Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-A53KJ-273-05/2021 ANTARA MOHD YASHIR BIN MOHD ADZMAN … PLAINTIF DAN HANIS NADZIRAH BINTI RAZALI … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
NA-A53KJ-273-05/2021
Sessions Court of Malaysia23 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mages he **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 suffered were a result of and/or caused by the accident, as required under s. 101 of the Evidence Act 1950. It was only after the plaintiff had discharged his burden of proof and proved his case on a balance of”
“26. Mahkamah merujuk kes Mohd Iqhwan Nulhakim Rahim v. Liew Yoke Kien & Anor [2025] CLJU 1356 yang memutuskan bahawa: Negligence and duty of care-lane changing manoeuvres [31] The fundamental duty imposed upon a driver who intends to change lanes is to ensure that such a manoeuvre can be saf”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-A53KJ-273-05/2021 ANTARA MOHD YASHIR BIN MOHD ADZMAN … PLAINTIF DAN HANIS NADZIRAH BINTI RAZALI … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini merupakan rayuan yang difailkan oleh Perayu yang merupakan Defendan dalam tindakan ini terhadap keseluruhan keputusan atas isu liabiliti dan kuantum yang telah diberikan oleh Mahkamah Sesyen 4 Seremban pada 23.05.2025 iaitu membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos dan Defendan bertanggungan cuai 100% dalam kemalangan ini.
2
Tuntutan ganti rugi ini dibawa oleh Plaintif berikutan satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 09.10.2019 jam lebih kurang 11.50 pagi di KM6, Jalan Kundur-Linggi, Rembau, Negeri Sembilan.
3
Kemalangan ini melibatkan 2 buah kenderaan iaitu motorsikal nombor NDF 793 yang ditunggang oleh Plaintif dengan sebuah motorkar nombor DDE 7021 yang dipandu oleh Defendan.
4
Di akhir kes, Mahkamah ini mendapati atas imbangan kebarangkalian bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes terhadap Defendan dengan liabiliti 100% ditanggung oleh Defendan.
5
Maka, disebabkan itu, Defendan merayu terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini bagi isu liabiliti dan juga kuantum.
6
Bagi membuktikan kes, Plaintif telah memanggil seramai 2 orang saksi iaitu Plaintif (SP1) dan Pegawai Penyiasat gantian
7
SP1 merupakan penunggang motorsikal nombor NDF 793 sewaktu kemalangan jalan raya. Menurut SP1, pada tarikh kejadian, beliau sedang menunggang motorsikal di KM 6 Jalan Kundur-Linggi, dari arah atas ke bawah rajah kasar (ekshibit P8 dan P8K) dan tiba-tiba motorkar Defendan nombor DDE 7021 yang berada di tepi bahu kiri jalan laluan yang sama telah membuat pusingan U dan masuk ke laluan SP1 tanpa isyarat dan secara mengejut. SP1 cuba membrek dan mengelak namun berlaku perlanggaran.
8
Menurut SP1 lagi, tempat perlanggaran berlaku di Lorong A1- A2 yang merupakan laluan SP1 dan kali pertama SP1 melihat motorkar Defendan ialah dalam jarak 10 ke 20 kaki. Keterangan SP1 disokong dengan 2 laporan polis di ekshibit P1 dan P2 yang dibuat oleh SP1.
9
SP2 pula yang merupakan Pegawai Penyiasat gantian bagi kes ini mengesahkan arah perjalanan kedua-dua kenderaan terlibat adalah sama dan bahawa perlanggaran berlaku di laluan SP1 iaitu di Lorong A1-A2 ketika Defendan yang berada di bahu kiri jalan garisan A2 dan membuat pusingan U. Keterangan SP2 ini menyokong versi SP1.
10
Menurut SP2 lagi, tempat berlakunya perlanggaran merupakan jalan yang lurus dan keadaan jalan tidak sibuk serta cuaca pada ketika itu baik. Dalam kes ini, Defendan telah disaman di bawah Rule 10 LN 166/59 di ekshibit P11.
11
Dalam kes ini, kes Defendan ditutup tanpa kehadiran Defendan mahupun Peguam Defendan, walaupun Mahkamah telah memanggil kes di Mahkamah terbuka bagi kedua-dua Peguam Plaintif dan Peguam Defendan hadir bagi penetapan tarikh Sambung Bicara.
12
Setelah Mahkamah mendengar dan meneliti keterangan saksi-saksi Plaintif, dan tanpa saksi Defendan, dan setelah Mahkamah meneliti kesemua dokumen dan ekshibit yg dikemukakan, dan setelah Mahkamah meneliti hujahan kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya. Oleh itu, tuntutan Plaintif dibenarkan dengan kos.
13
Dalam menentukan isu liabiliti, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Mahkamah untuk menilai dan memutuskan versi mana yang lebih probable berdasarkan keterangan langsung dan keterangan senyap yang ujud dalam kes ini. Mahkamah merujuk kes Nooranti Bte Zainol Abidin & Ors v Tang Lei Nge [1990] 2 CLJ Rep 545.
14
Justeru itu, Mahkamah, telah membuat dapatan fakta bagi isu liabiliti bahawa hanya Defendan bertanggungan 100% dalam kemalangan ini.
15
Dapatan fakta ini dibuat berdasarkan keterangan SP1 (Plaintif) yang disokong oleh keterangan SP2 (Pegawai Penyiasat kes) serta bukti dokumentar yang merupakan 2 laporan polis iaitu ekshibit P1 dan P2 yang dibuat oleh SP1, rajah kasar iaitu ekshibit P8 dan P8K serta gambar-gambar bagi memutuskan versi yang lebih probable atau berkemungkinan.
16
Menurut keterangan SP1 yang turut disokong oleh keterangan SP2, kedua-dua SP1 dan Defendan berada di laluan yang sama iaitu dari atas ke bawah rajah kasar dan titik perlanggaran berlaku di laluan yang sah SP1. Keterangan SP2 dan SP1 saling menyokong. Jika dilihat pada ekshibit rajah kasar dan gambar-gambar tempat kemalangan, serta menurut keterangan SP2, jalan tempat kemalangan merupakan jalan yang lurus dan tiada halangan pandangan di tempat kejadian.
17
Walaupun hanya versi Plaintif sahaja dalam kes ini, Mahkamah harus memastikan Plaintif membuktikan kesnya. Kes Pacific & Orient Insurance Co Bhd v. Tang Loon Pau & Ors [2021] 9 CLJ 952 dirujuk yang menyebut bahawa: “(1) The fact that a defendant submitted that it had no case to answer and called no witnesses and led no evidence did not absolve the plaintiff from discharging its burden of proof in law. The burden remained with the plaintiff to prove its case before a court could grant judgment on its claim. The fact that the defendant did not call any witnesses did not automatically equate to the plaintiff satisfying the burden of proof. Notwithstanding the defendant's submission of no case to answer, it still remained that the evidence adduced by the plaintiff must be sufficient to prove the plaintiff's case. Additionally, the SCJ's drawing of adverse inference against the defendants for having elected not to call any witnesses was also wrong at law since the plaintiffs had not proven its case against the defendants on a balance of probabilities. The plaintiff in an accident case must discharge his burden of proof and prove on a balance of probabilities that the accident was caused by the defendant and that the injuries and damages he suffered were a result of and/or caused by the accident, as required under s. 101 of the Evidence Act 1950. It was only after the plaintiff had discharged his burden of proof and proved his case on a balance of probabilities would the burden of proof shift onto the insurance company to prove its allegation of fraud. For all these reasons, the SCJ did not have a sufficient appreciation of the applicable law and was plainly wrong at law. (paras 33 & 36-38).”
18
Oleh itu, kebergantungan Mahkamah bagi membuat dapatan fakta bagi isu liabiliti adalah bersandarkan keterangan SP2 Pegawai Penyiasat kes dan keterangan senyap yang ada dalam kes ini iaitu rajah kasar tempat kejadian (ekshibit P8 dan P8K),
6
keping gambar tempat kejadian (ekshibit P9(A)-(F)) dan Laporan Polis (ekshibit P1 dan P2) yang dibuat oleh SP1.
19
Malahan, menurut SP2, keputusan siasatan Defendan telah disaman di bawah Rule 10 LN 166/59 di ekshibit P11 susulan kemalangan ini.
20
Mahkamah mempercayai versi Plaintif kerana ianya disokong dengan laporan polis Plaintif di ekshibit P1 dan P2 dan lakaran rajah kasar di ekshibit P8 serta gambar polis di ekshibit P9 yang dibuat oleh SP2. Malahan versi Plaintif tidak bercanggah dengan keterangan SP2. Maka, versi Plaintif adalah lebih probable. Versi Plaintif adalah probable berbanding tiada versi Defendan.
21
Mahkamah merujuk kes Daminanto b Samin v. Chong Siew Phin [2007] 1 PIR [17] bagi isu laporan polis dan juga kes In Multar v. Lim Kim Chet & Anor [1982] CLJ Rep 237; [1982] 1 MLJ 184 at 185, FC, yang memutuskan bahawa: “As far as we can see, the appellant's evidence is consistent with his report and the sketch plan. His evidence as to how the accident occurred was not challenged.”
22
Mahkamah juga merujuk kes Jaafar b Shaari & Anor (suing as administrators of the estate of Shofiah bt Ahmad, deceased) v. Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509; [1997] 4 AMR 3744; [1997] 3 MLJ 693 yang memutuskan bahawa: “Since the first respondent had chosen not to give evidence, an adverse inference that he could not have given any explanation of the absence of negligence, would be drawn against him. This would have the effect of making the respondents wholly blamable for the accident. Hypothetically, if the first respondent had also died in the same accident, no adverse inference would be drawn and liability would be divided equally (see p 710D-E); Baker v. Market Harborough[1951] 1 WLR 1472 and France v. Parkinson [1951] 1 All ER 739 followed.”
23
Mahkamah mendapati dan berpandangan bahawa Defendan yang merupakan pemandu motorkar tersebut seharusnya lebih cermat dan berhati-hati dengan keadaan jalan pada masa tersebut. Defendan perlu mengambilkira hak dan keselamatan serta memberikan perhatian yang lebih kepada pengguna jalan raya yang lain khususnya kenderaan di laluan yang sama sebelum membuat pusingan U.
24
Jelas, Defendan gagal untuk memberikan keutamaan jalan kepada kenderaan-kenderaan yang berada di sebelah kanan Defendan terutamanya motorsikal SP1 sebelum Defendan membuat pusingan U.
25
Tanggungjawab untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain lebih berat terletak ke atas Defendan yang bertindak membuat pusingan U dan memasuki laluan yang sah SP1. Apatah lagi, menurut keterangan SP2, keadaan jalan di tempat kemalangan merupakan jalan yang lurus dan tiada halangan pandangan.
26
Mahkamah merujuk kes Mohd Iqhwan Nulhakim Rahim v. Liew Yoke Kien & Anor [2025] CLJU 1356 yang memutuskan bahawa: Negligence and duty of care-lane changing manoeuvres [31] The fundamental duty imposed upon a driver who intends to change lanes is to ensure that such a manoeuvre can be safely executed without posing a danger to other road users. On the facts and evidence thus reviewed, I hold the considered view that on the balance of probabilities, the 1st defendant had clearly breached this duty when she suddenly changed lanes without warning and directly crossed into the path of the plaintiff's motorcycle. [32] The evidence established that at the material time, the plaintiff was travelling straight in the middle lane and had the right of way. The 1st defendant, as the driver undertaking the lane change, bore the responsibility to ensure that the manoeuvre was carried out safely. The 1st defendant's failure to do so constituted negligence on her part that directly caused the accidents and the injuries sustained by the plaintiff.
27
Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah berpendapat bahawa Defendan wajar bertanggung liabiliti 100% atas kemalangan yang berlaku. DAPATAN MAHKAMAH BAGI ISU KUANTUM (ATAS DASAR LIABILITI 100%)
28
Bagi kuantum untuk Ganti Rugi Am, Mahkamah bergantung kepada keterangan berbentuk dokumentar iaitu Laporan Perubatan dan Klarifikasi daripada Hospital Tuanku Jaafar dan Laporan Pakar Plaintif pihak Plaintif yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak tertakluk kepada hujahan.
29
Ganti Rugi Am yang diberikan oleh Mahkamah ini adalah berdasarkan kepada jumlah munasabah yang difikirkan wajar dan suai serta mengikut Garis Panduan “Revised Compendium 2018” dan kes-kes yang diputuskan serta trend semasa. Oleh itu, Ganti Rugi Am yang dibenarkan berdasarkan liabiliti 100% ke atas Plaintif seperti berikut: A. Open fracture proximal phalanx of the left little finger Bagi kecederaan ini, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 15,000 manakala Defendan menghujahkan award sebanyak RM 7,000. Menurut “Revised Compendium 2018”, award yang terendah ialah RM 4,000 manakala yang tertinggi ialah RM 14,500. Oleh itu, berdasarkan Garis Panduan dan juga mengambilkira kecederaan dan ketidakupayaan Plaintif serta faktor umur Plaintif, Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 15,000 adalah munasabah bagi kecederaan ini. B. Deep laceration wound over left knee Bagi kecederaan ini, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 8,000 manakala Defendan menghujahkan award sebanyak RM 2,500. Menurut “Revised Compendium 2018”, award yang terendah ialah RM 2,500 manakala yang tertinggi ialah RM 9,500. Oleh itu, berdasarkan Garis Panduan dan juga mengambilkira kecederaan dan kesakitan Plaintif serta faktor umur Plaintif, Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 8,000 adalah munasabah bagi kecederaan ini. C. Partial tear of the distal part of PCL with ligament laxity Bagi kecederaan ini, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 25,000 manakala Defendan menghujahkan bahawa award ini tidak wajar diberikan. Menurut “Revised Compendium 2018”, award yang terendah ialah RM 18,000 manakala yang tertinggi ialah RM 30,000. Oleh itu, berdasarkan Garis Panduan dan juga mengambilkira kecederaan, kesakitan dan ketidakupayaan Plaintif serta faktor umur Plaintif, Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 25,000 adalah munasabah bagi kecederaan ini. D. Laceration wound over left little finger Bagi kecederaan ini, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 6,000 manakala Defendan menghujahkan award sebanyak RM 2,500. Menurut “Revised Compendium 2018”, award yang terendah ialah RM 2,500 manakala yang tertinggi ialah RM 9,500. Oleh itu, berdasarkan Garis Panduan dan juga mengambilkira kecederaan dan faktor umur Plaintif, Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 6,000 adalah munasabah bagi kecederaan ini. E. Multiple abrasion wounds over right 2nd toe and left shoulder Bagi kecederaan ini, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 8,000 manakala Defendan menghujahkan award sebanyak RM 1,300. Menurut “Revised Compendium 2018”, award yang terendah ialah RM 1,300 manakala yang tertinggi ialah RM 5,000. Oleh itu, berdasarkan Garis Panduan dan juga mengambilkira kecederaan dan faktor umur Plaintif, Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 8,000 adalah munasabah bagi kecederaan ini. F. Muscle wasting (left thigh and left calf) Bagi kecederaan ini, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 8,000 manakala Defendan menghujahkan bahawa award ini tidak wajar diberikan. Menurut “Revised Compendium 2018”, award yang terendah ialah RM 3,000 manakala yang tertinggi ialah RM 5,000. Oleh itu, berdasarkan Garis Panduan dan juga mengambilkira kecederaan, kecacatan dan ketidakupayaan Plaintif serta faktor umur Plaintif, Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 5,000 adalah munasabah bagi kecederaan ini. G. Scar Bagi kecederaan ini, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 10,000 manakala Defendan menghujahkan award sebanyak RM 2,000. Menurut “Revised Compendium 2018”, award yang terendah bagi minor scarring to leg ialah RM 1,300 dan yang tertinggi ialah RM 3,300 manakala bagi minor scarring to arm award yang terendah ialah RM 2,200 dan yang tertinggi ialah RM 3,850. Oleh itu, berdasarkan Garis Panduan dan juga mengambilkira kecederaan dan faktor umur Plaintif, Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 10,000 secara total adalah munasabah bagi kecederaan ini. H. Future surgery Bagi future surgery, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 3,480 bagi rawatan fisioterapi dan RM 25,000 untuk PCL reconstruction, manakala Defendan menghujahkan bahawa award ini tidak wajar diberikan. Mahkamah membenarkan award ini mengambilkira kecederaan dan ketidakupayaan Plaintif, melalui laporan doktor pakar Plaintif serta Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 28,480 adalah munasabah. I. Pain and suffering Bagi pain and suffering, Plaintif menghujahkan award sebanyak RM 10,000, manakala Defendan menghujahkan bahawa award ini tidak wajar diberikan. Mahkamah membenarkan award ini mengambilkira kecederaan dan kesakitan yang dialami oleh Plaintif, melalui laporan doktor pakar Plaintif serta Mahkamah berpendapat bahawa award sebanyak RM 10,000 adalah munasabah bagi kecederaan ini.
30
Mahkamah ini percaya jumlah award yang diberikan bukanlah merupakan suatu jumlah yang sempurna namun ianya adalah award yang “commensurate” atau setimpal.
31
Mahkamah berpandukan kepada kes Wong Li Fatt William (an infant) v. Haidawati Binti Bolhen & Anor [1994] 1 LNS 196; [1994] 2 MLJ 497 Richard Malanjum J (pada ketika itu) menyatakan bahawa: “In considering the issue of quantum of damages, I bear in mind that an award must be fair which means that must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained.”
32
Mahkamah juga merujuk kes Fletcher V. Autocar and Transporter Ltd [1968] 1 All ER 726 di 750 Salmon LJ yang memutuskan bahawa: “The damages should be such that the ordinary sensible man would not instinctively regard them as either mean or extravagant, but to consider them to be sensible and fair.”
33
Rujuk juga kes Topaiwah v. Salleh [1968] 1 LNS 161; [1968] 1 MLJ 284 yang menyebut bahawa: “Held, dismissing the appeal the Federal Court will be disinclined to reverse the finding of a trial judge as to the amount of damages merely because they think that if they had tried the case in the first instance, they would have given a lesser sum. In order to justify reversing the trial judge on the question of the amount of damages it will generally be necessary that this court should be convinced either that the judge acted on some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damages to which the Plaintiff is entitled.”
34
Bagi kuantum untuk Ganti Rugi Khas, yang dibuat oleh Plaintif iaitu laporan polis RM 56, laporan JPJ RM 10, bayaran Hospital Tuanku Jaafar RM 181, laporan perubatan Hospital Tuanku Jaafar RM 40 dan Laporan Pakar Mahkota Medical Centre RM 1,280 telah dibenarkan oleh Mahkamah sebagai kos tindakan sepertimana yan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
35
Selaras dengan pindaan terhadap Kaedah-kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah membenarkan faedah sebanyak 5% setahun ke atas ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga tarikh penghakiman, 2.5 % setahun ke atas ganti rugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman dan 5% setahun ke atas keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh. Kos dibenarkan mengikut skala.
36
Mahkamah ini percaya bahawa keputusan dan dapatan yang diberikan oleh Mahkamah adalah suai dan manfaat dan demi kepentingan keadilan semua pihak dengan mengambilkira peruntukan undang-undang sedia ada. Bertarikh 27hb Julai 2025 (NORINA BINTI ZAINOL ABIDIN) HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 KOMPLEKS MAHKAMAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Peguam bagi pihak Plaintif : Jailani bin Anuwar Jailani & Co Peguam bagi pihak Defendan : Ian Lawrence Pereira
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.