Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (2) BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA KES JENAYAH NO. PB-83-812-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
PB-83-812-10/2022
Magistrates Court of Malaysia20 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“l commissioner agreed with the prosecution that the charge had informed the accused with certainty and accuracy and that any errors or omissions in the charge, if any, were curable under s 422 of the Criminal Procedure Code.” [27] Seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan bahawa: - “Subject to the provisions contai”
“used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 …(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263” [24] Yang Arif Suffian dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263 menyatakan: - “The position may be conveniently s”
“n 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 [53] Seterusnya Mahkamah ini juga merujuk kes Usuf Matli v PP [2024] CLJU 1646 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa: - “[44] The mitigating factors presented by the Appellant”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (2) BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA KES JENAYAH NO. PB-83-812-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Muhammad Nasri bin Ahmed Jalaludeen (selepas ini dipanggil sebagai OKT) telah dituduh di Mahkamah Majistret 2 Butterworth sepertimana pertuduhan pindaan berikut: - “Bahawa kamu pada 26/05/2018 lebih kurang jam 1705 petang di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Kepala Batas dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai pemandu 4WD Nombor PKV9501 jenis Toyota Hilux warna Hitam telah memandu kenderaan itu dengan membahayakan sehingga menyebabkan kematian kepada Khong Ah Ha @ Khong Ah Kam No. K/P: 430213075197 iaitu penunggang Motorsikal Nombor PDS1984 jenis Honda EX5. Oleh yang 2 demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.”
2
Pada awalnya OKT telah dituduh di bawah kes nombor PB-83-631-10/2019 di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, OKT tidak mengaku salah dan mohon untuk dibicarakan. Bicara peringkat pendakwaan telah dijalankan di hadapan Puan Majistret terdahulu yang melibatkan SP1, SP2 dan SP3. OKT kemudiannya telah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada 7/10/2022 bagi pertuduhan di bawah nombor kes tersebut kerana tiada saksi pendakwaan yang hadir pada tarikh akhir sambung bicara kes pendakwaan. Puan Majistret terdahulu telah memerintahkan supaya OKT dilepaskan tanpa dibebaskan dan wang jaminan dikembalikan.
3
Pada 7/10/2022 juga, tarikh yang sama OKT telah dilepaskan tanpa dibebaskan bagi kes nombor PB-83-631-10/2019, OKT telah dituduh semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagaimana pertuduhan pindaan di atas yang kini dirayu oleh pihak pembelaan dan juga pihak pendakwaan. OKT sekali lagi tidak mengaku salah dan mohon untuk dibicarakan. Pendakwaan mohon untuk menggunapakai nota keterangan saksi-saksi yang telah memberi keterangan dan eksibit di dalam kes PB-83-631-10/2019 bagi kes ini. Puan Majistret terdahulu telah membenarkan permohonan tersebut dan menggunapakai nota keterangan saksi-saksi yang telah memberi keterangan dan juga eksibit-eksibit yang telah dikemukakan.
4
Sambung bicara kes pendakwaan telah diteruskan dengan SP4 dan SP5. Puan Majistret terdahulu telah memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie ke atas OKT dan OKT diarahkan untuk membela diri.
5
Mahkamah ini meneruskan perbicaraan kes dengan bergantung kepada nota keterangan yang telah disediakan oleh Puan-Puan Majistret terdahulu dan juga merujuk kepada rakaman “court recording & video-to-text system (RVT)”. Mahkamah ini juga menilai bahasa badan saksi-saksi yang telah memberi keterangan berdasarkan rakaman tersebut dalam alasan penghakiman ini. [6]
1
Pihak Pendakwaan telah mengemukakan eksibit-eksibit seperti berikut:-
2
Laporan Polis Trafik S/Perai Utama 4995/18 – Eksibit P1
3
Gambar tempat kejadian – Eksibit P2(A-O)
4
Gambar motokar jenis pacuan empat roda (4WD) – Eksibit P3(A-E)
5
Gambar post mortem si mati – Eksibit P4(A-I)
6
Sijil perakuan 90A – Eksibit P5
7
CD PDRM – Eksibit P6
8
Salinan geran motosikal si mati – Eksibit ID7
9
Laporan polis Trafik S/Perai Utara 5292/18 – Eksibit P8
10
Sijil kematian si mati – Eksibit ID9
11
Laporan post mortem – Eksibit P10
12
Salinan daftar kematian – Eksibit P11 Salinan perakuan pegawai perubatan mengenai sebab-sebab kematian –
13
Eksibit P12
14
Laporan pemeriksaan kemalangan – Eksibit P13
15
Laporan Polis Trafik S/Perai Utara 5006/18 – Eksibit P15
16
Rajah kasar dan kunci – Eksibit P16 & Eksibit P16K
17
Laporan Polis Trafik S/Perai Utara 5004/18 – Eksibit D17
18
Percakapan Dalam Pemeriksaan OKT – Eksibit D18 Laporan kimia – Eksibit D19 [7]
1
Salinan penyata saksi yang telah dikemukakan dan ditanda adalah seperti berikut:-
2
SP1 Kpl. 127061 Mohd Hisham bin Bulat – PSP1
3
SP2 Kpl. 112381 Mohd Zubir bin Hassan – PSP2 SP6 Inspektor G/25328 Nur Syafinaz binti Abdul Aziz – PSP14 4. [8] Bicara kes pembelaan telah berjalan di hadapan Majistret terkini melibatkan hanya seorang saksi pembelaan iaitu SD1, yang merupakan OKT sendiri. Pada 20/12/2024 Mahkamah ini telah memutuskan bahawa OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan ke atasnya dan hukuman yang diberikan adalah penjara 3 tahun dari tarikh sabitan, dan denda RM7000 gagal bayar 6 bulan penjara, dan lesen digantung selama 3 tahun dari tarikh sabitan. Wang jaminan dikembalikan. Pihak pembelaan dan pihak pendakwaan kini telah memfailkan notis rayuan terhadap hukuman ke atas OKT. Keterangan Kes [9] Secara ringkas, pada 26/5/2018 jam lebih kurang 5.05 petang, satu kemalangan jalan raya yang melibatkan motokar jenis pacuan empat roda (4WD) jenis Hilux Double Cab nombor pendaftaran: PKV9501 yang dipandu oleh OKT dan sebuah motosikal jenis Honda C100MT nombor pendaftaran: PDS1984 yang ditunggang oleh si mati Khong Ah Ha @ Khong Ah Kam telah berlaku di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir dari Bertam menghala ke arah Kepala Batas. [10] Si mati dikatakan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada impak perlanggaran dan jenazah si mati kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk urusan bedah siasat. Laporan Bedah Siasat, Eksibit P10 mengesahkan bahawa punca kematian si mati adalah “Cardiothoracic injury secondary to motor vehicle accident”. [11] Kemalangan dipercayai berlaku akibat motokar jenis pacuan empat roda (4WD) yang dipandu oleh OKT dikatakan telah memasuki laluan sah motosikal si mati dan berlaku perlanggaran di laluan sah motosikal si mati. Hujahan Pembelaan Di Akhir Kes Pembelaan [12] Pihak pembelaan di dalam hujahan bertulis berhujah bahawa berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh OKT sebagai saksi pembelaan, satu keraguan yang munasabah telah diwujudkan terhadap pertuduhan ke atas OKT. [13] Pembelaan juga berhujah bahawa pertuduhan ke atas OKT adalah tidak lengkap dan defective dari segi keperluan undang-undang dan peruntukan seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana intipati pertuduhan tidak langsung menyatakan berkenaan jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan ada atau mungkin ada di jalan itu. [14] Seterusnya, pembelaan juga berhujah bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan secara kukuh bahawa OKT memandu keretanya secara merbahaya. OKT telah menyatakan bahawa keadaan jalan yang licin disebabkan oleh hujan tidak boleh dinafikan boleh menyumbang kepada tindakan kereta OKT terbabas dan naik ke atas bahu jalan selepas OKT membrek secara mengejut disebabkan tindakan kereta di hadapan OKT membrek secara mengejut. [15] Seterusnya pembelaan juga berhujah bahawa OKT telah membuat laporan polis pada hari yang sama kemalangan berlaku dan keterangan percakapan beramaran OKT telah menyatakan bagaimana kemalangan telah berlaku dan keterangan OKT adalah konsisten sejak awal. [16] Akhir sekali, hujahan pembelaan adalah OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dan mohon agar OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sekiranya ada pun kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT ianya sepatutnya dan sewajarnya adalah di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. [17] Semasa tarikh sebutan untuk keputusan pada 20/12/2024, pihak pembelaan memaklumkan Mahkamah bahawa tiada sebarang hujahan balas difailkan dan pihak pembelaan bersedia untuk keputusan Mahkamah. Hujahan Pendakwaan Di Akhir Kes Pembelaan [18] Pihak pendakwaan di dalam hujahan bertulis berhujah bahawa pembelaan OKT merupakan satu pembelaan yang bersifat pemikiran terkemudian “afterthought” yang boleh menjejaskan kredibiliti pembelaan OKT dan mengurangkan pemberat yang diberikan dalam keterangan-keterangan tersebut yang dikemukakan semasa pembelaan. Pembelaan yang dikemukakan merupakan satu pemikiran terkemudian apabila pembelaan tersebut hanya dikemukakan atau ditimbulkan pertama kali semasa OKT memberi keterangan sebagai saksi. [19] Seterusnya, pendakwaan berhujah bahawa keterangan OKT merupakan satu rekaan dan penafian kosong “bare denial” semata-mata. Sepanjang memberi keterangan di Mahkamah, OKT hanya menafikan berkenaan tindakannya membawa motokar tersebut secara merbahaya tetapi tiada keterangan lain atau dokumen sokongan dikemukakan bagi membuktikan keterangan OKT. [20] Seterusnya, pihak pendakwaan berhujah bahawa pihak pembelaan gagal untuk memanggil saksi-saksi material untuk menyokong keterangan OKT. Sepanjang perbicaraan kes pembelaan, tiada mana-mana saksi pakar yang dipanggil untuk menyokong pembelaan OKT. Pendakwaan berhujah bahawa saksi pakar merupakan saksi penting untuk menyokong keterangan OKT yang mendakwa bahawa kenderaan yang dipandunya tidak berada dalam keadaan baik dan stering kenderaan tersebut tidak berfungsi sewaktu kemalangan berlaku. [21] Seterusnya, pihak pendakwaan berhujah bahawa kegagalan OKT untuk membawa kenderaan dengan berhemah tidak dapat disangkal oleh pihak pembelaan. Pembelaan OKT iaitu penafian berkenaan dengan apa yang berlaku ketika waktu kemalangan tidak mencukupi untuk membangkitkan keraguan yang munasabah kerana kesemua saksi pendakwaan telah memberikan keterangan yang konsisten yang tidak berjaya disangkal oleh pihak pembelaan. [22] Dalam hujahan balasan, pihak pendakwaan berhujah bahawa pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak langsung memprejudiskan OKT. Pendakwaan merujuk kepada seksyen 156 Kanun Tatacara Jenayah, kesilapan di dalam menyatakan kesalahan atau butir-butir dikehendaki disebutkan dalam pertuduhan tidak boleh dianggap material, kecuali Tertuduh itu sebenarnya telah terkeliru oleh sebab kesilapan itu. Penilaian Mahkamah [23] Untuk makluman Mahkamah Tinggi yang mulia, rayuan kedua-dua belah pihak adalah berkenaan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKT sahaja, namun Alasan Penghakiman ini akan merangkumi alasan berkenaan sabitan dan hukuman ke atas OKT. Pada peringkat ini, Mahkamah perlu menentukan sama ada pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang menyatakan: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by any trial court at the close of prosecution’s case: - …(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v Public Prosecutor [1963] MLJ 263” [24] Yang Arif Suffian dalam kes Mat v PP [1963] MLJ 263 menyatakan: - “The position may be conveniently stated as follows:-
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt –
b
If you accept or believe the accused’s explanation – Acquit
c
If you do not accept or believe the accused explanation – Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt – Convict
e
If you do not accept or believe the accused explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt – Acquit” [25] Menggunapakai prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam kes di atas, OKT telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Justeru, Mahkamah ini telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman yang berpatutan kepada OKT. Mahkamah ini juga percaya bahawa hukuman yang telah dijatuhkan kepada OKT tidaklah terlalu ringan dan tidaklah terlalu berat. Pertuduhan Ke Atas OKT Adalah Tidak Lengkap Dan Defective [26] Pertama sekali, Mahkamah ini akan membincangkan berkenaan hujahan pihak pembelaan mengenai pertuduhan ke atas OKT yang dikatakan tidak lengkap dan defective dari segi keperluan undang-undang dan peruntukan seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 kerana intipati pertuduhan tidak langsung menyatakan berkenaan jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan ada atau mungkin ada di jalan itu, Mahkamah ini merujuk kepada kes Cantona Lim Xiang Kim v PP [2020] 1 MLJ 544 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: - “[8] On the first issue, the learned judicial commissioner agreed with the prosecution that the charge had informed the accused with certainty and accuracy and that any errors or omissions in the charge, if any, were curable under s 422 of the Criminal Procedure Code.” [27] Seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan bahawa: - “Subject to the provisions contained in this Chapter no finding, sentence or order passed or made by a Court of competent jurisdiction shall be reversed or altered on account of
a
any error, omission or irregularity in the complaint, sanction, consent, summons, warrant, charge, judgment or other proceedings before or during trial, or in any inquiry or other proceedings under this Code;
b
the want of any sanction; or
c
the improper admission or rejection of any evidence, unless such error, omission, irregularity, want, or improper admission or rejection of evidence has occasioned a failure of justice” [28] Pertuduhan pindaan yang telah dibacakan kepada OKT adalah “…telah memandu kenderaan itu dengan membahayakan sehingga menyebabkan kematian kepada…”. Adalah tidak dinafikan oleh Mahkamah ini bahawa pertuduhan itu tidak menyebut secara spesifik ayat “dengan cara yang setelah mengambil perhatian tentang segala keadaan termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan ada atau mungkin ada di jalan itu, adalah berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian” sepertimana ditulis di dalam seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. Walaubagaimanapun, menggunakapai prinsip kes Cantona Lim Xian Xim v PP dan seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah yang dinyatakan di atas, tiada sebarang ketidakadilan berlaku kepada OKT daripada pertuduhan yang telah dibacakan kepadanya kerana OKT faham pertuduhan tersebut. [29] Mahkamah ini seterusnya merujuk kes Ng Beng Kok v PP [2017] 7 CLJ 157 yang menyatakan bahawa: - “[17] The above section, in our view, creates three distinct offences, namely:
a
driving a motor vehicle recklessly;
b
driving a motor vehicle at speed; or
c
driving a motor vehicle in a manner which having regard to all the circumstances (including the nature, condition and size of the road, and the amount of the traffic, which is or might be expected to be on the road) is dangerous.” [30] Sepertimana Mahkamah Tinggi yang Mulia ini sedia maklum, pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan mempunyai 3 cabang atau limb. Pertuduhan di dalam kes ini adalah melibatkan limb ketiga iaitu memandu dengan cara yang setelah mengambil perhatian tentang segala keadaan termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan ada atau mungkin ada di jalan itu, adalah berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian. [31] OKT di dalam keterangannya sebagai saksi dan juga pihak pembelaan dalam hujahan bertulis mereka telah berhujah untuk menafikan bahawa OKT telah memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian kepada si mati. Hal ini menunjukkan bahawa OKT faham akan pertuduhan yang telah dibacakan kepadanya dan telah membela diri di atas pertuduhan tersebut. Selain itu, merujuk seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah, kesilapan dalam merangka pertuduhan dengan tidak menyatakan “dengan cara yang setelah mengambil perhatian tentang segala keadaan termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan ada atau mungkin ada di jalan itu, adalah berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian” adalah kesilapan yang tidak menyebabkan sebarang ketidakadilan kepada OKT. [32] Semasa pemeriksaan utama OKT sebagai saksi pembelaan, peguam ada bertanya mengenai kelajuan OKT memandu kenderaan sebelum kemalangan berlaku dan juga pihak pembelaan menafikan bahawa OKT telah memandu secara berbahaya dengan menimbulkan fakta bahawa kereta di hadapan OKT telah brek secara mengejut dan kereta OKT mula terbabas selepas OKT menekan brek. Pemeriksaan utama SD1: S: Kelajuan kamu ketika itu? J: Tak laju, 50 km/s S: Kamu tak nampak kenapa brek tapi mengejut? J: Betul S: Selepas itu apa tindakan kamu, apa berlaku sehingga naik ke bahu jalan? J: Lepas kereta depan brek, kereta saya brek kereta tiada dalam kawalan, mula terbabas dan tiada dalam control saya, kereta ke kiri dan ke kanan, kereta tu bawa saya ke bahu jalan. S: Bila kamu kata tiada dalam kawalan kamu apa maksud kamu? Kamu yang bawa kereta, stereng kamu pegang, apa maksud? J: Bila saya brek, kereta tergelincir dan seret naik atas bahu jalan. [33] Seterusnya semasa pemeriksaan balas, OKT juga telah menafikan dirinya memandu secara berbahaya yang secara langsung telah menjawab atau membela dirinya di atas pertuduhan di bawah limb ketiga seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. Pemeriksaan balas SD1: S: Saya cadangkan kemalangan ini takkan berlaku kalau encik bawa kenderaan dengan berhati-hati? J: Tidak, kerana jalan basah, sangat licin, ada kereta brek di hadapan saya. S: Sebab apa tak setuju? J: Sebab saya bawa dengan berhemah. [34] Maka, hujahan pembelaan mengenai pertuduhan yang dikatakan tidak lengkap tidak berjaya untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan kerana sehingga ke peringkat akhir perbicaraan, OKT faham dan telah cuba untuk membela dirinya di atas pertuduhan yang telah dibacakan kepadanya. Tiada apa-apa ketidakadilan yang berlaku ke atas OKT melibatkan pertuduhan. Seandainya ada apa-apa kesilapan mengenai pertuduhan di dalam kes ini, ianya boleh diperbetulkan atau curable oleh seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah. Pendakwaan Telah Gagal Membuktikan OKT Memandu Secara Berbahaya [35] Mengenai hujahan pembelaan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan OKT memandu secara berbahaya, kes ini kini adalah di peringkat pembelaan, oleh itu, pihak pembelaan seharusnya menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan. Majistret terdahulu telah memutuskan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan dan pihak pembelaan dipanggil untuk memasukkan pembelaan. [36] Elemen memandu secara berbahaya adalah elemen penting dalam pertuduhan ke atas OKT, namun tiada definisi khusus di dalam Akta Pengangkutan Jalan berkenaan maksud memandu secara berbahaya. Oleh itu, rujukan kepada kes-kes perlu dibuat. Mahkamah ini merujuk kepada kes Ng Beng Kok v PP sekali lagi di mana Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: - “[37] Therefore, premised on the above, the circumstances that constitute dangerous driving is fairly wide. Taken cumulatively, it involves the manner of driving (which includes, recklessness and speeding) which create a dangerous situation to the public, ie, which may cause a serious risk of causing physical injury to some other person who may happen to be using the road, or doing substantial damage to property.” [37] Seterusnya Mahkamah ini juga merujuk kes PP v Zulkifli bin Omar [1998] 6 MLJ 65, Yang Arif Hakim Vincent Ng menyatakan bahawa: “As Parliament has not spelt out the meaning of ‘driving dangerously’ or ‘driving recklessly’ it is left to the courts to do so. To be guilty of the more serious category of the offence of reckless driving the driver (defendant) must have created an obvious and serious risk of injury to the person or damage to property and must either have given no thought to the possibility of that obvious risk, or have seen the risk and nevertheless decided to run it. … In an offence under s 41(1), excessive speed is not the sole decider of reckless driving but there must also be a finding on the manner and other aspects of the defendant’s driving which constituted recklessness, by having regard to the prevailing circumstances at the material time of accident, including the nature, condition, and size of the road, and the amount of traffic which is or might be expected on the road. The risk created by the manner in which the vehicle is driven must be both obvious and serious, and the court has to be satisfied that the essential or core ingredients of recklessness have been proved beyond reasonable doubt.” [38] Tidak ada sebarang bukti melalui rakaman video atau rakaman cctv atau saksi mata yang boleh membuktikan bahawa OKT memandu dengan laju semasa kejadian. OKT semasa disoal menjawab bahawa kenderaan dipandu olehnya dengan kelajuan 50 km/s. Manakala SP5 iaitu pengawai penyiasat semasa pemeriksaan utama pula menyatakan bahawa kenderaan dibrek secara mengejut kerana dipandu dengan laju, kelajuan tidak dapat ditentukan tetapi kenderaan dipandu dengan laju. Pemeriksaan balas SP5: S: Dan puan juga menyatakan berapa kelajuan tertuduh pada masa itu J: Kelajuan tertuduh saya tak dapat pastikan kalau perlahan dia sempat brek kenderaan boleh dikawal lagi S: Berapa had kelajuan di sana? J: Di traffic light lebih kurang 50km/s [39] Seterusnya, keadaan hujan semasa kejadian menyebabkan permukaan jalan basah. Keadaan cuaca hujan tidak dinafikan oleh OKT semasa disoal oleh peguam dan pendakwaraya. OKT setuju bahawa cuaca hujan, jalan basah dan sangat licin. Mahkamah ini tidak boleh mengesahkan bahawa kenderaan dipandu dengan laju semasa kejadian berdasarkan keterangan saksi-saksi, namun Mahkamah ini percaya bahawa OKT tidak memandu mengikut had laju 50km/s seperti yang dinyatakan. OKT menyatakan bahawa kereta dipandu oleh OKT di lorong tengah dan OKT menekan brek secara mengejut apabila kenderaan di hadapan OKT menekan brek. Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh OKT bahawa kenderaan dipandu dengan kelajuan 50km/s, sepatutnya dan secara logiknya kenderaan tersebut boleh berhenti apabila brek ditekan. Sebaliknya, kenderaan dikatakan berpusing kerana stereng hilang kawalan selepas dibrek menyebabkan kenderaan terbabas ke atas pembahagi jalan. Kesan brek juga jelas kelihatan berhampiran pembahagi jalan. Kesan brek boleh dikatakan sebagai bukti senyap bahawa kenderaan 4WD berkenaan tidak dipandu dengan mengikut had laju seperti dikatakan. [40] Mahkamah ini juga mengingatkan diri sendiri bahawa kes yang dirujuk di atas menyatakan bahawa memandu secara laju bukanlah satu-satunya penyumbang kepada pemanduan yang berbahaya. Oleh itu, Mahkamah ini mengambilkira keadaan jalan yang lurus, ada beberapa lampu isyarat di sepanjang jalan dan cuaca hujan, sebagai seorang pemandu OKT telah gagal untuk memandu dengan cara yang berhemah dan sepatutnya semasa kejadian. Hal ini kerana jalan sah OKT adalah jalan 3 laluan, dan jalan sah si mati juga adalah jalan 3 laluan yang terbahagi oleh pembahagi jalan. OKT yang memandu di lorong tengah laluan sah OKT, telah terbabas dan OKT menyatakan bahawa hanya bahagian hadapan kenderaannya termasuk ke laluan sah si mati. Walaubagaimanapun jenazah si mati yang dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian berada di antara lorong kedua dan ketiga dari kiri. Maka, pernyataan OKT adalah meragukan kepada Mahkamah ini dan tidak berjaya untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Jawapan OKT tidak sepenuhnya meyakinkan Mahkamah ini mengenai cara kenderaan 4WD OKT terbabas ke laluan sah si mati. [41] Selain itu juga, tiada apa-apa bukti dikemukakan oleh pihak pembelaan mengenai dakwaan OKT bahawa stereng kenderaan dikatakan kosong dan tidak berfungsi semasa kemalangan berlaku. Pembelaan ini tidak berjaya untuk menimbulkan keraguan yang munasabah kepada Mahkamah kerana ianya hanyalah penafian semata-mata dan tiada sebarang bukti dikemukakan kepada Mahkamah. Pihak pembelaan pada awalnya memaklumkan Mahkamah bahawa mereka akan memanggil seorang lagi saksi iaitu wakil dari Toyota sebagai saksi pembelaan kedua, namun pada tarikh-tarikh sambung bicara seterusnya yang diberikan oleh Mahkamah, tiada saksi dipanggil dan pihak pembelaan menutup kes dengan hanya seorang saksi pembelaan dipanggil, iaitu OKT sendiri. [42] Mahkamah ini seterusnya merujuk kes Ramiah v PP [1972] 1 LNS 120, Yang Arif Hakim Raja Azlan Shah menyatakan bahawa: “It was held that in proving that there was “dangerous driving”, it must be shown that: i) there must be a situation created by the accused which, viewed objectively, is dangerous; ii) that when creating such a situation the accused was at fault. Fault here involves a failure; a falling below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances.” [43] Merujuk kes di atas, kegagalan OKT untuk mengawal kenderaannya menunjukkan bahawa pemanduan OKT adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Fakta bahawa OKT tidak mempunyai lesen memandu yang sah boleh menjadi salah satu penyumbang kepada kegagalan OKT untuk memandu kenderaan secara selamat kepada orang sekeliling kerana OKT tidak mendapat latihan memandu yang sepatutnya. Sekali lagi Mahkamah ini mengingatkan diri sendiri bahawa ketiadaan lesen memandu yang sah bukanlah penyumbang utama kepada kegagalan OKT untuk mengawal kenderaan secara selamat, namun sekiranya OKT mendapat latihan pemanduan yang betul, OKT akan lebih memahami bagaimana cara pemanduan selamat di dalam keadaan cuaca yang luar biasa atau cara untuk mengawal kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelakkan perkara yang buruk terjadi kepada orang awam yang turut menggunakan jalan yang sama. Hukuman Ke Atas OKT [44] Berkenaan dengan rayuan pihak pembelaan dan pihak pendakwaan, sebelum Mahkamah ini menjatuhkan hukuman kepada OKT, pihak pembelaan dan pihak pendakwaan telah masing-masing memberikan hujahan mitigasi dan hujahan pemberatan. Hujahan mitigasi dari peguam adalah OKT amat menyesali kesalahannya dan merayu untuk Mahkamah pertimbangkan latarbelakang OKT yang berumur 38 tahun, bujang, bekerja sebagai pembantu di kedai makan dengan pendapatan sebanyak RM1500 sebulan. Dengan pendapatan tersebut OKT menanggung kakaknya yang merupakan ibu tunggal dan seorang anak saudara berusia 7 tahun. Keadaan kesihatan kakak OKT kurang baik dan bergantung kepada OKT dan hukuman penjara yang panjang akan menghilangkan punca pendapatan. Peguam juga berhujah bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT dan mohon hukuman diberikan paling minimum. [45] Pihak pendakwaan dalam hujahan pemberatan pula berhujah bahawa hukuman berat wajar diberikan kepada OKT kerana kemalangan melibatkan kematian dan kejadian telah memberikan impak yang besar kepada waris keluarga si mati dan bicara penuh telah dijalankan. Selain itu, pendakwaan juga berhujah bahawa kepentingan umum perlu diambil kira dan mohon hukuman sewajarnya diberikan ke atas OKT. [46] Pihak pembelaan juga memohon penangguhan pelaksaan hukuman penjara sementara pelupusan rayuan kerana keluarga OKT bergantung sepenuhnya kepada OKT. Peguam berhujah bahawa OKT telah insaf kerana OKT menyerahkan diri secara sukarela dan tidak pernah gagal untuk hadir ke Mahkamah. Pihak pendakwaan membantah permohonan OKT kerana tiada special circumstances. Mahkamah ini membenarkan permohonan penangguhan pelaksaan hukuman penjara dengan jaminan sebanyak RM10,000 berserta 1 penjamin. [47] Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT atas kesalahan yang telah dilakukan telah mengambilkira dan mengambil maklum akan prinsip-prinsip dalam menjatuhkan hukuman. Prinsip Kepentingan Awam [48] Pertama sekali Mahkamah ini merujuk kes Yusmarin Shamsudin v PP [1999] 4 MLJ 625: - “The principles of sentencing have long been entrenched and well settled in our criminal law jurisprudence and a court seized with such a jurisdiction is empowered to take into account the following considerations: • (1)the extent and seriousness of the offence committed; • (2)the guilty person's antecedents; and • (3)the public interest factor.” [49] Seterusnya, Mahkamah ini juga merujuk kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 yang menyatakan: - “Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to theaccused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems offamily hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This inmy view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused.” [50] Kedua-dua kes yang dirujuk di atas menyatakan bahawa prinsip kepentingan awam adalah lebih utama dari kepentingan peribadi OKT itu sendiri. Kejadian ini melibatkan mangsa iaitu si mati yang merupakan pengguna jalan raya bersama-sama OKT pada masa kejadian. Mahkamah ini dalam mempertimbangkan kepentingan awam tidak sama sekali mengabaikan kepentingan OKT dan menimbangkan kesemua faktor sebelum menjatuhkan hukuman yang setimpal. [51] Kemalangan jalan raya merupakan salah satu punca kematian tertinggi di negara ini dan jumlah kemalangan yang berlaku boleh dikatakan sentiasa meningkat setiap hari. Perkara ini bukan hanya memberi kesan kepada mangsa secara langsung, akan tetapi perkara ini memberikan kesan buruk kepada keluarga mangsa dan orang sekeliling mangsa yang kehilangan orang tersayang akibat kemalangan jalan raya. Punca utama kemalangan jalan raya adalah tingkah laku pemandu sendiri semasa memandu di jalan. Manakala faktor-faktor lain seperti bentuk jalan dan cuaca adalah penyumbang seterusnya. [52] Justeru, dalam mengimbangi antara kepentingan awam dan kepentingan peribadi OKT, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman penjara dan denda yang telah diberikan tidaklah terlalu berat kepada OKT dan tidaklah juga terlalu ringan. Hukuman tersebut masih dalam lingkungan hukuman yang dibenarkan dan Mahkamah ini juga telah membuat kajian mengenai hukuman-hukuman yang diberikan oleh Mahkamah-Mahkamah lain melibatkan seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. [53] Seterusnya Mahkamah ini juga merujuk kes Usuf Matli v PP [2024] CLJU 1646 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa: - “[44] The mitigating factors presented by the Appellant are not sufficient to save him from being punished 'consecutively' as they were not enough to set aside the public interest. We do consider the guilty plea by the Appellant but it should be noted that the interest of the public are the most important considerations and precede other considerations.” [54] Oleh itu, tidak ada faktor yang dapat mengatasi faktor kepentingan awam walaupun ianya akan memberi kesan kepada kepentingan peribadi OKT itu sendiri. Hukuman ini juga adalah bersifat deterrent dan bertujuan tidak lain tidak bukan untuk memberikan pengajaran kepada OKT supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama di masa hadapan dan juga bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang awam di luar sana supaya lebih berhati-hati semasa memandu. Kes Yang Sama Masih Berleluasa [55] Mahkamah seterusnya merujuk kes PP v Shahrul Azuwan Adanan & Anor [2013] 2 CLJ 686, Mahkamah menyatakan bahawa: - “[16] A sentence to be of any use must have the effect of deterring not only the offender from repeating the same offence but also others from following his footsteps. The sentence must commensurate with the seriousness of the offence and must reflect the degree of public disapproval for that particular type of criminal behaviour. The more repulsive the criminal behaviour the more severe the sentence should be. The measure of public disapproval is how the reasonable men and women on the street would react to the criminal conduct the offender is guilty of.” [56] Oleh itu, menggunpakai prinsip kes di atas, walaupun OKT menafikan bahawa pemanduannya yang berbahaya menyebabkan kematian kepada si mati dalam kes ini, Mahkamah ini berpendapat sebaliknya dan Mahkamah ini juga merasakan bahawa kesan daripada perbuatan OKT ini adalah sangat serius kerana ia telah meragut satu nyawa yang tidak bersalah yang juga merupakan seorang bapa yang mempunyai keluarga. Kehilangan keluarga si mati adalah sangat besar. Mahkamah ini bukanlah berniat untuk melabelkan OKT sebagai penjenayah tegar namun, perbuatan OKT yang gagal untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain adalah satu kesalahan yang serius. Semoga dengan hukuman ini akan memberikan satu pesanan kepada pemandu-pemandu lain supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. [57] Mahkamah ini juga merujuk kes Muhammad Ridoan & Anor v PP [2013] 5 CLJ 904, Mahkamah memutuskan seperti berikut:- “[16] The public must be protected from these dangerous individuals. One way is for the courts to pass sufficiently deterrent sentences so as to strike fear in the minds of those who harbour thoughts of committing the same offence. The deterrent factor must weigh heavily in the minds of the sentencing courts. The courts must send a strong message to those who contemplate committing the same offence that very severe sentences await them if they are caught and brought to justice.” [58] Kemalangan jalan raya boleh jadi satu kemalangan yang sebenarnya dan tidak disengajakan, namun ia juga boleh menjadi satu kemalangan yang disengajakan. Sebagai contoh, apabila seorang pemandu gagal untuk memastikan cara pemanduannya selamat untuk pengguna jalan raya yang lain dan seterusnya menyebabkan kematian atau kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain, maka ianya adalah satu kemalangan yang disengajakan. Sekali lagi Mahkamah ini menegaskan bahawa Mahkamah ini bukanlah berniat untuk menyatakan bahawa OKT adalah penjenayah berbahaya, namun, perbuatan OKT telah menyebabkan satu kehilangan nyawa kepada si mati. [59] Seterusnya, dalam kes ini OKT telah disabitkan salah setelah proses perbicaran penuh dijalankan di peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan. Oleh itu, hukuman seharusnya berbeza dan seharusnya setimpal dengan kos dan masa pihak-pihak. Dalam mempertimbangkan hujahan-hujahan mitigasi dan pemberatan dari kedua-dua pihak, Mahkamah ini sekali lagi menyatakan bahawa hukuman penjara 3 tahun dari tarikh sabitan, dan denda RM7000 gagal bayar 6 bulan penjara, dan lesen digantung selama 3 tahun dari tarikh sabitan adalah setimpal dan berpatutan. Kesimpulan [60] Oleh itu, setelah menilai keterangan saksi-saksi mengikut undang-undang di bawah seksyen 173(m) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan. Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. [61] Seterusnya, kegagalan OKT untuk memandu secara selamat dan kegagalan untuk mengambil kira keadaan jalan yang lurus dan faktor cuaca serta persekitaran dan keadaan jenazah si mati yang berada di lorong si mati yang sah menunjukkan pemanduan OKT yang berbahaya sehingga menyebabkan kematian si mati. Mengambil kira juga ini adalah kesalahan pertama OKT Mahkamah ini mendapati bahawa hukuman yang dikenakan bukanlah satu hukuman yang melampau beratnya mahupun bukanlah satu hukuman yang terlalu ringan kepada OKT. Bertarikh 6hb Januari 2025.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.