1
Ini adalah Rayuan Tertuduh terhadap keputusan HMS YB pada 28.2.2022.
JB-42S-6-03/2022
High Court of Malaysia20 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kuman penjara selama 8 tahun dan 4 kali sebatan dijatuhkan seperti berikut :- “[1] This criminal case pertains a sexual assault on a child by Muhammad Fariz Afiq. He was charged under s 377CA of the Penal Code … At the conclusion of a **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eF”
“er, accused is ordered to undergo rehabilitative counselling whilst serving term of imprisonment.” [25] Seterusnya peguam Tertuduh juga bergantung kepada kes Abdul Hafiz Abdul Shukri v Pendakwa Raya [2018] MLRHU 1648 di mana bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, hukuman penjara selama 17 tahun te”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah Rayuan Tertuduh terhadap keputusan HMS YB pada 28.2.2022.
2
Perayu (“Tertuduh”) telah dipertuduh dan disabitkan di bawah dua pertuduhan iaitu seksyen 377 CA dan seksyen 354 Kanun Keseksaan. Pertuduhan-pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut :- PERTUDUHAN PERTAMA BAHAWA KAMU PADA 02/06/2017, JAM LEBIH KURANG 06:45 PAGI DI SEBUAH HOTEL ALAMAT SIN LIEN HOTEL NO 40 JALAN MOHD NGALIM KLUANG BARU DALAM DAERAH KLUANG, DI DALAM NEGERI JOHOR TELAH MELAKUKAN PERHUBUNGAN SEKS DENGAN NOOR ATIKAH BINTI ISHAK KAD PENGENALAN 950131016256 DENGAN MEMASUKKAN JARI KE DALAM VAGINANYA TANPA KEBENARANNYA, DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 377 CA KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN PERTAMA PENJARA SELAMA TEMPOH YANG TIDAK KURANG DARIPADA LIMA TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA TIGA PULUH TAHUN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN SEBAT. August 20, 2023 3 PERTUDUHAN KEDUA BAHAWA KAMU PADA 02/06/2017, JAM LEBIH KURANG 06:45 PAGI DI SEBUAH HOTEL ALAMAT SIN LIEN HOTEL NO 40 JALAN MOHD NGALIM KLUANG BARU DALAM DAERAH KLUANG, DI DALAM NEGERI JOHOR TELAH MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAH KEPADA NOOR ATIKAH BINTI ISHAK KAD PENGENALAN 950131016256 DENGAN MAKSUD UNTUK MENCABUL KEHORMATANNYA, DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 354 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN KEDUA PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI SEPULUH TAHUN ATAU DENGAN DENDA, ATAU DENGAN SEBAT, ATAU DENGAN MANA-MANA DUA DARIPADA HUKUMAN-HUKUMAN ITU.
3
Seksyen 377CA Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut :- “377CA Sexual connection by object, etc. Any person who has sexual connection with another person by the introduction of any object or any part of the body, except the penis into the vagina or anus of the other person without the other person's consent shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than thirty years and shall also be liable to whipping.” August 20, 2023 4
4
Di Mahkamah Sesyen,Tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan 5 sebatan bagi kesalahan di bawah seksyen 377 CA Kanun Keseksaan serta penjara selama 5 tahun dan sebatan sebanyak 1 kali bagi kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan serta pengawasan polis selama 2 tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara . Kedua-dua hukuman pemenjaraan diperintahkan berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu 3.6.2017.
5
Tertuduh tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman yang diberikan oleh HMS YB dan kini merayu ke Mahkamah ini.
6
Sebelum pendengaran Rayuan, peguam Tertuduh telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Tertuduh akan hanya meneruskan Rayuan terhadap hukuman sahaja.
7
Dalam hujahan bertulis, peguam Tertuduh juga telah menghadkan Rayuan ini terhadap hukuman sahaja iaitu khususnya terhadap tempoh pemenjaraan selama 18 tahun dan sebatan 5 kali bagi kesalahan di bawah seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.
8
Tertuduh juga dalam hujahan bertulis memohon agar perintah hukuman penjara yang berjalan secara serentak dan bermula dari tarikh tangkap pada 3.6.2017 serta pengawasan polis selama 2 tahun bermula selepas hukuman penjara dikekalkan.
9
Sewaktu hujahan lisan pula, peguam Tertuduh hanya berhujah agar hukuman penjara bagi tempoh 18 tahun sahaja dikurangkan dan tidak ingin merayu untuk mengurangkan hukuman 5 kali sebatan. August 20, 2023 5
10
Mangsa dalam kes ini telah memberi keterangan bahawa kejadian berlaku pada 2.6.2017, di Hotel Sin Lien jam lebih kurang 6.45 pagi. Pada hari kejadian, mangsa sedang bertugas sebagai “receptionist” di kaunter hadapan di tempat kejadian dari shif 11.00 malam ke 7.00 pagi seorang diri.
11
Sebelum kejadian, mangsa sedang barmain telefon dan ketika itu Tertuduh datang memakai helmet ke hotel. Mangsa menyangka bahawa Tertuduh datang untuk mendaftar masuk ke bilik hotel dan mangsa telah membuka plntu daripada dalam dengan menggunakan remote control.
12
Tertuduh kemudiannya mengatakan bahawa beliau ingin menggunakan tandas dan mangsa telah menunjukkan tandas yang berada di sebelah kaunter di aras yang sama. Mangsa nampak Tertuduh menghala ke tandas. Tidak lama selepas itu, Tertuduh keluar dari tandas dengan masih memakai helmet dan menuju ke arah mangsa dan menyelak bajunya dan menunjukkan pisau potong daging yang disembunyikannya dekat seluarnya kepada mangsa.
13
Tertuduh kemudiannya memegang mangsa dari arah belakang dan mengheret mangsa masuk ke dalam tandas dengan menarik tudung yang dipakai oleh mangsa. Mangsa tidak menjerit pada masa kejadian kerana beliau ketakutan melihat pisau tersebut dan tidak dapat berfikir apa-apa secara normal kerana perkara itu berlaku secara spontan dan mangsa ketakutan memikirkan beliau akan mati. August 20, 2023 6
14
Tertuduh telah menarik mangsa sehingga menghumban mangsa masuk ke dalam tandas dan menguncikan pintu tandas. Mangsa cuba untuk keluar dan telah bergelut dengan Tertuduh, namun tidak berjaya kerana Tertuduh lebih kuat daripada mangsa dan mangsa telah ditolak beberapa kali. Tertuduh kemudiannya telah mengeluarkan pisau dan mengugut mangsa dengan menyatakan sekiranya mangsa melarikan diri, beliau akan menyerang mangsa dan mencederakan mangsa. Pada ketika itu Tertuduh telah membuka helmetnya. Mangsa masih mencuba untuk melepaskan diri tetapi dltahan oleh Tertuduh.
15
Tertuduh kemudiannya telah menetak mangsa dengan pisau potong daging di bahagian tangan sebelah kanan, di bahagian pergelengan tangan, di lengan kiri, di leher dan juga di pipi mangsa.
16
Mangsa kemudiannya mengatakan kepada Tertuduh untuk tidak mengapa-apakan beliau dan Tertuduh boleh mengambil rantai emas yang dipakai mangsa ataupun ambil duit di bahagian hadapan, asalkan jangan mengapa-apakan mangsa. Tertuduh tidak mengendahkan mangsa dan mengatakan beliau tidak mahu duit dan hanya mahukan mangsa. Tertuduh juga mengatakan bahawa beliau tahu duit di kaunter tidak banyak.
17
Tertuduh kemudiannya telah menyuruh mangsa untuk membuka baju dan pakaian dalam mangsa. Mangsa telah membuka sendiri kerana berasa ketakutan dan juga keletihan. Tertuduh kemudiannya telah mencium mulut dan leher mangsa, serta memegang buah dada dan menghisap buah dada mangsa. August 20, 2023 7
18
Tertuduh telah kemudiannya berhenti seketika selepas itu dan menjengok keluar dari tandas untuk melihat pintu depan kerana tukang cuci (“cleaner”) berada di luar di mana beliau tidak dapat masuk kerana pintu berkunci. Tertuduh telah bertanyakan kepada mangsa siapakah itu dan mangsa telah memberitahu beliau bahawa itu adalah “cleaner” dan mangsa perlu membuka pintu untuk benarkan “cleaner” masuk. Tertuduh telah memberi mangsa memakai baju sweater warna biru kepunyaannya memandangkan baju mangsa sudah basah pada masa itu. Sebelum mangsa keluar, Tertuduh telah memberi amaran kepada mangsa untuk tidak memberitahu “cleaner” kehadiran Tertuduh di situ dan sekiranya mangsa ingkar, Tertuduh akan membunuh mangsa dan “cleaner” tersebut. Disebabkan ketakutan, mangsa telah membuka pintu untuk “cleaner” masuk dan kembali semula ke dalam tandas. “cleaner” pula pergi ke stor belakang.
19
Tertuduh kemudiannya telah membuka baju sweater yang dipakai mangsa dan dia juga membuka seluar serta seluar dalam mangsa. Tertuduh kemudiannya memegang kemaluan mangsa. Tertuduh pada ketika ini telah duduk dan mula menjilat kemaluan mangsa sebelum memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa. Tertuduh juga telah menyuruh mangsa menghisap kemaluannya dan telah mengajar mangsa begaimana untuk berbuat demikian. Kemudian Tertuduh menggeselkan kemaluannya dengan kemaluan mangsa tetapi tidak memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa.
20
Semasa kejadian dalam tandas iaitu sebelum “cleaner” masuk, Tertuduh memberitahu namanya kepada mangsa dan bahawa beliau telah mengambil dadah jenis “ice” (syabu). August 20, 2023 8
21
HMS YB telah menjatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun dan 5 sebatan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti dinyatakan dalam alasannya yang dikemukakan di bawah ini:- “[157] Dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT, kepentingan awam adalah menjadi satu faktor utama yang telah dipertimbangkan pleh Mahkamah. Jenayah seksual semakin berleluasa dewasa ini. Jenayah ini harus diperangi. OKT perlu diberikan satu isyarat jelas bahawa mahkamah memandang serius terhadap perbuatannya dan satu hukuman berat perlu dijatuhkan ke atas OKT. Di samping itu ia juga akan menjadi satu faktor deteren kepada bakal-bakal pesalah lain di luar sana daripada melakukan kesalahan yang serupa.
158
Mahkamah ini mengambil maklum bahawa kesalahan di bawah seksyen 377 CA Kanun Keseksaan adalah satu kesalahan yang serius. Ini dicerminkan dengan hukuman minima yang boleh dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 377 CA Kanun Keseksaan ialah 5 tahun dan maksima ialah 30 tahun penjara dan boleh (shall be liable) dikenakan sebatan.
159
Dalam memutuskan hukuman yang wajar dalam kes ini, Mahkamah telah memberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut :- August 20, 2023 9
a
Fakta kes dan semua ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan;
b
Jenis kesalahan (the nature of the offence);
c
Keadaan di mana kesalahan Itu dilakukan (the circumstances in which it was committed);
d
Umur mangsa (the age of the victim);
e
Hujah pemberatan oleh pihak pendakwaan yang memohon suatu hukuman berbentuk deteren;
f
Rayuan peringanan hukuman seperti yang dihujahkan oleh Peguambela. [160] Perbuatan OKT ke atas mangsa bukan sahaja telah mendatangkan kesan trauma yang mendalam kepada mangsa dan stigma yang berpanjangan seumur hidupnya bahkan ahli keluarga mangsa juga turut terkesan akibat daripada peristiwa hitam ini. OKT perlu dihukum di bawah undang-undang dan hukuman berbentuk deteren adalah wajar dikenakan bukan sahaja dapat memberikan OKT masa yang banyak untuk insaf dan bertaubat atas kesalahannya tetapi juga sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Justeru, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman yang mencerminkan keseriusan kesalahan ini. Hukuman yang dijatuhkan haruslah memberi kesan deteren August 20, 2023 10 kepada OKT supaya tidak melakukan kesalahan ini di masa hadapan dan juga memberi mesej yang jelas kepada bakal-bakal pesalah Iain yang ingin melakukan kesalahan yang sama. [161] Mahkamah ini mempunyai tugas untuk melindungi gadis dan wanita daripada lelakl seperti tertuduh. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Mahkamah ini untuk bertindak secara adil dan saksama dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT. Berdasarkan semua di atas, Mahkamah memutuskan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah adil dan saksama. Hukuman ini adalah wajar dan berlandaskan trend hukuman Mahkamah masa kini. [161] Tambahan pula, dalam kes ini, hukuman dijatuhkan selepas suatu perbicaraan penuh di mana seramai 12 orang saksi pendakwaan dan 6 orang saksi pembelaan telah dipanggil termasuk OKT. Mangsa hadir ke Mahkamah dan memberikan keterangan dan terpaksa mengingati semula kejadian tersebut yang merupakan peristiwa hltam dalam hldupnya. Saksi-saksi telah dipanggil yang menyebabkan kos dan masa Mahkamah serta pihak-pihak digunakan. Oleh yang demikian OKT tidak layak diberi apa-apa diskaun seperti orang yang mengaku salah. Oleh itu tidak wajarlah bagi hukuman yang minima dikenakan ke atas OKT.” August 20, 2023 11 DALAM RAYUAN INI [22] Peguam Tertuduh berhujah bahawa tempoh hukuman penjara 18 tahun bagi kesalahan seksyen 377 CA Kanun Keseksaan adalah “manifestly excessive” dengan bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Adam Atan v PP [2009] 1 CLJ 33 :- “[6] In an appeal against sentence, the initial function of this court is one of review only. The fact that each of us sitting separately or together would have imposed a lesser sentence is irrelevant. The appellant must satisfy this court that the sentencing court has either erred in principle or imposed a sentence that is manifestly excessive. We find it unnecessary to cite any authority in support of this well established principle.” [23] Selanjutnya, peguam Perayu berhujah bahawa HMS YB telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa hukuman penjara untuk tempoh 18 tahun adalah berdasarkan “trend” hukuman pada masa kini. [24] Dalam membuat hujahan ini, Peguam Perayu bergantung kepada kes Muhammad Fariz Afiq Mohd Rohizi v PP [2021] 2 MLRH 523 di mana bagi satu kesalahan yang sama di bawah seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, hukuman penjara selama 8 tahun dan 4 kali sebatan dijatuhkan seperti berikut :- “[1] This criminal case pertains a sexual assault on a child by Muhammad Fariz Afiq. He was charged under s 377CA of the Penal Code … At the conclusion of a August 20, 2023 12 lengthy trial from 3 April 2019 to 7 February 2020 at Sessions Court Kuala Kangsar, the accused was found guilty of the charge, convicted and sentenced to a term of eight years’ imprisonment and ordered to be whipped with four strokes. Further he has to undergo police supervision for two years on release from prison. [31] Appeal by accused/appellant against conviction and sentence dismissed. Sentence of imprisonment to a term of 8 years affirmed. Sentence of whipping of four strokes is also affirmed. Further, accused is ordered to undergo rehabilitative counselling whilst serving term of imprisonment.” [25] Seterusnya peguam Tertuduh juga bergantung kepada kes Abdul Hafiz Abdul Shukri v Pendakwa Raya [2018] MLRHU 1648 di mana bagi satu kesalahan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, hukuman penjara selama 17 tahun telah dikurangkan kepada 15 tahun manakala 2 sebatan rotan dikekalkan di peringkat Rayuan seperti berikut :- “[1] Tertuduh telah dituduh di atas satu pertuduhan melakukan jenayah rogol ke atas seorang mangsa di bawah umur 12 tahun, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(2)(e) Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minima 10 tahun dan maksima 30 tahun penjara dan boleh dikenakan sebatan. Tertuduh diwakili peguam di peringkat Mahkamah August 20, 2023 13 bicara. [2] Di akhir kes pembelaan, Mahkamah bicara telah mendapati Tertuduh bersalah dan telah disabitkan. Seterusnya Tertuduh telah dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara dan 2 kali sebatan dari tarikh jatuh hukum iaitu pada 17 Mei 2017. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah merayu kepada Mahkamah ini. Setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini telah menolak rayuan Tertuduh terhadap sabitan, manakala rayuan terhadap hukuman dibenarkan sebahagian, di mana hukuman penjara 17 tahun diturunkan kepada 15 tahun dan 2 sebatan rotan dikekalkan. ... [100] Namun kepentingan seseorang Tertuduh tidak boleh diketepikan langsung. (Lihat kes Tan Sri Abdul Rahim Noor v PP [2000] 3 MLRH 797 …). Terdapat keadaan di mana kepentingan awam sendiri mewajarkan seseorang tertuduh itu tidak dimasukkan ke dalam penjara di dalam tempoh yang panjang kerana ia akan membawa banyak keburukan daripada kebaikan, dimana seseorang pesalah itu akan menjadi penjenayah tegar (hardened criminal) selepas menjalani hukuman penjara [penekanan ditambah].” August 20, 2023 14 [26] Bersandarkan kepada kedua-dua kes ini, peguam Tertuduh berhujah bahawa tempoh pemenjaraan 18 tahun adalah “manifestly excessive” serta akan mempunyai “crushing effect” ke atas Tertuduh yang masih berusia muda. [27] Peguam Tertuduh juga berhujah bahawa fakta Tertuduh hanya berusia muda iaitu 23 tahun ketika kejadian dan berada di bawah pengaruh dadah sewaktu kejadian harus diambil kira sebagai faktor peringanan. [28] Manakala pihak Pendakwaan berhujah bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh HMS YB adalah menurut prinsip penghukuman, setimpal apabila mengambil kira faktor kepentingan awam, perbuatan-perbuatan jenayah yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap mangsa, kecederaan dan trauma yang dialami oleh mangsa serta berbentuk pengajaran kepada Tertuduh. ANALISIS DAN KEPUTUSAN [29] Keterangan dalam kes ini menunjukkan bahawa Tertuduh telah menetak mangsa dengan pisau potong daging dan mencederakan mangsa di bahagian tangan sebelah kanan, bahagian pergelangan tangan, di lengan kiri, di leher dan di pipi sewaktu kejadian. [30] Mangsa ditarik, ditolak dan dihumban oleh Tertuduh ke dalam tandas. Kemudian mangsa diugut oleh Tertuduh dengan pisau potong daging dan juga diugut akan dibunuh sekiranya tidak menuruti kata-kata Tertuduh sewaktu kejadian. August 20, 2023 15 [31] Keterangan mangsa yang berusia 22 tahun ketika kejadian menunjukkan bahawa beliau berada dalam ketakutan sehingga khuatir dirinya mungkin akan dibunuh oleh Tertuduh. Sudah pasti mangsa mengalami trauma yang teruk akibat kejadian tersebut dan akan memberi kesan mendalam sepanjang hidup mangsa. [32] Tertuduh pada ketika melakukan perbuatan tersebut berada di bawah pengaruh dadah dan melakukan perbuatan terkutuk tersebut demi untuk memuaskan nafsunya. [33] Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh kepada mangsa adalah tanpa kerelaan mangsa manakala kekerasan jenayah yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap mangsa adalah kejam. Apatah lagi Tertuduh juga telah turut mencederakan mangsa. Kejadian tersebut menjadi peristiwa hitam dalam kehidupan mangsa. [34] Mahkamah ini setelah menilai dan meneliti keterangan dalam Rekod Rayuan dan hujahan pihak-pihak, memutuskan hukuman penjara untuk tempoh 18 tahun dan 5 sebatan yang dijatuhkan oleh HMS YB adalah memadai dan berpatutan berpandukan kepada fakta kes di mana Tertuduh telah bertindak ganas terhadap Tertuduh, mencederakan Tertuduh, mengugut Tertuduh dan mengugut untuk membunuh Tertuduh dengan menggunakan pisau potong daging selain daripada perbuatan-perbuatan jenayah seksual tanpa kerelaan mangsa yang dilakukan oleh Tertuduh. [35] Dalam hal keadaan yang sedemikian, faktor Tertuduh berusia muda sewaktu kejadian untuk meringankan hukuman penjara tidak dapat dipertimbangkan oleh Mahkamah. August 20, 2023 16 [36] Fakta Tertuduh juga berada di bawah pengaruh dadah tidak boleh diambil kira untuk meringankan hukuman. Malah menjadi satu kesalahan untuk Tertuduh mengambil dadah. [37] Kes Muhammad Fariz Afiq (supra) dan kes Mohd Rohizi Abdul Hafiz Abdul Shukri (supra) yang peguam Tertuduh bergantung untuk mengurangkan hukuman penjara boleh dibezakan berbanding dengan fakta dalam kes di sini kerana dalam kedua-dua kes tersebut, mangsa tidak diugut akan dicederakan atau dibunuh serta senjata tidak digunakan dan mangsa juga tidak mengalami kecederaan. [38] Mahkamah juga berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh HMS YB ini akan menjadi pengajaran kepada Tertuduh agar tidak mengulangi perbuatan terkutuk ini serta juga pengajaran kepada bakal-bakal pesalah agar tidak melakukan kesalahan yang serupa. [39] Lebih-lebih lagi, hukuman yang dijatuhkan oleh HMS YB untuk kesalahan di bawah seksyen 377CA Kanun Keseksaan ini adalah dalam lingkungan “trend” hukuman pada masa kini di mana kes-kes jenayah seksual makin berleluasa. Dalam kes Kairul Afnizam Bin Alwi v PP [2019] 1 LNS 1145, hukuman penjara untuk tempoh 20 tahun dan 14 kali sebatan dijatuhkan bagi kesalahan yang sama. Manakala dalam kes Muhammad Iqbal Ibrahim v Public Prosecutor [2021] 1 LNS 1044, di mana terdapat dua pertuduhan bagi kesalahan yang sama, hukuman penjara untuk tempoh 16 tahun dan 2 kali sebatan telah dijatuhkan untuk setiap satu pertuduhan dan hukuman penjara diperintahkan untuk berjalan berturutan. Selanjutnya dalam kes Julian Sabong v PP [2018] August 20, 2023 17 1LNS 1659, hukuman penjara untuk tempoh 22 tahun dan 8 sebatan dijatuhkan bagi kesalahan yang sama. Akhir sekali dalam kes Noor Rizuwan Ahmad v PP [2017] 1 LNS 1637, hukuman penjara untuk tempoh 15 tahun dan 10 kali sebatan dijatuhkan bagi kesalahan yang sama. [40] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa HMS YB tidak tersalah arah dalam memakai prinsip penghukuman, dan Mahkamah ini tiada alasan dan tidak harus campurtangan untuk mengubah keputusan HMS YB. [41] Maka Rayuan Tertuduh terhadap hukuman ditolak dan hukuman penjara untuk tempoh 18 tahun dan 5 sebatan bagi kesalahan di bawah seksyan 377 CA Kanun Keseksaan dikekalkan. Bertarikh pada 20 Ogos 2023 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel : Bagi pihak Perayu : Dr. Shamsher Singh Thind bersama Gunamalar a/l Joorindanjn dan Thian Yee Chin August 20, 2023 18 Bagi pihak Responden : Putera Amirool Faez bin Suhasi Peguamcara : Bagi pihak Perayu Tetuan Gunamalar Law Chambers Peguambela & Peguamcara Suite C-3A-3A, Seri Gembira Avenue No. 6 Jalan Senang Ria 58200 Happy Garden Kuala Lumpur [Ruj. : GLC/G/1034/0322] Bagi pihak Responden Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Mezzanine Floor, Hotel Muar Trader, Jalan Petrie 84000 Muar Johor. Tarikh Pendengaran : 13 Oktober 2022, 4 Disember 2022, 12 Mac 2023, 7 Mei 2023, 16 Julai 2023 Tarikh Keputusan : 20 Ogos 2023
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.