Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-126-8/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMAD ZARIEF ASHRAFF BIN AZIMI (NO.KP: 920814-10-5429) ALASAN PENGHAKIMAN
BA-45A-126-08/2022
High Court of Malaysia8 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-126-8/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMAD ZARIEF ASHRAFF BIN AZIMI (NO.KP: 920814-10-5429) ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT di dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: Bahawa kamu pada 7/4/2022 jam lebih kurang 2.20 pagi bertempat di hadapan blok A, Level G I-Soho, I-City Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki dadah berbahaya Heroin dan Monoacetylmorphine seberat 33.3 gram (27.9 gram Heroin dan 5.40 gram Monoacetylmorphine) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas tahun.
2
OKT tidak mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa. OKT mohon dibicarakan.
3
Pada 21 Februari 2025, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah setelah membuat penilaian maksima atas keterangan saksi pendakwaan dan bukti dokumentar yang dikemukakan memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan OKT diperintahkan untuk membela diri.
4
Pada 8 Julai 2025, di akhir kes pembelaan, Mahkamah telah memutuskan untuk mensabitkan OKT dengan kesalahan terhadapnya dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dari tarikh ditangkap dan 12 sebatan.
5
OKT tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 21 Julai 2025 sebanyak dua kali (kandungan 63 dan 64). Difahamkan bahawa terdapat kesilapan pada kandungan 63. Peguam OKT kemudiannya memfailkan kandungan 64 untuk menyatakan hukuman 30 tahun penjara sepertimana keputusan Mahkamah ini. Namun, peguam OKT tidak memfailkan Notis Pembatalan kandungan
63
Sehubungan itu, bagi tujuan Notis-notis Rayuan tersebut, Mahkamah ini hanya menyediakan satu Alasan Penghakiman yang terpakai bagi kedua-dua rayuan tersebut sekiranya OKT tidak menarikbalik Notis Rayuan sepertimana kandungan 63.
6
Berikut adalah keputusan muktamad Mahkamah ini setelah membaca “broad judgment” tempoh hari di Mahkamah terbuka.
7
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai sepuluh (10) orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT seperti berikut: SP1 L/Kpl Mohd Hafizi bin Mohd Alias (Jurustor) SP2 En. Azhar bin Abd Rahman (Pemilik kereta Myvi WA 9482W) SP3 Sjn Zaidan bin Othman (Jurugambar) SP4 En Hanafi bin Johari (Kawan kepada OKT/B2) SP5 En. Dzaid bin Abu Zahar (Pemilik Syarikat kereta sewa Rentas Diversified Trading) SP6 En. Andzar (Pekerja Syarikat Rentas Diversified Trading) SP7 Sjn Mohd Faizul Hafiz bin Mohd Fuzi (Penghantar barang kes) SP8 Kpl Helmi (Anggota serbuan) SP9 Insp Siti Aminah binti Ahmad (Pegawai Penyiasat) SP10 En. Mohd Fauzw bin Mohamad Ayob (Ahli
8
Pada 7.4.2022 jam lebih kurang 2.20 pagi, Pengadu dan anggota serbuan iaitu salah seorangnya adalah SP8 telah ke kawasan hadapan Blok A, Level G I-Soho, I-City Shah Alam dan melihat sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam nombor pendaftaran WA 9428W yang dinaiki 2 lelaki dalam keadaan mencurigakan berhenti di hadapan blok A tersebut.
9
Pengadu telah menghampiri kereta tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis kepada 2 lelaki yang berada dalam kereta dan meminta kedua-duanya untuk mengemukakan pengenalan diri. Salah seorang daripada lelaki tersebut adalah OKT. Pengadu seterusnya telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap OKT dan seorang lagi lelaki (B2)/
10
Kemudian, semasa pemeriksaan fizikal sedang dijalankan, telah datang seorang wanita (B3) menghampiri ke tempat kejadian. Pengadu telah memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan seorang polis wanita untuk membuat pemeriksaan terhadap B3 namun tidak menjumpai apa-apa barang salah.
11
Pengadu telah membuat pemeriksaan terhadap kereta tersebut di bahagian dalam dashboard kereta dan telah menjumpai 1 beg plastik putih bertulisan FRAGILE yang mempunyai 3 paket plastik lutsinar mengandungi serbuk/ketulan disyaki dadah jenis Heroin (anggaran berat 786 gram).
12
Semasa pemeriksaan sedang dijalankan oleh Pengadu, OKT telah bertindak agresif dan melarikan diri namun OKT berjaya ditangkap oleh pihak polis. Pengadu telah menahan ketiga-tiga orang tersebut dan merampas barang kes untuk dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 untuk tindakan lanjut.
13
Barang kes dadah yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia. Hasil analisa mendapati bahawa barang kes mengandungi dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphine berat bersih 33.3 gram (27.9gram Heroin dan 5.4gram Monoacetylmorphine).
14
Pengadu dalam kes ini ialah Insp Mohd Sabri bin Ayob yang telah meninggal dunia dan sijil kematian beliau telah ditandakan sebagai eksibit P17.
15
KES PENDAKWAAN Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian yang terletak di bahu pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Rujuk Mohd Radhi bin Yaakop v PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 6 MLJ 169, Low Kow Chai & Anor v PP [2003] 2 MLJ 65; [2003] 1 CLJ 734, Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301; [2005] 1 CLJ 85. 7
16
Menurut kes Looi Kow Chai v PP [2003] 1 CLJ 734; (2203) 2 MLJ 65, Mahkamah Rayuan dengan menerimapakai prinsip undang-undang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan menggariskan panduan berkaitan penentuan kes prima facie seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”
17
Dengan berpandukan kepada prinsip undang-undang mantap yang diputuskan oleh Mahkamah atasan, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan yang dikemukakan bagi menentukan kes prima facie terhadap Tertuduh. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
18
Isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan dapat dilihat daripada hujahan balas mereka kepada hujahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang bijaksana.
19
Isu pokok yang dibangkitkan oleh peguambela ialah mengenai P22 yang tidak mempunyai tandatangan penerimaan dan tiada individu lain dapat mengesahkan cara jagaan dadah melainkan Inspektor Mohamad Sabri bin Ayob sendiri. Oleh itu, peguambela menghujahkan terdapat kelompangan pada rantaian barang kes dadah dan ini menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas jenis dan kuantiti dadah yang diserahkan kepada SP10.
20
Sebelum Mahkamah meneruskan dengan analisa ke atas isu dibangkitkan pihak pembelaan, haruslah diambil perhatian bahawa Inspektor Mohamad Sabri bin Ayob, iaitu Pengadu dalam kes ini telah meninggal dunia pada 21.5.2023 sepertimana sijil kematian eksibit P17.
21
Menurut naratif kes ini, kejadian berlaku pada 7.4.2022. Menurut keterangan SP8 yang merupakan salah seorang anggota serbuan, barang kes dadah berada bersama Inspektor Mohamad Sabri bin Ayob sepanjang masa sepertimana disaksikan beliau. SP8 juga telah mengecam plastik lutsinar yang bertanda sebagai S1, S2 dan S3 dan kemudiannya ditandakan sebagai eksibit P7(1-3) dan plastik Jabatan Kimia eksibit P7(4). SP8 juga dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau tahu mengenai barang kes dadah sepanjang proses di tempat kejadian.
22
SP9 mengakui bahawa beliau menerima barang kes dadah dan telah terlepas pandang menandatangani P22 adalah penjelasan SP9 kenapa P22 tidak ditandatangani.
23
Tidak ada cabaran yang serius dibuat oleh pihak pembelaan semasa menyoal balas SP8. Pada awalnya peguambela hanya membantah sijil kematian P17 dijadikan eksibit kerana berpendirian bahawa saksi yang mengeluarkan sijil tersebut hendaklah dipanggil sebagai saksi. Namun, akhirnya pihak pembelaan menarik balik bantahan tersebut dan sijil kematian berkenaan dijadikan eksibit P17.
24
SP10 telah menjalankan analisa dan telah membuat dapatannya sepertimana di dalam Laporan Kimia (Eksibit P20). Peguambela OKT tidak mempersoalkan laporan kimia tersebut.
25
Selain itu, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam Hasbala Mohd Sarong v PP [2013] 6 CLJ 945 yang mana isu yang sama telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan dan Mahkamah Persekutuan melalui YAA Raus Sharif PCA (ketika itu) memutuskan seperti berikut: “(5) The difference in weight of the drugs exhibits by itself as found by PW6 and the chemist was not sufficient to create reasonable doubt to the prosecution’s case. There was no doubt that the drug’s exhibits seized from the appellant and as examined by PW3 were the same drugs exhibits that the appellant was charged with. There was no break in the chain of evidence and the drugs exhibits were positively identified by the prosecution witnesses.”
26
Oleh yang demikian, Mahkamah ini menerima keputusan analisis yang dibuat SP10 berkaitan identiti dan kuantiti dadah berbahaya tersebut sepertimana di dalam eksibit P20 dan merumuskan bahawa elemen pertama mengenai identiti barang kes dadah telah dibuktikan. ELEMEN KEDUA – JAGAAN, MILIKAN DAN KAWALAN OLEH OKT Barang kes dadah dijumpai di dalam dashboard kereta eksibit
27
Barang kes dadah telah dijumpai di bahagian dashboard berhampiran dengan stereng kereta. Dashboard yang dimaksudkan bukannya yang terletak di hadapan tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Dalam konteks kes ini, dashboard adalah merujuk kepada yang berdekatan dengan stereng kereta di bahagian pemandu.
28
Mahkamah ini juga telah melihat secara fizikal kereta Myvi berwarna hitam dengan no pendaftaran WA 9482 W (kereta tersebut) di perkarangan lobi Mahkamah bersama OKT, Timbalan Pendakwa Raya dan peguambela OKT dan tidak ada pertikaian mengenai tempat di mana barang kes dadah dijumpai. Menurut keterangan SP8, beliau telah melihat dengan jelas keadaan cover dashboard yang terbuka sedikit atau renggang pada masa pemeriksaan dilakukan ke atas kereta tersebut pada hari kejadian.
29
Apabila Pengadu membuka bahagian dashboard tersebut dengan disaksikan oleh OKT, SP4 dan B3, Pengadu telah menjumpai barang kes dadah di dalam satu bungkusan plastik eksibit P5 dan didalamnya terdapat 3 plastik lutsinar eksibit P7 (1-3) yang mengandungi serbuk atau ketulan dadah disyaki Heroin. Ini disaksikan oleh SP8.
30
Setelah itu, apabila Pengadu memegang barang kes dan ditunjukkan kepada kesemua saspek, OKT telah bertindak melarikan diri ke arah semak. Pengadu telah mengarahkan L/Kpl Khairul untuk mengejar OKT. OKT telah cuba melarikan diri ke arah semak sejauh 20-30meter apabila pengadu menunjukkan barang kes dadah yang dijumpai di dalam dashboard berdekatan dengan stering kereta kepada OKT.
31
Bukan itu sahaja, OKT juga kelihatan cemas. SP8 juga memberikan keterangan terdapat pergelutan semasa menangkap OKT sehingga menyebabkan luka di bahagian bibir OKT. Dalam masa yang sama, SP4 juga melihat pergelutan antara pihak polis dengan OKT. SP4 yang merupakan kawan OKT juga terkejut dengan tindakan OKT cuba melarikan diri. SP4 dan Nabila (B3) tidak bertindak agresif sepertimana OKT dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.
32
Reaksi OKT ini terjumlah kepada perbuatan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Menurut keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Khairuddin bin Hassan v PP [2010] 7 CLJ 129, adalah diputuskan: “ ... based on both elements of the conduct of the appellant and his proximity to the recovered drugs, coupled with his failure to give any satisfactory explanation, he was in mens rea possession of the drugs.” Penyewaan kereta myvi oleh OKT
33
Menurut keterangan SP6, beliau yang menguruskan penyewaan kereta tersebut kepada OKT bagi tempoh dari 31.3.2022 sehingga 7.4.2022. Ini dibuktikan dengan eksibit P14 iaitu Borang Sewaan. OKT sendiri telah membuat bayaran secara tunai berkaitan penyewaan kereta tersebut. Eksibit P15 adalah bukti pembayaran yang dibuat OKT. Menurut siasatan SP9, kereta tersebut hanya digunakan oleh OKT sahaja. Manakala SP4 yang berada di dalam kereta tersebut pada hari kejadian telah dijemput oleh OKT untuk menemani OKT makan malam pada malam kejadian.
34
Menurut SP6 lagi sebelum kereta tersebut diserahkan kepada OKT, sepertimana kebiasaan, beliau akan memastikan kereta tersebut berada dalam keadaan bersih dan tiada apa-apa barang diletakkan dalam kereta tersebut sebelum menyerahkan kereta sewa kepada penyewa.
35
SP6 juga menyatakan bahawa dashboard tempat barang kes dadah dijumpai tidak pernah dibuka kerana ia tidak perlu dibuka oleh SP6 semasa membersihkan kereta kerana ianya bukan tempat penyimpanan barang.
36
Siasatan SP9 juga mendapati bahawa dashboard kereta tersebut tidak diumpil atau dikopakkan semasa ia diserahkan kepada OKT.
37
Pihak pembelaan sebaliknya menghujahkan bahawa kereta tersebut yang merupakan kereta sewa turut telah digunakan oleh ramai orang lain sebelum OKT menyewa kereta berkenaan daripada SP6. Menurut peguambela lagi, SP9 gagal membuat siasatan menyeluruh dan gagal membuat pertimbangan bahawa dadah tersebut adalah milik orang lain. Tambahan pula, OKT sendiri mempunyai kereta Myvi lain dengan no pendaftaran JRD214 dan pegawai penyiasat gagal menyiasat kemungkinan OKT telah sewakan kereta tersebut kepada orang lain. Ketiadaan cap jari atau DNA OKT pada beberapa helai pakaian yang dijumpai di dalam kereta tersebut menyebabkan kelompangan siasatan dan ini sewajarnya memberi kesan kepada kes pendakwaan.
38
Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa tidak ada keterangan langsung untuk menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan. Tangkapan ke atas OKT yang berada di dalam kereta tersebut tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah.
39
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa tindakan OKT melarikan diri telah memberikan inferen bahawa OKT mengetahui mengenai barang kes dadah di dashboard. SP4 dan B3 yang juga merupakan suspek tidak pula melarikan diri sepertimana tindakan OKT.
40
Keterangan SP9 pula menguatkan lagi dapatan Mahkamah bahawa pada sepanjang masa OKT menyewa kereta tersebut, hanya OKT mempunyai akses ke atas kereta tersebut dan ini adalah mencukupi untuk membuktikan bahawa OKT mempunyai pemilikan ekslusif ke atas kereta tersebut dan telah mengecualikan pihak ketiga daripada mempunyai akses kereta tersebut. Krebiliti saksi pendakwaan SP6 dan SP9
41
Terdapat dua aspek percanggahan yang dikatakan oleh pihak pembelaan iaitu mengenai keterangan SP6 bahawa beliau tidak pernah membuka dashboard yang mana barang kes dadah dijumpai. Manakala SP9 pula di dalam keterangannya menyatakan SP6 pernah membuka dashboard kereta tersebut.
42
Aspek percanggahan seterusnya ialah mengenai gambar penyerahan kereta yang mana SP6 menyatakan bahawa beliau ada mengambil gambar kereta tersebut sebelum diserahkan kepada OKT. SP9 pula menyatakan di mahkamah bahawa SP6 memaklumkan kepada beliau tidak ada gambar yang diambil.
43
Oleh yang demikian, peguambela menghujahkan bahawa SP9 gagal menjalankan siasatan yang menyeluruh yang mana terdapat kemungkinan dadah tersebut dimiliki oleh orang lain.
44
Apabila Mahkamah meneliti semula keterangan SP6, adalah jelas bahawa SP6 menjelaskan dan menunjukkan kepada Mahkamah pada tandaan A di P4(22) di ruangan mana tempat beliau meletakkan GPS. SP6 juga memberikan keterangan bahawa kawasan bertanda A tersebut sempurna apabila kereta tersebut diserahkan kepada OKT. Tidak ada soalan pula diajukan oleh pihak pembelaan kepada SP6 sama ada beliau sendiri yang meletakkan barang dadah tersebut di dashboard berkenaan.
45
Sebaliknya, keterangan SP6 adalah meyakinkan kerana beliau adalah orang terakhir yang mempunyai akses kereta tersebut sebelum diserahkan kepada OKT dan SP6 menyatakan bahawa kereta tersebut telah diserahkan dalam keadaan baik dan tiada apa-apa barang yang ditinggalkan dalam kereta tersebut. Malah, SP6 sendiri menyatakan bahawa dashboard yang bersebelahan dengan stereng kereta juga adalah dalam keadaan baik dan bukannya tidak sempurna sebagaimana dalam gambar yang ditunjukkan.
46
SP9 pula telah menyiasat saksi-saksi yang berkaitan termasuk SP6 untuk menyingkirkan sebarang kemungkinan bahawa tempat dadah dijumpai itu boleh dibuka oleh orang lain sebelum kereta diserahkan kepada OKT dan hanya OKT sahaja yang menggunakan kereta tersebut sebelum OKT ditangkap pada hari kejadian. Menurut SP9, dashboard kereta tersebut pernah dibuka oleh SP6 atas arahan majikan beliau untuk menyemak GPS dan SP6 menyatakan tiada apa2 plastik di dalam dashboard tersebut. Hanya fius dan wayar sahaja.
47
Oleh hal yang demikian, isu yang ditimbulkan oleh pihak Pembelaan berkenaan keterangan yang bertentangan antara dua saksi ini tidak bermerit apabila Mahkamah ini menilai semula secara keseluruhan sebenarnya keterangan kedua-dua saksi ini yang mana konsisten untuk menunjukkan bahawa hanya OKT sahaja yang ada akses dan hakikatnya ialah tidak ada orang lain yang telah meletakkan barang kes dadah di dashboard berkenaan selain OKT. Rujuk Public Prosecutor v Mohd Bandar Shah Nordin & Anor [2008] 4 CLJ 8.
48
Tiada cap jari yang berjaya ditimbulkan oleh SP9 dan tiada DNA OKT yang dikesan dalam kereta tersebut. Pihak Pembelaan juga mengaitkan keterangan yang diberikan oleh SP8 bahawa terdapat pakaian yang dijumpai dalam bonet kereta. Dalam kes Gade Lakshmi Mangraju @ Ramesh V. State Of Andhra Pradesh [2001] AIR SC 2677, Mahkamah memutuskan: "Presence of a fingerprint at the scene of the occurrence is positive evidence. But the absence of a fingerprint is not enough to foreclose the presence of the persons concerned at the scene. If during perpetration of the crime the fingerprint of the culprit could possibly be remitted at the scene it is equally a possibility that such a remnant would not be remitted at all. Hence absence of finger impression is not guarantee of absence of the person concerned at the scene.
49
Selanjutnya, dalam kes Mazlani Bin Mansor V. Public Prosecutor And Other Appeals [2014] 2 MLJ 18, Clement Skinner HMR bagi pihak Mahkamah Rayuan telah memutuskan: "[30] With regard to the absence of the appellant's finger prints on the incriminating items, we find that not much weight can be attached to such evidence either because in criminal law, a person may still be in possession of a movable thing without actually being in physical contact with it. What is required is that he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons which, as we found earlier, in the case here."
50
SP9 sendiri menyatakan bahawa tiada pakaian yang dirampas dari dalam kereta tersebut. Dalam laporan polis oleh Pengadu dan juga repot senarai geledah juga tidak menjumpai sebarang pakaian yang dirampas. Yang paling penting, dadah dijumpai di suatu tempat yang berhampiran dengan OKT iaitu di bahagian dash board berhampiran stereng dan bukannya di bahagian bonet belakang kereta tersebut.
51
Oleh hal yang demikian, Mahkamah memutuskan ketiadaan cap jari tidak mematahkan kes pendakwaan kerana usaha SP9 telah pun dijalankan malah keterangan-keterangan lain juga menunjukkan bahawa OKT mempunyai kawalan dan akses penuh ke atas dadah yang dijumpai dalam kereta tersebut.
52
Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan menggunakan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan seperti berikut:
37
Presumptions In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder— (da) any person who is found in possession of – (iiia) a total of 15 grammes or more in weight of heroin, morphine and monoacetylmorphine or a total of 15 grammes or more in weight of any two of the said dangerous drugs;”
53
Adalah dapatan Mahkamah bahawa berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan. OKT mempunyai pengetahuan, milikan, kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah. Pihak pembelaan gagal menyangkal anggapan pengedaran memandangkan berat bersih dadah dalam kes ini adalah sebanyak 33.3gram Heroin dan Monoacetylmorphine maka OKT dianggap memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran.
54
Berdasarkan kepada di atas, setelah meneliti dan menilai semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan pada tahap penilaian maksima, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati pertuduhan dan satu kes prima facie terhadap OKT. Dengan itu, OKT dipanggil untuk membela diri.
55
OKT telah memilih memberi keterangan dari kandang saksi. Pihak pembelaan memanggil seramai tiga orang saksi termasuk
2
SD1
3
Ibu OKT, Harison binti Mat SD3 Mohd bin Mustajab
56
OKT menyatakan yang dia telah mula bekerja dengan SD3 dan isterinya bermula awal tahun 2022 sebagai penghantar barang bagi barangan kosmetik atau pewangi. OKT menyatakan semasa bekerja dengan majikannya, dia tinggal di Tingkat 19, Block B, Main Place, Subang Jaya.
57
OKT menyatakan yang dia melaksanakan kerjanya sebagai penghantar barang kosmetik menggunakan Myvi silver milik ibu
58
OKT menyatakan pada 31.3.2024, SD3 telah meminta OKT untuk menyewa kereta bagi kegunaan SD3 bagi tempoh 1 minggu. Pada hari yang sama, OKT telah menghubungi sebuah syarikat kereta sewa di Seksyen 7, Shah Alam iaitu Rentas Diversified Trading dan pihak syarikat tersebut memaklumkan bahawa terdapat kereta Myvi yang boleh disewa dengan harga RM750.00 untuk seminggu. OKT menyatakan yang dia telah memaklumkan amaun tersebut kepada SD3 dan SD3 bersetuju untuk menyewa kereta Myvi tersebut.
59
OKT menyatakan yang dia telah pergi ke kedai kereta sewa tersebut bersama rakannya iaitu SP4 dan anak-anak SP4. OKT telah membuat bayaran sebanyak RM750.00 yang diberikan oleh SD3 dan OKT telah diserahkan dengan sebuah Myvi hitam nombor pendaftaran WA9428W. OKT telah membawa kereta tersebut untuk diparkir di rumah sewa yang disediakan oleh majikannya dan OKT menyerahkan kunci kereta tersebut kepada SD3.
60
Kemudian, OKT menyatakan yang dia telah menghantar SP4 menggunakan kereta miliknya. Pada 6.4.2022 sekitar jam 9.30 malam, OKT menyatakan yang dia ada menghubungi SP4 dan memaklumkan yang dia bercadang untuk tidur di rumah SP4. Namun, pada jam 10.30 malam, SD3 menghubungi OKT dan meminta untuk meminjam kereta Myvi milik OKT. OKT menyatakan yang dia membenarkan SD3 untuk menggunakan kereta miliknya.
61
OKT juga menyatakan yang dia telah diminta oleh SD3 untuk menyerahkan kunci kereta Myvi hitam kepada rakan SD3 bernama Nik.
62
OKT menyatakan pada jam 12.30 malam, OKT mendapat panggilan daripada rakannya bernama Siti Nurul Nabila untuk berjumpa dengannya di I-SOHO I-City, Shah Alam.
63
OKT menyatakan disebabkan kereta Myvi miliknya digunakan oleh SD3, SD3 telah meminta OKT untuk menggunakan kereta Myvi hitam untuk berjumpa dengan Nabila. SD3 menyatakan yang beliau akan memaklumkan Nik untuk datang lewat sedikit untuk mengambil Myvi hitam tersebut.
64
OKT menyatakan yang dia telah mengambil kunci Myvi hitam dan bergerak ke rumah SP4. OKT meminta SP4 untuk menemani OKT berjumpa dengan Nabila.
65
Setelah OKT mengambil SP4, mereka terus menuju ke I-Soho ICity dan sampai di tempat tersebut dalam jam 2 pagi. Sepanjang dalam kereta tersebut, OKT menafikan yang dia ada melihat apa-apa barang salah atau mencurigakan dalam kereta tersebut mahupun menghidu bau yang aneh dan mencurigakan.
66
OKT menyatakan apabila sampai di tempat kejadian, dia telah meletakkan kereta tersebut di hadapan blok A, I-Soho I-City dan OKT melihat Nabila bersama dua orang lelaki lain yang tidak dikenali. Nabila yang melihat OKT dikatakan telah melambai tangannya dan meminta OKT untuk berjumpa Nabila. Setibanya OKT sampai di tempat Nabila berada barulah OKT tahu bahawa 2 orang lelaki tersebut adalah pegawai polis.
67
Pihak polis menyatakan mereka menjumpai sesuatu dalam beg tangan Nabila dan Nabila menuduh OKT sebagai pemilik barang tersebut. OKT menyatakan yang dia berasa hairan dengan tindakan Nabila tersebut.
68
OKT menyatakan kemudian pihak polis terus bertindak untuk memeriksa kereta yang dipandunya. OKT menyatakan yang dia tidak takut dengan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis kerana OKT tidak menyembunyikan apa-apa barang salah.
69
OKT menyatakan yang dia telah berjalan ke tempat duduk penumpang yang diduduki oleh SP4 dan mengejutkan SP4 yang sedang tidur. OKT memaklumkan SP4 bahawa pihak polis ingin membuat pemeriksaan ke atas kereta tersebut.
70
OKT menyatakan pihak polis telah memeriksa bahagian belakang kereta dan menundukkan badannya dan membongkok untuk memeriksa bahagian bawah kerusi dan karpet kereta.
71
OKT menyatakan semasa pemeriksaan tersebut dibuat, kepala pihak polis telah terhantuk di bahagian kunci kereta tersebut dan ketika itulah pihak polis menjumpai satu bungkusan putih di dalam dashboard bahagian pemandu kereta tersebut.
72
OKT menyatakan yang pihak polis telah menarik bungkusan putih tersebut dan setelah melihat kandungannya terus memukul OKT dan memaksa OKT mengaku bahawa dadah tersebut adalah miliknya.
68
OKT menyatakan yang dia berasa terkejut dan menafikan dadah tersebut sebagai miliknya. OKT menyatakan walaupun dia telah menafikan perkara tersebut pihak polis tetap memukul OKT dan OKT telah berlari untuk mengelakkan diri daripada terus dipukul.
73
OKT menafikan yang dia melarikan diri sekuat hati tetapi hanya untuk elakkan dirinya daripada terus dipukul. Akhirnya disebabkan OKT takut daripada terus dipukul, dia menyatakan yang dia hanya mendiamkan diri dan ikut sahaja apa yang diarahkan.
74
OKT menyatakan semasa dalam tahanan reman, dia telah memaklumkan kepada pegawai penyiasat (SP9) bahawa Myvi hitam tersebut digunakan oleh SD3 atau isterinya dan OKT tidak tahu apa-apa langsung berkenaan dadah yang dijumpai.
75
OKT menafikan pengetahuannya berkenaan kewujudan dadah di dashboard kereta tersebut dan menyatakan yang dia tidak pernah membuka dashboard kereta Myvi hitam tersebut. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES
a
PEMBELAAN OKT
76
OKT sebagai saksi pembelaan (SD1) telah menyediakan Kenyataan Bertulis yang ditandakan sebagai WSD1. Berdasarkan WSD 1, OKT menekankan bahawa Mohd bin Mustajab (SD3) yang merupakan majikan OKT telah mengarahkan beliau menyewa kereta Myvi hitam bagi pihak SD3 untuk suatu tempoh singkat (satu minggu).
77
Disamping bekerja dengan SD3, OKT juga merupakan seorang mekanik dan telah mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di kursus Automotif (Tahap 2) Perkhidmatan Pembaikan di kampus INPENS di Kuala Selangor. OKT telah membuat kerja sambilan sebagai mekanik di bengkel apabila ada kesempatan.
78
Pada 31.3.2022, OKT dikatakan telah pergi ke Rentas Diversified Trading (kedai sewa kereta) untuk menyewa kereta bersama SP4 dan anak-anak SP4 juga mengikut mereka. Namun begitu, apabila OKT diasak oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung keterangan beliau ke kedai sewa kereta bersama SP4 yang jelas bertentangan dengan keterangan SP4 yang menyatakan bahawa hanya OKT sahaja yang telah pergi ke kedai sewa kereta dan berurusan sendiri untuk menyewa kereta Myvi hitam, OKT kemudiannya bersetuju bahawa perenggan 9 WSD1 adalah tidak betul.
79
Berkenaan OKT menyewa kereta Myvi hitam atas arahan SD3, OKT telah bersetuju dengan TPR bahawa nama SD3 tidak pernah dimaklumkan kepada pegawai penyiasat SP9. Ini dapatlah dilihat daripada soalan semasa soal balas TPR seperti berikut: Soalan : Nama Azlan pun tidak pernah diberitahu kepada pegawai penyiasat?
80
Manakala mengenai Nabila/B3 yang dikatakan ditahan membawa dadah, isu ini tidak pernah dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa di peringkat pendakwaan. Tambahan pula, semakan Mahkamah ini kepada senarai geledah eksibit P21, adalah jelas barang kes dadah adalah merupakan dadah yang dijumpai di dashboard dalam kereta Myvi sahaja. Oleh itu, cerita mengenai Nabila yang dikatakan membawa dadah dan Nabila menuduh OKT yang memiliki dadah berkenaan tidak dapat mewujudkan sebarang keraguan kepada Mahkamah.
81
Mengenai regangan pada dashboard, OKT di dalam WSD 1 menyatakan bahawa akibat seorang pegawai polis yang telah terhantuk kepalanya di dashboard, ia telah menyebabkan dashboard menjadi renggang dan pihak polis menjumpai peket-peket plastik dadah tersebut di dalam dashboard.
82
OKT juga menafikan cadangan dibuat oleh pihak pendakwaan bahawa kejadian terhantuk tidak berlaku mahupun sekiranya ia berlaku, hanyalah hantukan yang kecil sahaja berlaku dan tidak menyebabkan dashboard renggang.
83
Setelah meneliti keterangan OKT, Mahkamah membuat dapatan bahawa versi pembelaan OKT hanyalah penafian semata-mata termasuklah apabila OKT menyatakan bahawa pihak polis telah memaksa beliau mengakui barang kes dadah yang dijumpai dalam dashboard adalah miliknya.
84
Pihak pembelaan menghujahkan bahawa OKT ditangkap hanyalah secara kebetulan apabila OKT menggunakan kereta Myvi. Namun, hakikatnya hanya OKT yang mempunyai akses kepada kereta Myvi hitam semenjak ia disewakan. Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di dalam G Vasan Gunasegaran v PP [2018] 1 LNS 1604 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: "[26] We have scrutinised the whole evidence on record and with respect we found that the learned counsel's argument was misconceived. It was clearly proved that the appellant was the sole occupant of WXV 8540 and was having the sole control of the vehicle from at about 4.00 p.m., until the time of his arrest whilst at the driver's seat inside the vehicle at about 5.20 p.m. by PW3 and his team. The keys and remote were recovered from the appellant. He was in physical proximity to the plastic bags containing the impugned drugs. All these factors, taken together, showed that the appellant could have dealt with the impugned drugs, though he was not the owner of the vehicle. For the same reason, the appellant was thus also having custody or control of the two plastic bags containing the said drugs (see PP v. Abdul Rahman Akif (supra); Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717; [2008] 6 MLJ 19; Khairuddin Hassan v. PP [2010] 7 CLJ 129; [2010] 6 MLJ 145 and Aedy Osman v. PP [2011] 1 CLJ 273). [27] The presence of the two plastic bags inside the vehicle which were under the exclusive control of the appellant at the material time, and the fact that he needed to guard the plastic bags, must necessarily give rise to a strong inference that the appellant had the requisite knowledge that the two plastic bags contained the said drugs. As said by the Federal Court in PP v. Abdul Rahman Akif (supra): "...again, knowledge cannot be proved by direct evidence, it can be proved by inference from the surrounding circumstances. Again, the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite ..."
85
Penafian oleh OKT tidak sama sekali berjaya menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. INDIVIDU BERNAMA “NIK”
86
Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pembelaan OKT hanyalah penafian semata-mata dan juga “a recent invention” berkaitan individu yang bernama Nik.
87
Tunjang pembelaan OKT adalah mengenai isu akses oleh pihak ketiga yang bernama “Nik” yang dikatakan mempunyai akses kepada kereta Myvi berwarna hitam pada 2.4.2022 malam. (OKT ditangkap pada 7.4.2022).
88
Mahkamah ini sedar bahawa bahawa beban pembuktian di peringkat pembelaan masih terletak di bahu pihak pendakwaan dan bukannya kepada pembelaan membuktikan mengenai terdapatnya akses pihak ketiga sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Agong di dalam kes Abdullah Zawawi bin Yusoff v PP [1993] 3 MLJ 1.
89
Persoalan kepada Mahkamah adalah sama ada pihak pembelaan pernah membangkitkan nama individu bernama Nik tersebut di peringkat pendakwaan lagi? Rujuk Alcontara a/l Ambross Anthony v PP [1996] 1 AMR 817; [1996] 1 MLJ 209 yang mana Mahkamah Persekutuan menyatakan berikut: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused’s version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention – in other words, “kept it up its sleeve,” as it were – and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence. However, failure on the part of the defence to put its case, as aforesaid, can never, by itself, relieve the prosecution of its duty of establishing the charge against the accused beyond any reasonable doubt.”
90
Berdasarkan kepada prinsip undang-undang mantap yang diputuskan di dalam kes di atas, jelas bahawa adalah mustahak pihak pembelaan membangkitkan pembelaannya berkenaan penama “Nik” di peringkat pendakwaan kerana apabila notis berkenaan didedahkan di peringkat pendakwaan, siasatan lanjut hendaklah dilakukan oleh pegawai penyiasat polis dan beban adalah terletak di bahu pendakwaan untuk menyangkal Notis Alcontara tersebut. Namun begitu, bagi pihak polis menjalankan siasatan pula, sekiranya pun penama “Nik” dibangkitkan semasa di peringkat pendakwaan, maklumat lengkap hendaklah diberikan kerana tanpa maklumat lengkap tersebut adalah sukar bagi pihak polis menjalankan siasatan.
91
Dalam menentukan sama ada versi pembelaan melalui keterangan OKT dan saksi OKT, Mahkamah juga haruslah menilai kredibiliti OKT semasa memberi keterangan mengenai pembelaannnya sepertimana diputuskan oleh YAA Zaki Tun Azmi di dalam kes Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236 yang memutuskan berikut: “[36] This is however not to say that there is any burden placed on the accused to disprove any guilt or to prove innocence. It is only assessing the credibility of a witness, in this case the 2nd appellant’s credibility. In order to determine whether an accused was telling the truth, one of the considerations is whether he had indicated his defence during the prosecution’s case ...”
92
Mahkamah ini juga mengambil perhatian mengenai prinsip undang-undang yang mantap sepertimana diputuskan di dalam kes Mahkamah Rayuan Ali Hosseinzadeh Basher v PP [2015] 1 CLJ 918 yang mana Abdul Rahman Sebli (ketika itu) memberikan penekanan berikut: “It must be understood that what counsel puts or suggests to a witness in cross-examination is not evidence. They are merely suggestions and to give notice to the prosecution that the defence has a different version of the events. They prove nothing and will remain nothing unless confirmed by the witness or by any party on whose behalf the suggestions are made when his turn comes to give evidence.”
93
Dalam hal ini, mengambil kira prinsip undang-undang mantap di atas dan setelah menilai nota keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa individu bernama Nik yang dibangkitkan di peringkat pembelaan hanyalah suatu ciptaan baharu / “recent invention” oleh pihak pembelaan yang tidak langsung pernah dibangkitkan semasa kes pendakwaan.
94
Penama “Nik” juga tidak pernah diberitahu oleh OKT kepada pegawai penyiasat (SP9) mahupun kepada pengadu (SP3) semasa disoal balas oleh pihak pembelaan. Susulan itu, dua helai pakaian yang dikatakan OKT milik “Nik” yang dijumpai di belakang bonet juga gagal menimbulkan sebarang keraguan kerana pada asasnya penama “Nik” tidak pernah dibangkitkan oleh pihak pembelaan dari awal lagi.
95
OKT juga telah cuba untuk memberi keterangan bahawa barang kes dadah adalah sebenarnya milik “Nik” telah dibantah oleh pihak pendakwaan yang mana bantahan Timbalan Pendakwa Raya diterima kerana keterangan tersebut adalah “hearsay.”
96
Pihak pembelaan telah bersandarkan kepada kes Roslan Hanapi v PP [2015] 6 CLJ 464 untuk menyokong hujahannya bahawa fakta dadah dijumpai berdekatan (close proximity) dengan OKT tidak mencukupi untuk mengaitkan OKT dengan barang kes dadah.
97
Mahkamah telah meneliti kes yang disandarkan pihak pembelaan dan apa yang jelas fakta dalam kes dirujuk adalah amat berbeza dengan fakta kes di hadapan Mahkamah. Di dalam kes yang dirujuk, Mahkamah perbicaraan mendapati bahawa terdapat keterangan terdapat pihak lain yang merupakan ahli keluarga tertuduh dan orang awam yang mempunyai akses ke atas tempat kejadian.
98
Selain itu, kes PP v Muhammad Nazrul bin Anwar [2021] 1 LNS 1872 yang disandarkan oleh pihak pembelaan juga gagal menyakinkan Mahkamah bahawa prinsip undang-undang kes tersebut mengikat keputusan Mahkamah ini. Ini adalah kerana, di dalam kes yang dirujuk, tidak ada inferen yang dibuat oleh Mahkamah perbicaraan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah.
99
Namun begitu, berdasarkan kepada naratif kes di hadapan Mahkamah ini, reaksi OKT yang telah melarikan diri ketika dadah dijumpai di dalam dashboard tidak dilihat secara terpencil (in isolation) oleh Mahkamah ini kerana reaksi OKT adalah bergantung kepada keadaan sekeliling sesuatu kes ini. Sebaliknya Mahkamah melihat keseluruhan fakta kes ini dan mendapati bahawa adalah tidak silap bagi Mahkamah membuat inferen bahawa OKT mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah apabila OKT melarikan diri dari tempat kejadian. Malahan OKT bertindak agresif ketika hendak ditahan. Namun begitu SP4 dan Nabila/B3 yang berada di tempat yang sama dengan OKT semasa serbuan dibuat tidak pula membuat reaksi yang sama dengan melarikan diri dari tempat kejadian.
100
Pihak pembelaan juga telah bersandar kepada keterangan SD3, majikan OKT yang dikatakan mempunyai akses ke atas kereta Myvi hitam selain individu bernama “Nik” yang merupakan kawan SD3. Hakikatnya, nama SD3 tidak pernah dimaklumkan kepada SP9 untuk pihak polis jalankan siasatan ke atas SD3 dan SD3 juga mengakui bahawa beliau tidak pernah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan.
101
Versi pembelaan bahawa kereta Myvi disewa oleh OKT atas arahan SD3 juga tidak langsung dibangkitkan semasa di peringkat pendakwaan lagi.
102
Pihak pendakwaan juga telah mengulangi beberapa isu yang telah dibangkitkan semasa di peringkat pendakwaan, iaitu, terputusnya rantaian keterangan barang kes telahpun Mahkamah ini jawab semasa memutuskan di peringkat pendakwaan lagi. Memandangkan pihak pembelaan tidak membangkitkan apa-apa keraguan di peringkat ini, maka Mahkamah mengekalkan dapatan yang telah dibuat untuk isu-isu sama yang dibangkitkan semula seperti analisa DNA dan cap jari di peringkat pembelaan.
103
Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan menurut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 37(da)(iiia) Akta Dadah Berbahaya 1952. OKT disabitkan dengan kesalahan atas pertuduhan pengedaran di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
104
Peguambela OKT membuat mitigasi bagi pihak OKT dengan memulakan bahawa OKT berusia 33 tahun. Masih bujang. Anak sulung. Sebelum tangkapan OKT bekerja sebagai mekanik. Memohon hukuman penjara kerana tidak pernah mempunyai kesalahan lampau. Manakala berat dadah hanyalah 33 gram. Dalam kes ini tidak ada jumpa alat penimbang, keluarga hadir dan OKT memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Tempoh pemenjaraan dapat memberikan pengajaran kepada OKT.
105
Pihak pendakwaan menekankan faktor kepentingan awam mengatasi kepentingan individu. Kes dadah telah menjadi rampant dan pihak pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan bagi menunjukkan keseriusan terhadap kes sebegini. Pihak pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan dan juga memohon hukuman sebatan lebih daripada 12 sebatan.
106
OKT bernasib baik susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan seumur hidup (selama 30 tahun) dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi.
107
Setelah menimbangkan mitigasi OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Lim Zhen Qiang & 5 yang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.