Content
JB-25-5-03/2024 Kand. 30 15/07/2026 15:20:22 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM SEMAKAN KEHAKIMAN NO: JB-25-5-03/2024 ANTARA MOHD ZAHASMI BIN ABDUL RAHIM (RF174972(K), NO. K/P:890111-11-5271) ... PEMOHON
JB-25-5-03/2024
High Court of Malaysia30 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ething badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by ascribing it to an inferred though un”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
JB-25-5-03/2024 Kand. 30 15/07/2026 15:20:22 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM SEMAKAN KEHAKIMAN NO: JB-25-5-03/2024 ANTARA MOHD ZAHASMI BIN ABDUL RAHIM (RF174972(K), NO. K/P:890111-11-5271) ... PEMOHON
2
KERAJAAN MALAYSIA ... RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini adalah permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Pemohon mencabar keputusan Responden Pertama bertarikh 27 Disember 2023 yang telah menjatuhkan hukuman tatatertib termasuk hukuman buang kerja terhadap Pemohon. [2] Antara perintah-perintah yang dipohon oleh Pemohon adalah sebagaimana yang berikut :a) Suatu perintah Certiorari dilangsungkan kepada Responden Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini bagi membatalkan keputusan yang telah diberi oleh Lembaga Tatatertib Kontinjen Johor bagi pihak Responden Kedua terhadap keseluruhan keputusan terutamanya keputusan buang kerja Pemohon dari Pasukan Polis Di Raja Malaysia berkuatkuasa mulai 27 Disember 2023 dan bahawa Pemohon masih merupakan pekerja Responden Kedua, Kerajaan Malaysia; b) Suatu perintah Deklarasi dan/atau Mandamus dilangsungkan kepada Responden-Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini agar Pemohon dikembalikan semula ke jawatan Koperal tanpa kehilangan kekanan pangkat, kenaikan gaji, gaji, emolumen dan lain-lain manfaat; c) Suatu perintah Certiorari dilangsungkan kepada RespondenResponden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini bagi membatalkan keputusan yang telah diberi oleh Lembaga Tatatertib Kontinjen Johor bagi pihak Responden Kedua terhadap keseluruhan keputusan terutamanya Keputusan buang kerja Pemohon dari Pasukan Polis Di Raja Malaysia berkuatkuasa mulai 27 Disember 2023 dan bahawa Pemohon masih merupakan pekerja Responden Kedua, Kerajaan Malaysia; d) Suatu perintah Deklarasi dan/atau Mandamus dilangsungkan kepada Responden-Responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia Ini agar Pemohon dikembalikan semula ke jawatan Koperal tanpa kehilangan kekanan pangkat, kenaikan gaji, gaji, emolumen dan lain-lain manfaat; e) Perintah-perintah sampingan dan berbangkit dari perintah Certiorari/ Deklarasi / Mandamus tersebut seperti berikut:-
e
(e)(i) Suatu siasatan oleh Pendaftar untuk menentukan tunggakan gaji termasuk tunggakan kenaikan gaji, emolumen, elaun-elaun dan faedahfaedah lain yang Pemohon sepatutnya menerima dari tarikh buang kerja (27/12/2023) dan/atau dari tarikh akhir Pemohon menerima gaji sehingga penyelesaian penuh;
e
(e)(ii) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah keseluruhan wang yang tertunggak dari tarikh Pemohon dibuang kerja (27/12/2023) dan/atau dari tarikh akhir Pemohon menerima gaji sehingga penyelesaian penuh; f) Sebarang relif lanjut dan/atau lain-lain relif sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia Ini; dan g) Bahawa kos-kos yang disebabkan oleh usul ini hendaklah menjadi kos dalam kausa. Fakta Ringkas [3] Fakta material tidak dipertikaikan. Pemohon adalah seorang Koperai Polis Diraja Malaysia, berkhidmat sejak tahun 2010 dan berpencen. Pada 13 hingga 14 November 2021, Pemohon bertugas sebagai Penyelia Pengawal Lokap di Balai Polis Muar. [4] Susulan kejadian yang berlaku dalam tempoh tersebut, siasatan tatatertib dijalankan dan pada 15 Oktober 2023 Pemohon dikenakan enam pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat. [5] Pemohon telah mengemukakan representasi bertulis. Pada 27 Disember 2023, Responden Pertama mendapati Pemohon bersalah ke atas semua pertuduhan dan menjatuhkan hukuman, termasuk buang kerja bagi Pertuduhan Kedua dan Kelima. Isu Untuk Diputuskan [6] Isu sebenar yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini ialah: a) Sama ada pertuduhan yang dikenakan terhadap Pemohon adalah cacat dari segi undang-undang dan menjejaskan keadilan proses; b) Sama ada proses tatatertib tersebut melanggar prinsip keadilan asasi; c) Sama ada keputusan dan hukuman yang dijatuhkan adalah tidak munasabah atau tidak berkadar sehingga mewajarkan campur tangan Mahkamah melalui semakan kehakiman. Skop Semakan Kehakiman [7] Mahkamah ingin menekankan bahawa permohonan ini bukan rayuan terhadap keputusan tatatertib, tetapi satu cabaran terhadap keesahan proses, bidang kuasa serta kewajaran keputusan pentadbiran yang dibuat oleh suatu badan berkanun. Prinsip ini adalah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan menerusi kes Abd Razak bin Atan v Dato' Hj Ahmad Ragib bin Hj Mohd Salleh (sued in his capacity as Assistant Chief Administrator to the Inspector General of Police (Disciplinary) & Ors [2010] 3 MLJ 753 yang menyatakan sebagaimana yang berikut [7] As the plaintiff is seeking judicial review, we find it useful to refer to Chief Constable of North Wales Police v Evans [1982] 3 All ER 141, where the House of Lords held, inter alia, as follows: Judicial review is not an appeal from a decision but a review of the manner in which the decision was made, and, therefore, the court is not entitled on an application for judicial review to consider whether the decision itself was fair and reasonable. Judicial review is concerned, not with the decision, but with the decision making process. Unless the restriction on the power of the court is observed, the court will ... under the guise of preventing the abuse of power, be itself guilty of usurping power. [8] The above passage was applied by this court through the judgment of Alauddin Mohd Sheriff FCJ (now PCA) in T Ganeswaran Iwn Suruhanjaya Polis DiRaja Malaysia dan satu lagi [2005] 6 MLJ 97; [2005] 3 CLJ 302. (See also the Federal Court judgment delivered by Peh Swee Chin FCJ (as he then was) in Ng Hock Cheng v Pengarah Am Penjara & Ors [1998] 1 MLJ 153 at pp 411b-412d) [1998] 1 CLJ 405. [9] In determining whether to quash or declare a decision as wrong in law, null and void, it is only necessary for the court to consider whether, in dismissing a public officer, the DA had failed to observe the rules of natural justice; apply the Wednesbury principles of unreasonableness; or failed to understand correctly the law that regulates his decision making power, and give effect to it. The grounds for judicial review may be compendiously classified under three heads viz 'procedural impropriety', 'irrationality' and 'illegality'. See Ghazi bin Sawi v Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 MLJ 114 at p 127; [1994] 2 CLJ 333 at p 342 per Mohd Jemuri Serjan CJ (Borneo), applying the principles enunciated by Lord Diplock in Council of Civil Service Union v Minister of Civil Service [1985] 1 AC 374 at p 410 (HL). [8] Ini bermakna, prinsip yang terpakai dalam semakan kehakiman ialah Mahkamah tidak menjalankan fungsi sebagai badan rayuan untuk menilai semula merit keputusan pentadbiran tersebut. Sebaliknya, bidang kuasa Mahkamah adalah terhad kepada meneliti kesahan proses membuat keputusan, termasuk sama ada terdapat ketidakadilan prosedur, ketidakmunasabahan yang melampau, atau kesilapan undang-undang dalam pelaksanaan kuasa oleh pihak berkuasa. [9] Dalam konteks kes tatatertib penjawat awam, Mahkamah boleh campur tangan jika hukuman dikenakan melalui proses yang tidak adil, walaupun Mahkamah tidak menggantikan penilaian fakta badan tatatertib dengan penilaiannya sendiri. [10] Mahkamah boleh campur tangan sekiranya ditunjukkan wujud unsur illegality, procedural impropriety, atau irrationality sebagaimana prinsip Wednesbury. Pendekatan ini telah lama diterima undangundang pentadbiran negara ini. [11] Mahkamah Persekutuan dalam kes R Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 telah memutuskan bahawa dalam keadaan yang sesuai, Mahkamah boleh menyentuh intipati dan merit, terutamanya apabila terdapat illegality, irrationality atau procedural impropriety. Perkara ini dapat dilihat sebagaimana yang berikut :- But Lord Diplock's other grounds for impugning a decision susceptible to Judicial Review make it abundantly clear that such a decision is also open to challenge on grounds of 'illegality' and 'irrationality' and, in practice, this permits the courts to scrutinize such decisions not only for process, but also for substance. In this context, it is useful to note how Lord Diplock (at pp 410-411) defined the three grounds of review, to wit, (i) illegality, (ii) irrationality, and (iii) procedural impropriety. This is how he put it: By 'illegality' as a ground for Judicial Review I mean that the decision maker must understand directly the law that regulates his decision making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of a dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exerciseable. By 'irrationality' I mean what can by now be succinctly referred to as 'Wednesbury unreasonableness' (see Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corp [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. Whether a decision falls within this category is a question that judges by their training and experience should be well equipped to answer, or else there would be something badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by ascribing it to an inferred though undefinable mistake of law by the decision maker. 'Irrationality' by now can stand on its own feet as an accepted ground on which a decision may be attacked by Judicial Review. I have described the third head as 'procedural impropriety' rather than failure to observe basic rules of natural justice or failing to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decision. This is because susceptibility to Judicial Review under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice. Lord Diplock also mentioned 'proportionality' as a possible fourth ground of review which called for development. [20] Prinsip ini kemudiannya diperhalusi dalam kes-kes seperti Petroliam Nasional Bhd v Nik Ramli Nik Hassan [2004] 2 MLJ 288 dan Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 1 di mana Mahkamah, antara lainnya, menegaskan bahawa pendekatan Rama Chandran (supra) hanya terpakai dalam kes-kes yang benar-benar sesuai.
i
Kecacatan Pertuduhan [21] Setelah meneliti pertuduhan-pertuduhan tersebut secara keseluruhan, Mahkamah mendapati bahawa beberapa pertuduhan adalah berpunca daripada set fakta dan transaksi yang sama, namun dipecahkan kepada pertuduhan berasingan. [22] Pendekatan sedemikian bukan sahaja berisiko menimbulkan duplicity, malah berkeupayaan menjejaskan keadilan proses apabila Pemohon terdedah kepada hukuman berganda bagi intipati salah laku yang sama. Ini bukan isu teknikal semata-mata, tetapi isu yang menyentuh keadilan substantif.
II
(ii) Pelanggaran Keadilan Asasi [23] Mahkamah turut mendapati bahawa Pemohon tidak diberikan peluang yang bermakna untuk menjawab semua bahan dan pertimbangan yang diambil kira oleh Lembaga Tatatertib dalam membuat keputusan. [24] Prinsip audi alteram partem menuntut bukan sekadar peluang untuk membuat representasi, tetapi peluang yang nyata dan efektif. Apabila maklumat atau dapatan tertentu diambil kira tanpa pengetahuan atau peluang jawapan, proses tersebut menjadi tercemar dari sudut keadilan asasi. [25] Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes B Surinder Singh Kanda V The Government Of The Federation Of Malaya [1962] 1 MLJ 169 di mana Lord Denning telah menyatakan sebagaimana yang berikut :- If the right to be heard is to be a real right which is worth anything, it must carry with it a right in the accused man to know the case which is made against him. He must know what evidence has been given and what statements have been made affecting him: and then he must be given a fair opportunity to correct or contradict them. [26] Kes tersebut secara tidak langsung menegaskan bahawa seseorang pegawai mesti diberi peluang yang sebenar untuk menjawab bahan yang digunakan terhadapnya. Hak untuk didengar tidak bermakna sekadar diberi peluang membuat representasi, tetapi mesti mengetahui perkara yang perlu dijawab.
III
(iii) Ketidakmunasabahan Hukuman [27] Hukuman buang kerja adalah hukuman paling berat dalam spektrum tindakan tatatertib. Hukuman sedemikian mestilah disokong oleh keadaan yang benar-benar serius serta pertimbangan yang seimbang. [28] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa pertimbangan terhadap faktor mitigasi yang relevan, termasuk tempoh perkhidmatan Pemohon, rekod disiplin lampau dan konteks keseluruhan kejadian, sama ada tidak dibuat atau tidak dizahirkan secara munasabah. [29] Apabila semua faktor ini ditimbang secara objektif, Mahkamah berpendapat bahawa keputusan untuk membuang kerja Pemohon adalah tidak seimbang dan menjangkaui batas kemunasabahan yang boleh diterima oleh mana-mana pihak berkuasa tatatertib yang bertindak secara wajar. Kesimpulan dan Perintah [30] Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa keputusan Lembaga Tatatertib Kontinjen Johor bertarikh 27 Disember 2023 adalah tercemar oleh kecacatan undangundang dan pelanggaran prinsip keadilan asasi. [31] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memerintahkan bahawa :- a) Permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon dibenarkan; b) Perintah Certiorari dikeluarkan untuk membatalkan keputusan Responden Pertama bertarikh 27 Disember 2023; c) Perintah Mandamus supaya Pemohon dikembalikan ke jawatan asal tanpa kehilangan kekananan, pangkat, kenaikan gaji, emolumen dan segala faedah yang berkaitan tertakluk kepada pemakaian undang-undang semasa; d) Kos sebanyak RM4,000.00 dibayar oleh Responden Responden kepada pemohon. Penutup [32] Mahkamah menegaskan bahawa autonomi badan tatatertib hendaklah dihormati. Namun, autonomi tersebut tidak boleh dilaksanakan dengan mengorbankan prinsip asas keadilan dan keluhuran proses. Apabila sempadan undang-undang itu dilampaui, adalah menjadi kewajipan Mahkamah untuk campur tangan. BERTARIKH PADA 30 APRIL 2026 YA DATUK ZAMRI BIN BAKAR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (1) MUAR Peguam bagi pihak Pemohon TETUAN MANIAM NAIR & CO. Bagi pihak Responden-Responden PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.