Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCC-1-06/2022 ANTARA MRMS SDN BHD PLAINTIF
BL-24NCC-1-06/2022
High Court of Malaysia15 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCC-1-06/2022 ANTARA MRMS SDN BHD PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
TEE SUI YANG DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Ini adalah permohonan oleh Plaintif untuk perintah-perintah berikut: -
1
satu deklarasi bahawa Defendan Ke - 2 (“D2”) sedang mengendalikan hal ehwal Defendan Pertama (“D1”) dan/atau menjalankan kuasa mereka sebagai Pengarah D1 dalam cara yang menindaas, diskriminasi, prejudis kepada Plaintif dan/atau mengenepikan kepentingan Plaintif; S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw
2
satu deklarasi bahawa Defendan Ke - 3 (“D3”) telah membantu mempromosikan dan/atau menghasut D2 untuk mengendalikan hak ehwal D1 dan/atau menjalankan kuasa beliau sebagai pengarah D1 dalam cara yang menindas, diskriminasi, prejudis kepada Plaintif dan/atau mengenepikan kepentingan Plaintif;
3
satu deklarasi bahawa D2 bertindak melanggar tugas fidusiari sebagai pengarah D1;
4
satu perintah bahawa D2 menzahirkan dibawah sumpah melalui akuan sumpah butir-butir penuh dan dokumen-dokumen relevan berkenaan semua perniagaan (yang bersaing dengan LMTD Space Sdn Bhd) yang dilaksanakan oleh D2 samada melalui Limited Space Studio pada 2018 termasuk dan tidak terhad kepada invois-invois, rekod jualan, akaun-akaun, pesanan-pesanan pembelian, resit, kontrak-kontrak, rekod-rekod pelanggan dan dokumen-dokumen lain;
5
satu perintah bahawa seorang juruakaun atau juruaudit bebas yang dinamakan oleh Plaintif dilantik dengan kos D2 dan/atau D3 untuk mentafsir keuntungan yang dijana oleh D2 daripada perniagaan yang dizahirkan menurut permohonan ini dan selepas itu menyediakan satu laporan bertulis; S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw
6
satu perintah bahawa seorang juruakaun atau juruaudit bebas yang dilantik dipermohonan ini diberi akses sepenuhnya kepada maklumat relevan berkenaan LMTD Space Sdn Bhd dan Limited Space Studio;
7
satu perintah bahawa dalam masa 7 hari daripada tarikh perintah ini, D2 menyebabkan satu akaun perbankan LMTD Space Sdn Bhd dibuka menurut Perjanjian Pemegang-pemegang Syer bertarikh 11.11.2020;
8
satu perintah bahawa D2 membayar keuntungan seperti yang ditafsirkan diatas ke akaun perbankan tersebut;
9
satu perintah bahawa selepas penyelesaian permohonan ini, D2 dan/atau D3 membeli semua syer yang dipegang oleh Plaintif pada nilai yang ditentukan oleh penilai bebas yang dicadangkan oleh Plaintif;
10
satu perintah bahawa kos untuk melantik penilai bebas dibayar oleh D2 dan/atau D3;
11
satu perintah bahawa penilai bebas yang dilantik dibawah permohonan ini diberikan akses sepenuhnya kepada maklumat S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw relevan berkenaan D1 yang akan memberikan kesan penuh kepada nilai-nilai syer;
12
Secara alternatifnya, D1 digulungkan;
13
Suatu perintah bahawa D2 dihalang daripada menggunakan apa-apa asset D1 untuk membela tindakan ini dan dikehendaki untuk membayar balik D1 aset-aset yang digunakan untuk membela guaman ini, sekiranya ada;
14
Kos prosiding ini ditanggung oleh D2 dan/atau D3 pada dasar ‘indemnity’ penuh. A. ALASAN PERMOHONAN [2] D1 telah diperbadankan bawah Akta Syarikat 2016 pada 20.2.2020. Plaintif adalah pemegang saham minority dan memegang 1,200 saham biasa syarikat mewakili 40% daripada modal saham terbitan dan berbayar syarikat. D2 adalah pengarah dan pemegang saham majoriti syarikat dimana dia memegang 1,800 saham biasa D1 yang mewakili 60% daripada modal saham terbitan dan berbayar syarikat. Aktiviti utama perniagaan D1 adalah produksi videografi, fotografi, penyiaran langsung, animasi dan lain-lain perkhidmatan berkaitan. D2 adalah pengarah tunggal D1. S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw [3] Plaintif adalah syarikat yang ditubuhkan pada sekitar 2016 dan mempunyai pelanggan-pelanggan seperti Google, Huawei, Oppo, OnePlus, Realme, Digi, Shopee dan lain-lain. Pada tahun 2018, D2 telah mendekati Plaintif menyatakan hasrat ingin menceburi bidang berkaitan videografi, fotografi, penyiaran langsung dan animasi. Pada masa sama, D2 memaklumkan bahawa dia memerlukan pembiayaan dan pelangan-pelanggan untuk memulakan produksinya. Plaintif bersetuju untuk memenuhi keinginan D2 dan kedua-pihak bersetuju untuk bekerjasama dan menubuhkan satu perniagaan usahasama dengan memfaatkan pelanggan-pelanggan sedia ada, sumber kewangan dan pengalaman Plaintif. [4] Seterusnya pada 2018, D2 dan wakil Plaintif (Tee Sui Yang) telah membentuk satu perkongsian yang dikenali sebagai ‘Limited Space Studio’ (“LSS”). Pada ketika itu Tee Sui Yang adalah pengarah dan pemegang saham Plaintif. Walaubagaimanapun dia meninggalkan Plaintif kerana perbezaan pendapat dengan pemegang-pemegang saham Plaintif yang lain. S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw [5] Pada setiap masa material, terdapat persefahaman antara pihak-pihak bahawa mereka akan bersama-sama menyumbang kepada LSS dan akan berkongsi keuntungan. Plaintif akan menyumbang dalam bentuk pembiayaan, pembangunan perniagaan dan penyaluran peluang perniagaan manakala D2 bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja yang disalurkan oleh Plaintif kepada usahasama tersebut. Plaintif juga membenarkan LSS beroperasi dari premis yang disewa oleh Plaintif dengan jumlah sewa yang bersubsidi bagi memastikan usahasama ini dapat mencapai keuntungan dengan kadar segera dengan perbelanjaan yang minimum. [6] Sejak hari pertama LSS wujud, antara persefahaman bersama antara Plaintif dan D2 adalah: -
i
Plaintif dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal kewangan LSS tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mempunyai akses dan kawalan atau akaun perbankan;
II
(ii) Plaintif berhak untuk berkongsi keuntungan LSS tersebut melalui dividen; dan
III
(iii) Plaintif berhak mendapat akses kepada semua maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal LSS. S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw [7] Hasil kerjasama Plaintif dan D2, perniagaan LSS berkembang maju dan mengumpul muhibah yang besar dalam masa singkat iaitu dari 2018 hingga 2019. Dalam tempoh tersebut juga, D2 memperolehi pengalaman, kemahiran dalam bidang perniagaan. Plaintif memainkan peranan penting dalam penubuhan dan kejayaan LSS. [8] Pada tahun 2020, bagi mengembangkan LSS, Plaintif dan D2 bersetuju untuk membentuk sebuah syarikat dan pihak-pihak bersetuju bahawa semua perniagaan dan asset usahasama itu dipindahkan kepada syarikat (D1) dan LSS akan ditutup kerana pihak-pihak akan menumpukan perhatian kepada D1. Akhirnya, D1 ditubuhkan. D1 juga berkongsi setiausaha syarikat yang sama dengan Plaintif iaitu Mooi Qing Zi dan mempunyai alamat berdaftar yang sama dengan Plaintif. [9] Bagi tujuan mengawal selia hak dan tanggungjawab semua pihak iaitu D1, Plaintif dan D2, suatu perjanjian pemegang-pemegang saham bertarikh 11.11.2020 ditandatangani. Antara terma-terma penting perjanjian ini adalah: -
i
Klausa 7.1 (Dividen) - Dividen hendaklah diisytiharkan setiap 6 bulan dalam satu tahun kewangan dengan aliran tunai minimum RFM 25,000.00 untuk disimpan dalam akaun bank S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw syarikat dan pemegang saham serta pengarah mesti berpuas hati bahawa D1 adalah solven selepas pembahagian dividen;
II
(ii) Klausa 7.4 (Akaun Bank) - pihak-pihak hendaklah membuka akaun D1 dalam tempoh 10 hari perniagaan dari tarikh perjanjian ini dan akaun bank tersebut hendaklah dikendalikan secara bersama oleh wakil-wakil yang dilantik oleh D2 dan Plaintif;
III
(iii) Klausa 12.1 (Tidak meminta (non-solicitation) dan tidak bersaing (non-competition) - D2 tidak boleh bekerja, menumpukan sepenuh masa atau terlibat dalam perlaksanaan apa-apa perniagaan; dan menjalankan atau terlibat atau mengambil bahagian atau berkepentingan dalam sebarang perniagaan dan/atau aktiviti yang bersaing secara langsung dengan perniagaan D1. [10] Menurut Perjanjian Pemegang Saham itu, D2 diamanahkan dengan kuasa yang luas dan eksklusif untuk menguruskan hal ehwal D1. Walaubagaimanapun, D2 telah bertindak sesuka hati dalam menguruskan syarikat tanpa mengambil kira kepentingan Plaintif dan telah bertindak memprejudiskan Plaintif. D2 telah melanggar kewajipan fidusiarinya dan/atau Perjanjian Pemegang Saham dengan terlibat dengan aktiviti perniagaan yang bersaing dengan S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw perniagaan D1. D2 terlibat dengan beberapa iklan yang disiarkan dalam Facebook dan Google Drive yang mana ianya bertentangan dengan Perjanjian Pemegang Saham dan/atau melanggar kewajipan fidusiarinya terhadap syarikat. [11] Pada Jun 2021, D2 tidak memindahkan asset dan perniagaan LSS kepada D1. Dia hanya membubarkan LSS dan menarik diri tetapi meninggalkan Tee Sui Yang sebagai pemilik tunggal LSS. Plaintif mendakwa ini adalah langkah yang disengajakan untuk membolehkan D2 berkerjasama dengan Tee Sui Yang menggunakan dana LSS yang sepatutnya dipindahkan kepada D1. Adalah dalam pengetahuan D2 bahawa Tee Sui Yang tidak lagi mewakili kepentingan Plaintif sejak 26.11.2020 apabila dia melupuskan pegangan sahamnya dalam Plaintif. [12] Sejak penubuhan D1, D2 telah bertindak dengan cara yang legap dan enggan mendedahkan kepada Plaintif maklumat berkaitan perniagaan dan hal ehwal kewangan D1. D2 enggan membuka akaun perbankan D1 dan dengan itu dapat mengelak dari mendepositkan hasil perniagaan ke akaun D1. Menurut perjanjian pemegang saham, pihak-pihak hendaklah bersama-sama untuk membuka akaun perbankan dengan institusi kewangan dalam S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw tempoh 10 hari bekerja dari tarikh perjanjian penjualan saham dengan persefahaman bahawa akaun bank tersebut akan dikendalikan secara bersama oleh wakil yang akan dilantik oleh D2 dan wakil yang dilantik oleh Plaintif. Tujuan utama pembukaan akaun ini, adalah untuk menyediakan mekanisme semak dan imbang dimana Plaintif dapat mengakses maklumat kewangan D1 dan untuk mengelakkan penyalahgunaan dana D1. [13] D2 masih mengelak untuk membuka akaun D1. Sekitar 2021, ianya diketahui oleh Plaintif bahawa D2 telah mengendalikan usahasama itu dengan menggunakan dana D1 untuk membayar tadbir urus D1 termasuk gaji pekerja dan untuk pihak ketiga. Ini bertentangan dengan persefahaman bersama pihak-pihak bahawa selepas penubuhan D1 dan penandatanganan perjanjian pemegang saham, semua aset usahasama akan dipindah ke D1 tersebut dan perniagaan akan dikendalikan atas nama D1. Selain itu, walaupun terdapat permintaan oleh Plaintif, D2 enggan mendedahkan kepada Plaintif maklumat berkaitan dengan kakitangan dibawah penggajian syarikat termasuk nama kakitangan, jawatan dan skop kerja mereka. Plaintif percaya dana D1 telah digunakan untuk membayar mereka yang tidak pernah berkhidmat dengan D1. S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw [14] Ketika mesyuarat pengarah-pengarah dan pemegang-pemegang saham pada 2.9.2021, wakil Plaintif telah mempersoalkan D2 mengenai isu penggunaan dana D1 untuk membayar gaji kakitangan usahasama tersebut yang sepatutnya dibubarkan dan D2 tidak menafikan perkara ini. [15] Plaintif melalui peguamnya telah menghantar surat kepada D2 untuk penjelasan berkenaan pembukaan akaun D1 dan penggunaan dana syarikat yang tidak sepatutnya kepada LSS namun tidak mendapat sebarang jawapan dari D2. D2 telah secara jelas menunjukkan niat untuk bertindak secara zalim dan dengan cara yang tidak adil dan mendiskriminasi serta memudaratkan Plaintif melalui perbuatan-perbuatannya ini dan telah secara berterusan memudaratkan, merugikan dan menindas Plaintif. D2 telah melanggar kewajipan fidusiarinya kepada D1. B. JAWAPAN DEFENDAN 2 [16] D2 menyatakan usahasama (“Limited Space Studio/ LSS”) adalah antara dia dan rakannya iaitu Tee Sui Yang. Ianya dilakukan tanpa penglibatan Plaintif. Plaintif hanya merupakan pemilik kedai untuk premis LSS sahaja dimana LSS itu membayar sewa bulanan kepada Plaintif pada harga yang dipersetujui oleh pihak-pihak. S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw Selain itu, hasil carian SSM atas syarikat Plaintif, didapati Tee Sui Yang hanyalah pemegang saham sahaja dan tidak memegang apa-apa jawatan didalam Plaintif. [17] Plaintif adalah pelanggan LSS dan mendapatkan khidmat LSS sehingga Januari 2021 dan dibuktikan melalui invois-invois di
Lampiran
Lampiran 6 ekshibit LWS-4. [18] Plaintif pada setiap masa material sebelum penubuhan D1, mencadangkan kepada D2 berkenaan dengan niatnya untuk bekerjasama dengan D2 untuk membentuk satu syarikat sendirian berhad. Atas cadangan Plaintif ini, D2 bersetuju dengan cadangan ini dan menubuhkan D1 pada 20.2.2020 bersama dengan Plaintif. Plaintif dan D2 kemudiannya menandatangani Perjanjian Pemegang Saham pada 11.11.2020. Plaintif pada setiap masa material mengetahui kewujudan perniagaan usahasama (“LSS”) dan tidak membuat sebarang bantahan. Jika dilihat didalam Perjanjian Pemegang Saham tersebut, tiada sebarang terma yang mengatakan bahawa semua perniagaan dan aset LSS harus dipindahkan kedalam D1 dan LSS hendaklah ditutup. Jika ini yang diniatkan Plaintif, maka terma ini harus dimasukkan kedalam perjanjian pemegang saham ini, tetapi ini tidak dilakukan. S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw [19] Klausa 16.5 Perjanjian Pemegang Saham jelas menyatakan bahawa hubungan antara Plaintif, D1 dan D2 bukan satu hubungan perkongsian. D1 ditubuhkan atas cadangan Plaintif maka setiausaha syarikat iaitu Mooi Qing Zi adalah juga setiausaha syarikat Plaintif dan D1. [20] Isu berkenaan pembukaan akaun syarikat adalah obligasi pihak-pihak dan bukan D2 seorang sahaja. Klausa-klausa “non-solicitation”, “non-competition” dan pembukaan akaun bank tidak mencerminkan atau memberikan interpretasi nyata ataupun tersirat bahawa perniagaan dan aset usahasama tersebut akan dipindahkan kepada D1 dan usahasama itu akan ditutup. Klausa 7.4 Perjanjian Pemegang Saham tersebut memperuntukkan bahawa Plaintif dan D2 haruslah membuka akaun bank untuk D1 dimana penandatangan akaun tersebut haruslah wakil-wakil yang dilantik oleh Plaintif dan D2. [21] Terma-terma dalam Perjanjian Pemegang Saham tersebut tidak dimasukkan dalam “Constitusion” D1 seperti yang diperuntukkan di bawah Klausa 5.1 Perjanjian Pemegang Saham. Oleh itu, sebarang pelanggaran terma-terma dalam Perjanjian Pemegang Saham S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw adalah bersifat peribadi antara Plaintif dan D2 sahaja dan tidak melibatkan D1 maka tindakan penindasan minority dibawah Seksyen 346 Akta Syarikat 2016 tidak boleh dimulakan oleh Plaintif terhadap D2. [22] D2 telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ‘managing director’ seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Pemegang Saham dan dia tidak melakukan sebarang tindakan atau aktiviti yang memprrejudiskan mana-mana pihak seperti yang didakwa oleh Plaintif. Sekiranya ada sebarang pelanggaran terma-terma Perjanjian Pemegang Saham (dinafikan oleh D2), Plaintif mempunyai remedy di bawah Klausa 11.3 Perjanjian Pemegang Saham dimana satu pihak boleh memaksa satu lagi pihak untuk melupuskan dan/atau memindahkan semua saham pihak yang lalai tersebut didalam D1 pada harga RM 1.00 dan meletakkan jawatan sebagai Pengarah D1. [23] D2 ada mencadangkan kepada Plaintif didalam mesyuarat Lembaga Pengarah dan pemegang saham pada 2.9.2021, bahawa sekiranya pihak-pihak tidak mencapai kata sepakat atau tidak mempunyai persefahaman, D2 akan membeli 40% saham milik Plaintif pada harga RM 15,000.00 atau Plaintif membeli 60% saham S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw D2 pada harga RM22,500.00 tetapi Plaintif menolak cadangan ini. Adalah jelas tindakan Plaintif membawa tuntutan ini adalah tidak bona fide dan bertujuan untuk mendapatkan “unjust enrichment” daripada D2 dan usahasama tersebut yang tiada kaitan dengan Plaintif. [24] Berkaitan dengan isu konflik kepentingan dengan D1, D2 menafikan dia terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan lain yang bersaing dengan perniagaan D1. D1 tidak mempunyai bantahan ataupun rungutan terhadap D2 tentang penglibatannya dalam usahasama tersebut sejak penubuhan D1 hingga kini. Penubuhan D1 bukan atas dasar perkongsian dan pelanggan-pelanggan usahasama bukan pelanggan D1. Pelanggan-pelanggan usahama itu adalah merupakan pelanggan-pelanggan D2 dan D3 sejak tahun 2018 lagi. C. JAWAPAN DEFENDAN 3 [25] D3 bukan privy kepada perjanjian pemegang saham diantara Plaintif dan D2. D3 bukan pemegang saham dan juga pengarah D1. [26] Plaintif mendakwa D2 dan D3 berkonspirasi untuk menjalankan perniagaan yang bersaing dengan D1 melalui sebuah syarikat LMTDS tetapi dinafikan oleh D3 kerana D3 adalah pemilik tunggal S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw LMTDS dan D2 tiada kaitan dengan syarikat tersebut. Apa juga tindakan D2 terhadap D1 dan Plaintif adalah berkait rapat dengan terma-terma perjanjian pemegang saham dan ianya tiada kaitan dengan D3. Sebarang remedy jika ada adalah untuk D1 dan bukan untuk Plaintif mengambil tindakan penindasan minority jika salah laku yang dinyatakan adalah berkait dengan pemecahan terma-terma didalam Perjanjian Pemegang Saham. D3 bukan privy kepada perjanjian tersebut untuk meletakkan liabiliti atas D3. [27] D3 tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa asset LSS hendaklah dipindah kepada D1 kerana ianya adalah perancangan diantara Plaintif dan D2. Pada waktu material, D3 adalah pemilik tunggal LSS dan tiada sebarang notifikasi berkenaan pemindahan asset ini didalam pengetahuan D3 dan tiada sebarang perjanjian bertulis melibatkan pemindahan asset dari LSS kepada D1. Seandainya Plaintif membuktikan D3 telah berkonspirasi dengan D2 untuk melakukakan pemecahan terma-terma perjanjian pemegang saham, tiada sebarang liabiliti atas D3 kerana dia bukan priviy kepada perjanjian tersebut. S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw D. KEPUTUSAN [28] Undang-undang berkaitan penindasan minority (‘minority oppression’) adalah ianya berkaitan dengan salah tadbir urus (‘mismanagement’) dan bukan salah laku seseorang pengarah. Jika seorang pengarah telah membuat salah laku dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai pengarah syarikat ianya adalah terjumlah kepada pemecahan kewajipan fidusiari seorang pengarah maka pihak yang sewajarnya membawa tindakan terhadap pengarah yang telah memecah kewajipan fidusiarinya adalah syarikat itu sendiri. Didalam tindakan ini, Plaintif mendakwa D2 sebagai pemegang saham dan pengarah didalam D1 telah melakukan penindasan kepada Plaintif sebagai pemegang saham minority dalam D1 hingga memprejudiskan Plaintif. [29] Untuk berjaya dalam tuntutan penindasan minority yang didakwa oleh Plaintif, beban adalah atas Plaintif untuk membuktikan adanya tindakan oleh D2 sebagai pemegang saham majoriti yang telah memprejudiskan kepentingan Plaintif sebagai pemegang saham minority dalam D1. Otoriti yang dirujuk oleh D2 adalah Re Kong Thai Sawmill (Miri) Sdn Bhd & Ors v Ling Beng Sung [1978] 2 MLJ 227 dimana Privy Council memutuskan: - S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw “…Relief cannot be sought under section 181 merely because facts are established which would found a minority shareholders’ action: section requires (relevantly) “oppression” or “disregard” to be shown, and these are not necessary elements in the action referred to. But if a case of “oppression” or “disregard” is made out, the section applies and it is no answer to say that relief might also have been obtained in a minority shareholder’ action. To the extent that the appellants so contend their Lordships do not accept their argument. Secondly, for the case to be brought within section 181(1) (a) at all, the complaint must identify and prove “oppression” or “disregard”. The mere fact that one or more of those managing the company possess a majority of the voting power and, in reliance upon that power, make policy or executive decisions, with which the complainant does not agree. Is not enough. Those who take interests in companies limited by shares have to accept the majority rule. It is only when majority rule passes over into rule oppressive of the minority, or in disregard of their interests, that the section can be invoked. As was said in a decision upon the United Kingdom section there must be a visible departure from the standards of fair dealing and a violation of the conditions of fair play which a shareholder is entitled to expect before a case of oppression can be made (Elder v Elder & Watson Ltd 1952 SC 49): their Lordships would place the emphasis on “visible”. And similarly, “disregard” involves something more than a failure to take account of the minority’s interest; there must be awareness of that interest and an evident decision to S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw override it or brush it aside or to set at naught the proper company procedure (per Lord Cycle in Thompson v Drysdale 1925 SC 311 315). Neither “oppression” nor “disregard” need be shown by a use of the majority’s voting power to vote down the minority; either may be demonstrated by a course of conduct which in some identifiable respect, or at an identifiable point in time, can be held to have crossed the line.” [30] Penindasan minority (minority oppression) adalah diperuntukkan dibawah Seksyen 346 Akta Syarikat 2016, pemegang saham minority hendaklah membuktikan kepada Mahkamah bahawa pemegang saham majoriti (D2) tidak mengedahkan dan membelakangkan kepentingan pemegang saham minority dalam tindakannya menguruskan syarikat. [31] Isu utama yang dibawa oleh Plaintif untuk menunjukkan adanya satu penindasan minority yang dilakukan oleh D2 terhadap D1 adalah tindakan D2 yang telah mengalihkan perniagaan dan pelanggan D1 kepada sebuah syarikat dikenali LMTDS adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh D3 selepas dia berundur dari Plaintif dimana suatu waktu dulu D3 adalah merupakan pemegang saham minority didalam Plaintif dimana dia hanya memegang 20% saham dan D3 bukan pengarah Plaintif. D3 meninggalkan Plaintif kerana perbezaan matlamat dengan pemegang-pemegang saham S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw lain dalam Plaintif; dan D3 telah melupuskan saham-sahamnya dalam Plaintif kepada pengarah-pengarah Plaintif iaitu Loh Wing Sing dan Ho Tiang Zeng. Sebelum D3 menubuhkan LMTDS, dia dan D2 telah menubuhkan satu perkongsian iaitu Limited Space Studio (“LSS”). LSS tiada kaitan dengan D1 kerana ianya merupakan perkongsian diantara D2 dan D3. LSS hanya berkerjasama dengan Plaintif untuk menyempurnakan sesuatu projek yang mereka terlibat sahaja. [32] D1 ditubuhkan pada 20.2.2020 dimana Plaintif dan D2 adalah pemegang saham didalam D1 dimana D2 memegang 60% saham manakala Plaintif memegang 40% saham. D2 adalah pengarah dan pemegang saham majoriti D1. Terdapat satu Perjanjian Pemegang Saham yang ditandatangani oleh D2 dan Plaintif pada 11.11.2020. Sebelum penubuhan D1, D2 dan D3 pula telah menubuhkan satu perkongsian dikenali sebagai Limited Space Studio (“LSS”). Kewujudan LSS adalah dalam pengetahuan Plaintif dan mereka tidak membantah penglibatan D2 dan D3 dalam LSS. [33] Plaintif mendakwa D1 adalah satu quasi perkongsian diantara Plaintif dan D2. Namun begitu Klausa 16.5 Perjanjian Pemegang S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw Saham jelas memperuntukkan hubungan diantara Plaintif, D1 dan D2 bukan satu bentuk perkongsian. “16.5 - Relationship It is expressly agreed that nothing contained in this Agreement nor the implementation of any agreement or arrangements contemplated or referred to herein shall create or constitute a partnership between the Parties or between either or both of the Parties and the Company or any other relationship or confer any authority on either Party or the Company to bind either or both of the other Parties or be liable or be deemed to be liable to third parties for the acts, defaults, debts or obligation of any other party." [34] Apa yang jelas, dakwaan Plaintif berkaitan tingkah laku D2 adalah kegagalan membuka akaun bank untuk D1 selain dari penglibatan D2 didalam perniagaan LSS. D2 juga dikatakan telah melanggari terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Pemegang Saham diantara D2 dan Plaintif. Persoalan yang timbul adakah tindakan D2 ini terjumlah kepada satu penindasan minority dalam konteks ini Plaintif. Plaintif mempunyai remedy dibawah Klausa 11.2 dan 11.3 Perjanjian Pemegang Saham dimana sekiranya berlaku pemecahan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Pemegang Saham, maka pemegang-pemegang saham lain boleh memberi notis kepada pemegang saham yang telah melanggar syarat-syarat S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw dan terma perjanjian untuk melupuskan dan/atau memindahkan saham-saham miliknya dengan nilai RM 1.00 kepada pemegang saham yang lain dan meletakkan jawatan sebagai pengarah dan/atau pekerja D1. [35] Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam D2 bahawa kegagalan membuka akaun syarikat D1 hanya merupakan pemecahan terma-terma perjanjian pemegang saham dan ianya tidak melibatkan tataurus D1. Plaintif sepatutnya membawa tindakan berasingan untuk pemecahan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian pemegang saham keatas D2 dan bukan membawa tindakan penindasan minority. [36] Plaintif mendakwa D3 adalah adalah wakil Plaintif didalam LSS maka wujud ‘quasi-partnership’ wujud antara Plaintif dan D2. Dalam menjawab isu ini, D3 membawa perhatian Mahkamah repot beraudit Plaintif dimana tidak dinyatakan tentang sebarang pelaburan Plaintif didalam LSS. Selain itu, sebagai pemegang saham minority tidak memungkinkan D3 menjadi proksi bagi pihak Plaintif didalam LSS. D3 adalah pemilik LSS dan sekiranya ada sebarang cadangan untuk menjadikan LSS sebagai rakan kongsi D1 hendaklah dengan persetujuan D3 dan tiada keterangan S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw dikemukakan Plaintif menunjukkan terdapat persetujuan D3 kearas itu. Apa yang jelas, LSS adalah ditubuhkan oleh D2 dan D3 tanpa penglibatan Plaintif [Lampiran 3 ekshibit LWS-11 mukasurat 187 dan 188]. Oleh itu, adalah tidak munasabah pelanggan LSS menjadi pelanggan D1 atau untuk mendakwa D2 mencuri pelanggan D1 untuk diberi kepada LSS. Melalui invois-invois yang dikemukakan oleh Plaintif sendiri di Lampiran 2 ekshibit LWS-4, ianya menunjukkan invois dari LSS kepada Plaintif untuk bayaran bagi khidmat yang diberi oleh LSS kepada Plaintif. Tiada sebarang bukti untuk menunjukkan terdapat perniagaan dari D1 yang diberi pada LSS. [37] D3 didalam jawapan kepada Lampiran 23 menegaskan Plaintif tidak mempunyai kepentingan didalam LSS. Laporan kewangan Plaintif untuk tahun kewangan berakhir 31.3.2019, 31.3.2020 dan 31.3.2021 [Lampiran 30 ekshibit TSY-7] tidak menunjukkan Plaintif ada melabur dalam LSS. Dakwaan Plaintif bahawa D3 telah berkomplot dengan D2 untuk menindas Plaintif sebagai pemegang saham minority didalam D1 adalah tanpa asas kerana D3 tidak mempunyai kepentingan didalam D1. S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw [38] Aduan Plaintif berkaitan D3 juga melibatkan kononnya terdapat konspirasi antara D2 dan D3 dimana ketika D3 menubuhkan sebuag lagi syarikat iaitu LMTDS Studio Sdn. Bhd. (“LMTDS”), ianya adalah sebuah syarikat yang bersaing dengan D1. D3 adalah pihak luar yang tiada kaitan dengan D1. Apa yang diadu oleh Plaintif berkaitan tindak tanduk D2 atas D1 dan bukan melibatkan Plaintif secara langsung. Sekiranya didapati D2 telah memecah kewajiban fidusiari sebagai Pengarah D1, maka remedy yang wujud adalah untuk D1 mengambil tindakan terhadap D2 kerana salah laku adalah atas syarikat. Dakwaan Plaintif bahawa D2 telah berkonspirasi dengan D2 untuk bersaing dengan D1 melalui syarikat LMTDS, ianya dinafikan oleh D3 dan tiada bukti dikemukakan bahawa wujudnya konspirasi sedemikian. LMTDS adalah milik penuh D3 dan ianya tiada kaitan dengan D2. D3 tiada kaitan dengan D1 dan apa-apa yang melibatkan perjanjian pemegang saham antara D2 dan Plaintif tidak privy kepada D3. [39] Jika D2 gagal mematuhi terma-terma Perjanjian Pemegang Saham, ianya tidak terjumlah kepada satu bentuk penindasan minority seperti yang didakwa Plaintif tetapi lebih kepada pemecahan terma-terma perjanjian, ini dibuktikan dengan surat peguamcara Plaintif sendiri di Lampiran 4 ekshibit LWS-20 dan S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw LWS-21 mukasurat 221- 227. Plaintif mempunyai remedy dibawah perjanjian pemegang saham tersebut untuk mengambil tindakan yang perlu terhadap D2 tetapi yang pasti bukan tindakan dibawah Seksyen 346 Akta Syarikat 2016. D. KESIMPULAN [40] Berdasarkan alasan-alasan diatas Mahkamah menolak permohonan Plaintif di Lampiran 23 dengan kos sebanyak RM10,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada setiap Defendan. Bertarikh 15 April 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw PEGUAMCARA BAGI PIHAK PEMOHON : Yong SL & Koh Unit 1C-2A, Level 2, Block K, Jalan Temenggung 27/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor PEGUAMCARA BAGI PIHAK RESPONDEN 1 & 2 : Ting & Ting Advocate & Solicitors No.24, 2, Jalan Jasmin 6, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor PEGUAMCARA BAGI PIHAK RESPONDEN 3 : Messrs The Law Chambers of Tan 28A Lorong Tapah, Jalan Goh Hock Huat, 41400 Klang, Selangor S/N 9oL3iCvjk6lFpAcbf1HCw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.