Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KUBU BHARU KES JENAYAH NO.: BF-83D-301-05/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA V MOHD ADIB BIN ZAINOL (NO. K/P: 910217-1-45239)
BF-83D-301-05/2021
Magistrates Court of Malaysia20 Feb 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n a discount on the sentence that would otherwise have been imposed on him had he been convicted after a trial, yet there are important exceptions to this general rule. Indeed, the offences under the Dangerous Drugs Act 1952 are exceptions to this rule.” 7 MITIGASI DAN HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN”
“dan sebatan tersebut adalah mandatori melainkan bagi menentukan tempoh hukuman penjara dan bilangan sebatan tersebut yang masih menjadi budibicara Mahkamah ini (rujuk kes Public Prosecutor v. Hew Yew [1971] CLJU 110; [1971] 1 LNS 110; [1972] 1 MLJ 164). Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen ini adalah selaras de”
“993] 1 MLJ 45). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v Public Prosecutor [1996] MLJU 159; [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence comm”
“5.4 Mahkamah ini juga merujuk kepada dapatan Mahkamah Persekutuan di dalam kes lwan Bujang Dara & Anor v. Public Prosecutor [2017] CLJU 285; [2017] 1 LNS 285; [2017] 3 MLJ 630 yang menyatakan seperti berikut: “But the court is not only concerned with the plea in mitigation in passing sentence. No matter how strong the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA KUBU BHARU KES JENAYAH NO.: BF-83D-301-05/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA V MOHD ADIB BIN ZAINOL (NO. K/P: 910217-1-45239)
1
1.1 Pada 28.5.2021, orang kena tuduh (“OKT”) di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan 1 pertuduhan di hadapan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi 1 kesalahan iaitu di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) yang boleh dihukum dibawah seksyen 39A (1) (b) AKTA yang sama. Pertuduhan serta hukuman telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT dalam Bahasa Malaysia dan OKT telah minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut. Perbicaraan telah dijalankan dengan memanggil seramai 2 orang saksi pendakwaan.
1
1.2 Selanjutnya pada 20.2.2024 telah ditetapkan untuk sambung bicara dan OKT telah mengubah pengakuan. Pertuduhan pindaan telah dibacakan dan diterangkan semula kepada OKT dalam Bahasa Malaysia dan OKT telah mengaku salah atas pertuduhan pindaan tersebut serta faham sifat dan akibat pengakuannya. Pendakwaan dikendalikan oleh TPR Puan Asmah Che Wan manakala OKT diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
1
1.3 Atas pengakuan salah OKT tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes ini telah pada 20.2.2024 menerima pengakuan salah OKT, mensabitkan OKT atas pertuduhan pindaan tersebut dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dari tarikh jatuh hokum dan 4 sebatan rotan.
1
1.4 OKT tidak berpuashati atas hukuman tersebut dan telah pada 21.2.2024 memfailkan satu notis rayuan yang merayu atas hukuman agar dapat diringankan.
2
2.1 OKT telah dipertuduhkan dengan pertuduhan asal seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 24.05.2021 jam lebih kurang 1345 hrs bertempat di hadapan Balai Polis Rasa, dalam Daerah Hulu Selangor dalam Negeri Selangor, telah didapati di dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu
5
peket anggaran berat: (13.00) gram dadah disyaki methamphetamine. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah sek 12(2) akta dadah berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah sek 39A (1) AKTA yang sama.”
2
2.2 Pertuduhan pindaan (Lampiran A): “Bahawa kamu pada 24.05.2021 jam lebih kurang 1345 hrs bertempat di hadapan Balai Polis Rasa, dalam Daerah Hulu Selangor dalam Negeri Selangor, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya berat bersih 7.71gram methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah sek 39A (1) AKTA yang sama.” Hukuman: dihukum dengan penjara untuk suatu tempoh tidak kurang dua tahun tetapi tidak lebih lima tahun, dan ia juga akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.
3
3.1 Seksyen 12 (2) ADB memperuntukkan seperti berikut: “(1) No person shall except under the authorization of the Minister-
a
import into Malaysia any dangerous drug specified in Parts III, IV and
b
export from Malaysia any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule.
2
No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder.
3
3.2 Seksyen 39A (1) ADB memperuntukkan seperti berikut: “(1) Every person found guilty of an offence against this Act where the subject matter of the offence is- …….
r
5 grammes or more but less than 30 grammes in weight of Methamphetamine; shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which the person has been so found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than two years but shall not exceed five years, and he shall also be punished with whipping of not less than three strokes but not more than nine strokes.”
3
3.3 Tafsiran peruntukkan dengan terma "shall be punished" seperti yang digunakan didalam Seksyen 39A (1) ADB ini adalah jelas tanpa apa-apa kekeliruan tentangnya dan Mahkamah ini tidak mempunyai apa jua budi bicara untuk menjatuhkan apa-apa hukuman lain selain dari apa yang telah diperuntukkan dan ini membawa tafsiran bahawa hukuman penjara dan sebatan tersebut adalah mandatori melainkan bagi menentukan tempoh hukuman penjara dan bilangan sebatan tersebut yang masih menjadi budibicara Mahkamah ini (rujuk kes Public Prosecutor v. Hew Yew [1971] CLJU 110; [1971] 1 LNS 110; [1972] 1 MLJ 164). Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen ini adalah selaras dengan peruntukkan undang-undang setelah mempertimbangkan faktor-faktor yang akan dihuraikan selepas ini.
3
3.4 Selanjutnya, Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa pengakuan salah OKT telah dibuat mengikut peruntukan seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah dan adalah teratur sebagaimana dinyatakan dalam kes Pham Van Thoung & Yang Lain lwn. PP (supra), Seah Ah Chiew v. PP [2006] 8 585, Lee Weng Tuck & Anor v. PP [1989] 2 120 dan Mohammad Hassan v. Public Prosecutor [1997] 1 CLJ SUPP 485, maka Mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT dan seterusnya mensabitkan OKT atas pertuduhan terhadapnya.
4
4.1 Secara ringkas fakta kes OKT seperti mana ditandakan sebagai Lampiran A dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan diakui benar oleh OKT adalah seperti berikut;
4
4.2 Ops tapis, pada 24.5.2021 jam lebih kurang 1345hrs pengadu bersama Kpl 152579 dan LK 172559 buat tugas taskforce OPS Covid Zon 7 kawasan Rasa telah tahan 1 lelaki melayu di hadapan Balai Polis Rasa Hulu Selangor dalam keadaan mencurigakan. Setelah memperkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa, pengadu telah meminta butiran penama.
4
4.3 Seterusnya pengadu di hadapan saksi-saksi polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas tubuh badan penama dan hasil pemeriksaan pengadu telah menjumpai satu beg berwarna coklat yang disembunyikan di bahagian hadapan di dalam seluar dalam yang dipakai penama. Seterusnya pengadu di hadapan saksi-saksi polis dan penama, pengadu telah membuat pemeriksaan di dalam beg tersebut dan telah menjumpai 5 peket plastik lutsinar di mana di dalam setiap satu peket plastic lutsinar tersebut berisi ketulan-ketulan Kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat keseluruhan 13 gram.
4
4.4 Seterusnya pengadu dihadapan saksi-saksi polis tangkap penama serta rampas barang kes dan bawa balik ke Balai Polis Rasa untuk tindakan lanjut. Semakan kompol kad pengenalan penama memalui pusat kawalan IPD Hulu Selangor dapati penama mempunyai 9 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dan penama masih lagi dikehendki bersangkut Selayang Rpt 19668/18 seksyen 395/397 KK AIO SM98680 Mohd Musa bin Che Man. Sesalinan borang bongkar telah dikeluarkan ke atas penama dan telah ditandatangani. Sebab-sebab tangkapan telah diterangkan dalam Bahasa yang mudah difahami di bawah peruntukkan seksyen 28A KPJ dan diakui faham.
4
4.5 Pada 23.6.2021 pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Sjn 168570 Syahrul Nizam bin Rusli telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisa. Kemudian pada 17.8.2021, pegawai penyiasat Insp G/25370 Mohd Hafizzy bin Abdullah telah terima laporan daripada Jabatan Kimia Petaling Jaya dan ahli kimia telah mengesahkan kandungan bahan serbuk di dalam 5 peket plastic bertanda F1- F5 ialah 7.71gram yang mengandungi Methamphetamine. Methamphetamine adalah disenaraikan dalam jadual pertama Akta Dadah Berbahaya.
4
4.6 Pihak pendakwaan telah mengemukakan ekshibit-ekshibit seperti yang berikut:
4
4.6.1 P1- Rasa 508/21 4.6.2 P2- Laporan Kimia 21-FR-B-10953 4.6.3 P3A-E 5 Gambar Acu Pakai 4.6.4 P4- Gambar Barang Kes 4.6.5 P5A-C 3 Gambar Tempat Kejadian 4.6.6 P6- Sampul F
4
4.6.7 P7- 5 Peket Plastik 4.6.8 P8- Baki Analisa
5
5.1 OKT telah menukar pengakuan kepada mengaku salah atas pertuduhan pindaan tersebut setelah pihak pendakwaan memanggil 2 saksi memberikan keterangan di mahkamah. OKT juga faham sifat dan akibat pengakuan salahnya. Prinsip asas pengakuan salah OKT wajar diberikan pengurangan atau diskaun atas hukuman yang bakal dikenakan namun prinsip asas ini tidaklah boleh diberikan secara automatik. Pertimbangan lain perlu diperhalusi sebelum prinsip asas ini digunapakai apatah lagi di dalam kes ini 2 saksi pendakwaan telah pun dipanggil memberikan keterangan.
5
5.2 YA Augustine Paul, Hakim Mahkamah Rayuan di dalam Bachik Bin Abdul Rahman V. Pendakwa Raya [2004] 2 MLJ 534, [2004] 2 CLJ 572, telah memutuskan berkenaan pengurangan hukuman atau diskaun tersebut bukanlah sesuatu yang automatik memandangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan itu masih atas budibicara Hakim yang mendengar pertuduhannya setelah menilai keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan serta faktor-faktor lain yang menjadi aras pertimbangannya sebagaimana dinyatakan seperti yang berikut: “One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so, may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.”
5
5.3 Selanjutnya Mahkamah ini merujuk kepasa prinsip yang digariskan di dalam kes Public Prosecutor V Kamaruzaman Bin Mahmud & Anor [2007] 1 MLJ 750 di mana mahkamah memutuskan seperti berikut: "[68] Ordinarily a plea of guilty has been treated as a mitigating factor since it saves judicial time in conducting a lengthy trial but it also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Melvani v Public Prosecutor [1971] 1 MLJ 137, Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134, Loh Hock Seng & Anor v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v Leo Say & 2 Ors [1985] 2 155, Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167, Public Prosecutor v Ravindran a/l N Rethinam & 5 Ors [1992] 4 CLJ 2043, Tan Lay Chen v Public Prosecutor [2001] 1 MLJ 135). The court has recognized that a plea of guilty is ordinarily a consideration to be taken into account in mitigation of punishment but it must be made clear that it is not the law that a sentencing judge must exercise a discretion to provide a non-custodial sentence in every case of plea of guilty as each case is dealt with on its own individual merits and should not be assumed mechanically that it will be spared the custodial sentence. A plea advanced on counsel's advice late in the day because a conviction is almost inevitable, will be given less weight than one advanced from arrest or committal, on the first day he is charged in court to save witnesses from the trauma of a trial or to reduce court delays, (see R Lawrence [1980] 1 NSWLR 122,) Laurentiu [1992] 63 A Crim R 402)."
5
5.4 Mahkamah ini juga merujuk kepada dapatan Mahkamah Persekutuan di dalam kes lwan Bujang Dara & Anor v. Public Prosecutor [2017] CLJU 285; [2017] 1 LNS 285; [2017] 3 MLJ 630 yang menyatakan seperti berikut: “But the court is not only concerned with the plea in mitigation in passing sentence. No matter how strong the plea in mitigation is in favour of a lenient sentence, the court's overriding consideration has always been and will always be the public interest.”
5
5.5 Pertimbangan Mahkamah ini dalam memutuskan hukuman bukanlah hanya semata-mata untuk kepentingan OKT tetapi juga kepada faktor kepentingan awam serta keseriusan kesalahan yang dilakukan seperti mana pertuduhan. Mahkamah ini memandang serius atas kesalahan seperti mana pertuduhan. OKT dalam pertuduhan ini telah dituduh atas kesalahan memiliki dadah Methamphetamine dengan berat bersih 7.17gram. Kesalahan jenayah melibatkan dadah berbahaya adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dan sangat berleluasa sejak bertahun lama sehingga kini. Jenayah melibatkan dadah bukan sahaja merosakkan OKT secara peribadi tetapi juga merosakkan masyarakat dan negara secara amnya. Maka, atas pertuduhan ini mahkamah perlu memberikan suatu bentuk hukuman selaras dengan undang-undang untuk dijadikan pengajaran dan bagi mengasingkan OKT dari terus terjerumus dalam gejala dadah dan berharap OKT akan berubah sepanjang menjalani hukuman pemenjaraan ini.
6
6.1 Mahkamah ini seterusnya perlu mengambil kira kepentingan awam melampaui kepentingan OKT sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan selari dengan prinsip undang-undang sebagaimana yang telah digariskan di dalam kes R V Ball (Kenneth John) [1951] 35 CR APP R 164 seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.”
6
6.2 Selanjutnya, mahkamah ini juga merujuk kepada dapatan Yang Arif Hakim Augustine Paul di dalam Tan Lay Chen V Public Prosecutor [2001] 1 MLJ 135; [2000] 4 CLJ 492, yang menyatakan seperti berikut: “The phrase 'pass sentence according to law' in the subsection means that the sentence imposed must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles (see Re Chang Cheng Hoe & Ors [1966] 2 MLJ 252; Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315; Philip Lau Chee Heng v Public Prosecutor [1988] 3 MLJ 107). The assessment of a sentence in accordance with judicial principles clearly contemplates, inter alia, a consideration of the mitigating circumstances in favour of the person to be sentenced. It is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134; Public Prosecutor v Sulaiman bin Ahmad [1993] 1 MLJ 74; Public Prosecutor v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v Public Prosecutor [1996] MLJU 159; [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea (see Loh Hock Seng v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v Oo Leng Swee & Ors [1981] 1 MLJ 247). Where public interest demands a deterrent sentence in the circumstances of a particular case, then the effect of a guilty plea must also give way (see Sim Gek Yong v Public Prosecutor [1995] 1 SLR 537; R v Costen [1989] 11 Cr App R (S) 182). Thus, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment (see Public Prosecutor v Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 MLJ 181)”
6
6.3 Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah ini adalah suatu hukuman yang munasabah sebagai pengajaran kepada OKT secara khusus supaya tidak diulanginya lagi di masa hadapan dan juga suatu mesej kepada masyarakat secara umumnya agar tidak sewenangnya melibatkan diri dengan sebarang aktiviti berkaitan dadah berbahaya. Masyarakat perlu dilindungi dari aktiviti penyalahgunaan dadah dan jenayah seumpama ini perlu dibanteras dalam negara ini. Mahkamah ini berharap dengan hukuman berbentuk pemenjaraan dan sebatan ini akan dapat membantu OKT bermuhasabah serta berubah ke arah yang lebih baik lantas menjadi manusia yang lebih berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.
6
6.4 Mahkamah ini mengambil pendekatan dengan mengikuti prinsip yang telah diputuskan oleh YA Mokhtar Sidin HMR di dalam kes Tia Ah Leng V. Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 77 di mana menyatakan: “[1] Although it is an accepted rule of practice that an accused person - who pleads guilty to an offence with which he has been charged - should be given a discount on the sentence that would otherwise have been imposed on him had he been convicted after a trial, yet there are important exceptions to this general rule. Indeed, the offences under the Dangerous Drugs Act 1952 are exceptions to this rule.”
7
7.1 OKT diwakili oleh peguam YBGK semasa pengakuan salah direkodkan. Mitigasi OKT menyatakan bahawa OKT berusia 33 tahun, bekerja memasang internet dengan gaji RM1600 sebulan sebelum ditangkap. OKT telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan 6 orang anak. Sebahagian anak OKT adalah dari hasil perkahwinan pertama OKT. OKT telah mengaku salah dan telah menjimatkan masa semua pihak di dalam kes ini. OKT telah insaf dan berjanji tidak akan ulangi lagi pada masa akan datang. Selanjutnya OKT memohon diberikan hukuman ringan.
7
7.2 Pihak pendakwaan dalam hujahannya memohon hukuman setimpal diberikan kepada OKT sebagai pengajaran dengan mengambil kira 7.71gram Methamphetamine. Selanjutnya dihujahkan bahwa OKT memilih menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan pindaan semasa peringkat sambung bicara.
7
7.3 Mahkamah ini telah menimbangkan hujahan pihak pendakwaan dan rayuan mitigasi yang dikemukakan OKT dan pengakuan salah OKT yang dibuat di peringkat sambung bicara dengan 2 saksi pendakwaan telah dipanggil memberikan keterangan sebagai faktor mitigasinya. Oleh yang demikian itu, mahkamah ini perlu memberikan suatu bentuk hukuman yang diharapkan dapat mencegah kegiatan dan penglibatan OKT dalam kesalahan penyalahgunaan dadah serta hasrat hukuman ini agar menjadi suatu bentuk pengajaran bukan sahaja kepada OKT tetapi juga kepada masyarakat umum supaya menjauhkan diri dari aktiviti penyalahgunaan dadah berbahaya.
7
7.4 Mahkamah Rayuan di dalam Adam Atan v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 93 memutuskan seperti berikut: “There is no gain say that drug offenders are a menace to society. They are nothing less than serpents on the front lawn of justice and should be dealt with accordingly. Every day we read in the newspapers about the efforts of the law enforcement agencies in seizing large quantities of dangerous drugs and of the deleterious nature of these drugs which is visited upon members of our society, in particular our youth. The courts will be failing in their duty if they do not take a serious view towards the offences of this nature. The sentence imposed must not only be commensurate with the offence in this case but must also stop would be offenders dead in their tracks from committing it."
8
8.1 Kesalahan berkaitan dengan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya adalah suatu kesalahan jenayah serius. Penyalahgunaan dadah bukan sekadar boleh mengancam keselamatan OKT dan keluarganya malah ianya juga boleh mengancam masyarakat di negara ini.
8
8.2 Kerajaan Malaysia telah beberapa kali meminda hukuman kesalahan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dengan meningkatkan hukuman kesalahan bagi tujuan membendung masalah penyalahgunaan dadah, namun permasalahan ini sehingga kini masih berleluasa dan sukar dibendung. Oleh itu, mahkamah ini berperanan untuk memberikan pengajaran yang munasabah kepada pesalah penyalahgunaan dadah ini. Mahkamah ini merujukan kepada nas undang-undang dari penghakiman Augustine Paul HMT (kemudiannya HMP) dalam kes PP V. Amir Hamzah Amir Mydin [2003] 1 LNS 736 yang mana diputuskan: "Keseriusan kesalahan berkenaan dadah perlulah dizahirkan dalam hukuman yang dijatuhkan supaya ianya menjadi satu petunjuk yang jelas kepada semua anggota masyarakat tentang betapa seriusnya kesalahan jenis ini di mata undang-undang. Hukuman yang bersifat pencegahan juga memenuhi hasrat penggubal undang-undang yang telah mengkaji semula dan menaikkan hukuman bagi kesalahan- kesalahan di bawah Akta tersebut beberapa kali dalam usaha mengekang merebaknya kesalahan yang melibatkan najis dadah.”
8
8.3 Mahkamah ini merujuk Pendakwa Raya V. Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559, di mana Mahkamah Rayuan telah menekankan mengenai kesalahan berkaitan dadah berbahaya seperti berikut: “[21] Tidak dapat dipertikaikan bahawa kesalahan yang berkaitan dengan dadah adalah merupakan satu kesalahan yang serius yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta kesihatan umum. Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Justeru, jika Mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kepada satu kesalahan yang ditetapkan melalui Parlimen sebagai serius, sudah tentu perlindungan sewajarnya tidak dapat diberikan kepada orang ramai. Dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP (supra) mahkamah menegaskan: “The severity of sentence can only be to reflect Parliament's intention that conviction for being in possession of a large amount of any form of prohibited drugs must commensurate with the sentence to be passed on the peculiar facts of each case. [Penekanan ditambah]”
8
8.4 Mahkamah ini juga mengambil kira prinsip penghukuman dalam kes Letitia Bosman V Public Prosecutor & Other Appeals (No.1) [2020] 5 MLJ 277, [2020] 8 CLJ 147 yang menyatakan seperti berikut: "[124]... Generally, the law does not fix a mandatory sentence for a certain offence. A maximum sentence is prescribed for the offence and the court is left to decide the appropriate sentence within the ambit of the punishment provision. In such a case, the accused will then make a plea of mitigation, which is a submission to move the court to pass a lenient sentence. It bears noting that under the scheme of Chapter XX of the CPC that governs the procedure of criminal trials in the High Court, there is no statutory requirement for mitigating factors to be considered by the court before it passes sentence according to law. Although there is no provision in the CPC for a plea in mitigation in High Court trials, nevertheless as a matter of fact, in practice it is quite common to allow a plea in mitigation before the court imposes sentence. After the accused has submitted the mitigation plea, the prosecution will submit the aggravating factors for the purpose of pressing for a heavy sentence. [125] In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principles (see Jafa bin Daud at p 316 of the judgment of Mohamed Azmi J)."
8
8.5 Mahkamah Agung, di dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang V PP [1988] 1 MLJ 167, telah memutuskan yang berikut: "In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and, fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than what the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence.”
9
9.1 Mengambil kira faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas, hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini ke atas OKT adalah selari dengan peruntukkan undang-undang serta setimpal atas kesalahan yang telah dilakukannya. Hukuman tersebut adalah suatu bentuk pengajaran agar OKT tidak sewenangnya melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. Disamping itu juga, bentuk hukuman seumpama ini memberikan gambaran bahawa Mahkamah ini memandang berat dan serius atas semua kesalahan jenayah yang patut dijauhi oleh masyarakat secara umum dan khasnya kepada OKT sendiri.
9
9.2 Mahkamah ini telah menimbangkan mitigasi OKT, hujahan ringkas pihak pendakwaan dan faktor kepentingan awam yang mahsyur yang perlu diambil kira Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kes. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna Mahkamah terus mengabaikan kepentingan OKT. Kaedah yang wajar digunakan Mahkamah adalah membuat imbangan di antara kepentingan awam dan kepentingan OKT dalam menentukan hukuman yang berpatutan. Rujukan selanjutnya di dalam PP v. Md Rashid Harun [2000] 3 CLJ 832 yang menggariskan seperti berikut: “Courts are duty bound to consider all these matters before deciding upon a suitable sentence” …The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence… Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence… Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterrent sentence… That is not to say though, that “the circumstances of the individual offender are more important than the protection of innocent members of the community from injury to their persons, or from risk even to their lives”. Public interest must not be relegated to the background. “The correct approach is to strike a balance, so far as possible, between the interest of the public and the interest of the accused.”
9
9.3 Oleh itu, atas imbangan dan pertimbangan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, keputusan Mahkamah ini yang memutuskan OKT dihukum penjara 3 tahun dari tarikh jatuh hukum 20.2.2024 dan 4 sebatan rotan adalah munasabah, setimpal, wajar dan selari dengan peruntukkan undang-undang. ………….. Fatimah ………… (SITI FATIMAH BINTI TALIB) HAKIM MAHKAMAH SESYEN KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh: 14 Mei 2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.