Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM KES JENAYAH NO: JA-85-421-11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MOHD ZULRAIMI BIN MOHD TARMIZI (NO. K/P: 900317-01-6451) ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Orang kena saman (OKS) di dalam kes ini telah dituduh di Mahkamah ini dengan satu pertuduhan di bawah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 30/12/2018 jam lebih kurang 4.30 pagi di dalam bilik, di Hotel Ksl Hotspring, jalan Delima 3/1 Johor Bahru, di dalam Negeri Johor dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas perempuan bernama Fatin Syairah Binti Muh Puzi (K/P : 900401086364) oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh di hukum dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan” S/N Iutpp8Z3gE2eo/nQBhLBrw [2] OKS tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan telah mohon dibicarakan. OKS telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM 1,500 dengan seorang penjamin. [3] Pihak pendakwaan telah mengemukakan enam orang saksi bagi membuktikan kes prima facie terhadap OKS. Ia terdiri daripada: i. SP1 – Dr Muhammad Nur’ Azmi bin Mohd (Doktor yang menyediakan Laporan Perubatan) ii. SP2 – Fatin Syairah binti Muh Puzi (Pengadu) iii. SP3 – Dr Ooi Mei Xuan (Doktor yang merawat Pengadu) iv. SP4 – Dr. Nor Azmi bin Mohamad @ Ghazali (Doktor Swasta di Hospital Islam Azzarah) v. SP5 – Muh Puzi bin Muh Saad (Bapa Pengadu) vi. SP6 – Insp Siti Masitah binti Ali Murtada (Pegawai Penyiasat) [4] Dalam kes ini, Pengadu, SP2 merupakan isteri kepada OKS pada masa kejadian ini dikatakan berlaku. Pada 30/12/2018, jam lebih kurang 4.30 pagi, semasa SP2 dan OKS berada dalam Hotel KSL Hotspring Resort, telah berlaku satu pertelingkahan antara SP2 dan OKS dikatakan disebabkan SP2 telah menukar kata laluan telefon bimbit beliau. Rentetan daripada pertelingkahan ini, OKS dikatakan telah memukul SP2 dengan tangan di mana ini telah menyebabkan telinga dan muka beliau sakit dan bengkak. S/N Iutpp8Z3gE2eo/nQBhLBrw [5] SP2 kemudiannya telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini, namun menyatakan dalam laporannya bahawa beliau tidak mahu sebarang tindakan dikenakan terhadap OKS pada ketika itu. Pada tarikh yang sama juga, OKS juga telah membuat satu laporan polis untuk menafikan berlakunya kejadian tersebut, di mana OKS menyatakan bahawa beliau tidak memukul SP2 seperti yang dikatakan oleh SP2. Pihak polis selepas itu tidak mengambil sebarang tindakan berkenaan kes ini. [6] Namun demikian, setelah lebih kurang 1 tahun 1 bulan, SP2 membuat satu lagi laporan polis (P9) berkenaan kejadian tersebut dan memohon pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap OKS di mana siasatan dibuka semula dan kemudiannya OKS dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kes semasa di Mahkamah ini. Kes Pendakwaan [7] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie di mana pihak pendakwaan berhujah bahawa elemen-elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan melalui saksi-saksi pendakwaan berdasarkan kepada alasan-alasan berikut: i) OKS telah menyebabkan kecederaan terhadap SP2 ii) Perbuatan OKS dilakukan dengan niat untuk menyebabkan cedera kepada SP2 [8] Bagi membuktikan elemen pertama, pihak pendakwaan telah S/N Iutpp8Z3gE2eo/nQBhLBrw melampirkan sesalinan Laporan Perubatan yang disediakan oleh SP1 di mana ia mengesahkan bahawa terdapatnya kesan luka melelas akibat SP2 ditolak oleh OKS sehingga jatuh terduduk di atas lantai. [9] Pada masa yang sama, pihak pendakwaan juga melampirkan Laporan Perubatan daripada pihak Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru di mana SP2 dikatakan terus ke Hospital tersebut untuk pemeriksaan sejurus selepas membuat laporan polis. Ini juga disahkan oleh SP3 iaitu doktor yang merawat SP2 di hospital tersebut. [10] Bagi membuktikan elemen kedua pula, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan bahawa wujudnya `pertelingkahan antara OKS dan beliau pada hari itu. Rentetan daripada pertelingkahan ini di mana OKS mula bertindak agresif, menolak SP2 ke lantai dan menampar muka beliau. [11] Sebaliknya, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap OKS melampaui keraguan yang munasabah dan sekaligus menafikan bahawa satu kes prima facie telah berjaya diwujudkan terhadap OKS. [12] Pihak Pembelaan menyatakan bahawa keterangan bercanggah dan tidak kredibel telah menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan. Antaranya adalah berkenaan telefon bimbit dan kecederaan gegendang telinga SP2. S/N Iutpp8Z3gE2eo/nQBhLBrw Percanggahan-percanggahan ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut di bahagian elemen kesalahan memandangkan fakta-fakta ini berkait secara langsung kepada pemutusan elemen kesalahan bagi kes ini. [13] Pihak Pembelaan juga mengetengahkan hujahan bahawa SP2 yang tidak mahu tindakan diambil terhadap OKS menimbulkan kelompangan dalam kes pihak pendakwaan sekaligus menimbulkan persoalan berhubung kebenaran kejadian yang dikatakan berlaku tersebut. Ketiadaan saksi mata bagi menyokong versi pihak pendakwaan juga dikatakan menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan. [14] Selanjutnya, pihak pembelaan juga telah menghujahkan bahawa keterangan pegawai perubatan (SP3) tidak membantu kes pendakwaan apabila SP3 mengesahkan bahawa tiada kecederaan di bahagian muka dan telinga SP2 seperti yang dinyatakan oleh SP2. [15] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa keraguan kes pendakwaan juga disebabkan oleh siasatan pegawai penyiasat (SP6) yang rapuh, tidak lengkap, dan tidak bersifat telus dan adil. Atas sebab-sebab ini, pihak pembelaan telah menekankan bahawa pihak pendakwaan sememangnya tidak berjaya untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS dalam kes ini. Analisa [16] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa beban diletakkan di atas pihak pendakwaan untuk membuktikan satu S/N Iutpp8Z3gE2eo/nQBhLBrw kes prima facie terhadap seorang tertuduh. Keperluan ini telah diperuntukkan di bawah Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah seperti berikut: Procedure in summary trials 173.The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials: