Content
DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA WRIT SAMAN NO: BJ-A72NCvC-41-07/2022 ANTARA MUHAMAD AIZAT BIN ONN (NO. K/P: 891104105897) …PLANTIF DAN GEE HING ELECTRICAL WORKS SDN BHD (Company No.: 527282-X) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN MUKADIMAH [1] Ini adalah alasan penghakiman penuh bagi keputusan yang telah diputuskan pada 19.2.2025 di mana Mahkamah telah menolak tuntutan Plantif terhadap Defendan dan menolak tuntutan balas Defendan terhadap Plantif sejumlah RM 5,183.70 tetapi Mahkamah hanya membenarkan tuntutan balas Defendan terhadap Plantif sejumlah RM 104.60 sahaja. Mahkamah turut memerintahkan kos tindakan ini adalah ditanggung pihak masing-masing. [2] Plantif telah memfailkan notis rayuan pada 5.3.2025 ke atas keseluruhan keputusan Majistret. Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana mereka di Mahkamah Majistret. 10/03/2025 16:23:29 BJ-A72NCvC-41-07/2022 Kand. 49 S/N kXBsArkLIUyzw9LpgoWfdg PIHAK-PIHAK [3] Plantif adalah seorang individu warganegara Malaysia yang memberikan perkhidmatan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal termasuk pemasangan pendawaian elektrik. Defendan adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja elektrikal dan perniagaan am. Pada setiap masa yang material, Defendan adalah diwakili oleh pengarah syarikat Lee Ser Ki. LATAR BELAKANG KES [4] Tindakan Plantif terhadap Defendan adalah melibatkan tuntutan gantirugi kemungkiran perjanjian yang timbul di mana Plantif telah menerima tawaran kerja daripada Defendan bagi melaksanakan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk projek perumahan. A. VERSI PLANTIF [5] Pada sekitar bulan November 2018, terdapat perjanjian berlaku antara Plantif dan Defendan di mana melalui pelbagai medium komunikasi antara lain seperti melalui pertemuan, perbualan telefon dan/atau mesej di aplikasi Whatsapp melalui nombor telefon 019-331 4828 dan 010-212 7146. [6] Berikut merupakan butir-butir persetujuan antara Plantif dengan Defendan (segala komunikasi melalui Lee Ser Ki) dalam tawaran kerja Defendan kepada Plantif untuk kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk taman perumahan di Lot 2094 tersebut:- a) Plantif adalah bertanggungjawab untuk menyempurnakan dan menyiapkan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal termasuk pemasangan pendawaian (wiring) elektrik untuk kesemua 24 unit rumah di Lot 2094 tersebut; b) Defendan melalui Lee Ser Ki adalah bertanggungjawab untuk menyelia dan memeriksa serta mengarahkan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal Plantif untuk kesemua 24 unit rumah di Lot 2094 tersebut; c) Defendan juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dan membekalkan peralatan-peralatan dan bahan-bahan binaan yang berkaitan S/N kXBsArkLIUyzw9LpgoWfdg supaya Plantif dapat melaksanakan dan menyempurnakan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk kesemua 24 unit rumah di Lot 2094 tersebut; d) Bayaran untuk perkhidmatan dan/ atau upah Plantif bagi kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk setiap unit rumah di Lot 2094 tersebut adalah berjumlah RM2,060.00; dan e) Jumlah keseluruhan bayaran untuk perkhidmatan dan/ atau upah Plaintif kepada Defendan untuk kerja-kerja elektrikal dan mekanikal kesemua 24 buah unit rumah adalah berjumlah sebanyak RM49,440.00. [7] Pada sekitar awal bulan Disember 2018, Plantif telahpun memulakan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal di Lot 2094 tersebut sepertimana yang diarahkan dan diselia oleh Lee Ser Ki termasuklah kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik untuk setiap 24 unit rumah di Lot 2094. [8] Semasa dalam proses Plantif menyiapkan kerja-kerja tersebut, telah berlaku perubahan atau pengurangan terhadap jumlah upah yang dipersetujui antara Defendan dengan Plantif untuk sebuah unit rumah kerana Defendan memberitahu Plantif bahawa Plantif tidak perlu buat kerja-kerja pemasangan ‘distribution box’ atau ‘D/B’ di mana Plantif telah bersetuju dan menjadikan upah bagi kerja-kerja elektrikal dan mekanikal bagi satu unit telah berkurang menjadi, RM1,935.00 dan menjadikan total upah keseluruhan yang mesti dibayar oleh Defendan kepada Plaintif adalah berjumlah RM46,440.00. [9] Hal ini kerana ketika itu masih tiada pemegang laluan yang telah disediakan oleh kontraktor utama di Lot 2094 tersebut untuk Plantif memasang ‘arma cable’ dan hanya selepas memasang ‘arma cable’ baru pemasangan ‘distribution box’ atau ‘D/B’ boleh diteruskan. Sebab itulah, kerja-kerja pemasangan ‘D/B’ dikeluarkan daripada tugas-tugas Plantif. [10] Bahawa pada 26.3.2019, kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk kesemua 24 unit rumah di Lot 2094 tersebut telahpun siap disempurnakan oleh Plantif sepertimana yang dipersetujui kecuali pemasangan ‘arma cable’ kerana Plantif masih menunggu baki bayaran untuk kerja-kerja elektrikal dan mekanikal yang sudah disiapkan oleh Plantif sebelum ini. S/N kXBsArkLIUyzw9LpgoWfdg [11] Defendan melalui Lee Ser Ki telah pergi sendiri ke tapak perumahan di Lot 2094 tersebut untuk memeriksa hasil kerja yang disiapkan oleh Plantif dan telah mengarahkan Plantif untuk membuat kerja-kerja penyempurnaan. Berikutan itu, Plantif telah melakukan kerja-kerja penyempurnaan di Lot 2094 tersebut sehingga selesai untuk kesemua 24 unit rumah sehingga akhir bulan Mei 2019 kecuali pemasangan ‘arma cable’ sepertimana yang dipersetujui. [12] Pada bulan April 2019, Defendan melalui Lee Ser Ki telah melantik Plaintif untuk membuat kerja – kerja elektrikal dan mekanikal di sebuah taman perumahan yang terletak di Jalan Kasban, Meru untuk balasan sebanyak RM500.00 keseluruhannya. Pada bulan Mei 2019, kerja–kerja tersebut telah siap dan sempurna yang mana juga telah diperiksa tanpa sebarang bantahan oleh Defendan melalui Lee Ser Ki. [13] Kemudian, Defendan telah menyatakan bahawa Plantif perlu menanggung kos bahan–bahan pembinaan yang mana kira–kira telah dibuat sendiri oleh Defendan [yang dipertikai]. Defendan telah meminta Plantif untuk membayar baki sebanyak RM5,183.70 bagi menampung kos bahan-bahan binaan sedangkan masih ada baki sebanyak RM23,060.00 upah yang belum dibayar oleh Defendan kepada Planitf. [14] Berikut adalah kronologi ringkasan perkiraan bayaran upah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk kerja-kerja elektrikal dan mekanikal di Lot 2094 dan di taman perumahan Jalan Kasban tersebut:- i. Persetujuan pertama: RM2,060 x 24 unit yang berjumlah RM49,440; ii. Persetujuan kedua [tidak perlu melakukan kerja-kerja pemasangan Distribution Box]: RM1,935 x 24 unit yang berjumlah RM46,440; iii. Persetujuan ketiga [kiraan akhir pada 30.5.2019 selepas Defendan enggan membayar baki bayaran upah Plantif selepas penolakan kerja pemasangan Arma Cable]: RM1,815 x 24 unit yang berjumlah RM43,560; iv. Tuntutan Plaintif: RM22,560 (selepas ditolak RM21,000 yang telah dibayar Defendan) + RM500 (untuk kerja-kerja di Jalan Kasban, Meru). Keseluruhan berjumlah RM23,060.00. S/N kXBsArkLIUyzw9LpgoWfdg B. VERSI DEFENDAN [15] Defendan tidak menafikan wujud perjanjian antara Plantif dan Defendan bagi melaksanakan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk projek perumahan di Lot