(1) UNIT TELEFON DEMO SAMSUNG JENIS S25 ULTRA BERHARGA RM 9,247.00 MILIK COURTS (MALAYSIA) SDN BHD CAWANGAN SELAYANG, DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEK 380 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN :- JIKA DISABIT KESALAHAN HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH BOLEH SAMPAI SEPULUH TAHUN, DAN BOLEH JUGA DIKENAKAN DENDA, DAN BAGI KESALAHAN KEDUA ATAU KEMUDIAN HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA DAN BOLEHLAH JUGA DIKENAKAN DENDA ATAU SEBAT.” S/N 7EhpwU0T066c5fS/aabFw [3] Selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu, Tertuduh telah faham dan mengaku bersalah. Apabila diterangkan dengan akibat pengakuan salah dan hukuman yang akan dikenakan di bawah Seksyen 380 KK, Tertuduh memahami dan masih mengekalkan pengakuan bersalah. [4] Pihak pendakwaan mengemukakan Fakta Kes yang dibacakan kepada Perayu seperti berikut- “Pada 16-6-2025 jam lebih kurang 19:47 hrs, semasa pengadu sedang bekerja di dalam kedai Courts Cawangan Selayang, telah masuk suspek satu lelaki disyakki bangsa Melayu ke dalam kedai. Suspek telah menghampiri meja pameran dan mencuri 3 buah telefon bimbit yang diletakkan di atas meja pameran. Suspek keluar daripada kedai menggunakan pintu utama dan melarikan diri menggunakan sebuah motosikal yang menunggu di luar kedai courts. Butir-butir barang hilang- - 1 buah telefon demo jenama Samsung A56; - 1 buah telefon demo jenama Sambung A36; - 1 buah telefon demo jenama Samsung S25 Ultra Anggaran kerugian RM9,247.00 Butiran Tangkapan : B1. Nama : Muhamamd Izzat bin Mohd Rapizal (B1) KP : 940822-03-5705 Kertas siasatan telah dirujuk kepada YA Timbalan Pendakwaraya Anis Hakiman binti Ibrahim pada 15-7-2025 dan arahan diterima :- Tuduh (B1) di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. S/N 7EhpwU0T066c5fS/aabFw JSJ/KS/14203/2025 Selayang/15422/2025 Sek 380 KK IO : Sjn. Mohd Razlan” [5] Perayu memahami fakta kes dan mengakui bahawa “suspek” yang dibacakan itu adalah dirinya. Fakta Kes ditandakan sebagai Lampiran A. Seterusnya, pihak pendakwaan mengemukakan eksibit pendakwaan iaitu – - P1 : Laporan Polis Pengadu No. Selayang/015422/25 oleh Muhammad Alif Farhan bin Habibul Azhar bertarikh 16-6-2025 jam 9.55pm. - P2 : Laporan Polis Tangkapan No. Sentul/012204/25 bertarikh 11-7-2025 jam 5.19pm oleh Inspektor Praveen Kumar a/l Ravindran - P3 (1-8) : 8 keping gambar tempat kejadian - P4 (1-6) : 6 keping gambar barang kes - P5 (1-10) : 10 keping gambar pegun cctv [6] Tertuduh telah melihat semua eksibit yang ditunjukkan oleh jurubahasa Mahkamah kepadanya dan mengakuinya. [7] Mahkamah menerima pengakuan salah Tertuduh dan mensabitkan Tertuduh atas kesalahan yang dipertuduhkan ke atasnya dan mengarahkan Tertuduh menyatakan mitigasinya sebelum hukuman dijatuhkan. [8] Melalui Peguambela daripada YBGK, Encik Maniappan, Tertuduh memohon diringankan hukumannya. Tertuduh berumur 31 tahun, seorang pekerja pomen bengkel dengan pendapatan RM1500 sebulan dan mempunyai tanggungan ibu bapa S/N 7EhpwU0T066c5fS/aabFw dan seorang adik yang masih bersekolah di tingkatan 6. Tertuduh telah menyesal dengan perlakuan jenayahnya dan memohon supaya dikenakan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 11-7-2025. Tertuduh mengakui sedang menjalani hukuman penjara dan akan selesai pada 28-12-2025. [9] Seterusnya, pihak pendakwaan memohon supaya Tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya. Menurut Timbalan Pendakwaraya Tuan Birr Zamier, ini adalah “kes wanted” di mana rekod kes lampau Tertuduh adalah tidak relevan untuk dikemukakan. Tertuduh telah ditangkap pada 11-7-2025 namun dikemukakan dari penjara kerana kes lain iaitu kes Seksyen 379 KK. Oleh itu pendakwaan memohon penjara bagi kes ini bermula daripada tarikh sabitan bagi pertuduhan di sini. [10] Mahkamah ditunjukkan dengan waran menahan Tertuduh yang dikemukakan oleh polis pengiring. Terdapat 3 waran menahan yang dikemukakan iaitu bagi kes di Mahkamah Majistret Petaling Jaya (Seksyen 379 KK), Mahkamah Majistret Shah Alam (Seksyen 380 KK) dan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (Seksyen 380 KK). Mahkamah memperhalusi waran menahan tersebut kerana sabitan lampau Tertuduh akan menjadi sebahagian faktor yang perlu diambil kira dalam menjatuhkan hukuman kepadanya. [11] Mahkamah telah mematuhi peruntukan prosidur di bawah Seksyen 173 Kanun