Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-34-10/2023 MUHAMAD NABIL HANIF BIN M REDZUAN …PERAYU
DA-12B-34-10/2023
High Court of Malaysia30 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-34-10/2023 MUHAMAD NABIL HANIF BIN M REDZUAN …PERAYU
3
AZLINA BINTI ABD RAHIM …RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen di Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia Saman No. DA-A53KJ-364-08/2022 Muhamad Nabil Hanif bin M Redzuan …Plaintif
1
Muhammad Alif Fahmi bin Zainurin
2
Wan Muizzuddin bin Wan Fauzi
3
Azlina binti Abd Rahim …Defendan-Defendan] ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Pihak-pihak dirujuk dalam Alasan Penghakiman ini sebagaimana rujukan pihak-pihak dalam kes perbicaraan di Mahkamah Sesyen. [2] Plaintif telah memfailkan suatu permohonan interlokutori iaitu notis permohonan (kandungan 9) bagi mendapatkan perintah membatalkan notis rayuan balas bertarikh 24.1.2024 yang difailkan oleh Defendan Pertama dalam kes rayuan ini dengan alasan ia difailkan di luar tempoh masa. Permohonan ini hanya melibatkan Plaintif dengan Defendan Pertama sahaja. [3] Pada 30.5.2024, Mahkamah ini telah memutuskan menolak notis permohonan Plaintif dengan kos mengikut kausa. [4] Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 27.6.2024. Latar belakang kes [5] Plaintif di dalam rayuan ini adalah Muhamad Nabil Hanif bin M Redzuan merupakan penunggang motorsikal No. DDS 5305 yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 14.7.2022 di Lebuhraya Perol, Kota Bharu, Kelantan dengan Defendan Pertama iaitu Muhammad Alif Fahmi bin Zainurin yang menunggang motorsikal No. WQN 683 dan juga Defendan Kedua iaitu Wan Muizzuddin bin Wan Fauzi yang menunggang motrsikal No. DCW 7176. Manakala Defendan Ketiga adalah Azlina bt Abd Rahim iaitu pemilik motorsikal yang ditunggang oleh Defendan Kedua. [6]
Preamble
Menurut versi kemalangan oleh Plaintif, motorsikal yang ditunggang oleh Defendan Pertama di kedudukan hadapan, diikuti motorsikal Plaintif dan diekori belakang oleh motorsikal yang ditunggang Defendan Kedua. Kemalangan berlaku apabila motorsikal yang ditunggang Defendan Pertama di lorong kanan mengubah laluan masuk ke laluan Plaintif menyebabkan pelanggaran. Akibat pelanggaran tersebut, Plaintif telah terjatuh dan dilanggar oleh motorsikal yang ditunggang Defendan Kedua. [7] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah ganti rugi am dan ganti rugi khas. Pada 17.11.2022, penghakiman ingkar kehadiran telah dimasukkan ke atas Defendan Pertama. Perbicaraan penuh telah dijalankan di Mahkamah Sesyen dan pada 1.10.2023 yang mana Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (“HMS”) telah memutuskan bagi isu liabiliti, Defendan Pertama bertanggungan kecuaian 80%, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bertanggungan 20%. Manakala bagi kuantum gantirugi pula, HMS mengawardkan ganti rugi brain injury berjumlah RM70,000, multiple facial bone fracture berjumlah RM60,000, scar revision berjumlah RM1,333, kos rawatan pergigian bagi 2 dental implant berjumlah RM8000 dan bone grafting berjumlah RM666. [8] Terkilan dengan keputusan HMS tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 24.10.2023 atas isu liabiliti dan kuantum. Manakala, Defendan Pertama memfailkan rayuan balas atas isu liabiliti dan kuantum pada 24.1.2024 dan Defendan Kedua serta Defendan Ketiga memfailkan rayuan balas atas isu liabiliti pada 16.11.2023. Alasan permohonan Plaintif [9] Melalui notis permohonan dalam kandungan 9 tersebut, Plaintif memohon perintah Mahkamah ini supaya membatalkan notis rayuan balas Defendan Pertama dengan alasan, antara lain seperti berikut:
a
Defendan Pertama memfailkan notis rayuan balas tersebut di luar tempoh masa yang dibenarkan iaitu melebihi tempoh 14 hari selepas penerimaan Rekod Rayuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Aturan 55, kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Berdasarkan Aturan tersebut, tarikh akhir pemfailan notis rayuan balas adalah pada 11.12.2023. Di dalam kes ini, Rekod Rayuan telah diserahkan pada 27.11.2023 dan notis rayuan balas hanya difailkan pada 24.1.2024 dan diserahkan pada 13.2.2024. Ini menunjukkan kelewatan lebih kurang 2 bulan selepas Rekod Rayuan diserahkan;
b
Penghakiman Ingkar juga telah direkodkan ke atas Defendan Pertama di peringkat Mahkamah Sesyen dan masih kekal sehingga ke hari ini. Maka, Defendan Pertama tidak boleh membangkitkan isu liabiliti pada tahap ini. Bantahan Defendan Pertama [10] Defendan Pertama menyatakan bantahan awal ke atas notis permohonan (kandungan 9) Plaintif tersebut dalam hujahan bertulisnya di samping hujahan mengenai merit ke atas permohonan Plaintif bagi membatalkan notis rayuan balas Defendan Pertama dengan alasan-alasan, antara lain seperti berikut:
a
Notis Permohonan (kandungan 9) tersebut tidak mematuhi Aturan 32 kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 iaitu format notis permohonan yang tidak mematuhi Borang 57;
b
Semenjak pemfailan dan penyerahan notis rayuan balas oleh Defendan Pertama tersebut telah ada beberapa kali tarikh pengurusan kes (case management) yang mana peguam Perayu tidak pernah membangkitkan sebarang bantahan;
c
Notis permohonan (kandungan 9) tersebut dibuat melebihi tempoh masa yang ditetapkan dalam Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2020;
d
Afidavit sokongan yang menyokong notis permohonan tersebut tidak diikrarkan oleh Perayu tetapi hanya diikrarkan oleh peguam Perayu;
e
Notis rayuan balas ini tidak melebihi tempoh masa kerana Defendan Pertama tidak diwakili oleh peguam ketika kes di peringkat Mahkamah Sesyen. Mahkamah perlu memberikan keadilan kepada Defendan Pertama yang tidak diwakili peguam di peringkat Mahkamah Sesyen;
f
Pengiraan tempoh 14 hari yang diperuntukkan adalah dikira berdasarkan penyerahan Rekod Rayuan Tambahan dan bukannya sekadar penyerahan Rekod Rayuan. Di dalam kes ini, Rekod Rayuan Tambahan hanya diserahkan pada 31.3.2024. Maka tempoh masa hanya tamat 14 hari selepas 31.3.2024;
g
Aturan 55 kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan perkataan “may” dan ia bukan mandatori. Analisis dan dapatan Adakah Rekod Rayuan di bawah Aturan 55 kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 termasuk dengan Rekod Rayuan Tambahan? [11] Tempoh masa pemfailan notis rayuan balas ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan mahkamah bawah adalah dihadkan selama 14 hari dari tarikh penyampaian rekod rayuan. Ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Aturan 55 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: “8. Notis rayuan balas (A. 55 k. 8) Seorang responden dalam suatu rayuan boleh, dalam empat belas hari dari tarikh penyampaian rekod rayuan itu kepadanya, memfailkan suatu notis rayuan balas di Mahkamah Tinggi dan menyampaikan kepada perayu suatu salinan pendua notis itu dalam Borang 113 bahawa dia berniat hendak menghujah di pendengaran rayuan itu bahawa keputusan Mahkamah Rendah patut diubah.” (Penekanan ditambah) [12] Di dalam hal ini, Mahkamah berpandangan bahawa Rekod Rayuan turut termasuk Rekod Rayuan Tambahan kerana bagi tujuan pendengaran mana-mana rayuan, rekod rayuan hendaklah mengandungi dokumen yang lengkap. Sesuatu rekod rayuan yang tidak lengkap hendaklah dilengkapkan melalui rekod rayuan tambahan. [13] Jika dokumen rayuan masih tidak lengkap, pihak responden akan menghadapi kesukaran untuk memfailkan rayuan balas. Maka, pengiraan tempoh 14 hari yang diperuntukkan di bawah Aturan 55 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah dikira berdasarkan penyerahan Rekod Rayuan Tambahan dan bukannya hanya selepas penyerahan Rekod Rayuan. Di dalam kes ini, Rekod Rayuan Tambahan hanya diserahkan pada 31.3.2024, maka tarikh akhir untuk memfailkan notis rayuan balas adalah 14 hari selepas 31.3.2024. Defendan Pertama telah memfailkan Notis Rayuan pada 24.1.2024, maka Mahkamah ini berpandangan notis rayuan balas ini difailkan di dalam tempoh masa. [14] Defendan Pertama telah memfailkan notis rayuan balas pada 24.1.2024 tetapi hanya diserahkan kepada Plaintif pada 13.2.2024 memandangkan terdapat isu berkenaan pewakilan peguamcara bagi Defendan Pertama. Namun, Plaintif telah mengetahui berkenaan notis rayuan balas Defendan Pertama sejak ia difailkan iaitu pada 24.1.2024. Mahkamah ini telah merujuk kepada minit pengurusan kes bertarikh 12.3.2024 yang mana Plaintif menyatakan dalam proses akhir untuk melengkapkan Rekod Rayuan Tambahan dan isu berkenaan notis rayuan balas Defendan Pertama tidak pernah ditimbulkan oleh Plaintif pada peringkat tersebut. [15] Notis permohonan oleh pihak Plaintif untuk membatalkan notis rayuan balas Defendan Pertama hanya difailkan pada 27.3.2024 iaitu lebih kurang 6 minggu selepas notis rayuan balas diserahkan kepada Plaintif. Salah satu prinsip asas equity adalah "one who seeks under equity must come with clean hands". Tindakan Plaintif yang memfailkan permohonan untuk membatalkan notis rayuan balas Defendan Pertama dengan alasan ia lewat difailkan/ di luar tempoh masa juga adalah tidak wajar kerana pihak Plaintif juga telah lewat memfailkan permohonan untuk membatalkan notis rayuan balas tersebut. Tambahan lagi, Plaintif tidak pernah membangkitkan isu ini semasa sesi pengurusan kes bertarikh 12.3.2024 dan kes telah di peringkat akhir untuk perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi. [16] Berdasarkan alasan di atas, Mahkamah ini berpandangan Plaintif tidak dilindungi oleh prinsip equity kerana tidak hadir di Mahkamah dengan “clean hands”. Sebagai Mahkamah yang menerima prinsip equity, Mahkamah ini telah mempertimbangkan alasan yang dinyatakan oleh Plaintif, namun ia masih tidak cukup untuk menjustifikasikan permohonan Plaintif ini. Jika tempoh 14 hari yang diperuntukkan di bawah Aturan 55 kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hanya boleh dikira dari tempoh penyerahan Rekod Rayuan sahaja, adakah Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk melanjutkan tempoh masa pemfailan Notis Rayuan Balas yang difailkan di luar tempoh masa? [17] Untuk permohonan pelanjutan masa bagi memfailkan notis rayuan di luar tempoh masa yang ditetapkan, peraturan umum mengenai pelanjutan tempoh masa adalah diperuntukkan di bawah Aturan 3, Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti berikut: “5. Lanjutan masa (A. 3, K. 5)
5
(1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya adil, melalui perintah melanjutkan atau menyingkatkan tempoh yang di dalamnya seseorang itu dikehendaki atau diberi kuasa oleh Kaedah-Kaedah ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan, untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding.
2
Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang sedemikian sebagaimana yang disebut dalam perenggan
1
walaupun permohonan minta lanjutan tidak dibuat sehinggalah selepas tamatnya tempoh itu.” (Penekanan ditambah) [18] Berdasarkan Aturan 3 kaedah 5(1) yang dirujuk di atas, jelas bahawa pelanjutan tempoh masa memfailkan notis rayuan atau notis rayuan balas merupakan kuasa budi bicara Mahkamah. [19] Prinsip-prinsip mengenai pelaksanaan kuasa budi bicara yang sedemikian terkandung di dalam pelbagai nas undang-undang. Sebagai panduan, Mahkamah Rayuan melalui Penghakiman YA Mohd Zawawi Salleh JCA dalam kes Bala Subramaniam Sengodan v. Ahmad Sidique Abdul Latiff & Another Appeal [2015] 5 CLJ 623 telah menggariskan prinsip-prinsip tersebut seperti berikut: "[33] At the outset, it should be emphasised that when the appellant allows the time to file a notice of appeal to go by, his position suffers a radical change. Whereas previously he was in a position to appeal as of right; he now becomes an applicant for a grant of indulgence by the court.... [35] The principles governing the grant of leave to file a notice of appeal out of time may be summarised as follows:
i
rules of court providing a time limit for the conduct of litigation, must, prima facie, be obeyed (See Ratnam v. Cumaraswamy [1964] 3 All ER 935; Revici v. Prentice Hall Incorporated and Others [1969] All ER 772).
II
(ii) where there has been a non-compliance with a time-limit, the court has a discretion to extend time (See Thiruchelvasegaram Manickavasegar v. Mahadevi Nadchatiram [1998] 4 CLJ 883; [1998] 4 MLJ 297);
III
(iii) in exercising its discretion, the court will consider:
a
the length of the delay;
b
the reasons for the delay;
c
the chances of the appeal succeeding if time for appealing is extended; and
d
the degree of prejudice to the respondent if the application is granted... [36] The above factors may not necessarily be exhaustive, but they are certainly convenient yardsticks to assess the merits of an application for extension of time to file a notice appeal. Ultimately, it is for the court to uphold its own rules, while always endeavouring to avoid or redress any injustice that might result from the strict application of the rules of court.” (Penekanan ditambah) [20] Berdasarkan kes di atas, Defendan Pertama hendaklah menunjukkan kepada Mahkamah ini bahawa kelewatan yang berlaku bukannya disengajakan atau berada di luar kawalan dan bahawa pelanjutan masa sekiranya diberikan tidak akan memprejudiskan Plaintif. [21] Melalui afidavit-afidavit yang difailkan, Mahkamah ini mendapati bahawa tarikh terakhir untuk memfail dan menyampaikan notis rayuan balas adalah pada 6.12.2023 iaitu empat belas (14) hari selepas Rekod Rayuan diserahkan pada 22.11.2023. Namun, notis rayuan balas Defendan Pertama hanya difailkan pada 24.1.2024 telah lewat lebih kurang 2 bulan di luar tempoh masa yang ditetapkan. Oleh itu, Defendan Pertama mesti bersedia untuk memberikan penjelasan yang munasabah bagi tujuan memuaskan hati Mahkamah ini dalam melaksanakan kuasa budi bicaranya. [22] Mahkamah mengambil maklum bahawa alasan mengenai kelewatan tersebut berpunca daripada Defendan Pertama yang tidak hadir dan tidak diwakili oleh peguam ketika Mahkamah Sesyen menyebabkan penghakiman ingkar direkodkan ke atas Defendan Pertama. Selain itu, Mahkamah juga mengambil maklum bahawa terdapat isu pewakilan peguam yang mana peguam yang mewakili Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tersilap menyatakan mewakili kesemua Defendan. Isu pewakilan tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum peguam Defendan Pertama dibenarkan akses kepada sistem e-review bagi tujuan pengurusan kes. Selanjutnya, turut diambil maklum bahawa Plaintif tidak pernah membangkitkan bantahan terhadap notis rayuan balas Defendan Pertama sejak ia difailkan pada 24.1.2024 dan diserahkan pada 13.2.2024 sedangkan Plaintif berpeluang berbuat sedemikian pada pengurusan kes bertarikh 13.2.2024 dan 12.3.2024. Plaintif hanya memfailkan permohonan bantahan ini pada 27.3.2024. [23] Memandangkan Mahkamah ini hendaklah meneliti alasan-alasan kelewatan apabila membuat keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak suatu lanjutan masa, Mahkamah ini telah meneliti alasan- alasan yang telah dibentangkan oleh Defendan Pertama dalam perenggan 19 hingga 26 afidavit jawapannya. Daripada afidavit tersebut, adalah jelas bahawa alasan yang diberikan bagi kelewatan adalah antara lain dia tidak diwakili peguam di peringkat Mahkamah Sesyen dan berlaku isu pertindihan peguambela sehingga menyebabkan kelewatan dalam memfailkan notis rayuan balas selepas penerimaan Rekod Rayuan. [24] Jika dirujuk kepada kes Mahkamah Rayuan, Bala Subramaniam Sengodan v. Ahmad Sidique Abdul Latiff & Another Appeal (supra), garis panduan membenarkan sesuatu pelanjutan tempoh masa tersebut bukannya sesuatu yang menyeluruh, tetapi Mahkamah perlu meneliti keadaan dan fakta dalam satu-satu kes bagi mempertimbangkan setiap permohonan dalam sesuatu prosiding di Mahkamah. Apa yang penting ialah kepentingan keadilan dan kelancaran prosiding yang menjadi pertimbangan utama oleh Mahkamah. [25] Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada Aturan 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: “Perhatian hendaklah terhadap keadilan (A. 1A) Dalam mentadbir Kaedah-Kaedah ini, Mahkamah atau seorang Hakim hendaklah memberi perhatian pada kepentingan utama keadilan dan tidak hanya kepada ketidakpatuhan teknikal dengan Kaedah-Kaedah ini.” [26] Berkenaan pemakaian Aturan 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah ini merujuk kepada pandangan Mahkamah Persekutuan dalam kes Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj v. Datuk Captain Hamzah Mohd Noor & Another Appeal [2009] 4 CLJ 329 yang menyatakan seperti berikut: “[46] The technical non-compliance of any rule may be remedied where there is an accidental omission or oversight by a party. A general provision such as O. 1A RHC is for the court or judge to give heed to justice over technical non-compliance. It must not supersede a mandatory requirement of the Rules. O. 1A RHC cannot be invoked when a party intentionally disregards in complying with the Rules. Otherwise, parties would be encouraged to ignore the Rules. Thus in this case, O. 1A RHC does not apply as the respondents had intentionally disregarded O. 6 r. 7(2A) RHC for their own reasons.” (Penekanan ditambah) [27] Perlu dinyatakan sekali lagi di sini bahawa perkara paling utama yang perlu Mahkamah ini berikan perhatian adalah sama ada Defendan Pertama berupaya menunjukkan pihaknya tiada niat untuk mengabaikan tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang dan kegagalan mematuhi tempoh masa yang ditetapkan adalah sebenarnya-benarnya diakibatkan oleh hal keadaan yang di luar kawalan. [28] Berdasarkan alasan-alasan kelewatan yang dikemukakan oleh Defendan Pertama, Mahkamah ini tidak teragak-agak untuk memutuskan bahawa alasan-alasan tersebut adalah munasabah dan berupaya melepaskan Defendan Pertama daripada beban yang dipikulnya untuk menunjukkan kelewatan yang berlaku adalah bukan pengabaian yang disengajakan atau berada di luar kawalan Defendan Pertama. Kelewatan tersebut juga, jika ada bukanlah suatu kelewatan yang melampau. [29] Maka kepentingan keadilan memerlukan bahawa Mahkamah ini dapat melanjutkan masa agar hak Defendan Pertama mengemukakan rayuan balas tidak dikecewakan dengan mengguna pakai Aturan 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
para
[30] Setelah meneliti kertas-kertas kausa termasuk afidavit-afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan oleh pihak-pihak serta berdasarkan kepada analisis dan dapatan di atas, Mahkamah ini telah memutuskan dengan menolak permohonan Plaintif di kandungan 9 untuk membatalkan notis rayuan balas Defendan Pertama berdasarkan alasan yang dinyatakan di atas.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.