Lampiran
Lampiran 2 dan Lampiran 3 bagi nombor kes ini. ii. Dalam Lampiran 3 iaitu salinan kad kuasa OKT yang telah difailkan, Mahkamah telah membanding bezakan nombor badan OKT dan nombor kad pengenalan OKT yang terkandung dalam kad kuasa yang sama. Mahkamah mendapati tidak ada keraguan bahawa OKT ini yang mempunyai kad pengenalan bernombor 830826045479 dan sekaligus adalah individu yang sama dengan pemilik nombor badan polis RF 202255. iii. P10 iaitu Laporan Polis Kepala Batas 6616/19 juga di bahagian Butiran Tangkapan jelas memberikan kedua-dua maklumat OKT yang menunjukkan nombor kad pengenalan dan nombor polis yang sama. iv. Sifat nombor badan polis ini adalah sama sepertimana nombor kad pengenalan. Ianya adalah eksklusif dan hanya diberikan kepada seorang individu sahaja. Turut dibawa di sini adalah keterangan SP6 semasa di Peringkat Pemeriksaan Balas:- Pemeriksaan Balas SP6 Rujuk saksi p1(a-c), gambar barang kes. Boleh terangkan apa beza gambar a hingga c sekiranya ada berbeza maklumat di botol urin dan maklumat di belakang botoll urin, boleh semak dan bagitahu mahkamah? Tiada puan Setuju saya cadangkan nombor kad pengenalan baru okt tak sama seperti di botol urin? Tak setuju Boleh beritahu kenapa? Memandangkan pada botol urin pengadu telah isi nombor polis okt rf202255, nombor tersebut hanya pada okt sahaja dan tiada individu lain? [47] Mahkamah seterusnya menekankan bahawa apa yang penting untuk dibuktikan dalam kes pendakwaan adalah botol urine yang dipegang oleh OKT pada 24/7/2019 tersebut adalah botol urine yang mengandungi air kencing OKT, dan seterusnya tidak terkacau ganggu dengan air kencing individu lain. Keterangan SP2 dan SP3 berkenaan kawalan OKT terhadap botol urine tersebut adalah konsisten dan tidak terlihat sebarang lompong dalam rantaian barang kes. b. Sama ada Borang Serah Menyerah (P11) barang kes adalah tidak teratur? [48] Pihak pembelaan turut berhujah bahawa P11 adalah tidak lengkap kerana ianya hanya mencatatkan keterangan barang kes iaitu satu (1) botol urine nombor siri SN 0036214, manakala eksibit lain seperti Bungkusan Botol Urine (P6) dan Paket Plastik Test Strip Kuning berserta Test Strip (P7) tidak tercatat dalam P11 tersebut. [49] Setelah meneliti segala keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati sementelahan benar bahawa P11 hanya tercatit perihal penyerahan satu (1) botol urine nombor siri SN 0036214 itu, P11 hanyalah bersifat keterangan sokongan yang menunjukkan bukti penyerahan botol urine itu daripada SP2 kepada SP6. Ketiadaan catatan berkenaan penyerahan P6 dan P7 dalam Borang P11 tidak bermaksud bahawa eksibit tersebut telah terputus rantaiannya. [50] Pada setiap masa Mahkamah turut meneliti keterangan lisan SP2, SP3 dan SP6 yang menyokong satu sama lain. Perkara ini adalah selaras dengan Seksyen 59 Akta Keterangan. Menurut keterangan saksi-saksi ini, P6 dan P7 telahpun diserahkan kepada SP6 oleh SP2, dengan disaksikan oleh SP3. Kesemua eksibit ini juga telah dikemukakan di Mahkamah dan telah pun dicamkan oleh SP2 dan SP6. Sejurus selepas SP6 menerima eksibit P6 dan P7 tersebut, SP6 telah menurunkan tandaannya sendiri. Pemeriksaan Utama SP6 dirujuk di sini:- Pemeriksaan Utama SP6 MOHON RUJUK SAKSI ID5 DAN P7 TEST STRIP. RUJUK ID5 DULU, BOLEH CAMKAN? BOLEH PUAN TERDAPAT TANDAAN SAYA PADA BUNGKUSAN INI IAITU YK1 MOHON ID5 DITANDA SEBAGAI P ID5 DITANDA SEBAGAI P5. RUJUK P7 TEST STRIP, ADAKAH INI YANG SAMA DITERIMA? BENAR PUAN BERDASARKAN PLASTIK TEST STRIP WARNA KUNING SAKSI CAMKAN P7 INSP JUGA KATAKAN INSP ADA TERIMA SATU BOTOL URIN 0036214 SEAL BIRU SERTA LABEL PUTIH, BOLEH CAMKAN? BOLEH PUAN RUJUK SAKSI P9 DAN ID8 PLASTIK BOTOL URIN. RUJUK ID8 DULU, ADAKAH INI BARANG SAMA? BENAR BERDASARKAN TANDAAN SAYA PADA PLASTIK YK2. [51] Mahkamah mendapati keterangan lisan saksi-saksi telah cukup membuktikan bahawa kesemua barang kes termasuk P6 dan P7 telahpun diserahkan kepada SP6. Isu-isu yang dibangkitkan oleh pembelaan ini tidak mengganggu naratif kes pendakwaan. Berdasarkan penilaian maksima, elemen-elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan. E. FAKTA KES PEMBELAAN [52] Mahkamah seterusnya akan menelusuri naratif yang dibawa oleh pihak pembelaan. Pembelaan telah mengambil peluang membawakan jalan ceritanya melalui keterangan berikut:- i) Keterangan lisan OKT / SD1 ii) Keterangan lisan SD2 iii) Report Polis Kepala Batas 5572/21 (D15) [53] Melalui keterangan tersebut Mahkamah meringkaskan jalan cerita pembelaan seperti berikut:- a. Pada 24/7/2019, OKT telah ditahan bersama SD2 dan seorang lagi anggota polis bernama Kpl Rafizan di Balai Polis Butterworth. OKT, SD2 dan Kpl Rafizan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk pengambilan sampel urine namun sampel air kencing tidak diambil di situ, tetapi sampel air kencing telah diambil di IPD SPU. b. OKT kemudiannya telah diserahkan dengan satu (1) botol urine tanpa penutup dan tanpa nombor siri yang jelas. OKT telah memberitahu SP2 berkenaan nombor siri yang tidak jelas dan OKT tidak diberikan aluminium foil untuk dipegang. Kejadian ini telah disaksikan oleh SD2. c. OKT menyatakan bahawa selepas air kencing OKT dimasukkan ke dalam botol urine, botol urine tersebut diletakkan di atas meja bersama-sama botol urine milik SD2 dan Kpl Rafizan. Botol-botol urine ini kemudiannya dibawa masuk oleh individu bernama Konst Aiman dan Konst Hisyam ke dalam bilik Pegawai Penyiasat dan dibawa keluar semula. OKT menyatakan apabila botol urine ini dibawa keluar, botol urine ini telah berubah menjadi warna air kuning kegelapan dari warna asalnya kuning kecerahan. F. UNDANG-UNDANG DI AKHIR KES PEMBELAAN [54] Undang-undang berkaitan pemutusan kes di akhir kes pembelaan adalah jelas. Seksyen 173 (m) Kanun Tatacara Jenayah telah secara jelas menyatakan seperti berikut:- 173. (m) (i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (ii) If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law. (iii) If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal. [55] Beban pembuktian di akhir kes pembelaan adalah seperti mana dalam kes Balachandran Lwn PP [2005] 2 MLJ 301 yang mana Yang Arif Hakim menggariskan:- 23 As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt. However it must be observed that it cannot, at that stage, be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt. Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt. [56] Adalah jelas bahawa di peringkat ini, pihak pendakwaan mempunyai “legal burden” membuktikan kes melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) manakala pihak pembelaan perlu mengemukakan keterangan-keterangan untuk melepaskan “evidential burden” yang diletakkan ke atas mereka. [57] Walaubagaimanapun, adalah perlu untuk dibezakan bahawa “beyond reasonable doubt” bukan bermaksud “beyond shadow of doubt”. Perbezaan ini dinyatakan dalam penghakiman kes MILLER V MINISTER OF PENSIONS [1974] 2 ALL ER 372 yang mana Lord Denning memutuskan:- “ .the term “beyond reasonable doubt” should not be confused with “beyond shadow of doubt”. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence “of course it is possible but not the least probable” the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice.” G. ANALISIS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [58] Bagi kemudahan, Mahkamah akan menganalisa naratif yang dibawa oleh pembelaan ini satu persatu seperti berikut. i. Jalan cerita pembelaan berkenaan tatacara pengambilan sampel air kencing OKT semasa hari kejadian [59] Sepertimana disebut dalam fakta kes di atas, di sini diringkaskan semula dakwaan pembelaan berkenaan ketidakaturan prosedur dalam pengambilan sampel air kencing OKT:- a. SP2 tidak memberikan OKT peluang untuk memilih botol urine b. Nombor siri pada botol urine adalah tidak jelas c. Botol urine tidak berpenutup d. OKT tidak diberikan aluminium foil e. OKT dan SD2 membuat bantahan berkenaan keadaan botol urine ini kepada SP2, namun SP2 memaksa OKT dan SD2 untuk tetap memberikan sampel air kencing f. Botol urine OKT telah dibawa masuk ke dalam bilik Pegawai Penyiasat oleh individu bernama Konst Hisyam dan Konst Aiman g. Apabila botol urine tersebut dibawa keluar semula ke meja ujian, botol urine tersebut telah bertukar menjadi warna kuning kegelapan [60] Pertama sekali, Mahkamah mendapati bahawa naratif yang dikemukakan ini tidak pernah diutarakan semasa di peringkat pendakwaan. Saksi-saksi pendakwaan tidak pernah disoal balas berkenaan kewujudan isu-isu ini. Kesemua isu ini hanya timbul semasa OKT memberikan keterangan bersumpah di hadapan Mahkamah. Malahan, dakwaan bahawa SP2 tidak melayan bantahan OKT terhadap keadaan botol urine juga tidak pernah dibawa ke perhatian SP2 semasa Pemeriksaan Utama. [61] Adalah undang-undang mantap bahawa pembelaan seharusnya diletakkan seawal mungkin semasa di peringkat pembelaan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mewujudkan suatu tanggapan bahawa pembelaan itu adalah baru diwujudkan dan digarap semasa perbicaraan berlangsung. Dalam keadaan ini, Mahkamah adalah cenderung untuk berpendapat bahawa pembelaan yang dikemukakan ini adalah satu bentuk fikiran kemudian. Undang-undang berkenaan pembelaan ‘afterthought’ adalah mantap. Mahkamah rujuk kes Nas kes ONG CHING KIAN V PUBLIC PROSECUTOR [2013] 6 MLJ 561 dirujuk:- [40] To compound the matter further, the defence of personal consumption was not put to the prosecution witnesses. ‘Putting the defence case across’ is the most basic and fundamental in a criminal trial. Any defence no matter how small should be put across. Otherwise, the defence is denied the right to raise it in his favour. The defence must be put across to the relevant prosecution witnesses during the trial so that the trial court will be able to assess the evidence. If the defence is raised for the very first time at the defence stage, like the defence of personal consumption, then such a defence will be branded, firstly, as a fabrication, secondly, as a concoction and, thirdly, as an afterthought. Of course, the trial court is obliged to consider the defence that was raised at the defence stage, but the weight of that defence will be jeopardised by allegations of fabrication, concoction and afterthought to the detriment of the accused person. [62] Selanjutnya, Mahkamah merujuk kepada nas kes PUBLIC PROSECUTOR V MOHD KHAIRUL MAHADI BIN HANAPI [2022] MLJU 3384 yang mana dipetik secara verbatim perenggan berikut:- [49] As alluded to earlier, it was established by the prosecution’s witnesses that the urine sample belonged to the accused was tested positive by PW3, and the bottle was labelled and sealed by PW6. The same bottle had made its way to the chemist PW2. Earlier, on the authority of Su Ah Ping (supra), I ruled there was no break in the chain of evidence. Now, since the version proffered by the accused and DW2, as I mentioned in the preceding paragraph, was not put during the prosecution’s case, it ought to be treated as an afterthought, and I am unable to lend credence to it. The position has been succinctly put by the Court of Appeal in Megat Halim Megat Omar v PP [2009] 1 CLJ 154, where Abdull Hamid Embong JCA observed: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.” [63] Apabila versi pembelaan ini diadakan semasa OKT memberikan keterangan, Mahkamah ini perlu menilai keterangan tersebut dan dibandingkan dengan latar belakang kes pendakwaan. Mahkamah ini justeru berpendapat adalah sukar untuk kepercayaan diberikan kepada cerita pihak pembelaan ini. Walaupun pembelaan pada peringkat ini hanya perlu menimbulkan keraguan dan bukanlah membuktikan bahawa jalan cerita pembelaan adalah benar, keraguan yang perlu ditimbulkan perlulah munasabah dan bukannya sekadar diletakkan untuk mengaburkan pertimbangan Mahkamah. [64] Jalan cerita pembelaan ini juga seolah-seolah menunjukkan ada unsur paksaan dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh SP2 terhadap OKT dan SD2. Ini dapat dilihat dengan cerita OKT tentang SP2 yang tidak menitikberatkan keadaan botol urine yang sempurna sebelum digunakan untuk ujian saringan awal. [65] Rujukan dibuat kepada nas kes AMRAN AHMAD v PP [2006] 2 CLJ 897. Tertuduh dalam kes tersebut telah mengemukakan bahawa beliau telah dianiaya. Walaubagaimanapun, keterangan tersebut tidak pernah ditimbulkan di dalam pemeriksaan balas tertuduh semasa kes Pendakwaan dan pembelaan tersebut adalah satu afterthought: ... saya dapati soal penganiayaan ini tidak pernah ditimbulkan dan soalan-soalan spesifik mengenainya tidak pernah ditimbulkan oleh pihak Pembelaan apabila SP8, SP4, SP9 dan pegawai penyiasat (SP7) kes ini memberi keterangan. Jika dakwaan mengenai penganiayaan ini benar, dan yang akhirnya mengakibatkan dia didakwa di dalam kes ini, maka sudah tentu ianya akan sentiasa di dalam ingatan perayu dan tidak ada sebab kenapa perkara sepenting itu tidak ditimbulkan dan soalan-soalan mengenainya tidak diajukan kepada SP8, SP4, SP9 dan ketika mereka disoal balas. Isu penganiayaan ini timbul buat kali pertamanya di dalam kes pembelaan. Dalam penghakiman saya, dakwaan mengenai penganiayaan itu lebih merupakan satu perkara yang difikirkan kemudian (afterthought) dan setelah menimbangkannya saya memutuskan bahawa ia tidak menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes ini.” [66] OKT telah mengatakan perbezaan pangkat antara OKT dan SP2 ini sebagai sebab untuk OKT menurut perintah SP2 walaupun OKT membantah pada ketika hari kejadian. Mahkamah juga mendapati tiada sebab untuk SP2 ini membuat penganiayaan ke atas OKT. OKT sendiri telah mengesahkan bahawa OKT dan SP2 tidak pernah bekerja bersama-sama, malahan SP2 juga baru bertukar ke Pejabat Narkotik IPD SPU pada masa itu. Mahkamah berpendapat sekiranya perkara ini benar terjadi, ini adalah satu keterangan penting yang perlu diletakkan kepada SP2 dan juga SP6 selalu pegawai yang perlu menjalankan siasatan menyeluruh. Apabila perkara itu tidak dilakukakan, maka isu ini kekal sebagai suatu fikiran kemudian. ii. Penglibatan Konst Hisyam, Konst Aiman dan SI Yusof semasa hari kejadian [67] Walaupun naratif pembelaan ini adalah afterthought, Mahkamah tetap meneliti keterangan saksi-saksi pembelaan. Terdapat beberapa kelompangan yang menggugat kebolehpercayaan keterangan saksi pembelaan. [68] OKT dan SD2 telah menyebut kewujudan dua individu bernama Konst Hisyam dan Konst Aiman yang telah membawa botol urine OKT ke dalam bilik Pegawai Penyiasat sebelum sampel urine itu bertukar warna. OKT turut menyatakan bahawa SP3 tiada di tempat kejadian. OKT dan SD2 turut mengesahkan bahawa SI Yusof, iaitu Timbalan Ketua Balai Polis Butterworth pada masa itu hadir menyaksikan ujian saringan awal tersebut. Kesemua individu ini adalah saksi penting untuk membantu pembelaan. [69] Lanjutan daripada dakwaan ini bersifat fikiran kemudian, Mahkamah turut mendapati bahawa sekiranya benar kedua-dua individu ini memainkan peranan yang begitu penting pada hari kejadian, mengapa keterangan dua individu ini tidak dibawa ke hadapan Mahkamah. Pembelaan tidak pernah terhalang untuk berbuat demikian. [70] Sekiranya kewujudan kedua-dua individu ini diajukan kepada saksi pendakwaan, pendakwaan berpeluang untuk membawa individu yang disebutkan ini ke hadapan Mahkamah. Namun apabila nama kedua-dua individu ini hanya muncul di peringkat pembelaan, maka ada keperluan yang diletakkan ke atas pembelaan untuk membuktikan kebenaran cerita yang dibawa. [71] Nas kes PUBLIC PROSECUTOR v NORSAPIANA BT YUSOF [2013] 9 MLJ 130 adalah dirujuk:- [29] Additionally, I would say that on the totality of the evidence, the story of the accused about the presence of ‘Dayangku Arlinda’ and her role as agent provocateur was unsupported by any evidence whatsoever. Learned counsel for the accused had disclosed the purported mobile phone number of Dayangku Arlinda during trial. Moreover, it was the case for the accused that Dayangku Arlinda was a dealer in ‘ginseng’ tablets and that she used to buy the tablets from her and resold them at a slightly higher price. That being the case, there was no reason for the defence not to have called this Dayangku Arlinda to give evidence in support of the case for the defence. If she were called to give evidence, the prosecution’s case would have been reduced to shambles for lacking credibility. I therefore agree with the prosecution that it is safe to conclude that the story of the accused on the presence and role of Dayangku Arlinda was a fabrication. I would add that it appears to be an attempt to create the semblance of reasonable doubt in the case for the prosecution. [72] Pembelaan juga tidak memberikan apa-apa maklumat terperinci berkenaan siapakah gerangan kedua-dua individu ini seperti nama penuh dan tempat mereka bertugas sekarang. Maka adakah individu-individu ini sememangnya wujud, adalah satu persoalan yang tidak pernah terjawab di hadapan Mahkamah ini. iii. Laporan Polis D15 [73] Report polis Kepala Batas 5572/21 iaitu D15 telah dibuat oleh SD2 dan dikemukakan melalui SD2. Di sepanjang kes pembelaan, OKT dan SD2 bersandar kepada D15 ini untuk menyokong keterangan mereka. [74] Mahkamah membuat dapatan berikut. D15 ini pada setiap masa hanya dibuat oleh SD2. Adalah jelas berdasarkan laporan polis dan keterangan SD2 bahawa SD2 juga pada masa memberi keterangan sedang dituduh untuk kejadian yang sama di bawah nombor kes yang berbeza. Laporan polis D15 ini dibuat oleh SD2 selepas dua saksi pendakwaan iaitu Insp Nagarajan (yakni SP2 dalam kes semasa) dan Kpl Ruhisam (Kpl 175961 yang disebut oleh SP3 dalam kes ini) dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes SD2 tersebut. [75] Kejadian sebenar berlaku pada 24/7/2019, manakala laporan polis ini dibuat pada 21/8/2021. Terdapat jeda masa selama 2 tahun sebelum laporan polis ini dibuat oleh SD2. Laporan polis ini, walaupun bersifat keterangan sokongan, adalah bukti dokumen yang disandarkan oleh SD2. SD2 dan OKT adalah anggota polis. Ini bukan kali pertama mereka menjalani ujian saringan awal air kencing. Menurut keterangan mereka, sekiranya benda berlaku, suatu ketidakpatuhan prosedur yang serius telah terjadi semasa pengambilan sampel air kencing OKT dan SD2. [76] Seseorang yang dituduh dengan kesalahan serius seperti ini dan seterusnya melalui proses pengambilan sampel air kencing yang tidak adil seharusnya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis, supaya suatu siasatan dalaman dapat dibuat terhadap dakwaan SD2 ini. Kepentingan membuat repot polis untuk menyangkal dakwaan oleh Tertuduh ini disebutkan di dalam kes PP v Dato’ Seri Mohd Najib bin Hj Abd Razak [2020] 11 MLJ 808:- “A mere lodging of a police report, detailing one’s version of the story, if not expressing outright denials and identifying the real culprits, is surely not interfering with investigation. It instead assists the investigation process. It was in fact incumbent upon the accused to have done exactly just that to demonstrate cooperation with the authorities, especially since he knew that MACC and the Joint Task Force had commenced investigations into the matter where the principal suspect was the accused. One who is falsely accused would naturally want to lodge a police report as a matter of urgency, what more if one is the Prime Minister of the country, given that the matter would have been of a public interest of extreme importance.” [77] Tempoh masa yang lama untuk membuat laporan polis, berserta dengan fakta bahawa laporan ini hanya dibuat selepas SP2 dan Kpl Ruhisam memberikan keterangan di Mahkamah telah memberikan gambaran bahawa jalan cerita dalam D15 ini hanya digarap semasa perbicaraan ini berlangsung. [78] Laporan polis D15 itu dibuat untuk menyangkal keterangan lisan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan yang telah dipanggil. D15 ini apabila dibaca secara keseluruhannya adalah dari pandangan SD2, dan SD2 telah meletakkan OKT dan Kpl Rafizan sebagai saksi mata semasa kejadian itu juga. SD2 juga di Mukasurat Akhir D15 di Perenggan ke-7 mendakwa bahawa air kencing SD2 telah tertukar antara mereka bertiga (SD2, OKT dan Kpl Rafizan). Mahkamah ini mengambil maklum bahawa semasa perbicaraan ini berlangsung, SD2 dan Kpl Rafizan juga turut dituduh di Mahkamah berkaitan kejadian yang sama akibat dari Laporan Patologi mereka yang positif dadah berbahaya. [79] Adalah jelas bahawa semasa ujian saringan awal dijalankan, fakta yang tidak dipertikai oleh OKT dan SD2 adalah botol urine mereka masing-masingnya dipegang oleh mereka sendiri semasa mereka mengisi specimen air kencing ke dalam botol tersebut dan juga semasa mereka membawa botol urine itu ke meja ujian saringan. Setiap botol urine tersebut juga mempunyai nombor siri. Walaupun OKT dan SD2 mendakwa nombor siri botol urine adalah tidak jelas, Mahkamah berpeluang meneliti P1A-C dan mendapati bahawa nombor siri botol urine ini adalah sama dan konsisten terletak pada label putih, sisi botol urine dan juga pada bahagian penutup botol urine. [80] Dalam keadaan ini, Mahkamah berpendapat tidak ada sebarang keraguan terhadap pemilikan botol urine yang dipegang itu. Mahkamah juga menolak kemungkinan bahawa sampel air kencing mereka telah bertukar sesama sendiri seperti dakwaan SD2, memandangkan ketiga-tiga sampel air kencing milik tiga individu berbeza itu disahkan positif dadah berbahaya dan mereka seterusnya dituduh di Mahkamah. [81] Terdapat nama-nama yang disebut oleh OKT dan SD2 semasa keterangan lisan tetapi tidak dinamakan dalam D15. Nama tersebut seperti disebutkan di atas adalah Konst Aiman, Konst Hisyam dan SI Yusof.Nama-nama ini tidak pernah disebut dalam D15 yang dibuat selepas 2 tahun SD2 dituduh, dan tidak pernah juga ditanyakan kepada mana-mana saksi pendakwaan. Nama-nama ini hanya wujud di peringkat pembelaan. Oleh itu, dakwaan tersebut adalah suatu fikiran kemudian, dan Mahkamah berpendapat D15 ini tidak mendatangkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [82] Sepertimana disebutkan di atas juga, OKT sendiri tidak pernah membuat laporan polis berkenaan perkara ini. Apabila disoal balas oleh pendakwaan, OKT memberikan alasan bahawa semasa kejadian adalah PKP dan tidak boleh membuat laporan polis. Mahkamah mengambil maklum bahawa wabak COVID-19 hanya melanda negara pada awal tahun 2020. OKT masih mempunyai peluang untuk membuat laporan polis seawal mungkin sejurus selepas kejadian pada bulan Julai 2019. Pada masa yang sama, PKP juga tidak boleh dijadikan alasan tiada laporan polis dibuat sehinggakan 2 tahun kejadian berlaku. Tindak-tanduk OKT ini tidak konsisten dengan keterangan OKT yang mengatakan telah membuat bantahan awal kepada SP2 semasa ujian saringan awal air kencing dilakukan. iv. Kredibiliti SD2 sebagai saksi pembelaan [83] SD2 merupakan rakan OKT. Mahkamah terlebih dahulu merujuk Law of Crimes oleh Ratanlal and Dhirajlal (2nd Edition) di muka surat 1455 yang disebut dalam kes Mahkamah Rayuan PP v. THENEGARAN A/L MURUGAN [2013] 4 CLJ 364; [2013] 3 MLJ 328 dan diperturunkan di sini:- "Related" is not equivalent to 'interested'. The term "interested' postulates that the person concerned had some direct interest in the result of the litigation such as interest in decree in a civil case or seeing that the accused is punished." [84] Saksi berkepentingan bukan hanya setakat hubungan keluarga, namun sekiranya saksi tersebut mempunyai kepentingan terhadap keputusan akhir sesuatu kes itu, Mahkamah ini perlu berhati-hati dalam menerima pakai keterangan saksi berikut. Rujukan turut dibuat kepada kes ISLAM RABEA MOHAMED ISMAIL ELBANNA V PP [2024] CLJU 1368:- [43] The Accused has called SD2 to give evidence on his behalf testifying that he did not see the Accused holding the blue bag that contained the drugs when both of them were coming down the stairs together from the Unit. This Court ruled that he is an interested witness and his evidence are to be treated with caution as he is a close friend of the Accused as admitted by him. The Accused also admitted to that fact. This Court ruled that from his demeanour, he is not a truthful witness. He came to Court to exculpate the Accused. [85] Menurut pengamatan Mahkamah, SD2 yang turut dituduh berasingan berkait dengan kejadian yang sama ini mempunyai kepentingan terus untuk melepaskan OKT dari kesalahan ini. SD2 hadir bagi turut membuktikan bahawa dakwaan SD2 yang dibuat dalam D15 adalah benar. Keterangan SD2 ini tidak boleh ditolak bulat-bulat semata-mata kerana kepentingan yang dibawa oleh SD2 ini. Mahkamah perlu membandingkan keterangan SD2 ini dengan keterangan-keterangan semasa yang dilampirkan sepanjang perbicaraan berlangsung. [86] Sepertimana yang telah dianalisa di atas, keterangan SD2 ini bersifat “afterthought” dan seterusnya adalah suatu bentuk recent invention. Keterangan SD2 hadir untuk menyokong keterangan OKT, tanpa bersandarkan kepada mana-mana keterangan bebas yang lain. Keterangan SD2 ini pada dasarnya boleh diterima masuk, namun begitu apabila dilihat secara keseluruhannya, keterangan SD2 tidak mendatangkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan. H. HUKUMAN [87] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati OKT tidak berjaya mengakas anggapan di bawah Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan keterangan saksi pendakwaan adalah teratur. Mahkamah telah mensabitkan OKT di bawah satu pertuduhan untuk Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. [88] Sepertimana disebut dalam kes LETITIA BOSMAN v. PP & OTHER APPEALS [2020] 8 CLJ 147, Mahkamah bicara mempunyai budi bicara luas untuk menentukan hukuman yang wajar diberikan kepada OKT. Penentuan hukuman ini perlu dibuat dalam ruang lingkup dan limitasi undang-undang yang diberikan. [89] Dalam kes ini, hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. Dalam pembacaan mudahnya, Seksyen ini memperuntukkan dua pilihan hukuman yang boleh ditentukan oleh Mahkamah iaitu denda tidak lima ribu ringgit ataupun hukuman pemenjaraan tidak lebih dari dua tahun. Oleh itu, sebarang penentuan hukuman perlu dibuat bermula dari had ini. [90] Dalam menentukan hukuman yang sesuai, Mahkamah perlu mengambil kira faktor-faktor mitigasi dalam mencapai keseimbangan antara kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh. Sepertimana diputuskan dalam kes RAJA IZUDDIN SHAH v PP [1979] 1 MLJ 270; Ín his grounds of judgment the learned Magistrate seemed to be unduly influenced by the submission of counsel for prosecution that the plea in mitigation did not amount to a mitigation at all and therefore rejected all of them. I disagree. No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice. [91] Kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah berbahaya ini bukanlah perkara asing dalam negara ini. Saban hari, pihak Mahkamah dan juga pihak berkuasa berhadapan dengan permasalahan yang sama. Isu ini telah dikenalpasti sebagai barah dalam masalah sosial masyarakat dan walaupun setelah pelbagai inisiatif dibuat oleh pihak-pihak berwajib untuk menanganinya, masalah ini masih membuncah dan perlu diberikan perhatian yang berterusan. Lebih-lagi dalam kes ini melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota polis yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat sekeliling. [92] Dalam keputusan kes PENDAKWARAYA V. ABDUL HALIM ISHAK & SATU LAGI [2013] 9 CLJ 559, Mahkamah Rayuan telah menyentuh tentang isu dadah yang telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh Kerajaan pada tahun 1983 dan telah menyatakan seperti yang berikut: “[21] Tidak dapat dipertikaikan bahawa kesalahan yang berkaitan dengan dadah adalah merupakan satu kesalahan yang serius yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta kesihatan umum. Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh kerajaan pada tahun 1983. Justeru, jika mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kepada satu kesalahan yang ditetapkan melalui Parlimen sebagai serius, sudah tentu perlindungan sewajarnya tidak dapat diberikan kepada orang ramai.” [93] Dalam pada memandang serius sifat kesalahan ini, Mahkamah turut membuat penelitian kepada fakta kes dan juga latar belakang OKT. Dalam kes ini, OKT berumur 42 tahun. Semenjak OKT mula-mula dituduh pada tahun 2021, OKT telah digantung kerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Mahkamah dimaklumkan bahawa OKT hanya membantu isterinya menjual kuih. OKT mempunyai 5 orang anak masing-masingnya berumur 16,14,12,10 dan 7 tahun. Peguam menyatakan ini kesalahan kali pertama OKT dan OKT telah memberikan kerjasama yang baik dengan semua pihak sepanjang kes berlangsung. [94] Pada masa yang sama, Mahkamah ini mengambil kira rayuan pemberatan daripada pendakwaan yang memohon hukuman berbentuk pengajaran dan yang dapat memberi pencegahan kepada masyarakat. Pendakwaan memohon Mahkamah mengambil kira bahawa ini kesalahan melibatkan dadah dan OKT yang merupakan anggota polis sudah ambil maklum akan keseriusan kesalahan ini dan masih memilih untuk mengambil dadah. Kes ini juga merupakan kes bicara penuh yang telah bermula semenjak 2019. [95] Sebagai garis panduan, Mahkamah ini terdorong untuk melihat trend hukuman semasa berkaitan kesalahan yang sama yang telah digariskan oleh Majistret terpelajar dalam kes PP LWN IDRES BIN ISMAIL Kes Nombor: DA-82D-8-08/2020. Mahkamah perturunkan dapatan Majistret dalam Perenggan 72 Penghakiman tersebut:- Bil. Kes dirujuk Hukuman 1. PP v. Mohd Zulizzat bin Mohamad Noh [2023] MLJU 1682 Denda RM3000 gagal bayar 8 bulan penjara dan pengawasan 2 tahun di bawah Seksyen 38B 2. PP v. Mohamad Ridzuan bin Roslee [2023] MLJU 1068 Denda RM5000 gagal bayar 10 bulan penjara dan pengawasan 3 tahun di bawah Seksyen 38B 3. PP v. Saiful Bahari bin Mohamad (No 2) [2022] MLJU 135 Denda RM3500 gagal bayar 8 bulan penjara dan pengawasan 2 tahun di bawah Seksyen 38B 4. PP Lwn Mohd Jamel bin Awang @ Zakaria [2023] MLJU 1109 Denda RM3500 gagal bayar 8 bulan penjara dan pengawasan 2 tahun di bawah Seksyen 38B 5. PP Lwn Noorismail bin Abu Bakar [2021] 7 MLJ 306 Denda RM5000 gagal bayar 12 bulan penjara dan pengawasan 3 tahun di bawah Seksyen 38B [96] Dalam semangat penyelerasan untuk mengurangkan jurang hukuman dan juga atas faktor-faktor yang dinyatakan, Mahkamah ini memutuskan agar OKT dijatuhkan hukuman denda RM5000 gagal bayar 12 bulan penjara dan pengawasan selama 2 tahun di bawah Seksyen 38B ADB. [97] Mahkamah berpandangan bahawa hukuman yang diberikan ini adalah bersesuaian, tidak keterlaluan dan setimpal dengan darjah keseriusan kesalahan ini. Hukuman ini juga senada dengan hasrat kerajaan untuk membanteras penyalahgunaan dadah berbahaya. [98] Penghakiman ini dibuat berdasarkan pandangan dan dapatan terhadap fakta kes semasa, dan Mahkamah ini seterusnya menyerahkan kepada pertimbangan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi untuk diteliti bagi dijadikan panduan kepada Mahkamah ini kelak. Bertarikh: 29 Oktober 2025 (AINI ADILAH MUHAMMAD FAIZAL) Majistret Mahkamah Majistret Butterworth Pulau Pinang Kaunsel: Bagi pihak Pendakwaan: Timbalan Pendakwa Raya Negeri Pulau Pinang Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang Aras 10, Wisma Persekutuan Jalan Anson 10400 Pulau Pinang Bagi pihak Pembelaan: Anwar Raof & Co E-2-22, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47110 Puchong, Selangor