Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO. KES: TA-A72-27-07/2023 ANTARA MOHD ZUDILMI BIN MOHD NOR (NO.K/P: 810605115551) PLAINTIF
TA-A72-27-07/2023
Magistrates Court of Malaysia20 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO. KES: TA-A72-27-07/2023 ANTARA MOHD ZUDILMI BIN MOHD NOR (NO.K/P: 810605115551) PLAINTIF
1
NUSAJAZA DEVELOPMENT SDN. BHD. (Dalam Likuidasi) [ Company No.: 200101024770 (560528-U) ]
2
JAZLAN BIN HJ AB AZIZ
3
TENGKU MASRUN BIN TENGKU MAHMOD
4
BALA SUBRAMANIAM S/O RASU
5
RAMILAH AINI BINTI SALLEH (NO.K/P : 730222-03-5474 ) DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Pada 20.11.2024, Mahkamah Majistret Kuala Terengganu telah membenarkan permohonan Plaintif melalui Notis Permohonan di Lampiran 60 di bawah Aturan 32 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk satu perintah bahawa Tetuan The Law Office of Maran Ram hilang kelayakan dan dilepaskan dari mewakili Defendan 1 dan Defendan Ke-4 di dalam tindakan ini. Kos yang dibenarkan adalah sebanyak RM500.
2
Defendan 1 dan Defendan Ke-4 tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan tersebut dan telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27.11.2024.
3
Berdasarkan kepada Pernyataan Tuntutan pihak Plaintif, Plaintif dan Defendan 1 telah menandatangani satu Perjanjian Jual beli bertarikh 25.6.2008 di mana Plaintif telah bersetuju untuk membeli dan Defendan 1 telah bersetuju untuk menjual satu hartanah yang memakai keterangan GM12594, Lot 18556, Mukim Batu Rakit, Daerah Kuala Terengganu, Terengganu (“hartanah tersebut”). Hartanah tersebut adalah sebuah rumah di dalam taman perumahan yang dikenali dengan nama Taman Jaza Sri Iman yang dimajukan oleh Defendan 1.
4
Perjanjian jual beli tersebut memperuntukkan, di antara lain, bahawa Defendan 1 hendaklah menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut dalam tempoh 2 tahun bermula dari tarikh perjanjian tersebut. Defendan 1 telah gagal untuk menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada Plaintif dalam tempoh masa yang ditetapkan.
5
Plaintif adalah seorang anggota tentera dan membiayai pembelian hartanah tersebut melalui pinjaman daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia dengan bayaran balik pinjaman secara ansuran bulanan sebanyak RM660.51 sebulan secara potongan gaji bulanan dan bayaran akhir ialah pada bulan Oktober 2035. Setelah Plaintif tamat perkhidmatan pada 21.6.2011, Plaintif bertanggungjawab membayar ansuran bulanan secara terus kepada Bahagian Pinjaman Perumahan bermula pada bulan September 2011 sehingga bulan Oktober 2035.
6
Pada 14.05.2012, Defendan Pertama telah bersetuju untuk membuat bayaran balik pemotongan gaji Plaintif sebanyak RM660.51 untuk setiap bulan bermula dari pemotongan gaji pertama Plaintif pada bulan Februari 2011 sehingga notis pengambilan kunci hartanah tersebut diterima. Plaintif tidak pernah menerima bayaran sebanyak RM660.51 daripada Defendan-Defendan sebagaimana yang dipersetujui di dalam surat bertarikh 14.05.2012.
7
Oleh yang demikian, Plaintif telah menuntut daripada Defendan-Defendan seperti berikut:- a) Jumlah yang terhutang sebanyak RM83,224.26 setakat bulan Ogos 2021; b) Secara alternatif, penghakirnan dimasukkan ke atas Defendan-Defendan atas liabiliti Defendan-Defendan untuk membayar jumlah terhutang kepada Plaintif dan yang patut dibayar tersebut ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia; c) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. d) Kos tindakan ini; dan e) Lain-lain relief yang Mahkamah yang Mulia fikirkan layak dan suaimanfaat.
8
Di dalam kes ini, Defendan 1 dan Defendan Ke-4 adalah diwakili oleh Tetuan The Law Office of Maran Ram. Pihak Plaintif melalui Notis Permohonan di
Lampiran
Lampiran 60 telah memohon kepada Mahkamah ini untuk satu perintah bahawa Tetuan The Law Office of Maran Ram hilang kelayakan dan dilepaskan dari mewakili Defendan 1 dan Defendan Ke-4 di atas beberapa alasan. ALASAN MAHKAMAH DALAM MEMBENARKAN PERMOHONAN PLAINTIF. 9. Alasan Mahkamah ini membenarkan permohonan pihak Plaintif adalah sebagaimana berikut : Tetuan The Law Office of Maran Ram juga telah mewakili Defendan Ke-4 sebagai Penglikuidasi. 10. Pada 25.6.2008, Plaintif telah memasuki satu Perjanjian Jual Beli ("Perjanjian Jual Beli") dengan Defendan 1 sebagai Pemaju dan Radzi Bin Abdul Rashid sebagai Tuan Tanah bagi membeli sebuah Rumah Teres Satu (1) Tingkat di bawah projek perumahan yang dikenali sebagai Taman Jaza Seri Iman ("Projek tersebut"). Walau bagaimanapun, projek tersebut telah tidak dapat disiapkan sebagaimana terma-terma Perjanjian Jual Beli tersebut akibat daripada pemaju yang mengendalikan projek tersebut telah digulungkan oleh Kerajaan Malaysia melalui perintah bertarikh 30.4.2017. Kemudiannya, Defendan Ke-4 telah dilantik sebagai penglikuidasi dan Tetuan The Law Office of Maran Ram juga telah mewakili pelikuidasi (Defendan Ke-4). Perjanjian Pembinaan dengan SHH CONSTRUCTION SDN. BHD yang telah dimasukkan di dalam Ikatan Dokumen Bersama telah disediakan oleh Tetuan The Law Office of Maran Ram. 11. Seterusnya, Plaintif telah diarahkan memasuki satu perjanjian lain iaitu Perjanjian Pembinaan dengan SHH Construction Sdn. Bhd. bertarikh 10.7.2018 ("Perjanjian Pembinaan tersebut") di mana SHH Construction Sdn. Bhd. didakwa berperanan sebagai kontraktor penyelamat bagi projek tersebut yang telah terbengkalai. Perjanjian pembinaan tersebut telah disediakan oleh Tetuan The Law Office of Maran Ram. 12. Pada perenggan 4 perjanjian pembinaan tersebut, dengan jelas menyatakan bahawa pelikuidasi (Defendan Ke-4) dengan persetujuan pemilik tanah/pemegang benefisial (Plaintif) berhasrat untuk memulihkan projek tersebut dan kontraktor penyelamat bersetuju untuk meneruskan usaha untuk membina dan membangunkan hartanah tersebut. 13. Pada perenggan 9 perjanjian pembinaan tersebut pula, dengan jelas menyatakan bahawa Plaintif selaku "Pemilik Tanah/Pemegang Benefisial telah melantik Tetuan The Law Office of Maran Ram yang beralamat di Suite 5-2-1, Block 5 VSQ, 11 City Centre, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan sebagai Peguamcara dan Peguambela mereka. 14. Berdasarkan kepada perenggan 4 dan perenggan 9 tersebut, Tetuan The Law Office of Maran Ram adalah Peguamcara kepada Defendan Ke-4 dan Plaintif. Terdapat konflik kepentingan memandangkan Tetuan The Law Office of Maran Ram terus bertindak sebagai Peguamcara Defendan Ke-4 dan pada yang sama bertindak menentang Plaintif. Perjanjian pembinaan tersebut juga telah dimasukkan di dalam Ikatan Dokumen Bersama dan akan dirujuk semasa hari bicara oleh pihak-pihak. 15. Rujukan adalah dibuat pada Rule 4 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 yang telah memperuntukkan seperti berikut : 4. No advocate and solicitor to accept brief if professional conduct likely to be impugned. No advocate and solicitor shall accept a brief in a case where he knows or has reason to believe that his own professional conduct is likely to be impugned. 16. Rule 5 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 pula telah memperuntukkan seperti berikut : 5. No advocate and solicitor to accept brief if difficult to maintain professional independence (a) No advocate and solicitor shail accept a brief if such acceptance renders or would render it difficult for him to maintain his professional independence or is incompatible with the best interest of the (b) (i) An advocate and solicitor who has at any time advised or drawn pleadings or acted for a party in connection with the institution or prosecution or defence of any suit, appeal or other proceedings shall not act, appear or plead for the opposite party in that suit, appeal or other proceedings. (ii) An advocate and solicitor shall not act unless the consent of the first party for whom the advocate and solicitor acted is obtained in writing and the advocate and solicitor is not embarrassed by so acting." 17. Mahkamah juga merujuk kepada kes Shoon Wui Chin V, Chan Kien Woh & Anor [2024] 2 MLRH 503 telah dinyatakan bahawa : “[41] Based on the facts and circumstances stated above and aided by the authorities cited, it is my considered view that Mr Siew Pak Thai and/or Messrs P.T. Siew & Associates' conduct in representing the 1st Defendant as the solicitor and Counsel in this proceeding would be in breach of the Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978" 18. Pihak Defendan 1 dan Defendan Ke-4 telah menghujahkan bahawa terdapat kelewatan melampau dalam memfailkan permohonan ini. Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun permohonan difailkan lewat setelah bicara kes ini ditetapkan, namun, tiada peruntukan yang menghadkan pemfailan permohonan seperti ini difailkan. Bantahan pihak Defendan 1 dan Defendan Ke- 4 adalah tidak berasas. PENUTUP 19. Oleh yang demikian, Mahkamah ini percaya bahawa keputusan membenarkan permohonan pihak Plaintif di Lampiran 60 adalah adil dan saksama. Bertarikh pada 27 Januari 2025 Noor Mazrinie binti Mahmood Majistret Mahkamah Majistret Kuala Terengganu Peguamcara Plaintif : Tetuan Amisah & Co Peguamcara Defendan 1 dan Defendan Ke-4 : Tetuan The Law Office of Maran Ram
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.