Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45B-6-09/2023 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45B-7-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
BL-45B-6-09/2023
High Court of Malaysia24 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mmitted under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. (62) Thus, before accusing an innocent pe”
“d or encourage the person who commits the principal crime and either an actual aiding or encouraging or a readiness to aid or encouraging will be required. The word “instigates” in section 107 of the Penal Code does not merely placing of temptation to do a forbidden thing but actively stimulating a person to do it-see”
“— lihat kes-kes Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] 1 MLJ 105; Public **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 Prosecuto v Lee Pak [1937] MLJ 256; Muharam bin Anson v Public Prosecuto [1981] 1 MLJ 222; Mohd Shamshir bin Md Rashid v Public Prosecuto [2008”
“that standard, if it does not satisfy that test, if it leaves gaps then it is of no use at all...” [penekanan ditambah] Saya juga telah membuat rujukan kepada kes Gambhir v. State of Maharashtra APR [1982] SC 1157 di mana Misra J, Hakim Mahkamah Agong India (ketika itu) menggariskan prinsip berikut: “The law regarding”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45B-6-09/2023 PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45B-7-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
4
LIM YON LOON ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Terdapat dua (2) kes yang didengar bersama iaitu BL-45B-6- 09/2023 dan BL-45B-7-10/2023 kerana ianya melibatkan si mati yang sama dan saksi-saksi yang sama. Permohonan untuk kedua-dua kes ini didengar bersama dibuat oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan tiada bantahan; maka Mahkamah telah membenarkan permohonan ini. Pihak pendakwaan juga memaklumkan kepada Mahkamah bahawa OKT 4 (Lim Yon Loon) telah meninggal dunia dan memohon agar pertuduhan atas OKT 4 ditarik balik dan Mahkamah telah membenarkan permohonan ini. OKT 1 di dalam kes BL-45B-6-09/2023 telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 15.9.2022 jam lebih kurang 1.20 pagi hingga 1.40 pagi, di dalam rumah No. 34, Jalan Kiai Khusairi 2, Taman Anika Baru, Sg Udang di dalam Daerah Klang, di dalam Negeri Selangor, telah bersubahat dengan Leong Eng Eng (NO. KP:850222-10-5774), Lim Yon Hay (NO. KP: 860803-43-5359) dan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Lim Yon Loon (No. KP: 910913-10-5227), Lim Yon Loon (NO. KP:910913-10-5257) melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Chow Tiam Hee (No. KP: 810908-10- 5107), di mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan kamu, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 302 Kanun Keseksaan.” OKT 2 dan 3 pula dituduh dengan pertuduhan berikut: - “Bahawa kamu pada 15.9.2022 jam lebih kurang 1.20 pagi hingga 1.40 pagi, di dalam rumah No. 34, Jalan Kiai Khusairi 2, Taman Anika Baru, Sg Udang di dalam daerah Klang, di dalam Negeri Selangor telah bersubahat dengan Leong Eng Eng (No KP : 85022-10-5774), Lim Yon Hay (No KP : 860803-43-5359) dan seorang yang telah meninggal dunia iaitu Lim Yon Loon (No KP : 910913-10-5257) telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Chow Tuam Hee (No KP : 810908-10-5107) , di mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan kamu, dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan. [2] Bagi membuktikan intipati pertuduhan di atas, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 22 orang saksi. Mereka adalah:
a
SP1 - L/Kpl Mohd Nizam bin Shamsuddin-Jurugambar
b
SP2 - Kpl Mohd Azli bin Abd Munin - Penerima FIR
c
SP3 - Kpl Mazlans bin Madjani Anggota Ronda Cegah
d
SP4 - Kpl Mohamad Fahrurozi bin Ramli - Anggota Ronda
e
SP5 - Muhammad Luqman bin Abdul Kalam - Jiran
f
SP6 - Muhammad Yaseen bin Abdul Kalam - Jiran
g
SP7 - L/Kpl Norfadzli Eshah Iskandar bin Idris - Jurufoto
h
SP 8 - L/Kpl Khesawan a/l Irajandiran - Jurustor
i
SP 9 - Kpl Marshall Wellcey anak Muton - Jurufoto
j
SP10 - Chow Tiam Keng - Waris si mati
k
SP11 - Mohd Amin bin Ali - Pen. Pegawai Perubatan
l
SP 12 - Insp. Mohd Rizal bin Sa’at - Pegawai Forensik PDRM
m
SP 13 - Dr Ayutimasery binti Abdullah - Pegawai Pathology
n
SP14 - D/Kpl Abdul Aziz bin Abdul Jalil - Jurufoto
o
SP 15 - Insp Muhammad Akmal bin Salleh - Pegawai Forensik PDRM
p
SP 16 - ASP Selvakumar a/l Devasahayam - Pegawai
q
SP17 - Insp Ganesh a/l Munisamy - Pegawai Polis
r
SP 18 - Insp K.V Suresh a/l Velayutham - Pegawai Polis
s
SP 19 - Siti Hajar binti Hussin - Ahli Kimia (DNA)
t
SP 20 - Adwin Yap Ying Sing - Saksi awam
u
SP 21 - ASP Nur Farah Syuhada binti Hamdan - Pegawai
v
SP 22 - ASP Saiful Azni bin Ahmad - Pegawai Penyiasat. B. FAKTA KES PENDAKWAAN [3] Pada 15.9.2022 jam lebih kurang 1.40 pagi ketika SP2 (Kpl Mohd Azli bin Abd Munin) sedang bertugas di Pusat Kawalan IPD Klang Selatan, beliau telah menerima satu panggilan kecemasan dari Encik Yasin memaklumkan berlaku satu pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki berbangsa cina dan salah seorang daripada mangsa cedera terbaring dan berlumuran darah di alamat No. 32 Jalan Kusairi 8, Taman Aneka Baru. SP2 kemudiannya telah mengarahkan anggota untuk ke tempat kejadian. SP2 kemudiannya membuat laporan maklumat pertama iaitu Klang Rpt 34924/22 (ekshibit P9). [4] Pada 15.9.2022 jam lebih kurang 1.50 pagi SP3 (Kpl Mazlans bin Madjani) telah diarahkan untuk pergi ke tempat kejadian iaitu No, 34 Jalan Kusairi 2 Taman Aneka Baru dan telah berjumpa dengan
1
perempuan cina yang mengaku isteri mangsa (SP3 mengecam OKT 2) yang mengatakan suaminya berlumuran darah. SP3 melihat seorang lelaki terbaring di ruang tamu rumah tersebut dan beliau telah menghubungi DCC Klang memaklumkan keadaan tersebut dan meminta bantuan untuk menghubungi ambulan. Selain SP3, turut hadir di rumah mangsa pada jam 1.55 pagi adalah SP4 (Kpl Mohamad Fahrurozi bin Ramli). SP4 telah masuk ke dalam rumah bersama isteri mangsa (OKT 2) dan melihat seorang lelaki terbaring berlumuran darah dan mendapati ruang tamu berselerak dan dipenuhi dengan darah. Lelaki yang terbaring itu ada di bahagian ruang makan. Setelah pihak ambulans sampai di lokasi dan mengesahkan kematian mangsa, SP4 dan seorang lagi anggota polis telah memasang talik kuning dan menunggu sehingga pegawai penyiasat sampai untuk tindakan lanjut. [5] SP5 (Muhammad Luqman bin Abdul Halim) adalah jiran kepada mangsa. Menurut SP5, pada hari kejadian, dia baru sampai di rumah dan selesai mandi. Apabila dia keluar ke ruang tamu, dia mendengar jirannya bergaduh. Dia kemudian menelefon abangnya iaitu SP6 (Muhammad Yaseen) dan SP6 menasihatinya supaya jangan keluar dan jangan masuk campur dan SP6 akan menghubungi pihak polis. SP5 mendengar jiran lelaki nya itu meminta tolong dan dia nampak lelaki itu cuba untuk melangkah masuk ke rumah sebelah dengan memanjat dinding. Kemudian isteri mangsa iaitu OKT 2 telah mengetuk pintu sliding rumahnya dan meminta tolong kerana ada orang masuk ke rumahnya. SP5 kemudian keluar dan pergi ke rumah OKT 2 dan dia melihat seorang lelaki terbaring tidak bernyawa. SP5 tidak berbuat apa-apa dan hanya menunggu polis sampai bersama-sama dengan abangnya SP6. [6] Bedah siasat dijalankan oleh SP13 (Dr Nur Ayutimasery binti Abdullah) pada 15.9.2022 jam lebih kurang 2 petang selepas dicamkan oleh adik si mati iaitu Chow Tiam Kang. Berdasarkan hasil bedah siasat, SP13 mengesahkan punca kematian si mati adalah luka tikam pada dada (ekshibit P42). SP13 mengesahkan hasil pemeriksaannya mendapati si mati mengalami 46 kumpulan kecederaan pada seluruh badan yang terdiri daripada 20 kumpulan luka hiris, 20 kumpulan luka tikam, 5 luka calar dan 1 luka lebam. Daripada 20 luka tikam tersebut, 10 luka tikaman di bahagian dada, 3 luka tikam pada bahagian belakang dan selebihnya di leher dan lengan. Bagi pemeriksaan dalaman atas mayat si mati, didapati di bahagian kepala ada 1 luka lebam kecil pada bahagian kanan kepala, terdapat lebam dan pendarahan pada otot leher sebelah kiri, terdapat pendarahan sebanyak 200 ml di dalam setiap rongga dada, terdapat luka tikam pada pada paru-paru kanan, pada tulang rusuk kiri nombor 2, pada kantung jantung dan salur darah utama aorta serta terdapat juga 1 luka tikam pada hati sebelah kanan. Tiada kecederaan pada oran-organ dalaman yang lain. C. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [7] Undang-undang adalah mantap dan jelas bahawa Mahkamah perlu memutuskan samada pihak pendakwaan Berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT di akhir kes pendakwaan selaras dengan Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah di mana penilaian maksimum atas keterangan saksi-saksi pendakwaan perlu dibuat oleh Mahkamah. [8] Apa yang terjumlah kepada pembuktiaan satu kes prima facie di pihak pendakwaan diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam Dalip Bhagwan Singh v Public Prosecutor [1998] 1 MLJ 1: - “the meaning of the test of prima facie at the end of the prosecution’s case is, on the assumption that the prosecution evidence was accurate, could the accused be lawfully convicted? The word ‘accurate’ could mean or should mean ‘true’ and the words ‘prosecution evidence’ could be said to refer to the evidence of ‘primary facts’ which could logically refer to evidence or evidence sufficient enough to prove each ingredient of an offence. Once there is sufficiency of such evidence, so long as it is not inherently incredible, a prima facie case is made out. Therefore, the test of prima facie would not only entitle one to assesses the veracity or credibility of evidence of witnesses as the session had done’. [penekanan oleh Mahkamah] D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [9] Pihak pendakwaan perlu membuktikan intipati kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan wujud. [10] Seksyen 300 Kanun Keseksaan memperuntukkan: - Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang-
a
jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian;
b
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pesalah itu ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan bencana itu;
c
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan adalah cukup pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; atau
d
jika orang yang melakukan perbuatan itu ketahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian atau bencana sebagaimana tersebut. [11] Dalam memastikan wujudnya satu kes prima facie terhadap OKT-OKT untuk kesalahan membunuh adalah:
i
mangsa iaitu Chow Tiam Hee telah meninggal dunia;
II
(ii) kematian adalah akibat dari kecederaan yang dialami oleh si mati;
III
(iii) kecederaan si mati adalah akibat perbuatan atau kesan daripada perbuatan OKT 2 dan 3;
IV
(iv) dalam mencederakan si mati, OKT 2 dan 3 dengan niat untuk mencederakan tubuh badan si mati dan kecederaan pada tubuh badan si mati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian. [12] Pihak pendakwaan bergantung kepada cabang (c) seksyen 300 KK iaitu:
c
jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada mana-mana orang, dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan itu adalah cukup, pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian; I. Mangsa Chow Tiam Hee meninggal dunia. [13] Mangsa Chow Tiam Hee telah meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu di No. 34 Jalan Kusairi 2, Taman Aneka Baru, Sg Udang, Kelang. Mahkamah ini mendapati bahawa sepanjang perbicaraan ini dijalankan identiti si mati adalah tidak dipertikaikan. Oleh yang demikian elemen pertama pertuduhan ini telah dibuktikan. II. Kematian adalah akibat kecederaan yang dialami oleh si mati. [14] SP13 (Dr Nur Ayutimasery binti Abdullah) adalah doktor yang menjalankan bedah siasat atas jasad Chow Tiam Hee, si mati. Beliau mengesahkan bedah siasat atas si mati dijalankan pada 15.9.2022 jam 2 petang di HTAR Klang. Hasil bedah siasat didapati punca kematian si mati adalah luka tikam pada dada. Menurut keterangan SP13, hasil pemeriksaannya, si mati mengalami banyak luka hirisan, luka tikam, luka calar dan luka lebam. Daripada luka-luka ini, terdapat 10 luka tikaman di bahagian dada, 3 luka tikam pada bahagian belakang dan selebihnya di bahagian leher dan lengan dan kecederaan ini adalah sinonim dengan kecederaan yang diakibatkan oleh senjata tajam. [15] Berasaskan kepada keterangan SP13, yang diterima oleh Mahkamah, maka pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kematian si mati adalah disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. III. Kecederaan si mati adalah akibat perbuatan atau kesan daripada perbuatan OKT-OKT [16] Bagi membuktikan elemen ini, pendakwaan bergantung kepada keterangan langsung saksi-saksi dan juga rakaman kamera CCTV (ekshibit P113A (2). [17] Dalam menyangkal dakwaan ini, peguambela OKT 1 menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT 1 telah bersubahat dengan OKT 2, 3 dan 4 (telah meninggal dunia) untuk membunuh si mati. Tiada keterangan dari mana-mana saksi pendakwaan yang mengesahkan OKT 1 telah bersubahat melakukan pembunuhan ini baik melalui keterangan terus atau pun keterangan mengikut keadaan. [18] Jika tiada keterangan dari saksi-saksi yang melihat OKT 2, 3 dan 4 melakukan perbuatan mencederakan si mati hingga menyebabkan kematian, maka sekurang-kurangnya keterangan forensik dan keterangan elektronik seperti kamera litar tertutup untuk menyokong kes pendakwaan. I. UJIAN DNA [19] Pihak pendakwaan telah mengemukakan laporan kimia (ekshibit P155) melalui SP19 (Puan Siti Hajar). Mahkamah telah meneliti laporan kimia ini dan bersetuju dengan hujahan peguambela OKT 1 bahawa tiada mana-mana analisis DNA mengaitkan OKT 1 dengan mana-mana ekshibit yang dikutip untuk kes ini. Bagi OKT 3 pula, pihak pendakwaan mengemukakan sehelai seluar jeans Panjang (ekshibit P89A) yang dirampas dari rumah OKT 3. Peguambela OKT 3 menghujahkan bahawa kewujudan tompokan darah si mati pada seluar tersebut tidak boleh dijadikan asas untuk mengaitkan OKT 3 dengan pembunuhan ini. Ini kerana jika dilihat pada gambar di tempat kejadian iaitu ekshibit P6 dan P17, percikan darah kelihatan di banyak tempat di rumah itu. Ketika pemeriksaan balas oleh peguambela OKT 3, SP19 mengesahkan bahawa walaupun label dari pegawai penyiasat seluar itu milik OKT 3, namun beliau tidak membuat ujian untuk mengesahkan perkara ini. Selain itu, SP19 tidak boleh mengesahkan ada DNA orang lain pada seluar tersebut. SP19 juga tidak membuat sebarang ujian bahawa seluar itu adalah milik OKT 3. [20] Hanya kerana ada tompokan darah pada seluar (ekshibit P89A) maka ianya mengaitkan OKT 3 dengan pembunuhan itu adalah tidak selamat pada pandangan Mahkamah ini. Bagi OKT 2 (Leong Eng Eng), hasil ujian yang dibuat oleh SP19 atas baju T “G2” terdapat kesan darah milik OKT 2 dan juga kesan darah milik si mati dan kedua-dua mereka adalah penyumbang major dan minor pada DNA campuran tersebut. Begitu juga kesan kesatan atas atas seluar pendek ‘No. 7”, profil DNA yang diperolehi adalah dari specimen darah OKT 2 dan si mati dan masing-masing adalah merupakan penyumbang kepada profil DNA campuran tersebut. OKT 2 adalah isteri kepada si mati, pada hari kejadian dia telah pergi ke rumah SP5 meminta tolong kerana ada orang masuk ke rumahnya. SP3, SP4, SP5, SP6 masuk ke rumah OKT 2 dan melihat keadaan rumah berselerak dan di merata bahagian ruang tamu, bahagian luar rumah dan di ruang makan di mana si mati terbaring banyak kesan darah. Tidak mustahil tompokan darah si mati ada pada baju dan seluar OKT 2 kerana OKT 2 ada di rumah tersebut. Untuk membuktikan OKT 2 melakukan perbuatan mencederakan si mati hingga menyebabkan kematian, pihak pendakwaan memerlukan lebih dari sekadar menunjukkan ada tompokan darah di baju dan seluar OKT 2. II. KAMERA TERTUTUP (CCTV) [21] Pihak pendakwaan mengemukakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tempat kejadian dan juga laporan analisa kamera litar tertutup tersebut (ekshibit P166). Rakaman kamera litar (ekshibit P133A(1) dimainkan di Mahkamah. Di dalam rakaman CCTV itu terdapat individu yang memakai topi bewarna kuning (ekshibit P38A) dan pelitup separuh muka (ekshibit P36A), kedua-dua ekshibit ini tidak disiasat milik siapa dan tiada padanan DNA di buat atas kedua-dua ekshibit ini. Rakaman CCTV ini walaupun SP21 mengatakan boleh melihat dengan jelas rupa bentuk individu-individu di dalam rakaman tersebut, Mahkamah telah melihat rakaman ini dan mendapati wajah mereka-mereka yang ada dalam rakaman itu agak kabur kecuali OKT 2 yang merupakan satu-satunya wanita di dalam rakaman itu dan tiada apa yang pelik mengenainya kerana dia berada di kawasan rumahnya. [22] Pihak pembelaan menghujahkan rakaman kamera litar tertutup itu tertakluk kepada pengemukaan sijil bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 kerana ianya adalah dokumen janaan komputer. Rujukan dibuat kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Ahmad Najib bin Aris v PP [2009]2 MLJ 613 dimana diputuskan bahawa rakaman kamera litar tertutup adalah “document produced by a computer” di bawah tafsiran Seksyen 3 Akta Keterangan 1950 “A CCTV tape is therefore a document produced by a computer. It follows that the CCTV tapes must satisfy the requirements of s 90A of the Act before they can be admitted in evidence. As this had not been done they are inadmissible”. Dalam kes ini, ketika SP21 memberi keterangan rakaman kamera litar tertutup yang dikemukakan ke Mahkamah (ekshibit P133A) tidak disokong oleh sijil Seksyen 90A, tiada keterangan lengkap mengenai sistem kamera litar tertutup yang menjana rakaman itu. Pihak pendakwaan hanya mengemukakan memori kad yang dirampas oleh pegawai penyiasat. Peranti asal iaitu kamera litar tertutup itu sendiri tidak dikemukakan. Walaupun SP21 memberitahu Mahkamah bahawa pada pendapatnya rakaman kamera litar tertutup itu tidak disunting namun tiada perbandingan dibuat dengan peranti asal untuk mengesahkan perkara ini. Tiada pemeriksaan dibuat atas keadaan kamera litar tertutup untuk menunjukkan ianya berfungsi secara normal dan baik pada masa material. Oleh kerana ketiadaan sijil Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 dikemukakan ke Mahkamah, maka rakaman kamera litar tertutup ini tidak boleh diterima. III. WANG YANG DISYAKI WANG UPAHAN [23] Pihak pendakwaan mengemukakan sejumlah wang tunai RM2,600.00 (ekshibit P78) yang dirampas dari OKT 3 yang dikatakan sebagai wang upahan. Namun tiada sebarang keterangan yang dikemukakan bahawa OKT 3 menerima wang itu sebagai upahan. IV. KERETA BMW [24] Peguambela OKT 3 menghujahkan walaupun di dalam rakaman kamera litar tertutup ada menunjukkan sebuah kereta, kenderaan yang dirampas oleh pihak polis tidak mengesahkan ianya adalah kenderaan yang sama yang dilihat dalam rakaman kamera litar tertutup itu. Tiada carian rasmi dibuat untuk menunjukkan kenderaan yang dirampas ada kaitan dengan mana-mana OKT. Walaupun ada kesan darah di dalam kereta yang dirampas namun ianya tidak menunjukkan darah itu adalah darah si mati. V. OKT 1 DITUDUH BERSUBAHAT MELAKUKAN PEMBUNUHAN INI [25] OKT 1 dituduh bersubahat melakukan pembunuhan ini di mana kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dilakukan hasil persubahatan mereka dan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 302 Kanun yang sama. Seksyen 107 Kanun Keseksaan, yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan: - “107. Abetment of a thing. A person abets the doing of a thing who –
a
Intigates any person to do that thing; (aa) commands any person to do that thing;
b
engages with one or more other person or persons in any conspiracy for the doing of that thing, if an act or illegal omission takes place in pursuance of that conspiracy, and in order to the doing of that thing: or
c
intentionally aids, by any act or illegal omission, the doing of that thing. [26] Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT 2 telah menghasut (instigate), mengarahkan, membantu dan/ atau berkonspirasi dengan OKT 2 hingga OKT 4 (telah meninggal dunia) dalam melakukan pembunuhan tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Abdul Ghani bin Ishak & Anor v Public Prosecutor [1981] 2 MLJ 230 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: - “It is of the essence of abetment that the abettor should substantially assist the principal offender towards the commission of the principal offence. In fact, it is an essential ingredient in a prosecution for abetment that there must be some evidence to show that the abettor actively suggested or stimulated the principal offender to the act by any means or language, direct or indirect, in the form of expressed solicitation” or of “hints, insinuations or encouragement”. There must also be a common purpose or intent to aid or encourage the person who commits the principal crime and either an actual aiding or encouraging or a readiness to aid or encouraging will be required. The word “instigates” in section 107 of the Penal Code does not merely placing of temptation to do a forbidden thing but actively stimulating a person to do it-see Soonavala on Bribery and Corruption page 312”. [27] Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT-OKT telah merancang dan/ atau berbincang dan/ atau berkomunikasi antara satu sama lain untuk membunuh si mati. Peguambela OKT 1 menghujahkan telefon bimbit yang dirampas dari OKT-OKT telah dihantar untuk pemeriksaan forensik dan adanya satu laporan pemeriksaan forensik disediakan untuk telefon-telefon bimbit ini tetapi laporan pemeriksaan itu tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan ke Mahkamah. Tanpa keterangan langsung atau dokumentar dari mana-mana saksi pendakwaan mengenai persubahatan OKT-OKT untuk membunuh si mati maka elemen di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan gagal dibuktikan. VI. PENGGUNAAN SEKSYEN 27 AKTA KETERANGAN ATAS OKT 1 [28] Seterusnya, pihak pendakwaan cuba mengaitkan OKT 1 dengan jenayah ini dengan mengemukakan keterangan bahawa OKT 1 yang telah menunjukkan kepada SP16, lokasi di mana dia membuang pisau dan decoder kamera litar tertutup. Ketika pemeriksaan utama SP16, beliau memaklumkan bahawa OKT 1 telah membawa pasukan polis ke kawasan Sungai Binjai, Jalan Goh Hock Huat, Klang. Anggota unit selam telah menyelam untuk mengesan barang kes tetapi setelah dua jam pencarian, barang-barang kes gagal dikesan. Peguambela OKT 1 menghujahkan sebenarnya OKT 1 tidak memberi sebarang maklumat berkaitan barang kes ini kerana jika benar maklumat berkenaan pisau dan decoder dibuang di sungai berkenaan maka pastinya kedua-dua barang kes ini telah ditemui. Didalam Pulukuri Kotayya v King Emperor 74 IA 65 menjelaskan maklumat bagaimana yang membawa kepada satu penemuan fakta boleh diterima sebagai keterangan: - “Information supplied by a person in custody that “I will produce a knife concealed in the roof of my house” does not lead to the discovery of a knife; knives were discovered many years ago. It leads to the discovery of the fact that a knife is concealed in the house of the informant to his knowledge, and if the knife is proved to have been used in the commission of the offence, the fact discovered is very relevant. But if to the statement the words be added ‘with which I stabbed A.’ these words are inadmissible since they do not relate to the discovery of the knife in the house of the informant” Mahkamah Agung di dalam Wai Chan Leong v PP [1989] 3 MLJ 356 menyatakan seperti berikut: “In other words, the fact must be the consequence and the information the cause of its discovery. Moreover, the information must relate distinctly to the fact discovered”. VII. KETERANGAN MENGIKUT KEADAAN (CIRCUMSTANTIAL EVIDENCE) [29] Tiada saksi mata di dalam kes ini yang melihat pelakuan OKT 2 hingga 4 mendatangkan kecederaan atas si mati yang membawa kepada kematiannya. Namun, pihak pendakwaan masih boleh membuktikan kes berdasarkan keterangan mengikut keadaan (circumstanstial evidence). [30] Saya telah mengingatkan diri saya kepada prinsip yang diturunkan di dalam kes Ahmad Najib bin Aris v. Pendakwa Raya [2007] 2 MLJ 505 di mana Abdul Aziz Mohamed, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) menzahirkan pandangannya dengan menyatakan: “As to what circumstantial evidence is, it is needful to quote only that part of the summing up to the jury that is set out in Idris v. Public Prosecutor [1960] 1 LNS 40; [1960] 26 MLJ 296 at p 297: With regard to the definition of circumstantial evidence I can give you no better definition than quote to you the words of Lord Cairns in the case of Belhaven & Stenton Peerage reported in 1875 - 6 Appeal Cases, page 279: “My Lords, in dealing with circumstantial evidence we have to consider the weight which is to be given to the united force of all the circumstances put together. You may have a ray of light so feeble that by itself it will do little to elucidate a dark corner. But on the other hand you may have a number of rays, each of them insufficient, but all converging and brought to bear upon the same point, and when united, producing a body of illumination which will clear away the darkness which you are endeavouring to dispel.” In other words, circumstantial evidence consists of this: that when you look at all the surrounding circumstances, you find such a series of undesigned, unexpected coincidences that, as a reasonable person, you find your judgment is compelled to one conclusion. If the circumstantial evidence is such as to fall short of that standard, if it does not satisfy that test, if it leaves gaps then it is of no use at all...” [penekanan ditambah] Saya juga telah membuat rujukan kepada kes Gambhir v. State of Maharashtra APR [1982] SC 1157 di mana Misra J, Hakim Mahkamah Agong India (ketika itu) menggariskan prinsip berikut: “The law regarding circumstantial evidence is well-settled. When a case rests upon the circumstantial evidence, such evidence must satisfy three tests: (1) the circumstances from which an inference of guilt is sought to be drawn, must be cogently and firmly established (2) those circumstances should be of a definite tendency unerringly pointing towards guilt of the accused; (3) the circumstances, taken cumulatively, should form a chain so complete that there is no escape from the conclusion that within all human probability the crime was committed by the accused and none else. The circumstantial evidence in order to sustain conviction must be complete and incapable of explanation of any other hypothesis than that of the guilt of the accused. The circumstantial evidence should not only be consistent with the guilt of the accused but should be inconsistent with his innocence.” [penekanan ditambah] Mahkamah akan menilai keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan berkenaan dengan penglibatan OKT-OKT di dalam kes ini untuk melihat samada elemen-elemen untuk pertuduhan ini berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan semua keterangan itu hanya menunjukkan ke satu arah iaitu jenayah ini dilakukan oleh OKT-OKT dan mereka dalam melakukan jenayah ini mempunyai niat bersama. Di dalam kes ini, keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan adalah merata-rata (all over the place). Ianya tidak diikat dengan kemas untuk membentuk satu rantaian membuktikan bahawa si mati mengalami kecederaan yang membawa kepada kematiannya akibat perbuatan OKT 2, 3 dan 4 dan OKT 1 bersubahat melakukannya dengan niat bersama untuk menyebabkan kematian si mati. Nexus yang menghubungkan keterangan-keterangan saksi pendakwaan untuk elemen adalah tindakan OKT 2, 3 dan 4 yang menyebabkan kecederaan yang membawa kepada kematian si mati perlu dibuktikan di Mahkamah wujud dan ini gagal dilakukan oleh pihak pendakwaan. Keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan tidak membentuk nexus untuk membuktikan elemen-elemen bawah Seksyen 302, 109 dan 34 Kanun Keseksaan. VII. KELEMAHAN SIASATAN OLEH PEGAWAI PENYIASAT (SP22) [31] SP5 adalah individu terakhir yang melihat si mati masih hidup pada malam kejadian. SP5 mengesahkan dia melihat si mati cuba memanjat temboh rumah sebelah. Laporan analisis Unit Siasatan Audio Makmal Forensik PDRM (ekshibit P166) mengesahkan pergelutan antara suspek dan si mati tidak ditemui dalam memori kad seperti yang dipohon oleh SP22. Rakaman pergelutan ini penting untuk menentukan bahawa saspek yang bergelut dengan si mati dan mencederakannya adalah OKT 2, 3 dan 4, namun decoder dan kamera litar tertutup itu tidak dikemukakan untuk mengesahkan ketulenan rakaman berdasarkan peranti asal. [32] SP13 mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah disebabkan oleh luka tikaman akibat senjata tajam. Pihak pendakwaan gagal mengemukakan jenis senjata yang digunakan oleh orang yang telah menyerang si mati dan kaitannya dengan OKT 2, 3 dan 4. SP22 gagal menyiasat jenis dan bilangan senjata yang digunakan untuk menyerang si mati berdasarkan kecederaan yang dialami oleh si mati. [33] Didalam kes ini, terdapat seorang saksi awam iaitu SP20 (Adrian) yang merupakan anak saudara kepada OKT 2. Barang-barang yang dikatakan hasil rompakan iaitu beg tangan jenama mewah, barang-barang kemas telah dijumpai dalam simpanan SP20. SP22 tidak mengemukakan sebarang keterangan lanjut mengapa SP20 tidak disiasat dengan lebih lanjut dan sekadar berpuas hati apabila SP20 menunjukkan dimana barang-barang jenama mewah dan barang kemas yang dikatakan dicuri dari rumah OKT 2 disimpan. [34] Di dalam kes ini SP22 sebagai pegawai penyiasat gagal menyiasat nexus antara kesemua OKT 2, 3 dan 4 dalam perbuatan mendatangkan kecederaan atas si mati hingga membawa kepada kematiannya. Siapa orang-orang yang hadir di rumah itu pada malam itu dan kaitan mereka dengan OKT 2. Benar ada rakaman kamera litar tertutup yang didakwa oleh SP12 adalah OKT-OKT tetapi paparan kamera litar tertutup itu tidak jelas dan agak kabur apabila ianya dimainkan di Mahkamah kerana diambil dari memory kad dan tiada perbandingan dibuat pada peranti asal. Mahkamah Rayuan di dalam Mohd Noor bin Ramli lwn Pendakwa Raya [2020] 3 MLJ 386 menegur sikap sambal lewa pegawai penyiasat dalam membuat siasatan khususnya dalam mendapatkan saksi-saksi yang boleh membantu siasatan dan memberi satu gambaran jelas akan pelaku sebenar kesalahan yang dipertuduhkan atas OKT. Kamardin Hashim (HMR) (ketika itu) memutuskan: - “Sekiranya, SP8 menyiasat penama Iskabelah Bin Islahuddin dan Nor Ismara Bt Mohamad isu ini boleh dirungkaikan. Kedua-dua penama itu adalah saksi yang material yang boleh merungkai teras kes pendakwaan bahawa tiada orang lain yang mempunyai ekses ke atas eksh P12 dan eksh P13, melainkan tertuduh sahaja. Kegagalan mengemukakan kedua-dua penama itu menyebabkan berlaku kelompangan di dalam naratif kes pihak pendakwaan. Tanpa keterangan kedua-dua penama itu, pihak pendakwaan tidak boleh exclude penglibatan orang lain bersabit dadah-dadah tersebut. Di dalam keadaan tersebut anggapan bertentangan di bawah s 114(g) Akta Keterangan 1950 perlu dibangkitkan ke atas kes pendakwaan — lihat kes-kes Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] 1 MLJ 105; Public Prosecuto v Lee Pak [1937] MLJ 256; Muharam bin Anson v Public Prosecuto [1981] 1 MLJ 222; Mohd Shamshir bin Md Rashid v Public Prosecuto [2008] 5 MLJ 80. [54] Apa yang jelas, penyiasatan SP8 tidak menyeluruh, khususnya selepas pendedahan SP2 di Mahkamah. Tiada siasatan lanjut dibuat. Tidak keterlaluan jika dikatakan siasatan SP8 adalah secara sambil lewa. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1; [2011] 1 CLJ 805 memberi nasihat berikut: Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. (62) Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s 302 of the PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was responsible to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard.” IV. Dalam mencederakan si mati, OKT-OKT dengan niat untuk mencederakan tubuh badan si mati dan kecederaan pada tubuh badan si mati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian. [35] Elemen ini tidak wujud kerana kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kematian si mati adalah akibat perbuatan OKT 2, 3 dan 4. [36] Mahkamah dalam membuat dapatan diakhir kes pendakwaan merujuk dan berpandu kepada keputusan didalam kes Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16, Hakim Sharma memutuskan: - “…It is the duty of the prosecution to prove the charge against the accused beyond all reasonable doubt and the court is not entitled merely for the sake of joy of asking explanation or the grafitication of knowing what the accused have got to say about the prosecution evidence to rule that there is a case for the accused to answer. The proof of a case against the accused depends for its support not upon the absence or weakness of the explanation on his part but on the positive affirmative evidence of his guilt given by the prosecution. Numerous rules have from time to time been suggested by the courts when dealing with the question of the guilt or innocence of the accused. The following principles are not only sound but well recognised in practice: -
1
The onus of proving everything essential to the establishment of the charge against the accused lies on the prosecution;
2
The evidence must be such as to exclude a moral certainty every reasonable doubt of the guilt of the accused;
3
In matters of doubt it is safer to acquit than to condemn. A conviction cannot be sustained even if the court is satisfied that the prosecution story “may be true” unless and until it is found that the prosecution “must be true”. The burden of proof remains on the prosecution throughout trial. If the learned magistrate was not satisfied with the case of the prosecution, it was his duty to acquit and discharge the accused at the close of the prosecution case. The falsity of the defence does not relieve the prosecution from proving the case beyond reasonable doubt. The burden of proving guilt in a criminal charge is always on the prosecution except in certain cases which we are not concerned here.” E. KESIMPULAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [37] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, dan selepas penilaian maksimum atas keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan saya memutuskan di akhir kes pendakwaan, pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie atas pertuduhan yang dihadapi oleh OKT 2 dan 3 dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dibaca bersama dengan seksyen 34 dan di sebabkan alasan yang sama pertuduhan terhadap OKT 1 di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan juga tidak boleh dipertahankan kerana ianya tidak boleh berdiri sendiri tanpa pertuduhan di bawah Seksyen 302 tersebut dibuktikan terlebih dahulu. Oleh itu, OKT-OKT dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan-pertuduhan ini. Barang-barang kes disimpan selamat oleh pihak pendakwaan hingga tamat tempoh rayuan. Bertarikh 24 April 2026 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Nurul Ashiqin Binti Zulkifli Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor, Aras 11,12 dan 13 Corporate Tower IDCC, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan V. Samy Renu & Co. Peguambela & Peguamcara 22, Jalan Bagor, Taman Petaling Indah, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.