Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-45A-6-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MR. ALWA NADO (NO. PASPORT: AA0477111) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
RA-45A-6-04/2022
High Court of Malaysia5 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“1976, His Lordship Hashim Yeop A. Sani, J (as he then was) inPP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102, in a landmark judgment, after tracing the series of legislative amendments to the Dangerous Drugs Ordinance, 1952 enhancing the penalties prescribed therein, remarked that: "It is common sense to say tha”
“reated as a mitigating factor since it saves judicial time in conducting a lengthy trial but it also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Melvani v. Public Prosecutor [1971] CLJU 78; [1971] 1 LNS 78; [1971] 1 MLJ 137, Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [”
“rial but it also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Melvani v. Public Prosecutor [1971] CLJU 78; [1971] 1 LNS 78; [1971] 1 MLJ 137, Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ **Note : Serial number will be used to verify”
“notice of the prevalence of this category of offences until today without any signs of abatement [17] As far back as 1976, His Lordship Hashim Yeop A. Sani, J (as he then was) inPP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102, in a landmark judgment, after tracing the series of legislative amendments to the Dang”
“1 LNS 158; [1975] 2 MLJ S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 134, Loh Hock Seng & Anor v. Public Prosecutor [1979] CLJU 48; [1979] 1 LNS 48; [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v. Leo Say & 2 Ors [1985] 2 CLJ 155, Mohamed Abdullah”
“14. Dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJ 77; [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 dMahkamah Rayuan telah mengulas berkenaan keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah dengan menyatakan seperti berikut: “The Government and the”
“14. Dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJ 77; [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 dMahkamah Rayuan telah mengulas berkenaan keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah dengan menyatakan seperti berikut: “The Government and the legislature have”
“offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the Courts must be realistic and rational." [See also Union of India v. Kuldeep Singh AIR [2004] SC 827]" Analisis dan dapatan mahkamah”
“rtiga) kerana menjimatkan masa dan kos mahkamah (rujuk; PP v. Jesicca Lim Lu Ping & Anor [2004] 2 CLJ 763, PP v. Vijayakumar Kumara Guru & Anor [2012] 7 CLJ 862 dan PP lwn. Mohd Shabudin Mohamad Saad [2022] CLJU 2530). S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docum”
“stilah mengikut undang-undang, iaitu dalam lingkungan peruntukan seksyen yang boleh dihukum dan dinilai serta dijatuhkan mengikut prinsip kehakiman yang mantap (rujuk; PP v. Rajinder Singh Atma Singh [2025] CLJU 223.). S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docum”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS PERBICARAAN JENAYAH NO: RA-45A-6-04/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MR. ALWA NADO (NO. PASPORT: AA0477111) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
1
Tertuduh pada asalnya telah dituduh bagi 2 kesalahan pengedaran dadah di bawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Perbicaraan telah bermula dan pihak Pendakwa Raya (PR) telah memanggil seramai 2 orang saksi. S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ
2
Namun sebaik saksi kedua selesai memberi keterangan, peguam tertuduh telah memohon untuk mengemukakan satu representasi kepada pihak PR. Hasilnya, pihak PR bersetuju untuk menawarkan pertuduhan pilihan seperti berikut: Pertuduhan Pilihan bagi Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 17 Ogos 2021, jam lebih kurang 2.45 petang, di sebuah rumah beralamat No. 2, Lorong 1, Jalan Kolam, Kampung Kolam Padang Besar, di dalam daerah Padang Besar, di dalam negeri Perlis telah memiliki dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 1470.6 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama". Pertuduhan Pilihan bagi Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 17 Ogos 2021, jam lebih kurang 2.45 petang, di sebuah rumah beralamat No. 2, Lorong 1, Jalan Kolam, Kampung Kolam Padang Besar, di dalam daerah Padang Besar, di dalam negeri Perlis telah memiliki dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 1888 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama"
3
Kedua-dua pertuduhan pilihan tersebut telah dibacakan serta diterangkan kepada tertuduh. Tertuduh yang mengakui memahami kedua-dua pertuduhan pilihan tersebut telah memilih untuk mengaku S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ salah. Tertuduh telah diterangkan sifat serta akibat pengakuan salahnya dan tertuduh mengakui memahaminya.
4
Selanjutnya mahkamah telah meneruskan prosiding pengakuan salah dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman seperti berikut: a) bagi pertuduhan pilihan bagi pertuduhan pertama di P44, tertuduh dihukum penjara selama 14 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan; dan b) bagi pertuduhan pilihan bagi pertuduhan kedua di P45, tertuduh dihukum penjara selama 12 tahun dari tarikh tangkap dan 10 sebatan.
5
Tertuduh tidak berpuashati terhadap hukuman tersebut dan kini memfailkan rayuan Fakta kes
6
Pihak PR telah mengemukakan Fakta Kes sepertimana di P46 seperti berikut: a) pada 17/08/2021 pada pukul lebih kurang 2.45 petang, bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah, pengadu iaitu Inspektor G/23804 Mohd Saiful Hazlee bin Mohd Lazzim dan pasukannya telah sampai di sebuah rumah beralamat No. 2, Lorong 1, Jalan Kolam, Kg Kolam Padang Besar (U), 02100 Padang Besar Perlis (rumah tersebut); S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ b) semasa sampai di kawasan rumah tersebut, pengadu dan pasukannya ternampak seorang lelaki warganegara Thailand iaitu tertuduh dan seorang lelaki Cina bernama Lai Ken Fung sedang berdiri di hadapan rumah dalam keadaan mencurigakan. Pengadu dan pasukannya telah ke tempat di mana kedua-dua lelaki tersebut berada dan pengadu telah memperkenalkan diri sebagai polis. Pemeriksaan fizikal telah dilakukan ke atas kedua-dua mereka namun tidak menjumpai apa-apa barang salah; c) seterusnya pengadu membuat tangkapan ke atas mereka. Pengadu kemudiannya telah membaca kata-kata amaran di bawah seksyen 37A(1)(b) Akta 234 terhadap mereka. Pengadu telah terangkan maksud kata-kata amaran tersebut dalam bahasa yang mudah difahami oleh kedua-dua mereka dan seterusnya pengadu bertanya sama ada mereka ada menyimpan apa-apa barang salah; d) hasilnya, pengadu dan pasukannya telah dipandu arah oleh tertuduh ke sebelah kiri rumah dan tertuduh telah menuding jari telunjuk tangan kanan ke satu tempat di atas tanah berhampiran dinding rumah tersebut. Tempat yang ditunjukkan berada di bawah satu zink berwarna merah dan terdapat kesan tanah ditimbus. Terdapat juga satu penyodok berhampiran tempat tersebut; e) dengan disaksikan oleh kedua-dua tangkapan, pengadu dibantu beberapa anggota pasukannya telah menggali tempat tanah yang ditunjukkan oleh tertuduh menggunakan S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ penyodok yang berada berdekatan dan pengadu telah menjumpai barang-barang seperti berikut: i. 1 beg kain berwarna merah jambu berjenama Wah Chan yang berikat tangkainya; dan ii. dalam beg kain merah jambu ini, pengadu mendapati ada 1 bungkusan beg plastik merah. Pengadu buka dan mendapati ada pula 1 bungkusan plastik berwarna putih bersaloptape hitam. Pengadu buka pula bungkusan plastik putih ini dan mendapati di dalamnya ada 2 bungkusan plastik merah dan 1 bungkusan plastik kuning; iii. pemeriksaan dalam 2 bungkusan plastik merah mendapati setiap satunya mengandungi 1 bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi 1 peket plastik warna hijau bertulis antaranya ZH555 yang mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu; dan iv. pemeriksaan dalam 1 bungkusan plastik berwarna kuning pula mendapati di dalamnya ada 2 ketulan mampat dibaluti plastik yang saya syaki dadah ganja. f) kedua-dua tangkapan kemudiannya ditahan dan barang-barang kes telah dirampas dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Padang Besar untuk tindakan selanjutya; S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ g) hasil analisis barang-barang rampasan dadah oleh Jabatan Kimia Malaysia mendapati seperti berikut: i. bahan ketulan kristal di dalam 2 peket plastik yang mempunyai tulisan antaranya ZH555 disahkan sebagai dadah jenis methamphetamine seberat 1470.6 gram; dan ii. bahan di dalam 2 ketulan mampat yang dibaluti plastik disahkan sebagai dadah cannabis seberat 1888 gram. h) siasatan mendapati rumah tempat kejadian dihuni oleh tertuduh, bapa mentuanya, ibu mentuanya, adik iparnya (perempuan), isterinya serta anaknya yang baru berusia 2 bulan. Bapa mentua, ibu mentua, adik ipar serta isteri tertuduh menafikan memiliki dadah-dadah tersebut, malah menafikan mengetahui tentang dadah-dadah tersebut. Malah, keterangan isteri tertuduh bernama Ummi Natasha binti Abdullah menyatakan beberapa hari sebelum kejadian, tertuduh ada berpesan kepadanya supaya jangan sekali-kali pergi ke bahagian luar rumah di mana dadah-dadah dijumpai oleh pengadu. Apabila ditanya oleh isterinya mengapa tidak boleh pergi ke situ, tertuduh telah memarahi isterinya dan menyatakan jangan banyak bertanya lagi; dan i) Lai Ken Fung pula dalam keterangannya menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang dadah-dadah tersebut dan keberadaan beliau di situ ketika serbuan oleh pengadu S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ adalah untuk datang bersembang dengan tertuduh yang merupakan rakannya.
7
Tertuduh mengakui fakta kes yang dikemukakan ini dan mengakui barang-barang kes yang dikemukakan ke mahkamah oleh pihak PR. Hujahan pihak-pihak
8
Peguam tertuduh telah merayu hukuman yang setimpal dikenakan dengan mengemukakan faktor-faktor mitigasi seperti berikut : a) tertuduh lahir pada tahun 1988 dan kini berusia 38 tahun; b) semasa kejadian OKT berumur 33 tahun dan bekerja sendiri sebagai peniaga kedai makan dengan pendapatan sebanyak RM70.00 sehari; c) tertuduh semasa ditangkap telah berkahwin namun kini telah bercerai. Hasil perkahwinan, tertuduh memperolehi seorang anak lelaki yang kini berumur 5 tahun dan dijaga oleh emak saudaranya memandangkan bekas isteri telah berkahwin semula; d) ayah tertuduh yang tinggal di Thailand telah meninggal dunia pada tahuan 2024 semasa tertuduh dalam tahanan reman akibat kemalangan manakala ibunya telah meninggal dunia sebelum tertuduh ditangkap; S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ e) sebelum ditangkap, tertuduh menjadi penanggung kepada arwah ayahnya; f) tertuduh pada setiap masa memberi kerjasama kepada polis dan ini dapat dilihat dari keterangan SP2 dan semasa siasatan, tertuduh turut berkerjasama dengan pihak polis; g) tiada sebarang unsur kekerasan dilakukan oleh tertuduh semasa serbuan dan semasa ditangkap; h) sejak awal kes representasi telah dikemukakan namun ditolak. Namun pada kali ini sebaik ditawarkan, tertuduh terus memilih untuk mengaku salah; i) ini menjimatkan masa serta kos semua pihak dan menunjukkan bahawa tertuduh telah insaf dan bertanggungjawab; dan j) tertuduh berhadapan dengan hukuman sebatan yang tinggi dan oleh itu pohon hukuman pemenjaraan diringankan. Ini kerana tertuduh berhasrat utk kembali ke pangkuan keluarga dan menjaga anaknya.
9
Tuan TPR dalam hujahan pemberatan hukuman telah menekankan kepentingan awam yang perlu diimbangi dengan kepentingan tertuduh. Mengambilkira berat dadah yang tinggi dan tertuduh adalah warganegara Thailand, ia menuntut mahkamah ini mengenakan hukuman yang adil dan setimpal. S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ
10
Perhatian mahkamah telah dibawa ke atas keputusan kes Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwaraya lwn. Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 5 MLJ 265 yang telah menegaskan bahawa kesalahan berkait dadah ini adalah satu kesalahan yang serius dan wajar dikenakan hukuman yang berat. Mahkamah Rayuan menyatakan; “[16] We note that over the past decades the superior Courts have time and again emphasised the importance of passing deterrent sentences for drug offenders in view of the public interest element and the need to protect society from these offenders. We take judicial notice of the prevalence of this category of offences until today without any signs of abatement [17] As far back as 1976, His Lordship Hashim Yeop A. Sani, J (as he then was) inPP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102, in a landmark judgment, after tracing the series of legislative amendments to the Dangerous Drugs Ordinance, 1952 enhancing the penalties prescribed therein, remarked that: "It is common sense to say that behind these legislative exercises was the government's realisation albeit gradual, of the problem of drug abuse in this country, the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself. The amendments passed by Parliament therefore reflect the public policy. It must be presumed that behind the public policy is the consideration of public interest S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem. In my view the Courts will not be performing their functions honestly if the seriousness of the situation is not reflected in the sentence imposed or if the sentence appears to defeat the object of the statute. This is not saying that the Courts in the treatment of drug offences should at all times be severe. Each case has to be determined on its own merits. But in every case the Courts must be realistic and rational." [See also Union of India v. Kuldeep Singh AIR [2004] SC 827]" Analisis dan dapatan mahkamah
11
Secara amnya, hukuman bertujuan untuk menghukum pesalah dan mencegah jenayah daripada berulang, sama ada oleh pesalah itu sendiri atau orang lain. Hukuman juga harus mencerminkan rasa jijik masyarakat terhadap jenis jenayah tertentu.
12
Mahkamah mempunyai budi bicara yang fleksibel dan bebas untuk menentukan tempoh pemenjaraan, yang perlu dilaksanakan secara adil dan berhati-hati. Yang pasti, hukuman yang dijatuhkan mestilah mengikut undang-undang, iaitu dalam lingkungan peruntukan seksyen yang boleh dihukum dan dinilai serta dijatuhkan mengikut prinsip kehakiman yang mantap (rujuk; PP v. Rajinder Singh Atma Singh [2025] CLJU 223.). S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ
13
Penyalahgunaan dadah berbahaya adalah masalah serius yang mengancam masyarakat dan membawa kepada jenayah lain seperti kecurian, rompakan, dan rogol. Oleh itu, hukuman yang hendak dijatuhkan mestilah memberi cerminan kejelikan mahkamah serta masyarakat ke atas jenayah dadah.
14
Dalam kes Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJ 77; [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 dMahkamah Rayuan telah mengulas berkenaan keseriusan kes-kes melibatkan jenayah dadah dengan menyatakan seperti berikut: “The Government and the legislature have taken very serious views in the abuse of usage of dangerous drugs. Drug addictions are rampant and the Government as well as the legislature have tried to curb these addictions especially amongst youths but met with little success. Death sentences and heavy penalties have been introduced but we find drug addicts everywhere. The addiction to drugs have led to other offences such as thefts, burglary and snatch thefts. Some of these offences lead to serious consequences....The seriousness of the offences on drugs have been made known since the seventies. Eminent judges have expressed this in so many cases."
15
Manakala dalam kes Pendakwa Raya v. Abdul Halim Ishak & satu Lagi [2013] 9 CLJ 559, Mahkamah Rayuan telah menekankan mengenai kesalahan berkaitan dadah berbahaya seperti berikut: “[21] Tidak dapat dipertikaikan bahawa kesalahan yang berkaitan denqan dadah adalah merupakan satu kesalahan yang serius yang boleh mengancam keselamatan dan S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ ketenteraman negara serta kesihatan umum. Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Justeru, jika Mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kepada satu kesalahan yang ditetapkan melalui Parlimen sebagai serius, sudah tentu perlindungan sewajarnya tidak dapat diberikan kepada orang ramai. Dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP (supra) mahkamah menegaskan: The severity of sentence can only be to reflect Parliament's intention that conviction for being in possession of a large amount of any form of prohibited drugs must commensurate with the sentence to be passed on the peculiar facts of each case”.
16
Dalam apa jua keadaaan, mahkamah masih perlu memberi pertimbangan serta mengimbanginya dengan faktor-faktor yang menyebelahi tertuduh. Ia perlu diimbangi dengan adil dan saksama agar budi bicara mahkamah dilaksanakan dengan berhemah.
17
Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Kamaruzaman bin Mahmud & Anor [2006] 4 CLJ 792; [2007] 1 MLJ 750 di mana Hakim VT Singham HMT menyatakan seperti berikut: “[68] Ordinarily a plea of guilty has been treated as a mitigating factor since it saves judicial time in conducting a lengthy trial but it also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Melvani v. Public Prosecutor [1971] CLJU 78; [1971] 1 LNS 78; [1971] 1 MLJ 137, Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] CLJU 158; [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ 134, Loh Hock Seng & Anor v. Public Prosecutor [1979] CLJU 48; [1979] 1 LNS 48; [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v. Leo Say & 2 Ors [1985] 2 CLJ 155, Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 209; [1988] 1 MLJ 167, Public Prosecutor v. Ravindran a/l N Rethinam & 5 Ors [1992] 4 CLJ 2043, Tan Lay Chen v. Public Prosecutor [2000] 4 CLJ 492; [2001] 1 MLJ 135), The court has recognized that a plea of guilty is ordinarily a consideration to be taken into account in mitigation of punishment but it must be made clear that it is not the law that a sentencing judge must exercise a discretion to provide a non-custodial sentence in every case of plea of guilty as each case is dealt with on its own individual merits and should not be assumed mechanically Lhal it will be spared the custodial sentence. A plea advanced on counsel's advise late in the day because a conviction is almost inevitable, will be given less weight than one advanced from arrest or committal, on the first day he is charged in court to save witnesses from the trauma of a trial or to reduce court delays, (see R Lawrence [1980] 1 NSWLR 122,) Laurentiu [1992] 63 A Crim R 402)."
18
Tertuduh telah mengaku salah ke atas pertuduhan pilihan sebaik sahaja ianya ditawarkan kepadanya. Secara amnya, pengakuan bersalah boleh memberikan diskaun atau pengurangan hukuman (antara satu perempat hingga satu pertiga) kerana menjimatkan masa dan kos mahkamah (rujuk; PP v. Jesicca Lim Lu Ping & Anor [2004] 2 CLJ 763, PP v. Vijayakumar Kumara Guru & Anor [2012] 7 CLJ 862 dan PP lwn. Mohd Shabudin Mohamad Saad [2022] CLJU 2530). S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ
19
Pengakuan salah tertuduh menunjukkan baahwa tertuduh sanggup bertanggungjawab ke atas perbuatan salah yang telah dilakukannya, Tertuduh melalui tindakannya mengemukakan representasi dan melalui hujahan peringanan hukuman, menampakkan keinsafan dan berhasrat untuk meneruskan kehidupan selepas menjalani hukuman. Apa yang telah berlaku dalam kehidupannya seperti perceraian, bapa yang meninggal dunia serta anak yang perlu dijaga oleh orang lain, membangkitkan hasrat tertuduh untuk kembali ke pangkuan keluarga dan meneruskan kehidupannya.
20
Namun mahkamah perlu mengimbangi hujahan peguam dengan berhati-hati memandangkan jumlah dadah yang terbabit dalam kes ini adalah berat. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh mahkamah ini. Jumlah dadah yang tinggi ini jika terlepas ke masyarakat, tentunya akan mengakibatkan kesan yang sangat buruk.
21
Perkara ini perlu diambil perhatian oleh mahkamah sepertimana yang telah dibincangkan dalam kes PP v. Hairul Din Zainal Abidin [2001] 6 CLJ 480, di mana Hakim Augustine Paul HMT (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut; “It has been held that the weight of the drugs found on a person plays a significant role in assessing the appropriate sentence (see Zaidon Shariff v. PP[1996] 4 CLJ 441. In this regard I refer to PP v. Tia Ah Leng[2000] 5 CLJ 614; [2000] 5 MLJ 401 where I had the occasion to say at p. 412: As the penalties for drug offences under the Act vary dependent on the weight of drugs involved the imposition of the maximum sentence in a particular case will be guided by the weight though S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ it cannot be the yardstick in all cases. In saying this I refer to R v. Laurentiu and Bechru [1992] 63 A Crim R 402 where Wood J observed that it is not entirely appropriate to place too much emphasis on the precise quantity of the drug involved, because in some cases the possession relates to that of an intermediary or principal in the course of an enterprise that is judged particularly criminal, whereas in other cases the possession may be that of the end user. Be that as it may, I must immediately observe that these mitigating circumstances may be displaced in a particular case where the quantity of drugs involved is large. This is because quantity can in fact supply evidence of motive (personal need versus greed), degree of involvement, and potential for damage to community as well as being an indicator of the gravity of the offence (see Sentencing: State and Federal Law in Australia 2nd Ed by Fox and Freiberg p 1009). A claim of possession for mere personal consumption may also be not sustainable if the street value of the drugs is disproportionate to the financial standing of an accused. The mitigating effect of merely being an intermediary may also be weakened if the quantity of drugs is large thereby indicating active involvement in the enterprise. The absence of any of these circumstances in favour of an accused would be an indication of his heinous intention and thereby militate against innocent possession with the result that the imposition of the maximum sentence may be justified.”
22
Di samping itu, fakta kes menunjukkan dadah tersebut disembunyikan dengan cara ditimbus di satu kawasan di luar rumah. Ia menunjukkan tindak tanduk tertuduh yang bersusah payah S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ menyembunyikan dadah tersebut dari pengetahuan orang lain. Lebih serius, rumah di mana dadah ditemui adalah merupakan rumah yang didiami oleh keluarganya termasuk bapa mentua, ibu mentua, isteri serta ipar duainya.
23
Mahkamah turut mendapati bahawa tertuduh adalah merupakan seorang warganegara Thailand yang menetap mencari rezeki di negara ini. Sewajarnya sebagai seorang warganegara asing, tertuduh lebih menghormati undang-undang negara ini. Tindakan tertuduh memiliki dadah sebegitu banyak menunjukkan sikap tertuduh yang tidak peduli berkaitan undang-undang negara kita. Ini menjadi faktor penting agar hukuman yang dikenakan adalah setimpal dan wajar.
24
Berdasarkan faktor-faktor yang dikemukakan dan pertimbangan mahkamah ke atas keseluruhan kes, mahkamah berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah adil dan munasabah. S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ Bertarikh: 17hb. Julai, 2026 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kangar, Perlis. S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : TPR Mohd Hadi Hakimi Bin Harun Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Aras 3, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar Perlis Bagi Pihak Perayu : Encik Mohamad Nizan Bin Azdahari Peguam Lantikan Mahkamah Tetuan Dasuki & Co No. 44-A, Tingkat 1 Jalan PSK Satu, Simpang Kuala Lebuhraya Sultan Abdul Halim 05400 Alor Setar Kedah Tarikh Keputusan : 05hb Jun, 2026 S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ Undang-Undang Yang Dirujuk : Akta Dadah Berbahaya 1952 Kes-Kes Yang Dirujuk : Pendakwaraya lwn. Saifulzainizam Mat Nasir [2021] 5 MLJ 265 PP v. Rajinder Singh Atma Singh [2025] CLJU 223 Tia Ah Leng v. Public Prosecutor [2004] CLJ 77; [2004] CLJU 252; [2004] 1 LNS 252; [2004] 4 MLJ 249 Pendakwa Raya v. Abdul Halim Ishak & satu Lagi [2013] 9 CLJ 559 Public Prosecutor v. Kamaruzaman bin Mahmud & Anor [2006] 4 CLJ 792; [2007] 1 MLJ 750 PP v. Jesicca Lim Lu Ping & Anor [2004] 2 CLJ 763, PP v. Vijayakumar Kumara Guru & Anor [2012] 7 CLJ 862 PP lwn. Mohd Shabudin Mohamad Saad [2022] CLJU 2530 PP v. Hairul Din Zainal Abidin [2001] 6 CLJ 480 S/N owSTJ1frECam4jzKrwaeQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.