(ii) Hukuman penjara yang setimpal wajar diberikan. 15) Selanjutnya, setelah mahkamah mempertimbangkan rayuan peringanan daripada Tertuduh dan hujahan pemberatan daripada TPR, maka mahkamah menjatuhkan hukuman Penjara 9 bulan dari tarikh tangkap. S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw D. ALASAN 16) Objektif sesuatu hukuman dijatuhkan kepada Tertuduh di sesebuah negara adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersahsiah tinggi, patuh kepada undang-undang dan mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Merujuk kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864 telah diputuskan bahawa (dengan izin): “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offender’s means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (l) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” 17) Mahkamah ini telah mengambil kira beberapa faktor dan kriteria sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh. Diantaranya ialah: Kepentingan Awam 18) Faktor kepentingan awam adalah salah satu faktor utama yang diambil kira oleh mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud mahkamah ini mengabaikan kepentingan Tertuduh. Hal ini kerana kepentingan awam merupakan konsep yang mempunyai tafsiran subjektif bergantung kepada fakta sesuatu kes. Ini S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw jelas dirujuk di dalam satu kes klasik iaitu di dalam kes R v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164, di mana dinyatakan bahawa (dengan izin); “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain consideration. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime a seeming to offer easy money on the supposition, that if the offence is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal to an honest life. The public interest indeed served and the best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, the sentence for a particular crime, but a maximum sentence and leave it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe? 19) Merujuk kepada kes di hadapan mahkamah ini, ianya merupakan kes curi dalam bangunan. Kesalahan curi dalam bangunan ini merupakan kesalahan yang serius di mana pindaan bagi hukuman kesalahan ini telah dibuat. Hukuman di bawah seksyen ini adalah pemenjaraan yang boleh sampai 7 tahun namun melalui pindaan ianya telah dinaikkan sehingga 10 tahun. jelas mencerminkan niat Parlimen bagi membendung kesalahan jenayah ini. Oleh itu, faktor tersebut perlu diambil kira dan dititikberatkan dalam menentukan hukuman ke atas Tertuduh. Dengan hukuman yang diberikan, kepentingan awam dapat dilindungi ekoran daripada kesan yang akan diterima oleh masyarakat keseluruhannya. Dengan hukuman yang diberikan ia akan memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa undang-undang S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw mengambil penekanan yang serius dalam menangani perbuatan atau kesalahan tersebut. 20) Berdasarkan fakta kes dan juga barang kes yang dirampas jelas menunjukkan tindakan Tertuduh ini adalah satu tindakan yang telah dirancang dan bukanlah tindakan spontan atau terdesak memandangkan tempat kejadian merupakan pasaraya besar dan jumlah barang kes adalah banyak dan tidak hanya tertumpu kepada barangan ruji harian. Tindakan Tertuduh bukan sahaja menimbulkan kegusaran kepada pengadu dan orang awam, malahan mengakibatkan pemilik premis (orang awam) terpaksa berbelanja lebih bagi meningkatkan keselamatan bangunan di samping mengalami kerugian akibat tindakan mencuri tersebut. Oleh itu, hukuman yang setimpal perlu diberikan dalam menangani kesalahan memiliki. 21) Dengan hukuman yang setimpal juga dapat memberi kesedaran yang lebih kepada Tertuduh ini agar tidak mengulanginya. Justeru secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pelanggaran undang-undang di dalam masyarakat umumnya malah kepentingan masyarakat secara umumnya dijamin dan terjaga kerana secara tidak langsung dapat menghindarkan masyarakat mendapat kesan negatif akibat daripada perbuatan ini. 22) Selain daripada itu, kepentingan awam tidak hanya tertumpu kepada kepentingan masyarakat umum semata-mata. Kepentingan Tertuduh juga merupakan salah satu kepentingan awam kerana setiap tindakan daripada Tertuduh memberi kesan kepada masyarakat. Hukuman yang diberikan kepada Tertuduh bagi kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan adalah adil dan bersesuaian bagi Tertuduh. Dengan itu, hukuman yang diberikan adalah munasabah bagi Tertuduh dalam memberikan kesedaran kepada Tertuduh untuk memperbaiki diri dan berubah sekaligus ia akan mengubah kepentingan awam di mana Tertuduh akan menjadi lebih baik dan tidak mengulangi perbuatannya sekaligus kepentingan awan turut terjaga. S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw Pengajaran/Deteren 23) Sesuatu hukuman yang dipertimbangkan perlulah bagi memberikan pengajaran setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ini bertujuan supaya Tertuduh tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi dan insaf. Begitu juga kepada masyarakat awam, hukuman perlulah memberikan pengajaran dan peringatan tentang akibat daripada kesalahan yang dilakukan. 24) Mahkamah meneliti fakta kes di mana Tertuduh telah dilihat membawa keluar satu troli yang mengandungi barang-barang kes dan setelah diperiksa tiada resit bayaran dapat dikemukakan. Tertuduh tidak dapat membuktikan bahawa semua barangan yang dibawa keluar dari Pasaraya tersebut telah diperolehi tanpa sebarang bayaran dibuat. Siasatan pada rakaman CCTV menunjukkan Tertuduh telah menolak troli yang mengandungi barang-barang kes keluar dari Pasaraya tersebut. Fakta Kes (P1) dan Gambar Barang Kes (P9A-R) turut dirujuk. Berdasarkan eksibit yang dikemukakan adalah didapati bahawa kesalahan yang dilakukan Tertuduh merupakan curi dalam Pasaraya tempat kejadian (P8 A-I) dan kesalahan tersebut melibatkan jumlah barang kes yang banyak sepertimana dikemukakan pada eksibit P14 hingga P34. 25) Mahkamah juga mengambil kira jenis barang kes dan jumlah barang kes yang dirampas. Mahkamah berpendapat tindakan Tertuduh bukanlah akibat dari desakan hidup yang memerlukan makanan asas untuk keperluan diri sendiri atau keluarga. Namun kuantiti dan jenis barang yang dicuri seperti telah dirancang oleh Tertuduh dan tidak masuk akal hanya untuk digunakan sebagai keperluan hidup. Perbuatan Tertuduh juga telah mengakibatkan kerugian kepada pengadu. 26) Mahkamah berpendapat hukuman yang dikenakan adalah patut dan bersesuaian terhadap Tertuduh. Ia memberikan pengajaran terhadap S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw Tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Seterusnya, hukuman juga bertujuan untuk Tertuduh berasa insaf dan sedar atas perbuatannya sekaligus memberikan pengajaran kepada masyarakat secara amnya. Ia seharusnya dijadikan pengajaran terhadap perbuatan tersebut. 27) Oleh itu, mahkamah berpendapat hukuman penjara yang dikenakan terhadap Tertuduh adalah munasabah dan setimpal serta memberikan pengajaran kepada Tertuduh. Begitu juga dengan masyarakat secara amnya. Latar Belakang Tertuduh 28) Berdasarkan rayuan yang dikemukakan oleh Tertuduh, jelas menunjukkan bahawa Tertuduh telah berusia matang dan mempunyai tahap pemikiran yang waras. Tertuduh telah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak ulangi lagi. Tertuduh juga dilihat telah insaf dan mengakui tidak akan mengulanginya lagi. Tertuduh memohon untuk dikurangkan hukuman penjara kerana Tertuduh merupakan OKU pembelajaran. 29) Mahkamah ini merujuk kepada kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441, di mana di dalam kes ini Augustine Paul JC menyatakan (dengan izin); “A mitigation plea should not be treated as a ritualistic step to be summarily rejected the moment it is made. It is a constituent element of sentencing process. It merits due consideration in the light of the facts of each case, and more so when it is not contradicted by the prosecution as in the case”. 30) Berdasarkan daripada faktor tersebut di atas, mahkamah mengenakan hukuman yang munasabah supaya Tertuduh sedar dan insaf atas perbuatannya. Ianya adalah sebagai pengajaran kepada Tertuduh. Tambahan pula, mahkamah mempertimbangkan usia Tertuduh yang telah S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw mencecah 31 tahun dan keadaan Tertuduh yang dikatakan OKU (pembelajaran). Tertuduh seharusnya mempunyai daya pertimbangan yang munasabah supaya Tertuduh tidak tenggelam dalam kancah jenayah. Namun demikian, Tertuduh gagal membuat pertimbangan sewajarnya sehingga terjebak dengan kesalahan jenayah tersebut. 31) Oleh itu, mahkamah berpendapat adalah munasabah dan setimpal hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh setelah mengambil kira latar belakang Tertuduh dan faktor ekonomi serta keadaan yang mempengaruhi Tertuduh sendiri serta kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh. Pengakuan Salah Tertuduh. 32) Tertuduh juga telah mengaku salah di hadapan mahkamah setelah pertuduhan dibacakan pada peringkat awal sebutan kes. Ini telah menjimatkan masa mahkamah dan kos pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, pertimbangan patut diberikan kepada pengakuan salah Tertuduh. 33) Sepertimana yang digariskan di dalam kes PP v. Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45 seperti berikut (dengan izin); “It is a generally accepted rule that a person should be given credit or discount for pleading guilty.” 34) Merujuk juga kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 2 MLJ 134, di mana telah diputuskan bahawa (dengan izin); “The plea of guilty by both accused persons saved court time. This court's therefore, found this as a factor that would work in favour of the accused persons. Whether a person is a hardened criminal or otherwise, a plea of guilt is a mitigating factor.” S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw 35) Pengakuan salah merupakan salah satu faktor mitigasi yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman kepada Tertuduh. Setelah mengambil kira faktor tersebut, adalah munasabah dan setimpal hukuman yang telah dikenakan kepada Tertuduh. Tiada Rekod Kesalahan Lampau 36) Mahkamah juga mendapati Tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kerana tidak dikemukakan sebarang rekod kesalahan lampau oleh pihak pendakwaan. Tertuduh juga di dalam rayuannya menyatakan bahawa ini merupakan kesalahan pertamanya. 37) Merujuk kes PP v. Jafa Daud [1981] MLJ 315, Mohamed Azmi J, memutuskan seperti berikut (dengan izin); “A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw exceptional circumstances, the quantity, nature of value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor. (emphasis added”. 38) Memandangkan Tertuduh merupakan Pesalah Pertama dan tiada rekod kesalahan lampau yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, dengan ini, adalah amat wajar dan setimpal hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh di atas kesalahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, mahkamah tidak menafikan fakta di mana Tertuduh telah melakukan kesalahan curi dalam bangunan yang mana bertentangan dengan undang-undang dan sahsiah manusia. 39) Berdasarkan faktor tersebut, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang diberikan kepada Tertuduh adalah munasabah dan wajar setelah mengambil kira rekod kesalahan kali pertama bagi Tertuduh. DISEDIAKAN PADA 26 SEPTEMBER 2025; nurshahida NURSHAHIDA BINTI ABDUL RAHIM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR PERLIS S/N icT8IoKo60mnRrMwfdZvVw