdapat sebuah motosikal yang telah secara tiba-tiba memasuki lorong kanan OKT. Namun apabila dirujuk rakaman CCTV tersebut dan apabila disoal balas mengenai kewujudan motosikal OKT mengambil sikap menafikan terdapat motosikal dalam rakaman tersebut. Sikap OKT ini telah meragukan mahkamah ini atas credibility keterangannya sendiri. f. Selain itu berdasarkan keterangan senyap iaitu kesan brek di atas jalan raya seperti mana yang kelihatan di dalam gambar dan rajah kasar yang dilukis oleh pegawai penyiasat, iaitu kesan tayar kiri lori B1 ke B2 sejauh 40.3 meter, kesan tayar kanan lori B5 ke B6 37.2 meter yang berada di lorong kanan laluan yang dipandu OKT serta kesan tayar kiri lori B3 ke B4 6.9 meter dan kesan tayar kanan lori B7 ke B8 5.4 meter yang kelihatan di atas pembahagi jalan, mahkamah menyimpulkan bahawa OKT telah memandu motorlori tersebut dalam keadaan laju. Kesan brek yang panjang tersebut adalah mustahil akan terjadi jika kenderaan lori tersebut dipandu dalam kelajuan perlahan atau sederhana. Selain itu, kesan impak dan kerosakan pada kenderaan-kenderaan terlibat serta keterangan saksi awam iaitu SP2, SP9, SP11 dan hasil siasatan pegawai penyiasat membawa kepada inferen bahawa motorlori tersebut dipandu laju oleh OKT semasa kejadian. g. Selain itu, dalam keadaan lori yang dipandu laju dan kesan brek yang panjang tersebut sekiranya benar dakwaan OKT bahawa motosikal secara tiba-tiba telah masuk ke laluan kanan, mahkamah berpendapat adalah mungkin perlanggaran dengan motosikal tersebut akan terjadi terlebih dahulu. Namun dalam situasi ini Mahkamah lebih melihat bahawa OKT yang menukar laluan ke lorong kanan dalam keadaan motorlori dipandu laju hanya perasaan kewujudan motosikal di hadapan laluan kanan tersebut setelah menukar laluan dan telah bertindak membrek secara mengejut serta meninggalkan kesan brek yang panjang sehingga hilang kawalan dan terjadinya kemalangan. h. Oleh itu, Mahkamah ini juga berpendapat bahawa keterangan OKT yang menyatakan motosikal yang telah masuk secara mengejut dan tiba-tiba tersebut adalah satu penafian kosong dan pemikiran terkemudian. Perkara ini juga telah disahkan OKT sendiri bahawa fakta bahawa motosikal telah masuk secara mengejut dan tiba-tiba tidak dinyatakan di dalam laporan polis yang dibuat OKT dan OKT sendiri tidak pernah memberi tahu kepada pegawai penyiasat kes mengenai fakta ini. Fakta ini hanya muncul ketika perbicaraan bermula di mahkamah ini. i. Mengenai elemen pengetahuan OKT ke atas pemanduan OKT yang menyebabkan dan meletakkan risiko serius kepada keselamatan pengguna jalan raya lain, mahkamah berpendapat OKT sendiri sedar dan jelas bahawa motorlori yang dipandunya adalah motorlori yang telah berusia 30 tahun dan sifat motorlori yang besar dan berat serta perlukan perhatian yang lebih. Selain itu semasa kejadian juga motorlori tersebut tidak mempunyai sebarang muatan. OKT sebagai pemandu dan pengguna jalan raya yang competent sudah semestinya dan semunasabahnya dapat mengetahui pemanduannya pada hari tersebut adalah berisiko terhadap pengguna jalan raya lain namun masih mengabaikan dan bersikap cuai. Tindakan OKT yang membawa motorlori dalam keadaan laju, memotong kenderaan tanpa dengan jelas memastikan lorong kanan dalam keadaan selamat untuk dimasuki adalah jelas satu pemanduan yang melulu hingga menyebabkan kemalangan dan kematian kepada pengguna jalan raya lain. ELEMEN KETIGA – Sama ada cara cara pemanduan melulu OKT tersebut telah menyebabkan kematian Nadzifah binti Abu Seman dan Romadiah binti Ismail.
26
Bagi elemen ini, adalah fakta yang tidak dinafikan bahawa kedua-dua si mati iaitu Nadzifah binti Abu Seman dan Romadiah binti Ismail adalah pemandu dan penumpang bagi kenderaan motokar Bezza KFQ 6625 yang telah terlibat dalam kemalangan ini. Kedua-dua identiti si mati telah dicamkan oleh SP5 dan SP11. SP3 dan SP7 merupakan pegawai perubatan yang telah menjalankan bedah siasat ke atas si mati Nadzifah binti Abu Seman dan Romadiah binti Ismail mengesahkan punca kematian kedua-dua si mati adalah disebabkan oleh kecederaan kepala akibat perlanggaran kenderaan.
27
Fakta ini tidak dipertikaikan pihak pembelaan dan mahkamah ini berpuas hati bahawa elemen ini telah dibuktikan dan dipenuhi oleh pihak pendakwaan.
28
Setelah mempertimbangkan keseluruhan kes, keterangan kesemua saksi-saksi, keterangan OKT, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Oleh itu, OKT telah di dapati bersalah dan disabitkan atas kesalahan.
29
ALASAN-ALASAN BAGI HUKUMAN YANG DIJATUHKAN Mahkamah ini sebelum menjatuhkan hukuman telah mempertimbangkan hujahan mitigasi daripada OKT dan juga hujahan pemberatan daripada timbalan pendakwa raya.
30
Pihak pembelaan telah membuat rayuan berdasarkan latar belakang OKT berumur 51 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 3 anak berusia 16 tahun, 14 tahun dan juga 8 tahun. Kesemua anak OKT masih bersekolah dan isteri OKT merupakan suri rumah sepenuh masa. OKT berkerja di gudang dan hanya melakukan kerja pembersihan dengan pendapatan RM60 sehari. OKT merupakan pencari nafkah tunggal. Isteri OKT juga menghidap sakit kencing manis dan darah rendah. Ini juga merupakan kes jenayah pertama OKT dalam tempoh 51 tahun dan hanya melibatkan kes kemalangan jalan raya. OKT telah kesal dan akan memandu dengan lebih waspada di masa akan datang. Pihak pembelaan juga berhujah bahawa semasa kemalangan OKT juga tidak dibawah pengaruh alkohol.
31
Manakala pihak pendakwaan telah menghujahkan bahawa statistik kemalangan jalan raya semakin meningkat, kemalangan telah menyebabkan kematian dua insan dan 3 individu lagi telah mengalami kecederaan. Pihak pendakwaan juga telah berhujah bahawa hukuman bagi seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan telah dipinda parlimen dan telah berkuatkuasa pada tahun 2020, hukuman dipinda menjadi lebih berat dan ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan untuk mengenakan hukuman serius bagi menjaga maslahat dan kepentingan awam. Pendakwaan telah memohon agar keseriusan, faktor kepentingan awam, serta kesan kepada keluarga mangsa dan masyarakat diambil kira dalam menjatuhkan hukuman. Pihak pendakwaan menegaskan bahawa hukuman berat perlu dikenakan kepada OKT setimpal dengan kesalahan malah perlu sebagai mesej jelas bahawa manusia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
32
Mahkamah ini, dalam menjatuhkan hukuman, merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
(a)the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
(b)the circumstances in which it was committed;
c
(c)the rampancy of such offence in the area;
d
(d)the offender’s previous record;
e
(e)the offender’s contribution and support to his family members;
f
(f)the offenders means;
g
(g)the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
(h)the age and health of the accused;
i
(i)whether it is his first offence;
j
(j)whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
(k)whether the accused had pleaded guilty;
l
(l)status of the accused;
m
(m)whether there was violence during the crime; and
n
(n)public interest, etc.
33
Mahkamah ini juga memberikan penekanan yang lebih terhadap kepentingan awam berbanding kepentingan OKT sendiri. Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes, Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest... ’
34
Mahkamah ini setelah mempertimbangkan hujahan daripada pihak-pihak memutuskan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT iaitu penjara 8 tahun dari tarikh sabitan dan denda RM30,000 gagal bayar 12 bulan penjara. Mahkamah juga memerintahkan butir-butir kesalahan ini dicatatkan pada lesen memandu OKT dan OKT hilang kelayakan untuk memegang lesen memandu untuk tempoh lima tahun selepas tarikh sabitan adalah hukuman yang setimpal dan wajar.
35
KESIMPULAN Atas alasan-alasan yang telah dinyatakan, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah berlandaskan undang-undang, setimpal dan wajar. Bertarikh 14 Julai 2026 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Pihak – Pihak Bagi Pihak Pendakwa Raya Nur Huda Diyanah binti Amir Hamzah, TPR Nur Ain Fadilla binti Mohd Fauzi Bagi Pihak Tertuduh Thevan a/l Raman (Tetuan Hakimi.R.Thevan & Co)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.