Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-65-11/2022 PENDAKWA RAYA
KA-45A-65-11/2022
High Court of Malaysia22 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n melampaui keraguan yang munasabah. [85] Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whe”
“ahawa kedua-dua saksi tersebut merupakan saksi ‘hostile’. Berdasarkan keputusan kes Public Prosecutor v. Tan Chye Joo & Anor [1989] 2 MLJ 253: “The object of the cross-examination under s 154 of the Evidence Act is only to test the veracity of the witness. The grant of the permission to cross-examine is not an adjudica”
“n tidak kurang daripada 12 sebatan. [100] Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the”
“principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation”
“on or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “… It i”
“a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] [74] Sebagaimana yang tela”
“f course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] [64] Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa, pengetahuan OKT terhada”
“erhadap ketiga-tiga OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. [100] Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code”
“d with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authoritie”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-65-11/2022 PENDAKWA RAYA
1
OKT dituduh melakukan satu kesalahan bawah perenggan 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] (“ADB 1952”) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama.
2
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 07/05/2022, jam lebih kurang 11.45 malam, di sebuah rumah beralamat No. 72B, Kampung Kubang Panggas, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 294.03 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.
3
Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan terhadap OKT dan telah memerintahkan OKT membela diri.
4
OKT telah memilih memberi keterangan secara bersumpah dan mengemukakan dua orang saksi pembelaan termasuk OKT sendiri. Pada akhir kes Pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya telah gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan keseluruhan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan OKT bagi pertuduhan terhadapnya serta menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) bermula daripada tarikh tangkap dan 12 sebatan. OKT tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
5
Pada 7.5.2022, jam lebih kurang 11.20 malam, semasa Pengadu (SP3) bersama sepasukan anggota polis dari IPD Kota Setar sedang menjalankan tugas Ops Tapis dalam kawasan Alor Setar, Kedah, telah menerima maklumat aktiviti dadah di rumah beralamat no. 72B, Kampung Kubang Panggas, Mukim Kubang Rotan, 06250 Alor Setar Kedah (“rumah tersebut”) oleh seorang lelaki Melayu dengan panggilan ‘Tam’. Pengadu dan pasukan kemudiannya telah bergerak ke lokasi dinyatakan dengan menaiki kenderaan pasukan tidak berlambang.
6
Pada lebih kurang pukul 11.40 malam, Pengadu bersama Pasukan telah sampai di lokasi kejadian dan Pengadu arahkan pasukan memberhentikan kenderaan di tepi jalan berdekatan laluan jalan masuk ke rumah tersebut. Pengadu dan pasukan kemudiannya telah keluar dari kenderaan dan berjalan kaki masuk ke kawasan rumah tersebut.
7
Pengadu dan pasukan telah membuat pemerhatian selama lebih kurang 5 minit dari jarak 7 – 12 meter, dan sepanjang pemerhatian diijalankan, tiada sebarang kenderaan atau individu didapati keluar masuk dari rumah tersebut.
8
Seterusnya, pada lebih kurang pukul 11.45 malam, Pengadu telah mengarahkan pasukannya untuk membuat serbuan ke atas rumah tersebut. Semasa sampai di hadapan pintu rumah tersebut, Pengadu dapati pintu hadapan rumah dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci. Pengadu telah membuka pintu hadapan dan terus masuk ke dalam rumah. Setelah masuk, Pengadu telah memperkenalkan diri polis kepada satu perempuan Melayu (SP6) dan satu lelaki Melayu (SP7) yang berada di ruang tamu rumah. Pengadu telah bertanya kepada mereka di mana ‘Tam’ berada dan mereta kata ‘Tam’ ada di dalam bilik kedua sebelah kanan ruang tamu rumah tersebut.
9
Pengadu dan pasukan kemudiannya telah menjalankan pemeriksaan di bilik kedua sebelah kanan ruang tamu rumah dan dapati pintu bilik tersebut bertutup dan berkunci dari dalam. Pengadu telah mengetuk pintu bilik tersebut sebanyak 2 kali dan pintu bilik telah dibuka oleh OKT. Setelah pintu dibuka Pengadu dapati OKT dalam keadaan terkejut. Pengadu kemudiannya telah menahan OKT setelah perkenalkan diri polis.
10
Pengadu seterusnya menjalankan pemeriksaan dalam bilik tersebut sambil disaksikan OKT dan telah menemui dua bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja, dua paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja, dan satu paket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja yang berada dalam keadaan terdedah dan terbuka di atas dulang plastik yang terletak di atas sebuah meja berhampiran tingkap dalam bilik tersebut. Pengadu turut menemui dalam dulang plastik tersebut satu botol plastik yang telah diubahsuai disyaki alat menghisap dadah, satu alat timbang digital, satu papan pemotong, satu batu asah pisau, satu parang bersama sarung parang kayu, satu alat pengisar dan tiga paket plastik lutsinar di dalamnya berisi plastik lutsinar kosong. Setelah barang-barang kes tersebut ditemui, OKT didapati terkejut dan dalam keadaan takut iaitu ketika itu OKT didapati berpeluh, takut dan mukanya pucat.
11
Selesai pemeriksaan, Pengadu telah merampas kesemua barang kes yang dijumpai dan turut merampas satu meja yang mana dadah ditemui diletakkan di atasnya. Pengadu juga telah menyediakan Senarai Bongkar (eksibit P28) yang ditandatangani oleh OKT. Seterusnya, Pengadu dan pasukan telah membawa OKT dan barang-barang kes yang ditemui balik ke IPD Kota Setar untuk tindakan selanjutnya. Barang-barang kes dadah berada dalam kawalan dan jagaan Pengadu sepanjang masa.
12
Sampai di IPD Kota Setar, Pengadu telah menimbang semua barang kes dadah dengan alat penimbang PDRM di hadapan OKT dan mendapati anggaran berat kesemua barang kes dadah tersebut adalah lebih kurang 312.68 gram. Pengadu juga telah membuat laporan polis yang dijadikan sebagai Kuala Kedah/001120/22 (eksibit P27).
13
Pengadu kemudiannya telah membuat tandaan terhadap kesemua barang kes yang dirampas seperti yang berikut: a) dua bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering ditanda W1 dan W2 (eksibit P5 dan P6), dua paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering ditanda W3 dan W4 (eksibit P7 dan P8), dan 1 paket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering ditanda W5 (eksibit P9), kesemuanya turut mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22; b) satu dulang plastik ditanda W6 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P14); c) satu botol plastik yang telah diubahsuai disyaki alat menghisap dadah ditanda W7 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P15); d) satu alat penimbang digital ditanda W8 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P16); e) satu papan pemotong ditanda W9 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P17); f) satu batu asah pisau ditanda W10 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P18); g) satu parang bersama sarung parang kayu ditanda W11 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P19); h) satu alat pengisar ditanda W12 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P20); i) tiga paket plastik lutsinar dalamnya berisi plastik lutsinar kosong ditanda W13 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P32A-C); j) satu meja ditanda W14 serta mempunyai tandatangan Pengadu dan bertarikh 7/5/22 (eksibit P25).
14
Pada 8.5.2022 lebih kurang pukul 5.40 pagi, Pengadu telah menyerahkan kesemua barang-barang kes yang dirampas, berserta laporan polis Kuala Kedah/001120/22 (eksibit P27), Senarai Bongkar (eksibit P28) dan Borang Serah-Menyerah Barang Kes (eksibit P29) yang turut disediakan oleh Pengadu kepada Pegawai Penyiasat (SP8).
15
SP8 mengesahkan menerima barang kes berserta dokumen-dokumen yang terlibat daripada Pengadu, dan SP8 juga telah membuat tandaan ke atas barang-barang kes yang dirampas seperti berikut: a) Dua bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering ditanda M1 dan M2 (eksibit P5 dan P6), dua paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering ditanda M3 dan M4 (eksibit P7 dan P8), satu paket plastik lutsinar berisi tumbuhan kering ditanda M5 (eksibit P9), yang mana kesemuanya turut ditanda dengan tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022; b) Satu dulang plastik ditanda M6 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P14); c) Satu botol plastik yang telah diubahsuai disyaki alat hisap dadah ditanda M7 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P15); d) Satu alat penimbang digital ditanda M8 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P16); e) Satu papan potong ditanda M9 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P17); f) Satu batu asah pisau ditanda M10 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P18); g) Satu parang bersama sarung parang kayu ditanda M11 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P19); h) Satu alat pengisar ditanda M12 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P20); i) 3 paket plastik lutsinar dalamnya berisi plastik lutsinar kosong ditanda M13 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P32A-C) j) Satu meja ditanda M14 serta mempunyai tandatangan SP8 dan bertarikh 8.5.2022 (eksibit P25).
16
Setelah selesai membuat tandaan pada barang-barang kes terlibat, SP8 telah menyimpan barang-barang kes di dalam almari kayu berkunci di dalam bilik SP8 dan kunci disimpan oleh SP8 sendiri, dan tiada kunci pendua.
17
Pada hari yang sama, lebih kurang pukul 4.18 petang, SP8 telah pergi ke rumah tersebut bersama Pengadu dan telah merakam sendiri sembilan keping gambar tempat kejadian (eksibit P30A-I), dan turut melakar rajah kasar tempat kejadian (eksibit P37).
18
Pada hari yang sama juga, lebih kurang pukul 6.08 petang, SP8 telah mengeluarkan kesemua barang kes dari dalam almari kayu berkunci di bilik beliau dan telah merakam 14 keping gambar barang-barang kes (eksibit P31A-N). Kemudian SP8 telah membuat dusting bagi tujuan penimbulan cap jari ke atas barang kes dadah tetapi tiada cap jari sempurna yang ditimbulkan. SP8 seterusnya tela merakam satu keping gambar barang kes dadah yang telah dibuat dusting (eksibit P31O).
19
SP8 kemudiannya telah memasukkan barang kes dadah ke dalam satu sampul barang kes PDRM bertanda E berpelekat sendiri (eksibit P4), manakala kesemua barang kes bukan dadah dimasukkan ke dalam satu beg barang kes PDRM bertanda E1 berpelekat sendiri (eksibit P13). Barang-barang kes tersebut kemudiannya disimpan semula di dalam almari kayu berkunci beliau.
20
Seterusnya pada 9.5.2022 lebih kurang pukul 2.58 petang, SP8 telah membawa satu sampul barang kes PDRM bertanda E (eksibit P4) dan satu beg barang kes PDRM bertanda E1 (eksibit P13) ke Jabatan Kimia Malaysia, Alor Setar untuk dianalisis, dan barang-barang kes tersebut telah diterima oleh ahli kimia (SP1). SP8 telah diserahkan dengan resit rasmi JKM dengan nombor makmal 22-FR-K-03022 (eksibit P2).
21
Seterusnya pada 8.6.2022, lebih kurang pukul 11.05 pagi, SP8 telah pergi ke stor barang kes untuk mendaftar satu beg barang kes PDRM bertanda E1 berpelekat sendiri (eksibit P24) yang berisi tiga paket plastik lutsinar di dalamnya berisi plastik lutsinar kosong bertanda M13 (eksibit P32A-C) dan satu meja bertanda M14 (eksibit P25). Barang-barang kes tersebut telah diterima oleh jurustor (SP2) dan telah didaftar dalam buku daftar barang kes Pol 261 dan diberi nombor daftar JSJN 556/22 (eksibit P23 (buku asal Pol 261) dan P40 (salinan eksibit P23)).
22
Pada 13.10.2022, lebih kurang pukul 3 petang, SP8 telah menerima semula barang-barang kes yang telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia daripada SP1 dan telah turut menerima Laporan Kimia yang berkaitan (eksibit P3).
23
Keterangan SP1 (ahli kimia) mengesahkan bahawa pada 9.5.2022, lebih kurang pukul 2.58 petang, beliau telah menerima satu sampul barang kes PDRM bertanda E (eksibit P4) dan satu beg barang kes PDRM bertanda E1 (eksibit P13) yang kedua-duanya berpelekat sendiri daripada SP8 dan SP1 telah daftarkan barang-barang kes tersebut dengan Nombor Makmal 22-FR-K-03022. SP1 telah menyerahkan Resit Kimia (eksibit P2) dengan nombor makmal yang sama sebagai bukti pendaftaran dan penyerahan barang-barang kes tersebut.
24
SP1 turut mengesahkan bahawa sampul barang kes PDRM bertanda E (eksibit P4) mengandungi dua balutan plastik bertanda M1 dan M2, dan dua paket plastik bertanda M3 dan M4. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahawa ketulan-ketulan mampat bahan tumbuhan tersebut adalah 292.3 gram Cannabis.
25
Turut didapati di dalam sampul barang kes PDRM bertanda E (eksibit P4) satu paket plastik bertanda M5 yang mengandungi leraian bahan tumbuhan. Setelah dianalisis, SP1 mendapati bahawa leraian bahan tumbuhan tersebut adalah campuran 1.50 gram Cannabis dan 0.83 gram bahan tumbuhan lain.
26
Selepas analisis, kesemua bahan tumbuhan tersebut telah dimasukkan ke dalam tiga paket plastik berasingan (yang dibekalkan oleh SP1) dan ditandakan dengan ‘E(a)’, ‘E(b)(i)’ dan E(b)(ii) serta nombor makmal yang sama (eksibit-eksibit P10, P11 dan P12).
27
SP1 turut mengesahkan bahawa satu beg barang kes PDRM bertanda E1 (eksibit P13) mengandungi barang-barang kes seperti yang berikut: a) satu dulang plastik bertanda M6 (eksibit P14), yang mana setelah dianalisis, didapati mengandungi kesan delta-9- tetrahydrocannabinol; b) satu alat hisap bertanda M7 (eksibit P15), yang mana setelah dianalisis, didapati mengandungi kesan delta-9- tetrahydrocannabinol; c) satu alat penimbang bertanda M8 (eksibit P16), yang mana setelah dianalisis, didapati mengandungi kesan delta-9- tetrahydrocannabinol; d) satu papan pemotong bertanda M9 (eksibit P17), yang mana setelah dianalisis, didapati mengandungi kesan delta-9- tetrahydrocannabinol; e) satu batu pengasah bertanda M10 (eksibit P18), yang mana setelah dianalisis, didapati mengandungi kesan delta-9- tetrahydrocannabinol; f) satu pisau bersama sarung bertanda M11 (eksibit P19), yang mana setelah dianalisis, didapati mengandungi kesan delta-9- tetrahydrocannabinol; g) satu alat pengisar bertanda M12 (eksibit P20) berisi campuran bahan tumbuhan, yang mana setelah dianalisis, didapati bahan tumbuhan tersebut ialah 0.23 gram Cannabis. Setelah selesai analisis, bahan tumbuhan tersebut telah dimasukkan ke dalam 1 paket plastik berasingan (dibekalkan oleh SP1) dan ditandakan ‘E1(g)’ (eksibit P21) serta nombor makmal yang sama.
28
Pada 13.10.2022, lebih kurang pukul 3.00 petang, SP1 telah menyerahkan semula kesemua eksibit-eksibit tersebut dan Laporan Kimia (eksibit P3) dengan nombor makmal yang sama kepada SP8.
29
Mahkamah ini perlu membuat keputusan di akhir kes pendakwaan, sama ada suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap OKT selaras dengan kehendak seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] (“KTJ”).
30
Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. [penekanan ditambah]
31
Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: a) bahawa dadah berbahaya jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; b) bahawa OKT mempunyai milikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan ke atas dadah berbahaya tersebut; c) bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut.
32
Pihak Pendakwaan telah memohon untuk menyoal balas SP6 dan SP7 yang merupakan ibu dan bapa kandung OKT semasa kedua-duanya memberikan keterangan, selaras dengan peruntukan seksyen 154 Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
33
Kedua-dua saksi tersebut telah mengakui bahawa mereka ada memberikan keterangan kepada anggota polis berkaitan tangkapan terhadap OKT.
34
Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telah mengemukakan rakaman percakapan di bawah seksyen 112 KTJ bagi kedua-dua saksi tersebut yang ditandakan sebagai eksibit P34 dan P35.
35
Bagi kedua-dua saksi ini, keterangan yang dikatakan bercanggah adalah fakta bahawa semasa anggota serbuan memasuki rumah dan bertanyakan di mana ‘Tam’, SP6 telah menjawab Tam ada dalam bilik.
36
Setelah Mahkamah ini meneliti kedua-dua eksibit P34 dan P35, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa terdapat percanggahan material antara keterangan utama saksi-saksi tersebut dengan keterangan mereka dalam eksibit P34 dan P35. Sehubungan itu, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Pendakwaan untuk menyoal balas SP6 dan SP7.
37
Semasa disoal balas oleh Pendakwaan, SP6 bersetuju bahawa semasa anggota serbuan masuk ke rumah tersebut SP6 sedang duduk di sofa di ruang tamu rumah tersebut. Namun begitu, SP6 tidak bersetuju bahawa beliau telah menjawab yang OKT berada di dalam bilik, bertentangan dengan keterangan SP6 dalam eksibit P34.
38
Begitu juga dengan keterangan SP7, semasa disoal balas oleh Pendakwaan, beliau setuju semasa anggota serbuan masuk ke rumah tersebut, SP7 sedang baring di atas katil di ruang tamu. Namun begitu, SP7 tidak bersetuju bahawa isterinya (SP6) sedang duduk di sofa di ruang tamu semasa malam kejadian. SP7 juga tidak bersetuju dengan cadangan bahawa isterinya (SP6) telah menjawab kepada pertanyaan anggota serbuan yang ‘Tam’ ada di dalam bilik, keterangan sedemikian juga bertentangan dengan keterangan SP7 dalam eksibit P35.
39
Dalam hujahannya, pihak Pendakwaan secara ringkas menghujahkan bahawa SP6 dan SP7 adalah saksi berkepentingan kerana mereka adalah ibu dan bapa kandung OKT. Pendakwaan mohon supaya Mahkamah menerima keterangan kedua-dua saksi tersebut yang memihak kepada Pendakwaan.
40
Pihak Pembelaan pula menggesa supaya Mahkamah meneliti keadaan usia dan fizikal SP6 dan SP7 serta latar belakang pendidikan kedua-dua saksi tersebut, di samping keadaan kesihatan kedua-duanya terutama SP7 yang telah mengalami stroke sebelum kejadian tangkapan berlaku. Pembelaan turut menghujahkan bahawa fakta keberadaan OKT semasa serbuan sahaja yang bercanggah dan dengan itu, keterangan lain yang diberikan oleh kedua-dua saksi ini masih boleh diterima pakai oleh Mahkamah ini.
41
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan SP6 dan SP7, serta saksi-saksi Pendakwaan yang lain serta eksibit-eksibit P34 dan P35 yang dikemukakan.
42
Berdasarkan keterangan utama SP6 sendiri, beliau menyatakan semasa anggota serbuan masuk ke dalam rumah, SP6 sedang berdiri hendak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Namun begitu semasa disoal balas oleh Pendakwaan, SP6 bersetuju bahawa semasa anggota serbuan masuk ke dalam ruang tamu rumah, SP6 sedang duduk di sofa di ruang tamu rumah tersebut. Keterangan SP7 semasa disoal balas oleh Pendakwaan pula, tidak bersetuju bahawa ketika anggota serbuan memasuki rumah tersebut isterinya (SP6) sedang duduk di sofa ruang tamu tersebut sebaliknya semasa keterangan utama, SP7 menyatakan bahawa SP6 sedang duduk dengan beliau di atas katil.
43
Penelitian Mahkamah ini terhadap keseluruhan keterangan SP6 dan SP7 serta percanggahan-percanggahan yang wujud, mengakibatkan Mahkamah ini memutuskan bahawa kedua-dua saksi tersebut merupakan saksi ‘hostile’. Berdasarkan keputusan kes Public Prosecutor v. Tan Chye Joo & Anor [1989] 2 MLJ 253: “The object of the cross-examination under s 154 of the Evidence Act is only to test the veracity of the witness. The grant of the permission to cross-examine is not an adjudication by the court adverse to the veracity of the witness. Whether the testimony of the witness should be rejected in whole or in part depends on the result of the cross-examination.”
44
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan untuk meneliti dan menerima pakai keterangan SP6 dan SP7 dengan berhati-hati dan tidak menolak keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh kedua-duanya. Namun begitu, Mahkamah ini menolak keterangan mereka berkenaan keberadaan OKT semasa anggota serbuan mula memasuki rumah tersebut, berdasarkan keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan. Elemen (a): bahawa dadah berbahaya jenis Cannabis adalah dadah berbahaya sebagaimana ditafsirkan dalam Seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952
45
SP1 (ahli kimia) telah mengesahkan bahawa kesemua bahan tumbuhan dari eksibit-eksibit P5, P6, P7, P8, P9 dan P20 yang setelah dianalisis, didapati Cannabis keseluruhannya seberat 294.03 gram. Cannabis adalah ditafsirkan dalam seksyen 2 ADB 1952 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP1 yang telah ditandakan sebagai eksibit P3.
46
Di samping itu juga, OKT dalam hujahan mereka tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan dan dengan itu elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP1. Elemen (b): OKT mempunyai milikan iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut
47
Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas.
48
Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions
18
Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.
19
Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”.
49
Dadah yang dirampas telah ditemui di dalam bilik OKT di rumah tersebut. Kesemua dadah yang dirampas juga ditemui didalam dulang di atas meja (eksibit P25) dalam keadaan terdedah serta boleh dilihat dengan jelas melalui mata kasar. Turut ditemui di dalam bilik tersebut adalah alat penimbang, papan pemotong, botol yang telah diubahsuai yang dipercayai alat menghisap dadah, parang, batu asah pisau, alat pengisar yang mana dadah jenis Cannabis turut diperolehi daripadanya, dan juga tiga paket plastik yang mengandungi paket-paket plastik lutsinar kosong. Keadaan bilik tersebut juga semasa serbuan dijalankan diterangi dengan cahaya lampu dan sebelum serbuan dijalankan, pemerhatian selama lebih kurang 5 minit mendapati tiada pergerakan keluar masuk ke rumah tersebut.
50
Kronologi serbuan yang telah diperjelaskan melalui keterangan Pengadu menunjukkan bahawa Pengadu bersama pasukannya telah masuk ke dalam rumah tersebut, setelah mendapati pintu hadapan tidak berkunci. Setelah melihat terdapat SP6 dan SP7 di ruang tamu rumah tersebut, Pengadu telah bertanya di mana ‘Tam’ berada dan telah dimaklumkan oleh SP6 Tam berada di dalam bilik. Pengadu kemudiannya telah pergi ke pintu bilik OKT dan mendapati pintu bilik tersebut berkunci. Lalu Pengadu telah mengetuk pintu bilik tersebut sebanyak 2 kali dan kemudiannya pintu bilik tersebut telah dibuka oleh OKT. Setelah memasuki bilik tersebut Pengadu telah menemui kesemua barang-barang kes terlibat yang diletakkan di atas meja berhampiran dengan tingkap bilik tersebut.
51
Pembelaan mempertikaikan bahawa barang-barang kes dadah yang ditemui di dalam bilik OKT bukanlah milik OKT, malahan OKT tidak mempunyai pengetahuan langsung berkenaan barang-barang kes tersebut. Di samping itu juga, Pembelaan menghujahkan bahawa OKT tidak pernah ditahan semasa berada di dalam biliknya, sebaliknya OKT berada di hadapan televisyen di ruang tamu bersama-sama SP6 dan SP7, dan OKT telah ditolak masuk ke dalam biliknya oleh anggota serbuan.
52
SP6 dan SP7 dalam keterangan mereka menyokong pembelaan yang dikemukakan. Namun begitu, Mahkamah ini telahpun memutuskan bahawa kedua-dua SP6 dan SP7 adalah merupakan saksi ‘hostile’, maka keterangan kedua-dua mereka telah diteliti oleh Mahkamah ini dengan berhati-hati.
53
Dalam meneliti keterangan-keterangan Pengadu berbanding keterangan-keterangan SP6 dan SP7, Mahkamah ini mendapati bahawa hampir keseluruhan keterangan SP6 dan SP7 turut menyokong keterangan Pengadu kecuali fakta berkenaan OKT berada di dalam bilik.
54
Setelah meneliti keseluruhan keterangan-keterangan dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan Pengadu adalah keterangan yang kredibel. Ini kerana Pengadu telah memberikan kronologi yang jelas dari awal kejadian sebelum serbuan sehinggalah kepada tangkapan, rampasan dan penyerahan barang kes kepada SP8.
55
Jika diteliti keterangan Pengadu, jelas kejadian serbuan tersebut tidak melibatkan suatu kejadian yang kecoh sebagaimana kebiasaannya berlaku dalam serbuan-serbuan melibatkan aktiviti dadah. Pengadu telah masuk ke rumah kejadian, bertanya kedua ibu bapa OKT (SP6 dan SP7) di mana OKT berada dan setelah dimaklumkan OKT berada dalam bilik, Pengadu telah mengetuk pintu bilik yang berkunci sebanyak dua kali dan pintu kemudiannya telah dibuka oleh OKT.
56
Fakta bahawa Pengadu telah memasuki rumah kejadian, bertanya di mana OKT berada kepada SP6 dan SP7 yang berada di ruang tamu disokong sendiri oleh keterangan kedua-dua saksi tersebut. Pada pendapat Mahkamah ini, sekiranya OKT sememangnya berada di ruang tamu rumah semasa Pengadu memasuki rumah tersebut, pasti Pengadu tidak akan mengambil tindakan bertanya kepada ibu dan bapa OKT di mana OKT berada. Sekiranya versi Pembelaan bahawa OKT sememangnya berada di ruang tamu rumah, pastinya Pengadu telah memasuki rumah tersebut bersama anggota serbuan dan terus menahan OKT tanpa perlu bertanya di mana ‘Tam’ berada. Tambahan pula, SP6 (ibu OKT) sendiri menyatakan bahawa apabila ditanya di mana ‘Tam’ berada, SP6 telah menjawab OKT berada di ruang tamu. Adalah tidak munasabah, pada pendapat Mahkamah ini, bagi OKT yang sememangnya dikatakan berada di ruang tamu, dan SP6 akan menjawab OKT berada di ruang yang sama, sebaliknya jawapan yang munasabah kepada soalan ditanyakan Pengadu adalah SP6 akan menunjuk kepada OKT yang dikatakan SP6 ketika itu ada bersama di ruang tamu. Selain itu juga, jika benar OKT berada di ruang tamu semasa Pengadu mengemukakan pertanyaan tersebut, adalah juga lebih munasabah untuk OKT sendiri yang menjawab bahawa beliau adalah ‘Tam’, dan tidak perlu orang lain menjawab bagi pihaknya. Berdasarkan analisis Mahkamah berkenaan fakta di mana OKT sebenarnya ditangkap, pada pendapat Mahkamah ini, fakta sebagaimana dikemukakan Pengadu adalah lebih kredibel dan sangat berkemungkinan. Fakta bahawa semasa di ruang tamu rumah Pengadu telah bertanyakan di mana OKT berada kepada SP6 dan SP7, menunjukkan bahawa sememangnya OKT tidak berada di ruang tamu rumah semasa Pengadu dan anggota pasukan mula-mula memasuki rumah tersebut.
57
Selanjutnya, keterangan Pengadu turut menunjukkan bahawa beliau telah pergi ke pintu bilik OKT dan mendapati ianya berkunci. Setelah mengetuk pintu tersebut sebanyak 2 kali, OKT telah membuka pintu bilik tersebut. Keterangan SP4 (adik OKT), SP6 dan SP7 menyatakan bahawa pintu bilik OKT tidak berkunci kerana SP7 perlu menggunakan bilik air di dalam bilik OKT yang merupakan tandas duduk. Namun begitu, keterangan SP7 sendiri menyatakan bahawa pintu bilik tersebut boleh dikunci tetapi tidak dikunci kerana memudahkan beliau untuk menggunakan bilik air yang terdapat dalam bilik OKT tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat, keterangan Pengadu bahawa pintu bilik tersebut semasa serbuan adalah berkunci adalah berkemungkinan kerana walaupun dikatakan pintu bilik tersebut tidak berkunci kerana SP7 perlu menggunakan bilik air, tetapi tidak bermakna pintu bilik OKT tidak boleh dikunci. Ini disokong oleh keterangan SP7 sendiri.
58
Sehubungan itu, Mahkamah ini turut berpendapat bahawa kronologi kejadian sebagaimana dinyatakan dalam keterangan Pengadu iaitu pintu bilik tersebut berkunci dan Pengadu telah mengetuk sebanyak dua kali sebelum OKT membuka pintu bilik tersebut, adalah fakta yang kredibel dan diterima oleh Mahkamah ini. Ini kerana kejadian serbuan tidak melibatkan keadaan yang bising mahupun kecoh. Oleh itu, adalah munasabah untuk Pengadu pergi ke pintu bilik OKT dan mengetuk pintu bilik tersebut apabila mendapati ianya berkunci. Tindakan Pengadu ini selaras dengan keadaan di dalam rumah tersebut yang terdapatnya dua orang warga emas di ruang tamu yang mana salah seorangnya iaitu SP7 juga tidak sihat. Malahan SP6 dan SP7 sendiri ada menyatakan bahawa anggota polis ada bertanya tentang kesihatan SP7 semasa mereka mula-mula masuk ke dalam rumah tersebut. Fakta-fakta ini menunjukkan kronologi yang diceritakan oleh Pengadu adalah lebih kredibel, dengan mempertimbangkan keseluruhan keadaan di ruang tamu tersebut semasa anggota serbuan mula memasuki rumah.
59
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah]
60
Pengetahuan OKT terhadap dadah yang dirampas pula boleh dibuktikan melalui inferens berdasarkan keterangan-keterangan keadaan yang dikemukakan. Keadaan barang kes dadah dan juga peralatan-peralatan pembungkusan yang ditemui di dalam bilik OKT adalah dalam keadaan terdedah di atas meja dan dapat dilihat secara mata kasar. Pengadu turut mengesahkan bahawa semasa pintu dibuka oleh OKT, beliau telah menghidu bau ganja yang agak kuat dan nampak barang kes dadah dan alat-alat pembungkusan yang terletak di atas meja.
61
Berdasarkan keterangan Pengadu, semasa beliau memasuki bilik OKT, didapati tingkap-tingkap bilik semuanya tertutup dan keluasan bilik OKT adalah lebih kurang 15 x 13 kaki persegi. Semasa lawatan ke rumah OKT dilakukan pada 19.11.2023, Mahkamah ini turut mendapati bahawa bilik OKT adalah tidak terlalu besar, seluas sebagaimana diperjelas oleh Pengadu, dan tingkap bilik juga didapati ditutup, walaupun terdapat tingkap sliding yang yang tidak boleh dikunci. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa adalah munasabah untuk Pengadu menghidu bau ganja sebaik OKT membuka pintu biliknya, kerana saiz bilik yang tidak terlalu besar dan dalam keadaan tertutup.
62
Disamping itu juga, reaksi OKT kelihatan terkejut semasa Pengadu dan anggota serbuan memasuki bilik tersebut. OKT juga didapati terkejut, berpeluh, takut dan mukanya pucat apabila Pengadu menemui barang kes dadah di dalam biliknya. Reaksi OKT yang terkejut, berpeluh, takut dan muka pucat setelah barang-barang kes dadah ditemui, adalah juga relevan sebagai keterangan kelakuan (conduct) yang membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas.
63
Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta 56, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah]
64
Sehubungan itu, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa, pengetahuan OKT terhadap dadah-dadah yang dirampas adalah dibuktikan melalui inferens berdasarkan kepada fakta-fakta dinyatakan di atas.
65
Pihak pembelaan mempertikaikan bahawa elemen pemilikan tidak dapat dibuktikan kerana walaupun bilik tersebut bilik OKT, tetapi tingkap di mana barang kes dadah ditemui berhampiran dengannya tidak dapat dikunci dan boleh dibuka dengan mudah sama ada dari dalam mahupun dari luar. Sehubungan itu, terdapat kemungkinan terdapat orang lain yang meletakkan barang kes dadah tersebut di atas meja dalam bilik OKT, dengan menggunakan tingkap bilik tersebut yang tidak boleh dikunci.
66
Keterangan SP5 (adik perempuan OKT) dan SP6 mengesahkan bahawa tingkap yang mana meja yang berkaitan terletak adalah tidak boleh dikunci. SP5 turut menyatakan bahawa keadaan tingkap tersebut pada masa SP5 memberikan keterangan adalah sama dengan keadaan semasa serbuan.
67
Semasa lawatan ke rumah OKT dilakukan pada 19.11.2023, Mahkamah ini mendapati bahawa tingkap yang dimaksudkan merupakan tingkap jenis sliding yang tidak mempunyai kunci dan boleh dibuka dari kedua-dua belah dalam mahupun luar. Namun begitu, tingkap tersebut tertutup rapat.
68
Keterangan Pengadu menyatakan bahawa semasa serbuan, tingkap-tingkap di dalam bilik OKT bertutup. Namun bagitu, Pengadu tidak pasti sama ada tingkap yang berhampiran dengan meja di mana dadah ditemui boleh dikunci ataupun tidak.
69
Berkenaan isu ini, Mahkamah telah melihat sendiri keadaan bilik dan tingkap, serta bahagian luar tingkap dimaksudkan. Semasa lawatan, Mahkamah mendapati bahawa tingkap terbabit memang tidak boleh dikunci. Di bahagian luar tingkap terdapat sebuah jalan kampung yang hanya memuatkan satu kenderaan. Mahkamah turut mendapati bahawa jarak antara tepi jalan kampung tersebut dengan tingkap rumah yang dimaksudkan adalah lebih kurang 2 – 3 meter. Di samping itu juga terdapat tanaman-tanaman pokok bunga dan kaktus di belakang tingkap berkenaan (ini turut dinyatakan dalam keterangan SP4). Namun begitu, Mahkamah turut mendapati bahawa tingkap sliding tersebut juga disendal dengan kayu, yang pada pendapat Mahkamah ini digunakan bagi mengelakkan daripada tingkap tersebut dibuka.
70
Selain itu juga, terdapat keterangan daripada SP5 (adik perempuan OKT) yang mengesahkan bahawa rumah mereka tidak pernah dimasuki pencuri.
71
Setelah meneliti kesemua fakta-fakta di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa pada peringkat ini, memandangkan Mahkamah telah menerima keterangan Pengadu tentang kronologi kejadian, fakta bahawa kemungkinan orang lain telah meletakkan barang-barang kes yang dirampas adalah ‘remote’. Ini kerana terdapatnya kayu penyendal tingkap yang diletakkan pada tingkap terbabit. Sudah pasti kayu penyendal tersebut mempunyai fungsi kerana jika tidak, tiada keperluan untuk kayu penyendal tingkap tersebut diletakkan di tingkap tersebut. Selain itu juga, keadaan di belakang tingkap terbabit yang ditumbuhi tanaman-tanaman pokok bunga dan kaktus akan menyukarkan sesiapa sahaja daripada cuba untuk membuka tingkap bilik OKT tersebut. Fakta bahawa rumah tersebut juga tidak pernah dimasuki pencuri menjadikan fakta bahawa tingkap bilik OKT tersebut dengan mudah boleh dibuka dari luar sebagai suatu fakta yang tidak berkemungkinan.
72
Sehubungan itu, pada peringkat Pendakwaan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan bahawa tingkap di bilik OKT tidak boleh dikunci dan memungkinkan orang lain meletakkkan barang kes yang dirampas di atas meja di dalam bilik tersebut sebagai suatu fakta yang tidak berkemungkinan.
73
Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan Pengadu yang merupakan anggota serbuan dan juga SP8 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. Pengadu semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten dan memberikan penjelasan yang jelas dalam sebarang isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan. Pengadu juga bukanlah seorang saksi yang berkepentingan dan tidak mengenali OKT sebelum kejadian. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah]
74
Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah tersebut (iaitu jagaan, kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan langsung di mana OKT telah ditangkap semasa berada di dalam bilik OKT sendiri bersama-sama barang kes dadah yang telah diletakkan dalam keadaan terbuka dan boleh dilihat dengan mata kasar. Bilik tersebut juga tidak pernah dinafikan adalah bilik OKT yang turut menunjukkan bahawa OKT bebas untuk keluar masuk ke bilik tersebut.
75
Walaupun tidak dinafikan bahawa penghuni lain di rumah tersebut terutamanya SP7 turut mempunyai akses ke bilik tersebut, namun begitu, pada malam tangkapan, hanya OKT sehaja berada di dalam bilik tersebut dengan keadaan pintu bilik berkunci. Di samping itu juga, dengan keadaan barang kes yang terletak di atas meja yang boleh dilihat dengan mudah tanpa terselindung, maka inferens yang dapat dibuat adalah bahawa barang-barang kes dadah yang dirampas adalah dalam jagaan, kawalan dan pengetahuan OKT. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan elemen pemilikan secara pemilikan sebenar (actual possession).
76
Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah membuat keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Cannabis yang melebihi berat minimum 200 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Tambahan pula, pihak Pembelaan juga tidak mengemukakan sebarang hujahan berkenaan elemen ini, dan dengan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran di bawah perenggan 37(da)(vi) ADB 1952.
77
Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati pertuduhan terhadap OKT.
78
Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan.
79
Pada peringkat pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1. Pembelaan turut memanggil kakak OKT memberikan keterangan sebagai SD2. Pembelaan pada awalnya turut menyatakan bahawa terdapat dua lagi saksi Pembelaan yang hendak dipanggil, namun begitu setelah memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua saksi tersebut gagal dikesan, Pembelaan tidak mengemukakan saksi-saksi lain selain SD1 dan SD2 sahaja.
80
Keterangan OKT secara umumnya menyatakan bahawa OKT baru pulang dari rumah SD2 dan sedang berada di ruang tamu rumah bersama SP6 dan SP7. Ketika itu OKT sedang berada di hadapan televisyen dengan ibunya dan OKT sedang mencari channel untuk bapanya. Apabila dua orang anggota polis memasuki ruang tamu tersebut, OKT menyatakan bahawa mereka bertanya nama OKT ‘Pak Tam’, dan setelah anggota polis nampak OKT di belakang SP6, polis telah menggari OKT dan terus menolak OKT masuk ke dalam biliknya.
81
Selanjutnya OKT turut menegaskan bahawa walaupun terdapat barang kes di atas meja di tepi tingkap yang telah diambil oleh anggota serbuan, tetapi OKT tidak nampak apakah barang-barang tersebut. OKT menyatakan yang anggota polis hanya memaklumkan bahawa barang-barang yang diambil dari biliknya adalah ganja. OKT selanjutnya menegaskan bahawa dia hanya benar-benar melihat barang-barang kes yang dirampas dari biliknya semasa di Mahkamah.
82
Selain itu juga, OKT turut mengetengahkan fakta bahawa seorang bernama ‘Pak Su’ yang mungkin cuba menganiayanya. Ini kerana OKT menyedari pada malam kejadian tangkapan, ada ternampak Pak Su di mana kereta Pak Su diletakkan di belakang rumah OKT. OKT nampak kelibat Pak Su semasa OKT dibawa keluar dari rumah oleh polis dan OKT perasan Pak Su masuk ke dalam keretanya.
83
Keterangan SD2 pula hanya menyokong bahawa sebelum kejadian tangkapan berlaku, OKT bersama SP6 dan SP7 telah datang ke rumah SD2 dengan menaiki kereta. Selanjutnya, setelah mereka pulang semula ke rumah tersebut, SD2 telah diberitahu oleh adiknya iaitu SP4 bahawa OKT telah ditangkap.
84
Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah.
85
Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah]
86
Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1).
87
Pembelaan OKT secara ringkasnya menafikan pemilikan dan pengetahuan terhadap barang kes dadah yang telah dirampas. Pembelaan turut mengetengahkan bahawa OKT mungkin dianiaya oleh ‘Pak Su’ kerana wujud perselisihan kecil antara Pak Su dan OKT.
88
Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan pada kedua-dua peringkat Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa cadangan kemungkinan wujudnya penganiayaan oleh orang lain terhadap OKT sebagaimana diketengahkan oleh Pembelaan telahpun dikemukakan sejak peringkat Pendakwaan lagi. Saksi-saksi Pendakwaan telah dicadangkan dengan cadangan bahawa kerana tingkap di mana meja yang mana dadah ditemui adalah tingkap yang tidak boleh ditutup/dikunci dan boleh dibuka sama ada dari dalam mahupun dari luar, maka ada kemungkinanan orang lain telah meletakkan dadah tersebut dalam bilik OKT. Pada peringkat Pembelaan pula, OKT telah menyatakan bahawa beliau baru teringat yang ada ternampak kelibat ‘Pak Su’ pada malam OKT ditangkap.
89
Penama Pak Su ini tidak pernah wujud semasa peringkat Pendakwaan, sebaliknya hanya wujud buat pertama kali pada masa keterangan OKT diberikan pada peringkat Pembelaan.
90
Dalam hal ini, Mahkamah perlu menentukan sama ada keterangan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT ini memenuhi kehendak Alcontara Notice sebagaimana diputuskan dalam kes Alcontara Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705. Secara umumnya, keperluan yang perlu dipenuhi bagi suatu Alcontara Notice adalah maklumat yang diberikan adalah maklumat yang jelas dan spesifik, perlulah diperolehi daripada OKT dan hendaklah diberikan dalam tempoh seawal yang munasabah setelah kejadian.
91
Dalam hal keadaan kes yang melibatkan OKT ini, pembelaan atau kewujudan Pak Su hanya wujud semasa OKT memberikan keterangan pada peringkat Pembelaan. Tiada maklumat lain selain kereta kelisa putih dan nama panggilan Pak Su. OKT tidak mengetahui nama penuh Pak Su dan tiada nombor pendaftaran kenderaan diberikan.
92
Pemerhatian Mahkamah ini turut mendapati bahawa tidak pernah kewujudan Pak Su ini dikemukakan atau dicadangkan kepada mana-mana saksi Pendakwaan terutamanya kepada Pengadu yang merupakan pegawai serbuan, mahupun kepada Pegawai Penyiasat (SP8). Penjelasan OKT mengapa kewujudan Pak Su ini tidak pernah dimaklumkan kepada mana-mana anggota polis dan mengapa hanya di peringkat Pembelaan barulah diketengahkan, adalah kerana sebelum ini OKT tidak teringat tentang fakta tersebut. Namun begitu, hanya setelah ditanya oleh Peguambela semasa memberikan keterangannya, barulah OKT ingat akan perkara tersebut. Pihak Pembelaan juga tidak mengemukakan percakapan beramaran OKT sendiri untuk menyokong pembelaan mereka ini.
93
Pemerhatian Mahkamah ini mendapati bahawa perbicaraan bagi kes ini telah bermula sejak tahun 2023 lagi yang mana SP3 telah memberikan keterangan pada 26.7.2023 manakala keterangan SP8 pula diberikan pada 13.12.2023. Keterangan OKT pula diberikan pada 13.11.2024. Selama tempoh lebih kurang enam bulan keterangan saksi-saksi Pendakwaan diberikan, tidak pernah timbul penama Pak Su dan hanya setelah lebih kurang 1 tahun kemudian barulah wujudnya keterangan berkenaan Pak Su ini.
94
Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pembelaan yang diketengahkan oleh OKT berkenaan Pak Su ataupun pembelaan bahawa ada orang lain yang telah menganiaya OKT tidak langsung menepati kehendak Alcontara Notice dan dengan itu pada pendapat Mahkamah ini, pembelaan tersebut merupakan satu afterthought ataupun rekaan semata-mata.
95
Di samping itu juga, Mahkamah ini mendapati bahawa versi OKT ini tidak disokong oleh sebarang keterangan sokongan seperti rakaman percakapan beramaran OKT sendiri. Dalam hal ini, berdasarkan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu-isu yang dinyatakan sebentar tadi, maka kegagalan mengemukakan keterangan sokongan seperti rakaman percakapan OKT sendiri menunjukkan bahawa versi pembelaan sebenarnya adalah tidak benar. Sebagaimana di putuskan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236: “In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence.” [penekanan ditambah]
96
Di samping itu juga, OKT sendiri mengakui bahawa OKT tidak mengenali anggota polis yanag menangkapnya dan mereka juga tidak mengenali OKT.
97
Secara keseluruhan, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah bersifat penafian dan rekaan (afterthought) semata-mata dan dengan itu telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas dan juga telah gagal mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB 1952 yang telah dibangkitkan atas imbangan kebarangkalian.
98
Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah, dan Mahkamah dengan itu mensabitkan OKT bagi kesalahan di bawah perenggan 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 39B(2) Akta yang sama sebagaimana dalam pertuduhan.
99
Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846] yang mula berkuat kuasa pada 4.7.2023 telah memberikan Mahkamah ini budi bicara yang sepenuhnya dalam menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga OKT, iaitu sama ada menjatuhkan hukuman mati, ataupun hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
100
Dalam kes Md Masud Rana v Public Prosecutor [2024] MLJU 154, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[35] For offences under section 302 of the Penal Code, Act 846 has given the discretionary power to this Court to determine the punishment that should be given to the accused, which is either the death penalty or a prison sentence of not less than 30 years which can be extended up to 40 years and whipping not less than 12 lashes.
36
In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of the existing sentencing principle.
37
We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 03.04.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to take this into account.” [penekanan ditambah]
101
Walaupun autoriti kes Md Masud Rana (supra) di atas merujuk kepada kesalahan di bawah seksyen 302 KK, namun begitu Akta 846 turut memperuntukkan budibicara yang sama kepada Mahkamah bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B ADB 1952.
102
Setelah mendengar hujahan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh Pendakwaan, dan juga setelah Mahkamah mempertimbangkan bahawa berat dadah yang terlibat dalam kes ini hanyalah 294.03 gram Cannabis dan berdasarkan keseluruhan fakta kes ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang mewajarkan suatu hukuman mati dijatuhkan. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mempertimbangkan tujuan penggubalan Akta 846 ini dalam mempertimbangkan hukuman yang bersesuaian terhadap OKT.
103
Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup bermula daripada tarikh ditangkap dan 12 sebatan terhadap OKT. Mahkamah ini berharap dengan hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada OKT ini akan dapat memberikan pengajaran kepada OKT dan juga masyarakat keseluruhannya supaya tidak terlibat dengan jenayah dadah. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Bertarikh 22 Mac 2025. Timbalan Pendakwa Raya: Noor Azrul bin Abdul Rahman Mohd Rizal bin Fadzil Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguambela OKT: Mohd Fadhly bin Yaacob Mohd Hezeri bin Harun Tetuan Fadhly Yaacob & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.