(4), muka suat 174 dan laporan pakar Responden di perenggan 7, muka surat 186 Rekod Rayuan) memberikan pendapat bahawa kemungkinan wujud risiko Perayu mengalami osteoarthritis di masa hadapan. Berdasarkan pada laporan ini dan bentuk rawatan yang diberikan terutamanya memasukan kepingan besi dan skrew ke anggota badan Perayu (kaki), saya membenarkan rayuan terhadap item ini. Rayuan bagi item ini dibenarkan dan keputusan L/HMS diketepikan. Gantirugi diberikan sebanyak RM10,000. GANTIRUGI KHAS (GRK) berdasarkan liabiliti 100% [30] Bagi gantirugi khas, Perayu menuntut seperti item-item berikut: a) kos pembedahan di masa hadapan [31] Kedua-dua laporan pakar (dari Perayu dan Responden) telah memberikan pendapat bahawa kemungkinan wujud risiko Perayu 11 mengalami osteoarthritis serta memerlukan pembedahan di masa hadapan bagi knee replacement. [32] Laporan Pakar Perayu dari Hospital Raja Perempuan Zainab II menyatakan: “… might require total knee replacement (TKR) surgery in much younger age compared to normal population” (perenggan E4 dan E5 di muka surat 175 Rekod Rayuan). [33] Manakala laporan pakar ortopedik Klinik Dr. Azhar menyatakan: “He may requires total knee replacement if right knee progress to severe osteoarthritis” (perenggan 7, muka surat 186 Rekod Rayuan). [34] Berdasarkan pada laporan dan bentuk rawatan yang diberikan terutamanya memasukan kepingan besi dan skrew ke anggota badan Perayu (bahagian kaki). Oleh itu kemungkinan pembedahan di masa hadapan perlu dibuat. Dengan itu saya membenarkan rayuan terhadap item ini. Keputusan L/HMS diketepikan. Dengan mengambil kira juga nilai ringgit, inflasi dan kesan wabak covid-19, saya memberikan gantirugi sebanyak RM10,000 bagi item ini. b) kos rawatan susulan [35] Kebiasaannya rawatan susulan adalah diperlukan selepas seseorang itu dibenarkan keluar dari hospital. Laporan perubatan Perayu juga menyatakan sedemikian i.e. memerlukan rawatan susulan sebagai pesakit luar. Walau pun tiada dokumen 12 dikemukakan, dengan mengambil kira jarak tempat tinggal Perayu dengan hospital, saya membenarkan kos sebanyak RM50 untuk setiap perjalanan (pergi balik). Disebabkan tiada pembuktian spesifik kepada bilangan rawatan susulan, saya membenarkan ½ dari tuntutan asal iaitu RM50 X 15 = RM750. Keputusan L/HMS diketepikan dan rayuan bagi item ini dibenarkan. c) kos pembelian kasut khas/istimewa [36] Walau pun kedua-dua laporan pakar tidak mencadangkan penggunaan kasut khas, tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah bahawa berlaku kependekan kaki Perayu sebanyak 1 cm (Laporan Pakar Perayu dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, perenggan 6, muka surat 174 Rekod Rayuan). Perayu sebagai orang yang merasai sendiri kecacatan kekal ini (di soalan 43-45 pernyataan saksi, muka surat 115, Rekod Rayuan) menyatakan dia mengalami kesakitan di bahagian belakang dan pinggul bila berjalan. Oleh itu berdasarkan sebut harga dari Teh Lin Prosthetic Orthopaedic (muka surat 177 Rekod Rayuan) dan ketiadaan sebut harga dari Responden, saya membenarkan rayuan bagi item ini dan memberikan gantirugi sebanyak RM72,800. Oleh itu keputusan L/HMS diketepikan. d) kos pembelian ubat/susu berkhasiat [37] Walau pun tiada dokumen atau resit spesifik dikemukakan bagi item ini, kebiasaannya pesakit seperti ini perlu menggunakan ubatan/susu berkhasiat untuk beberapa waktu selepas keluar dari hospital. Oleh itu saya membenarkan rayuan bagi item ini dan 13 mengawardkan RM2,000. Keputusan L/HMS bagi item ini diketepikan. Keputusan [38] Sebahagian rayuan ini dibenarkan dan sebahagian lagi ditolak (ulasan dan gantirugi seperti yang dinyatakan di atas). [39] Faedah 5% dari tarikh pemfailan writ saman hingga penyelesaian penuh. [40] Kos rayuan di awardkan kepada Perayu sebanyak RM5,000 dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 27 September 2021. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu 14 PIHAK-PIHAK Perayu: Noor Azizah binti Abdullah, Tetuan Azhar & Fazuny, No. F3, Lot 478, Seksyen 14, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Responden: Amalina binti Abdul Ghani @ Hashim, Tetuan V P Nathan & Partners, No. 4A, Tingkat 1, Jalan Air Jerneh, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu.