Content
AP-83D-395-09/2024 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SELAMA DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AP-83D-395-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
AP-83D-395-09/2024
Magistrates Court of Malaysia19 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
AP-83D-395-09/2024 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SELAMA DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AP-83D-395-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Ini adalah alasan penghakiman bagi keputusan Mahkamah ini yang melepaskan dan membebaskan tertuduh di akhir kes pendakwaan.
2
Tertuduh telah didakwa di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB’) yang boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) ADB. Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “Pertuduhan Pindaan Bahawa kamu pada 09/09/2024 jam lebih kurang 1715 jam, di dalam kebun pisang, Kg PPRT, Ijok, Batu Kurau, dalam Daerah Larut Matang dan Selama, dalam Negeri Perak, telah ada dalam milikan kamu dadah seberat 15.82 gram yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan oleh itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah AP-83D-395-09/2024 2 Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama.”.
3
Tertuduh telah mengaku tidak bersalah dan perbicaraan dijalankan. Pada akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh.
4
Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan melepaskan dan membebaskan tersebut di Mahkamah Tinggi, Taiping.
5
Pihak pendakwaan telah memanggil empat (4) orang saksi seperti berikut: No. Saksi Peranan SP1 Gunalan a/l Varatharajan Ahli Kimia SP2 Sarjan Mejar Kamal Ariffin bin Saruji Pegawai Tangkapan SP3 Koperal Mohamad Syafiq bin Ismail Anggota Tangkapan SP4 Sarjan Ku Azizuan bin Ku Aziz Pegawai Penyiasat
6
Ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan sepanjang kes pendakwaan adalah seperti berikut: Ekshibit Deskripsi P1 Pertuduhan Pindaan P2 Pernyataan Saksi SP1 P3 Resit Kimia P4 Laporan Kimia P5 1 sampul putih bertanda “KU” termeterai Jabatan Kimia Malaysia AP-83D-395-09/2024 3 Ekshibit Deskripsi P6 1 paket plastik keselamatan Jabatan Kimia Malaysia bertanda “KU” P7 (A–H) 8 paket plastik lut sinar bertanda KU1 hingga KU8 P8 Baki hasil analisa dadah yang telah dihomogenkan P9 (A–D) 4 keping gambar tempat kejadian P10 Borang Bongkar P11 Laporan Polis Pengadu Redang Panjang No: 1016/24 P12 Laporan Polis Tambahan Pengadu Selama No: 2834/24 P13 Borang Serah Menyerah P14 1 beg bungkusan barang kes PDRM berwarna coklat bertanda ER179/24 P15 1 beg silang berzip berwarna biru gelap bertanda “K” P16 1 botol kaca disyaki alat menghisap dadah bertanda “K9” P17 (A-D) 4 keping gambar barang kes P18 Pernyataan Saksi Pegawai Penyiasat (SP4) P19 Rajah kasar D20 Surat peguam tertuduh kepada pihak pendakwaan bertarikh 3/2/2025
7
Kes pendakwaan boleh diringkaskan seperti berikut. Pada 09/09/2024 pada pukul lebih kurang 5.15 petang, SP2 bersama-sama SP3 dan dua lagi anggota polis menjalankan Operasi Ops Tapis di kawasan kebun pisang di Kampung Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Ijok, Batu Kurau, Perak. [8]
Preamble
Menurut SP2, semasa melalui kawasan tersebut, beliau melihat seorang lelaki Melayu yang kemudiannya dikenal pasti sebagai tertuduh dalam keadaan mencurigakan di kebun pisang pada jarak kira-kira 100 meter dari kenderaan polis. [9] SP2 membuat pemerhatian selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sebelum menghampiri tertuduh bersama-sama anggotanya. SP2 AP-83D-395-09/2024 4 menyatakan bahawa SP2 boleh melihat kelibat tertuduh dengan jelas kerana keadaan masih terang. [10] Kemudian, SP2 dan anggota-anggotanya telah menghampiri tertuduh. Setelah SP2 memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasanya, tertuduh didakwa melarikan diri. SP2 dan anggota-anggotanya mengejar tertuduh dan berlaku pergelutan sebelum tertuduh berjaya ditahan. [11] Pemeriksaan badan terhadap tertuduh tidak menemui sebarang barang salah. Namun, SP2 mendakwa telah menemui sebuah beg silang berzip berwarna biru gelap (‘beg P15’) di atas tanah kira-kira satu kaki di hadapan tertuduh di kebun pisang tersebut. [12] Hasil pemeriksaan di dalam beg P15 tersebut menemui barang-barang berikut:
i
Lapan paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine (P7 (A-H)); dan
II
(ii) Satu botol kaca disyaki alat menghisap dadah (P16). [13] Tertuduh kemudiannya ditangkap dan barang kes yang ditemui dirampas. SP2 telah membawa tertuduh ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Selama. Setelah segala urusan tandaan barang kes, penyediaan borang bongkar (P10) dan laporan polis selesai dibuat (P11 & P12) , SP2 telah menyerahkan tertuduh dan barang kes dirampas kepada pegawai penyiasat (SP4) sebagaimana direkodkan dalam Borang Serah Menyerah (P13). AP-83D-395-09/2024 5 [14] Paket plastik P7(A-H) kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia. Ahli kimia (SP1) mengesahkan dalam laporannya (P4) bahawa bahan dalam paket plastik P7(A-H) tersebut mengandungi 15.82 gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine. VERSI PEMBELAAN SEMASA KES PENDAKWAAN [15] Intipati versi pembelaan sepanjang kes pendakwaan adalah seperti berikut:
i
Tertuduh ditangkap ketika sedang berkebun di kawasan kebun pisang (berbukit).
II
(ii) Beg P15 bukan ditemui berhampiran dengan tertuduh.
III
(iii) Beg P15 sebenarnya ditemui di dalam raga sebuah motosikal yang diparkir kira-kira 200 meter dari lokasi tangkapan tertuduh.
IV
(iv) Tertuduh mendakwa dirinya diminta mengakui bahawa dadah yang dijumpai dalam Beg P15 adalah miliknya. [16] Naratif pembelaan berkenaan telah dikemukakan kepada semua saksi pendakwaan iaitu SP2, SP3 dan SP4. [17] Selain itu, selepas tertuduh dituduh pada 13/9/2024 dan sebelum bicara dimulakan pada 16/6/2025, tertuduh melalui peguam belanya telah menulis satu surat kepada pihak pendakwaan bertarikh 3/2/2025 (‘surat D20’). Dalam surat D20, tertuduh menyatakan bahawa beg P15 yang mengandungi dadah sebenarnya bukan dijumpai di hadapan tertuduh, AP-83D-395-09/2024 6 tetapi dijumpai di dalam raga motosikal yang diparkir pada jarak lebih kurang 200 meter dari tempat tertuduh ditangkap. [18] Tertuduh juga dalam surat D20 menyatakan bahawa terdapat seorang lagi saksi awam di tempat tangkapan pada masa kejadian yang dapat mengesahkan kejadian ini iaitu Mohd Zaki bin Zakaria (‘Mohd Zaki’). Tertuduh telah mengemukakan butiran-butiran berkaitan Mohd Zaki dalam surat D20 tersebut. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Elemen Pemilikan [19] Setelah menilai keseluruhan keterangan, Mahkamah mendapati bahawa isu utama dalam kes ini adalah berkenaan elemen pemilikan beg P15 dimana di dalamnya terdapat dadah berbahaya 15.82 gram jenis Methamphetamine. [20] Bagi membuktikan elemen pemilikan dalam kes ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan ke atas beg P15 dan mempunyai pengetahuan akan kewujudan dadah berbahaya 15.82 gram jenis Methamphetamine dalam beg P15 (rujuk Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237 dan Leow Nghee Lim v Reg [1956] 1 MLJ 28). Kawalan dan jagaan merujuk kepada keadaan dimana seseorang itu mempunyai kuasa untuk berurusan dengan sesuatu barang itu sebagai kepunyaannya sendiri dan bukan orang lain (rujuk PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209). Manakala bukti pengetahuan merupakan suatu perkara inferens yang boleh disimpulkan berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan AP-83D-395-09/2024 7 kepada Mahkamah (rujuk Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19). [21] Dalam kes ini, beg P15 tidak ditemui secara fizikal pada badan tertuduh. Oleh itu, kes pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada inferens bahawa beg P15 yang dijumpai berhampiran tertuduh di atas tanah kira-kira satu kaki di hadapan tertuduh di kebun pisang tersebut berada dalam kawalan atau jagaan tertuduh. [22] Pihak pendakwaan juga bergantung kepada keterangan mengenai tindakan tertuduh yang melarikan diri sewaktu SP2 dan anggota-anggotanya memperkenalkan diri sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis menunjukkan bahawa tertuduh mengetahui bahawa beg P15 mengandungi dadah berbahaya. [23] Setelah menilai semua keterangan dan meneliti prinsip undang-undang yang berkaitan, Mahkamah mendapati bahawa terdapat keraguan munasabah sama ada tertuduh mempunyai milikan ke atas beg P15 atas sebab-sebab berikut. Dua versi bertentangan berkenaan lokasi beg P15 dirampas [24] Semasa pemeriksaan balas, SP4 mengakui bahawa beliau dia tidak ingat di mana beg P15 dijumpai dan telah merakam percakapan Mohd Zaki hasil daripada surat D20 yang telah diserahkan oleh tertuduh kepada pihak pendakwaan. Keterangan SP4 yang berkaitan perkara ini adalah seperti berikut: “S : Sebagai IO, kamu ada terima satu surat ataupun satu arahan dari Pegawai Pendakwa Raya untuk mengatakan kamu siasat saksi tertuduh yang bernama Mohd Zaki bin Zakaria? AP-83D-395-09/2024 8 J : ... S : Saya katakan sebenarnya bila Sarjan Kamal Arifin pergi ke tempat tersebut 100 meter itu, dia telah melihat motosikal, betul atau tidak? J : Saya tak pasti. Di dalam motosikal tersebut, di dalam raga motosikal tersebut dia telah menjumpai beg biru tersebut, betul? Tidak setuju. Dan selepas membuka beg dia telah melihat barang salah dalam beg tersebut, betul atau tidak pasti? Betul. Seperti mana barang kes memang dijumpai dalam beg tersebut Tuan. Selepas itu dia berjalan ke dalam kebun pisang, betul? Tidak setuju. Dan dia telah bertemu dengan OKT, Setuju? Tak setuju. Saya katakan sebenarnya beg itu telah diambil daripada motosikal jauh daripada tertuduh? Tak setuju. Dan Mohd Zaki bin Zakaria pun telah memberikan penyataan sama seperti ini, betul? Mahkamah: Pernyataan yang sama macam peguam letakkan tadi ya? Saksi: AP-83D-395-09/2024 9 S : Saya katakan OKT tidak mempunyai pengetahuan tentang barang tersebut? J : Tak setuju. S :
Preamble
Mengikut A1 dimanakah beg itu telah dijumpai? Jangan rujuk apa-apa. Di manakah beg itu dijumpai? J : Saya tidak ingat.”. [25] Ketika Mahkamah meminta penjelasan daripada SP4 berkenaan perkara ini selepas semua pihak selesai memeriksa saksi, SP4 telah memberikan keterangan berikut: “S : So surat ini daripada peguam kepada pihak pendakwaan. Sarjan ada dapat surat ini ye? : Ya, daripada Puan DPP untuk makluman saya. : So apa yang Sarjan buat? : Saya ada panggil saksi untuk, saya ada ambil untuk statement. : Then saksi pun sahkan apa yang peguam katakan dalam ...........statement saksi? : : Lepas itu apa jadi? : Saya cuma ambil statement itu dan dia ceritakan seperti mana ......................yang pihak peguam ceritakan tadi Tuan. : Okay lepas itu Sarjan? : Itu sahaja Tuan. : Itu sahaja tak ada buat siasatan lain? : Tiada, Tuan.”. AP-83D-395-09/2024 10 [26] Apa yang terserlah daripada keterangan SP4 dan surat D20 ialah SP4 sebagai pegawai penyiasat tidak dapat mengingati di mana beg P15 dijumpai. Mohd Zaki telah dirakam percakapannya oleh SP4 dan dalam rakaman percakapan tersebut Mohd Zaki mengesahkan bahawa dia telah melihat pasukan polis mengambil beg P15 yang mengandungi dadah berbahaya daripada raga sebuah motosikal yang diparkir di tepi jalan sebelum bergerak ke kawasan kebun pisang. Perlu diingat bahawa apa yang dinyatakan oleh SP4 adalah maklumat yang diperolehinya dalam kapasiti sebagai pegawai penyiasat semasa menjalankan siasatan. [27] Pihak pendakwaan juga tidak memeriksa semula SP4 berkenaan apa-apa keterangan yang diberikan oleh SP4 ketika pemeriksaan balas dan juga setelah Mahkamah meminta klarifikasi lanjut daripada SP4 terutamanya berkenaan rakaman percakapan yang telah diberikan oleh Mohd Zaki kepada SP4 yang menyokong naratif pembelaan. [28] Dalam erti kata lain, pihak pendakwaan tidak menafikan dan tidak mencabar kewujudan personaliti Mohd Zaki tersebut di tempat kejadian sewaktu tangkapan tertuduh dengan tidak memeriksa semula SP4 berkenaan perkara ini. [29] Dalam keadaan SP4 tidak diperiksa semula berkenaan pengesahannya terhadap keterangan yang diberikan oleh Mohd Zaki kepadanya, Mahkamah berpendapat terdapat beberapa kesamaran atau ambiguiti/ ketidaktentuan dalam kes pendakwaan yang tidak dijelaskan terutamanya berhubung perkara-perkara berikut:
i
Pertama, SP4 sebagai pegawai penyiasat tidak mengingati di mana beg P15 dijumpai. Persoalan yang timbul ialah sama ada pegawai penyiasat telah benar-benar menyiasat AP-83D-395-09/2024 11 lokasi sebenar beg P15 dirampas. Keterangan ini material kerana lokasi penemuan beg P15 merupakan subjek pertikaian utama dalam kes ini.
II
(ii) Kedua, siapakah sebenarnya Mohd Zaki? Mengapakah Mohd Zaki ada di tempat kejadian pada waktu tangkapan tertuduh? Mengapakah keterangannya berbeza daripada keterangan saksi-saksi polis? Adakah Mohd Zaki benar-benar berada di tempat kejadian semasa tangkapan dibuat terhadap tertuduh? [30] Dengan hormatnya, sekiranya benar tiada orang lain berada di tempat kejadian semasa tangkapan tertuduh dan sekiranya apa yang dinyatakan oleh Mohd Zaki dalam rakaman percakapannya kepada SP4 adalah tidak benar, Mahkamah berpandangan bahawa pihak pendakwaan seharusnya mencabar versi Mohd Zaki tersebut dengan menyoal semula SP4 iaitu sama ada keterangan Mohd Zaki dalam rakaman percakapannya benar atau sebaliknya dan jika tidak benar apakah sebabnya. Hal ini adalah penting memandangkan SP4 merupakan pegawai penyiasat bagi kes ini. [31] Mahkamah mendapati bahawa SP4 selaku pegawai penyiasat dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas telah mengesahkan bahawa keterangan Mohd Zaki menyokong naratif pembelaan dan perkara tersebut tidak dicabar melalui soal semula oleh pihak pendakwaan. Oleh itu, ketiadaan soal semula oleh pihak pendakwaan terhadap perkara tersebut wajar ditafsirkan sebagai penerimaan terhadap keterangan berkenaan (lihat keputusan AP-83D-395-09/2024 12 Mahkamah Rayuan dalam kes Tengku Adnan bin Tengku Mansor v Public Prosecutor [2022] 1 MLJ 93). [32] Mahkamah juga mempunyai keraguan kerana tiada penjelasan diberikan mengenai perbezaan fakta antara keterangan saksi polis dan keterangan Mohd Zaki dalam rakaman percakapannya. Keadaan ini mewujudkan dua versi fakta dalam kes pendakwaan sendiri:
i
Versi saksi polis: beg P15 dijumpai berhampiran tertuduh di kebun pisang; dan
II
(ii) Versi Mohd Zaki dan pembelaan: beg P15 diambil daripada raga motosikal yang diparkir di tepi jalan sebelum dibawa ke kebun pisang iaitu tempat tertuduh ditangkap. [33] Tanpa penjelasan yang memuaskan, Mahkamah tidak dapat membuat inferens bahawa tertuduh mempunyai milikan ke atas beg P15. [34] Apabila SP4 memberikan keterangan yang menimbulkan ambiguiti serius kepada kes pendakwaan, pihak pendakwaan mempunyai peluang untuk membuat pemeriksaan semula bagi menutup jurang dalam kes pendakwaan. Namun, dengan hormatnya pihak pendakwaan tidak berbuat demikian. Akibatnya ambiguiti yang timbul kekal tidak diperjelaskan dan terdapat dua versi fakta kekal wujud berkenaan di mana beg P15 diambil. [35] Undang-undang adalah mantap bahawa jika sesuatu keterangan boleh membawa kepada dua atau lebih inferens munasabah, Mahkamah hendaklah memilih inferens yang paling memihak kepada tertuduh. AP-83D-395-09/2024 13 [36] Dalam kes ini:
i
Inferens pertama: Dadah berbahaya dalam milikan tertuduh (beg P15 dijumpai berhampiran dengan tertuduh di kebun pisang); atau
II
(ii) Inferens kedua: Dadah berbahaya bukan dalam milikan tertuduh (beg P15 dijumpai di raga motosikal yang diparkir tepi jalan berdekatan kebun pisang). [37] Kedua-dua inferens adalah munasabah berdasarkan keterangan yang ada. Oleh itu, Mahkamah terikat untuk memilih inferens yang memihak kepada tertuduh iaitu inferens kedua. [38] Selain itu, Mahkamah juga berpuas hati bahawa satu Notis Alcontara telah diberikan oleh tertuduh kepada pihak pendakwaan pada peringkat kes pendakwaan lagi iaitu sebelum bicara bermula lagi sejurus tertuduh melantik peguamnya. Oleh itu adalah sukar untuk Mahkamah menyimpulkan bahawa naratif pembelaan ini adalah satu pemikiran terkemudian atau afterthought. [39] Dalam erti kata lain, Mahkamah menerima bahawa pembelaan tertuduh telah dikemukakan pada peringkat awal melalui surat D20. Mahkamah tidak boleh menyimpulkan bahawa maklumat dalam surat D20 adalah tidak benar atau sekadar pemikiran terkemudian tertuduh memandangkan tiada keterangan dikemukakan untuk menyangkal apa yang dinyatakan oleh Mohd Zaki dalam rakaman percakapannya adalah tidak benar. Malah, pihak pendakwaan sendiri tidak menafikan kewujudan personaliti Mohd Zaki tersebut. AP-83D-395-09/2024 14 Kegagalan memanggil Mohd Zaki atau menawarkannya kepada pihak pembelaan [40] Mahkamah berpendapat bahawa jurang dalam kes pihak pendakwaan menjadi lebih ketara apabila pihak pendakwaan gagal memanggil Mohd Zaki untuk memberikan keterangan atau sekurang-kurangnya menawarkannya kepada pihak pembelaan tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Mohd Zaki langsung tidak dipanggil dan juga tidak ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan atas sebab-sebab yang tidak dapat diketahui oleh Mahkamah. [41] Mahkamah tidak menafikan bahawa pihak pendakwaan mempunyai ruang budi bicara dalam menentukan saksi-saksi yang ingin dipanggil bagi menyokong kesnya. Walau bagaimanapun, Mahkamah tetap mempunyai tanggungjawab untuk menilai sama ada kegagalan memanggil mana-mana saksi tertentu telah mewujudkan kelompangan dalam kes pendakwaan dan penilaian tersebut hendaklah dibuat berdasarkan fakta serta keadaan khusus sesuatu kes. [42] Terdapat kategori saksi yang boleh dianggap sebagai witnesses essential to the unfolding of the narratives on which the prosecution is based. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi sedemikian atau sekurang-kurangnya menawarkannya kepada pihak pembelaan boleh menjejaskan kes pendakwaan. Dalam keadaan sedemikian, anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 boleh terpakai dan implikasinya boleh membawa kepada pelepasan atau pembebasan tertuduh. [43] Pihak pembelaan dalam kes ini telah membangkitkan isu penting berkaitan versi pihak pendakwaan berkenaan lokasi rampasan beg P15 AP-83D-395-09/2024 15 dan tempat tertuduh ditangkap. Isu tersebut bukan sahaja mengenai kehadiran Mohd Zaki di tempat kejadian sewaktu tangkapan tertuduh, malah Mohd Zaki juga telah menyatakan kepada SP4 bahawa dia menyaksikan polis mengambil beg P15 daripada raga motosikal yang diparkir di tepi jalan berdekatan kebun pisang. Beg P15 kemudian dibawa ke dalam kawasan kebun pisang di mana tertuduh ditangkap. Keterangan Mohd Zaki ini adalah selari dengan versi pembelaan. Tambahan pula, pihak pendakwaan pada bila-bila masa tidak menafikan kewujudan Mohd Zaki di tempat kejadian sewaktu tangkapan tertuduh. [44] Dalam keadaan ini, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan Mohd Zaki sekiranya dia dipanggil untuk memberikan keterangan adalah mustahak untuk menjelaskan lokasi sebenar di mana beg P15 dirampas. Keterangan ini penting untuk menilai pertikaian antara versi pihak pendakwaan dan versi pembelaan. Mahkamah juga berpendapat bahawa penilaian terhadap kredibiliti dan pemberat keterangan Mohd Zaki hanya boleh dibuat selepas Mahkamah mendengar keterangannya. [45] Justeru, kegagalan memanggil Mohd Zaki atau menawarkannya kepada pihak pembelaan tanpa penjelasan yang munasabah, Mahkamah berpendapat bahawa anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai kepada kes pendakwaan. [46] Bagi menyokong dapatan Mahkamah berkenaan perkara ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Tang Seng lwn. PP [2009] 6 CLJ 471. Dalam kes tersebut fakta kes adalah hampir serupa dengan kes semasa di mana pihak pendakwaan tidak menafikan kewujudan seorang individu bernama Lim Bak Seng yang berada di tempat kejadian sewaktu tertuduh ditangkap. Namun demikian, AP-83D-395-09/2024 16 Lim Bak Seng tidak dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan dan juga tidak ditawarkan kepada pihak pembelaan. Mahkamah Rayuan dalam mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap tertuduh telah memutuskan bahawa: “Di dalam kes ini, inferens bertentangan di bawah s. 114(g) Akta Keterangan 1950 sudah cukup untuk memusnahkan kes pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Lim sebagai saksi atau sekurang-kurangnya menawarkan beliau kepada pihak pembelaan boleh memprejudiskan tertuduh. Keterangan Lim boleh dimanfaatkan oleh tertuduh. Adalah jelas ketiadaan keterangan Lim membuka suatu jurang dalam kesinambungan keterangan pihak pendakwaan.”. (Penekanan ditambah). [47] Sehubungan itu, Mahkamah mendapati bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil Mohd Zaki atau sekurang-kurangnya menawarkannya kepada pihak pembelaan tanpa sebarang penjelasan yang munasabah telah mewujudkan satu kelompangan yang ketara dalam kes pendakwaan. Keterangan Mohd Zaki boleh memberi manfaat kepada tertuduh kerana ia boleh menjelaskan isu material yang dipertikaikan termasuk lokasi sebenar beg P15. Ketiadaannya telah menjejaskan kesinambungan keterangan pendakwaan dan menimbulkan keraguan munasabah. [48] Dalam keadaan di mana kewujudan Mohd Zaki tidak dinafikan, rakaman percakapannya telah diambil (di mana kandungan percakapan tersebut telah didedahkan melalui keterangan SP4) dan kandungannya boleh menyokong versi pembelaan, Mahkamah berpendapat bahawa anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah terpakai. AP-83D-395-09/2024 17 [49] Dengan hormatnya, kegagalan ini bukan sahaja menjejaskan kesinambungan naratif kes pendakwaan, malah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kebolehpercayaan versi pihak pendakwaan secara keseluruhan yang mana keraguan tersebut sewajarnya memihak kepada tertuduh. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [50] Persoalan penting di akhir kes pendakwaan ialah sama ada terdapat cukup keterangan untuk mensabitkan tertuduh sekiranya dia membuat pilihan untuk berdiam diri. Sekiranya jawapannya adalah afirmatif, kes prima facie telah berjaya dibuktikan. Sekiranya jawapannya tidak, maka tiada kes prima facie dan tertuduh mesti dibebaskan di akhir kes pendakwaan. [51] Dalam penilaian tersebut Mahkamah juga perlu meneliti sekiranya ada inferens munasabah yang perlu diambil kira dan mesti memilih inferens yang menyebelahi tertuduh sekiranya terdapat inferens yang bertentangan dalam sesuatu keterangan. [52] Dalam kes ini, Mahkamah telah mempertimbangkan secara maksimum keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan dan juga setelah meneliti dan menghalusi sedalam-dalamnya semua keterangan dan hujahan-hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan atas alasan-alasan yang Mahkamah telah bincangkan tadi. AP-83D-395-09/2024 18 [53] Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Bon jaminan dalam bentuk wang yang telah didepositkan diperintahkan agar dipulangkan kepada penjamin. Bertarikh: 02/03/2026 t.t (PRABAKARAN RAJOO) Majistret Mahkamah Majistret Selama Perak Darul Ridzuan PIHAK-PIHAK: Bagi pihak pendakwaan: TPR Puan Farihah Adilah binti Fazial Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Taiping Lido Business Center, No 10/21 & 12/21 Tingkat Atas, Jalan Manecksha, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bagi pihak pembelaan: Mr. Yagoo a/l Subramaniam Yagoo & Assoc. No. 17, 1st Floor, King Street, 11200 George Town, Pulau Pinang.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.