Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-B53KJ-18-07/2022 ANTARA MUHAMAD KAMAL BIN KAMARUDIN (NO. K/P: 840505-09-5079) - PLAINTIF
KF-B53KJ-18-07/2022
Sessions Court of Malaysia21 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ard yang wajar dibenarkan adalah RM 25,000.00 dengan merujuk kepada kes Muthu Kumar Krishnan v Vijaiyan Panir Selvam & Anor [2018] PILRU 11, Hazleen Md Salleh & Yang Lain lwn Wong Chee Keong & 1 lagi [2009] PILRU 11 dan kes Musalma Jhaafar & Satu Lagi lwn Sulaiman Ismail & Satu Lagi [2013] MLRSU 6.”
“Krishnan v Vijaiyan Panir Selvam & Anor [2018] PILRU 11, Hazleen Md Salleh & Yang Lain lwn Wong Chee Keong & 1 lagi [2009] PILRU 11 dan kes Musalma Jhaafar & Satu Lagi lwn Sulaiman Ismail & Satu Lagi [2013] MLRSU 6.”
“a bersandarkan kepada kes Mohd Fayzul bin Ahmad & 2 Ors [2008] 2 PIR 60, kes Thillai Arasan a/l Veerasamy v Mohammad Amirul bin Abdul Rani & Anor [2024] AMEJ 2517 dan kes Chew Yu Jin v Tan Teik Kheng [2015] PILRU 15.”
“bahawa kecederaan ini adalah satu kecederaan yang serius dan menyatakan bahawa award yang bersesuaian adalah RM 70,000.00 bersandarkan kepada kes Mohamad Zulkefli Hamzah & Satu Lagi lwn Fatimah Sham [2016] MLRHU 1048, kes Rosniza Mohamad v Halijah Abd Mansor & Another Case [2023] MLRHU 1961 dan kes Mohd Farhan bin Mohd”
“ada fakta bahawa terdapat 2 keretakan (bilateral) pada bahagian hidung yang melibatkan pernafasan. Pihak Plaintif juga merujuk kepada kes Mohamed Imran Jalaludeen lwn Muhammad Aiman Kamal & Yang Lain [2018] MLRU 2046 dan kes Mohamad Zulkefli Hamzah & Satu Lagi lwn Fatimah Sham [2016] 1 LNS 1226 sebagai sokongan kepada”
“37. Pihak Plaintif sebaliknya berhujah bahawa award yang wajar dibenarkan adalah RM 25,000.00 dengan merujuk kepada kes Muthu Kumar Krishnan v Vijaiyan Panir Selvam & Anor [2018] PILRU 11, Hazleen Md Salleh & Yang Lain lwn Wong Chee Keong & 1 lagi [2009] PILRU 11 dan kes Musalma Jhaafar & Satu Lagi lwn Sulaiman Ismail”
“ate Traumatic Brain Injury. Oleh yang demikian, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah sebanyak RM150,000.00 dengan bersandarkan kepada kes Mohd Amien bin Mohd Ali v Hong Chee How [2022] AMEJ 2219, Vimalathithan a/l Kanawathi v Majlis Bandaraya Johor Baharu (Rossa Innovax Technology (M) Sdn Bhd – Th”
“33. Hujahan pihak Plaintif berasaskan kepada rujukan kes Mohd Bakren bin Dolah Sajit v Amirul Affendey bin Azman & Anor [2022] MLJU 1702.”
“41. Pihak Plaintif berhujah bahawa bagi left ear bleed, award yang patut dibenarkan adalah RM 3,000 dengan merujuk kepada kes Eswaran P Nagalingam lwn Hew Heng Yi & Satu Lagi [2022] PILRU 47. Manakala bagi reduced left ear hearing, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang sewajarnya adalah RM 30,000.00. Kes yang diruj”
“hawa award yang bersesuaian adalah RM 70,000.00 bersandarkan kepada kes Mohamad Zulkefli Hamzah & Satu Lagi lwn Fatimah Sham [2016] MLRHU 1048, kes Rosniza Mohamad v Halijah Abd Mansor & Another Case [2023] MLRHU 1961 dan kes Mohd Farhan bin Mohd Idris v Mohd Hishamuddin bin Harun [KA-12B-4-01/2018].”
“yang mempunyai risiko kepada nyawa. Pihak Plaintif juga bersandarkan kepada kes Mohd Fayzul bin Ahmad & 2 Ors [2008] 2 PIR 60, kes Thillai Arasan a/l Veerasamy v Mohammad Amirul bin Abdul Rani & Anor [2024] AMEJ 2517 dan kes Chew Yu Jin v Tan Teik Kheng [2015] PILRU 15.”
“i dalam hujahan berhujah bahawa bagi kesan parut pembedahan ini, jumlah award yang sewajarnya adalah RM 20,000.00 dengan merujuk kepada kes Rosman bin Abdul Hamid & Anor v Kirthigan a/l Sangar & Anor [2024] AMEJ 2894.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-B53KJ-18-07/2022 ANTARA MUHAMAD KAMAL BIN KAMARUDIN (NO. K/P: 840505-09-5079) - PLAINTIF
1
YAP CHIA HANG
2
CHIN YEE BOEY (NO. K/P: 701202-07-5003) - DEFENDEN-DEFENDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Mahkamah telah memberikan keputusan atas isu kuantum setelah pihak-pihak bersetuju atas isu liabiliti. Persetujuan atas liabiliti di antara pihak-pihak telah direkodkan seperti berikut; Plaintif : 5% Defenden : 95% S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
2
Tidak berpuashati dengan keputusan atas kuantum yang diberikan, pihak Plaintif telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Sungai Petani.
3
Atas isu kuantum, Keputusan ini telah dibuat dengan berpandukan kepada prinsip undang-undang mantap di dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (a child suing through her father and next friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885 [2016) 2 MLJ 1; [2016] 1 MLRA 647; [2016] 2 AMR 217). [20] It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 CLJ; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard. As was stated in Schrump; Thus, future contingencies which are less than probable are regarded as factors to be considered, provided they are shown to be substantial and not speculative. (emphasis added) The qualification as underscored in that sentence is in our considered view, necessary to be proven on a balance of probabilities.
4
Pada memutuskan keputusan tersebut, Mahkamah telah meneliti keseluruhan dokumen-dokumen yang berkaitan iaitu Laporan-Laporan Perubatan, Laporan-Laporan Pakar serta hujahan-hujahan bertulis S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew pihak-pihak sebelum memutuskan keputusan atas isu kuantum. Mahkamah juga telah merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards sebagai panduan dalam menentukan jumlah award yang berpatutan.
5
Bagi kes ini, Mahkamah telah membenarkan gantirugi am dan gantirugi khas bagi tuntutan Plaintif. Bagi menentukan butir-butir kecederaan yang telah dialami oleh Plaintif adalah bersandarkan kepada Laporan-Laporan Perubatan dan Laporan-Laporan Pakar yang telah difailkan.
6
Pihak Plaintif berhujah bahawa bagi beberapa kecederaan yang dialami oleh Plaintif, terutamanya di bahagian kepala dan muka, award yang diberikan hendaklah diberikan secara berasingan dan bukan secara global bersandarkan kepada kes Chai Kang Wei Samuel v Sham Linda Gillian [2010] 3 SLR 587 dan beberapa kes yang lain. Gantirugi am bagi kecederaan-kecederaan yang dialami Plaintif
7
Plaintif telah disahkan mengalami loss of consciousness. Bagi kecederaan ini, Mahkamah telah memilih untuk membenarkan award sebanyak RM 6,000.00.
8
Pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah sebanyak RM10,000 atas alasan bahawa kecederaan ini disusuli dengan muntah dan diberikan bantuan pernafasan (intubated) oleh pasukan Jabatan Kecemasan.
9
Pihak Defenden berhujah bahawa kecederaan ini adalah sebahagian dari kecederaan di bahagian kepala dan tidak sepatutnya dibenarkan S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew secara berasingan dari kecederaan kepala. Walaubagaimanapun, pihak Defenden masih berhujah, jika dibenarkan, maka award yang sewajarnya adalah RM2,000.00 dengan merujuk kepada kes Muhammad Ikhmal bin Zolkaflee v Wakil Diri bagi Harta Pusaka Ramli bin Osman [2024] 1 PIR [16] 199.
10
Mahkamah berpendapat bahawa bagi kecederaan ini, ianya adalah satu kecederaan yang berdiri sendiri tanpa perlu dikaitkan atau digabungkan dengan keadaan kecederaan lain seperti muntah, kecederaan kepala dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersandarkan kepada compendium, ianya adalah jumlah maksimum (RM 6,000.00) yang dibenarkan dan adalah sesuai, wajar dan berpatutan dengan kecederaan Plaintif.
11
Plaintif juga telah disahkan mengalami kecederaan Skull Base Fracture involving mastoid aspect of Left Temporal Bone Fracture. Jumlah award yang dibenarkan bagi kecederaan ini ialah sebanyak
12
Pihak Plaintif berhujah bahawa kecederaan ini adalah satu kecederaan yang serius dan menyatakan bahawa award yang bersesuaian adalah RM 70,000.00 bersandarkan kepada kes Mohamad Zulkefli Hamzah & Satu Lagi lwn Fatimah Sham [2016] MLRHU 1048, kes Rosniza Mohamad v Halijah Abd Mansor & Another Case [2023] MLRHU 1961 dan kes Mohd Farhan bin Mohd Idris v Mohd Hishamuddin bin Harun [KA-12B-4-01/2018].
13
Manakala pihak Defenden pula berhujah bahawa jumlah award yang sepatutnya dibenarkan adalah RM 10,000.00 sahaja dengan merujuk S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew kepada kes Muhammad Zairul bin Yahya v Zail bin Badrol Hisham [2024] 1 PIR [28].
14
Dengan merujuk kepada compendium dan juga kes yang dikemukakan oleh pihak Defenden, jumlah award yang dibenarkan sebanyak RM 15,000.00 adalah wajar dan munasabah kerana ianya melibatkan satu kepatahan tulang sahaja.
15
Pihak Plaintif juga, akibat dari kemalangan ini telah mengalami kecederaan “Traumatic Brain Injury with multiple intracranial hemorrhage, right parietal, temporal acute subdural hemorrhage, right temporal acute contusional bleed, subarachnoid hemorrhage with disabilities”.
16
Bagi kecederaan ini dan juga ketidakupayaan yang telah dialami oleh Plaintif, Mahkamah telah membenarkan jumlah award sebanyak RM 100,000.00.
17
Pihak Plaintif berhujah bahawa kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah serius di mana bacaan GCS semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim adalah 9/15 yang dikategorikan sebagai Moderate Traumatic Brain Injury. Oleh yang demikian, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah adalah sebanyak RM150,000.00 dengan bersandarkan kepada kes Mohd Amien bin Mohd Ali v Hong Chee How [2022] AMEJ 2219, Vimalathithan a/l Kanawathi v Majlis Bandaraya Johor Baharu (Rossa Innovax Technology (M) Sdn Bhd – Third Party) [2023] 2 PIR 60. S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
18
Pihak Defenden pula berhujah bahawa jumlah award yang memadai adalah RM 50,000.00 atas kecederaan dan ketidakupayaan yang dialami. Pihak Defenden merujuk kepada kes Balakrishnan a/l Fulafalan v Tee Wei Ping & Anor [2023] 1 PIR 32 di mana bacaan GCS bagi Plaintif di dalam kes tersebut adalah sama dengan kes Plaintif di sini iaitu pada bacaan 9/15 dan satu lagi kes Zahid Alam bin Sayod Karim & Anor v Mohamad Azhar bin Ayob & Anor [2022] 2 PIR 9.
19
Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan award berjumlah RM100,000.00 sebagai jumlah yang wajar dan munasabah bersandarkan kepada kes yang dirujuk oleh Plaintif sendiri iaitu kes Mohd Amien bin Mohd Ali (supra). Kes tersebut mempunyai kecederaan dan ketidakupayaan yang hampir sama dengan kecederaan yang dialami oleh Plaintif di sini.
20
Plaintif juga disahkan mengalami kecederaan “Lateral Wall of Bilateral Maxillary Sinus Fracture”. Di dalam menentukan award yang munasabah bagi kecederaan ini, jumlah award sebanyak RM 30,000.00 telah dibenarkan sebagai jumlah yang wajar dan munasabah.
21
Walaubagaimanapun, pihak Plaintif berhujah bahawa jumlah yang wajar dan munasabah adalah RM 60,000.00 dengan bersandarkan kepada fakta bahawa terdapat 2 keretakan (bilateral) pada bahagian hidung yang melibatkan pernafasan. Pihak Plaintif juga merujuk kepada kes Mohamed Imran Jalaludeen lwn Muhammad Aiman Kamal & Yang Lain [2018] MLRU 2046 dan kes Mohamad Zulkefli Hamzah & Satu Lagi lwn Fatimah Sham [2016] 1 LNS 1226 sebagai sokongan kepada hujahan bagi award di atas di atas. S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
22
Pihak Defenden pula berhujah bahawa award yang sewajarnya dibenarkan adalah berjumlah RM 12,000.00 dengan merujuk kepada kes Mohamad Azizul Hakim Pilus v Salim Saad [2019] 1 PIR 24.
23
Mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM 30,000.00 adalah wajar dan sesuai dengan kecederaan yang dialami oleh Plaintif. Jumlah award yang dituntut adalah terlalu tinggi dan jumlah yang dibenarkan adalah bersesuai dengan kes rujukan Plaintif sendiri iaitu kes Mohamed Imran Jalaludeen (supra). Manakala jumlah yang dicadangkan oleh pihak Defenden pula adalah terlalu rendah. Oleh yang demikian, jumlah award RM 30,000.00 adalah sesuai dan wajar.
24
Disamping itu, Plaintif juga disahkan mengalami kecederaan “Left Apical Pneumothorax with Bilateral Lung Contusion”. Bagi kecederaan ini, Mahkamah telah membenarkan ward sebanyak RM 15,000.00 sebagai award yang wajar dan munasabah.
25
Namun, pihak Plaintif berhujah bahawa award sebanyak RM 25,000.00 adalah jumlah award yang berpatutan. Pihak berhujah bahawa jumlah award tersebut patut diberikan kerana kecederaan yang dialami ini adalah lung contusion iaitu bruises on lung from a chest injury dan Pneumothorax iaitu collapsed lung yang mempunyai risiko kepada nyawa. Pihak Plaintif juga bersandarkan kepada kes Mohd Fayzul bin Ahmad & 2 Ors [2008] 2 PIR 60, kes Thillai Arasan a/l Veerasamy v Mohammad Amirul bin Abdul Rani & Anor [2024] AMEJ 2517 dan kes Chew Yu Jin v Tan Teik Kheng [2015] PILRU 15.
26
Pihak Defenden pula berhujah bahawa jumlah award yang wajar diberikan adalah sebanyak RM 15,000.00 berserta dengan S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew kecederaan kepatahan tulang rusuk yang dialami oleh Plaintif. Kes rujukan pihak Defenden adalah kes Ahmad Sukardin Suparman & Satu Lagi v Mohd Yusri Abd Karim & Yang Lain [2015] 1 LNS 909.
27
Mahkamah, setelah mempertimbangkan hujahan dari kedua-dua pihak menyatakan bahawa jumlah award yang sesuai dan wajar adalah RM 15,000.00 tanpa memasukkan kecederaan kepatahan tulang rusuk. Bagi jumlah award ini, ianya adalah wajar dan bersesuaian bersandarkan kepada jumlah award yang dibenarkan di dalam kes yang dirujuk oleh pihak Plaintif sendiri.
28
Akibat dari kemalangan ini juga, Plaintif telah mengalami kecederaan “Grade III Splenic injury with hemoperitoneum and possible post traumatic pseudoaneurysm formation”. Bagi kecederaan ini, Mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM 12,000.00 sebagai satu award yang wajar dan munasabah.
29
Pihak Plaintif berhujah bahawa award yang munasabah dan sewajarnya dibenarkan adalah RM40,000.00 dengan merujuk kepada kes Muhammad Zulkiflee bin Anwar & Anor v Mohd Naim bin Abdullah [2024] 1 PIR 8 dan award ini telah dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi semasa peringkat rayuan.
30
Pihak Defenden sebaliknya pula berhujah bahawa jumah award yang sewajarnya dibenarkan adalah RM 12,000.00 berdasarkan rujukan kepada kes Nik Aziz bin Mohamed v Mohd Nasyrudin bin Mohd Kadir & Anor [2022] 1 PIR 13. Pihak Defenden menghujahkan bahawa kecederaan adalah sama sebagaimana yang dialami oleh Plaintif dalam kes ini. S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
31
Setelah Mahkamah meneliti hujahan dari kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa jumlah award yang wajar dan munasabah adalah RM 12,000.00 sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Defenden berdasarkan kepada autoriti yang dikemukakan. Manakala hujahan pihak Plaintif untuk award sebanyak RM 40,000.00 adalah terlalu tinggi.
32
Plaintif juga mengalami kecederaan “Left 3rd – 6th rib fractures”. Bagi kecederaan ini Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa jumlah award yang munabasah dan sewajarnya dibenarkan adalah RM 20,000.00.
33
Hujahan pihak Plaintif berasaskan kepada rujukan kes Mohd Bakren bin Dolah Sajit v Amirul Affendey bin Azman & Anor [2022] MLJU 1702.
34
Pihak Defenden pula berhujah bahawa award bagi kecederaan kepatahan 4 tulang rusuk ini hendaklah dikira termasuk sekali dengan kecederaan minimal left pneumothorax at bilateral lung spaces / minimal lung contusion iaitu berjumlah RM 15,000.00.
35
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak Defenden tetapi bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa kecederaan ini hendaklah dikira berasingan dengan kecederaan lung contusion.
36
Akibat kemalangan ini, Plaintif juga telah mengalami “Facial Weakness” yang dinyatakan sebagai left sided facial weaknesss, left facial nerve palsy grade V dan secondary to transverse fracture of left mastoid bone. Bagi kelemahan yang wujud ini, Mahkamah telah membenarkan gantirugi sebanyak RM15,000.00. S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
37
Pihak Plaintif sebaliknya berhujah bahawa award yang wajar dibenarkan adalah RM 25,000.00 dengan merujuk kepada kes Muthu Kumar Krishnan v Vijaiyan Panir Selvam & Anor [2018] PILRU 11, Hazleen Md Salleh & Yang Lain lwn Wong Chee Keong & 1 lagi [2009] PILRU 11 dan kes Musalma Jhaafar & Satu Lagi lwn Sulaiman Ismail & Satu Lagi [2013] MLRSU 6.
38
Pihak Defenden pula berhujah bahawa bagi kesan kecederaan ini tidak wajar dibenarkan kerana ia telah pulih 4 bulan selepas kemalangan. Tetapi sekiranya Mahkamah membenarkan award bagi Kesan kecederaan ini, maka jumlah award yang berpatutan adalah RM 1,000.00 sahaja.
39
Setelah Mahkamah meneliti hujahan dari kedua-dua pihak, mahkamah percaya dan berpendapat bahawa kesan kecederaan ini adalah wujud dan Plaintif wajar diberikan award bagi perkara ini. Namun setelah meneliti keseluruhannya, maka berpendapat bahawa jumlah award yang munasabah dan wajar adalah RM 15,000.00.
40
Disamping itu, akibat dari kemalangan ini, Plaintif juga mengalami left ear bleed and reduced left ear hearing. Bagi kecederaan ini, Mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM15,000.00.
41
Pihak Plaintif berhujah bahawa bagi left ear bleed, award yang patut dibenarkan adalah RM 3,000 dengan merujuk kepada kes Eswaran P Nagalingam lwn Hew Heng Yi & Satu Lagi [2022] PILRU 47. Manakala bagi reduced left ear hearing, pihak Plaintif berhujah bahawa award yang sewajarnya adalah RM 30,000.00. Kes yang dirujuk adalah kes Hazleen Md Salleh & Yang Lain lwn Wong Chee Keong & 1 lagi [2009] S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew PILRU 11 dan kes Musalma Jhaafar & Satu Lagi lwn Sulaiman Ismail & Satu Lagi [2013] MLRSU 6.
42
Pihak Defenden pula berhujah bahawa bagi award untuk kecederaan ini, jumlah award yang wajar dibenarkan adalah sebanyak RM 8,000.00 dengan merujuk kepada kes Muthu Kumar a/l Krishnan v Vijaiyan a/l Panir Selvam & Anor [2018] 1 PIR [58].
43
Mahkamah telah membenarkan award berjumlah RM 15,000.00 dengan merujuk kepada compendium dan jumlah ini adalah wajar dan munasabah berdasarkan kepada Laporan Perubatan yang telah dikemukakan.
44
Bagi kecederaan yang dialami oleh Plaintif telah meninggalkan kesan-kesan parut sebagaimana yang dijelaskan oleh Doktor Pakar sebagai permanent 7.6 inches surgical scar. Bagi kesan parut pembedahan ini, Mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM 3,000.00.
45
Pihak Plaintif, di dalam hujahan berhujah bahawa bagi kesan parut pembedahan ini, jumlah award yang sewajarnya adalah RM 20,000.00 dengan merujuk kepada kes Rosman bin Abdul Hamid & Anor v Kirthigan a/l Sangar & Anor [2024] AMEJ 2894.
46
Pihak Defenden sebaliknya berhujah bahawa jumlah award yang sewajarnya adalah sebanyak RM 3,000.00 dengan merujuk kepada kes Norhidayu binti Saiful Ranie Join v Abidin bin Shaaban & Anor [2021] 2 PIR [9]. S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
47
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defenden dan memutuskan untuk membenarkan award bagi Kesan parut ini sejumlah RM 3,000.00. Ianya adalah didasarkan kepada rujukan kes yang dikemukakan oleh pihak Defenden. Tambahan lagi, bahagian yang mempunyai kesan parut itu bukanlah di kawasan yang mudah dilihat.
48
Akibat dari kecederaan yang dialami oleh pihak Plaintif, beliau telah menjalani pembedahan exploratory laparotomy and splenectomy. Pembedahan ini dilakukan adalah berkait dengan kecederaan yang dialami oleh Plaintif pada bahagian abdomen untuk menilai kecederaan dalaman dan juga prosedur pembedahan melibatkan organ limpa. Bagi kedua-dua prosedur ini, Mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM 15,000.00.
49
Sebaliknya, Pihak Plaintif berhujah bahawa award yang sewajarnya dibenarkan adalah RM 50,000.00 dengan merujuk kepada kes Zalizan Junoh lwn Yusuf Ngel [2017] 1 LNS 1985 dan kes Indarmalis Emiraya v Hasmodarwani Shafie & Anor [2014] 4 PILRU 37. Ini kerana terdapat 3 pembedahan yang perlu dijalani oleh Plaintif termasuk 1 pembedahan yang dinyatakan sebagai incidental appendectomy.
50
Pihak Defenden pula berhujah bahawa bagi pembedahan yang dijalani oleh Plaintif, ianya tidak sepatutnya dibenarkan kerana pembedahan ini adalah bersifat sampingan dan bukan kerana kemalangan. Walaubagaimanapun, pihak Defenden berhujah sekiranya dibenarkan, maka jumlah award yang sewajarnya bagi exploratory laparatomy adalah sebanyak RM 5,000.00 dengan merujuk kepada kes Vijayanathan a/l Ramachandran v Hak Heng Teading & Anor [2019] 1 S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew PIR [19], manakala bagi pembedahan splenectomy, jumlah award yang dicadangkan oleh pihak Defenden adalah RM 10,000.00 dengan rujukan kepada kes Wong Fui Chien & 2 Ors v Chin Wen Cheng & Anor (Wong Sir Sheong & Anor – 3rd party) [2019] 2 PIR [31].
51
Bagi pembedahan ini, Mahkamah hanya membenarkan award bagi pembedahan exploratory dan laparotomy dan jumlah award yang wajar dan munasabah dibenarkan adalah sebanyak RM 15,000.00 kerana jumlah ini adalah bersandarkan kepada rujukan kes yang dibawa oleh pihak Defenden. Manakala hujahan pihak Plaintif untuk jumlah RM 50,000.00 adalah jumlah yang terlalu tinggi.
52
Pihak Plaintif juga memohon untuk award dibenarkan bagi pain and suffering yang dialami oleh Plaintif sepanjang menjalani 3 pembedahan di atas. Bagi tuntutan ini, Mahkamah tidak membenarkan sebarang award kerana ianya adalah termasuk di dalam award yang telah dibenarkan bagi pembedahan tersebut.
53
Terdapat satu lagi kecederaan yang dialami oleh Plaintif iaitu Subcapsular central haematoma over the right gluteal region and haematoma over the lateral thigh dengan ukuran (5.8 x 3.2 cm). Bagi kecederaan ini, Mahkamah telah membenarkan award sebanyak RM 3,000.00 sebagaimana hujahan pihak Plaintif sendiri.
54
Pihak Plaintif berhujah bahawa jumlah award yang munasabah adalah sebanyak RM 3,000.00.
55
Manakala pihak Defenden berhujah bahawa berdasarkan kepada rujukan kes Md Nazri bin Abu Bakar v Saranah binti Abdullah [2024] 2 S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew PIR [45], jumlah award yang wajar dan munasabah adalah sebanyak
56
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa jumlah yang wajar dan munasabah adalah sebanyak RM 3,000.00 dan jumlah ini tidak terlalu tinggi dan munasabah. Tuntutan Gantirugi Khas.
57
Antara gantirugi khas yang dituntutan adalah kehilangan kapasiti pendapatan (loss of earning capacity) di mana dinyatakan bahawa Plaintif, semasa kemalangan berlaku, bekerja sebagai seorang pengarah di KSS Nippon Industrial Services Sdn Bhd dengan gaji pokok sebanyak RM 9,000.00 sebulan. Surat pengesahan pekerjaan (P17) dan slip gaji (P18) dikemukakan di dalam Ikatan Dokumen Plaintif.
58
Berdasarkan nas-nas yang dikemukakan oleh pihak Plaintif, antaranya kes Azizi Amran v Hizzam Che Hassan (2006) 2 CLJ 821 dan kes Yang Yap Fong & Anor v Leong Pek Hoon & Anor [1987] CLJ (Rep) 419. Pihak Plaintif menyatakan bahawa terdapat risiko sebenar “substantial risk” bagi Plaintif untuk hilang pendapatan sebelum tempoh anggaran Plaintif menamatkan pekerjaan.
59
Pihak Plaintif berhujah bahawa wujudnya risiko sebenar “substantial risk” untuk Plaintif kehilangan pendapatannya bersandarkan kepada kecederaan yang dialami dan juga ketidakupayaan (disablities) yang dialami oleh Plaintif. Antaranya adalah masalah kurang pendengaran, sakit kepala, mudah untuk menjadi marah (easily getting angry), S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew kurang konsentrasi (poor concentration), impairment of memory and calculation.
60
Pihak Plaintif berhujah bahawa pihak Plaintif layak untuk mendapat gantirugi khas ini dengan kiraan seperti berikut; RM 9,000.00 x 12 x (55-34/2) = RM 1,134,000.00
61
Pihak Defenden pula berhujah bahawa tuntutan bagi kehilangan pendapatan kapasiti ini hendaklah ditolak atas alasan bahawa tiada keterangan berkenaan kehilangan pendapatan, pengurangan dan pendapatan semasa. Juga tiada keterangan dari Doktor Pakar menyatakan bahawa Plaintif tidak dapat meneruskan pekerjaan. Disamping itu, pihak Defenden merujuk kepada laporan perubatan Plaintif (P25) yang menyatakan bahawa “he had also returned to work and was coping well”.
62
Setelah mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang award bagi kehilangan kapasiti pendapatan kerana ianya gagal dibuktikan dengan kukuh.
63
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa berdasarkan kepada tuntutan ini, keterangan yang jelas dan kukuh hendaklah dikemukakan di Mahkamah bahawa Plaintif, dengan keadaan kecederaan dan ketidakupayaannya, berkemungkinan akan kehilangan pekerjaan sebelum sampai tempoh masa untuk Plaintif menamatkan pekerjaan. Ianya hendaklah juga disokong oleh keterangan pakar untuk mengesahkan perkara ini. S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
64
Namun, perkara ini gagal dibuktikan oleh pihak Plaintif. Tiada juga pengesahan daripada Doktor Pakar untuk menyokong keterangan ini untuk membolehkan Mahkamah membenarkan award bagi gantirugi khas ini. Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pihak Defenden bahawa berdasarkan kepada Laporan Perubatan (P25), Plaintif masih boleh bekerja. Oleh yang demikian, Keputusan untuk tidak membenarkan tuntutan ini adalah wajar dan munasabah.
65
Bagi tuntutan untuk laporan polis, rajah kasar, gambar polis, carian JPJ, laporan-laporan perubatan dari Hospital Kulim, Laporan Perubatan dari Hospital Bagan Specialist, Perbelanjaan Perubatan di Klinik Pakar Amanjaya, Perbelanjaan Perubatan di Klinik Perdana, Mahkamah membenarkan kos ini dituntut di bawah kos
66
Manakala bagi perbelanjaan perjalanan keluarga ke Hospital Kulim, kerana terdapat perjalanan yang dibuktikan, mahkamah membenarkan seperti berikut; (RM30.00 X 7 hari) : RM210.00
67
Begitu juga perbelanjaan pengangkutan untuk rawatan susulan ke Hospital Kulim, Mahkamah membenarkan tuntutan perjalanan seperti berikut; (RM 30.00 x 5 hari) : RM 150.00
68
Terdapat perjalanan bagi rawatan susulan ke Pusat Pakar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Mahkamah membenarkan tuntutan perjalanan ini seperti berikut; (RM 50.00 x 3 hari) : RM 150.00
69
Manakala bagi lain-lain item untuk gantirugi khas adalah tidak dibuktikan dan tidak dibenarkan. S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
70
Mahkamah membenarkan kos tindakan mengikut skala dan faedah seperti berikut;
i
Faedah 5% ke atas gantirugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga tarikh penghakiman;
II
(ii) 2.5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; dan
III
(iii) 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim, Mahkamah Sesyen Kulim, Kedah Darul Aman. Tarikh : 14 Ogos 2025 Peguamcara Plaintif : Tetuan Jega Kumar & Partners Peguamcara Defenden-Defenden : Tetuan Dass, Jainab & Associates S/N mMYNSzc5tk6mty8Np7e/Ew
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.