(iv) the injunctive remedy that this Court is asked to administer is discretionary, intended to produce a just result for theperiod between the date of the application and the trial proper and to maintain the status quo. [22] Kuasa untuk memberikan injunksi adalah suatu budi bicara kehakiman dan boleh dirayu. Mahkamah ini telah pun membenarkan suatu Perintah Injunksi Interim melalui permohonan ex parte oleh Plaintif. Dalam pendengaran secara inter parte, kemunculan Defendan melalui afidavit dan dokumennya, membolehkan Mahkamah ini mempertimbangkan mengenai hal keadaan kes ini. Dalam kes Ananda Kumar a/l Krishnan lwn LS Fishery Sdn Bhd dan lain-lain [2023] MLJU 2000, Mahkamah memutuskan seperti berikut: “[31] Apabila timbul keadaan seperti ini, maka afidavit semasa permohonan ex-parte akan dinilai semula oleh Mahkamah. Keadaan ini telah berlaku dan pendekatan ini telah diguna pakai dalam kes Lew Chyi Shen Iwn Md Zin bin Sirat [2017] MLJU 508, di mana mahkamah telah menilai semula afidavit dan memutuskan bahawa − [25] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Responden, A 32 k 6 KKM 2012 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengenepikan suatu perintah yang dibuat secara ex-parte. la wujud di dalam keadaan di mana suatu pihak yang tidak diberi peluang untuk didengar boleh memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan perintah tersebut yang dibuat tanpa kehadirannya. Mahkamah juga boleh bertindak sedemikian jika Mahkamah dapati ketika perintah ex-parte itu diperolehi Pemohon telah gagal untuk mendedahkan kesemua fakta yang material berkaitan dengan permohonan tersebut dengan jujur dan berterus terang, Metroplex Berhad v Pantai Towers Management Corporation [2011] MLJU 1482, Castle Inn Sdn Bhd v Bumiputra - Commerce Bank Berhad [2007] 5 MLJ 593.” (penekanan diberikan). Mahkamah ini berpendapat bahawa berdasarkan faktor balance of convenience, that in order to carry the lower risk of injustice, Perintah Injunksi Interim tidak perlu diteruskan terhadap Defendan sementara pelupusan keseluruhan tindakan melalui perbicaraan kelak. Tiada apa-apa kemudaratan lanjut dan jika pun ada kemudaratan vide kerugian yang akan dialami oleh Plaintif jika Perintah Injunksi Interim ini tidak diteruskan, kerugian tersebut boleh dinilai dan ditaksirkan melalui ganti rugi kewangan selepas selesai perbicaraan penuh. Berbanding dengan Defendan dan syarikatnya iaitu New Three Three yang mengusahakan perniagaan hotel di premis-premis tersebut, Perintah Injunksi Interim mendatangkan kemudaratan dan kesusahan lebih serius kepada Defendan. Kesimpulan [23] Berdasarkan analisa yang dinyatakan di atas, adalah menjadi penghakiman saya selepas menilai keterangan yang ada, permohonan Plaintif untuk mendapatkan suatu perintah injunksi interim menghalang Defendan adalah permohonan yang gagal memenuhi ujian yang ditetapkan sebagaimana keputusan kes oleh Mahkamah atasan. Kepentingan Plaintif tidak perlu dilindungi melalui Perintah Injunksi Interim dan keadilan juga perlu diberikan kepada Defendan. [24] Pendengaran secara inter-parte dan perbicaraan penuh dapat merungkaikan pertikaian pihak-pihak mengenai keseluruhan tuntutan melalui suatu perbicaraan penuh. [25] Keputusan Mahkamah yang membenarkan Perintah Injunksi Interim diketepikan dan/atau dibatalkan adalah adil, wajar dan munasabah. Bertarikh: 5 Disember 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: En. Krishnasamy Bhaktavatsalu Tetuan Krishnasamy Bhakta & Associates, Klang Bagi Pihak Defendan: Dato’ Nagarajan A/L Periasamy bersama-sama dengannya Pn. Vinoshni A/P Narayanasamy Tetuan Nagarajan Peri & Co., Kajang