Pendakwaan telah membuktikan elemen kedua bagi pertuduhan mengedar.”. [22] Kami dapati Hakim bicara tidak tersalah arah dalam penilaian sama ada perayu mempunyai milikan ke atas dadah tersebut dan pengetahuan ke atasnya serta penggunaan peruntukan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB (Ong Ah Chuan v Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64). Oleh itu hujahan peguambela terpelajar dalam isu ini tidak mempunyai merit. [23] Peguambela terpelajar selanjutnya menghujahkan tidak terdapat apa-apa perlakuan “overt act” oleh perayu yang boleh dikaitkan dengan aktiviti mengedar dadah. Maka itu, kesalahan oleh perayu, jika pun ada, adalah bagi pemilikan sahaja ke atas dadah tersebut. 13 [24] Mahkamah ini telah menimbangkan hujahan peguambela terpelajar tersebut. Isu sama ada perlu atau tidak keterangan bersifat “overt act” atau “conduct” dalam kes pengedaran dadah telah dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Herlina Purnama Sari [2017] 1 MLRA 499, dalam mana YAA Raus Sharif PCA (beliau ketika itu) mengatakan di muka surat 510 seperti berikut: “[38] With respect, the proposition that there must be in all cases an overt act in order to constitute trafficking is misconceived. It would be contrary to the definition of trafficking as provided for under s. 2 of the Act. In the present case, there is no dispute that the respondent did not try to do anything, when she was approached by PW4, to disassociate herself with the impugned drugs. In this type of situation, this court in Teh Hock Leong v PP [2008] 1 MLRA 548 had held that: ‘[5] It is our view that in order to draw a favourable inference from the appellant’s contemporaneous conduct, his action or inaction must be examined in the light of the situation at the material time. The area where the appellant was confronted by PW5 was the arrival gate of an incoming flight in the KLIA. This was the only exit point where passengers disembarking the plane can enter the KLIA terminal. It is common knowledge that the area was tight and restricted with hardly any room for the appellant to make a successful escape even if he had tried. From here the appellant was then taken by PW5 and his men to PW5’s 14 office in the KLIA. The approximate walking distance was 600-800 metres. Here again the appellant’s chances of a quick getaway were minimal since he was escorted and was within the restricted vicinity of the KLIA building. And, if the appellant were to attempt to throw away or disassociate himself with the backpack during this entire duration described it would evidently be noticeable. Of course, since the drugs were so cunningly concealed, there could be no necessity to take such drastic actions which may attract instant suspicion. So against these circumstances, the appellant’s docile conduct throughout the period described could not have inferred an absence of knowledge of the said drugs. For this reason, there is no misdirection by the courts below.’ [39] We are of the view that whether or not a person is a trafficker within the definition of s 2 of the Act is dependent on the facts and circumstances of a given case. In this case, it is not in dispute that when the respondent was arrested she was carrying the luggage bag which amongst other things contained the impugned drugs. The respondent was apprehended in the act of carrying from one place to another a large amount of dangerous drugs. It is in evidence that the respondent was unaccompanied by any other person when she carried the luggage bag. The luggage bag was registered in the respoendent’s name when she checked in at the Air Asia check-in counter. The impugned drugs were found hidden in the two boxes. We are of the view that the 15 manner in which the impugned drugs were concealed in the luggage bag showed showed that the respondent knew the existence of the drugs there, and evinced the intention of and careful planning by the respoendent to conceal the impugned drugs to avoid and escape detection (PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 1 MLRA 568 and Teh Hock Leong v PP [2008] 1 MLRA 548).”. [25] Berbalik semula kepada kes ini. Pintu rumah berkunci ketika SP5 tiba di rumah tersebut. Pintu rumah dibuka oleh perayu bagi membolehkan SP5 masuk ke dalam rumah. Dadah yang berbungkus plastik dibawa keluar daripada bilik kedua dan diserahkan sendiri oleh perayu kepada SP5. Dalam keadaan di mana SP5 dan pasukan serbuannya mengawal rumah tersebut, tidak terdapat ruang untuk perayu boleh melarikan diri. Rumah tersebut disewa oleh perayu. Perayu menduduki rumah tersebut bersama anaknya yang berumur 15 tahun (SP7). Maka, ketiadaan “overt act” atau perlakuan aktiviti pengedaran dadah oleh perayu tidak menjejaskan kes pendakwaan yang bergantung kepada peruntukan anggapan di bawah seksyen 37(da)(vi) ADB (lihat Parlan bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717). Oleh itu hujahan peguambela terpelajar tidak mempunyai merit. [26] Oleh kerana versi pendakwaan ialah hanya perayu yang mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah terlibat, maka adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk mengecualikan (to exclude) terdapat orang lain mempunyai akses kepada dadah tersebut. Undang-undang adalah mantap dalam perkara ini sepertimana yang diputuskan oleh kes-kes otoriti berikut: Abdullah Zawawi bin Yusoff v Public Prosecutor [1993] 3 MLJ 1; [1993] 4 16 MLJ 1 SC; [1993] 1 MLRA 416, Azizan Yahaya v PP [2013] 1 MLJ 180; [2013] 2 MLRA 29, Lean Siew Boon & Anor v PP [2014] 2 MLJ 572; [2013] MLRAU 213, Ooi Chee Seong and Another v PP [2014] 3 MLJ 593; [2014] MLRAU 120; [2014] 7 CLJ 505, Mazlaini Mansor v PP [2014] 2 MLJ 18; [2013] MLRAU 120, Ang Kian Chai v PP & Anor Appeal [2012] MLRA 456; [2012] MLJU 158 CA, Pang Chee Meng v Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 1 MLJU 149; [2011] 4 CLJ 113 FC; PP v Dennish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 FC. Melalui keterangan SP3 SP7 dan SP5, pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa hanya perayu yang mempunyai kawalan dan jagaan ke atas dadah tersebut serta pengetahuan ke atasnya. Kami bersetuju dengan dapatan oleh Hakim bicara tersebut. [27] Untuk memperolehi pelepasan dan pembebasan, perayu tidak perlu meyakinkan mahkamah bahawa keterangan perayu adalah lebih dipercayai dari keterangan pihak pendakwaan. Walaupun mahkamah tidak mempercayai pembelaan perayu, tetapi jika pembelaan itu menimbulkan keraguan yang munasabah ia sudah memadai untuk membolehkan perayu dilepas dan dibebaskan (Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263, PP v Saimin & Ors v PP [1971] 2 MLJ 16, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85). [28] Ini membawa kami kepada alasan rayuan kedua yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar bahawa Hakim bicara telah gagal membuat pertimbangan ke atas pembelaan perayu dan keseluruhan keterangan kes. Kami dapati Hakim bicara telah menimbangkan pembelaan perayu seperti yang dapat dilihat di perenggan 38 hingga 51 alasan penghakiman (muka 17 surat 25 – 31 Rekod Rayuan Jilid 1). Kami dapati Hakim bicara juga di perenggan-perenggan tersebut telah menimbang keseluruhan keterangan kes pembelaan bersama dengan keterangan kes pendakwaan sebelum mensabitkan perayu. Hakim bicara telah menolak pembelaan perayu berkaitan dengan watak Hafiz sebagai watak yang tidak wujud. Hakim bicara membuat dapatan bahawa pembelaan perayu hanya merupakan penafian dan watak Hafiz yang disebutkan oleh perayu tidak pernah diberitahu kepada pihak polis. Kami dapati Hakim bicara telah dengan terperinci menimbangkan keseluruhan kes dan peruntukan seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah telah dipatuhi. Malahan Hakim bicara di perenggan 40 alasan penghakiman beliau (muka surat 26 Rekod Rayuan Jilid 1) telah mengingati diri beliau atas keperluan mematuhi seksyen 182A tersebut. Oleh itu hujahan peguambela terpelajar tidak mempunyai merit. [29] Adalah prinsip undang-undang mantap bahawa mahkamah pada peringkat rayuan menahan diri dan perlahan dalam mengubah dapatan fakta oleh Hakim bicara yang mempunyai peluang mendengar serta melihat saksi-saksi memberi keterangan dalam menilai kredibiliti dan keterangan yang terdapat di hadapannya. Kesimpulan [30] Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami huraikan, Mahkamah ini mendapati YA Hakim bicara telah mengarahkan dirinya dengan betul terhadap undang-undang yang terpakai dan telah meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam kes ini dalam membuat dapatan ke atasnya. Keterangan kes adalah kukuh dan mencukupi. Tidak terdapat 18 sebarang alasan atau merit untuk Mahkamah ini mengganggui keputusan Hakim bicara tersebut. Sabitan terhadap perayu adalah selamat. [31] Justeru, Mahkamah ini menolak rayuan perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. t. t. (YAACOB BIN HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh 22 Mei 2018 19 Peguamcara bagi pihak Perayu: Kitson Foong Messrs. Kit & Associates Peguambela dan Peguamcara Suite 195 – 1 Sri Wangsaria Jalan Ara Bangsar Baru 59100 Kuala Lumpur Peguamcara bagi pihak Responden: Nurshafini Mustafha Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan & Rayuan Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya