Sebaliknya di alasan penghakiman penuhnya, Puan HMS telah merujuk dan menerima keterangan SP6 dan SP9 dalam membuktikan pertuduhan-pertuduhan pilihan. Ini dinyatakan oleh Puan HMS seperti berikut; S/N Qi7QPaommEu5fS7abhTdg “[39] Keterangan SP6 dan SP9 tidak menyebut dengan spesifik lori-lori yang ditahan tetapi keterangan SP5 adalah jelas bahawa tugas seorang penguatkuasa JPJ adalah untuk menahan lori-lori yang melakukan apa-apa kesalahan berpandukan kepada dokumen-dokumen yang disebut dalam perenggan 12 di atas (ekshibit P15 hingga P21). Walaupun tiada bukti bahawa Tertuduh bekerja pada tarikh kejadian, Tertuduh tidak memasukkan apa-apa notis alibi untuk menyangkal kemasukan wang ke akaunnya pada tarikh kejadian. [40] Ketika disoal balas, SP6 yang bertanggungjawab dengan pergerakan lori-lori MBSB memberikan alasan tidak ingat dan tidak tahu butiran lori dan pemandunya kerana mempunyai 45 buah lori tanker dan 45 orang pemandu tetapi yakin ada menerima mesej dari Tertuduh yang menyebabkan berlakunya empat transaksi kemasukan wang ke dalam akaun Tertuduh dari MBSB. [41] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tiada keterangan dari mana-mana pemandu lori MBSB perlu dikemukakan kerana SP9 menyatakan pemandu lorinya banyak dan keluar masuk dan kejadian berlaku pada 2017 dan 2018 lebih kurang lima atau enam tahun yang lalu. Saya meneliti keterangan SP6 iaitu sebagai syarikat pengangkutan, adalah amalan biasa dalam industri pengangkutan, pemandu bertukar ganti kerana terdapat ramai pemandu lori yang selalu keluar masuk kerana S/N Qi7QPaommEu5fS7abhTdg berhenti atau bertukar tempat kerja. Maka SP9 yang mengetahui tindakan ke atas lori-lorinya yang sering diminta wang telah membuat pembayaran tanpa pengetahuan mengenai lori-lori syarikatnya secara khusus yang dikatakan ditahan. [42] Mengenai keterangan SP6 dan SP9 yang tidak dapat mengingati lori-lori yang terlibat dengan permintaan wang dari Tertuduh, saya merujuk kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Pie Bin Chin v Public Prosecutor [1985] 1 MLJ 234, “….. Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly tooth-combed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness's entire evidence incredible. It is only when a witness's evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded.” “Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. S/N Qi7QPaommEu5fS7abhTdg Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions. ….. I agree with the learned President's findings on this not only because he, having seen and heard the witness is in a better position than I am to evaluate the credibility of the witnesses, but also because I accept that no witness of truth can account for the details of events which had transpired some 17 months previously with precision.” [43] Saya meneliti keterangan SP9 ketika diperiksa balas. SP9 selaku pengarah MBSB setuju tidak pernah menghubungi Tertuduh setiap kali pindahan wang dibuat. Ini kerana perbualan teks dilakukan antara SP6 dan Tertuduh. Namun SP9 dengan yakin mengatakan alasan Tertuduh tidak tahu empat kali duit dimasukkan tidak boleh diterima kerana ia berlaku lebih dari sekali pada bulan yang berlainan. Mahkamah menerima keterangan SP9 ini kerana jelas terbukti terdapat transaksi pindahan wang pada setiap tarikh dalam pertuduhan yang dilakukan sendiri oleh SP9 atas makluman SP6 pada empat tarikh yang berlainan dengan jumlah yang sama dan deskripsi penghantar mayang atau mak mayang. [44] Meneliti persona bernama “Zul Halim” yang disebut oleh SP6 saya berpendapat sungguhpun nama itu tidak dapat dikaitkan dengan Tertuduh, Tertuduh telah memberi nombor S/N Qi7QPaommEu5fS7abhTdg akaunnya sendiri untuk pembayaran wang rasuah kepada SP6. Ketika pemeriksaan utama, SP6 menerangkan SP6 mengetahui pembayaran dibuat melalui Maybank2u kerana SP9 tidak memberikan apa-apa keputusan selepas dimaklumkan oleh SP6 mengenai permintaan Tertuduh walaupun SP9 memberikan nombor akaunnya sendiri. Pindahan wang dibuat oleh SP9 terus ke akaun Tertuduh. [45] SP3 mengesahkan akaun Maybank Tertuduh masih aktif sehingga sekarang. Dari keterangan SP10, jelas bahawa akaun Maybank Tertuduh tidak direkodkan dengan JPJ PP bagi tujuan kerja rasmi. Tiada apa-apa dokumen dari pihak pembelaan dikemukakan untuk menyangkal fakta ini. Dapatan saya ialah penerimaan wang RM1,200.00 dalam akaun Maybank Tertuduh bukan dibuat atas kerja rasminya. [46] Keterangan SP6 dan SP9 juga konsisten. Justeru, saya menerima keterangan SP6 dan SP9 bahawa terdapatnya permintaan wang dari Tertuduh untuk dirinya sendiri yang dimasukkan ke akaun Maybanknya.”