Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) KOTA BHARU, KELANTAN DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DA-83D-2222-08/2021 ANTARA
DA-83D-2222-08/2021
Magistrates Court of Malaysia19 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) KOTA BHARU, KELANTAN DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DA-83D-2222-08/2021 ANTARA
1
Ini merupakan alasan penghakiman berikutan rayuan yang difailkan oleh Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah yang memerintahkan supaya Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan di akhir pendakwaan tanpa dipanggil membela diri bagi 2 pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.
2
Tertuduh telah dituduh dengan 2 pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah berbahaya 1952. Seusai penutupan kes peringkat pendakwaan, Mahkamah dapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi kedua-dua S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pertuduhan tersebut. Justeru, Mahkamah perintahkan supaya Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan di akhir pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.
3
Terkilan dengan keputusan tersebut, Pendakwa Raya telah tidak berpuashati terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan Tertuduh tersebut, justeru telah memfailkan rayuan.
4
Berikut diperturunkan pertuduhan-pertuduhan sebagaimana yang dikenakan ke atas Tertuduh: PERTUDUHAN DAN HUKUMAN PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu pada 16/3/2021, jam lebih kurang 1730 Hrs bertempat di tepi jalan besar hadapan Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, dalam negeri Kelantan, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih 8.09 gram. Oleh yang demikian, kamu melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu pada 16/3/2021, jam lebih kurang 1730 Hrs bertempat di tepi jalan besar hadapan Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, dalam negeri Kelantan, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jenis Methamphetamine dengan berat bersih 16.25 gram. Oleh yang demikian, kamu melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama. HUKUMAN SEKSYEN 39A(1) ADB 1952 Hendaklah dihukum dengan penjara untuk tempoh tidak kurang dari 2 tahun tetapi tidak lebih dari 5 tahun, dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang dari 3 sebatan tetapi tidak lebih dari 9 sebatan.
5
Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah sepertimana berikut:
5
5.1 Bertindak atas maklumat dadah, pada 16/03/2021 jam lebih kurang 1730 Hrs, pengadu (SP5) bersama (6) orang anggota JSJN IPK Kelantan telah pergi ke lokasi serbuan dengan menaiki (2) buah kenderaan pasukan tanpa logo PDRM. Setelah sampai di lokasi serbuan, pengadu telah nampak (1) Motokar Jenis Ford Ranger 4x4 no pendaftaran AFD 8799 yang dinaiki (2) lelaki (Tertuduh & SP7) yang mencurigakan di tepi jalan besar hadapan Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Kelantan.
5
5.2 Pengadu bersama serbuan anggota cuba menghampiri motokar tersebut dan secara tiba-tiba Tertuduh dan SP7 telah bertindak keluar dari motokar tersebut dan cuba melarikan diri. Walaubagaimanapun, Tertuduh dan SP7 berjaya ditahan oleh anggota serbuan setelah berlaku pergelutan.
5
5.3 Pengadu jalankan pemeriksaan tubuh badan Tertuduh dapati telah menjumpai (1) plastik biru/oren/puteh bertulis CRISTA yang didalamnya terdapat (3) paket plastik bewarna biru berisi dadah disyaki pil Methamphetamine di genggaman tangan sebelah kanan. Pemeriksaan tubuh badan penama SP7 dapati tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
5
5.4 Dengan disaksikan kedua Tertuduh dan SP7, pengadu buat pemeriksaan di dalam motokar yang dinaiki oleh kedua-duanya telah menjumpai (1) plastik hitam berikat (2) gelang getah. Pemeriksaan lanjut di dalam plastik hitam tersebut telah menjumpai
6
paket plastik berwarna biru yang diikat (2) gelang getah dan di dalamnya berisi dadah disyaki pil Methamphetamine di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan. Jumlah keseluruhan pil tersebut adalah (1,782) biji pil warna kemerahan dan (18) biji pil warna kehijauan yang disyaki dadah jenis pil Methamphetamine.
5
5.5 Pengadu kemudian telah bawa balik Tertuduh dan SP7 ke pejabat JSJN IPK Kelantan bersama-sama barang kes tersebut yang dirampas. Barang kes yang dirampas dari Tertuduh dalam kes ini pada setiap masa adalah dalam kawalan dan jagaan Pengadu.
5
5.6 Selain daripada itu, Pengadu juga telah membuat laporan polis sebagaimana repot Kubang Kerian/1321-1322/21. Kesemua S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA barang kes dan tangkapan iaitu Tertuduh dan SP7 telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat iaitu SP2 dan direkodkan di dalam borang serah menyerah seperti mana yang disahkan oleh Pengadu dan SP2. SP2 juga memeriksa barang kes sejurus menerima barang kes daripada Pengadu dan mendapati ianya adalah sebagaimana laporan polis dan borang senarai pemeriksaan dan turut membuat tandaan pada barang kes tersebut.
5
5.7 Barang kes yang disyaki dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia oleh SP3 untuk dianalisis, sebagaimana bukti resit kimia yang dikeluarkan oleh ahli kimia, SP1. Hasil analisa kimia oleh SP1 mendapati barang kes dadah yang dirampas oleh Pengadu merupakan dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 8.09 gram bagi pertuduhan pertama dan dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 16.25 gram bagi pertuduhan kedua seperti dinyatakan di dalam Laporan Kimia.
5
5.8 SP2 juga telah mendapatkan sesalinan geran motokar Ford Ranger no pendaftaran AFD 8799 yang menunjukkan kenderaan tersebut adalah didaftarkan atas nama SP6.
5
5.9 SP6 telah hadir ke Mahkamah mengesahkan telah serahkan motokar Ford Ranger tersebut kepada SP4 bagi tujuan kerja kontrak syarikat SP4 sejak tahun 2008-2009 lagi. SP4 juga nyatakan mempunyai 4 pekerja termasuklah Tertuduh dan SP7 yang biasa menggunakan kenderaan motokar tersebut untuk tujuan kerja bersama-sama. S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN [6] Untuk mewujudkan kes prima facie sebagaimana pertuduhan di mana Tertuduh mempunyai milikan atau kawalan dadah berbahaya, elemen-elemen yang perlu diperhalusi oleh Mahkamah adalah seperti berikut : i. Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine sebagaimana yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berat bersih dadah berbahaya tersebut tergolong dalam peruntukan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya; ii. Tertuduh mempunyai milikan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dijumpai.
i
Elemen pertama iaitu dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berat bersih dadah berbahaya tersebut tergolong dalam peruntukan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya. [7] Berdasarkan keterangan SP1, telah mengesahkan berat bersih dadah jenis Methamphetamine yang dijumpai adalah masing-masing sebanyak 8.09 gram dan 16.25 gram dan penemuan jenis dadah Methamphetamine yang dianalisa tersebut sememangnya adalah dadah berbahaya yang tersenarai di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagaimana Laporan Kimia (P19) dan keterangan beliau dalam PSP1. Berat bersih dadah-dadah Methamphetamine yang ditemui dalam barang kes juga jelas tergolong dalam peruntukan Seksyen S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana berada dalam lingkungan antara 5 sehingga 30 gram. [8] SP1 yang mana kelayakannya sebagai Ahli Kimia tidak dicabar oleh pihak pembelaan telah berjaya menerangkan dengan jelas tentang cara analisa yang dibuat ke atas barang kes setelah dihomogenkan (homogenized) dimana kaedah ujian yang dijalankan bagi dadah jenis Methamphetamine adalah ujian warna, ujian pengesahan GCMS dan ujian kuantitatif menggunakan alat GCFID mana kaedah-kaedah tersebut adalah mengikut kaedah serta garis panduan yang disarankan. Sebagaimana kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212, prinsip adalah jelas bahawa: “..there is general rule that a failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of a witness’s testimony” [9] Unsur keselamatan barang kes sewaktu di dalam pengawasan beliau juga ditekankan dengan menjelaskan secara jelas bahawa tiada kemungkinan yang menunjukkan barang kes terganggu yang mana barang kes tersebut disimpan di tempat yang selamat dan tidak pernah ditinggalkan tanpa pengawasan. Semasa menjalankan analisa ke atas barang kes, barang kes itu sentiasa berada dalam jagaan dan kawalan SP1. Seterusnya apabila analisa tidak dijalankan, barang kes itu disimpan dengan selamat dalam kabinet besi yang hanya SP1 memegang kuncinya. Berdasarkan keterangan ini, adalah jelas intipati pertama telah berjaya dipenuhi oleh pihak pendakwaan.
II
(ii) Elemen kedua iaitu Tertuduh mempunyai milikan/kawalan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dijumpai [10] Merujuk kepada penerangan Y.A. Hakim Thompson tentang maksud ‘possession’ sebagaimana di dalam Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17, m/s. 2, yang menyatakan bahawa: “Possession” itself as regards the Criminal Law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition pg. 304);- “A movable thing is said to be in the possession of a person where he is so situated to it that he has power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example having it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA [11] Justeru, dalam membantu Mahkamah membuat dapatan terhadap isu pemilikan, kawalan, atau jagaan serta pengetahuan Tertuduh terhadap barang-barang kes yang dijumpai sebagaimana pertuduhan, ayuh kita selusuri fakta-fakta yang yang telah dikemukakan sepanjang kes pendakwaan. a) Fakta terhadap Pertuduhan Pertama (Penemuan barang kes dadah dalam genggaman tangan Tertuduh) • Pengadu / Pegawai Serbuan (SP5) mengatakan barang kes dijumpai dalam genggaman tangan Tertuduh sewaktu serbuan setelah Tertuduh dan SP7 masing-masing cuba melarikan diri keluar dari motokar ketika kehadiran polis. Namun begitu, keterangan SP7 pula menyatakan sebaliknya, apabila dirinya tidak pernah lari keluar dari motokar, bahkan telah pun berada lebih awal di luar motokar untuk membeli makanan yogurt sebelum kehadiran polis. Dalam keadaan itu, SP7 menerangkan dirinya sendiri tidak dapat sahkan penemuan barang kes di tangan Tertuduh ketika serbuan kerana SP7 tidak melihatnya memandangkan SP7 berada sedikit jauh di luar motokar setelah membeli yogurt di sebuah gerai. [12] Dalam menilai fakta ini, Mahkamah dapati wujud perbezaan keterangan terhadap versi penceritaan kes oleh saksi-saksi pendakwaan iaitu SP5 dan SP7 sedari awal kejadian mengenai kedudukan Tertuduh dan SP7 di lokasi kejadian pada sebelum dan sewaktu serbuan. Perbezaan kedudukan SP7 terutamanya sebagai saksi mata dan saksi material ini memberi impak kepada fakta penemuan barang kes di dalam tangan Tertuduh sebagaimana Pertuduhan Pertama kerana SP7 telah S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA memberi fakta dan input keterangan yang berbeza dengan SP5 berkait kejadian, sekaligus memberi kesan kepada dapatan Mahkamah terhadap isu penemuan dadah dalam milikan atau genggaman tangan Tertuduh. [13] Bagaimana SP5 boleh menyatakan SP7 bersama Tertuduh telah cuba keluar melarikan diri dari motokar sebelum berjaya ditahan polis sedangkan SP7 sendiri maklumkan dia memang telah lama keluar dari motokar untuk membeli yogurt dan tidak pernah melarikan diri ketika kejadian. Lebih parah apabila fakta bahawa SP7 berada di luar motokar ketika polis sampai setelah baru selesai membeli yogurt tersebut, tidak dipersetujui oleh SP5 tatkala dicadangkan oleh pihak pembelaan. Andai benar keterangan SP5 tersebut bahawa SP7 turut berada dalam motokar bersama Tertuduh dan cuba melarikan diri keluar dari motokar tersebut, sudah pasti SP7 sendiri dari dalam motokar dapat melihat dari awal Tertuduh telah mengambil dan menggenggam barang kes dadah dalam Pertuduhan Pertama untuk keluar dari motokar tersebut dan cuba melarikan diri serta mampu melihat tangkapan ke atas Tertuduh oleh SP5 kerana berada dalam jarak yang sangat dekat berdekatan Tertuduh. [14] Namun begitu, fakta kes pendakwaan yang dibentangkan tidaklah sebegitu, apabila SP7 pula sendiri yang memberi keterangan berbeza bahawa dirinya tiada melihat penemuan barang kes di tangan Tertuduh ketika tangkapan kerana SP7 telah sejak awal lagi berada sedikit jauh di luar motokar membeli yogurt di sebuah gerai sebelum kehadiran SP5 lagi. Mahkamah dapati percanggahan sebegini telah merosakkan kes pendakwaan kerana berkait dengan lokasi penemuan barang kes yang menyentuh terus elemen milikan dan kawalan serta pengetahuan Tertuduh terhadap barang kes dalam Pertuduhan Pertama. S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA b) Fakta terhadap Pertuduhan Kedua (Penemuan barang kes dadah dalam (1) Motokar Jenis Ford Ranger 4x4 no pendaftaran AFD 8799) • Pengadu / Pegawai Serbuan (SP5) mengatakan sewaktu pemeriksaan terhadap kenderaan (1) Motokar Jenis Ford Ranger 4x4 no pendaftaran AFD 8799 dilakukan, barang kes seterusnya dijumpai di bawah tempat duduk penumpang hadapan motokar tersebut yang dipandu Tertuduh ketika kejadian. Namun begitu, keterangan SP7 pula menyatakan yang berbeza, apabila barang kes tersebut dilihat dijumpai di bawah tempat duduk pemandu pula iaitu bawah tempat duduk Tertuduh. [15] Penilaian Mahkamah bagi isu adalah sama, bahawa percanggahan kedudukan penemuan barang kes dari kedua-dua saksi mata dan saksi material iaitu SP5 dan SP7 telah memberi impak kepada fakta penemuan barang kes di dalam motokar Jenis Ford Ranger 4x4 no pendaftaran AFD 8799 tersebut sebagaimana Pertuduhan Kedua, sekaligus memberi impak kepada dapatan Mahkamah terhadap isu penemuan dadah dalam milikan, kawalan atau jagaan Tertuduh berkait motokar tersebut. [16] Selain daripada keterangan kedudukan penemuan barang kes yang bercanggah, Mahkamah tidak dapat melihat perkaitan elemen, kawalan, atau jagaan Tertuduh semata terhadap kenderaan motokar Jenis Ford Ranger 4x4 tersebut dan barang kes di dalamnya dalam pengecualian orang lain ‘in exclusion of others’ kerana motokar tersebut ketika kejadian juga turut diakses oleh SP7. Keterangan SP4 sebagai majikan Tertuduh sahkan memberi keizinan kepada Tertuduh dan SP7 menggunakan kenderaan tersebut ketika kejadian, yang sebelum itu telah juga S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA digunakan oleh 2 pekerja lain yang tidak dipanggil ke Mahkamah memberi keterangan. [17] Pada hemat Mahkamah, keterangan bahawa Tertuduh selaku pemandu motokar tersebut ketika kejadian tangkapan semata tidaklah boleh menjadi asas bahawa Tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan jagaan penuh terhadap motokar tersebut dan barang kes di dalamnya. Apatah lagi, barang kes mengikut keterangan SP5, dijumpai berada di bawah tempat duduk SP7 sebagai penumpang hadapan dan bukannya di bawah tempat duduk pemandu iaitu Tertuduh. [18] Keterangan SP2 yang menjalankan siasatan juga telah sahkan kenderaan itu boleh diakses serta digunakan oleh pekerja-pekerja SP4 yang lain kerana kunci motokar memang sentiasa ada di kenderaan. Namun begitu, hanya SP7 sahaja yang diambil rakaman percakapan tanpa siasatan sepenuhnya dijalankan ke atas 2 pekerja yang lain. [19] Mahkamah percaya, telah timbul keraguan terhadap akses, elemen kawalan dan jagaan motokar tersebut sepanjang masa material yang mempengaruhi elemen milikan dan kawalan Tertuduh terhadap barang kes tersebut. Ditambah pula dengan percanggahan mengenai kedudukan sebenar penemuan barang kes sama ada dijumpai di bawah tempat duduk pemandu ataupun tempat duduk penumpang hadapan, jelas sekali telah meranapkan kes pendakwaan. Lebih mendukacitakan, SP2 sendiri tidak yakin akan kedudukan tempat duduk Tertuduh dan SP7 di dalam motokar tersebut pada masa material sewaktu kejadian ketika dicabar oleh pihak pembelaan. S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA [20] Dapatan mahkamah bahawa perbezaan, percanggahan dan ketidakcukupan keterangan oleh saksi pendakwaan ini adalah sangat material kerana berkait dengan penemuan barang kes dan juga naratif sebenar kejadian melibatkan tangkapan ke atas Tertuduh yang memberi impak dan kesan kepada elemen milikan, kawalan, jagaan dan pengetahuan yang harus dibuktikan terhadap Tertuduh dalam kes ini. [21] Hakikat percanggahan ini mewujudkan tiadanya konsistensi penceritaan oleh saksi-saksi pendakwaan dan mewujudkan kelompangan besar yang gagal ditutup oleh pihak pendakwaan, sekaligus mengacau ganggu kredibiliti saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP2, SP5 dan SP7 yang menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap naratif kes pendakwaan. [22] Rujukan juga dibuat terhadap kes Mohamed bin Kasdi v. Public Prosecutor [1968] 1 LNS 78: “No hard and fast rule can be laid down for determining the credibility or otherwise of a witness, but when a witness gives or makes two statements which differ in material particulars there must necessarily be ground for believing that he is not a truthful witness.” [23] Tambahan lagi, merujuk kepada kes Kesavan Krishnan v PP & Another Appeal 15 [2015] 6 CLJ 163, Mahkamah Rayuan juga menyentuh perkara ini seperti berikut: “[30] Percanggahan yang wujud bukanlah merupakan satu percanggahan kecil tetapi adalah suatu percanggahan material mengenai fakta yang menjadi tunjang/akar (root) kes pendakwaan. S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA Dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, mahkamah memutuskan: Minor discrepancies are possible even in the version of truthful witnesses and such minor discrepancies only add to the truthfulness of their evidence (Sidhan v. State of Kerala [1986] Cri LJ 470, 473 (Ker)). But discrepancies in the statements of witnesses on material points should not be lightly passed over, as they seriously affect the value of their testimony (Brij Lal v. Kunwar, 36 A 187: 18 CWN” [24] Dalam kes semasa, apabila terdapat pelbagai naratif serta inferens yang timbul di dalam fakta kes pendakwaan akibat percanggahan material ataupun perbezaan keterangan yang tidak diperjelaskan sebaiknya, Mahkamah meragui kredibiliti saksi-saksi pendakwaan serta fakta penemuan barang kes yang dibentangkan, justeru telah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [25] Lantaran itu, manfaat keraguan sebegitu yang timbul di dalam kes ini seharusnya diberikan kepada Tertuduh, memandangkan beban serta tugas untuk membuktikan suatu kes prima facie, sekaligus suatu kes melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) terhadap Tertuduh dengan menyingkirkan (cast) sebarang percanggahan naratif kes yang mencetuskan keraguan munasabah, adalah senantiasa digalas di bahu pihak pendakwaan. Prinsip sebeginilah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kes Public Prosecutor v. Mansur Bin Yahya & Anor
2004
1 LNS 31, (2004) 2 MLJ 512: “Where there is a clash of evidence in the prosecution's case itself, and in this case a very material clash, the benefit of the doubt must be given to the accused”. S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA [26] Justeru, dapatan mahkamah bahawa, pihak pendakwaan telah gagal menunjukkan kepada mahkamah naratif sebenar tangkapan Tertuduh dan penemuan barang kes dadah kerana timbulnya beberapa naratif hasil daripada percanggahan keterangan dan ketidakcukupan siasatan oleh saksi pendakwaan. Apabila terdapat dua naratif kes pendakwaan terutamanya yang memberi kesan kepada pembuktian elemen penting kesalahan dan pertuduhan, maka ‘benefit of doubt’ harus diberikan kepada Tertuduh. Mahkamah dapati bahawa elemen milikan, kawalan, jagaan dan pengetahuan Tertuduh terhadap barang kes dalam fakta pendakwaan gagal dibuktikan dengan tuntas dan jitu. KESIMPULAN [27] Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang ada di Mahkamah, Mahkamah telah memutuskan, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen penting pertuduhan iaitu milikan, kawalan dan jagaan Tertuduh terhadap barang kes, sekaligus suatu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan. Naratif sebenar tangkapan terhadap Tertuduh dan tempat penemuan barang kes yang dikatakan berada dalam milikan, kawalan dan jagaan Tertuduh gagal diperlihatkan kepada Mahkamah dengan tuntas dan jitu. Oleh yang demikian, di akhir pendakwaan ini, Tertuduh adalah wajar untuk dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA Disediakan oleh AHMAD SYAFIQ AIZAT BIN NAZRI Majistret Mahkamah Majistret (2) Kota Bharu Kelantan S/N 1FjcTbWpkyeimkGO9f6LA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.