Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR [NO. KES: CB-83-286-09/2022] PENDAKWA RAYA LAWAN PENGHAKIMAN (Keputusan pada akhir kes pembelaan secara lisan*) Pada peringkat kes pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa berdasarkan ujian pemanduan secara objektif, seseorang yang munasabah (“reasonable man”) akan berpendapat bahawa Tertuduh memandu secara merbahaya dengan mengambil kira keadaan kes termasuk sifat, keadaan dan penggunaan jalan dan keadaan kesesakan lalu lintas pada waktu tersebut atau yang mungkin di jalan tersebut dengan keterangan bahawa motokar Proton Wira WFY5022 yang dipandu oleh Tertuduh (“motokar Tertuduh”) dari arah bertentangan SP6 secara tiba tiba masuk ke laluan SP6 dan pertembungan motokar berlaku akitbat daripada itu. Pada peringkat kes pembelaan, Tertuduh telah memberikan keterangan bersumpah daripada kendang saksi dan tidak mempertikaikan bahawa MUHAMAD NAIM BIN ABD KADIR motokar Tertuduh telah masuk ke laluan bertentangan malah menjelaskan secara lisan “semasa di selekoh itu saya punya steering hilang kawalan, dan mungkin menyebabkan ke laluan bertentangan”. Pihak pendakwaan dalam hujahannya telah menekankan dan mencadangkan bahawa motokar yang dipandu oleh Tertuduh hilang kawalan kerana dipandu laju. Berkenaan isu ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pemanduan laju semata-mata bukanlah satu-satunya sebab yang menyebabkan sesuatu kenderaan hilang kawalan secara tiba-tiba. Kes Public Prosecutor v. Zulkifli Bin Omar [1998] 6 MLJ 65 juga menyatakan seperti berikut: “In an offence under s 41(1), excessive speed is not the sole decider of reckless driving but there must also be a finding on the manner and other aspects of the defendant's driving which constituted recklessness, by having regard to the prevailing circumstances at the material time of accident, including the nature, condition, and size of the road, and the amount of traffic which is or might be expected on the road. The risk created by the manner in which the vehicle is driven must be both obvious and serious, and the court has to be satisfied that the essential or core ingredients of recklessness have been proved beyond reasonable doubt.” Malah semasa kes pihak pendakwaan, tiada keterangan kukuh yang dikemukakan yang menunjukkan bahawa Tertuduh memandu dengan laju. Persoalan yang lebih utama adalah adakah Tertuduh mempunyai kesilapan atau kesalahan (“fault”) dalam situasi yang menyebabkan pertembungan dua kenderaan tersebut. Mahkamah ini merujuk kepada kes Ng Beng Kok v. PP [2017] 7 CLJ 157 yang menyatakan seperti berikut: “It was held that in proving that there was "dangerous driving", it must be shown that: i) there must be a situation created by the accused which, viewed objectively, is dangerous; ii) that when creating such a situation the accused was at fault. Fault here involves a failure; a falling below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances.” Dalam kes ini, situasi yang disebabkan (“created”) oleh Tertuduh tidak dapat dipertikaikan adalah merbahaya kerana kenderaan yang dipandu oleh Tertuduh berada di lorong yang bertentangan. Namun begitu, Mahkamah ini tidak yakin bahawa dalam menyebabkan situasi tersebut, Tertuduh bersalah (“at fault”). Keterangan yang diberikan oleh Tertuduh adalah motokarnya yang hilang kawalan. Dalam situasi ini, amat sukar untuk Mahkamah ini memutuskan bahawa terdapat satu tindakan positif (“positive act”) yang diambil oleh Tertuduh untuk menyebabkan situasi tersebut. Dalam kes PP v. Ong Kia Chan [2006] 4 CLJ 334, Low Hop Bing H telah menyatakan seperti berikut: “The expression “driving in a manner which is dangerous to the public” indicates some dangerous act or manoeuvre on the part of the driver of a vehicle eg, overtaking a vehicle on the wrong side of it, or overtaking in the face of oncoming traffic, or overtaking when unable to see oncoming traffic, or crossing a junction against traffic light, and so on. There must be some positive act on the part of the driver which is dangerous having regard to all the circumstances.” (penekanan ditambah) Setelah penilaian maxima keseluruhan kes ini, Mahkamah ini mendapati Tertuduh tidak melakukan apa-apa tindakan positif yang membawa kepada pertembungan tersebut. Ini adalah kerana motokar Tertuduh hilang kawalan secara tiba-tiba. Sepanjang kes pendakwaan dan juga semasa kes pembelaan, tiada keterangan yang menunjukkan Tertuduh sedang memotong atau cuba memotong kenderaan lain yang akhirnya mengakibatkan pertembungan kenderaan. Motokar Tertuduh juga boleh dikatakan disenggara dengan baik dan tiada keterangan lain yang menunjukkan bahawa motokar itu dipandu dalam keadaan mekanikal yang bermasalah atau tidak selamat. Oleh itu, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi pertuduhan di bawah subseksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (“APJ”). Walaupun Mahkamah ini mendapati Tertuduh tidak melakukan apa-apa tindakan positif yang membawa kepada pertembungan tersebut, hakikatnya, Tertuduh memandu sebuah kenderaan yang hilang kawalan dan telah terkeluar daripada lorong dirinya dan masuk ke lorong lain yang bertentangan. Mahkamah ini memutuskan bahawa ini boleh dikira sebagai memandu suatu kenderaan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu. Oleh itu, persoalan seterusnya adalah sama ada Tertuduh terbuka untuk disabitkan di bawah subseksyen 43 (1) APJ. Berkenaan isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Wan Khairil bin Wan Isa [2007] 6 MLJ 601 yang mana tertuduh dalam kes tersebut telah dipanggil untuk membela diri untuk kesalahan di bawah subseksyen 41 (1) APJ pada akhir kes pendakwaan. Nallini Pathmanathan PK menyatakan: “It must be emphasized that that the foregoing conclusion only has the effect of calling upon the respondent to put forward his defence to the charge preferred against him. It does not have the effect of deciding that he is in fact guilty of an offence under the said section. Neither do these grounds of judgment constitute any form of direction to convict the respondent on any charge. It is open to the court below to come to a conclusion at the end of the defence case that indeed the respondent has a full and complete defence to the a charge under s 41(1) of the Act or to convict the respondent under the lesser charges provided for in ss 42 and 43 of the Act.” Oleh itu, Mahkamah ini mempunyai budibicara pada akhir kes pembelaan untuk mensabitkan Tertuduh di bawah subseksyen 43 (1) APJ sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah subseksyen 41 (4) APJ. Meneliti semula segala keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pembelaan yang dibangkitkan oleh Tertuduh bukanlah satu pembelaan penuh yang dapat melepaskan diri beliau daripada sebarang kesalahan. Walaupun kesalahan subseksyen 41 (1) APJ telah gagal dibuktikan melampaui keraguan munasabah oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini mendapati satu kesalahan di bawah subeksyen 43 (1) APJ iaitu memandu suatu kenderaan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu sememangnya wujud dan telah dapat dibuktikan melampaui keraguan munasabah oleh pihak pendakwaan. Oleh itu, Tertuduh disabitkan di bawah subseksyen 43 (1) APJ sepertimana yang dibenarkan oleh subseksyen 41 (4) APJ. TAN CHIEW KING Majistret Mahkamah Majistret (1) Temerloh 16 Januari 2025 *Penghakiman ini diberikan secara lisan pada 16 Januari 2025 dan bukanlah alasan keputusan penuh Mahkamah ini. Alasan keputusan bertulis penuh akan disediakan sekiranya rayuan difailkan. Pihak-pihak: Khairunnisa binti Zaffar (Timbalan Pendakwa Raya) untuk pihak Pendakwaan Nor Ezdiani binti Mohd Amari (Bahari Choy & Nongchik) untuk Tertuduh