(iii) Terdapat 10 orang saksi pendakwaan telah dipanggil dengan mengambil kira kos dan masa mahkamah. 16) Selanjutnya, setelah mahkamah mempertimbangkan rayuan peringanan daripada Tertuduh dan hujahan pemberatan daripada Pegawai Pendakwa, maka mahkamah menjatuhkan hukuman Penjara 10 Tahun Dari Tarikh Sabitan (27.8.2024) dan Denda RM50,000 jika gagal bayar 14 Bulan Penjara. Perintah Lesen Memandu dibatalkan. D. ALASAN 17) Objektif sesuatu hukuman dijatuhkan kepada Tertuduh di sesebuah negara adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersahsiah tinggi, patuh kepada undang-undang dan mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Merujuk kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864 telah diputuskan bahawa (dengan izin): “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offender’s means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (l) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” 18) Mahkamah ini telah mengambil kira beberapa faktor dan kriteria sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh. Diantaranya ialah: Kepentingan Awam 19) Faktor kepentingan awam adalah salah satu faktor utama yang diambil kira oleh mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud mahkamah ini mengabaikan kepentingan Tertuduh. Hal ini kerana kepentingan awam merupakan konsep yang mempunyai taksiran subjektif bergantung kepada fakta sesuatu kes. Ini jelas dirujuk di dalam satu kes klasik iaitu di dalam kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164, di mana dinyatakan bahawa (dengan izin); “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain consideration. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime a seeming to offer easy money on the supposition, that if the offence is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal to an honest life. The public interest indeed served and the best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, the sentence for a particular crime, but a maximum sentence and leave it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe? 20) Merujuk kepada kes di hadapan mahkamah ini, ianya merupakan satu kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian mangsa pejalan kaki. Kesalahan Tertuduh adalah kesalahan yang sering diberikan perhatian umum dan dititikberatkan ekoran daripada kekerapan kejadian seperti itu berlaku. Kerajaan mengambil perhatian yang serius berkenaan kes berkaitan memandangkan hukuman yang dikenakan juga telah dipinda kepada yang lebih berat. Oleh itu, mahkamah juga memberi penekanan yang serius dalam mempertimbangkan hukuman terhadap Tertuduh. 21) Tindakan Tertuduh adalah tidak wajar dan ia boleh menjadi barah yang membunuh keharmonian masyarakat. Adalah wajar bagi mahkamah memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan Tertuduh. 22) Dengan hukuman yang setimpal juga dapat memberi kesedaran yang lebih kepada Tertuduh ini agar tidak mengulanginya. Justeru secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pelanggaran undang-undang di dalam masyarakat umumnya malah kepentingan masyarakat secara umumnya dijamin dan terjaga kerana secara tidak langsung dapat menghindarkan masyarakat mendapat kesan negatif akibat daripada perbuatan ini. 23) Selain daripada itu, kepentingan awam tidak hanya tertumpu kepada kepentingan masyarakat umum semata-mata. Kepentingan Tertuduh juga merupakan salah satu kepentingan awam kerana setiap tindakan daripada Tertuduh memberi kesan kepada masyarakat. Hukuman yang diberikan kepada Tertuduh bagi kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan adalah adil dan bersesuaian bagi Tertuduh. Dengan itu, hukuman yang diberikan adalah munasabah bagi Tertuduh dalam memberikan kesedaran kepada Tertuduh untuk memperbaiki diri dan berubah sekaligus ia akan mengubah kepentingan awam di mana Tertuduh akan menjadi lebih baik dan tidak mengulangi perbuatannya sekaligus kepentingan awan turut terjaga. Pengajaran/Deteren 24) Sesuatu hukuman yang dipertimbangkan perlulah bagi memberikan pengajaran setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ini bertujuan supaya Tertuduh tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi dan insaf. Begitu juga kepada masyarakat awam, hukuman perlulah memberikan pengajaran dan peringatan tentang akibat daripada kesalahan yang dilakukan. 25) Mahkamah meneliti fakta kes di mana Tertuduh pada masa kejadian di dalam pengaruh dadah jenis methamphetamine hasil daripada laporan kimia yang dikemukakan. Adalah menjadi kesalahan yang serius di mana Tertuduh tidak seharusnya berada di atas jalan pada masa kejadian kerana tahap kesederan Tertuduh adalah di luar kawalan Tertuduh. Tertuduh pada masa kejadian telah melakukan kesalahan di mana Tertuduh sendiri di dalam pengaruh dadah serta lebih memburukkan keadaan Tertuduh turut berada di atas jalan memandu kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan ke atas seorang pejalan kaki. 26) Tindakan yang di luar batasan tersebut telah menjadikan pengajaran kepada Tertuduh setelah Tertuduh ditangkap dan dituduh di mahkamah ini. Tambahan pula Tertuduh telah berada di dalam reman penjara menunggu perbicaraan selesai setelah ditangkap semula pada 13.6.2023. 27) Mahkamah berpendapat hukuman yang dikenakan adalah patut dan bersesuaian terhadap Tertuduh. Ia memberikan pengajaran terhadap Tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Seterusnya, hukuman juga bertujuan untuk Tertuduh berasa insaf dan sedar atas perbuatannya sekaligus memberikan pengajaran kepada masyarakat secara amnya. Ia seharusnya dijadikan pengajaran terhadap perbuatan tersebut. 28) Oleh itu, mahkamah berpendapat hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadap Tertuduh adalah munasabah dan setimpal serta memberikan pengajaran kepada Tertuduh. Begitu juga dengan masyarakat secara amnya. Latar Belakang Tertuduh 29) Berdasarkan rayuan yang dikemukakan oleh Tertuduh, jelas menunjukkan bahawa Tertuduh telah berusia matang dan mempunyai tahap pemikiran yang waras. Tertuduh telah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak ulangi lagi. Tertuduh juga dilihat telah insaf dan mengakui tidak berfikir panjang semasa melakukan kesalahan tersebut. Tertuduh pohon dikenakan hukuman penjara yang ringan kerana Tertuduh mempunyai tanggungan keluarga dan ingin pulang ke pangkuan keluraga 30) Mahkamah ini merujuk kepada kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441, di mana di dalam kes ini Augustine Paul JC menyatakan (dengan izin); “A mitigation plea should not be treated as a ritualistic step to be summarily rejected the moment it is made. It is a constituent element of sentencing process. It merits due consideration in the light of the facts of each case, and more so when it is not contradicted by the prosecution as in the case”. 31) Berdasarkan daripada faktor tersebut di atas, mahkamah mengenakan hukuman yang munasabah supaya Tertuduh sedar dan insaf atas perbuatannya. Ianya adalah sebagai pengajaran kepada Tertuduh. Tambahan pula, mahkamah mempertimbangkan Tertuduh mempunyai tanggungan anak, isteri dan ibu yang uzur serta ingin pulang ke pangkuan keluarga. Mahkamah juga turut mempertimbangkan keadaan Tertuduh yang yang menjadi punca pendapatan dan kebergantungan keluarga terhadap Tertuduh. 32) Walaubagaimanapun, mahkamah turut mempertimbangkan bahawa Tertuduh telah cukup dewasa dan sewajarnya Tertuduh lebih matang dalam mempertimbangkan kebaikan dan keburukan. Tertuduh sepatutnya waras dalam mempertimbangkan segala tindakan Tertduduh. Namun demikian, Tertuduh gagal membuat pertimbangan sewajarnya sehingga terjebak dengan pengaruh dadah dan lebih memudaratkan lagi menyebabkan kematian sewaktu memandu di bawah pengaruh dadah. 33) Di samping itu juga, mahkamah turut mempertimbangkan tahap pendapatan dan kadar ekonomi Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu traktor sebelum ini dengan pendapatan RM1500 sebulan dan penanggung tunggal keluarga. Kadar sosioekonomi Tertuduh pada masa kini turut diambil kira oleh mahkamah. Oleh itu, mahkamah ini berpendapat adalah munasabah dan setimpal hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh setelah mengambil kira latar belakang Tertuduh dan faktor ekonomi yang mempengaruhi Tertuduh sendiri serta kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh. Pengakuan Salah Tertuduh. 34) Tertuduh juga telah mengaku salah di hadapan mahkamah setelah pertuduhan dibacakan semula. Ini turut menjimatkan masa mahkamah dan kos pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, pertimbangan patut diberikan kepada pengakuan salah Tertuduh. 35) Sepertimana yang digariskan di dalam kes PP v. Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45 seperti berikut (dengan izin); “It is a generally accepted rule that a person should be given credit or discount for pleading guilty.” 36) Merujuk juga kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 2 MLJ 134, di mana telah diputuskan bahawa (dengan izin); “The plea of guilty by both accused persons saved court time. This court's therefore, found this as a factor that would work in favour of the accused persons. Whether a person is a hardened criminal or otherwise, a plea of guilt is a mitigating factor.” 37) Pengakuan salah merupakan salah satu faktor mitigasi yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman kepada Tertuduh. Setelah mengambil kira faktor tersebut, adalah munasabah dan setimpal hukuman yang telah dikenakan kepada Tertuduh. Tiada Rekod Kesalahan Lampau 38) Mahkamah juga mendapati Tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kerana tidak dikemukakan sebarang rekod kesalahan lampau oleh pihak pendakwaan. Tertuduh juga di dalam rayuannya menyatakan bahawa ini merupakan kesalahan pertamanya. 39) Merujuk kes PP v. Jafa Daud [1981] MLJ 315, Mohamed Azmi J, memutuskan seperti berikut (dengan izin); “A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature of value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor. (emphasis added”. 40) Memandangkan Tertuduh merupakan Pesalah Pertama dan tiada rekod kesalahan lampau yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, dengan ini, adalah amat wajar dan setimpal hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh di atas kesalahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, mahkamah tidak menafikan fakta di mana Tertuduh telah menyebabkan kematian seorang pejalan kaki semasa Tertuduh memandu dalam keadaan di bawah pengaruh dadah mana bertentangan dengan undang-undang dan sahsiah manusia. 41) Berdasarkan faktor tersebut, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang diberikan kepada Tertuduh adalah munasabah dan wajar setelah mengambil kira rekod kesalahan kali pertama bagi Tertuduh. E. KESIMPULAN 42) Berdasarkan faktor-faktor tersebut di atas, mahkamah berpendapat hukuman penjara dan denda yang diberikan adalah setimpal dan hukuman tersebut telah memberikan pengajaran dan peringatan kepada Tertuduh supaya tidak mengulangi dan mengambil iktibar daripada kejadian yang telah berlaku. 43) Mahkamah juga mengambil kira tempoh reman penjara yang dijalani Tertuduh iaitu lebih kurang 14 bulan sementara menunggu perbicaraan selesai. Oleh itu, hukuman penjara minimum yang dikenakan dari tarikh sabitan adalah munasabah dan setimpal terhadap Tertuduh. Begitu juga dengan hukuman denda yang dikenakan adalah sewajarnya. DISEDIAKAN PADA 11 OKTOBER 2024; nurshahida NURSHAHIDA BINTI ABDUL RAHIM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR PERLIS